INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(3 PISMP)
AMBILAN JUN 2020
NAMA PELAJAR : NUR ARIFAH BINTI JEMAN
ANGKA GILIRAN : 2020302340239
NO. KAD PENGENALAN : 011123-13-1064
KUMPULAN : PSV 2
KOD DAN NAMA KURSUS : PSV3063 BIDANG DAN PENTAKSIRAN
NAMA PENSYARAH : DR. NORHAYATI BINTI MUSA
: DR. KANNAGI A/P SUBRAMANIAM
TARIKH HANTAR : 20 OGOS 2021
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. SEJARAH
3. KEGUNAAN
4. MOTIF TERENDAK
5. PEMBUATAN TERENDAK
6. GUBAHAN IDEA
7. PERKEMBANGAN IDEA
8. KAJIAN WARNA
9. KAJIAN & PENEROKAAN PELBAGAI JENIS JALINAN DAN GARISAN
10. KARYA AKHIR
11. RUJUKAN
1. PENGENALAN
Terendak kepala mengikut definisinya adalah sejenis topi atau penutup kepala yang berbentuk kondan. Kebiasaannya terendak
tradisional diperbuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Proses pembuatan terendak tradisional bukanlah semudah yang disangka kerana
ianya memerlukan mereka yang mahir untuk membuat anyaman demi anyaman bagi menjadikan satu terendak yang menarik.
2. SEJARAH
Mengikut sejarahnya terendak kepala sudah lama digunakan oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia. Yang pasti pemakaian terendak
kepala telah lama digunapakai oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Agak kurang informasi sejarah mengenai kewujudan terendak kepala itu
sendiri tetapi yang pasti terendak kepala itu sudah lama digunakan oleh masyarakat Cina Kuno iaitu ketika gahnya empayar besar Tembok
China suatu waktu dahulu.
Tokoh untuk kraf tangan pilihan saya ialah Puan Napiah Binti Am yang berumur 69 tahun, berasal dari kampung Tanam, Dalat
merupakan salah seorang yang mahir dalam membuat anyaman kraf tradisional yang saya pilih iaitu terendak Melanau. Terendak Melanau
juga dikenali sebagai tapou atau seraong. Terendak Melanau dianyam dengan menggunakan daun nipah atau daun mengkuang. Kelarai yang
dibuat juga berlainan mengikut tempat. Terendak Melanau digunakan sebagai topi melindung diri daripada cahaya matahari oleh nelayan dan
petani yang berbangsa Melanau pada zaman dahulu. Terdapat dua jenis terendak iaitu ternedak kudi dan terendak halus, ia juga mempuyai
saiz yang pelbagai iaitu besar, sederhana dan kecil. Saiz yang besar lilitannya kebiasaan berukuran 60 sentimeter ke atas dan saiz ukuran
bagi yang kecil pula dua sentimeter yang dijadikan sebagai rantai kunci. Tambahan pula, sebuah bangunan yang dipanggil sebagai Dewan
Undangan Negeri (DUN) telah dibina berasaskan terendak Melanau ini. Terdapat banyak bangunan di daerah Mukah yang dibina berasaskan
terendak Melanau.
3. KEGUNAAN
Di Sarawak, pemakaian terendak kepala sudah lama digunakan lebih-lebih lagi ketika ketibaan imigran Cina di bumi Sarawak untuk
melombong emas di bumi Sarawak suatu waktu dahulu. Terdapat gambar-gambar vintage yang menyaksikan bagaimana pelombong emas di
kawasan lombong emas di Bau, Kuching menggunakan terendak tradisional masyarakat Cina ketika melakukan kerja-kerja perlombongan.
Untuk masyarakat Melayu Sarawak pula, penggunaan terendak kepala banyak digunakan pada suatu ketika dahulu oleh mereka yang menjadi
nelayan pada ketika mereka turun ke laut untuk menangkap ikan. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melanau di Sarawak telah dikenali
sebagai masyarakat yang tinggal di kawasan pantai dan sungai dan pekerjaan utama mereka dahulu adalah sama ada menanam sagu
mahupun menangkap ikan sebagai nelayan. Penggunaan terendak suatu waktu dahulu adalah mesti bagi masyarakat Melanau Sarawak
sehingga membenarkan terendak adalah salah satu warisan budaya yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Cuma pemakaian terendak kepala
bagi masyarakat Melanau sekarang adalah lebih kepada salah satu aksesori lengkap di dalam kostum tradisi masyarakat Melanau yang sering
digunakan ketika menghadiri Pesta Kaul ataupun perayaan-perayaan tradisi masyarakat Melanau sekarang.
