SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEDAMIT, LIMBANG
MAHIR PENDAHULUAN
MELALUI KAEDAH ‘TAJA’
(TANYA DAN JAWAB)
OLEH: NOR HALIMI BIN MOHAMADNORFAZIRAH BINTI DOL
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
TAJUK DAN ABSTRAK 2
1 ISU KAJIAN 3
2 REFLEKSI ISU KAJIAN 4
3 OBJEKTIF KAJIAN 4
4 SASARAN KAJIAN 4
5 INOVASI KAJIAN 5
6 METODOLOGI KAJIAN 6
i. MEREFLEKS 6
ii. MERANCANG 7
iii. MELAKSANA 8-10
iv. MEMERHATI 11-15
7 REFLEKSI KAJIAN 16
8 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 17
9 SUMBER RUJUKAN
10 LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya saya dapat
menghasilkan dan menyiapkan kajian tindakan dan inovasi ini. Kajian seumpama ini amat wajar
dilaksanakan oleh semua golongan pendidik di negara ini bagi memperbaiki dan meningkatkan
profesionalisme perguruan di Malaysia.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada majikan dan semua rakan sekerja saya atas
dorongan yang diberikan selama ini sehingga saya berjaya menyelesaikan kajian tindakan dan
inovasi ini. Kajian seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang supaya guru-guru
dapat memikirkan cara, teknik atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
sesuai dengan tahap pencapaian murid.
Selain itu, ucapan jutaan terima kasih ini juga saya sampaikan buat isteri dan keluarga
saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya supaya terus berusaha menjadi seorang
pendidik yang cemerlang pada masa akan datang. Keluarga merupakan individu yang
membuatkan saya terus berusaha keras untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada
semua anak didik saya.
Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga saya berjaya menyiapkan kajian ini.
Saya berharap agar kajian ini dapat membantu semua warga pendidik dalam melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Sekian, terima kasih.
SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH,
…………………………………………….
(NOR HALIMI BIN MOHAMAD)
Guru Bahasa Melayu,
SMK Medamit.
MAHIR PENDAHULUAN MELALUI KAEDAH ‘TAJA’
(TANYA DAN JAWAB)
Oleh :
NOR HALIMI BIN MOHAMAD
NORFAZIRAH BINTI DOL
Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit,
Peti Surat 341, 98708 Limbang,
Sarawak.
ABSTRAK
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan strategi yang
digunakan oleh guru amat penting agar mampu memberikan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru. Maka, guru perlu bijak memilih kaedah dan
strategi pengajaran yang sesuai supaya mampu menarik minat murid-murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus meningkatkan prestasi
murid itu sendiri. Terdapat banyak kaedah yang boleh diterapkan atau
dipraktikkan oleh seseorang guru. Sejak belakangan ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran berkaitan aspek penulisan dikatakan amat sukar untuk difahami
dan dikuasai oleh murid-murid. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
memudahkan murid-murid menghasilkan pendahuluan tanpa dengan mudah dan
cepat. Hal ini secara tidak langsung mampu merangsang murid-murid dalam
menghasilkan sebuah karangan yang sempurna sekali gus meningkatkan prestasi
murid-murid itu sendiri secara khususnya. Penggunaan kaedah terbaik
merupakan salah satu cara yang mampu memberikan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru serta menyelesaikan masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Namun, penggunaan
rumus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu
menggunakan pendekatan yang betul dan kreatif agar semua objektif pengajaran
mampu dicapai dengan jayanya.
1.0 ISU KAJIAN
Seseorang guru perlu menguasai kesemua kemahiran asas pedagogi sebelum melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Antaranya ialah kemahiran menyoal,
kemahiran variasi rangsangan, kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran mempelbagaikan
bahan bantu mengajar, kemahiran menerang dan lain-lain lagi. Kesemua kemahiran yang
dinyatakan mempunyai pelbagai tujuan dan mempunyai aras kesukarannya yang tersendiri untuk
dikuasai.
Salah satunya ialah kemahiran menerang iaitu cara penerangan sesuatu isi pelajaran.
Seseorang guru perlu bijak dalam memikirkan kaedah penerangan yang mudah dan berkesan
supaya murid-murid mampu memahami apa yang ingin disampaikan oleh seseorang guru itu.
