Laporan Pelaksanaan
Projek Kupon Bantuan Gerobok Rezeki Masjid Solatiah
Sempena Ramadhan 1442H/2021M
Disediakan Oleh
Hj. Khairi B. Hj. Jalun
Tajuk:
Laporan Pelaksanaan Projek Kupon Bantuan Gerobok Rezeki Masjid Solatiah Sempena
Ramadhan 1442H/2021M.
Disediakan Oleh:
Hj. Khairi B. Hj. Jalun
Latar Belakang:
Projek ini dilaksanakan berdasarkan kertas cadangan bertajuk ‘Cadangan Tatacara Agihan
Barangan Projek Bantuan Ramadhan Gerobok Rezeki Sempena Ramadhan 1442H/2021M
Tabung Kebajikan Masjid Solatiah’ yang telah dipersetujui oleh 6 Pegawai Tertinggi
Jawatankuasa Kariah Masjid Solatiah pada 27 Mei 2021.
Persetujuan di atas telah mengubah mod penyampaian bantuan daripada pemberian
berbentuk barangan kepada pemberian berbentuk kupon yang boleh ditukarkan oleh
penerima dengan barangan runcit yang mereka perlukan di Ikhwan Mart, Taman Rapat
Bistari, Ipoh.
Objektif:
Membantu pihak-pihak yang memerlukan menyediakan persiapan untuk melalui Ramadhan
dan menyambut Idilfitri 1442H dan menyempurnakan manfaat infaq yang telah disampaikan
kepada Tabung Kebajikan Masjid Solatiah, khususnya Gerobok Rezeki
Sumber Kewangan: - RM 2250.00
Sumbangan dari Tabung Kebajikan Masjid Solatiah - RM 750.00*
Sumbangan dari Hj. Mohd. Yusoff b. Ibrahim - RM 3000.00
JUMLAH
*Nota:
Pada bulan Ramadhan 1442H yang lalu, Hj. Mohd. Yusoff B. Ibrahim telah meminta Hj.
Khairi B. Hj. Jalun untuk mengagihkan wang zakat beliau yang berjumlah RM 2000.00
kepada mana-mana para asnaf yang Gerobok Rezeki telah kenalpasti. Sejumlah RM
1250.00 telah diagihkan oleh Hj. Khairi B. Hj. Jalun kepada para asnaf berkenaan yang aktif
melanggan Gerobok Rezeki sepanjang tahun 2021 dengan bantuan Hj. Amir B. Ramli. Baki
yang berjumlah RM 750.00 telah digunakan untuk projek ini.
Kumpulan Sasar:
Kategori pertama penerima bantuan projek ini dipilih dari pelanggan-pelanggan Gerobok
Rezeki yang aktif memohon sumbangan Gerobok Rezeki sepanjang tahun 2021 dan telah
ditinjau keadaan kehidupan mereka melalui lawatan ke rumah-rumah mereka.
Kategori kedua adalah para asnaf dalam kariah Masjid Solatiah yang berdaftar dengan
MAIPk dan telah disenaraikan oleh MAIPK sebagai layak menerima sumbangan bantuan
Idilfitri 1442H oleh MAIPk.
Profil Kumpulan Sasar tersebut adalah seperti berikut:
2
3
Taman-taman perumahan yang berada dalam kariah Masjid Solatiah adalah yang di sebelah
kanan carta di atas sementara taman-taman perumahan yang di luar kariah Masjid Solatiah
adalah yang di sebelah kiri.
Perincian Bilangan Penerima Kupon mengikut Kategori Pendapatan Isi Rumah adalah
seperti di bawah:
4
Kategori Pendapatan Isi Rumah Bil. Penerima
RM 0 hingga RM 500 8
RM 501 hingga RM 1000 8
RM 1001 hingga RM 2000 6
RM 2001 hingga 3000 3
RM 3001 hingga RM 4000 1
RM 4001 hingga RM 5000 0
RM 5001 hingga RM 6000 1
Tiada Maklumat 2
29
JUMLAH
Terdapat 1 orang penerima kupon yang pendapatan isi rumahnya adalah RM 5100.00 dan
seorang lagi pendapatan isi rumahnya adalah RM 3500.00. Kedua-dua mereka ini dikira
layak menerima bantuan Idilfitri oleh MAIPk berdasarkan tanggungan keluarga berkenaan.
Terdapat juga 2 orang penerima yang tidak lengkap maklumat latarnya. 1 orang adalah
pelanggan Gerobok Rezeki dan 1 orang lagi penerima bantuan Idilfitri MAIPk.
Status Pengedaran Kupon:
Sejumlah 30 kupon telah disediakan bagi projek ini. Setiap satunya bernilai RM 100.00. 29
kupon telah diedarkan kepada penerima yang tersenarai. 1 kupon tidak dapat diedarkan
kerana penerima terpilih telah berpindah ke Teluk Intan. Nilai kupon ini telah dibawa
kehadapan untuk digunakan bagi penerusan projek ke bulan Ogos 2021. Oleh kerana nilai
bagi setiap kupon bagi projek di bulan Ogos ialah RM 50.00 sahaja, maka bilangan kupon
yang terbit dari baki kupon projek di bulan Ramadhan ini untuk digunakan di bulan Ogos
adalah 2 kupon.
Penutup:
Perubahan mod bantuan Gerobok Rezeki daripada bentuk barangan kepada bentuk kupon
ini telah memberikan keluwesan kepada penerima bantuan untuk mendapatkan barangan
yang mereka benar-benar perlukan.
Ia juga telah memudahkan pengurusan Gerobok Rezeki kerana tiada lagi keperluan untuk
menyimpan stok barangan yang mungkin rosak jika tersimpan lama. Pengagihan bantuan
juga menjadi lebih mudah kepada petugas kerana tidak lagi perlu mengangkut keluar
barangan yang akan diedarkan dari pusat simpanan.
5