The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iszuanezry91, 2021-10-24 23:40:28

KOLEKSI SOALAN PERBINCANGAN SEJARAH ISLAMSS3 VERSI 1.0

KOLEKSI SOALAN PERBINCANGAN SS3 VERSI 1.0

Keywords: SEJARAH ISLAM

KOLEKSI SOALAN
PERBINCANGAN

SEJARAH ISLAM 940/2
KELAS SS3/S2 2021
(KELAS PdPR)

GURU BIMBINGAN: MOHAMAD ISZUAN BIN MOHD LEHAN

TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN HUBUNGAN LUAR

BIL NAMA SOALAN PERBINCANGAN
1. NURUL NAJWA BINTI AZMIN SEJAUH MANAKAH MASYARAKAT ARAB SEBELUM NABI
MUHAMMAD S.A.W. DIUTUSKAN DIANGGAP MASYARAKAT
2. MUHAMAD NUR IMAN BIN MOHD BERTAMADUN.
PANDI HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT ARAB JAHILIAH.

3. NURUL ANISSAH BINTI NORDIN JELASKAN USAHA- USAHA NABI MUHAMMAD S. A.W
4. MUHAMMAD FAAID BIN RAZALI MENGUKUHKAN KONSEP UMMAH DI MADINAH.
5. NUR IZZATI BINTI MOHD FADZLI BINCANGKAN GOLONGAN BAHARU DALAM MASYARAKAT
6. MUHAMMAD HAIQAL BIN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AL- RASYIDIN.
HURAIKAN LIMA KANDUNGAN UTAMA YANG TERDAPAT
MOHAMADIANA DALAM PERLEMBAGAAN MADINAH.
7. NUR ISTIFAIYAH BINTI KASIR JELASKAN PERANAN PERLEM BAGAAN MADINAH DALAM
8. MUHAMMAD SHAH ZAHIN BIN MEMBAWA KEUTUHAN POLITIK NEGARA ISLAM PADA ZAMAN
NABI MUHAMMAD S.A.W.
KHALID BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM
9. NUR HANANI BINTI ABD RAZAK MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.AW.
HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W
10. AHMAD SHAHRIL BIN MOSMIN SEHINGGA DIANGGAP SEBAGAI NEGARAWAN.

11. NUR ARIE NADIRA BINTI JELANI BINCANGKAN DASAR- DASAR POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI
12. AMIRA KHAIRINA BINTI ESMADI YANG DILAKSANAKAN OLEH NABI MUHAMMAD BAGI
MENTADBIR NEGARA ISLAM DI MADINAH.
13. NUR ANIS BINTI MOHD ARIS HURAIKAN KONSEP KHALIFAH DAN PERANANNYA DALAM
14. NEHAA SRI KONTEKS PEMERINTAHAN PADA ZAMAN KHULAFA AL-
RASYIDIN.
15. NORAINI ALIAH BINTI MOHD ALI BINCANGKAN PEMBENTUKAN INSTITUSI KAHLIFAH SELEPAS
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
16. NORAFIQAH BINTI MOHD NOOR BINCANGKAN PERANAN KHALIFAH ABU BAKAR AL- SIDDIQ
DALAM MENANGANI ISU AGAMA, POLITIK DAN
17. NOR IZAZI BINTI SAZALI KESELAMATAN NEGARA SEPANJANG PEMERINTAHANNYA.
PERIHALKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL- RASYID
SEWAKTU MENERAJUI KERAJAAN ABBASIYAH.
PELANTIKAN AURANZEB SEBAGAI PEMERINTAH MOGHUL
TELAH MENGUBAH PEMERINTAHAN DAN MENGEMBALIKAN
MARUAH AGAMA DAN UMAT ISLAM DI INDIA PADA ABAD KE-
16. BINCANGKAN.
JELASKAN PENGERTIAN JIHAD DALAM KONTEKS PEPERANGAN
DAN ETIKA YANG DILAKSANAKAN PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD S.A.W.
KEPIMPINAN MUHAMMAD AL- FATIH YANG BIJAK DALAM
MERANCANG STARTEGIK PEPERANGAN MERUPAKAN FAKTOR
YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAANNYA MEMBUKA
CONSTANTINOPLE. BINCANGKAN.
PERIHALKAN PELAKSANAAN SISTEM NAUNGAN PADA ZAMAN

18. LILY NAZATUL NABILAH BINTI KERAJAAN BANI UMAIYAH SEHINGGA PEMERINTAHAN
MOHD SALLEH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ.
HURAIKAN KESAN PERJANJIAN- PERJANJIAN YANG DIMETERAI
ANTARA KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DENGAN KUASA-
KUASA BARAT PADA ABAD KE- 18 MASIHI.