4. MOTIF TERENDAK
Terendak Melanau juga merupakan anyaman, maka motif anyaman kelarai yang digunakan untuk pembuatan terendak adalah abstrak
atau geometri. Hal ini kerana ianya lebih kepada bersifat imaginasi peribadi oleh pencipta itu sendiri. Kaum Melanau di Sarawak terdapat di
pelbagai daerah dan setiap daerah ini mempunya berlainan motif kelarainya. Akan tetapi terdapat satu motif kelarai utama yang digunakan
untuk kaum Melanau agar bila digunakan nampak seragam terutamanya ketika melakukan persembahan.
MOTIF KELARAI UTAMA GEOMETRIK 1 GEOMETRIK 2
GEOMETRIK 3 GEOMETRIK 4
5. PEMBUATAN TERENDAK Bahan dan alat yang digunakan untuk membuat terendak Melanau ialah daun mengkuang
1 atau daun nipah, rotan, benang, kertas warna, penyisip, pisau dan gunting. Pembuatan
terendak Melanau ini tidak memerlukan gam atau pita pelekat bagi menggabungkan dan
2 membentuk daun-daun nipah tersebut akan tetapi ia banyak menggunakan benang bagi
menyatukan bahan-bahan tersebut. Proses yang pertama dalam membuat anyaman
terendak Melanau ialah daun nipah atau mengkuang yang kering dikumpul dan
dibentukkan menjadi sebuah bintang. Di bahagian tengah daun tersebut ditahan dan diikat
dengan menggunakan benang dan rotan yang dipotong kecil.
34
Kedua, daun ditandakan dengan menggunakan pisau untuk membentuk bulatan. Tanda bulatan dibuat bagi memudahkan potongan
pada daun tersebut. Seperti yang telah dinyatakan terendak ini seperti bentuk kon, maka bentuk bulatan merupakan salah satu bentuk yang
ada dalam bentuk kon. Ketiga, bentuk bulatan yang ditandakan itu tadi dipotong dengan menggunakan gunting bagi memudahkan
pembentukan kon. Kempat, daun dibentukkan menjadi sebuah kon yang sedikit leper. Daun yang lebih pada anyaman tersebut diselitkan ke
dalam supaya ia nampak lebih kemas dan teratur. Rotan yang diikat pada proses yang pertama itu tadi diperketatkan supaya bentuk kon akan
lebih kukuh. Kemudian, rotan dililit dengan menggunakan benang yang sedikit tebal bagi membezakan warnanya dengan warna daun.
56
Kelima, rotan yang telah dipotong sepanjang 10 hinggan 15 cm dan dihiris nipis digabungkan dengan rotan kecil bagi membahagikan
jarak-jarak pada permukaan daun tersebut. Kebiasaannya warna rotan yang digunakan untuk membahagi jarak itu ialah warna merah. Benang
akan dilitkan pada rotan dan daun supaya rotan tersebut tidak bergerak. Selain digunakan untuk menyisip, penyisip juga digunakan untuk
merapatkan benang-benang tersebut untuk lebih rapat dan tidak mempunyai jarak. Keenam, kertas warna atau daun yang telah diwarnakan
dipotong bentuk segi empat tepat yang sedikit melengkung dan segitiga lalu diletakkan bawah rotan nipis. Rotan nipis dijadikan sebagai
penahan kepada kertas warna atau daun tersebut. Penyisip digunakan untuk merapat kan bahagian benang dan kertas atau daun warna. Pada
bahagian ini, sisipan perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tidak merosakkan daun atau kertas. Langkah enam akan diulang sehingga
penghujung daun. Lebihan kertas warna atau daun berwarna akan dipotong dengan menggunakan gunting supaya penghujung bentuk
terendak akan kelihatan kemas.
