Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Malaysia
Semester 2, Sidang Akademik 2019/2020
HMT314/4: PRAGMATIK
LATIHAN TUTORIAL 2i
NAMA PENSYARAH : DR ANISWAL ABD GHANI
KUMPULAN TUTORIAL : JUMAAT 12:00 – 12:50 TENGAH HARI
NAMA AHLI KUMPULAN :
Nama : Alyaa Adila Binti Norashid
No Matrik : 139529
No Kp : 970920-03-6346
Emel: [email protected]
No Hp: 011-63292097
Nama : Maytheewa A/P Manop
No Matrik : 139537
No Kp : 971103-02-5270
Emel: [email protected]
No Hp: 017-5975529
Nama : Nur Asyifahani Binti Madishah
No Matrik : 139550
No Kp : 981208-04-5170
Emel: [email protected]
No Hp: 011-55072597
Nama : Nur Atikah Binti Othman
No Matrik : 139551
No Kp : 981224-07-5206
Emel: [email protected]
No Hp: 017-4727429
Nama : Nurul Athirah Binti Mohd Roslan
No Matrik : 139558
No Kp : 980919-08-5676
Emel: [email protected]
No Hp:013-9119278
1. Transkrip Perbualan Mudah [Transkrip 1]
Latifah: Assalamualaikum.
Rohani: Waalaikumussss [Nada terkejut] Eh.. eh Kak Tipah [Nada teruja] Apa khabar Kak
Tipah? [berjalan menuju ke arah Latifah dan terus berjabat tangan]
Latifah: Khabar baik. Susah betul carik rumah Cik Rohani.
Rohani: Eh… apa pulak susahnyaa? [Nada keliru] Silakan masuk….
Latifah: Bagus kita cakap-cakap di luar. Di luar banyak angin [Nada memujuk]
Rohani: [Gelak kecil] Boleh jugak, silakan.
Latifah: Sudah lama Cik Ani tinggal di sini? [berjalan diiringi Rohani ke arah laman rumah]
Rohani: Emm, tidak jugak lama. Sesudah saya kahwin dua hari, suami saya belikan rumah ni
[tunjuk ke arah rumah] dan sebuah kereta sport. Silakan duduk Kak Tipah…
Latifah: Terima Kasih…. [Lalu Latifah duduk dan terpandang orang tua yang berada di atas
kerusi roda yang ditolak oleh seorang jururawat] Siapa orang tua itu? [Nada ingin tahu]
Rohani: Ohh, yang itu bapak saye
Latifah: Dia sakit ya? [Tanya sambil mengangguk kepala]
Rohani: Yeh dia kena sakit lumpuh. Dah enam bulan dia tak boleh jalan Kak Tipah.
Latifah: Bapak saya pun masih ada lagi tapi masih kuat.
Rohani: Ohh [gelak kecil sambil tersenyum] Err, apa khabar suami Kak Tipah sekarang?
Latifah: Ohh sekarang bagus Cik Rohani, sebab dia sudah berpisah dengan isteri yang nombor
dua itu [Dengan bangganya]
Rohani: Ouhh, begitu. [Ketika ingin menuang air ke dalam cawan, Rohani menoleh ke belakang
melihat sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya]
Latifah: Itu bekas madu saya tu [Sambil melihat ke arah sebuah kereta yang dinaiki oleh bekas
madunya]
Rohani: Kalau Kak Tipah kesiankan saya, tolonglah jangan bergaduh kat sini ye [Nada merayu]
Latifah: Baik [Sambil tersenyum]
Rohani: [Berjalan menuju ke kereta Cik Hasnah]
Hasnah: Assalamualaikum. [Sambil melihat sekeping kertas kecil alamat rumah Rohani]
Rohani: Apa khabar Cik Hasnah [menyapa dari belakang dan nemegang bahu Hasnah]
Hasnah: Ehh, ada di sini. Tak perasan pulak [Terkejut]
Rohani: [Gelak kecil] Mari kita duduk di sana.
Hasnah: Mari. [berjalan berpimpin tangan diiringi Rohani] Ehh, perempuan jelek itu ada di sini?