SOALAN 1: SEJAUH MANAKAH MASYARAKAT ARAB SEBELUM NABI MUHAMMAD
S.A.W DIUTUSKAN DIANGGAP MASYARAKAT BERTAMADUN.

Pengenalan

 Masyarakat Arab jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup sebelum kedatangan Islam.
 Istilah jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau sesat.
 Jahiliah merujuk kepada kejahilan dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan dan

keilmuan.
 Zaman jahiliah berlangsung selama tiga abad (selepas runtuhnya kerajaan Saba’).
 Walaupun mereka dianggap jahil dan berada dalam kegelapan, tetapi tidak dinafikan terdapat

beberapa kemajuan yang telahpun dikenal pasti dalam masyarakat ini sebelum Nabi Muhammad
S.A.W diutuskan.
 Keadaan ini telah menunjukkan ketamadunan masyarakat Arab Jahiliah dalam pelbagai aspek
iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Isi

1) Ketamadunan dalam bidang politik
 Masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang tinggi melalui kejayaan
mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan di selatan Tanah Arab seperti Saba’
dan Himyar serta bahagian utara seperti Hirah.
 Kerajaan ini mempunyai struktur pentadbiran yang lengkap kerana mempunyai raja
dan menteri, para pegawai dan pentadbir awam dan tentera, serta mempunyai sistem
ketenteraan dan pertahanan tersendiri.
 Contohnya, Kerajaan Saba’ terkenal dengan keutuhannya sehingga tercatat dalam al-
Quran manakala Kerajaan Himyar pernah menjajah beberapa buah wilayah di
Semenanjung Tanah Arab seperti wilayah Khurasan, Iran.
 Sekumpulan bangsa Arab menetap di bandar-bandar dengan memegang kekuasaan,
pemerintahan dan menjalani kehidupan mewah.
 Oleh itu, jelaslah bahawa ketamadunan masyarakat Arab jahiliah sebelum Nabi
Muhammad S.A.W diutuskan dapat dilihat dalam bidang politik.

2) Ketamadunan dalam pentadbiran
 Masyarakat Arab jahiliah mempunyai institusi pentadbiran yang menguruskan tatacara
dan perjalanan hidup bermasyarakat yang dikenali sebagai Majlis Kabilah.
 Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas
pentadbiran masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai kecekapan
dan kelicinan pentadbiran.
 Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah dan wajib dihormati.

 Setiap perwakilan kabilah akan mengadakan mesyuarat bersama di balai musyawarah
yang dikenali Darul Nadwah.

 Terdapat beberapa majlis dibentuk untuk menguruskan hal tertentu.
 Contohnya:

1) Majlis Siqayah- menguruskan urusan air jemaah haji.
2) Majlis Rifadah- mengendalikan urusan makanan jemaah haji.
3) Majlis Liwa- menyedia dan memimpin tentera.
4) Majlis Nadwah- urusan umum berkaitan penduduk Makkah
5) Majlis Hijabah- menjaga Kaabah
 Terbuktilah bahawa ketamadunan masyarakat Arab jahiliah sebelum Nabi Muhammad
S.A.W diutuskan dapat dilihat dalam bidang pentadbiran.

3) Ketamadunan dalam bidang pertanian
 Sebahagian bangsa Arab menetap di kawasan Bandar. Mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pertanian.
 Mereka mendapat hasil melimpah ruah di kebun-kebun anggur yang dikelilingi pokok-
pokok tamar.
 Turut terlibat dalam kegiatan penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk zaitun dan
delima.
 Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan
mempunyai kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis perniagaan
tertentu.
 Buktinya, mereka mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan
empangan seperti empangan Maarib.
 Hal ini telah membuktikan ketamadunan masyarakat Arab jahiliah dalam bidang
pertanian sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutuskan.

