The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Evette Sagim, 2019-05-26 22:29:39

Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Prosa Moden Melalui Kaedah PROMBAR (Prosa Moden Bergambar)

PROMBA

SMK Medamit, Limbang

KAJIAN TINDAKAN 2018

Pembelajaran Dan
Pemudahcaraan Prosa
Moden Melalui Kaedah

PROMBAR
(Prosa Moden Bergambar)

Puan Sunita Anak Itang
Cik Che Yusrina Che Soh

ISI KANDUNGAN Muka surat

Kandungan 1
i. Penghargaan
ii. Abstrak 2
1.0 Pengenalan
2. 0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran 3
3.0 Isu Keprihatinan /fokus Kajian.
4.0 Objektif Kajian. 3

4.1 Objektif umum 4
4.2 Objektif khusus
4.3 Soalan kajian. 4
4.4 Kumpulan sasaran
4
4
5
5

5.0 Metodologi Kajian 5
5
5.1 Semakan lembaran kerja 5
5.2 Pemerhatian dalam pdpc 5
5.3 Mengenalpasti masalah melalui ujian pra 1 dan
6
ujian pra 2. 6
5.4 Ujian bulanan, PKS I dan II. 6
5.5 Temubual secara individu.
5.6 WhatsApp kumpulan Kesusasteraan Melayu 6-13
6-8
2018.
9-13
6.0 Menganalisis data

6.1 Perbandingan markah ujian pra 1, ujian pra 2 dan

ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 murid tingkatan 4C.

6.2 Perbandingan markah ujian pra 1, ujian pra 2 dan

ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 murid tingkatan 5C.

7.0 Pengenalan inovasi teknik PROMBAR. 14
8.0 Pelaksanaan kajian. 15-16
9.0 Hasil Pelaksanaan pelan tindakan
10.0 Kesimpulan 16
11.0 Lampiran 16
17-47
Ringkasan Cerita Cerpen 17-34
Tugasan PROMBA 35-47

PENGHARGAAN
Syukur kami panjatkan doa kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kami
dapat menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk PROMBAR. Seterusnya kami juga ingin
mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua Encik Raja Manikam a/l
Subramaniam kerana banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata motivasi kepada kami dalam
usaha membantu kami menyiapkan kajian tindakan dalam mata pelajaran yang kami ajar iaitu
Kesusasteraan Melayu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini kami tujukan kepada ahli
keluarga yang sangat kami sayangi. Keluarga kami sangat memahami kerjaya kami dan
merekalah juga yang menjadi dorongan kepada kami untuk menjadi lebih kuat, tabah dan
berani bukan sahaja untuk menyiapkan kajian tindakan ini malah dalam melalui kerjaya
sebagai seorang anak, isteri, ibu dan guru. Sekian, terima kasih.

1

SUATU KAJIAN TINDAKAN
Pembelajaran dan pemudahcaraan melalui kaedah PROMBAR.
Nama pengkaji: Cikgu Sunita anak Itang dan Che Yusrina Soh

Nama sekolah: SMK Medamit

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tingkatan 4C dan 5C yang
mengambil mata pelajaran Kesusteraan Melayu. Selain itu, kami juga membantu murid sastera
tingkatan 4C seramai 9 orang. Kajian sebelum ini kami berfokus kepada bahagian novel sahaja
iaitu Novel Naratif Ogoshonto. Kajian sebelum ini ialah DETA iaitu Deklamasi dalam cerita
pada tahun 2016. Pada tahun 2017, kami menghasilkan kajian tindakan LATA iaitu lagu dalam
cerita. Pada tahun 2018, ini juga kami berfokus kepada soalan bahagian prosa. Prosa moden
dan tradisional dalam peperiksaan SPM dikeluarkan dalam soalan bahagian satu dan dua. Pada
masa yang sama, kami masih lagi melaksanakan kajian tindakan yang pernah dijalankan tahun-
tahun lepas. Teknik PROMBAR ini dihasilkan atas perbincangan masalah yang dihadapi oleh
murid dalam memahami cerita prosa moden. Soalan prosa ini akan dikeluarkan sebanayk 80%
dalam peperiksaan SPM. Dalam bahagian satu dan dua prosa moden akan ditanya. Masalah
utama guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ialah apabila gagal menarik minat murid
untuk membaca teks prosa. Di dalam kelas sebelum mula pembelajaran guru akan membaca
sinopsis bersama-sama dengan murid. Melalui cara ini juga akan menyebabkan murid merasa
malas dan mengantuk. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk menggunakan teknik
PROMBAR ini supaya dapat menarik minat murid belajar.

2

1.0 Pengenalan

Menurut Craig (2004) mensifatkan kajian tindakan sebagai “research for the sake of taking
action.” Selain itu, Kajian tindakan (KT) merupakan satu kajian yang berbentuk inkuiri
refleksi kendiri yang dilakukan oleh pengamal / guru/ pendidik dalam situasi sosial mereka
sendiri melalui tindakan (intervensi) mereka yang bertujuan untuk membaiki atau
meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan pemahaman mereka
tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Kajian Tindakan melibatkan
proses mereflek, merancang, melaksana, dan memerhati.

2. 0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Dalam kajian kali ini lebih berfokus kepada bahagian prosa moden. Antara refleksi
pembelajaran yang saya perolehi ialah, kebanyakkan murid yang menjawab soalan ujian
mengalami masalah memahami cerita kumpulan prosa moden dan tradisional. Berdasarkan
pemerhatian awal, murid tidak berminat membaca buku prosa. Masalah ini akan menghantui
guru kesusasteraan Melayu, kerana setiap kali ingin memulakan tajuk prosa baharu, murid
perlu memhami terlebih dahulu ringkasan cerita sesebuah prosa. Jika peringkat awal murid
tidak dapat menguasai murid-murid tersebut tidak akan berjaya mengkaji aspek seterusnya iaitu
mengkaji aspek sastera dan tahap yang paling iaitu mencipta hasil karya. Masalah seterusnya
ialah ada juga segelintir murid yang berjaya menghabiskan pembacaan mereka namun mereka
mudah lupa mengenai ringkasan cerita sesebuah prosa kerana guru menggunakan nota edaran
sinopsis kepada murid. Tambahan pula pemilihan teks yang begitu banyak akan mengelirukan
mereka. Rajah 1 menunjukkan bilangan pemilihan prosa dan puisi moden dan tradisional.

Rajah 1
3

Mata pelajaran Kesusasteraan merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid
membaca, kemudian memahami, selepas itu menguasai dan mengingati keseluruhan cerita
dalam setiap bahan karya sastera baharulah mereka boleh menjawab setiap soalan. Selain itu,
sesuatu gambaran ini juga membantu memberi bayangan kepada mereka sekiranya semasa
menjawab peperiksaan mereka tidak dapat mengingati apa-apa.

3.0 Isu Keprihatinan /fokus Kajian.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah seperti yang berikut:
1. Memberi fokus kepada masalah murid yang tidak suka membaca
2. Murid yang tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan prosa moden.
3. Murid tidak dapat mengingat ringkasan cerita prosa moden.

4.0 Objektif Kajian, soalan kajian, dan kumpulan sasaran.
4.1 Objektif umum
Objektif umum kajian ini ialah membantu Murid Meningkatkan pencapaian
keseluruhan dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

4.2 Objektif khusus
Antara objektif khusus Kajian Tindakan ini ialah :
1. Objektif yang paling utama sekali ialah menarik minat murid untuk

membaca teks prosa moden.
2. Murid dapat mengingat ringkasan cerita dan aspek kajian sastera lain dalam

prosa moden kerana penglibatan murid secara total.
3. Mencipta variasi suasana yang berbeza dalam pembelajaran dan pengajaran
4. Menambahkan kepelbagaian teknik pembelajaran dan pengajaran guru.

4

4.3 Soalan kajian.
1. Adakah PROMBAR ini dapat membantu murid untuk meningkatkan
pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran KM?
2. Adakah PROMBAR ini dapat membantu murid untuk menguasai aspek
kajian dalam prosa moden?
3. Adakah semasa pelaksanaan PROMBAR ini mampu menarik minat murid
semula untuk membaca teks dalam mendapatkan maklumat.

4.4 Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran ialah murid tingkatan 4C dan 5C kesusasteraan melayu
2018. 4C seramai 10 orang manakala 5C seramai 25 orang.

5.0 Metodologi Kajian
5.1 Semakan lembaran kerja
Semakan latihan dalam lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat
menilai tahap pencapaian murid dalam kemahiran berkenaan.
5.2 Pemerhatian dalam pdpc
Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajajaran dan
pembelajaran berlangsung.
5.3 Mengenalpasti masalah melalui ujian pra 1 dan ujian pra 2.
Ujian pra diadakan sebanyak dua kali bagi tingakatan 4C dan 5C. Data markah
murid di kumpul oleh dua orang guru yang mengajar. Menurut dapatan markah
murid tersebut menunjukkan jumlah markah yang sangat lemah. Apabila disoal
oleh guru, kebanyakan mereka mengatakan mereka belum membaca prosa
moden. Menurut mereka prosa moden tersebut sukar untuk difahami dan
membosankan.

5

5.4 Ujian bulanan, PKS I dan II.

Dua orang guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5
menganalisis data murid dan berbincang sesama individu.

5.5 Temubual secara individu.

Guru memilih secara rawak murid tingkatan 4C dan tingkatan 5C tahun 2018
untuk mengetahui masalah mereka.

5.6 WhatsApp kumpulan Kesusasteraan Melayu 2018.

WhatsApp dibuat oleh guru bersama-sama dengan murid untuk mengetahui
pelaksanaan dan perkembangan teknik PROMBAR.

