The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarissa2, 2021-06-14 21:25:31

E-FOLIO

E FOLIO

NAMA NO. KELAS
PENDAFTARAN
SITI BALQIS UMAIRAH BINTI DKA2B
SAMSULNIZAM 15DKA20F1020 DKA2A
NUR FARISSA DANIA BINTI HERMAN DKA2A
SITI MAIZURAH BINTI JAMAL 15DKA20F1037 DKA2A
15DKA20F1005
NOOR SUHAILA BINTI ROSDI
15DKA20F1029

01. PENGERTIAN
FIQH

Pengertian Fiqh

• Islam merupakan agama dan cara hidup yang syumul atau menyeluruh, di mana semua aturannya telah ditentukan dalam
segenap aspek kehidupan manusia yang mencakupi persoalan akidah, ibadah, akhlak, hinggalah kepada urusan
kemasyarakatan dan kenegaraan yang merangkumi domain ekonomi, pendidikan, politik dan sosial.

• Sumber hukum dari al-Quran dan al-Sunnah merupakan pedoman yang terbaik kepada manusia di mana ia merupakan
wahyu Allah SWT yang mengandungi penjelasan hukum bagi setiap persoalan dalam kehidupan seharian.

• Dunia hari ini juga menyaksikan semakin bertambah maju teknologi, semakin banyak perkara baru yang timbul melibatkan
permasalahan hukum yang tidak pernah timbul ketika zaman ulama silam dan tidak ditemui jawapan hukum terhadap
permasalahan tersebut dalam khazanah karya-karya fuqaha silam.

• Kebanyakan permasalahan semasa yang bersifat cabang atu furu` tidak ditemui jawapan hukumnya secara terperinci di
dalam al-Quran dan al-Sunnah.

• Dalam sejarah perkembangan hukum Islam, seseorang pengkaji akan mendapati pelbagai hukum fiqh yang diijtihad oleh
seseorang tokoh berdasarkan faktor semasa zamannya. Ia terbukti dalam era Sahabat, Tabi’in dan para Tabi` al-Tabi`in,
zaman selepasnya hinggalah era masa kini. Saidina `Umar b.al-Khattab umpamanya tidak mengenakan hukuman hudud ke
atas pencuri kerana faktor ekonomi semasa, manakala Saidina `Uthman b. `Affan menambah azan pada hari Jumaat di pasar
Madinah kerana faktor sosial.

Pengertian Fiqh

● Sebahagian Tabi’in mengasaskan madrasah al-ra’yi berasaskan fiqh masyarakat kota di Baghdad. Imam-imam
mujtahid pada sesuatu era atau tempat mempunyai ijtihad berbeza dengan apa yang diputuskan oleh mujtahid dan
fuqaha selepasnya atau di tempat lain.

● Malah ada fuqaha dalam sesuatu mazhab yang tidak mengikut pandangan asal imam 3 mazhabnya sebagaimana
Imam Abu Yusuf dan al-Syaibani yang banyak mengemukakan pandangan yang khilaf dengan Abu Hanifah
walaupun mereka adalah murid setia kepada Abu Hanifah.

● Corak yang sama juga jelas dilihat dalam mazhab-mazhab lain. Ini berlaku kerana walaupun mereka merupakan
pengikut setia imam mazhab, ijtihad mereka perlu diubah untuk disesuaikan dengan realiti masyarakat yang
berubah. Imam al-Syafi`i sendiri mempunyai qawl qadim dan qawl jadid dalam fiqhnya yang berasaskan kepada
perbezaan yang berlaku di Hijaz dan Mesir (al-Hajawi, 1995: 225-245 ).

● Kerana itulah para ulama usul merumuskan satu kaedah umum yang diterima pakai oleh semua (alNadawi, 1998:
353): ‫األزمان ي بتغ األحكام ي تغ ينكر ال‬Tidak diingkari perubahan hukum dengan berlakunya perubahan masa Terdapat
juga hukum yang diputuskan pada zaman silam yang tidak lagi praktikal untuk diaplikasi pada zaman sekarang.

Pengertian Fiqh

● Ini kerana wujudnya faktor perubahan sosial yang sama sekali berbeza dengan zaman dahulu dan
penafsiran terhadap sesuatu kes juga boleh terubah dengan perubahan realiti semasa.

● Oleh itu, Islam menyediakan penyelesaian kepada permasalahan tersebut dengan membuka ruang
kepada para mujtahid untuk berijtihad bagi menjawab permasalahan hukum yang baru.

● Di atas premis pemikiran hukum inilah terbinanya konsep fiqh semasa yang biasa disebut dalam
terminologi alfiqh al- mu`asir atau fiqh realiti (al-fiqh al-waqi`i).

