KERETA ELEKTRIK
(ISU KEKURANGAN
SUMBER BAHAN API)
WAN NUR SALWA BINTI WAN
MUHAMMAD KHAIRO
isi kandungan
01. PENGENALAN KEPADA
TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi hijau merujuk kepada satu aplikasi, peralatan atau
sistem yang memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam
sekitar dan bersifat mesra alam sekitar. Teknologi hijau
mewujudkan persekitaran lebih baik untuk generasi akan
datang. Menurut KeTTHA (2016), teknologi hijau ditakrifkan
sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi
serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Pada ketika ini, sumber alam
semakin tandus dan semakin dieksploitasi secara serakah.
Teknologi hijau menjadi medium untuk membantu manusia
meneroka sumber yang boleh diperbaharui bagi
menggantikan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti
minyak mentah, arang batu dan gas asli. Teknologi hijau
menyumbang bukan sahaja kepada kelestarian alam sekitar
tetapi kepada pembangunan lestari menyeluruh.
01. PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU
DASAR TEKNOLOGI HIJAU KEBANGSAAN (DTHK)
Dasar teknologi hijau kebangsaan (DHTK) telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak pada Julai 2009. DHTK menekankan pada aspek
memacu pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan
mampan. DTHK ini ditubuhkan untuk menyelaraskan
pembangunan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya terhadap negara. Pada masa yang sama,
matlamat kebangsaan DTHK adalah untuk memberikan hala
tuju dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk terus
menikmati kehidupan yang berkualiti dan persekitaran yang
sihat. Terdapat empat tonggak utama DTHK iaitu:
Tenaga
01 Mempromosikan kecekapan tenaga dan Sosial Alam
Sekitar
mencari ketidakbergantungan tenaga
Ekonomi
02 Meminimumkan kesan dan memulihara
alam sekitar
03 Menambah ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi
04 Meningkatkan kualiti hidup semua
02. ISU KEKURANGAN SUMBER
BAHAN API
Bahan api fosil ialah bahan api yang dibentuk oleh
proses semula jadi, seperti proses penguraian
anaerobik organisma mati yang tertanam. Jangka
hayat hidupan ini dan bahan api fosil dari mana ia
terbentuk biasanya sekitar berjuta-juta tahun, dengan
yang paling lama melebihi 650 juta tahun. Antara jenis
bahan api fosil ialah arang, petroleum dan gas asli.
Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh
dibaharui kerana memakan masa jutaan tahun untuk
terbentuk, apa lagi simpanannya lebih cepat
dihabiskan daripada penemuan simpanan baharu.
2.1 implikasi dari bahan api
kenaikan suhu bumi
Berdasarkan statistik pembebasan gas karbon dioksida
(CO2) di Malaysia di atas, pembakaran bahan api fosil
menghasilkan kira-kira 56.67 million tons CO2 dalam tempoh
10 tahun (2010-2020). Kadar pembebasan gas ini bertambah
sebanyak 26% dalam tempoh tersebut. Karbon dioksida
merupakan salah sejenis gas rumah hijau yang menguatkan
pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan
global yang mana purata suhu permukaan bumi naik
sebagai kesannya.
Laporan Penilaian Keempat (Perubahan Iklim 2007) Panel
Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) iaitu badan yang
diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk menjalankan penilaian berkala tentang keadaan
dan perubahan iklim dan untuk memberikan pemahaman
yang lebih, kepastian berkenaan keadaan semasa dan
unjuran iklim masa hadapan. Menerusi laporan tersebut,
IPCC telah menyatakan bahawa 98 peratus daripada
kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas
karbon dioksida. Pada tahun 2007, IPCC mengunjurkan
purata peningkatan suhu global hanya 1.4°C hingga 5.8°C
sepanjang abad ke-21. Peningkatan yang begitu kecil, malah
lebih kecil daripada perubahan suhu harian di kebanyakan
bandar utama adalah sukar untuk mendapat perhatian orang
ramai. Tambahan pula, banyak hutan telah ditebang untuk
tujuan komersial. Ini menyebabkan hutan tidak lagi bertindak
sebagai penyerap gas karbon dioksida. Oleh itu, kandungan
gas karbon dioksida di udara semakin meningkat. Gas
karbon dioksida yang berlebihan ini bertindak menyerap
haba, menghalangnya daripada dilepaskan ke udara,
seterusnya menyebabkan suhu bumi meningkat dan
persekitaran menjadi panas.
Pencemaran udara
Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor
merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.