6.0 Menganalisis data

Analisis data diperlukan untuk mengetahui masalah kelemahan murid dalam bahagian ini..
Jadi saya menjalankan ujian secara berperingkat. Saya mengambil masa dua bulan setengah
sebelum menghabiskan ujian pra dan ujian pasca dalam keseluruhan prosa moden.

6.1 Perbandingan markah ujian pra 1, ujian pra 2 dan ujian pasca 1 dan
ujian pasca 2 murid tingkatan 4C.

Cerpen 1 OOOO

MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN

PASCA 2.

Bil Nama Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
1 Angelynna anak Ramlee
2 Cindy Nana anak Rosly 11 2 4
3 Clement Kudy anak Mathew
4 Gwen Gena anak Justine Ras 11 4 6
5 Jessyononiaty Robert
6 Loronica Leona anak Neron 00 4 4
7 Phlomena anak Sandai
8 Shara Ardilla David 11 4 4
9 Tracy anak Akang
11 4 6

01 4 4

11 4 6

21 4 4

11 4 6

6

Cerpen 2 Res Judicata MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 Angelynna anak Ramlee
2 Cindy Nana anak Rosly PASCA 2.
3 Clement Kudy anak Mathew
4 Gwen Gena anak Justine Ras Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 Jessyononiaty Robert
6 Loronica Leona anak Neron 11 2 4
7 Phlomena anak Sandai
8 Shara Ardilla David 11 2 4
9 Tracy anak Akang
01 4 4

01 2 4

01 4 4

01 2 4

01 4 6

11 6 6

11 4 6

Cerpen 3 Bukit Emas MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 Angelynna anak Ramlee
2 Cindy Nana anak Rosly PASCA 2.
3 Clement Kudy anak Mathew
4 Gwen Gena anak Justine Ras Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 Jessyononiaty Robert
6 Loronica Leona anak Neron 11 2 4
7 Phlomena anak Sandai
8 Shara Ardilla David 11 2 4
9 Tracy anak Akang
01 4 4

11 4 4

21 4 6

11 4 4

11 2 4

11 4 4

11 2 4

7

Cerpen 4 Gulai sembilang untuk abah MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 Angelynna anak Ramlee
2 Cindy Nana anak Rosly PASCA 2.
3 Clement Kudy anak Mathew
4 Gwen Gena anak Justine Ras Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 Jessyononiaty Robert
6 Loronica Leona anak Neron 11 4 6
7 Phlomena anak Sandai
8 Shara Ardilla David 11 4 4
9 Tracy anak Akang
11 2 6

11 1 6

TH TH 4 4

11 4 6

01 4 3

21 1 0

21 2 2

Cerpen 5 Perspektif MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 Angelynna anak Ramlee
2 Cindy Nana anak Rosly PASCA 2.
3 Clement Kudy anak Mathew
4 Gwen Gena anak Justine Ras Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 Jessyononiaty Robert
6 Loronica Leona anak Neron 24 4 6
7 Phlomena anak Sandai
8 Shara Ardilla David 21 2 6
9 Tracy anak Akang
12 4 6

21 6 4

22 4 4

21 4 6

01 6 6

21 2 6

21 2 4

8

6.2 Perbandingan markah ujian pra 1, ujian pra 2 dan ujian pasca 1 dan
ujian pasca 2 murid tingkatan 5C.

Cerpen 1 000

MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN

PASCA 2.

Bil Nama Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
1 CARNYLEA KALLOK ANAK BASCO ALON
2 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU 24 6 6
3 CHRISTYNANISHA ANAK THOMAS
4 CLARISSA CHENBENDA ANAK AMPI 21 4 5
5 DHOLENSER DINDANG ANAK ALI
6 ESHTER SHYARON ANAK JERRY 12 6 6
7 ESTER SANGGA ANAK ALI
8 FELIX JANA BIN FLORENCE 21 4 7
9 FREDRIANELLE INGGI WONG
21 2 6
10 JENNEYONA ANAK BRAITIN @ MISSIN
11 JERONICA JOANNA ANAK JAMPONG 21 4 4
12 NICKSHAM HENDRY ANAK LAYANG
13 OLYVIER ANAK GEORGE 01 6 4
14 PETER GARRYSON ANAK GASON
15 PRESLY APUN ANAK ALEXSON BALAU 21 6 8
16 RISKA URAI ANAK MOSES
17 SHERLYVIA FANNYZA ANAK ROKONG 21 8 6
18 STEWART ANAK SAM SUN
19 GEOVIELLYA MYA ANAK GARAN XX X X
20 SYLVERRIUS JOSSUA ANAK ROBERT
21 ANITA ANAK GAENG 11 6 6
22 ELIZABETH RANI ANAK KUMA
23 EMALIZA IDA ANAK GAT 02 4 6
24 HARRY JOE ANAK HENARY
25 NIGEL CORNELIUS JUNIOR ANAK NAGA 00 6 8
26 RICKSON MACVALENT ANAK THOMAS
20 4 4

11 4 8

01 2 4

02 4 4

02 2 4

04 4 4

20 4 6

11 4 4

12 6 6

42 4 4

12 4 6

02 4 8

xx x X

9

Cerpen Rindu seorang Rafik MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 CARNYLEA KALLOK ANAK BASCO ALON
2 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU PASCA 2.
3 CHRISTYNANISHA ANAK THOMAS
4 CLARISSA CHENBENDA ANAK AMPI Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 DHOLENSER DINDANG ANAK ALI
6 ESHTER SHYARON ANAK JERRY 21 4 4
7 ESTER SANGGA ANAK ALI
8 FELIX JANA BIN FLORENCE 21 4 4
9 FREDRIANELLE INGGI WONG
12 6 4
10 JENNEYONA ANAK BRAITIN @ MISSIN
11 JERONICA JOANNA ANAK JAMPONG 21 4 6
12 NICKSHAM HENDRY ANAK LAYANG
13 OLYVIER ANAK GEORGE TH TH TH TH
14 PETER GARRYSON ANAK GASON
15 PRESLY APUN ANAK ALEXSON BALAU 21 4 4
16 RISKA URAI ANAK MOSES
17 SHERLYVIA FANNYZA ANAK ROKONG 01 4 4
18 STEWART ANAK SAM SUN
19 GEOVIELLYA MYA ANAK GARAN 21 4 6
20 SYLVERRIUS JOSSUA ANAK ROBERT
21 ANITA ANAK GAENG 21 6 6
22 ELIZABETH RANI ANAK KUMA
23 EMALIZA IDA ANAK GAT XX X X
24 HARRY JOE ANAK HENARY
25 NIGEL CORNELIUS JUNIOR ANAK NAGA 11 2 4
26 RICKSON MACVALENT ANAK THOMAS
02 4 6

00 6 6

20 2 2

11 4 6

01 2 4

02 4 4

02 2 4

01 4 2

20 4 6

11 2 6

12 2 8

42 4 6

12 2 4

04 6 6

xx x X

10

Cerpen 3 Gulai sembilang untuk Abah. MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 CARNYLEA KALLOK ANAK BASCO ALON
2 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU PASCA 2.
3 CHRISTYNANISHA ANAK THOMAS
4 CLARISSA CHENBENDA ANAK AMPI Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 DHOLENSER DINDANG ANAK ALI
6 ESHTER SHYARON ANAK JERRY 20 2 2
7 ESTER SANGGA ANAK ALI
8 FELIX JANA BIN FLORENCE 21 2 4
9 FREDRIANELLE INGGI WONG
12 2 4
10 JENNEYONA ANAK BRAITIN @ MISSIN
11 JERONICA JOANNA ANAK JAMPONG 21 4 6
12 NICKSHAM HENDRY ANAK LAYANG
13 OLYVIER ANAK GEORGE 01 4 4
14 PETER GARRYSON ANAK GASON
15 PRESLY APUN ANAK ALEXSON BALAU 21 2 2
16 RISKA URAI ANAK MOSES
17 SHERLYVIA FANNYZA ANAK ROKONG 01 2 4
18 STEWART ANAK SAM SUN
19 GEOVIELLYA MYA ANAK GARAN 21 4 6
20 SYLVERRIUS JOSSUA ANAK ROBERT
21 ANITA ANAK GAENG 21 6 6
22 ELIZABETH RANI ANAK KUMA
23 EMALIZA IDA ANAK GAT XX X X
24 HARRY JOE ANAK HENARY
25 NIGEL CORNELIUS JUNIOR ANAK NAGA 11 2 4
26 RICKSON MACVALENT ANAK THOMAS
02 4 4

11 4 8

20 2 1

10 4 6

00 2 4

00 2 2

00 2 6

00 2 4

20 6 8

11 6 6

12 6 6

42 4 4

12 4 4

02 6 6

xx x x

11

Cerpen 4 Bukit Emas MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 CARNYLEA KALLOK ANAK BASCO ALON
2 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU PASCA 2.
3 CHRISTYNANISHA ANAK THOMAS
4 CLARISSA CHENBENDA ANAK AMPI Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 DHOLENSER DINDANG ANAK ALI
6 ESHTER SHYARON ANAK JERRY 20 2 2
7 ESTER SANGGA ANAK ALI
8 FELIX JANA BIN FLORENCE 20 4 2
9 FREDRIANELLE INGGI WONG
10 4 4
10 JENNEYONA ANAK BRAITIN @ MISSIN
11 JERONICA JOANNA ANAK JAMPONG 20 6 6
12 NICKSHAM HENDRY ANAK LAYANG
13 OLYVIER ANAK GEORGE 01 4 6
14 PETER GARRYSON ANAK GASON
15 PRESLY APUN ANAK ALEXSON BALAU 21 4 4
16 RISKA URAI ANAK MOSES
17 SHERLYVIA FANNYZA ANAK ROKONG 01 4 4
18 STEWART ANAK SAM SUN
19 GEOVIELLYA MYA ANAK GARAN 21 6 6
20 SYLVERRIUS JOSSUA ANAK ROBERT
21 ANITA ANAK GAENG 21 6 6
22 ELIZABETH RANI ANAK KUMA
23 EMALIZA IDA ANAK GAT XX X X
24 HARRY JOE ANAK HENARY
25 NIGEL CORNELIUS JUNIOR ANAK NAGA 11 4 4
26 RICKSON MACVALENT ANAK THOMAS
02 4 4

