NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA : POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
KOD KURSUS : MPU21032 ( PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN )
NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN
NAMA AHLI KUMPULAN : 16DET21F1112
16DET21F1064
MUHAMMAD IRFAN DANIAL BIN 16DET21F1116
ROSHIDI
MOHAMAD EIMAN HARRIS BIN
ZULKARNAIN
NURIN LIYANA BINTI ELIES
TAJUK : KESIHATAN DAN PERPADUAN
ISI KANDUNGAN.
1. KATA-KATA ALUAN
2. PENGHARGAAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. PENDAHULUAN
5. PENGENALAN
6. KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
7. PERPADUAN PADA HARI INI
8. KESIHATAN DAN PERPADUAN
9. KESIMPULAN
10. LAMPIRAN
11. RUJUKAN
KATA-KATA ALUAN
Seindah Bicara, Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam, tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, Tuhan yang
menguasai hari pembalasan, KepadaMulah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang engkau beri
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan
bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah
kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan efolio yang telah
diamanahkan kepada kami. Tugasan yang telah diberikan oleh puan
Noraini Binti Sulaiman.
Dalam kesempatan ini, Saya ingan mengucapkan tahniah kepada
semua ahli kumpulan yang sudah berjaya dalam menyiapkan tugasan efolio
yang bertajuk Kesihatan dan Perpaduan. Terima kasih kerana telah
berkerjasama dalam meyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
PENGHARGAAN.
Syukur alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran teradap ilahi
kerana telah memudahkan saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan
tugasan efolio bagi subjek penghayatan etika dan peradaban (MPU21032)
dengan jayanya.
Saya ingin mungucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pensyarah saya iaitu puan Noraini Binti Sulaiman,
selaku pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana telah memberi
tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan efolio mmengikut kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan kepada kumpulan saya. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ahli kumpulan saya
kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara lansung atau tidak
langsung dalam memyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN.
a) Mengenali dan memahami kesihatan dan perpaduan.
b) Mengetahui kepentingan menjaga kesihatan.
c) Memupuk perpaduan rakyat melalui kesihatan.
PENDAHULUAN.
Sejak akhir-akhir ini, isu yang berkaitan dengan kesihatan dan
perpaduan dalam masyarakat malaysia sering kali diuar-uarkan dalam
media arus perdana di Malaysia. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,
peribahasa ini sesuai dengan tajuk kesihatan dan perpaduan kerana
negara malaysia sedang membangun dengan pesat dalam aspek teknologi.
Hal ini demikian kerana masyarakat sekarang lebih cenderung
menggunakan gajet berbanding bersukan mengakibatkan kesihatan terjejas
dan menjejaskan perpaduan dalam masyarakat malaysia. Oleh itu, kita
dapat melihat bahawasanya negara Malaysia dan rakyat Malaysia sedang
membangun dan mengikut sejajar dengan arus kemodenan.
Walau bagaimanapun, terdapat kesan baik dan juga buruk dalam
pembangunan teknologi kepada masyarakat. Contoh keburukan kepada
kesihatan ialah seseorang itu malas untuk melakukan senaman dan aktiviti
yang menyihatkan tubuh badan. Contoh kesan buruk kepada perpaduan
kaum adalah seseorang lebih cenderung berinteraksi menggunaan gajet dan
tidak tahu untuk berinteraksi secara berdepan dengan orang sekeliling.
Oleh itu, isu ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam bagi
mengelakkan perkara ini terus berleluasa. Mari ikuti kami dalam mengupas
topik ini dengan lebih mendalam.
PENGENALAN
Definisi bagi kesihatan, menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna,
sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh
aspek iaitu sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan dalam dan persekitaran
rumah yang bersih dan teratur, keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan
hidupan, tempat tinggal yang sempurna, pemakanan yang seimbang, bekalan air
yang bersih, dan udara yang bersih..
Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu :
daya pemikiran dan sikap yang positif, dapat menyesuaikan diri dengan
keluarga, takan sebaya dan masyarakat, ada perasaan kasih dan sayang,
dan ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur.
Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli
keluarga, rakan sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat.
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang berkaitan manusia.
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.
Kesihatan dan Perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama
antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat
dengan tidak membezakan agama, bangsa dan kaum bagi memastikan kita
semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan
harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada
pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama
berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan
masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik
permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mestilah menjaga
kesihatan diri kita agar tidak mendapat penyakit yang berbahaya.
Kesihatan diri ini amat penting supaya kita dapat menjalani kehidupan
dengan lebih selesa dan gembira.
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri ialah kita dapat
melakukan pelbagai jenis aktiviti yang kita suka tanpa sebarang halangan
penyakit. Contohnya, kita dapat melakukan aktiviti lasak seperti mendaki
bukit atau berolah raga dengan selesa. Dengan itu, aktiviti yang kita
lakukan tidak terbatas dan kita dapat menikmati aktiviti yang kita lakukan.
Selain itu, kita mampu melakukan kerja-kerja secara langsung atau
tidak langsung membantu setiap makhluk di muka bumi. Para pelajar juga
dapat memberikan focus kepada pelajaran mereka tanpa rasa terganggu.
Justeru, kesihatan diri yang baik dan sihat dapat menjamin kemajuan diri
dalam setiap pekara yang ingin dicapai.