4) Ketamadunan dalam bidang perdagangan antarabangsa
 Melibatkan masyarakat Arab jahiliah yang mendiami kawasan bandar seperti Kota
Makkah.
 Berjaya menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar Tanah Arab.
 Buktinya, perdagangannya telah menjangkau sehingga ke Afrika dan kawasan-kawasan
utama di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab seperti Syria dan Palestin.
 Kesannya, kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai
pedagang luar.
 Pasar utama seperti Ukaz dan Zul Majaz merupakan pusat perdagang terkenal.
 Menggunakan wang emas dan perak sebagai alat pertukaran dalam perdagangan-(wang
dinar dan dirham) Berjaya menggantikan sistem perdagangan tradisional berbentuk tukar
barang kepada bentuk urusniaga menggunakan wang.
 Aktiviti perdagangan 2 musim: musim sejuk- berdagang ke selatan Tanah Arab (Yaman);
musim panas- berdagang ke Utara Arab (Syam) sama ada melalui lautan mahupun
daratan.
 Berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti India, Parsi dan Mesir.
 Perpindahan dan delegasi perdagangan membolehkan mereka berinteraksi dengan dunia
luar yang mempunyai ketamadunan tinggi.

 Oleh itu, jelaslah bahawa ketamadunan masyarakat Arab jahiliah sebelum Nabi
Muhammad S.A.W diutuskan dapat dilihat dalam bidang perdagangan.

5) Ketamadunan dalam bidang ilmu pengetahuan
 Al- Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud di
zaman Arab jahiliah.
 Antaranya, pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah-kisah berkaitan
bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya.
 Wujudnya pengetahuan ilmu geografi - ilmu lautan, perjalanan di lautan, angina yang
baik, bintang yang dijadikan petunjuk ketika gelap di daratan dan lautan.
 Pengetahuan dalam bidang perubatan;
- Sebahagiannya, mahir mengenal pasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui
pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang mereka sering
berulang alik.
- Tokoh perubatan terkenal: al- Harith bin Kaldah al-Thaqafi, al-Nadar bin al-Harith
dan Zuhair bin Khabbab.
 Maka, terbuktilah bahawa ketamadunan masyarakat Arab jahiliah sebelum Nabi
Muhammad S.A.W diutuskan adalah dalam bidang ilmu pengetahuan.

6) Kesusasteraan
- Pada musim haji, bangsa Arab akan berkumpul di Kota Makkah dan pada masa yang
sama telah dianjurkan pertandingan- pertandingan seperti syair dan pidato. Syair-
syair terbaik akan digantunng di dinding Kaabah untuk tatapan khalayak. Pada zaman
ini lahir ramai penyair, penyajak dan pemidato seperti Amru al Qays, Zuhair, Labid,
‘Antarah dan Tarafah. Syair dan sajak yang dinukilan dikatakan mengandungi nilai
sastera yang tinggi dan mengandungi informasi tentang kehidupana masyarakat Arab.
- Keupayaan menghasilkan syair dan pidato ini menunjukan bahawa masyarakat Arab
mempunyai bakat semulajadi yang kreatif dan mampu meluahkannya dalam pelbagai
bentuk. Malah, ini juga menunjukkan bangsa Arab memiliki bahasa yang mempunyai
nilai keindahan sehingga mampu dilafaz atau diungkapkan dalam pelbagai bentuk
termasuk dalam bentuk puisi.

7) Agama dan Kepercayaan
- Walaupun mempunyai tahap ketamadunan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Masyarakat Arab sebelum Islam berada dalam kegelapan. Mereka menganut
agama yang dikatakan sesat, yang berpunca daripada tindakan mereka mencipta
agama berdasarkan akal semata- mata. Penyembahan berhala yang diperbuat
daripada pelbagai sumber dan saiz. Terdapat 4 berhala utama iaitu al- Latta, al-
Uzza, al- Manat dan Hubal. Malah, disekeliling Kaabah terdapat 360 buah patung
berhala. . Mereka menjadikan berhala sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri
dengan Tuhan. Begitu juga dengan segala amalan ritual seperti pergorbanan dan
bersumpah.
- Agama- agama lain yang dicipta ialah penyembahan api (Majusi) dan
penyembahan Cakrawala seperti bulan, bintang dan matahari yang dipercayai
banyak membantu kehidupan mereka. Terdapat juga dalam kalangan mereka
menganut agama yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terdahulu , namun isi kandungan