00 8 4

20 2 4

11 8 6

01 4 6

02 4 4

02 4 6

04 4 6

20 6 8

11 6 8

12 6 6

42 2 4

12 4 4

04 4 8

xx x x

12

Cerpen 5 Perspektif MARKAH UJIAN PRA 1, UJIAN PRA 2

Bil Nama DAN UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN
1 CARNYLEA KALLOK ANAK BASCO ALON
2 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU PASCA 2.
3 CHRISTYNANISHA ANAK THOMAS
4 CLARISSA CHENBENDA ANAK AMPI Pra1 Pra 2 Pasca 1 Pasca 3
5 DHOLENSER DINDANG ANAK ALI
6 ESHTER SHYARON ANAK JERRY 04 4 6
7 ESTER SANGGA ANAK ALI
8 FELIX JANA BIN FLORENCE 01 4 4
9 FREDRIANELLE INGGI WONG
02 6 4
10 JENNEYONA ANAK BRAITIN @ MISSIN
11 JERONICA JOANNA ANAK JAMPONG 01 6 6
12 NICKSHAM HENDRY ANAK LAYANG
13 OLYVIER ANAK GEORGE 22 4 6
14 PETER GARRYSON ANAK GASON
15 PRESLY APUN ANAK ALEXSON BALAU 21 4 4
16 RISKA URAI ANAK MOSES
17 SHERLYVIA FANNYZA ANAK ROKONG 01 4 4
18 STEWART ANAK SAM SUN
19 GEOVIELLYA MYA ANAK GARAN 21 6 4
20 SYLVERRIUS JOSSUA ANAK ROBERT
21 ANITA ANAK GAENG 21 6 8
22 ELIZABETH RANI ANAK KUMA
23 EMALIZA IDA ANAK GAT XX X X
24 HARRY JOE ANAK HENARY
25 NIGEL CORNELIUS JUNIOR ANAK NAGA 11 4 4
26 RICKSON MACVALENT ANAK THOMAS
02 6 6

00 6 6

20 2 4

11 6 4

01 4 4

02 4 4

02 6 4

04 4 4

20 6 6

11 6 6

12 6 6

02 4 4

12 4 4

04 6 6

xx x x

13

7.0 Pengenalan inovasi teknik PROMBAR.
Terdapat lima langkah untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Langkah 1-guru
menyediakan ringkasan cerita untuk prosa moden iaitu 10 buah cerpen. Melalui skrip
ini murid diminta untuk mengeluarkan apa sahaja watak di dalam cerpen tersebut.
Langkah kedua, selepas watak itu dikeluarkan, murid akan diminta menggunakan
beberapa perisisan untuk menghasilkan gambar animasi watak bersesuaian dengan
watak tersebut. Melalui langkah tiga mereka akan diminta untuk screenshot WhatApp
kumpulan dan yang menggunakan laptop akan menyimpan gambar watak dalam folder.
Langkah keempat, guru dan murid akan print bahan tersebut bersama dengan murid.
Langkah akhir ialah murid akan menyiapkan tugasan sinopsis cerita, dan watak
perwatakan dalam prosa mengikut soalan kajian PROMBAR yang telah disediakan
oleh guru. Murid diberi pilihan menggunakan laptop ataupun tulis pakai tangan.

14

8.0 Pelaksanaan kajian.

Maklumat mengenai kajian teknik PROMBAR

Inovasi : Teknik PROMBAR

Mata pelajaran : Kesusasteraan Melayu SPM

Sasaran : Pelajar 4C dan 5C SMK Medamit

Tempoh : sepanjang tahun 2018

Tindakan : Guru Kesusasteraan Melayu 5C

Masa : setiap kali ada tajuk prosa moden

10 buah cerpen.

Pendahuluan :

Pelajar Tingkatan 5 SMK Medamit menghadapi masalah apabila menjawab soalan –
soalan yang susah.

Maklamat Program :

Maklamat program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab
soalan dengan mudah.

Objektif Program :

1. Murid dapat mengingat sinopsis dan nama watak melalui teknik
PROMBAR.

2. Melalui teknik ini akan membantu murid mengingat cerita prosa
moden selain itu, murid dapat mengingat watak perwatakan dalam
cerpen.

3. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran KM.

15

Butiran inovasi :
1. Guru yang terlibat : Guru KM Tingkatan 4C dan 5C.
2. Tarikh program : Asalkan ada kelas KM
3. Tempat program : Kelas Tingkatan 4C dan 5C
4. Pelaksanaan program : setiap kali mengajar prosa moden.
Perbelanjaan program :
Kuantiti Harga (RM)
Bahan - -
-

9.0 Hasil Pelaksanaan pelan tindakan

Dalam kajian tindakan ini saya memilih dua cara mengukur tahap peningkatan prestasi
murid.

9.1. Ujian pra dan pasca.

Hasil dinilai melalui ujian pra dan pasca dengan menganalisis peningkatan markah
mengikut fokus kajian bahagian prosa moden sahaja.

10.0 Kesimpulan

Melalui kajian tindakan PROMBAR dalam prosa moden ini kami berharap dapat
menarik minat murid untuk membaca teks sastera. Selain itu, kami juga mengharapkan
penglibatan murid dalam ICT dapat memberi rangsangan kepada keupayaan belajar
mereka. Pada masa yang sama kami juga mahu ilmu ICT ini diaplikasikan dengan mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu untuk menampakkan mata pelajaran ini juga
mempunyai nilai komersial dan berdaya saing seiring dengan mata pelajaran lain dalam
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan inovatif.

16

Lampiran 1 (Ringkasan Cerita Cerpen)

Cerpen 0000000 (oleh Shahnon Ahmad)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah watak “Aku” yang digambarkan sebagai seorang pelukis yang
hebat dan berjiwa seni yang tinggi. Aku berkawan rapat dengan Daiman Kreko. Aku seringkali memuji
rakannya itu dan menganggapnya sebagai sasterawan yang berbakat tinggi dalam bidang penulisan.

Pada suatu hari, mereka berjanji bermain bersama-sama. Permainan mereka ialah menghasilkan
karya mengikut bakat serta kemahiran masing-masing. Daiman Kreko bermain-main dengan bahasa,
manakala watak Aku pula bermain dengan lakaran lukisan. Daiman Kreko telah datang ke studio Aku.
Daiman membawa seorang rakannya bernama Dol. Sebenarnya dalam perancangan awal mereka, tidak
dinyatakan bahawa Daiman Kreko mengajak rakannya yang lain. Dol merupakan penyanyi rock dari
kumpulan Mad Dog.

Oleh kerana Dol tidak termasuk dalam perancangan awal Aku dan Daiman Kreko, akhirnya
mereka memutuskan untuk menjadikan Dol sebagai objek atau bahan utama permainan mereka. Dol
diminta duduk di atas kerusi kemudian duduk di tengah-tengah studio. Aku dan Daiman Kreko mula
membuat tafsiran ke atas Dol untuk dijadikan bahan dalam menghasilkan karya masing-masing.
Tafsiran mereka nanti akan dilakar atau ditulis dalam sehelai kertas.

Aku berpendapat bahawa Dol tidak mempunyai sifat menarik yang boleh dijadikan sebagai
idola. Aku mendapati rambut Dol menggerbang macam sarang tupai kena jolok, gondrong, pintal-
memintal dan kusut-masai. Dol juga memakai subang telinga yang besar dan panjang berkilat. Tetapi
hanya telinga sebelah sahaja yang ada subang itu. Telinga sebelahnya pula hanya ada lubang tapi tiada
subang. Subang itu akan tersentak ke kiri dan ke kanan apabila Dol menari. Menurut tinjauan
sekumpulan wartawan pop, memang rambut dan subang sebelah itulah antara ciri-ciri yang
memaknakan peribadi Dol sebagai penyanyi dalam kumpulan Mad Dog.

(memaknakan peribadi = identiti)
Di kepala Dol terlilit secebis kain berwarna merah garang yang melambangkan lagu, suara,

irama dan nada yang rancak. Di leher Dol terdapat banyak rantai yang berwarna-warni. Ada seutas
rantai panjang sampai ke pusat Dol. Rantai tersebut berbiji bulat, besar dan berbonggol-bonggol. Dol
memakai sehelai singlet tidak berlengan, koyak-rabak dan terdapat tiga lubang yang sudah ditampng
dengan kain yang lain warnanya. Menerusi singlet Dol, jelas kelihatan bulu ketiak dan bulu dadanya.
Dol memakai seluar jenis sutera berwarni-warni dan ketat sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan
badannya yang sengaja ditayangkan. Dol juga memakai kasut but tebal yang biasanya dipakai di hutan
oleh penebang kayu balak.

