BUKU SKRAP
SEJARAH
PAHLAWAN
KEBANGGAANKU
SHARIF
MASAHOR
NAMA : MUHAMAD FARHAN BIN
MOHAMAD FAROOK
KELAS : 5 MAGNIFICIENT
SEKOLAH : SK METHODIST
1
Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shahab biasanya dikenali
sebagai Syarif Masahor atau Sharif Masahor beliau meninggal
pada tahun 1890 di Selangor. Beliau merupakan pahlawan Melayu
yang terkenal berketurunan Hadhrami
di Sarikei, Sarawak, Malaysia semasa era Raja Putih Brooke di
negeri tersebut.Beliau di lantik oleh Sultan Brunei sebagai
gabenor Sarikei di Sungai Rajang , beliau juga dikenali sebagai
guru mengaji yang mendalami ilmu agamanya .
Sebelum ketibaan James Brooke, beliau merupakan pemerintah
tempatan yang berkuasa dan pada masa lalu, seperti Datu
Patinggi Abdul Gapur, beliau amat berpengaruh dan dihormati
kerana daya tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai
kaum dan kepercayaan dan juga lantaran keturunannya.
2
KEDATANGAN JAMES BROOKE
James Brooke tiba di Kuching pada bulan Ogos 1938. Dia
membantu Raja Muda Hashim iaitu Raja pada Sultan Brunei
menumpaskan pemberontakkan dayak dan sebagai balasan
memberi gelaran kepada James Brooke sebagai Raja Sarawak
pada tahun 1841.
James Brooke membuat persiapan untuk mengukuhkan keadaan di
Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran melancarkan
pembangunan ekonomi dan mengambil alih wilayah di Sarawak .
James Brooke berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah
pendalaman yang menimbulkan bantahan daripada pemimpin
tempatan .
Ini menyebabakan James Brooke menyerang daerah – daerah
tersebut .
3
PENENTANGAN SHARIF MASAHOR
DI SARAWAK
Pada tahun 1853, James Brooke mengambil alih kawasan
Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina
sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat
kedudukan Syarif Masahor. Beliau kemudiannya membuat pakatan
dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari
Sarawak. Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan
James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa dan haknya.
Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei
yang semakin kehilangan wilayah kerana diambil oleh keluarga
Brooke. Pada tahun 1855, berlaku pertempuran antara Syarif
Masahor dan sekutu Brooke (Pengiran Matussin). Beberapa ketika
kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan
sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Syarif Masahor
bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus
menyerang Bandar Mukah. Angkatan perang Sharif Masahor
berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar
Pangeran Matusin. Bagaimanapun, serangan nasionalis Sarawak
terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan
bangsa asing itu bertindak balas.
4
Khuatir kemungkinan penentangan Syarif Masahor akan
menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah
Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor
tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah
pemerintahan mereka. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi
api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif
Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir
bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air
tercinta.
Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada
seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur
dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam
dengan penjajah itu maka lantaran Brooke sudah menjajah
wilayah pemerintahannya sebelum itu. Seterusnya mereka mula
merancangkan strategi bagi menjayakan hasrat mereka untuk
memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing
itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke
di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan
Henry Steel.
5
Pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan
Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai
bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh. Serangan
dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke
tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan
penduduk British di Serawak. Takut mereka akan menjadi sasaran
amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula
meninggalkan Sarawak. Kebangkitan penduduk tempatan bagi
menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu
mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit
dalam serangan itu segera diburu.
Pada Julai 1859, Masahor dan tenteranya menyerang pos luar
Brooke berhampiran Bukit Rejang di Kanowit. Semasa serangan
ini, pegawai Charles Fox dan Henry Steele dibunuh oleh orang
Melanau yang dipimpin oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan
pihak British di seluruh Kuching meradang diikuti pemberontakan
oleh kaum Cina. Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh
tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif
Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan
pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.
6
Pada awal 1860, Masahor memerintahkan Temenggung Hayim Jalil
dari Brunei untuk pergi ke Pontianak, Indonesia untuk pertemuan
dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka
melancarkan serangan ke atas Kuching menurut dirancangan oleh
Masahor. Masahor dan tenteranya ingin mara ke Kuching melalui
Sungai Sarawak. Dalam pertempuran yang terjadi, pihak British
mendapat kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang
dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan dengan
kekalahan, Masahor berundur ke Brunei, akan tetapi atas
desakan Brooke, sultan Brunei memerintah supaya Sharif
Masahor dihantar ke Selangor. Sharif Masahor iaitu bekas
Gabenor Sarikei telah dibuang ke Singapura pada dekad 1850-an
dan meninggal dunia di Kerling, Selangor .
7
KESIMPULAN
Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal, namun roh dan
semangat juanganya tidak pernah luntur dari ingatan masyarakat
Sarawak. Sharif Masahor meninggal dunia di Kerling, Selangor
pada tahun 1890 seperti tercatat di manuskrip lama simpanan
keluarganya. Beliau dimakankan bersama para kerabat Sultan
Johor sebagai tanda menghormati ketokohan beliau. Bagaimana
pun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus dikekal diingati
melewati masa dan namanya terus dipahat dalam sejarah tanah
air sebagai pejuangan kemerdekaan menentang penjajah.
RUJUKAN
https://www.thepatriots.asia/siri-penentangan-syarif-masahor-
terhadap-britain-dinasti-
brooke/#:~:text=Said%2C%20Sanib.%20(2009,INGGRIS%20186
6%20%E2%80%93%201873.
Buku teks Sejarah tahun 5 muka surat 62
8