kitab Nabi dan Rasul telah di ubahsuai sehingga menyekutukan Allah s.w.t oleh
pendeta mereka masing- masing seperti Kitab Injil (agama Nasrani) dan Kitab Taurat
(agama Yahudi).
- Dari segi kepercayaan terdapat amalan yang diwarisi daripada nenek moyang
secara membuta tuli sehingga menjejaskan sifat- sifat kemanusiaan, umpamanya
pembunuhan bayi perempuan disebabkan tanggapan anak perempuan mendatangkan
sial dan menjatuhkan maruah keluarga. Selain itu amalan tahyul seperti menguji
kesetiaan isteri, adat memulakan perjalanan atau pengembaraan dan percaya kepada
ramalan ahli nujum.

Kesimpulan

 Ternyatalah bahawa masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai
bidang kehidupan, antaranya dari segi politik, ekonomi dan sosial walaupun kehidupan mereka
tidak berpandukan sistem keagamaan dan kepercayaan yang sebenar.

 Pencapaian ketamadunan bekenaan telah menafikan pelbagai tuduhan negative sejarawan Barat
terhadap bangsa Arab jahiliah.

SOALAN 2: HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

Pengenalan
Masyarakat Arab sebelum Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliah, muncul selepas pecahnya
empangan Maarib sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pada tahun 610 Masihi. Sesuai
dengan perkataan Jahiliah yang beerti ketinggalan dalam pelbagai aspek, struktur masyarakat pada masa
itu tidaklah begitu kompleks kerana iannya terikat dengan kabilah masing- masing.

Masyarakat Badwi
merujuk kepada masyarakat yang menetap di luar bandar seperti di kampung dan Kawasan pendalaman di
bahagian tengah dan utara Arab. Masyarakat Badwi sering berpindah randah dari satu Kawasan ke
Kawasan yang lain. Aktiviti ekonomi yang dilakukan seperti pertanian dan penternakan

Masyarakat Hadari
merujuk kepada masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di selatan Tanah Arab yang
berhampiran Laut Merah dan Laut Hindi. Terdiri daripada golongan cerdik, pandai daan berasal daripada
golongan bangsawan. Antara aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah perdagangan.

Aspek ekonomi
keadaan geografi dan ketidakstabilan politik tidak menjadikan kemajuan ekonomi dalam masyarakat
Arab.Oleh itu, masyakat Badwi menternak binatang secara nomad. Antara binatang yang diternak seperti
unta, kambing dan biri-biri. Mereka berpindah randah bagi mencari rumput dan air utk binatang
ternakan.terdapat sebahagian arab badwi yang melakukan aktiviti rompakan. bagi masyarakat hadari,
kebanyakkannya berganting kepada aktiviti perniagaan. Terdapat masyarakat Quraisy yang berdagang
hingga ke Syam, Yaman, Habsyah dan Mesir. Ini menjadikan jurang ekonomi antara golongan Hadari dan
Badwi sangat luas kerana sering berlaku permusuhan.

Aspek politik
pada zaman jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang sistematik. bagi
masyarakat badwi,mereka hidup dalam kabilah yang mempunyai system dan peraturan sendiri.Pada
mulanya. Mereka dibentuk drpd keluarga kecil yang terdiri drpd ibu bapa dan anak-anak yang dikenali
sbg a’ilah. Kemudian berlaku interaksi social berdasarkan agama, keturunan dan bahasa disebabkan
tinggal dalam khemah yg berdekatan yang membentuk hay. setiap kabilah mempunyai intitusi sendiri
dengan melantik seorang ketua yang dikenali sbg Syeikh. ketua tidak mempunyai kuasa politik yang
sepenuhnya kerana keputusan dibuat secara Bersama. ini menunjukkan bahawa system politik masyarakat
hadari lebih stabil berbanding masyarakat Badwi

Aspek sosial
Masyarakat badwi dan hadari memiliki semangat assabiyah yang tinggi. Oleh itu, perperngan dan
permusuhan sering tercetus antara kabilah.Contohnya perperangan antara bani Bakar dengan Bani taghlib
yang berlangsung selama 40 tahun hanya disebabkan seekor unta. kedudukan Wanita dianggap rendah.
Bayi perempuan ditanam hidup-hidup. keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Arab contohnya
berjudi, zina, membunuh dan sebagainya.