Akhirnya, kesimpulan yang dibuat oleh watak Aku ialah tiada apa-apa keistimewaan yang
dapat diambil daripada penampilan Dol. Tiada juga apa-apa yang baik boleh dijadikan contoh daripada
imej rock Dol itu. Bagaimanapun, imej rock begitulah yang sangat diminati dan dipuja oleh peminat.
Malahan penulis menyatakan bahawa sangat ramai peminat penyanyi rock di seluruh negara. Namun
bagi Aku, semua gaya yang ditampilkan oleh Dol hanya sia-sia; maksudnya tiada apa-apa yang
menguntungkan kalau meniru gaya penampilannya. Watak Aku dalam cerpen ini akhirnya hanya
menconteng angka 00000000 pada kertasnya. Daiman Kreko juga mendapati bahawa tiada apa-apa
keistimewaan yang dapat ditulis daripada penampilan Dol. Oleh itu Daiman Kreko hanya dapat
menconteng perkataan Kosong Kosong Kosong Kosong Kosong Kosong (tiada makna atau manfaat)

17

daripada gaya Dol. Menurut mereka, semua gaya dan penampilan fizikal Dol tidak memberi sebarang
faedah. Walaupun dia mempunyai peminat yang ramai terutamanya daripada golongan muda, namun
semua yang ditunjukkan oleh Dol sebenarnya tidak mempunyai manfaat kepada kehidupan anak-anak
muda.

18

Cerpen RINDU SEORANG RAFIK (Nisah Hj.Haron)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah dua orang watak yang bersahabat. Seorang lelaki bernama
Rafik (watak Aku), dan seorang wanita bernama Rosa. Aku seorang rakyat Malaysia, manakala Rosa
pula rakyat Singapura. Hubungan mereka rapat. Mereka sentiasa berhubung melalui e-mel dan pesanan
ringkas dalam telefon. Setiap hari mereka bertukar-tukar idea berkaitan pelbagai isu.

Bagaimanapun, hubungan Aku dan Rosa mula renggang hampir tiga bulan. Kerenggangan itu
berlaku apabila timbul isu Pedra. Sejak itu Rosa tidak lagi melayan mesej mahupun panggilan telefon
daripada Aku. Pedra adalah nama sebuah pulau kecil yang terletak di perairan antara Malaysia dan
Singapura. Nama lain bagi Pedra ialah Pulau Batu Putih. Aku berusaha menghubungi Rosa melalui e-
mel dan telefon, namun tetap tiada balasan. Panggilan telefon Aku juga tidak dilayan. Aku hampir
putus asa, bagaimanapun dia tetap gagahi juga menghubungi Rosa kerana Aku berpegang pada prinsip
“selagi ada kemahuan, jalan keluarnya pasti akan datang”.

Pada suatu hari Ketua Pengarang memberi tugas kepada Aku untuk pergi ke Singapura
mendapat berita berkaitan kedudukan Pulau Batu Putih. Aku menerima tugasan itu tanpa banyak soal.
Aku menggunakan peluang itu untuk bertemu rakannya Rosa yang tinggal di apartmen Woodlands
Avenue, Singapura. Aku tabah serta tidak berputus asa menghubungi rakan karibnya itu. Sayangnya,
Rosa tiada di situ.

Dalam cerpen ini, diceritakan bahawa pernah satu ketika dua orang sahabat itu berbual tentang
Pedra atau Pulau Batu Putih secara online. Dalam perbualan itu, Rosa bersemangat sekali
mempertahankan negaranya. “Pedra Branca (Pulau Batu Putih) milik Singapura”, tegas Rosa. Aku
pula berkeras mengatakan bahawa Pulau Batu Putih itu lebih dekat dengan Malaysia. Akhirnya Aku
berkata; .... “biarlah I.C.J. yang menentukan.” *** I.C.J. (Mahkamah Keadilan Antarabangsa, di
Belanda)

Mereka sama-sama ada semangat patriotik yang tinggi. Rosa mempertahankan bahawa Pedra
adalah milik Singapura, manakala Aku pula tetap dengan pendiriannya bahawa pulau itu adalah milik
Malaysia. Semenjak berlaku pertentangan pendapat itu, hubungan mereka renggang. Mesej Aku
melalui e-mel ataupun telefon langsung tidak dilayan oleh Rosa.

Diceritakan bahawa Aku seorang wartawan yang berpegang kepada etika kewartawanan, iaitu
berterus terang dan jujur menyampaikan fakta. Rosa pula adalah orang seni (penari) tapi sangat tegas
pendiriannya, misalnya dalam isu Pedra. Mereka mula-mula bertemu sewaktu sama-sama menonton
dramatari di Auditorium DBKL.

Pengarang seterusnya menyatakan bahawa perebutan dua negara ke atas Pedra atau Pulau Batu
Putih itu semakin memuncak. Akhirnya pertikaian ke atas pulau itu dibawa ke ICJ, Belanda, untuk
mendapatkan keadilan bagi mengenal pasti negara mana yang berhak memilikinya. Aku sebagai
wartawan telah diarahkan untuk pergi ke Belanda bagi membuat liputan perbicaraan itu. Daripada
perbicaraan yang melibatkan 17 orang hakim itu, akhirnya telah sepakat memutuskan bahawa Pulau
Batu Putih (Pedra) adalah milik negara Malaysia.

Aku (nama sebenar Rafik Mustaqim) amat gembira dengan keputusan mahkamah ICJ itu.
Kegembiraan Aku terpancar melalui wajahnya yang riang. Namun jauh dilubuk hatinya mahu meraikan
kegembiraan ini bersama Rosa. Setelah sampai di hotel penginapannya, Mustaqim membuka e-melnya.
Matanya tertumpu pada satu e-mel yang sudah lama ditunggu-tunggunya iaitu mesej daripada Rosa.
Menerusi e-mel itu Rosa mengatakan bahawa dia belum bersedia bertemu dengan Aku akibat keputusan
mahkamah itu. Namun, dalam e-mel itu juga, Rosa meluahkan isi hatinya bahawa dia sebenarnya jatuh
hati terhadap Aku.

19

Sebaliknya , pada masa yang sama Aku menyatakan bahawa dia juga berasa rindu terhadap

seorang ‘rafik’. *** dalam bahasa Arab, rafik ertinya kawan atau sahabat.

20

Cerpen RES JUDICATA (oleh Aidil Khalid)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah berkaitan siaran berita di televisyen tentang seorang lelaki yang
dikerumuni wartawan di foyer (di kaki lima/ruang legar) bangunan mahkamah. Isu yang menjadi tajuk
utama berita pada slot jam 8.00 malam itu memaparkan seorang lelaki berumur awal 30-an menyaman
pihak syarikat pengangkutan KTN sejumlah RM27 juta. Menurut lelaki itu, hubungan antara seorang
pembeli tiket dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan tertakluk kepda
hubungan kontraktual (secara kontrak). Hal ini bererti, apabila gagal menepati jadual masa yang
ditetapkan maka pihak syarikat KTN telah melakukan pecah kontrak (tidak mengikut persetujuan asal).
“Lantas sebagai pembeli tiket, saya berhak menyaman rugi” (menuntut ganti rugi), kata lelaki itu.

Berita tersebut telah mengundang pelbagai reaksi (respons) orang-orang yang menontonnya.
Tidak kira sama ada tukang gunting rambut, seorang atuk yang berada di hujung sebuah kampung,
seorang suri rumah, kanak-kanak yang baru belajar berjalan dan sekumpulan remaja, bahkan seorang
penganggur semuanya ternganga apabila mendengar berita itu. Namun golongan paling ramai ialah
mereka yang mengerutkan dahi sambil membayangkan jumlah wang sebanyak RM27 juta.

Pada keesokan harinya, berita tersebut dilaporkan di muka hadapan surat khabar utama. Laporan
yang sama, tetapi lebih terperinci dengan profil lelaki tersebut. Lelaki yang menyaman syarikat KTN
itu adalah seorang peguam di syarikat guaman miliknya sendiri. Sebenarnya, dia bukan peguam yang
hebat kerana hanya mengendalikan kes-kes kecil dan memilki rekod 50 – 50, iaitu kes yang menang
dan kalah adalah seimbang. Kes ini adalah yang pertama kali dikendalikannya, iaitu mewakili dirinya
sendiri dengan jumlah tuntutan yang besar. Baginya, tindakannya itu merupakan satu kelebihan, kerana
dia tidak perlu menanggung kos melantik peguam serta dia bebas menyaman bila-bila saja. Jumlah
RM27 juta itu, dikatakan sama dengan jumlah kerugian yang ditanggungnya kerana gagal menghadiri
mesyuarat dengan sebuah syarikat yang menawarkan sebuah kontrak bernilai RM27 juta, di Indonesia.
Sebelum ini, peguam itu telah membeli tiket kereta api ke KL Sentral, yang kemudiannya akan
membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kemudian, dia septutnya menaiki
pesawat (kapal terbang) ke Jakarta, Indonesia pada jam 10.00 pagi; tetapi dia terlambat kerana tren
(kereta api) yang dinaikinya berhenti di tengah-tengah rel selama labih sejam tanpa makluman awal
serta tiada alasan kukuh. Pihak syarikat hanya menyatakan berlaku ‘masalah teknikal’. Mesyuarat di
ibu negara Indonesia pula ditetapkan berlangsung pada jam 12.00 tengah hari waktu Malaysia.

Pelbagai reaksi juga ditunjukkan oleh pembaca ketika menatap laporan tersebut termasuk
seorang hakim. Hakim tersebut mempersoalkan dari mana peguam lelaki itu belajar undang-undang.
Seorang pakar undang-undang dari Universiti Teknologi MARA pula, bernama Profesor Ray Jay pula
mengatakan bahawa peguam tersebut tidak salah menyaman tetapi beliau mengingatkan tentang
peruntukan Seksyen 74 iaitu ganti rugi boleh disaman tertakhluk kepada kerugian secara langsung
sahaja, manakala tuntutan kerugian yang timbul secara berangkai, adalah dikecualikan. [**tuntutan
ganti rugi berangkai: akibat tren lewat sampai, maka dia terlambat tiba di KLIA; menyebabkan dia
terlepas penerbangan ke Indonesia, akhirnya dia tidak dapat menghadiri mesyuarat; seterusnya dia tidak
dapat kontrak bernilai RM27 juta itu] Dari segi undang-undang, lelaki itu tidak boleh membuat
tuntutan ganti rugi akibat kelewatan itu.