Guru juga hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih aktiviti yang sesuai dengan
tahap kemahiran murid-murid. Seseorang guru mestilah menggunakan masa yang singkat semasa
mengaplikasikan kemahiran menerang dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan
berasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar peneragan guru dalam tempoh
masa yang lama.
Selain itu, perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah
berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan
murid yang lepas supaya murid-murid dapat mengikuti isi pelajaran dengan mudah dan
bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi
pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. Selepas aktiviti
penerangan, guru hendaklah menggalakkan murid bertanya mana- mana perkara yang mereka
kurang faham agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan aktif.
Isu kajian yang diberi tumpuan pada kali ini adalah berkaitan dengan penulisan karangan.
Murid-murid pada hari ini kurang berminat dalam menghasilkan sesebuah karangan disebabkan
kekurangan idea dan kelemahan kemahiran menulis murid-murid itu sendiri. Salah satu sebab
murid-murid itu lemah dalam kemahiran menulis adalah disebabkan kelemahan guru semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menerangkan cara-cara untuk
menghasilkan sesebuah karangan dengan mudah dan menggunakan teknik yang berkesan.
2.0 REFLEKSI ISU KAJIAN
Isu guru tidak menguasai proses pengajaran dan pembelajaran masih diperkatakan. Pelbagai
kajian telah dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini. Salah satu punca
terjadinya masalah ini ialah kelemahan guru menguasai kemahiran yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru menguasai
kemahiran pengajaran seperti kemahiran menarik minat murid-murid, kemahiran menerang,
kemahiran menyoal, kemahiran merumus, kemahiran merangsang dan lain-lain.
Hal ini demikian pula ditambah dengan kelemahan murid-murid dalam memahami
sesuatu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kelemahan murid-murid dalam aspek
penulisan semakin berada pada tahap membimbimbangkan. Murid-murid dilihat tidak berminat
dalam penulisan kerana kekurangan idea dan terlalu mudah berputus asa. Maka, proses
pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya sekiranya permasalahan ini timbul di dalam
bilik darjah. Kajian ini dilakukan bagi memupuk minat murid-murid dalam menulis dan
menghasilkan sebuah karangan yang sempurna.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dibuat bagi:
1. Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran penulisan khususnya dalam
penghasilan perenggan pendahuluan.
2. Meningkatkan kemahiran menulis murid-murid dalam penulisan perenggan pendahuluan
sekali gus menjimatkan masa menghasilkan sebuah karangan.
4.0 SASARAN KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada permasalahan murid dalam memulakan penulisan sesebuah karangan
khususnya penghasilan perenggan pendahuluan ketika menjawab soalan peperiksaan. Kajian ini
mensasarkan murid-murid Tingkatan 3A iaitu seramai 27 orang.
Kaedah ini turut diguna pakai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan 3E
dan Tingkatan 4C khususnya dalam penulisan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan.
5.0 INOVASI KAJIAN
Inovasi kajian yang dilakukan oleh guru adalah dengan mencipta kaedah yang bersesuaian dan
dilihat cara mudah dalam penghasilan perenggan pendahuluan selari dengan tahap kemampuan
para pelajar.
Kaedah yang dicipta adalah seperti berikut:
(i) Kaedah TAJA (Tanya dan Jawab)
Contoh soalan:
Permainan tradisional semakin kurang diminati oleh golongan generasi muda pada
hari ini.
Bincangkan usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional dalam
kalangan generasi muda pada hari ini.
Ayat 1 - Ayat tanya berkaitan maksud kata kunci yang
dibincangkan.
Ayat 2 - Jawapan atau definisi kata kunci yang ditanya
dan dibincangkan.
Ayat 3 - Ayat tanya berkaitan kehendak soalan.
Contoh jawapan:
Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional?
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi secara turun-
temurun yang dimainkan oleh generasi terdahulu sehingga ke hari ini.
Bagaimanakah usaha-usaha untuk mempolpularkan permainan tradisional
dalam kalangan generasi muda pada masa ini?
Kaedah ini dicipta supaya murid-murid dapat menguasai langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk menghasilkan perenggan pendahuluan tanpa menggunakan masa yang lama.
