RUKUN NEGARA
Nama Ahli Kumpulan: Nama Lecturer:
1.MUHAMMAD ILHANZ BIN AZHAR PUAN NURUL AIN BINTI OTHMAN
15DUB20F2029
2.MOHAMAD HAZEQ RAZLAN BIN MOHD YUSRI
15DUB20F2021
3.MOEHAMAD AFEEQ DANISH BIN ROSLI
15DUB20F2001
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Pengenalan………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....2
Teks Rukun Negara……………………………………………………………………………………………………………………………………………3
Maksud Kepercayaan Kepada Tuhan……………………………………………………………………………………………………………..4
Maksud Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara………………………………………………………………………………………………..5
Maksud Keluhuran Perlembagaan………………………………………………………………………………………………………………….6
Maksud Kedaulatan Undang-Undang……………………………………………………………………………………………………………7
Maksud Kesopanan Dan Kesusilaan………………………………………………………………………………………………………………8
Kesimpulan…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………9
Reference……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………10
PENGENALAN
Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang
memegang teguh kepada Rukun Negara. Lima prinsip
Rukun Negara sekiranya diamalkan, dipraktikkan dan
dijadikan pegangan setiap hari, mampu menjadikan
seseorang itu hebat dan seterusnya mengukuhkan
kedaulatan negara.
Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai
kaum, agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan
agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah
titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun
sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan
kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan
pemimpin menerap semangat Perpaduan dalam kalangan
rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh
mengakibatkan kedaulatan negara terjejas, berlaku
huruhara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.
(Ismail, 2021)
2
Teks Rukun Negara MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan
Pengisytiharan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
BAHAWASANYA NEGARA KITA cita-cita
MALAYSIA tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
mendukung cita-cita hendak berikut:
mencapai perpaduan yang lebih erat di KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
kalangan seluruh KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
masyarakatnya; KELUHURAN PERLEMBAGAAN
memelihara satu cara hidup demokratik; KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
mencipta satu masyarakat yang adil di KESOPANAN DAN KESUSILAAN
mana kemakmuran (Dato' Mokhzani Ismail, 2021)
Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; 3
menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak;
membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
1.Kepercayaan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman
dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
(Fahezah Binti Mohamed, 2021)
4
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini
adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan
Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas
2 menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara.
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada
komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi
unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap
warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu
bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung
negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak
boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama
sekali.
(Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014)
5
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi
dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga
negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai,
serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan
semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan
demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal
yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
(Nasiruddin, 2014)
6
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat
dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-
undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat
yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.
(Rahman, 1957)
7
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan
tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara
satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin
serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk
tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam
kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.
(Nasiruddin, 2014)
8
Kesimpulan
Tahun ini nTegaharuanaiknai nnemgeanrayaamkabnumt HenayriakmebmuetrHdeakriaan yang ke-
57, kita sebkaegmaierradkeykaataMn aylaanygsikaes-e5w7a, kjaitranysaebleabgiahi braekrsyaattu-padu
berbandingM57altaayhsuiansyeawnagjalarnluy.aNleabmihunb,ehrsaaktikua-ptnaydau, pada ketika
ini kebanyabkekrabnadnadrini kgit5a7mtaehmupnuynaynagi lsaifluat. Npearmkauunm, haankiykaantgnya,
tinggi. Sifatptaodlaerkaentsiki daiinani ktaerbaaknayuakmkadnandaargiakmitaa jmugeamspuudnayhai
semakin lunsitfuart. perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di
antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur.
Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara
pada masa Rinai.mDaiidraalkaymatkyeaandgaatnidkaiktalamgiemnuejluihkaetmkeapjueannt,iniagnayna
dilupakan sRebuakguani Nsaelgaharsaaptuadaalamt aysaanginmi. eDmidbaalanmtukreaakdyaaatn kita
Malaysia bemrseantuuj-upkaedmu asujuaatnu, kiaentyikaaddilauhpualkua. nIasseebpaagtauitsnaylaah
bukan setaksaattudaiblaatcayasnaghamjaetmebtaapnitjuugraakdyiaatmMaalklaaynsidaidbaelrasmatu-
kehidupan speahdaurisaunatkuitak.etika dahulu. Ia sepatutnya bukan
setakat dibaca sahaja tetapi juga di amalkan
didalam kehidupan seharian kita.
9
REFERENCE
Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014. 5 RUKUN NEGARA MALAYSIA (PENGA JIAN MALAYSIA).
[online] 5rukunnegaramalaysia.blogspot.com. Available at:
<http://5rukunnegaramalaysia.blogspot.com/2014/10/rukun-negara-pengenalan-asas-
kerukunan.html> [Accessed 10 October 2014].
Dato' Mokhzani Ismail, 2021. Rukun Negara. [online] Kkmm.gov.my. Available at:
<https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm/galeri-audio/778-rukun-negara>
[Accessed 12 May 2021].
Fahezah Binti Mohamed, 2021. Disebalik Makna Prinsip Rukun Negara | FACULTY
OF AGRICULTURE. [online] Agri.upm.edu.my. Available at:
<https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449>
[Accessed 26 September 2018].
Ismail, D., 2014. Rukun Negara. [online] Kkmm.gov.my. Available at:
<https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm/galeri-audio/778-rukun-negara>
[Accessed 12 May 2021].
Nasiruddin, I., 2014. Malaysia Coin: Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia.
[online] Malaysia Coin. Available at:
<https://www.malaysiancoin.com/2014/07/sejarah-dan-maksud-rukun-negara-
malaysia.html> [Accessed 17 November 2014].
10