Salah seorang peguam KTN pula mengesahkan telah menerima notis saman dari mahkamah, dan
agak terkejut kerana perkara sebegitu memang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Hal ini kerana
kes seperti itu jelas termasuk dalam istilah undang-undang dipanggil res judicata, iaitu kes yang telah

21

selesai diperdebatkan dan diputuskan. Jadi tidak boleh dibicarakan lagi. Oleh itu, bagi peguam syarikat
KTN tersebut, tindakan lelaki/peguam itu hanya untuk mendapat publisiti murahan sahaja (hanya minta
perhatian masyarakat umum).

Apabila wartawan menghubungi peguam tersebut untuk meminta komen tentang pandangan

Profesor Ray Jay, dia mengakui bahawa memang tidak boleh membuat tuntutan ganti rugi secara

berangkai. Oleh itu, wartawan menuduh peguam/lelaki tadi hanya mencari nama atau publisiti murahan.

Namun, peguam tersebut mengatakan bahawa tuntutan itu bukanlah tentang dirinya sahaja tetapi untuk

memberi amaran serta pengajaran kepada para pengendali syarikat pengangkutan awam yang lain

supaya tidak cuai. Saman itu adalah tentang penumpang-penumpang kecil melawan syarikat

pengangkutan awam yang tidak efisien (tidak cekap), bukan sahaja syarikat KTN tetapi syarikat lain.

Lelaki/peguam itu bertindak begitu adalah untuk kepentingan awam, bukannya wang RM27 juta atau

publisiti murah. Jumlah pengguna pengangkutan KTN antara 90 000 hingga 100 00 orang, yang akan

mendapat kerugian kerana waktu adalah umpama wang. Lelaki itu berharap pihak mahkamah akan

mengambil kira kepentingan awam, jika saman itu diterima maka semua syarikat pengangkutan

diwajibkan untuk lebih bertanggungjawab. Seminggu kemudian, lelaki yang membuat saman itu

berpapasan (berselisih ketika dalam perjalanan) dengan peguam syarikat KTN di foyer mahkamah,

mereka masing-masing tersenyum sahaja. * Fikirkan mengapa mereka hanya tersenyum

sesama sendiri*

22

Cerpen NAMUN ITULAH HAKIKAT (oleh Nazel Hashim Mohamad)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah watak “Aku” mengimbau kembali kenangan sewaktu dia
berada di kampung sewaktu kecil. Gelaran ‘Pak Mid gila’ seringkali kedengaran daripada mulut
penduduk kampung yang menggelarkan Pak Mid sebagai orang gila. Dia digelar gila kerana
mengusahakan tanah terbiar kampung dengan menanam pokok-pokok hutan sedangkan orang lain sibuk
dengan perusahaan sawah bendang kerana ada nilainya di pasaran.

Bagi penduduk kampung, Pak Mid seharusnya menanam pokok-pokok yang boleh
mendatangkan hasil kepada diri sendiri dan juga masyarakat seperti menanam pokok buah-buahan.
Namun, segala tohmahan yang dilemparkan penduduk kampung kepada Pak Mid umpama masuk
telinga kanan keluar telinga kiri. Pak Mid jelas menunjukkan sikap positifnya dengan menganggap
segala kata-kata penduduk kampung hanyalah satu gurauan yang dia tidak perlu ambil peduli.
Sebaliknya dia bersikap mesra dengan orang-orang kampungnya. Pak Mid tetap meneruskan usahanya
menanam pelbagai jenis pokok hutan. Dari tahun ke tahun, kawasan tanah bohor (tanah rendah) Pak
Mid semakin menghijau dengan pokok-pokok hutannya. Pak Mid belum berpuas hati dengan kawasan
tanah yang diusahakannya, sekarang dia usahakan pula sebahagian tanah sawah di tepi rumahnya
dengan pokok-pokok hutan juga. Sementara itu pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai dijaga
dengan baik oleh Pak Mid.

Dalam cerpen ini diceritakan bahawa ketika Aku masih kecil, kehidupan di kampungnya
memang susah. Misalnya, Aku terpaksa menunggang basikal ke sekolah melalui permatang di sawah.
Jika musim tengkujuh, Aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana batas sawah lecak. Pada waktu
malam pula, penduduk kampung hanya menggunakan pelita sahaja.

Lama-kelamaan, pelan pembangunan luar bandar telah dilaksanakan oleh kerajaan di kampung
itu. Aku juga tidak terkecuali menerima pembangunan. Kehadiran pegawai juruukur di kampungnya
bertujuan meneliti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan seperti pembinaan jalan raya
dan surau. Sinar baharu kepada Pak Mid muncul apabila kawasan tanah bohor miliknya telah dipilih
kerajaan untuk dijadikan jalan penghubung termasuk tanah-tanah sawah penduduk kampung yang lain.
Pak Nyan bertanyakan kepada Pak Mid perihal tanah yang telah dipilih kerajaan. Pak Nyan menyindir
Pak Mid dengan menyatakan segala usahanya selama ini menanam pokok-pokok hutan adalah sia-sia
kerana tiada nilai dan tiada geran yang sah. Pak Mid dengan tenang menjelaskan bahawa tanahnya
adalah sah kerana bergeran. Hal ini amat mengejutkan Pak Nyan. Tuk Penghulu pula menerangkan
bahawa tanah Pak Mid itu sah kerana bergeran, malahan mempunyai nilai yang tinggi. Oleh itu kerajaan
membayar wang pampasan yang mahal. Tambah Tuk Penghulu lagi, penilaian tanah Pak Mid juga
berdasarkan harga pokok-pokok hutan yang ditanamnya memang mahal. Antara tanaman yang bernilai
tinggi itu ialah pokok jati, pokok sentang dan pokok teja.

Pampasan yang diterima Pak Mid telah membantunya membina rumah yang lebih sempurna
untuk keluarganya selain mengambil peluang memasukkan bekalan asas iaitu elektrik, air paip dan
telefon selain menggunakannya untuk pembiayaan persekolahan anak-anaknya. Pak Mid juga tidak
melupakan tanggungjawabnya kepada agama dengan mendermakan sedikit daripada duit pampasannya
untuk membeli 50 helai sejadah untuk surau.

Dalam cerpen ini, diceritakan bahawa Pak Mid seorang yang tidak mudah melatah dengan sindiran
orang lain terhadap dirinya. Sebaliknya Pak Mid tidak sedikit pun bersangka buruk terhadap mereka

23

yang sering menghinanya. Hal ini demikian kerana Pak Mid menganggap semua penduduk kampung
adalah saudaranya juga.

Aku sekali lagi mengimbau kenangannya bersama anak-anak Pak Mid bermain-main di
belukar tanah rang Pak Mid semasa kecil. Semua anak-anak Pak Mid berjaya, iaitu Zul lulusan ijazah
tentang perhutanan, dan Fitri pula sedang menuntut dalam bidang perakaunan. Watak Aku sendiri pula
sedang mengikuti pengajian dalam jurusan zoologi.

Cerpen ini diakhiri dengan kisah seluruh penduduk kampung itu hidup dengan aman, maju dan
bersepadu. Tiada lagi kedengaran panggilan-panggilan yang menghina. Semua orang tua-tua di
kampung itu diberi tugas masing-masing untuk memajukan masyarakat. Anak-anak muda pula dilantik
menganggotai lembaga masjid atas cadangan Pak Mid. Pak Mid berpendapat bahawa mereka perlu
diberi peranan begitu “untuk menjadi pelapis” kelak.

Watak “Aku” berasa berat hati untuk meninggalkan kampung halamannya yang aman, maju,

dan bersatu padu itu apabila dia tamat pengajian dalam jurusan zoologi nanti. *Namun,

itulah hakikatnya #

24

Cerpen AIR MATA DALANG (oleh Rahimidin Zahari)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah Pak Yasok yang sedang duduk di beranda rumahnya semasa
hujan turun dengan lebatnya. Ketika itulah Pak Yasok teringat akan anak-anaknya yang sudah berjaya
dalam kerjaya masing-masing. Anak sulungnya Sauki menjadi ustaz di Kuala Lumpur. Anak kedua Pak
Yasok bernama Sulida betugas sebagai jurutera di syarikat minyak Miri, Sarawak. Anak ketiganya pula
iaitu Naemah menjadi doktor pakar di Hospital Kulim, Kedah.

Isteri ustaz Sauki bernama Faezah juga menjadi guru agama. Mereka sudah beranak lima orang.
Ada satu ketika Pak Yasok meminta Sauki supaya seorang anaknya tinggal bersamanya di kampung
tetapi mendapat tentangan daripada isteri ustaz Sauki. Ustazah Faezah tidak mahu anaknya mengikuti
jejak langkah datuknya menjadi tok dalang wayang kulit.