Pencemaran udara ialah keadaan yang melibatkan
pembebasan sebarang bahan kimia, zarah atau biologi ke
atmosfera yang boleh menyebabkan kemudaratan,
ketidakselesaan dan kerosakan kepada alam sekitar kepada
manusia atau organisma lain. Walau bagaimanapun, kini,
kenderaan telah menjadi keperluan harian dan penggunaan
serta pengeluaran kenderaan bermotor di jalan raya dan
lebuh raya semakin meningkat setiap tahun. Pembakaran
bahan api fosil (minyak petrol, diesel & sebagainya) daripada
kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon monoksida,
nitrus oksida, hidrokarbon menyumbang kepada
pencemaran udara. Asap dari kenderaan seperti kereta
dilepaskan ke udara setiap hari, dan jumlah kenderaan di
jalan raya adalah berbilion-bilion setiap hari.
2.1 implikasi dari bahan api
mengganggu sistem pernafasan manusia
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kematian berkaitan
masalah paru-paru merupakan salah satu penyumbang
kepada kematian di Malaysia. Boleh dikatakan bahawa
terhadap 47 kematian setiap tahun dari tahun 2010 hingga
2019.
Asap dari kenderaan adalah zarah halus yang sangat
berbahaya kepada sistem pernafasan manusia. Asap
kenderaan seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur
dan plumbum adalah PM2.5 dan menyebabkan pelbagai
penyakit sistem pernafasan manusia, seperti radang hidung,
radang tekak, penyakit kardiovaskular dan lebih teruk boleh
mengakibatkan kanser paru-paru apabila manusia terdedah
terlalu lama di persekitaran yang diselubungi asap
kenderaan.
2.2 PUNCA KEKURANGAN BAHAN API
Penambahan penggunaan kenderaan dan Kesesakan
lalu lintas
Peningkatan penggunaan kenderaan secara tidak langsung
telah meningkatkan penggunaan sumber bahan api kerana
kenderaan memerlukan bahan api fosil (petrol dan diesel)
untuk berfungsi. Malah, pada tahun 2008, terdapat 18 juta
pendaftaran kenderaan di Malaysia. Berdasarkan Graf 2.1
tersebut, pada tahun 2015, jumlah kumulatif dari 14 buah
negeri di Malaysia, terdapat 18,006,354 (70%) buah
kenderaan yang aktif di jalan raya manakala 7,682,144 (30%)
buah kenderaan yang tidak aktif. Ini secara tidak langsung
menyebabkan kesesakan lalu lintas di Malaysia.
Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol
yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan
penggunaan bahan api fosil. Isu kesesakan di jalan raya dan
masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan
isu global yang membawa kepada berlakunya gangguan dan
kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk
Menurut satu kajian, kesesakan lalu lintas meningkatkan
penggunaan bahan api sebanyak 30 peratus. Bagaimanapun,
disebabkan kesesakan lalu lintas, penggunaan bahan api
telah meningkat sebanyak 30%, iaitu memerlukan lebih
daripada kadar liter yang sepatutnya untuk sampai ke
destinasi. Jika diukur dari segi kewangan, pengguna kereta
konvensional perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk
membayar tambahan bahan api tersebut.
penjanaan elektrik
Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di
Malaysia. Penggunaan bahan api fosil seperti arang batu,
minyak dan gas asli dalam penjanaan kuasa adalah sangat
penting di seluruh dunia, termasuk negara kita. Malaysia
masih bergantung kepada bahan api fosil untuk penjanaan
elektrik, iaitu 85% daripada jumlah penjanaan elektrik
negara. Hanya 1% menggunakan sumber boleh diperbaharui.
Kini, selepas lebih 200 tahun penggunaan, sumber ini telah
berkurangan.
03. PENGENALAN KEPADA PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU
Penerapan Teknologi Hijau adalah selaras dengan
konsep pembangunan mapan (sustainable
development) dimana pembangunan yang
dilaksanakan mestilah memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi
akan datang.
03. PENGENALAN KEPADA PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU
konsep kereta elektrik
Kereta elektrik (elektrik) ditakrifkan sebagai kenderaan
bermotor yang kenderaan bermotor yang dikuasakan oleh
sumber elektrik. Kereta elektrik digerakkan oleh motor
elektrik yang bergerak menggunakan tenaga yang disimpan
dalam bateri kereta (Jabatan Tenaga Manusia [JTM],
2018). Ia bergantung sepenuhnya pada tenaga elektrik
sebagai sumber kuasa utama untuk pek bateri untuk
menggerakkan kereta.
Pembuatan kenderaan elektrik adalah langkah logik dalam
evolusi kereta. Ia adalah alternatif semula jadi kepada
tradisi automotif hari ini. Kekurangan bekalan minyak fosil
dan isu pencemaran adalah faktor utama dalam
pembangunan kenderaan elektrik.
