The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian ini menceritakan bandar lama yang dahulunya pernah menjadi bandar maju dan telah menjadi sejarah moden buat Negeri Pahang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jerai1979, 2021-08-30 09:29:09

BANDAR BERSEJARAH SUNGAI LEMBING

Kajian ini menceritakan bandar lama yang dahulunya pernah menjadi bandar maju dan telah menjadi sejarah moden buat Negeri Pahang.

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA :

BANDAR BERSEJARAH
SUNGAI LEMBING

Disediakan oleh : SYAMSUL AYSAR AMRIN BIN
SYAMSUL AZRAI

Tingkatan : 1 AL AZHAR

No Matrik : CP 211164

1



1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk
mengkaji tentang Bandar Sungai Lembing dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian
ini saya dapat memenuhi objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang tempat bersejarah yang
ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya tempat
bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan
mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat
Malaysia.

c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku di sebalik tempat bersejarah tersebut. Misalnya seperti terowong
lombong bijih timah yang terbesar di dunia, ianya menyedarkan saya bahawa Bandar
Sungai Lembing adalah salah satu kawasan perlombongan yang terbesar pada suatu
ketika dahulu.

d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga
dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.

3

1.4 KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 5 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan bersistematik.

i. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari Majlis Perbandaran Kuantan untuk
memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak
akan diragui akan kebenarannya.

ii. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Pada masa sekarang saya tidak dapat menggunakan kaedah ini kerana keadaan
sekarang yang masih di dalam pandemik tidak mengizinkan mengunjungi
perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.

iii. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan
yang terdapat sebagai rujukan.

iv. Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Puan Raja Nor Hidayah binti Raja Ahmad.

v. Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah
dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya
yang sememangnya tahu tentang sejarah bandar ini. Beliau banyak memberi
maklumat tentang Bandar Sungai Lembing

4

2.1 MENGUMPUL MATLUMAT

ARTIKEL

• Nama Penulis : Dr Hasnah Bt Hussiin

Jawatan : Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden

& Sains Kemanusiaan

Tahun Terbit : 14 Februari 2018

Tajuk Artikel : UMP News, “Sungai Lembing

kini aset pelancongan Negeri Pahang ”

Tempat Terbit : Universiti Malaysia Pahang

Penerbit : Pusat Sains Kemanusiaan

MEDIA CETAK ELEKTRONIK

 Nama Akhbar : Berita Harian
Tarikh : 17 Ogos 2015
Tajuk : Misteri terowong Sungai Lembing belum

 Nama Akhbar terungkai.
Tarikh
Tajuk : Berita Harian
: 30 September 2019
: Sungai Lembing kembali 'bernyawa'

INTERNET

 Sungai Lembing,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing

 Destinasi Bersejarah Sungai Lembing,
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138

5

 Muzium Sungai Lembing,
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-sungai-lembing

 Terowong Sungai Lembing,
https://www.libur.com.my/terowong-sg-lembing-kembali-dibuka-jom-
teroka-lombong-bijih-timah-menaiki-lokomotif/

ORANG SUMBER : Syamsul Azrai bin Yusoff
: 42 tahun
 Nama : Majlis Bandaraya Kuantan
Umur
Alamat

TELEVISYEN

• Tajuk program: Astro Awani - Sungai Lembing bandar mati
hidup semula (Bahagian 1)
Tarikh : 15 Ogos 2016
Masa : 01.00 tgh -1.30 tgh
Rangkaian : ASTRO

• Tajuk program: Astro Awani - Sungai Lembing bandar mati
hidup semula (Bahagian 2)
Tarikh : 22 Ogos 2016
Masa : 01.00 tgh -1.30 tgh
Rangkaian : ASTRO

6

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER

Saya telah menemubual seorang responden tentang bandar Sungai Lembing, beliau
agak berpengetahuan dalam bidang ini. Nama beliau ialah Syamsul Azrai Bin Yusoff.
Beliau bekerja di Majlis Perbandaran Kuantan dan pernah terlibat secara terus
semasa kerja-kerja membaikpulih dan pemuliharaan bandar Sungai Lembing.

Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bandar Sungai Lembing kepada
saya. Bandar ini dibangunkan pada tahun 1900 dan merupakan bandar termaju dan
cukup dengan kemudahan pada suatu ketika dahulu. Di samping itu bandar ini juga
merupakan bandar yang mempunyai hasil yang paling lumayan melalui perlombongan
bijih timah.

Bandar ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Bandar Sungai Lembing
mempunyai elektrik, sekolah, pawagam, stesen minyak, dan hospital pada ketika
bandar lain masih tiada elektrik dan kemudahan awam dan sosial. Di bandar ini
terdapatnya sebuah lombong bijih timah yang mempunyai kedalaman sedalam 610
meter sehingga 700 meter. Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200
kaki. Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah menjadikan Lombong
Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada peralatan moden
digunakan. Pelombong menggali lombong secara manual dengan bantuan bahan
letupan.

Bandar Sungai Lembing adalah merupakan sejarah moden negeri Pahang dan negara
Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membaikpulih dan
memuliharaan bangunan-bangunan lama. Bangunan banglo lama tinggalan pengurus
British telah dijadikan Muzium perlombongan Sungai Lembing dan lombong-lombong
bawah tanah telah dijadikan sebagai pusat pelancongan. Dengan adanya inisiatif
seperti ini daripada pihak kerajaan tinggalan sejarah ini dapat dikekalkan dan diwarisi
kepada generasi akan datang.

Setakat ini sahajalah yang saya dapat dan saya peroleh hasil daripada temubual
saya bersama responden.

7

2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN

Bil. Tugasan Butiran
1. Pengenalan - Memperkenalkan bandar.
- Menceritakan keunikan bandar.
2. Latar belakang bandar - Lokasi bandar.
3. Stuktur bandar dan fungsi - Menceritakan asal-usul bandar.
- Pengasas bandar / tarikh dibangunkan.
4. Fungsi dan keadaan bandar - Reka bentuk bandar
pada masa kini - Penempatan Pengurus
- Kawasan terowong perlombongan
5. Pengubahsuaian pada masa - Hospital
kini - Panggung Wayang Sungai Lembing
- Rumah Kelab PCCL
6. Keadaan Bandar Sungai - Kemudahan-kemudahan yang disediakan
lembing pada masa sekarang - Struktur bandar

7. Cadangan langkah- langkah - Muzium Sungai Lembing
pemeliharaan dan - Terowong bawah tanah
pemuliharaan warisan - Menceritakan kerja-kerja pemeliharaan dan
sejarah.
pemuliharaan yang telah dilakukan
8. Rumusan - Peranan pihak kerajaan
- Tanggungjawab masyarakat
8. Rujukan - Peranan pihak swasta

9. Penilaian umum - Memberi pengetahuan
- Memupuk unsur-unsur patriotisme
- Menyatakan harapan yang relevan.
- Berdasarkan buku, majalah, akhbar
- Internet
- Temubual
- Memupuk semangat patriotik dan

cintakan warisan bangsa
- Menghargai dan berbangga dengan

sejarah negara

8

3.1 PENGENALAN

(Gambar Bandar Sungai Lembing tahun 1950an)

(Gambar Bandar Sungai Lembing tahun 2019)

9

1. Nama Bandar

Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan
mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai
ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil. Nama
Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan
lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut
dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar
sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang
tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak
dibadannya. Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di
kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang
dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu. Semenjak itu, kawasan tersebut
dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong
kesahihan cerita itu.

Bandar Sungai Lembing adalah kawasan perlombongan terbesar bagi negeri Pahang
sekitar tahun 1900-an. Kewujudan Bandar Sungai Lembing berkait rapat dengan
sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British. Aktiviti
perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan
Sungai Lembing dalam ekonomi amnya.