Pak Yasok mengambil pahat bermata kecil untuk meneruskan kerjanya menyiapkan patung
wayang kulit diberi nama Bota Mahwajawana. Pak Yasok membancuh warna untuk dicat pada
permukaan belulangnya. Pak Yasok sangat mematuhi petua yang telah dipelajari daripada gurunya
Dalang Tok Ali dalam seni perdalangan. Semasa menyiapkan patung wayang kulitnya, lantas Pak
Yasok teringatkan kata-kata yang menyayat hatinya dilemparkan oleh menantunya, ustazah Faezah
yang seakan-akan menghina pekerjaannya itu. Antara kata-kata ustazah Faezah suatu ketika, “Ayah
berhentilah buat kerja yang sia-sia ini. .......Kerja ayah ni kerja dosa. Ayah sepatutnya dah insaf dan
taubat daripada kerja-kerja begini.” Pak Yasok benar-benar terhiris dengan kata-kata menantunya
kerana sebelum ini tiada siapa yang menegurnya. Tambahan lagi Pak Yasok bukanlah leka dan lalai
berdalang wayang kulit. Malahan segala tanggungjawabnya terhadap masyarakat tetap diutamakan;
lebih-lebih lagi tanggungjawabnya terhadap agama dan keluarga. Pak Yasok tidak lalai. Semua suruhan
agama tidak diabaikannya. Lebih dari itu, semua aktiviti berkaitan wayang kulit dijalankan selepas Pak
Yasok dan penduduk kampung selesai bersolat di masjid. Wang hasilnya berdalang dijadikan sebagai
pembiayaan pembelajaran anaknya dan makan minum harian. Teguran menantunya dibalas Pak Yasok
dengan keras sehingga tercetusnya perbalahan antara mereka. Perselisihan faham itu menyebabkan
Faezah malu untuk balik kampung berjumpa mertuanya Pak Yasok. Mujurlah suami Faezah iaitu ustaz
Sauki pandai mengambil hati ayahnya. Apabila cuti, dia dan anak-anaknya balik ke kampung.

Lamunan Pak yasok terhenti setelah rumahnya didatangi oleh seorang gadis dari Kuala Lumpur
iaitu Nora. Kehadiran Nora ke rumah Pak Yasok adalah untuk mempelajari seni perdalangan wayang
kulit dengan Pak Yasok. Berita ini amat memeranjatkan Pak Yasok kerana selama ini belum ada anak
muda yang bersungguh-sungguh mendalami pengetahuan terhadap wayang kulit. Lebih
mengejutkannya lagi ialah Nora ini wanita. Bagaimanapun, Pak Yasok berazam sepenuh hati akan
melatih Nora dalam seni perdalangan. Nora berguru dengan Pak Yasok selama tiga bulan. Asas tarian
yang ada pada Nora memudahkannya mempelajari seni perdalangan. Bukan itu sahaja, Nora juga boleh
bermain alat muzik seperti geduk, gendang ibu, gendang anak kecuali serunai. Nora juga boleh
menggayakan watak-watak wayang kulit seperti Wak Long, Wak Yah, Samad, Said dan Pak Dogol
dengan baik.

Malam memperlimau Nora menjadi seorang dalang bakal diadakan setelah tamat perguruan itu.
Pada malam itu, ibu bapa Nora yang tinggal di Kuala Lumpur pun datang. Sulida dan Naemah juga
balik bagi meraikan upacara itu. Seluruh penduduk kampung juga turut menyaksikan majlis itu. Majlis
itu akan dimulai dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Tok Imam. Namun mereka masih

25

menunggu ustaz Sauki. Ustaz Sauki anak-beranak mesti ada kerana pada malam itu Pak Yasok
membuat pengisytiharan yang terakhir dalam hidupnya.

Pak Yasok tersenyum gembira setelah melihat kereta ustaz Sauki memasuki perkarangan
rumahnya. Mereka anak-beranak semuanya pulang. Ustazah Faezah bersalaman dengan Pak Yasok lalu
mencium tangan mertuanya itu. Tiada kata dapat diungkap oleh Pak Yasok kecuali air mata yang
mengalir malam itu.

26

Cerpen PROFESOR SUFI (oleh A.RAHMAD )

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah seorang pemuda yang nekad mahu pergi ke Bandar Barus atau
juga dikenali Sibolga, terletak di Indonesia. Pemuda itu berminat pergi ke Bandar Barus sejak dia belajar
di sekolah pondok di Kelantan. Menurut pemuda itu, kelebihan Bandar Barus ialah ramai tokoh agama
iaitu ahli-ahli sufi tinggal di situ. Mereka hidup dalam keadaan sangat sederhana, misalnya rumah
mereka dibina daripada daun lalang dan kayu. Namun kelebihan ahli-ahli sufi itu ialah ilmu agamanya
tinggi dan sangat taat beribadat kepada Tuhan. Pemuda tersebut mahu berguru dengan ahli sufi di situ.

Semasa mula-mula tiba di Bandar Barus, pemuda itu menginap di Hotel Wisata Indah. Ketika
mula-mula keluar dari hotel itu, orang pertama dia jumpa ialah seorang supir (pemandu teksi) yang
sedang menunggu penumpang di luar hotel itu. Pemuda itu dipelawa oleh supir untuk menjamu selera
di Restoran Sudarno. Dalam perjalan itu, pemuda tadi bertanya kepada supir sama ada dia mengenali
tokoh-tokoh agama di situ seperti Hamzah Fansuri. Namun supir itu tidak pernah mengenali siapa-
siapa tokoh agama di situ.

Setelah selesai menjamu selera, pemuda itu balik ke hotel Hotel Wisata Indah. Ketika tiba di

lobi hotel itu, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berkepala agak botak, usianya dalam lingkungan

50-an. Daripada perkenalan mereka, baru diketahuinya bahawa lelaki itu seorang profesor universiti di

Malaysia. Profesor itu datang ke Bandar Barus untuk membuat kajian tentang beberapa ulama (tokoh

agama) di situ. Pemuda menjelaskan hasratnya ke tempat itu iaitu untuk belajar ilmu tasawuf, dan

seterusnya beramal. Profesor itu menyatakan bahawa aliran ilmu tasawuf adalah bidang yang dia

ajar atau sampaikan kepada penuntut-penuntut universiti di Malaysia. “Kalau di Malaysia, bidang ilmu

tasawuf ini memang cawan teh saya”, kata profesor. Seterusnya beliau menyuruh pemuda itu membaca

buku-buku tentang ahli-ahli sufi yang ditulisnya (ahli sufi ertinya orang yang mengamalkan ilmu

tasawuf). Dengan angkuh profesor itu mengatakan bahawa pemuda tersebut tidak perlu datang ke

Bandar Barus kalau semata-mata mahu belajar tasawuf sebab ilmu itu sudah ada di Malaysia. Selepas

itu, pemuda tersebut menerangkan bahawa dia mahu belajar ilmu tasawuf supaya menjadi manusia

yang sempurna (kamil). Dia mahu mengamalkan ilmu tasawuf sehingga merasakan dirinya terlalu dekat

dengan Tuhan, bukan setakat membuat kajian sahaja. Itulah sebabnya pemuda terbabit minta tolong

profesor untuk mencari tempat dia belajar ilmu tasawuf. Pemuda itu cukup tegas mempertahankan

hasratnya mencari ulama besar untuk mendalami ilmu akhirat ini (ilmu tasawuf).

Setelah beberapa lama mereka berhujah, akhirnya profesor yang dahulunya memperlekehkan
hasrat pemuda terbabit mulai sedar betapa murninya niat pemuda itu dalam mencari ilmu untuk akhirat,
bukan semata-mata mengejar duniawi. Seterusnya profesor itu menghitung-hitung amalannya dalam
ilmu tasawuf. Baru beliau sedar bahawa dirinya hanyalah ahli atau pakar dalam ilmu tasawuf, tapi bukan
ahli tasawuf. (maksudnya, profesor itu hanya pandai dalam hal-hal tasawuf, tetapi tidak mengamalkan
ilmu itu)

Di bahagian akhir cerpen ini, kita dapati wujudnya perbezaan pendirian atau prinsip antara dua

watak tersebut. Bagi pemuda itu, dia lebih mengutamakan amalan atau ibadatnya kepada Allah. Pemuda
itu berkata; “saya mahu beramal walaupun sekecil-kecilnya amalan saya itu. Itu lebih baik daripada
banyak berilmu tetapi tidak beramal”. Sebaliknya pandangan atau prinsip profesor itu pula; dia rasa

kesal apabila mengetahui pemuda itu sanggup melalui jarak beribu-ribu kilometer jauhnya dari tanah

air semata-mata mahu beramal di Bandar Barus, Indonesia.

27

Cerpen GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH (oleh Fauziah Mohd Ismail)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah watak Aku teringat semula akan peristiwa yang berlaku pada
suatu malam. Ketika itu keluarga Aku berkumpul dan makan bersama-sama. Mereka makan masakan
istimewa daripada biasa yang disediakan oleh emaknya. Banyak masakan yang dimasak oleh ibunya.
Menu utama malam itu ialah gulai ikan sembilang, iaitu masakan paling digemari oleh abahnya.

Selera abah tiba-tiba berubah. Abah menambah nasi sampai tiga kali sehingga menimbulkan
kehairanan ahli keluarganya yang lain. Satu lagi yang istimewa malam itu ialah Along dan Achik yang
telah bertahun-tahun tidak bertegur sapa telah menampakkan tanda akan berdamai.

Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung kerana dilanda musibah yang paling
memedihkan. Ratu hati kami pergi menghadap Ilahi. Aku terasa sepi sejak emak hilang daripada kami
kerana emak tempat kami bermanja. Rumah itu seakan tidak bermaya. Aku tahu yang paling terasa
kehilangan ialah abah. Selama ini, emak tempat abah mengandar kasih, melenyap sepi hatinya dan emak
teman hidup abah paling setia. Aku (Aveerah) cuba menemani abah, mengisi ruang-ruang sepi yang
ditinggalkan oleh emak itu.

Kini ibunya telah tiga bulan meninggalkan mereka. Ibu Aku telah meninggal dunia. Abahnya
kesunyian. Aku terasa sepi sejak emak hilang daripada kami kerana emak tempat kami bermanja.
Rumah itu seakan tidak bermaya. Aku tahu yang paling terasa kehilangan ialah abah. Selama ini, emak
tempat abah mengandar kasih, melenyap sepi hatinya dan emak juga teman hidup abah paling setia.

