HERO KAMPUNGPENULIS: NURAININ SOFIYA BINTI MOHD ZULKIBRI PENULIS: NURAININ SOFIYA BINTI MOHD ZULKIBRI
WATAK RAYKAL MUTHU AH CHOI PAK UDA
Di dalam sebuah kampung, terdengar suasana riuh rendah warganya yang saling bertegur sapa memecahkan keheningan pagi. Terlihat juga tiga orang budak lelaki sedang bergurau senda bersama orang kampung di sebalik keindahan sawah padi. Kehadiran Raykal, Ah Choi dan Muthu dalam Kampung Jong dianggap sebagai satu keberuntungan. Sikap mereka yang baik dan sopan telah menyenangkan hati orang kampung. Hubungan mereka dengan orang kampung sangat erat bagai aur dengan tebing. 1
Raykal, Ah Choi dan Muthu merupakan sahabat baik. Mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Ibu bapa mereka juga mengenali antara satu sama lain dengan rapat. Raykal mempunyai datuk dan nenek yang sangat baik dan ramah. Raykal ingin membawa rakan-rakannya ke kampung datuk. Dia meminta izin daripada datuk dan ibu bapanya untuk tinggal di sana sepanjang cuti sekolah. “Ibu, ayah, izinkan saya membawa Ah Choi dan Muthu melawat kampung, boleh ka?” kata Raykal. Setelah beberapa minit, ibu pun menjawab, “Boleh, esok lepas kerja ibu hantarkan ye. Nanti ibu beritahu pada ibubapa Ah Choi dan Muthu.” 2
Setibanya di Kampung Jong, kedatangan mereka disambut dengan meriah oleh orang kampung. Raykal sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang saling tidak tumpah seperti datuknya. Orang kampung memanggil datuk Raykal dengan gelaran Pak Uda. Pak Uda selalu membantu penduduk kampung tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Walaupun umurnya sudah meningkat usia, namun kudratnya masih kuat seperti orang muda. Senyuman di raut wajahnya tidak pernah lekang persis Raykal, cucu kesayangannya. Ah Choi dan Muthu sangat terharu dengan layanan orang kampung terhadap mereka. 3
Datuk dan Nenek telah mengadakan jamuan secara kecil-kecilan untuk menyambut kepulangan cucu tunggalnya. Raykal telah memperkenalkan rakanrakannya kepada penduduk kampung. Sikap ramah mesra orang kampung telah mengurangkan rasa gugup Ah Choi dan Muthu untuk bergaul dengan mereka. Setelah jamuan selesai, Ah Choi dan Muthu membantu nenek mengemas rumah. “Nenek, saya suka dengan penduduk di kampung ini, baik-baik semuanya.” ujar Ah Choi. “Orang kampung disini memang baik-baik belaka, tiada apa yang hendak dirisaukan.” jawab nenek. Setelah melalui hari yang memenatkan, mereka pun masuk tidur. 4
“Semalam Pakcik Rahman meminta tolong kita bersihkan surau, ” kata Muthu kepada sahabatsahabatnya. “Marilah kita segera ke sana, nanti tertunggu-tunggu pula yang lain, ” kata Raykal. Ketika berada di surau, mereka membantu Pakcik Rahman menyapu sampah, mencuci kolah dan membersihkan karpet bersama-sama penduduk kampung. Sifat ramah tiga sahabat ini memeriahkan lagi suasana aktiviti pembersihan surau. Ada sahaja jenakanya itu, tambah-tambah lagi dengan Mak Leha, wartawan Kampung Jong. “Mahu kemana cantik-cantik ni Mak Leha?, ” usik Ah Choi. “Ish kamu ni, ada-ada sahaja Ah Choi, Mak Leha mahu ke pekan bersama pakcik.” , jawab Mak Leha sambil ketawa kecil. 5
Raykal, Ah Choi dan Muthu sering meluangkan masa dengan kanak-kanak di kampung. Mereka membantu sekumpulan kanak-kanak ini membina pondok permainan. Pondok itu telah menjadi tempat rahsia untuk mereka bermain bersama anak-anak kampung. Ada sahaja aktiviti-aktiviti mereka, antaranya galah panjang, main guli dan lompat tikus. Raykal akan membawa kuih muih yang dibuat oleh Nek Kah ke pondok untuk dikongsi dengan anak-anak kampung. 6
Perkara yang tidak terduga telah berlaku dalam persahabatan Raykal, Ah Choi dan Muthu. Salah faham yang wujud telah merenggangkan hubungan mereka. Ah Choi merasakan dirinya telah dipulaukan setelah melihat perlakuan Raykal dan Muthu. Acuh tak acuh sahaja layanan mereka terhadapnya. Ah Choi juga mula menjauhkan dirinya daripada mereka. Dia menganggap bahawa dirinya tidak layak untuk berteman dengan Raykal dan Muthu. “Aku ini sudah lah miskin, bukan seperti Raykal dan Muthu, ” ujarnya dalam hati. 7
Namun, tanpa dia sedari, Raykal dan Muthu sedang merancang untuk membina sebuah pondok kecil khas. Mereka sama sekali tidak mempunyai niat jahat kepadanya. Raykal dan Muthu teringat kembali luahan Ah Choi, “Rumah aku tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan hasil lukisan-lukisan ini.” Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk membina sebuah pondok kecil dengan bantuan datuk. Ah Choi seorang murid yang pandai dalam seni lukisan di sekolah. Guru juga sering memuji hasil kerjanya sehingga dijadikan sebagai pameran. 8