[Terkejut dengan adanya Latifah]
Rohani: Aaa, yang lepas tu lepas. Mari kita duduk di sana. Tenangkan hati. Peliharakan martabat
kaum wanita, ya? [Nada memujuk]
Hasnah: Saya paham, Cik Rohani [Senyum sinis]
Rohani: Beruntung betul saya harini. Cik Hasnah pun datang.
Latifah: Apa khabar, Cik Hasnah? [Sambil berjabat tangan dengan Hasnah]
Hasnah: Khabar baik Cik Tipah. Dah lama datang?
Latifah: Baru sekejap. Amboiii Cik Hasnah ni semenjak kita berjumpa di kedai mas tu hari, terus
tak nampak-nampak langsung.
Hasnah: Ya lah Cik Tipah, saya sibuk di rumahhh. Maklumlah melayan suami, melayan itu,
melayan ini.. Uhh macam-macam sungguh Cik Tipahhhh [Nada sinis]
Latifah: Kesiannn….
Rohani: Silakan duduk, nanti saya ambil kerusi lagi satu. [Mempelawa untuk duduk dan terus
menuju masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kerusi]
2. Pengenalan Ringkas Dan Umum Tentang Filem Madu 3
Pengenalan Ringkas Madu Tiga (1964)
Filem Madu Tiga adalah salah sebuah filem yang telah diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee
pada tahun 1964. Beliau sendiri yang telah berperanan menjadi watak utama dalam filem ini iaitu
sebagai Encik Jamil. Filem ini telah mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai lebih daripada
seorang isteri atau yang lebih kita kenali ialah berpoligami. Dalam kisah ini, Encik Jamil
mempunyai tiga isteri iaitu yang bernama Latifah, Hasnah dan Rohani. Encik Jamil telah telah
melakukan pelbagai helah bagi mengelakkan ketiga-tiga isterinya tahu mengenai rahsianya yang
beristeri tiga.
Encik Jamil mempunyai seorang bapa mertuanya yang pertama bernama Haji Latiff. Haji
Latiff juga merupakan ayah kepada Latifah. Encik Jamil sentiasa mendapat sokongan daripada
bapa mertuanya yang sentiasa memberi idea-idea kepada beliau teknik menipu ataupun helah
untuk membohongi ketiga-tiga isterinya. Encik Jamil juga mempunyai seorang pekerja yang
sangat dipercayainya di pejabat iaitu seorang lelaki yang bernama Rafee. Encik Rafi juga akan
menurut segala arahan atau perintah yang diarah oleh Encik Jamil.
Filem ini telah meletakkan watak Latifah, Hasnah dan Rohani di tempat yang tinggi apabila
wanita tidak lagi menyerah kalah atau berserah kepada takdir dan menangis apabila suami mereka
berkahwin lain. Wanita dalam filem ini menonjolkan bahawa mereka sebagai wanita tidak terlalu
bergantung kepada suami mereka. Mereka menunjukkan bahawa mereka ialah wanita yang keras,
bersemangat dan mengetahui hak mereka sebagai wanita di dalam masyarakat dan juga undang-
undang. Contohnya, kita lihat bagaimana reaksi Latifah apabila mendapat tahu suaminya
berkahwin lain tanpa mendapat keizinan, dia telah menyerang majlis perkahwinan suaminya dan
kemudian dia mahu menyekat lelaki daripada menyalahgunakan kebenaran berpoligami melalui
persatuan pembela wanita.
3. Nota Ringkas tentang adegan yang dipilih
Babak yang telah kami ambil ialah babak dimana isteri pertama kepada Encik Jamil iaitu Puan
Latifah telah datang ke rumah isteri ketiga Encik Jamil iaitu Puan Rohani namun dalam masa yang
sama Encik Jamil jugak turut berada di rumah itu. Setelah itu, Puan Latifah dan Puan Rohani
berbual-bual di halaman rumah tersebut. Ketika mereka sedang asyik bersembang tiba-tiba sebuah
kereta berhenti di perkarangan rumah Puan Rohani. Puan Latifah sangat terkejut kerana melihat
orang yang didalam kereta itu ialah madunya, Puan Hasnah iaitu isteri Encik Jamil yang kedua.