Aku cuba menemani abahnya kerana abang-abangya yang lain sibuk dengan pekerjaan dan
urusan masing-masing. Tiada siapa lagi yang diharapkan untuk menjaga abahnya selain Aku seorang.
Aku sanggup menolak tawaran belajar jurusan perubatan di luar negara. Aku memilih untuk belajar di
universiti tempatan semata-mata tidak mahu berjauhan daripada abahnya. Aku juga memohon untuk
bertugas sebagai doktor di tempat paling hampir dengan kampungnya supaya berdekatan dengan
abahnya. Disebabkan abahnya jugalah, Aku telah menolak cinta Dr.Lokeman. Aku yakin Dr. Lokeman
tidak bersedia tinggal dikampung jika mereka dijodohkan. Aku tidak mahu kerana cinta dan
perkahwinan dia dengan abahnya akan terpisah. Bagi Aku, puncak cinta bukan terletak pada harta atau
paras rupa tetapi terletak pada hati dan keserasian dalam ikatan antara pasangan. Aku mengangankan
hubungan cinta yang membawa ke syurga.

Hujung minggu itu, Along telah menelefon Aku supaya mencari ikan sembilang untuk dimasak
gulai dan meminta semua anaknya pulang. Abah ingin makan gulai ikan sembilang bersama-sama.
Abah rindu dengan suasana seperti arwah ibu masih hidup. Namun begitu Along tidak dapat pulang
kerana sibuk dengan urusan kerja. Angah pula tidak sempat balik kerana berada di Miri, Sarawak.
Hanya Aku dengan Achik serta isterinya sahaja yang dapat pulang.

Aku dan isteri Achik bersama-sama memasak juadah untuk malam itu. Abah memuji gulai
sembilang yang dimasak oleh Aku. Malam itu Abah banyak bercerita. Antaranya Abah menceritakan
bahawa pada masa muda dahulu dia pernah bertugas sebagai guru. Kata Abah, walaupun tiada anak-
anak yang menjejaki langkahnya menjadi guru, namun dia tidak kesal kerana yang paling penting
baginya ialah mereka sudah dibekalkan dengan pelajaran dan ilmu agama yang mencukupi. Abah juga
sempat melemparkan senyuman kepada Aku sebelum masuk tidur ke bilik. Pandangan abah penuh
dengan kasih sayang. Aku sangat terharu melihat wajah abah. Abah seolah-olah kecewa kerana

28

permintaan agar semua anaknya pulang tidak dapat ditunaikan. Malam itu hati Aku sangat berdebar-
debar melihat Abah.

Keesokan harinya, ketika mengejutkan abah untuk solat Subuh, Aku mendapati Abah sudah
tidak bernafas lagi. Abah telah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Pagi itu, Along dan
Angah pulang dengan penuh kekesalan kerana gagal menunaikan permintaan terakhir Abah.

29

Cerpen PERSPEKTIF (oleh NF Abdul Manaf)

Sinopsis

Tiga bulan lalu, dia isteri seorang pemimpin yang disegani. Ketika itu dia (Sharifah)
berkelakuan mengikut protokol. Pakaiannya sentiasa kemas dan memakai pakaian jenama terkenal.
Setahunya, semua orang sayang akan dirinya kerana ke mana-mana sahaja dia pergi, orang ramai
menyambutnya meriah. Memuji-muji dia cantik dan lawa bergaya. Membentangkan permaidani merah
sepanjang masa kepadanya dan suami. Sharifah terkenangkan peristiwa tiga bulan sebelumnya iaitu
semasa dia masih menjadi isteri seorang pemimpin yang disegani. Ketika itu dia masih belum sedar
akan perspektif (pandangan) masyarakat terhadapnya sehinggalah dia menerima surat layang daripada
musuh politik suaminya.

Suatu hari, Sharifah menerima surat layang. Penulis surat itu hanya dikenali sebagai Serai
Wangi. Penulis surat itu menyuarakan perspektif sebenarnya. Isi kandungan surat itu menegur sikap
golongan pemimpin. Teguran itu secara tidak langsung terkena juga batang hidung Sharifah sebagai
isteri Abang Said yang menjadi wakil rakyat. Penulis surat itu mahu menyedarkan Sharifah dan
suaminya bahawa rakyat mengharapkan pembelaan. Kami tidak dapat sentiasa membentangkan
permaidani merah. Ayat ini bermaksud, rakyat tidak sanggup lagi terus berpura-pura menyanjung
pemimpin sedangkan nasib mereka diabaikan. “Di manakah kami yang telah menyokong suami puan
selama ini? Kami menyokongnya supaya kami yang menjadi raja; maksudnya rakyatlah yang patut
diutamakan. Bukan pula pemimpin hanya mengumpul kekayaan. Kami perlukan perubahan, bukan
harapan tanpa tindakan.” Begitulah pandangan (perspektif) golongan bawahan. Hal ini bererti,
semasa hayat Abang Said, dia diberi sokongan oleh rakan-rakannya sehingga mendapat jawatan sebagai
wakil rakyat. Namun setelah menjadi pemimpin, beliau tidak pernah turun padang untuk melihat
kesusahan rakyatnya yang telah memilih beliau dahulu.

Abang Said tidak kesah dengan teguran berterus terang dalam surat tersebut. Malahan beliau
mengatakan bahawa sememangnya begitulah perspektif orang lain yang berlainan kedudukan daripada
mereka. Surat layang itu juga tidak mahu dilayan oleh Abang Said. Jika dilayan semua perspektif seperti
itu, tentunya kita tidak boleh buat apa-apa kerja, kata suami Sharifah itu. Isterinya berasa tidak senang
dengan reaksi suaminya begitu. Selepas menerima surat itu perspektif Sharifah berubah (berganjak).
Kini dia mahu menyedekahkan baju-bajunya yang baru siap kepada saudara-mara di kampung. Dia
akan berpakaian sederhana seperti Mek Nab supaya tidak kelihatan berbeza daripada masyarakat
bawahan. Imej Abang Said harus dijaga agar jangan dikata orang lagi. Begitulah kasih dan sayangnya
seorang isteri.

Perspektif dan kehidupan Sharifah terus berubah setelah pemergian Abang Said buat selamanya
selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Perubahan itu mungkin timbul daripada satu keinsafan.
Ketika Abang Said meninggal dunia, tidak seorang pun tampil untuk menolong menguruskan jenazah.
Cuma ahli masjid yang sudi melaksanakan segala urusan. Tidak ada seorang pun rakyat jelata dan
rakan-rakannya menangisi pemergiannya, kecuali Pak Dol dan Mak Limah kerana Abang Said pernah
membiayai kos pembedahan Mak Limah semasa diserang sakit jantung dulu.

Sharifah faham kini. Perspektifnya sekarang jelas bahawa rakyat perlukan perhatian daripada
pemimpin. Dia juga sedar bahawa rakyat hanya menghormati suaminya selagi mempunyai kuasa.
Namun semuanya terlambat kerana suaminya tiada lagi kini.

30

Cerpen BUKIT EMAS ( oleh Mufidah Hanum Yusuf)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan rakyat di kampung Kuah, Sarawak. Penghulu Sudin
merupakan ketua kampung tersebut. Beliau merupakan seorang ketua yang mementingkan diri sendiri.
Dia telah berbincang secara senyap dengan YB Firdaus untuk menjadikan Bukit Emas sebagai tapak
kuari. Beliau tidak berbincang dengan penduduk kampung mengenai projek berkenaan kerana dia takut
rancangannya ditolak. Penghulu Sudin juga berusaha menjayakan ideanya itu kerana telah dijanjikan
ganjaran kereta mewah dan wang yang lumayan oleh Encik Lim sekiranya dia berjaya menjadikan Bukit
Emas sebagai tapak kuari.

Biasanya apabila Penghulu Sudin hendak mengadakan randau (mesyuarat), beliau akan
memastikan terlebih dahulu Sahat tidak berada di Kampung Kuah. Bagi tujuan tersebut, Penghulu Sudin
akan mengarahkan Kassim, Ayub, dan Tahot untuk memastikan Sahat tiada di kampung pada masa itu.
Penguhulu Sudin tidak suka Sahat kerana dia berani melawannya lebih-lebih lagi berkaitan kebajikan
penduduk kampung. Sesiapa sahaja yang melawannya akan disenaraihitamkan oleh Penghulu Sudin.
Pak Jaya juga pernah menjadi mangsa Penguhulu Sudin pada 40 tahun lalu. Misalnya nama Pak Jaya
digugurkan menjadi calon penghulu Kampung Kuah angkara perlakuan fitnah Penghulu Sudin. Jika
diikutkan perasaan dendam Penghulu Sudin, anak Pak Jaya iaitu Sahat juga harus dihalau keluar dari
kampung itu. Lebih-lebih lagi Sahat memiliki sebahagian besar daripada dusun (kebun) buah-buahan
di Bukit Emas.