Kaedah ini merupakan cara yang mudah untuk murid-murid menghasilkan perenggan
pendahuluan tanpa perlu berfikir panjang seterusnya menyambung penulisan karangan mereka
melalui perenggan-perenggan isi dan perenggan penutup. Oleh itu, inovasi ini dilakukan bagi
memudahkan murid-murid dalam penulisan sesebuah karangan sekali gus meningkatkan prestasi
mereka dalam pelajaran.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
i) MEREFLEKS
Saya mengajar subjek Bahasa Melayu di Tingkatan 3A dan 3E. Masalah murid-murid
saya adalah sering lupa dan keliru terhadap apa yang telah dipelajari. Sesi pengajaran yang
hanya berfokus kepada aktiviti soal jawab, penerangan dan perbincangan dua hala semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran biasanya akan menyebabkan murid-murid sering lupa terhadap apa
yang telah dipelajari. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian tingkah laku murid-murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid sudah mempelajari aspek penulisan
yang sama pada sesi pengajaran tahun sebelumnya, namun masih lagi lupa dan ada dalam
kalangan mereka keliru kaedah mana yang perlu digunakan dalam menghasilkan sesebuah
karangan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-
murid khususnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya aspek penulisan.
ii) MERANCANG
MERANCANG
Panduan maklumat yang ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/ intervensi adalah bergantung
kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Perkara yang penting, setiap
aktiviti/ tindakan/ intervensi yang akan dijalankan perlu diperjelaskan jenis dan pelaksanaannya
dengan terperinci.
PROJEK Mengubah suai cara/ kaedah yang sedia ada
PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN Mencipta cara baru (inovasi PEMBELAJARAN DAN
TERANCANG PENGAJARAN guru terhasil dari sini)
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah:
1. Kajian berdasarkan ujian.
Kajian berdasarkan ujian digunakan bagi melihat dan menilai hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan. Hasil dapatan kajian diambil melalui keputusan murid-murid dalam praujian dan
pascaujian.
2. Kajian lapangan
Kajian berdasarkan kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan hasil yang menepati
kehendak kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan yang memerlukan pengkaji
sendiri mengajar murid-murid melalui inovasi yang dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di
dalam kelas yang dikaji.
iii) MELAKSANA
1. Mengubah cara/ kaedah sedia ada.
(Murid-murid menulis dan menghasilkan perenggan pendahuluan menggunakan
pengetahuan sedia ada)
a) Ujian 1:
2. Mencipta kaedah yang baharu melalui penggunaan kaedah ‘TAJA’ dalam penulisan
pendahuluan.
a) Kaedah ‘TAJA’ (Tanya dan Jawab)
Ayat 1 - Ayat tanya berkaitan maksud kata kunci yang
dibincangkan.
Ayat 2 - Jawapan atau definisi kata kunci yang ditanya
dan dibincangkan.
Ayat 3 - Ayat tanya berkaitan kehendak soalan.
Contoh soalan:
Permainan tradisional semakin kurang diminati oleh golongan generasi
muda pada hari ini.
Bincangkan usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional
dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Langkah 1
• Murid membina ayat tanya berdasarkan kata kunci atau tema karangan.
• Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional?
Langkah 2
• Murid membina ayat penyata bagi menjawab soalan yang dikemukakan
dalam Ayat 1.
• Contoh: Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi secara
turun-temurun daripada generasi pada zaman dahulu dan masih dimainkan
sehingga hari ini.
Langkah 3
• Murid membina ayat tanya sekali lagi sebagai persoalan kepada isi-isi
penting yang bakal ditulis dalam perenggan-perenggan isi.
• Contoh: Bagaimanakah usaha-usaha mempopularkan permainan
tradisional dalam kalangan generasi muda pada hari ini?
Contoh jawapan:
Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional? Permainan
tradisional merupakan permainan yang diwarisi secara turun-temurun yang
dimainkan oleh generasi terdahulu sehingga ke hari ini. Bagaimanakah usaha-
usaha untuk mempolpularkan permainan tradisional dalam kalangan generasi
muda pada masa ini?
b) Ujian 2:
(Murid-murid menghasilkan perenggan pendahuluan menggunakan kaedah
‘TAJA’)
iv) MEMERHATI
Kaedah pemerhatian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
Membuat penilaian keberkesanan
proses tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.