Sungai Lembing bukan sahaja terkenal dengan sejarah aktiviti perlombongannya,
malah ia juga kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Di antaranya
adalah Muzium bersejarah Sungai Lembing, Lombong Bijih Timah bawah tanah,
Jambatan gantung Kolong Pahat, Air Terjun Pelangi dan pelbagai tempat menarik lagi.
Disebabkan inilah Sungai Lembing menjadi salah satu destinasi tempat sejarah dan
pelancongan di Negeri Pahang dan Malaysia.

10

2. Keunikan Bandar

Bandar kecil ini ditubuhkan pada tahun 1900-an sebagai komuniti
perlombongan bijih timah ketika syarikat British Pahang Consolidated Company
Limited (PCCL) menubuhkan industri perlombongan bijih timah di sana setelah aktiviti
perlombongan dimulakan pada tahun 1886. Bandar Sungai Lembing mempunyai
elektrik, sekolah, pawagam, stesen minyak, dan hospital.

Di bandar ini terdapatnya sebuah lombong bijih timah yang mempunyai
kedalaman sedalam 610 meter sehingga 700 meter. Ketinggian terowong adalah dari
12 kaki sehingga 200 kaki. Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah
menjadikan Lombong Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia.
Tiada peralatan moden digunakan. Pelombong menggali lombong secara manual
dengan bantuan bahan letupan.

Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang
Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina
terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong.
Pekerjanya terdiri daripada Inggeris, Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut
syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan
1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di
dunia.

Berada di Sungai Lembing seperti kita berada di zaman silam. Bangunan kayu
usang berdindingkan zink yang ditinggalkan mengembalikan nostalgia lama. Tiada
bangunan batu pencakar langit, hanya yang ada ialah tinggalan bangunan dan rumah
kayu usang. Penduduk setempat masih lagi mengekalkan seni bina tradisional lama.
Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Muzium Sungai Lembing, Air
Terjun Pelangi, Gunung Panorama, Gunung Tapis, Tai Pei Tong (Lombong bijih timah
bawah tanah) Ladang Rusa, Jambatan Gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun dan
Time Capsule Retreat adalah salah satu tempat penginapan yang tersenarai sebagai
‘Top 10 Hotel to Visit in Malaysia’

11

3. Lokasi Bandar Sungai Lembing
Sungai Lembing adalah sebuah bandar kecil di Daerah Kuantan, Pahang,

Malaysia. Ia terletak kira-kira 42 km (26 batu) di barat laut Kuantan. Sungai ini
merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di
sini ialah Kampung Kenau di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan
berbukit-bukau dengan dikelilingi Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung
Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

(Pelan lokasi Bandar Sungai Lembing)

12

3.2 LATAR BELAKANG

i. Tarikh Penubuhan
Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh
Mr William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited
yang berpusat di London. Pada 1888, syarikat telah menukarkan nama kepada
The Pahang Corporation Limited (PCL) kerana masalah kewangan.

ii. Asal-usul Bandar Sungai Lembing
Sungai Lembing pada masa dahulu adalah bandar terkaya dengan dalam
pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini adalah kerana
Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar
di dunia selepas Bolivia. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang
dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika
dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
Kewujudan Sungai Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Negeri Pahang
yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sungai Lembing
diterokai oleh pihak British dalam bulan Februari pada tahun 1888 sebaik sahaja
Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah
syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di
kawasan tersebut.

Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun
dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan bandar yang
pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran
sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang.
Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated
Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan
Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Dalam tempoh seratus
tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik Bijih
Timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik Konsentrat timah
dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah

13

memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing
khususnya dan kepada ekonomi amnya.

Pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang
Consolidated Company Limited (PCCL). Sepanjang tempoh berkenaan
sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek. Hasil daripada
bijih timah di sungai Lembing diungkap sebagai ‘Penyelamat Mahkota Ratu
England’ yang mana ketika itu Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang
agak serius.

Pada tahun 1926, banjir yang rosak menyebabkan aktiviti perlombongan
dihentikan selama tiga bulan. Kemelesetan Besar dan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu banyak mempengaruhi industri perlombongan bijih timah di
bandar ini. Sejak kemerdekaan Tanah Melayu, Sungai Lembing telah merosot
apabila permintaan dan harga timah global turun, mengakibatkan penutupan
lombong pada tahun 1987. Banyak penduduk berpindah, menyebabkan
kemudahan seperti kedai dan stesen minyak ditutup.