Di samping itu, batasan untuk kita pergi ke mana-mana kerana
mempunyai halangan. Sebagai contoh, dunia kita semakin tenat dengan
jangkitan covid-19 yang semakin merebak secara berleluasa hingga
menyebabkan kematian. Ia telah menyebabkan pergerakan kita terbatas.
Oleh itu, kita perlu mengikut apa yang pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) sarankan seperti memakai topeng muka, menggunakan
sanitizer dan melakukan penjarakan sosial sejauh 1 meter bagi
mengelakkan jangkitan covid-19.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan amatlah penting untuk
kesejahteraan diri setiap orang. Sejajar dengan kata-kata hikmah “Negara
bersih, rakyat sihat ; Badan sihat, otak cergas”.
PERPADUAN PADA HARI INI.
Contohnya Malaysia, Malaysia amat terkenal dengan adanya
masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan
daripada kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi
secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan
masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pebagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Kaum
utama di Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik
yang lain. Sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia
Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun, Iban dan
sebagainya.
Kebaikan masyarakat yang bersatu padu menyebabkan masyarakat
kini hidup harmoni kerana wujud masyarakat yang bermoral dan beretika.
Selain itu, kebaikan perpaduan di kalangan masyarakat dapat mengelakkan
semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri
sendiri kerana masyarakat saling memupuk dan membina masyarakat
demokratik yang matang. Hal ini juga dapat membangunkan ekonomi
negara dan imej negara di mata dunia akan meningkat.
Kesan atau keburukan tidak bersatu padu pula menyebabkan
masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih sayang,
tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti. Hal ini juga boleh
menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang
tidak sihat akn berterusan dan berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap
rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam. Selain itu, wujudnya
salah faham dan pandangan buruk terhadap kaum-kaum lain kerana
wujudnya sikap perkauman. Hal ini menyebabkan aktiviti ekonomi tidak
dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta
merta. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara
sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip
demokrasi.
KESIHATAN DAN PERPADUAN.
Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup
berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan setiap
masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang tidak
bersih atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit yang
berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh
menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana
masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain.
Seterusnya, perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu,
persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dn masyarakat
hidup dengan aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun
pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.
Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada
Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang
besar dalam kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat
dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang
memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perbuatan, keperluan
asas harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang
memerlukan.
Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah
pendedahan tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan
masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuhkan
perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit
berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan
rakyat.
Kajian menunjukan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa mereka berasa gembira
berkawan dengan rakan berlainan bangsa dimana mereka juga mengakui
bahawa mereka bersama-sama jiran-jiran mereka saling menhormati. Malah
mereka juga boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan berlainan bangsa
serta mampu menjalankan pelbagai aktiviti bersama-sama.
Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ruth
etai (2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalam
kajian mereka menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas
kaum, suka bergaul dengan rakan yang berlainan kaum dan berasa selesa
dibawah kepimpinan yang berlainan kaum.
Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
Oleh itu, kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada
penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan
meneruskan usaha untuk menambah baik asas system kesihatan. Setiap
rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan
penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan yang
disediakan oleh penyelia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan
direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar, khususnya
bagi masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.
Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di
kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar
bandar akan diperluas. Ini termasuk peluang perkhidmatan kepada isi
rumah yang berpendapatan rendah. Orang asli di semenanjung Malaysia,
dan kawasan luar Bandar dan pendalaman di Sabah dan Sarawak.
KESIMPULAN.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan
bertanggungjawab menjaga kebersihan sekeliling kita dan dapat memupuk
perpaduan antara kaum dengan menjaga kebersihan bersama-sama dengan
penduduk sekitar yang berbilang kaum. Hal ini kerana kerjasama antara
kaum menjaga kesihatan sejagat mengeratkan lagi perpaduan kaum di
Malaysia.
Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita
sendiri. Kita seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya
matlamat hidup tidak terpesong.
Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat
sekeliling kita supaya masalah yang bertimbun mampu diselesaikan dengan
selamat dan berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya menanam semangat
perpaduan yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk
bekerjasama dalam bidang kesihatan.
Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama
masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk
mengelakkan perkara berulang sekali lagi.
HARAPAN.
Antara harapan yang ingin saya sampaikan ialah saya berharap
perkara yang telah dibincangkan dalam blog ini dapat membuka ruang dan
minda seseorang betapa pentingnya kesihatan dan perpaduan.
Selain itu, kami semua berharap agar negara Malaysia terus aman dan
tenteram seperti sekarang dan sehinggalah di masa akan datang.
Seterusnya, saya berharap generasi anak muda pada hari ini akan
menjadi suri teladan kepada generasi yang datang dengan menunjuk teladan
dan etika yang sepatutnya.
Akhir sekali, kami berharap agar perpaduan dan kesihatan kepada
penduduk Malaysia pada hari ini akan sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini
kerana sekiranya berlaku persengketaan dapatlah ianya dielakkan untuk
berlaku kali kedua.
LAMPIRAN.
RUJUKAN.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
http://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/2011/07/definisi-
kesihatan.html?m=1
https://haziqahhannis17.blogspot.com/?m=
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-
diri.html
https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-
peradaban-kesihatan.html?m=1
http://online.anyflip.com/iifxg/cbkj/mobile/index.html