Pemerhatian boleh Guru membuat refleksi Laporan juga ditulis
dilakukan oleh guru terhadap kajian yang pada peringkat ini.
sendiri sebagai penyelidik telah dilakukan sama Sekiranya program
atau dengan bantuan ada berjaya atau tidak. tindakan tersebut
daripada guru-guru lain Dapatkan data sekali berjaya, maka
untuk membuat lagi dengan bolehlah disebarkan
pemerhatian semasa sesi menggunakan cara kepada guru-guru
pengajaran guru. mengutip data yang lain. Jika tidak
Penilaian mesti dilakukan sama semasa peringkat berjaya, perlu
untuk menilai awal mereflek (temu dirancang semula.
keberkesanan bual, soal selidik,
TINDAKAN. pemerhatian).
a) Pemerhatian Praujian
b) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Praujian
i) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Jadual:
MASA 0-10 11-20 21-30 31-40
NAMA minit minit minit minit
Aaron Patrick /
Aelvin Frankly /
Aliceia Indera /
Britney Thomas /
Conerlius Jingga /
Crissha Lengana /
Deidrel Ezekiel /
El Vannesa /
Elizebert Binik /
Fitzchezy Shona /
Erachell Michelle /
Ervenna Natasha /
Gerald Mutang /
Mac Mazzo /
Mac Ginnyla /
Petrus Barieng /
Nelvie Merlis /
Josephine Walie /
Joesycline Ulung /
Juliana Johnglyn /
Fresheila Angelyn /
Lazio Arryies /
Olivia Sarina /
Jacye Mavel /
Thannia Pascalis /
Vanessa Vincent /
Asbee Evan Putri TH TH
ii) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Graf:
NAMA MURID
Asbee Evan Putri
Vanessa Vincent
Thannia Pascalis
Jacye Mavel
Olivia Sarina
Lazio Arryies
Fresheila Angelyn
Juliana Johnglyn
Joesycline Ulung
Josephine Walie
Nelvie Merlis
Petrus Barieng
Mac Ginnyla
Mac Mazzo
Gerald Mutang
Ervenna Natasha
Erachell Michelle
Fitzchezy Shona
Elizebert Binik
El Vannesa
Deidrel Ezekiel
Crissha Lengana
Conerlius Jingga MASA
(minit)
Britney Thomas
Aliceia Indera 31-40
Aelvin Frankly
21-30
Aaron Patrick
0 1 2 3 4 5
c) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Pascaujian
i) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Jadual:
MASA 0-10 11-20 21-30 31-40
NAMA minit minit minit minit
Aaron Patrick /
Aelvin Frankly /
Aliceia Indera /
Britney Thomas /
Conerlius Jingga /
Crissha Lengana /
Deidrel Ezekiel /
El Vannesa /
Elizebert Binik /
Fitzchezy Shona /
Erachell Michelle /
Ervenna Natasha /
Gerald Mutang /
Mac Mazzo /
Mac Ginnyla /
Petrus Barieng /
Nelvie Merlis /
Josephine Walie /
Joesycline Ulung /
Juliana Johnglyn /
Fresheila Angelyn /
Lazio Arryies /
Olivia Sarina /
Jacye Mavel /
Thannia Pascalis /
Vanessa Vincent /
Asbee Evan Putri TH TH
ii) Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan Graf:
2.5
MASA (minit)
1-10
2
11-20
1.5
1
0.5
0
NAMA MURID Aaron Patrick Aelvin Frankly Aliceia Indera Britney Thomas Conerlius Jingga Crissha Lengana Deidrel Ezekiel El Vannesa Elizebert Binik Fitzchezy Shona Erachell Michelle Ervenna Natasha Gerald Mutang Mac Mazzo Mac Ginnyla Petrus Barieng Nelvie Merlis Josephine Walie Joesycline Ulung Juliana Johnglyn Fresheila Angelyn Lazio Arryies Olivia Sarina Jacye Mavel Thannia Pascalis Vanessa Vincent Asbee Evan Putri
d) Perbezaan Antara Praujian dan Pascaujian
7.0 REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan maklumat dan analisis daripada hasil dapatan kajian, murid-murid
Tingkatan 3A berjaya menunjukkan perubahan yang baik dari aspek pengurusan masa
dalam penghasilan perenggan pendahuluan. Kesemua murid Tingkatan 3A dilihat berjaya
menghasilkan perenggan pendahuluan tanpa menggunakan masa yang lama untuk
berfikir dan mengeluarkan idea. Hal ini dikatakan demikian berdasarkan pemerhatian dan
hasil dapatan kajian berdasarkan jadual dan graf yang telah disediakan oleh guru.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan murid
mampu menguasai kemahiran menulis pendahuluan dengan baik tanpa menggunakan
masa yang panjang. Kesemua murid menunjukkan perubahan dari aspek masa ke arah
yang lebih baik sekali gus menjimatkan masa untuk menghasilkan karangan. Maka,
inovasi yang dilakukan mampu mencapai semua objektif kajian yang telah disenaraikan
sebelum kajian dijalankan serta dipraktikkan secara meluas di kelas-kelas lain.