Kesimpulannya
Struktur masyarakat Arab terbahagi kepada masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadari. Masyarakat badwi
terdiri daripada ketua kabilah, petani dan penternak, golongan wanita dan hamba manakala masyarakat
hadari terdiri daripada golongan bangsawan, golongan agama,pedagang, wanita dan hamba. Kedua
masyarakat ini mempunyai sifat yang sama iaitu semangat asabiyah yang tinggi dan akhlak yang buruk.

SOALAN 3: JELASKAN USAHA- USAHA NABI MUHAMMAD S.A W. MENGUKUHKAN
KONSEP UMMAH DI MADINAH.

PENDAHULUAN:

o Ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat.
o Setiap masyarakat Islam dianggap sebagai satu ummah.
o Konsep ummah ini tidak berasaskan kepada bangsa atau sempadan geografi.
o Di dalam al-Quran kalimah ummah disebut sebanyak 40 kali yang membawa erti masyarakat atau

kumpulan.
o Dalam Islam, ummah adalah satu masyarakat universal yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

bangsa yang disatukan melalui ajaran agama Islam iaitu ajaran Tauhid atau Tuhan (Allah S.W.T)
Yang Esa.
o Ummah hendaklah menyembah Allah S.W.T dan mengamalkan ajaran agama yang dibawa oleh
rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T dan mengamalkan ajaran agama yang dibawa oleh
rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada manusia.
o Nabi Muhammad S.A.W diutus sebagai rasul akhir zaman dan umat Islam hendaklah
mengamalkan ajaran baginda.
o Umat Islam yang terawal dibentuk oleh Nabi Muhammad S.A.W di Makkah dan terus
berkembang di Madinah selepas peristiwa HIjrah.
o Nabi Muhammad S.A.W telah melaksanakan pelbagai usaha dalam membentuk ummah yang
kukuh di Madinah.

USAHA 1: MEMPERKUKUHKAN KAUM AUS DAN KHAZRAJ

o Antara langkah terawal ialah usaha Nabi Muhaammad S.A.W dalam menyatukan kaum Aus dan
Khazraj.

o Melalui Perjanjian Aqabah I dan II, ummah Islam sudah pun dibentuk di Madinah. Masyarakat
Islam dibentuk di Madinah menerusi dakwah .

o Sebelum memeluk Islam, kaum Aus dan Khazraj sentiasa bermusuhan dan berperang.
o Setelah mereka mengadakan Perjanjian Aqabah I dan II, mereka menjemput Nabi Muhammad

S.A.W ke Madinah yang pada masa itu Islam telah berkembang pesat.
o Baginda bersama para sahabatnya disambut dengan baik oleh penduduk asal Madinah dan mereka

menyokong perjuangan Rasulullah S.A.W .
o Baginda berjaya menyatukan mereka dan menggelarkan mereka sebagai golongan Ansar.
o Mereka melakukan pengorbanan yang besar demi memperjuangkan Islam dan menegakkan

negara Islam di Madinah.

USAHA 2: MEMPERKUKUHKAN ANSAR DAN MUHAJIRIN

o Nabi Muhammad S.A.W juga berjaya menyatupadukan masyarakat Islam di Madinah dengan
mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.

o Persaudaraan dalam Islam adalah berasaskan kesatuan akidah, iaitu keimanan dan ketakwaan
kepada Allah S.W.T.

o Perbezaan bangsa atau harta tidak menghalang hubungan persaudaraan Islam.
o Persaudaraan yang berasaskan akidah dan kepercayaan dapat mewujudkan kerjasama yang erat

antara golongan Muhajirin dan golongan Ansar.
o Penyatuan dan perpaduan umat berjaya memelihara kestabilan dan kemajuan ekonomi. Nabi

Muhammad S.A.W berjaya melahirkan kesatuan ummah yang mantap dan membentuk
masyarakat Islam yang harmonis dalam sebuah negara Islam.
o Di samping itu, baginda juga menyatukan umat Islam dengan orang bukan Islam yang tinggal di
Madinah.
o Namun, sebahagian golongan Yahudi dan munafik bertindak mengkhianati baginda menyebabkan
mereka dihalau keluar dari kota Madinah.