Selepas tahun 2001, Sungai Lembing direvitalisasi sebagai tarikan pelancongan
warisan dengan pembukaan Muzium Sungai Lembing. Pelaburan kerajaan
seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tarikan pelancongan
penting di Pahang. Pada tahun 2014, bandar ini mempunyai penduduk sekitar
5,000 orang. Kebakaran besar pada tahun 2019 menimbulkan kebimbangan
terhadap pemeliharaan bangunan bersejarah.

Sungai Lembing ialah kawasan
perlombongan bijih timah
kedua terbesar dunia selepas
Bolivia.

14

3.3 STRUKTUR DAN FUNGSI BANDAR

i. Rekabentuk bandar
Bandar Sungai Lembing pada ketika itu sudah dianggap sebagai sebuah bandar
yang moden dan maju. Bandar tersebut telah mempunyai struktur pentadbiran,
dan kemudahan-kemudahan yang terbaik pada ketika itu. Pada sekitar tahun
1920 - 1950 Sungai Lembing telah menjadi pengeluar bijih timah utama
Negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di
Lembah Sungai Kelau bagaikan El Dorado yang popular itu. Bandar ini telah
diberi jolokan "El Dorado of the east" atau El Dorado dari Timur kerana
kawasan ini kaya dengan sumber semula jadi.

Perkembangan bandar untuk menyokong industri perlombongan bijih timah
menyebabkan terciptanya kemudahan dan kemudahan seperti elektrik,
perumahan untuk pengurus, perumahan pekerja, sekolah, kedai, pawagam,
pejabat pos, pam minyak dan hospital.

ii. Penempatan Pengurus
Terdapat sebuah penempatan yang terletak di atas bukit di sebelah timur
menghala ke Sungai Kenau. Penempatan ini merupakan tempat kediaman bagi
pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing,
bermula dengan Syarikat The Pahang Corporation Limited , pada tahun 1887
hingga tahun 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat The Pahang
Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga tahun 1986.
Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The European
Bungalow atau singkatannya EB1, yang membezakannya dengan rumah
Pegawai Kanan British yang lain.

Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial dan
mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan
bangunan bersaiz kecil, dengan atap yang diperbuat daripada daun nipah dan
berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubah suai dari semasa ke semasa bermula
dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga zaman pengurusan H.R.M.

15

Hodding pada tahun 1966.

Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera
Jepun sehingga tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini
diambil alih oleh PCCL untuk meneruskan kegiatan perlombongan hinggalah
kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

iii. Kawasan terowong perlombongan
Terdapat 14 lombong bijih timah di Sungai Lembing. Terowong bawah tanah
atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau
menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-
ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan Bijih Timah.
Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti
perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah dilombong
Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala lombong
Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat
adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter.

iv. Hospital Sungai Lembing
Merupakan hospital yang pertama yang dibina di Negeri Pahang. Hospital ini
terletak di atas bukit di belakang panggung wayang. Diberi rawatan secara
percuma kepada pekerja, keluarga pekerja dan penduduk sekitar.

v. Panggung wayang Sungai Lembing
Terdapat sebuah panggung wayang dibina di Sungai Lembing. Panggung
wayang ini dibina sebagai hiburan kepada pekerja bagi merehatkan fikiran
setelah penat bekerja dan berpeluang menonton filem dari Britain dan
Hollywood. Panggung wayang ini adalah yang pertama di asia.

vi. Rumah Kelab PCCL
Rumah ini dibina bagi kemudahan dan tempat istirehat pegawai-pegawai
British dan staf PCCL. Rumah ini terletak di hadapan sebuah padang bandar
Sungai Lembing. Rumah ini dibina menggunakan struktur kayu dan
berkonsepkan rekabentuk moden.