7
Ketujuh, rotan akan dibiarkan bentuk bulatnya dan hanya dipotong panjangnya mengikut lilitan terendak yang hendak dihasilkan. Rotan
tersebut akan diletakkan pada penghujung daun yang berbentuk kon. Daun akan ditebuk dengan menggunakan penebuk lubang. Kemudian
bagi menahan rotan dengan daun , rotan akan dililitkan dengan rotan nipis dan rotan nipis akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah
ditebuk itu tadi. Turutan bagi lilitan rotan nipis kebiasaannya adalah empat bahagian dan selang satu. Manakala untuk warna yang digunakan
pada terendak pula ialah warna tetap iaitu warna merah kuning dan hitam yang melambangkan warna negeri Sarawak dan warna tambahan
seperti warna hijau cerah, merah jambu, putih, biru gelap dan biru cerah. Setelah selesai langkah tujuh maka terhasillah terendak Melanau.
Terdapat beberapa kraf tradisional di Sarawak yang hampir serupa dengan terendak Melanau. Kraf tradisional tersebut ialah reung dari kaum
Bidayuh, rong sia dari kaum Lun Bawang dan saung atau juga dipanggil sebagai seraung dari kaum Kenyah dan Ulu.
6. GUBAHAN IDEA
Untuk gubahan, saya meletakkan kajian saya ini di bahagian kawasan padang berdekatan dengan gunung ganang untuk menunjukkan
bahawa terendak ini dahulu berkait dengan nelayan dan juga petani. Saya tidak meletakkan figura manusia kerana terendak ini pada masa kini
juga telah dijadikan sebagai hiasan dan juga cenderamata.
7. PERKEMBANGAN IDEA
1.
Saya mengembangkan idea untuk batang kayu kecil di bahagian atas terndak dan menjadikannya sebagai bengkung untuk baju wanita.
Kemudian untuk bahagian bawah terendak pula saya mengembangkannya menjadi skirt yang mempunyai motif kelarai dari terendak itu sendiri.
Setelah kedua-duanya digabungkan, maka ianya akan menjadi sebuah pakaian / ‘dress’.
2.
Saya mengubah bentuk terendak Melanau yang berupa kon dan mempunyai kelarai serta rotan yang berbentuk silinder kepada
bentuk sebuah kon yang kosong sahaja. Seterusnya, rotan yang berbentuk silinder dan mempunyai benang padanya, saya
ubahkan menjadi bentuk silinder yang kosong serta dibesarkan. Kemudian, saya menggabungkan bentuk kon dan sillinder menjadi
satu. Setelah itu, saya mengambil rupa geometri yang ada pada kelarai terendak Melanau ini dan mengolahnya menjadi rupa segi
tiga yang lebih panjang. Saya memotong suku bahagian segitiga dan mengubahkan rupa lurus kepada lengkung. Begitu juga
dengan rupa segi empat tepat, memotong sedikit bahagian pada rupa dan mengubah garis lurus kepada sedikit lengkung.
Kemudian, kedua-dua bahagian digabungkan menjadi sebuah bentuk 3D. Bentuk tersebut seterusnya digabungkan dengan bentuk
silinder dan kon. Rupa segi empat tepat juga diubah menjadi bentuk 3D dan disengetkan 45 darjah. BEntuk akhirnya adalah
sebuah roket moden.
3.
Saya menggunakan motif kelarai geometrik yang ada pada terendak dan mengembangkannya menjadi sebuah rantai. Rantai tersebut akan
mempunyai bentuk yang lebar dan juga panjang bagi menghasilkan motif kelarai tersebut.
8. KAJIAN WARNA
1. 2.
3.
9. KAJIAN & PENEROKAAN PELBAGAI JENIS JALINAN DAN GARISAN
10. KARYA AKHIR
11. RUJUKAN
Zainalabidin, S. H. (2011). terendak melanau. Scribd. https://www.scribd.com/doc/64554247/terendak-melanau
Melanau Terendak. (2009). Flickr. https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/14954017551
Terendak Matu: Cenderahati pilihan ramai. (2011, October 28). Suara Anak Sarawak.
https://suaraanaksarawak.wordpress.com/2011/10/04/terendak-matu-cenderahati-pilihan-ramai/
Facebook - Meld je aan of registreer je. (2016). Facebook. https://www.facebook.com/unsupportedbrowser
Goh, C. (2016). MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU). slideshare. https://www.slideshare.net/crysmondgoh/mpu-50149770
Terendak Dalat “Menarik Di Mukah Dan Dalat.” (2018, November 22). [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=c0RypMGyZhI