Ah Choi menangis terkenang persahabatan mereka. “Bagaimanalah persahabatan kami akan datang, adakah baik-baik sahaja?, ” ujarnya seorang diri. Datuk pelik melihat dia berseorangan di beranda lalu menghampirinya. “Ah Choi, kenapa datuk tengok kamu muram sahaja dua tiga hari ini?, ” tanya datuk. “Saya rasa Raykal dan Muthu tidak mahu berkawan dengan saya lagi, saya miskin.” jawab Ah Choi sambil menangis. Datuk memeluknya dan berkata “Kamu sudah tanya pada mereka kenapa bersikap sedemikian rupa dengan kamu.” Ah Choi menggelengkan kepalanya. 9
Pada keesokan harinya, Datuk berjumpa dengan Raykal dan Muthu di halaman rumah. Setelah mereka menceritakan perkara sebenar, barulah datuk faham akan situasinya. “Niat kamu berdua hendak memberinya hadiah memang tidak salah, tapi janganlah sampai mengabaikan Ah Choi begitu, kasihan dia, ” tegur datuk. Raykal dan Muthu menyesal dengan tindakan mereka yang tidak mempedulikan perasaan sahabat mereka itu. Walaupun sudah berlaku hal seperti ini, niat Raykal dan Muthu untuk membina pondok Ah Choi tidak terhenti di situ. 10
Pada mulanya, orang kampung menganggap salah faham yang berlaku antara tiga sahabat itu hanyalah sementara. Namun hari demi hari,suasana riang gembira Raykal dan sahabat-sahabatnya semakin pudar. Kelibat mereka berjalan bersama-sama juga sudah tidak kelihatan oleh penduduk kampung. Salah seorang daripada penduduk kampung, bertemu dengan Pak Uda. Mereka berpakat untuk membina pondok Ah Choi bersama-sama dan mencari jalan untuk mengeratkan semula hubungan mereka tiga sahabat. 11
Orang kampung telah menganjurkan satu pertandingan permainan tradisional. Datuk ditugaskan untuk membawa Raykal, Ah Choi dan Muthu menyertai pertandingan tersebut. Nama mereka bertiga sudah diatur juga oleh orang kampung sebagai satu kumpulan. Ketika permainan lari dalam guni berlangsung, Ah Choi telah menjadi wakil kumpulan mereka. Ketika dia sedang berlari menuju ke garis penamat, Ah Choi tiba-tiba terjatuh. Raykal dan Muthu bergegas-gegas ke arah Ah Choi dan memapahnya ke tepi padang. 12
Kerisauan mereka terhadap Ah Choi, membuatkannya sedar bahawa Raykal dan Muthu tidak pernah mengabaikannya. Ketika sedang berehat di bawah khemah, Raykal menceritakan kisah sebenar kepada Ah Choi. Air mata laju membasahi pipi Ah Choi dan berkata, “Maafkan saya Raykal, maafkan saya Muthu.” Kemudian Muthu merangkul bahu Ah Choi dan Raykal lalu berpelukan antara satu sama lain. Orang kampung yang melihat situasi ini tersenyum gembira. 13
GALERI AH CHOI “Seronoknya kami melihat kamu bertiga sudah berbaik semula, kampung kita ni sudah lama tidak dengar keriuhan tiga sahabat.” teriak salah seorang penduduk kampung. Setelah pertandingan itu selesai, Raykal mengajak Ah Choi ke pondok baru. Ah Choi yang terpinga-pinga hanya mengikut kehendak rakan-rakannya. “Tadaaaa, ” jerit Raykal dan Muthu. “Cantiknya, pondok siapa ini?” tanya Ah Choi. Datuk memberikan papan tanda yang mengandungi tulisan “GALERI AH CHOI”. Ah Choi menangis kegembiraan kerana dikurniakan sahabat yang baik hati dan orang kampung yang prihatin. 14
Di kampung yang aman, bersinar cahayanya, Penduduk bersatu, dalam cinta yang murni, Dari berbagai budaya, satu harmoni, Bersama-sama, mencipta kenangan yang indah. Dalam rumah papan, duduk bersimpuh, Berkongsi cerita, tawa pun bergema, Tidak kira jarak, tidak kira asing, Di sini, semua adalah keluarga yang setia. Di antara tawa dan air mata, Lahir ikatan yang mulia, Seperti pohon yang teguh berakar, Persahabatan takkan pernah menghilang. Mari kita pelihara, perpaduan yang kita peroleh, Bagai aur dengan tebing, Kampung yang kuat, dalam persaudaraan yang kekal, Menjadi teladan, bagi generasi muda. Raykal, Ah Choi dan Muthu telah menghasilkan sebuah sajak yang menceritakan kehidupan mereka di Kampung Jong sepanjang cuti sekolah. 15
Sumber Rujukan Aziz Ujang, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Kadaruddin Aiyub. (2014). Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional Di Malaysia. International Journal Of The Malay World And Civilisation, 2(2), 31-39. Azimi Ahmad. (2021). Teknik Plot Novel Tawanan Komander Caucasus. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=X6dVZzSJ5MA. Cerpen. (2022, September 23). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Cerpen. Deby Saftri Nur Rahmah & Herman Wijaya. (2023). Analisis Strukturalisme Pada Cerpen “Anak Ikan” Karya Fitra Yanti. Jurnal Bahasa, Sastra Dan Pengajaran, 3(3), 580-590. Muhammad Al Afzan. (2018, Mac 10). Teknik Plot. Blogspot. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/teknikplot.html. Othman Puteh. (2002). Tip & Motivasi: Penulisan Gene Cerpen. Utusan Publications.