● Dalam erti kata lain, pengertian fiqh boleh dijelaskan bahawa suatu hukum yang secara umumnya
terpakai kepada kebanyakan masalah-masalah cabang.

● Manakala, dalam istilah perundangan pula, kaedah fiqh disebut sebagai 'principle', namun dibentuk
dalam perkataan yang ringkas dan padat di samping mempuaanyai makna yang luas bagi mencukupi
semua masalah cabang atau furu' yang berkaitan dengannya.

02. PEMBAHAGIAN
KAEDAH FIQH

KAEDAH ASAS PERTAMA

• Segala perkataan tergantung pada niat. Niat di • Yang lebih utama, niat bersama-sama dengan
kalangan ulama-ulama. Syafi’iyah diartikan dengan
takbirat al-ihram di dalam solat, agar niat ikhlas
bermaksud melakukan sesuatu disertai menyertainya dalam ibadah..Dapat disimpulkan
bahawa fungsi niat adalah:
pelaksanaannya.
-Untuk membezakan antara ibadah •dan adat
• Di dalam solat misalnya yang dimaksud dengan niat kebiasaan.

adalah bermaksud didalam hati dan wajib niat -Untuk membezakan kualiti perbuatan baik kebaikan
mahupun kejahatan.
disertai takbirat al-ihram.
-Untuk menentukan sah atau tidak suatu perbuatan
• Di kalangan mahzab Hambali juga menyatakan ibadah tertentu serta membezakan yang wajib dari

bahawa tempat niat ada dalam hati, kerana niat yang sunnah.

adalah perwujudan dari maksud dan tempat dari

maksud adalah hati. Jadi apabila meyakini/beritikad

di dalam hatinya, itu pun sudah cukup, dan wajib

niat didahulukan dari perbuatan.

KAEDAH ASAS KAEDAH ASAS
KEDUA KETIGA

o Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan o Kesulitan mendatangkan kemudahan
adanya keraguan.
o Maksudnya adalah hukum-hukum yang
o Di dalam kaedah- kaedah fiqh banyak di dalam penerapannya masalah kesulitan
bicarakan tentang hal yang berhubungan dan kesukaran bagi mukhalaf, tanda
dengan keyakinan dan keraguan misalnya syariah meringankannya.
orang yang sudah yakin suci dari hadas
kemudian dia ragu o Sehingga mukhalaf mampu melakukan
tanpa kesulitan dan pertukaran.
o Apakah sudah batal wudhunya atau belum?
Maka dia tetap dalam keadaan suci. Hanya
saja untuk kehati-hatian yang lebih utama
adalah memperbaharui wudhunya.

KAEDAH ASAS KEEMPAT KAEDAH ASAS KEEMPAT

➢ Kaedah keempat hukum yang mengikut kemaslahatan
yang kukuh. Kaedah ini banyak digunakan dalam perkara
yang berkaitan ibadat, jihad dan lain-lain.

➢ Kadangkala ia membawa kerugian tetapi hakikatnya
terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.

➢ Contoh hukum furu’ yang terbentuk dari kaedah ini ialah
haramnya minum arak dan berjudi.

➢ Seterusnya keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia
menyebabkan kematian dan kerosakkan tetapi akhirnya
Islam tersebar keseluruh dunia.

KAEDAH ASAS KELIMA

❖ Kaedah kelima yang bermaksud kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegasa-

tegasan.

❖ Kaedah ini merupakan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa

mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.

❖ Hukum furu’ yang terbentuk adalah seperti doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan

wanita untuk tujuan rawatan mahupun seseorang harus melawan dan mengambil
tindakan trhadap perompak walaupun terpaksa membunuhnya.

❖ Tetapi terdapat juga pengecualian daripada kaedah. Hukum ini terkecuali daripada

kaedah di mana tidak diharuskan sama sekali melakukannya walaupun dipaksa
mahupun terpaksa.

❖ Contohnya, kufur jika seseorang itu murtad atau mengkufuri Allah biarpun diugut dan

akan dibunuh.

❖ Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap beriman kepada Allah.

❖ Selain itu, berzina. Jika seseorang itu dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakan

perbuatan itu .

— 03 RUMUSAN

➢ Kesimpulannya, walaupun kita berdepan dengan
pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam
kehidupan seharian. Tetap ada cara yang sesuai dan
bertetapan dengan syariat Islam. Apabila kita
mengalami kesulitan dan kita melaksanakan dengan
kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia
akan memberi kelonggaran dan kemudahan.

04. RUJUKAN

❖ https://www.jais.gov.my/userfiles/user/Artikel/ARTIKEL_FI
❖ QH_SEMASA.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Usul_al-Fiqh

SEKIAN
TERIMA
KASIH !

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &

images by Freepik.


Click to View FlipBook Version