FIT MASJID ANJURAN KRT DAMAI SUNGAI PULAI SUNGAI BALANG KITA MPKK SUNGAI MUDA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN MUAR MASJID AR RASHIDIN SUNGAI PULAI MUAR BANDAR MAHARANI
PENDAHULUAN Bolasepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada masa kini. Keadaan ini juga kita dapat di lihat turut menular di kalangan masyarakat desa pelbagai lapisan peringkat umur. Melalui sukan bolasepak ini juga kita dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan masyarakat agar hidup aman dan damai serta menjadikan sukan sebagai salah satu gaya hidup. Oleh yang demikian, MPKK Sungai Muda mengambil satu inisiatif menganjurkan Fit Masjid kejohanan bolasepak patuh syariah kepada masyarakat umat Islam agar lebih prihatin berkenaan hukum Islam dan mendekatkan mereka dengan masjid. Disamping itu juga mencungkil bakat dan juga mempelbagaikan aktiviti sihat mengelakkan masyarakat terjebak dari aktiviti yang tidak sihat. MATLAMAT Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan, mendidik gaya hidup sihat masyarakat dan mendekatkan masyarakat dengan masjid serta meningkatkan kefahaman dengan etika pemakaian patuh syariah ketika bersukan. Disamping itu juga, dengan secara tidak langsung kejohanan ini juga dapat memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat oleh pesekitaran sekeliling. OBJEKTIF 1. Membudayakan gaya hidup sihat dengan aktiviti kesukanan. 2. Melahirkan masyarakat Islam yang patuh syariah dan beriman 3. Menarik minat masyarakat kepada Masjid sebagai pusat perkembangan ilmu Islam. 4. Mengimarahkan Masjid dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. 5. Membina, memupuk dan melahirkan yang kuat dari fizikal dan jatidiri serta dapat mewujudkan sikap daya saing dalam kalangan masyarakat. 6. Mengeratkan hubungan siratulrahim dalam kalangan masyarakat. TARIKH, MASA, HARI DAN TEMPAT KEJOHANAN 1. Tarikh : 9 NOVEMBER 2019 2. Masa : 5:45 PAGI – 6:00 PETANG 3. Hari : SABTU 4. Tempat : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG TOHOR
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN 1. PENAUNG : YB SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN AHLI PARLIMEN MUAR/MENTERI BELIA & SUKAN 2. PENASIHAT : PUAN AFIQAH BINTI ZULKIFLI PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN MUAR 3. PENGERUSI : MOHD ‘ADLI BIN OTHMAN PENGERUSI MPKK SUNGAI MUDA 4. TIMBALAN PENGERUSI : HAJI MD TAIB BIN MD SUHUT PENGERUSI MASJID AR RASHIDIN SG PULAI 5. SETIAUSAHA : ABU BAKAR BIN KASIM SETIAUSAHA MPKK SUNGAI MUDA 6. AHLI JAWATANKUASA : 6.1. PENGURUS PERTANDINGAN : SHAHRUL BIN JALIL 6.2. PUBLISITI : SUNGAI BALANG KITA 6.3. PERSIAPAN PADANG : MOHAMMAD OMAR BIN BUANG MOHD ASRI BIN RAHMAT 6.4. PENGADIL & TEKNIKAL : AZMAN BIN MUSA 6.5. HADIAH DAN CENDERAMATA : NOR ASHIKIN BINTI HAJI LAHMAK 6.6. KESELAMATAN : AMIR BIN HAJI SALLEH AZAHAR BIN YUSOFF 6.7. JAMUAN : MISKIAH BINTI MISWARDI MAZNAH BINTI MUSA 6.8. SOLAT & TAZKIRAH SUBUH : USTAZ IDZHAR BIN JUMALI USTAZ SULAIMAN BIN USTAZ IZZAM BIN JADUAL PERTADINGAN MASA HARI 5:45 AM 6:45 AM 6:45 AM 7:45 AM 7:45 AM 12:30 PM 12:30 PM 1:45 PM 1:45 PM 3:45 PM SABTU SOLAT & TAZKIRAH SUBUH JAMUAN SARAPAN PAGI & PENDAFTARAN PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN REHAT SOLAT ZOHOR PERLAWANAN BERSAMBUNG & SUKU AKHIR MASA HARI 3:45 PM 4:45 PM 4:45 PM 6:45 AM SABTU REHAT SOLAT ASAR PERLAWANAN SEPARUH AKHIR, AKHIR & PENYAMPAIAN HADIAH
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN Penyertaan, Syarat dan Status Pemain : 1. Tarikh akhir menghantar borang penyertaan adalah sehari sebelum tarikh kejohanan. 2. Setiap pasukan wajib mendaftarkan 12 nama pemain. 3. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja yang boleh bermain dan pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa. 4. Jika berlaku pelanggaran syarat (2) dan (3) ke atas mana-mana pasukan, penyertaan pasukan tersebut akan di batalkan serta-merta. 5. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 deposit permainan RM50.00. (Deposit permainan akan dipulangkan semula apabila selesaikan kesemua perlawanan yang telah ditetapkan) SISTEM PERTANDINGAN 1. Pertandingan akan diadakan secara liga kumpulan, iaitu dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C,D. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan 2. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur dengan cabutan undi. 3. Pasukan juara dan naib juara ke empat-empat kumpulan akan layak ke perlawanan pusingan suku akhir. Dimana juara kumpulan A akan menentang naib juara kumpulan C. Manakala juara kumpulan B akan menentang naib juara kumpulan D. Juara kumpulan C akan menentang naib juara kumpulan A. Juara kumpulan D akan bertemu naib juara kumpulan B. 4. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati. PENGADILAN 1. Pengadil dan pembantu pengadil disediakan oleh penganjur 2. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara automatic akan digantung satu perlawanan berikutnya. 3. Jika pemain dikenakan kad merah,pemain tersebut tidak dibenarkan meneruskan permainan di dalam perlawanan tersebut dan di gantung 2 perlawanan berikutnya. 4. Mana-mana pasukan/pemain yang menimbulkan pergaduhan dan kekecohan di luar batasan permainan bolasepak akan dikenakan tindakan iaitu tidak dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini. 5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1. MASA PERMAINAN 1.1. Masa permainan adalah 20 minit (10-10) bagi peringkat kumpulan. Manakala bagi 30 minit (15-15) bagi peringkat suku akhir,separuh akhir dan akhir serta tempat ketiga dan keempat 2. KETEPATAN MASA 2.1. Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh penganjur. 2.2. Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol. 3. PETUKARAN PEMAIN 3.1. Setiap pasukan dibenarkan membuat seberapa banyak petukaran yang diingini, tetapi syarat 9 orang di dalam padang. 3.2. Pemain yang telah diganti masih dibenarkan masuk semula dalam perlawanan tersebut. 4. KEPUTUSAN SERI 4.1. Pada perlawanan kalah mati, sekiranya seri, 3 tendangan penalty akan diberikan untuk menentukan pemenang, dan jika masih seri tambahan 1+1 akan diberikan sehingga semua 9 pemain di dalam padang melakukan tendangan dan jika masih seri “toss coin” akan dilakukan. 5. PERSAMAAN MATA 5.1. Sekiranya pasukan mempunyai mata yang sama bagi pasukan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya, maka perbezaan gol (jaringan-bolos) yang lebih besar akan dikira pemenang. 5.2. Jika perbezaan gol masih sama, jumlah jaringan gol terbanyak dikira pemenang. 5.3. Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di dalam peringkat kumpulan akan dikira pemenang. 5.4. Jika masih seri, urusetia akan mengambil keputusan untuk melakukan “toss coin”. 6. KIRAAN MATA 6.1. MENANG - 3 MATA 6.2. SERI - 1 MATA 6.3. KALAH - 0 MATA 7. PERSAMAAN WARNA JERSEY 7.1. Jika warna jersey sama, maka pasukan kedua yang di sebut di dalam jadual pertandingan akan memakai “bit” yang telah disediakan.
8. LAIN-LAIN 8.1. Peraturan dan undang-undang yang tidak disebut diatas adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang FIFA dan FAM. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA UNIT NILAI (RM) JUMLAH (RM) 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA 1 1,000.00 1,000.00 2 HADIAH TEMPAT KEDUA 1 800.00 800.00 3 HADIAH TEMPAT KETIGA 1 600.00 600.00 4 HADIAH TEMPAT KEEMPAT 1 400.00 400.00 5 PIALA 4 200.00 800.00 6 MEDAL 48 20.00 960.00 7 KANOPI 2 300.00 600.00 8 PA SISTEM 1 400.00 400.00 9 BAJU URUSETIA 30 20.00 600.00 10 BOLASEPAK 4 150.00 600.00 11 JARING GOL 2 600.00 1,200.00 12 TIANG GOL 2 1,800.00 3,600.00 13 MAKAN DAN MINUM (SARAPAN+TENGAHARI) 300 20.00 600.00 14 AIR MINERAL 30 15.00 450.00 15 KOS PENYELENGGARAAN PADANG & PEMBERSIHAN 1 600.00 600.00 16 PERBELANJAAN MENGURUS 1 500.00 500.00 17 BAYARAN KHIDMAT PENGADIL 4 300.00 1,200.00 18 CENDERAHATI HAMPERS 10 70.00 700.00 19 BAYARAN PENCERAMAH TAZKIRAH SUBUH 1 300.00 300.00 19 BANNER 4 150.00 600.00 JUMLAH KESELURUHAN 16,510.00 MAKLUMAT AKAUN BANK MPKK SUNGAI MUDA NAMA BANK : BANK MUAMALAT CAWANGAN : MUAR NAMA AKAUN BANK : MPKK SUNGAI MUDA NO. AKAUN BANK : 01110000075719
PENUTUP Memandangkan konsep kejohanan bolasepak sebegini adalah pertama kali akan dilaksanakan oleh MPKK Sungai Muda. Maka pihak kami amat berharap ia akan berjalan lancar. Diharap dengan penganjuran sebegini akan terus mendapat kesinambungannya pada masa akan datang. Justeru pihak MPKK Sungai Muda berharap agar seluruh kejohanan bolasepak fit masjid ini berjalan lancar dan jayanya. Disediakan Oleh, MOHD ‘ADLI BIN OTHMAN Pengerusi MPKK Sungai Muda Mukim Sungai Balang