Contoh produk
04. analisis produk teknologi hijau
kebaikan
Penggunaan kereta elektrik di negara maju semakin
popular. Kereta elektrik mempunyai banyak kebaikan
berbanding kereta biasa. Berikut merupakan kelebihan
kereta elektrik:
mesra alam
Kereta elektrik boleh mengurangkan pelepasan asap
daripada kenderaan dengan banyak kerana penggunaannya
tidak membebaskan sebarang bentuk bahan toksik yang
berbahaya kepada alam sekitar. Pada masa ini, ini
merupakan alternatif jangka panjang terbaik kerana ia
menjimatkan penggunaan bahan api petroleum yang tidak
boleh diperbaharui.
Kereta elektrik ini tidak mencemarkan udara kerana ia tidak
menghasilkan gas ekzos (Ainamardia Nazarudin et al,. 2018).
Penggunaan kereta elektrik tidak mengeluarkan sebarang
karbon dioksida kerana bateri yang digunakan hanya
menggunakan hidrogen dan oksigen di mana sisa bateri ini
hanyalah air. Walaupun proses penghasilan bateri ini
mengeluarkan karbon dioksida, tetapi pengeluaran karbon
dioksida hanyalah sekali seumur hidup sepanjang kereta itu
dikeluarkan berbanding kereta konvensional yang membakar
petrol dan mengeluarkan gas berbahaya ini serta gas-gas
toksin lain setiap masa ia dibakar.
Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan memandu
kenderaan elektrik yang lebih senyap dan futuristik serta
moden. Ia juga mampu mengurangkan penggunaan bahan
api petrol kenderaan konvensional dengan purata 6.0 L/100
KM yang secara tidak langsung mengurangkan anggaran
kadar pelepasan CO2 kurang daripada yang pernah
direkodkan oleh Prof Ahmad Fariz Mohamed dan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2020 iaitu sebanyak
148,939,600 CO2/tan. Hal ini kerana satu liter petrol
dianggar menghasilkan 2.3 kilogram karbon dioksida
(Awang, 2021) oleh sebuah kereta konvensional. Oleh itu,
dengan kehadiran kereta elektrik seperti Tesla Model X dan
BMW iX3 mampu menghentikan pelepasan karbon dioksida
demi menjaga kelestarian alam sekitar.
04. analisis produk teknologi hijau
Kos penyelenggaraan yang rendah
Kereta konvensional mempunyai kos penyelenggaraan yang
mahal berbanding kereta elektrik untuk diselenggara
kerana sistem kereta itu sendiri sangat kompleks. Seperti
penukaran minyak, palam pencucuh dan perkhidmatan lain,
kerana sistem enjin pembakaran dalam ini sangat
memerlukan keperluan yang tinggi. Kereta elektrik
mempunyai brek regeneratif di mana tenaga akan
dikembalikan bateri dan menyelamatkan brek geseran jadi
sistem brek juga memerlukan kurang penyelenggaraan dari
semasa ke semasa.
Penjimatan kos bahan api
Seperti diketahui ramai, kos operasi kereta elektrik lebih
murah disebabkan kereta elektrik tidak menggunakan
petrol, jadi bahan bakar kereta ini tidak lagi bergantung
kepada harga minyak yang tidak menentu. Kos per
kilometer untuk memandu sebuah kereta elektrik adalah
jauh lebih rendah. Hal ini juga menjadi kelebihan untuk
kereta elektrik kerana tenaga yang digunakan oleh kereta
elektrik merupakan tenaga yang boleh diperbaharui kalau
dibandingkan kereta konvensional yang menggunakan
minyak cari gali di mana ia mengambil masa berjuta-juta
tahun untuk dihasilkan melalui penguraian binatang mati.
Kereta ini boleh cas dari masa ke semasa. Kebanyakan
bangunan korporat dan pusat membeli belah juga
menawarkan khidmat cas percuma.
04. analisis produk teknologi hijau
kelemahan
Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan enjin
konvensional, kenderaan elektrik bukan saja memiliki
kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan.
Berikut merupakan kekurangan pada kereta elektrik:
Harga pemilikan tinggi
Kereta elektrik masih mahal berbanding kereta biasa.
Walaupun kerajaan menawarkan rebat dan diskaun kepada
pembeli, harga asas untuk kenderaan elektrik kekal tingii
dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh rata-rata pembeli
yang masih mementingkan kepraktisan, tujuan dan bajet
membeli kenderaan.
Sama seperti bateri boleh dicas semula yang digunakan
dalam telefon pintar, bateri kereta elektrik juga mempunyai
jangka hayat tertentu. Dengan menggunakan teknologi
bateri boleh dicas semula yang terkini menjadikan harga
bateri kereta elektrik menjadi terlalu mahal sehingga
mencecah 5-angka. Ia mungkin perlu ditukar sebanyak
beberapa kali di dalam hayat kenderaan (JTM, 2018).
Justeru itu, pemilik kereta elektrik mesti menyediakan wang
yang banyak jika bateri rosak selepas waranti bateri tamat.
