The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fakhira.mahbar, 2022-06-15 10:50:07

ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

MUHAMMAD HARIZ BIN MOHD FADZIL

51

52

Rekod Data Nilam Interim

TAHUN 2022

e-Nilam Pendidikan Khas

53

54

55

56

57

Sinopsis

e-Nilam Pendidikan Khas

58

TAJUK BUKU : ALL ABOUT BUTTERFLIES

59

ULASAN / RESENSI BUKU

(HASIL TRANSLASI VIDEO )
SUMBER https://youtu.be/LpuxbRl0Efo

Mekar angsana pandang tak jemu, Pantun
Bunganya luruh ke dalam kaca;
Hariz bersedia berkongsi ilmu,
Untuk martabat budaya membaca.

Assalamualaikum w.b.t Pendahuluan
Salam membaca jambatan ilmu.
Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Muhammad
Hariz bin Mohd Fadzil dan saya berumur 11 tahun.

Hari ini, saya berasa amat seronok dan teruja untuk berkongsi tentang Judul Buku
buku yang saya telah baca. Buku ini bertajuk “All about butterflies”.

60

Buku menarik ini dikarang oleh seorang pengarang hebat iaitu Tish Pengarang
Rabe. Buku ini diterbitkan oleh Harper Collins Children book dan Penerbit
mengandungi 42 halaman bercetak. Buku all about butterflies ini Bilangan m/s
berharga RM 24.00. Sangat berpatutan bukan harganya?. Untuk
murid seperti saya, masih mampu untuk memiliki buku ini. Harga

Buku ini mengisahkan tentang seekor kucing yang sangat berminat Sinopsis
dengan kehidupan rama-rama. Kucing tersebut berkongsi banyak
maklumat tentang hidup rama-rama.

Apa yang paling menarik ialah, kucing tersebut menceritakan tentang
kitaran hidup rama-rama. Daripada telur, ulat beluncas, kepompong
dan menjadi rama-rama dewasa, semuanya diceritakan dengan sangat
menarik.

Selain itu, kita berpeluang mengenal pelbagai spesies dan nama rama-
rama. Bagaimana sesuatu nama diperolehi juga turut diceritakan dalam
buku ini.

Antara spesies rama-rama yang ada ialah swallowtails, berus bulu,
putih dan sulfur serta kura-kura Milbert. Nama-nama ini diambil
berdasarkan kepada corak dan bentuk fizikal rama-rama tersebut.

61

Setelah membaca semua kandungan buku ini, saya merasakan yang ada
satu aspek yang boleh ditambah baik dalam buku ini. Iaitu dengan

Penambahbaikan

membesarkan saiz tulisan yang ada serta memperbanyakkkan gambar
rajah yang berwarna. Hal ini akan lebih menarik minat kita untuk
membaca buku ini.

Dalam era globalisasi ini, ramai kanak-kanak lebih sukakan permainan Isu Semasa
video berbanding dengan aktiviti membaca.
Lembaga Penduduk dan pembangunan Keluarga Negara merekodkan
78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak mereka memiliki gajet pada
tahun 2019. Kini, setelah dua tahun negara kita berhadapan dengan
pendemik, situasi ini telah menjadi bertambah serius.

Namun begitu, kita tidak boleh menolak yang gajet ialah sesuatu
keperluan semasa kini. Jadi, pantauan dan seliaan daripada ibu bapa
amat perlu bagi mengekang hal yang negatif ini menjadi virus dalam
diri anak masing-masing.
Ketagihan kepada gajet ini akan membawa pelbagai kesan buruk dalam
diri anak-anak misalnya mengabaikan pelajaran, kurangnya interaksi
sosial dan seterusnya wujud unsur pergaduhan.

62

Oleh yang demikian, suka saya di sini menyarankan tiga cadangan bagi
mengawal isu ini daripada menjadi barah dalam diri modal insan yang
ada ini.
1. Tetapkan masa penggunaan gajet
2. Pantau penggunaan gajet yang berlebihan
3. Jangan manjakan anak dengan gajet

Dengan demikian, saya menyeru kepada rakan semua agar
mengurangkan penggunaan gajet dan menanamkan minat membaca
dalam diri kerana menurut Abuya Hamka, membaca buku bererti
memberi makanan kepada rohani.

Saya akhiri resensi buku saya pada hari ini dengan serangkap pantun: Penutup /Pantun

Cantik sungguh bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya;
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

Sekian, terima kasih.

63

Bahagian Pendidikan Khas

. Nadi Ilmu Amalan Membaca .

64


Click to View FlipBook Version