The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznor.i3176, 2022-12-26 01:39:13

BUKU PROGRAM FTP2023

BUKU PROGRAM FTP2023

Festival Peta Teater 2023(FTP23) ini merupakan
Penilaian Tahun Akhir(PeTA) bagi pelajar-pelajar ijazah
sarjana muda teater tahun akhir di Akademi Seni Budaya
dan Warisan (ASWARA). Pelajar-pelajar tersebut akan

dinilai mengikut pengkhususan mereka tersendiri
seperti Pengarahan dan Lakonan.



perisian FTP23 ini juga mempunyai pelbagai program
yang menarik. Gerai Jualan Makanan, Persembahan
teater environment, show your talent dan lain-lain lagi.




KERJASAMA ANTARA :

3 JANUARI 2023 Persembahan teater Environment
Majlis Perasmian Festival PeTA
5.00PM - 5.30PM Teater 2023 di DKU
5.30PM - 7.00PM

8.00PM - 10.00PM PeTA Teater BULAN BELUM KELAM

4 JANUARI 2023 TAYANGAN TEATER EMOTIF VOL 6:
Triple Bill Anwar Ridhwan
5.00PM - 7.00PM di DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)

5 JANUARI 2023 Persembahan Teater Pendek
di Studio Petalawati
5.00PM - 7.00PM

6 JANUARI 2023 Persembahan teater Environment
di PERSEKITARAN ASWARA
5.00PM - 7.00PM (Terdapat 4 jenis persembahan)

8.00PM - 10.00PM PeTA Teater TANGAN-TANGAN
YANG TINGGAL

9 JANUARI 2023 SHOW YOUR TALENT
(tunjukkan bakat anda)
5.00PM - 7.00PM di HADAPAN ORKESTRA HALL

8.00PM - 10.00PM PeTA Teater POKOK

6 JANUARI 2023 THEATRE FAMILY DAY
permainan sukaneka
5.00PM - 7.00PM di HADAPAN ORKESTRA HALL

8.00PM - 10.00PM PeTA Teater SPILT GRAVY ON RICE
dan juga penutup program

3,6,9 & 12 JANUARI 2023

5.00PM - 9.00PM

akan diadakan GERAI JUALAN MAKANAN,
pelbagai menu yang disediakan antaranya
adalah nasi ayam, air kopi, kuih muih dan

pelbagai lagi

PENYELARAS

ENGKU NOR ZALIFAH ENGKU ABDUL RASED
penyelaras bagi Festival Peta Teater 2023
serta keempat-empat persembahan PeTA
teater

PENYELIA

RIME NAZREN ABD RAZAK
penyelia bagi kumpulan Tangan-Tangan
Yang Tinggal

PENYELIA

MOHD SHAHRUL MIZAD BIN ASHARI
penyelia bagi kumpulan Spilt Gravy On Rice
dan juga Pokok

PENYELIA

SHARIFUL AKMA ABDULLAH
penyelia bagi kumpulan Bulan Belum
Kelam

BULAN BELUM KELAM

Karya Roziah Adaman
PENGARAH : K'ma Abdullah

Bulan Belum Kelam merupakan karya Roziah Adama
yang mengisahkan dua wanita warga negara Indonesia
yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan
matlamat dan cita-cita mereka tercapai.

PELAJAR DINILAI
Carolyne Carrie

TANGAN-TANGAN YANG TINGGAL

Karya Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Aloeng Silalahi

Tangan Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina mengisahkan
tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Waris yang
mencari jalan kebenarannya yang dibantu oleh seorang ustaz
ternama iaitu Ustaz Haji Al-Rashid. Konflik berlaku apabila
wujudnya perasaan hasrat dengki oleh anak ustaz tersebut,
Sali. Tercetuslah tuduh menuduh dan dakwaan yang
keterlaluan hingga memakan diri sendiri. IBU SUFIAH tidak
dapat menentang dan melawan Sali yang semakin terpesong
dengan ajaran sesat sehingga tercipta sebuah kumpulan
ajaran-ajaran sesat. Ibu Sufiah juga tidak terdaya untuk
menolong Wan Aisyah yang ditangkap oleh sekumpulan
ajaran sesat tersebut.

PELAJAR DINILAI
Aznor Ikhwan, Amierul Hasriel, Fakhruddin Harun,

Zulhelmi Zainal, Azna Azmi & Huda Teera

POKOK

Karya Tansri Johan Jaafar
PENGARAH : Saiful Wazien

Seorang isteri sedang sarat mengandung dan meminta
untuk suaminya untuk berpindah. Tetapi suaminya
merasakan bahawa itu tidak perlu kerana dia sudah
selesa tinggal di situ. isterinya ingin berpindah bukan
sahaja kerana anaknya yang bakal lahir malah
disebabkan oleh majikannya yang sering menggodanya
di tempat kerja. kemudian, isterinya memaksa suaminya
untuk berjanji untuk pindah ke tempat lain yang boleh
mulakan hidup baru.

PELAJAR DINILAI
Asyriq Rosli, Nesa Idrus, Fitri Mifdhal

SPILT GRAVY ON RICE

Karya Jit Murad
PENGARAH : Lee Tuck Cheng

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal
di Kuala Lumpur, Malaysia. Keluarga ini terdiri daripada 5
orang adik beradik yang bernama Zakaria, Kalsom, Husni,
Zaitun dan Darwis. Oleh kerana Bapak sudah uzur, dia telah
meminta supaya anak-anaknya berkumpul bagi
menyelesaikan isu keluarga, termasuklah siapa yang akan
mewarisi rumahnya. Malangnya Bapak telah meninggal dunia
sebelum isu keluarga diselesaikan, dan roh Bapak telah
kembali ke alam nyata untuk menyelesaikan isu ini.

PELAJAR DINILAI
Lee Tuck Cheng, Dan Pablo, Shazdan Andshar, Sam

Aziz, Geehoneybee, Rose Julia



SEKIAN


Click to View FlipBook Version