Guru telah menjalankan kajian ini di kelas-kelas lain iaitu Tingkatan 3E dan
Tingkatan 4C. Perubahan yang positif telah ditunjukkan oleh murid-murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid-murid dari Tingkatan 4C menggunakan kaedah ini
semasa menghadapi Peperiksaan Kendalian Sekolah 3 (PKS3) baru-baru ini. Hampir
kesemua murid menggunakan kaedah ini semasa menulis perenggan pendahuluan semasa
menjawab soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan. Beberapa orang murid
pula turut menggunakan kaedah ini semasa menghasilkan Karangan Umum. Manakala
murid-murid Tingkatan 3E turut menggunakan kaedah ini semasa menjawab Karangan
Respons Terbuka dalam Peperiksaan Percubaan 1 baru-baru ini.
Hasil kajian tindakan dan inovasi ini juga telah menunjukkan hasil dan
perkembangan yang positif terhadap murid-murid iaitu kemampuan murid-murid dalam
menghasilkan perenggan pendahuluan dengan cepat dan mudah. Namun, pengkaji berasa
masih perlu melakukan kajian seterusnya dengan memberi tumpuan kepada cara yang
berkesan untuk menghasilkan perenggan isi yang baik. Oleh itu, pengkaji bercadang
untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan cara untuk menghasilkan
huraian-huraian yang baik dalam penghasilan perenggan isi dalam menghasilkan
sesebuah karangan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan kajian seterusnya adalah berkaitan dengan cara untuk meningkatkan
kemahiran membina ayat dalam perenggan penutup semasa menghasilkan karangan. Hal
ini dikatakan demikian kerana aspek penulisan merupakan aspek yang memperuntukkan
skala markah yang paling besar dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Bahasa Melayu.
Bagaimana? Guru perlu mengkaji dan memiikirkan dengan lebih terperinci
supaya kajian yang bakal dilaksankan berjaya mencapai objektifnya.
9.0 SENARAI RUJUKAN
Chris Watkins (2005). Classrooms As Learning Communities: Schools?. Routledge
Taylor and Francis Group.
Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Frazer, E. Home (1989). Environment and The School. London: London University Press.
Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.
Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan Kajian Tindakan Oleh Guru Di Sekolah.
Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Diperoleh daripada laman web
https://qcikgubm.blogspot.com/2012/03/jenis-jenispendahuluankarangan.html#.W4JRtc4zbIU
pada 18 Jun 2018.
Diperoleh daripada laman web
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/jenis-jenis-pendahuluan-dalam-penulisan.html
pada 18 Jun 2018.
Diperoleh daripada laman web http://zekzana.blogspot.my/2012/12/bahasa-melayu.html
pada 18 Jun 2018.
Diperoleh daripada laman web
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/tips-panduan-penulisan-pendahuluan.html
pada 18 Jun 2018.
Diperoleh daripada laman web
http://cikgurossa.blogspot.com/2009/07/menulis-pendahuluan-karangan.html
pada 18 Jun 2018.
10.0 LAMPIRAN
a) Bukti kajian murid-murid Tingkatan 3A
b) Bukti Kajian Murid-murid Tingkatan 3E
c) Bukti Kajian Murid-murid Tingkatan 4C