Semasa kedatangan YB Firdaus ke kampung Kuah untuk mempengerusikan randau atau
mesyuarat sempena pembukaan Bukit Emas sebagai tapak kuari, Penghulu Sudin amat gembira kerana
Sahat tidak ada di kampung pada masa itu. Dia dapat membayangkan habuan yang diterimanya daripada
Encik Lim sekiranya beliau berjaya menjadikan Bukit Emas sebagai tapak kuari. Dalam ucapannya,
Encik Firdaus mengatakan bahawa Bukit Emas akan dimajukan. Wakil rakyat itu juga berasa gembira
dengan sikap penduduk Kampung Kuah yang bersetuju membawa perubahan di Bukit Emas.
Bagaimanapun, penduduk kampung yang ada di balai raya itu senyap dan berbisik-bisik antara mereka
kerana tidak tahu apa perkara yang telah mereka persetujui. Akhirnya mereka percaya bahawa semua
perancangan itu telah diputuskan oleh Penghulu Sudin seorang diri tanpa memberitahu orang Kampung
Kuah. Semua ini dilakukan oleh penghulu tersebut kerana ada kepentingan peribadi. Tentunya dia
mendapat keuntungan yang besar jika projek itu berjaya. Namun begitu, angan-angan penghulu Sudin
untuk menikmati kekayaan terkubur apabila secara tiba-tiba Sahat muncul dalam majlis randau tersebut
semasa Encik Firdaus sedang berucap. Sahat yang muncul secara tiba-tiba membantah ucapan YB
Firdaus berkaitan Bukit Emas yang bakal dijadikan tapak kuari. “Minta maaf YB. Tidak pernah pihak
kami memberi persetujuan tentang Bukit Emas kepada sesiapa,” tegas Sahat. Selepas itu Sahat
menceritakan kebaikan Bukit Emas kepada penduduk kampung dan kesannya sekiranya tempat tersebut
dijadikan tapak kuari. Bukit Emas kaya dengan hasil buah-buahan yang pelbagai jenis terutama sekali
pelbagai jenis durian yang boleh dipasarkan sehingga ke pringkat antarabangsa. Pada masa ini juga
muncul dua orang wanita membawa hidangan buah durian, rambutan, langsat, nangka, dan cempedak
lalu meletakkannya diatas meja di hadapan Encik Firdaus, Penghulu Sudin, dan tetamu di atas pentas.
Selepas mendengar penerangan Sahat, dan apabila merasakan sendiri keenakan buah durian Bukit Emas
tersebut, YB Firdaus membatalkan projek berkenaan kerana Bukit Emas banyak manfaat kepada
penduduk Kampung Kuah. Akhirnya YB Firdaus berkata kepada Penghulu Sudin, “Bukit Emas patut
dikekalkan. Bukit Emas hendaklah dipelihara alam semula jadinya.” Pembatalan itu juga wajar kerana
Penghulu Sudin tidak pernah berbincang dengan penduduk kampung untuk mendapatkan persetujuan

31

menjadikan Bukit Emas sebagai tapak kuari. Selepas itu, semua penduduk Kampung Kuah yang hadir
dalam majlis randau berdiri dan bertepuk tangan mendengar jaminan daripada Encik Firdaus.

Beberapa hari selepas itu, Tahot, dan Kasim berjumpa dengan Sahat. Mereka datang untuk
memohon maaf daripada Sahat. Selama ini mereka diarahkan oleh Penghulu Sudin agar memusuhi
Sahat dan menakut-nakutkan orang kampung. Tujuannya ialah supaya semua perancangan Penghulu
Sudin berjaya. Ketika mereka rancak berbual-bual, tiba-tiba Ayub muncul dengan wajah cemas. Dia
mengatakan bahawa Penghulu Sudin diserang sakit jantung. Penduduk Kampung Kuah telah
berkunjung ke rumah Penghulu Sudin.

Perasaan geram dan api kemarahan menyala membakar hati Penghulu Sudin. Beliau
perhatikan tetamu-tetamu di sekelilingnya. Penghulu Sudin merasakan mereka seolah-olah gembira
menyaksikan dirinya diserang darah tinggi dan sakit jantung. Akhirnya cita-cita penghulu Sudin
hanyalah angan-angan Mat Jenin. Impian Sahat dan seluruh penduduk Kampung Kuah untuk
menyaksikan Bukit Emas terus menghijau telah mengatasi keinginan Penghulu Sudin yang kini berada
di penghujung senja.

32

Cerpen KAMI AKAN MATI, LIN (oleh Saroja Theavy Balakrishnan)

Ringkasan cerita

Cerpen ini dimulai dengan kisah “kami” (watak kami dalam cerpen ini ialah batu karang)
yang hidup dalam suasana aman sejak dahulu lagi. Penghuni atau hidupan laut itu hidup bebas sehingga
membina persekitaran yang indah di samping menjadi tempat tinggal dan sumber makanan makhluk
lain di laut. Namun pada masa kini, kehidupan batu karang itu terancam. Hanya menunggu masa untuk
musnah binasa.

Penulis menerangkan bahawa keindahan permukaan batu karang di dasar laut akan musnah
apabila proses pertumbuhannya terganggu. Misalnya apabila permukaan batu karang dilanggar sama
ada oleh kapal besar atau apa-apa aktiviti manusia maka silia-silia (silia = rerambut batu karang yang
baru tumbuh) akan rosak atau hancur. Jadi proses pembentukan batu karang terjejas. Sebagai akibatnya
jumlah batu karang di dasar laut akan berkurangan.

Batu karang meluahkan perasaannya kepada manusia yang menjadi “sahabat”nya iaitu Lin.
“Kami” atau batu karang minta simpati daripada Lin (atau manusia). Sebelum ini, manusia menjadikan
dasar laut sebagai taman rekreasi. Sejak dahulu keindahan hidupan di dasar laut termasuk batu karang
telah menjadi tarikan kepada pelancong. Manusia amat tertarik dengan kecantikan pemandangan di
dasar laut. Namun lama-kelamaan, keindahan itu berkurangan kerana berlakunya kerosakan akibat
tindakan manusia. Batu karang memberitahu Lin bahawa keindahannya di dasar laut semakin pudar.
Jikalau tiada usaha manusia menyelamatkannya maka hidupan di dasar laut akan musnah kerana proses
pertumbuhannya terganggu seperti yang berlaku di Laut Carribean dan Pulau Culebra.

Menurut penulis, telur-telur putih susu yang terhasil daripada proses persenyawaan batu karang
juga telah musnah akibat pencemaran laut. Jika kemusnahan terhadap pertumbuhan batu karang tidak
dikawal, tentunya batu karang akan pupus. Sebenarnya, saiz atau jumlah batu karang hanyalah satu per
sepuluh (1/10) daripada keluasan lautan di dunia. Walaupun begitu, batu karang memberi manfaat
kepada manusia. Misalnya, penduduk yang miskin di pulau-pulau kecil kawasan Nusantara telah
menjadikan batu karang sebagai hasil dan sumber pendapatan mereka. Sayangnya, tindakan manusia
lain menjual anak-anak batu karang kepada pengusaha hiasan laut mengancam masa depan batu karang.
Warga laut sebenarnya merayu kepada manusia seperti Lin supaya menghargai sumbangan batu karang
dengan menjaga hidupan dasar laut daripada kerosakan.

Batu karang juga mengalami kemusnahan akibat pembuangan sisa-sisa toksik oleh pengusaha
kilang-kilang melalui sungai yang mengalir ke laut. Batu karang memberitahu Lin bahawa mereka
sebenarnya boleh hidup berjuta-juta tahun. Mereka (batu karang) juga merupakan tempat perlindungan
dan sumber kepada polip (tumbuhan laut) dan haiwan di dasar laut mencari makan. Sebenarnya batu
karang berperanan dalam mengawal suhu bumi. Umpamanya, batu karang mampu menyedut karbon
dan gas-gas berbahaya akibat kesan rumah hijau serta penipisan lapisan ozon. Malangnya, pertumbuhan
batu karang sentiasa terancam akibat kerakusan manusia mencari rezeki. Sekali lagi batu karang merayu
kepada Lin (manusia) agar mengambil inisiatif mengawal tingkah laku manusia yang tamak itu.

Batu karang memberitahu Lin bahawa kehidupan mereka pada masa dahulu begitu selesa dan
damai tanpa gangguan daripada manusia. Nenek moyangmu jarang sekali menyakiti kami dan
membuang toksik ke laut, kata batu karang kepada Lin. Masa dahulu manusia tidak tamak. Manusia
dahulu tidak mengambil hasil hidupan laut semata-mata mahu mengumpul kekayaan. Mereka sangat
mencintai dan menjaga kelangsungan hidup hidupan laut. Malang sekali, sekarang manusia menjadikan

33

laut sebagai sumber rezeki dengan rakus sekali, tapi pada masa yang sama menjadikan laut sebagai
tempat membuang kotoran seperti minyak kotor dan bahan toksik lain.

Batu karang juga menarik perhatian manusia seperti Lin supaya mempertahankan hak hidupan
laut. Manusia haruslah memainkan peranan menjaga batu karang. Batu karang menuntut agar hak dan
isu keselamatan mereka di bawa ke meja persidangan antarabangsa. Batu karang juga meminta manusia
membawa isu kemusnahan serta pencemaran terhadap hidupan laut ini ke muka pengadilan. Biarlah
manusia yang bersalah memusnahkan batu karang dan hidupan dasar laut yang lain diambil tindakan di
mahkamah, kata batu karang merayu kepada Lin.

Kehidupan batu karang terus terancam apabila terdapat segelintir manusia yang mencantas
bunga-bunga batu karang untuk dijual. Masa depan batu karang kian tidak selamat apabila ada manusia
mula menggunakan bom untuk menangkap ikan. Batu karang pasti akan hancur sekiranya bom itu
diletupkan. Batu karang terus-menerus merayu agar diselamatkan oleh manusia yang cintakan alam
sekitar.

34

Lampiran 2 (Tugasan PROMBA)

Tugasan PROMBAR
Prosa moden
bergambar.

35

36

1. Contoh Membuat Sinopsis

37

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

38

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

39

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

40

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

41

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

42

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

43

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

44

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

45

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

46

1. Nyatakan sinopsis cerpen berikut. ( 4 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

2. Huraikan watak dan perwatakan ( 6 markah )

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

47


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Аллея_Абакан_30мая-12июня
Next Book
LRA Saigon 2019 Portfolio