Masa Mengecas
Kereta konvensional hanya mengambil masa beberapa minit
untuk mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan.
Namun, untuk kenderaan elektrik, ia mengambil masa
beberapa jam untuk mengecas bateri. Menurut JTM
(2018), tempoh masa mengecas penuh kereta elektrik ialah
antara empat hingga lapan jam. Manakala cas cepat (80%
penuh) mengambil masa 30 minit. Walaupun ada yang
menggunakan teknologi baharu yang membolehkan cas
semula bateri hanya mengambil masa tidak sampai
setengah jam untuk mengisi 50 sehingga 80 peratus dari
kapasiti bateri, ianya masih jauh terlalu lambat jika
dibandingkan dengan kereta konvensional yang hanya
mengambil masa kurang dari tiga minit untuk mengisi tangki
bahan api.
Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas
Salah satu kelemahan utama yang mendatangkan masalah
kepada pemilik elektrik ialah ketidakupayaan untuk
mengecas kereta mereka di kawasan luar bandar atau
pedalaman. Perjalanan jarak jauh adalah salah satu cabaran
yang perlu dihadapi oleh pemandu elektrik. Mereka perlu
merancang perjalanan mereka dengan baik kerana kawasan
terpencil mungkin tidak mempunyai stesen pengecas
berbanding kawasan bandar. Pemandu yang tinggal di
rumah pangsa dan kondo mengalami masalah yang sama
kerana kekurangan akses ke stesen pengecasan di
kawasan rumah.
05. cadangan
Menggalakkan Pengusaha Kereta
Elektrik Tempatan
Berdasarkan, Dasar Automotif Nasional, sektor automotif
merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Oleh
sebab yang demikian, kerajaan perlu mengambil peluang ini
untuk menggalakkan dan memberi insentif kepada
pengusaha automotif tempatan untuk mencipta serta
mengeluarkan produk kenderaan hijau. Ini sejajar dengan
aspirasi negara untuk matlamat mobiliti rendah karbon dan
agenda mobiliti hijau seperti yang digariskan dalam
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menurut Pengarah
Urusan Volkswagen Passenger cars Malaysia (VPCM), Erik
Winter, beliau menyatakan bahawa “Malaysia tidak boleh
kehilangan peluang yang dapat dibawa oleh elektrik, justeru
kami berharap kerajaan akan memperuntukkan dana dalam
Belanjawan 2022 untuk membangunkan pelan tindakan e-
mobiliti untuk negara ini” (BERNAMA, 2021, Oktober 19).
Menambah Bilangan Stesen
Pengecasan
Seiring dengan peningkatan jualan kenderaan elektrik,
bilangan stesen pengecasan merupakan sesuatu perkara
yang perlu dititikberatkan. Semasa sidang akhbar Utusan
Malaysia (Ramdhan Samsudin, 2021, Oktober), Presiden
Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad
berkata, stesen pengecas elektrik perlu diperbanyakkan
serta diperluaskan sekiranya benar-benar mahu
membangunkan industri elektrik tempatan. Katanya, stesen
untuk mengecas kenderaan tersebut dianggarkan hanya 20
stesen setakat ini di seluruh negara. Oleh sebab demikian,
kerajaan perlulah meningkatkan lagi bilangan stesen
pengecasan kereta elektrik di negara kita. Hal ini kerana
stesen pengecas bateri kereta yang sukar ditemui pastinya
akan membuat bakal pembeli berfikir dua kali (ADsF, 2022).
penutup
Teknologi hijau telah menjadi platform utama
membantu melestarikan alam sekitar. Penerapan
teknologi hijau seperti kenderaan elektrik perlu
diperkasakan. Hal ini kerana ia membantu
meningkatkan lagi kelestarian alam sekitar, malah
dapat mengukuhkan ekonomi negara seiring
dengan ekonomi global. Selain itu, produk
tersebut dapat mengatasi isu-isu seperti yang
telah dinyatakan di atas iaitu seperti isu
kekurangan sumber bahan api, pencemaran udara
dan tidak lupa juga masalah kesihatan manusia
yang membawa kepada kematian. Pembangunan
teknologi hijau di luar negara seharusnya
dijadikan contoh dan Malaysia perlu menghasilkan
lebih banyak lagi industri yang mengeluarkan
produk teknologi hijau tempatan bagi mengelak
kos import yang terlalu tinggi. Kelestarian alam
sekitar adalah sangat penting untuk manusia
sejagat dan juga untuk generasi akan datang.
Kewujudan teknologi hijau membantu melindungi
alam sekitar. Faedah teknologi hijau bukan sahaja
melindungi alam sekitar, tetapi juga mendidik
manusia tentang ilmu penjagaan alam. Ini
seterusnya dapat membentuk manusia yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
RUJUKAN