The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiratomicho, 2022-11-17 04:15:03

FOLIO SUKAN BOLA TAMPAR

FOLIO SUKAN BOLA TAMPAR

FOLIO BOLA TAMPAR

Nama: Areef Rakha Bin Hafifihafiz
Kelas: 5 Mahabbah

ISI KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG SUKAN BOLA TAMPAR

2. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PERMAINAN

3. PERALATAN DAN PAKAIAN

ASAL USUL BOLA TAMPAR

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9
Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika
Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola),

dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”. Pada tahun 1896, nama
tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat oleh ProfessorAlfred
T.Halstead, danditerima olehMorgandalampersidangan. Padatahun1952, Jawatankuasa
Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama

permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”. Persekutuan bola tampar
antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB)telah ditubuhkan pada tahun
1947. Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague
pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah
berlangsung di Paris pada tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampartelahdiperkenalkan
sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di
Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki
manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita. Pada masa ini, sukan Bola
Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB
kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia,
56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari
Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yg paling besar di dunia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

KAWASAN PERMAINAN

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang
permainan adalah satu segi empat yang berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon bebas
yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari
permukaan permainan.

GARISAN GELANGGANG PERMAINAN

Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan oleh
dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran
gelanggang permainan.
Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan serangan. Garisan tengah berukuran 9m
panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala garisan serangan dilukis 3m dari paksi
garisan tengah menandakan zon depan.

ZON-ZON DAN KAWASAN

Zon Depan

Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan dianggap
sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.

Zon Belakang

Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan serangan)
hingga ke belakang garisan hujung.

Zon Servis

Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan
oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan hujung
sebagai pemanjangan garisan tepi.

Zon Penggantian

Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.

Kawasan Memanaskan Badan

Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.
KawasanPenalti Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar
garisan.

Kawasan Penalti

Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan hujung.

PETIKAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta mematikan bola
di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh pihak lawan. Setiap pasukan
mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola itu (tidak termasuk sentuhan
menghadang).

a.Pengiraan mata

Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan
melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali, pasukan
mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik
daripada 5 set (Best of 5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set keempat
(perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,
iaitu set kelima, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2
mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila
mana-mana pasukan mencapai mata 8.

b.Putaran

Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, semua pemain
mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1
untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

PEMAIN LIBERO (BAB 6 PERATURAN FIVB)

• Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakaijersi
yang berlainan warna daripada jersipasukan.
• Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan
dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
• Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas
paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.

RALI

Setiap pasukan akan kehilangan ralijika satu daripada perkara yang berikut berlaku :
• Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.
• Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
• Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
• Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.

• Seorang pemain menyentuhi simpai /pita putih atas jaring
• Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang pihak lawan.
• Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling bola.
• Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam kawasan serangan
3m.
• Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di jaring.
• Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman

KEMAHIRAN ASAS

1. Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas
dalam permainan bola tampar.

2.Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah
menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

A. TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)

1) Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2) Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

3) Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.

4) Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk
menerima hantaran.

5) Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum
bermain bola.

6) Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

7 )Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

8) Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

9) Kendurkan bahagian atas tubuh. 10) Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya
dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

B. TEKNIK SERVIS

i. Servis Bawah

1) Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda
dengan badan agak condong ke depan.
2) Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi
digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau
menggenggam.
3) Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian
bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.

ii. Servis Atas

1) Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.
2) Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3) Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4) Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.

C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)

1) Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar
2) Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat
3) Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman.

D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)

1) Sama ada run-up atau berdiri setempat .
2) Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
4) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
5) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau
menadahkan tangan.
6) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7) Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga
langkah.
8) Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan
hampir bersama.

E. TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

1. Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
2. Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
3. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
4. Jarakkan jari-jari tangan.
5. Mata pandang arah pergerakan bola.
6. Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.


Click to View FlipBook Version