USAHA 3: MENGUATKUASAKAN PERLEMBAGAAN MADINAH

o Nabi Muhammad S.A.W juga membentuk Perlembagaan Madinah atau Piagam Madinah untuk
menguruskan pentadbiran negara.

o Perlembagaan Madinah dibentuk bertujuan untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk
Madinah.

o Piagam Madinah mengiktirafkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua negara.
o Piagam Madinah mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua negara.
o Piagam ini menjamin hak dan kebebasan orang Yahudi untuk meneruskan amalan agama mereka.
o Di samping itu, piagam ini menjamin keselamatan kepada orang bukan Islam.
o Piagam Madinah juga menekankan tanggungjawab bersama masyarakat Madinah untuk

mempertahankan kota Madinah.
o Piagam ini mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah yang terdiri daripada

pelbagai kaum.
o Negara Islam Madinah dibentuk berasaskan konsep tolong-menolong, kerjasama dan kasih

sayang dalam kalangan penduduk Madinah.

USAHA 4: MELAKSANAKAN KONSEP SYURA

o Pelaksanaan konsep syura dalam menyelesaikan masalah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W juga berjaya mewujudkan umat Islam yang bersatu padu.

o Baginda berusaha untuk mewujudkan persefahaman dan permuafakatan serta mengelakkan
perbalahan pendapatan dalam kalangan masyarakat Islam.

o Dalam pemerintahan Islam, sistem syura digalakkan bagi membincang dan menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul.

o Setiap anggota masyarakat diberi peluang untuk mengemukakan pendapat selagi tidak
bercanggah dengan syariat Islam.

o Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan sistem ini untuk menjamin keadilan dan mengelakkan
kezaliman.

o Sistem perbincangan dan rundingan diadakan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
o Keputusan dan ketetapan dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan.

USAHA 5: MENJALANKAN DAKWAH DAN DIPLOMATIK

o Langkah yang seterusnya ialah menggiatkan usaha-usaha dakwah dan menjalinkan hubungan
diplomatik.

o Dua masjid, iaitu Masjid Quba dan Masjid Nabawi menjadi tempat beribadat dan tempat kesatuan
ummah.

o Rasulullah S.A.W juga telah menghantar beberapa utusan untuk berdakwah dan menjalin
hubungan doplimatik.

o Baginda telah mengirimkan surat-surat diplomatik melalui utusan.
o Baginda mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta rakyat negara lain untuk

memeluk agama Islam.
o Baginda telah menggunakan segala cara untuk menyampaikan Islam kepada kuasa-kuasa besar

pada masa itu seperti Raja Habsyah, Raja Parsi dan Maharaja Rom.
o Terdapat beberapa utusan yang diterima dengan baik dan ada juga yang dibunuh.
o Namun, itu tidak memutuskan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk meneruskan dakwah dan

hubungan diplomatik dalam mempertahankan Islam seterusnya membentuk ummah Islam yang
lebih luas.

USAHA 6 : PENYINGKIRAN GOLONGAN YAHUDI

o Baginda mengambil tindakan dengan memghalau dan menghukun golongan Yahudi.
o Hal ini demikian kerana, golongan Yahudi telah melanggar piagam madinah
o Antara contoh golongan yang melanggar piagam madinah seperti bani Qainuqa’.
o Mereka diusir kerana mempersendakan kemenangan umat Islam dalam perang Badar
o Rasulullah SAW mengambil tindakan dengan mengepung perkampungan mereka dan seterusnya

diusir keluar dari Madinah
o Seterusnya, bani Nadhir yang dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan

membuat pakatan untuk membunuh nabi
o Bani Quraizah pula dikenakan hukuman yang lebih keras iaitu semua lelaki dewasa dibunuh,

harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah
o Jelaslah bahawa, pengusiran golongan golongan Yahudi ini menjadikan konsep ummah hanya

untuk umat Islam sahaja dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.