16

vii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan
Lombong bijih timah di Pahang dan negeri jiran adalah tempat pertama di Tanah
Melayu menerima bekalan elektrik. Pada mulanya kuasa sedemikian hanya
tersedia selama 12 jam setiap hari. Produk yang diimport dijual di kedai bebas
cukai. Warga bukan tempatan tidak dibenarkan memasuki Sungai Lembing
tanpa izin dan pusat pemeriksaan keselamatan didirikan di pintu masuk ke
bandar.
Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-
belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan
kasut Clarks dan jauh lebih murah berbanding di Kuantan.

Sungai Lembing, 1939 semasa
upacara pembukaan Sekolah
Chung Hwa

Di zaman kegemilangannya pada
pertengahan era 1900, pelombong
di Sungai Lembing boleh
membawa pulang hasil sehingga
RM3,000 sebulan.

17

3.4 FUNGSI BANDAR DAN KEADAAN MASA KINI

i. Struktur bandar
Pada tahun 1986 menyaksikan berakhirnya zaman kegemilangan Sungai
Lembing. Sejak kejatuhan ekonomi dunia, Sungai Lembing telah merosot
apabila permintaan dan harga timah global turun, mengakibatkan penutupan
lombong pada tahun 1987. Dan kini Lombong Bijih Timah Sungai Lembing
hanyalah tinggal kenangan dan sejarah. Sungai Lembing, bandar yang
ditinggalkan selepas penutupan lombong bijih timah pada tahun 1996. Rata-
rata penduduk berpindah kerana peluang pekerjaan tiada lagi di Sungai
Lembing selepas penutupan lombong. Bangunan lama yang makin usang dan
tidak berpenghuni menyebabkan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Ghost
Town’. Hanya warga tua yang menetap disitu sementara yang muda mula
meninggalkan bandar berkenaan. Ramai penduduk berpindah, menyebabkan
kemudahan seperti kedai dan stesen minyak ditutup. Bandar yang dahulunya
gah telah menjadi pekan yang sunyi dan sepi.

Kini, Sungai Lembing makin di kenali sebagai tempat pelancongan. Bekas
tapak lombong bijih timah menjadi sumber tarikan utama bagi penduduk
setempat dan juga pelancong dari luar negara. Di situ kita boleh merasai
pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah satu ketika dulu
menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing. Manakala banglo
kediaman pengurus syarikat PCCL telah dijadikan sebagai Muzium Sungai
Lembing. Rumah kelab PCCL pula telah dijadikan sebagai Pejabat Pengurusan
Sungai Lembing oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Panggung wayang telah
diubahsuai oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebagai Pentas Teater.

18

3.5 PENGUBAHSUAIAN PADA MASA KINI

i. Muzium Sungai Lembing
Bangunan muzium ini terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai
Kenau. Pada asalnya bangunan ini merupakan tempat kediaman bagi pengurus-
pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula
dengan Syarikat The Pahang Corporation Limited , pada tahun 1887 hingga
tahun 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat The Pahang
Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga tahun 1986.
Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The European
Bungalow atau singkatannya EB1, yang membezakannya dengan rumah
Pegawai Kanan British yang lain.

Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial dan
mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan
bangunan bersaiz kecil, dengan atap yang diperbuat daripada daun nipah dan
berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubah suai dari semasa ke semasa bermula
dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga zaman pengurusan H.R.M.
Hodding pada tahun 1966. Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini
digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga tahun 1945. Setelah
pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih oleh PCCL untuk
meneruskan kegiatan perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada
tahun 1986.

Sekitar penghujung tahun 90 an, Pekan Sungai Lembing yang sekian lama sunyi
kembali bernyawa hasil usaha Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membaik pulih sebuah banglo untuk
dijadikan Muzium Sungai Lembing. Kerja membaik pulih itu bertujuan
mengembalikan semula ingatan penduduk terutama masyarakat luar kepada
aktiviti lombong bijih timah lombong bawah tanah yang terdalam dan
terpanjang di dunia. Inisiatif Jabatan Muzium Malaysia membangunkan
muzium itu mengembalikan nostalgia kegemilangan Sungai Lembing sebagai
bandar terkaya pengeluar bijih timah di Pahang. Muzium Sungai Lembing mula

19

dibuka kepada pengunjung sejak 2001 dan menarik pelancong tempatan dan
luar negara termasuk dari Eropah.

Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan asal perlombongan
yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai
Lembing. Antara koleksi menarik di muzium ini ialah Acuan-acuan Kayu, iaitu
pelbagai jenis acuan kayu yang digunakan untuk membuat alat-alat ganti bagi
kegunaan mesin-mesin yang beroperasi di dalam kawasan kilang. Selain itu
terdapat juga roda kiew dan winch yang merupakan sebahagian peralatan untuk
menaikkan atau menurunkan pekerja, barang-barang, kayu atau besi di kolong
serta untuk kerja-kerja menarik bijih. Alat pemadam api yang berusia lebih 50
tahun dan troli henjut juga merupakan koleksi menarik di muzium ini.

ii. Terowong Bawah Tanah
Terowong bawah tanah atau 'pengkang' dikorek secara manual tanpa
menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli
kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian
dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus
beroperasi.
Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke
bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke
dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Bekas tapak lombong bijih timah menjadi sumber tarikan utama bagi penduduk
setempat dan juga pelancong dari luar negara. Di situ kita boleh merasai
pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah satu ketika dulu
menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing. Keseluruhan terowong
sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu
dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang
meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih.

20

3.6 KEADAAN BANDAR SUNGAI LEMBING PADA MASA SEKARANG

Muzium Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 2001, ini menyebabkan
bandar ini memberi tumpuan kepada sektor pelancongan. Muzium ini
mempamerkan sejarah perlombongan Sungai Lembing. Kini dikendalikan oleh
Jabatan Muzium Malaysia.

Pada 27 Mac 2004, di dalam Bajet Rancangan Ekonomi Kebangsaan, kerajaan
pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 7 juta untuk menaiktaraf bandar ini
termasuk menaiktaraf muzium yang dikunjungi oleh 193,000 pelawat semenjak
dibuka. Menaiktaraf terowong perlombongan untuk tujuan pelancongan,
menaiktaraf panggung wayang dan menaiktaraf jalan yang menghubungkan
bandar ini ke kawasan perlombongan bijih timah. Pada 16 April 2005, RM 6.3
juta lagi telah diperuntukkan untuk menaiktaraf dan memulihkan bangunan-
bangunan yang mempunyai nilai sejarah seperti rumah kelab, bangunan
pentadbiran, kilang-kilang dan terowong perlombongan.

Dana pembangunan oleh Kementerian Pelancongan telah diperuntukkan untuk
membina semula pusat jaja di pusat bandar. Bangunan kayu berusia 50 tahun
yang telah usang dan reput telah dirobohkan pada tahun 2006. Bangunan baru
bercirikan tradisional telah dibina dan dibuka pada 27 September 2008. Sebuah
pintu gerbang telah dibina di pintu masuk ke bandar pada 6 Februari 2009. Pada
tahun 2012, tiga jambatan telah dibina bagi membolehkan laluan keluar masuk
dari penempatan berdekatan.

21

3.7 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
WARISAN SEJARAH

Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Walaupun sejarah agak
membosankan bagi sesetengah orang, adalah amat penting untuk kita mengekalkan
warisan sejarah tersebut. Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan dengan
memelihara dan memulihara bahan-bahan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan
sejarah. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana
melalui kaedah ini, warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan dijadikan bahan
pengajaran untuk generasi akan datang sekiranya mereka berusaha untuk memahami
dan mendalami sejarah.

Berikut adalah cadangan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak:

Pihak Kerajaan
i. Menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi
setiap pelajar.
ii. Memasukkan Bandar Sungai Lembing ke dalam sukatan mata pelajaran
Sejarah / buku tek sekolah atau kerja kursus sebagaimana yang dilakukan
sekarang.

iii. Mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan dunia untuk
mewartakan bangunan-bangunan bersejarah sebagai Warisan Dunia.

iv. Mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah walaupun tempat tersebut
mempunyai nilai komersial untuk pembangunan.

v. Mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah.

vi. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur
binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat
dikekalkan.

vii. Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan
bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat
antarabangsa.