Puan Rohani memberi nasihat kepada Puan Latifah supaya jangan bergaduh disitu. Puan Latifah
akur dengan kata-kata Puan Rohani. Dalam masa yang sama Puan Hasnah, memberi salam di
hadapan rumah itu. Puan Rohani menyapa Puan Hasnah dari belakang dan mengajaknya pergi ke
laman rumah yang bersama dengan Puan Latifah. Puan Hasnah terkejut melihat Puan Latifah
berada disitu. Puan Rohani juga memberi nasihat kepada Puan Hasnah supaya jangan ingat
kembali perkara yang lepas. Puan Hasnah turut akur dengan kata-kata Puan Rohani lalu mereka
bersam-sama berjalan ke arah tempat duduk Puan Latifah. Lalu Puan Latifah bertanya khabar dan
berjabat tangan dengan Puan Hasnah. Puan Latifah berseloroh dengan Puan Hasanah dan
percakapan antara mereka berdua menjadi sinis. Dalam masa yang sama Puan Rohani telah
mempelawa Puan Hasnah untuk duduk dan seterusnya masuk ke rumah untuk mengambil kerusi
yang lain.
4. Ulasan Menghasilkan Transkripsi
Pengalaman sewaktu menghasilkan transkripsi ini, babak yang telah kami pilih adalah
mudah dan tidak merumitkan. Babak yang dipilih adalah sewaktu ketiga-tiga isteri Encik Jamil
berkumpul dirumah isteri ketiganya. Terdapat beberapa langkah yang telah kami lakukan sewaktu
mentranskripsi babak ini. Pertama kami memilih dahulu babak yang menjadi pilihan hati.
Kemudian kami mendengar setiap perbualan antara Rohani, Latipah dan Hasnah dengan teliti.
Sewaktu mentranskripsi makna ujaran dan perbualan mereka, kami menggunakan fon telinga
untuk memastikan bahawa setiap dialog perbualan yang dilontarkan oleh para pelakon jelas dan
mudah difahami. Oleh itu, peralatan yang digunakan amat mencukupi dan sama sekali tidak
menjejaskan proses transkripsi yang dilakukan.
Selain daripada itu, kami juga mendapati bahawa terdapat banyak babak yang mengandungi
unsur pragmatik. Secara umumnya, pragmatik merupakan satu bentuk perlakuan interaksi antara
penutur dengan pendengar yang melibatkan gerak balas antara kedua-dua belah pihak. Terdapat
dialog yang mempunyai pra andaian. Contohnya, Latipah memahami permintaan Rohani supaya
tidak bergaduh dengan Hasnah di kawasan rumahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pra andaian
tersebut berjaya.
Seterusnya, kami juga dapat mempelajari bahawa terdapat implikatur berbentuk kiasan dalam
dialog tersebut. Contohnya, dialog Rohani yang mengatakan “Aaa, yang lepas tu lepas. Mari kita
duduk di sana. Tenangkan hati. Pelihara martabat kaum wanita, ya ?”. Hal ini menunjukkan
bahawa Rohani berharap agar Hasnah dan Latipah berbaik semula dan melupakan perkara yang
lepas.
Pengalaman kami dalam mentranskripsi dan menganalisis makna ujaran yang terdapat dalam
dialog tersebut mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang berpendapat bahawa dialog Rohani
yang mengatakan “Aaa, yang lepas tu lepas” merupakan nada sindiran dan ada juga yang
berpendapat bahawa dialog tersebut adalah kiasan. Setelah berbincang, kami bersetuju bahawa
dialog tersebut adalah kiasan kerana Hasnah memahami maksud yang disampaikan oleh Rohani
kerana dia tidak mahu Hasnah tersinggung dengan kata-katanya.
Kesimpulannya, kami berlima bersetuju bahawa filem Madu Tiga ini mempunyai pelbagai
unsur pragmatik. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan kiasan, perumpamaan dan mesej
tersirat yang terdapat sewaktu mentranskrip ujaran. Kami juga dapat mempelajari bahawa bukan
mudah untuk melakonkan watak dan menghayati tiap-tiap ujaran yang dilontarkan untuk
memastikan pendengar memahami maksud yang disampaikan.