KESIMPULAN:

o Kesimpulannya, Nabi Muhammad S.A.W telah membentuk umat Islam generasi pertama dengan
mengambil beberapa langkah yang bijak.

o Antara ciri-ciri ummah yang dibentuk oleh baginda ialah ummah yang menyembah Allah S.W.T,
berilmu, bersatu padu, berjihad dan mendaulatkan Islam.

o Semangat persaudaraan dan penyatuan ummah di Madinah merupakan satu titik tolak kepada
kemunculan masyarakat baru Islam dan kerajaan Islam yang pertama di dunia.

o Usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja berjaya di Madinah
tetapi berjaya membentuk masyarakat Islam yang lebih luas sehingga menakluk Kota Makkah
dari bangsa Arab Jahiliah Quraisy.

SOALAN 4: BINCANGKAN GOLONGAN BAHARU DALAM MASYARAKAT ISLAM PADA
ZAMAN KHULAFA AL- RASYIDIN.

PENGENALAN:

Nabi Muhammad saw diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang
ajaran Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, telah berlaku suatu perubahan besar dari
sudut politik, ekonomi, & sosial umat islam yg membawa kepada perkembangan budaya &
masyarakat Islam yg terdiri drpd pelbagai bangsa & keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan
suatu fenomena baharu dlm sejarah umat Islam bermula drpd era Khulafa’al-Rasyidin hinggalah
kepada era-era selepasnya.

ISI- ISI PENTING :

1) Orang Arab

Terdiri drpd orang Arab Utara & Arab Selatan. Rasulullah telah berjaya menyatupadukan
masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah
menyebabkan Arab Quraisy menerima islam & memberi sumbangan yg besar kepada Negara
Islam. Di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, org Arab Madinah & Arab Quraisy merupakan golongan
yg penting membantu pentadbiran Negara. Khalifah Abu Bakar : khalid al-walid dan Amru al-as
merupakan panglima perang yg Berjaya mengatasi golongan Ar-Riddah. Khalifah Umar al-
Khattab : melantik 6 org para sahabat spt Ali bin Abu Talib, Uthman Affan & Zubir bin Al
awwam sbg ahli majlis syura. Uthman bin Affan : keluarga bani umaiyyah diberikan jawatan
penting spt Marwan al Hakkam & Muawiyyah Bin Abu Sufyan sbg gabenor.

2) Golongan Ar-Riddah

Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Mereka terdiri drpd 3 golongan iaitu :

a] Golongan yg enggan membayar zakat

Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yg hanya dibayar kpd nabi Muhammad. Mereka
terdiri drpd penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.

b) Golongan nabi palsu dan pengikutnya

Nabi palsu ini spt Sajah & Musailammah al Kazab merupakan nabi palsu yg berpengaruh.
Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya utk mendapatkan pengaruh & kepentingan
peribadi.

c) Golongan murtad

Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan politik drpd
Negara islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan Jahiliah. Abu bakar
mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka kembali kpd ajaran Islam.
Pasukan tentera Islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali semula kpd
ajaran Islam.

3) Golongan Ahl-Al-Ayyam

Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah membuka
tanah di wilayah Iraq, Syria, & Mesir. Orang Arab yg menyertai pasukan tentera membuka &
menetap di wilayah tersebut dikenali sbg golongan ini terutamanya bekas golongan murtad.

Terdiri drpd suku Arab yg kecil spt suku Syaiban & bekas golongan murtad. Mereka diberi kuasa
mentadbir lading & tanah di wilayah Iraq & memungut cukai sbg mengenang jasa mereka dlm
pentadbiran.

Zaman Khalifah Umar al-Khattab, terdapat lebih kurang 12000 org. Pemimpin mereka ialah Al-
Ashtar, Malik al-Harith & Hujar al-Kindi.

4) Golongan Al- Qurra

Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan tanah di Iraq.
Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status & membezakan drpd golongan
ahl al ayyam yg lain terutama bekas golongan murtad. Di zaman khalifah uthman, sebahagian
besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran. Tanah & cukai di wilayah
Iraq oleh Bani Umaiyah. Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah
Uthman. Mereka memberikan sokongan yg kuat kpd Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal &
Perang Siffin.