22

viii. Mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat-kerajaan perlu menyediakan
dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di
Malaysia

Sekolah / Ibubapa
i. Menggalakkan lukisan mural pada dinding sekolah / pertandingan esei /
lukisan mengenai tempat bersejarah untuk memupuk semangat cintakan
tanah air.
ii. Mengadakan program lawatan ke Bandar Sungai Lembing terutamanya pada
musim cuti sekolah untuk mengenali Bandar Sungai lembing dengan lebih
dekat kerana kalau tak kenal maka tak cinta.
Media Massa (Majalah / Akhbar / TV)
i. Membuat dokumentasi mengenai bandar Sungai Lembing untuk pengetahuan
umum.
ii. Membuat drama / tayangan di lokasi tersebut untuk memperkenalkan Bandar
Sungai Lembing di mata dunia.
Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu mengekalkan warisan sejarah kita
agar tidak lupuk dek hujan dan tak lekang dek panas

23

3.8 RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada
masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,
pembelajaran dan nilai sejarah yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangunan dan tempat bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa
menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan di
bandar Sungai Lembing ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Terowong Bawah
Tanah Sungai Lembing adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi negeri
Pahang khususnya dan amnya negara Malaysia.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu
tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta
mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan
berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi
warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai
bangunan- bangunan bersejarah ini.

Sektor pelancongan juga mampu mengembangkan warisan budaya di mata dunia.
Terdapat agensi-agensi yang sentiasa berusaha ke arah memartabatkan warisan budaya agar ia
dikenali oleh orang luar. Dalam mengekalkan warisan budaya untuk menonjolkan variasi
dalam kalangan masyarakat, kedatangan pelancong asing juga mampu menjadikan
ekonomi Malaysia semakin meningkat iaitu melalui pertukaran wang asing. Perkara ini
diumpamakan, sambil menyelam minum air, kerana di samping mengekalkan warisan
budaya bangsa, kita juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

24

3.9 RUJUKAN : Dr Hasnah Bt Hussiin
: Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden
ARTIKEL
& Sains Kemanusiaan
• Nama Penulis : 14 Februari 2018
Jawatan : UMP News, “Sungai Lembing

Tahun Terbit kini aset pelancongan Negeri Pahang ”
Tajuk Artikel : Universiti Malaysia Pahang
: Pusat Sains Kemanusiaan
Tempat Terbit
Penerbit

MEDIA CETAK ELEKTRONIK

 Nama Akhbar : Berita Harian
Tarikh : 17 Ogos 2015
Tajuk : Misteri terowong Sungai Lembing belum

 Nama Akhbar terungkai.
Tarikh
Tajuk : Berita Harian
: 30 September 2019
: Sungai Lembing kembali 'bernyawa'

INTERNET

 Sungai Lembing,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing

 Destinasi Bersejarah Sungai Lembing,
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138

25

 Muzium Sungai Lembing,
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-sungai-lembing

 Terowong Sungai Lembing,
https://www.libur.com.my/terowong-sg-lembing-kembali-dibuka-jom-
teroka-lombong-bijih-timah-menaiki-lokomotif/

ORANG SUMBER : Syamsul Azrai bin Yusoff
: 42 tahun
 Nama : Majlis Bandaraya Kuantan
Umur
Alamat

TELEVISYEN

• Tajuk program: Astro Awani - Sungai Lembing bandar mati
hidup semula (Bahagian 1)
Tarikh : 15 Ogos 2016
Masa : 01.00 tgh -1.30 tgh
Rangkaian : ASTRO

• Tajuk program: Astro Awani - Sungai Lembing bandar mati
hidup semula (Bahagian 2)
Tarikh : 22 Ogos 2016
Masa : 01.00 tgh -1.30 tgh
Rangkaian : ASTRO

25


Click to View FlipBook Version