5) Golongan Khawarij

Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang Jamal & Perang Siffin.

Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn tentera Muawiyyah
dlm Perang Siffin & rundingan Majlis Tahkim. Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan
golongan ini menggelar diri mereka sbg golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan
sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru
al-As. Mereka melancarkan gerakan utk membunuh ketiga pemimpin tersebut. Mereka
membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyyah.

KESIMPULAN:

Nabi Muhammad saw berusaha membentuk masyarakat islam di makkah melalui dakwah.
Masyarakat Islam di Madinah juga dibentuk melalui dakwah oleh golongan muhajirin dgn
sokongan penduduk tempatan Madinah sendiri, iaitu golongan Ansar. Perkembangan
masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah & penaklukan yg membawa kpd
perkembangan ufuk pemikiran & kebudayaan.

SOALAN 5 : HURAIKAN LIMA KANDUNGAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM

PERLEMBAGAAN MADINAH.

PENGENALAN

Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah.
Sebagai seorang negarawan, baginda telah mengatur strategi dan perancangan yang teliti bagi
mewujudkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Nabi Muhammad SAW telah menggubal
Piagam Madinah berdasarkan al-Quran dan hadis untuk diterima pakai serta dijadikan panduan
kepada setiap warga Madinah. Perlembagaan Madinah merujuk kepada Piagam Madinah.
Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam
dengan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. Oleh itu,
terdapat lima kandungan utama dalam Piagam Madinah.

ISI-ISI PENTING

1. Kandungan Perlembagaan Madinah yang pertama ialah kandungan yang berkaitan dengan
kepimpinan. Nabi Muhammad SAW menjadi ketua Negara yang melibatkan juga peranan
baginda sebagai ketua hakim dan ketua agama. Sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Madinah perlu dirujuk kepada baginda untuk diselesaikan tanpa mengira bangsa dan agama.
Namun begitu, semua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan maslah mereka sendiri kecuali
yang di luar bidang kuasa mereka. Umpamanya, Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai
pemimpin Negara Islam bukan sahaja oleh masyarakat Madinah tetapi penduduk di luar kota
Madinah termasuklah kota Makkah. Akibatnya, baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan
dasar dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di kota Madinah.

2. Kandungan Perlembagaan Madinah yang kedua ialah tanggungjawab bersama. Piagam
Madinah telah dibentuk berdasarkan wahyu dan norma masyarakat. Hal ini kerana penduduk
Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya.
Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan
keamanan hidup. Mereka juga dilarang membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa lain
tanpa memaklumkan kepada pihak pemerintah. Hukuman yang keras akan dikenakan kepada
pihak yang tidak mematuhi larangan berkenaan. Misalnya, orang Islam dan bukan Islam khasnya
kaum Yahudi tidak boleh membuat sebarang pakatan dengan mana-mana musuh negara Islam.
Implikasinya, Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah untuk menjadi
pedoman sebuah negara berdaulat.

3. Kandungan Perlembagaan Madinah yang ketiga ialah kandungan berkaitan dengan
pengenalan konsep ummah. Hal ini demikian kerana mereka tidak boleh hidup bermusuhan
sebaliknya wajib bekerjasama antara satu sama lain. Namun begitu, konsep ini tidak bertahan
lama ekoran tindakan kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Tindakan sedemikian
menyebabkan mereka diusir keluar dari kota Madinah. Sebagai contoh, konsep ummah
merangkumi masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar, sementara
masyarakat bukan Islam merupakan kaum Yahudi, iaitu Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani
Qainuqa. Kesannya, selepas kaum Yahudi diusir keluar, konsep ummah lebih merujuk kepada
warga Madinah yang beragama Islam dan mentaati kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

4. Kandungan seterusnya dalam Perlembagaan Madinah adalah tanggungjawab orang Islam.
Jelas dapat dilihat, Piagam Madinah telah memperuntukkan kewajipan kepada setiap muslim
untuk hidup bersaudara, sentiasa mematuhi hukum Allah SWT dan rasul-Nya serta
mengamalkan akhlak Islam yang terpuji. Menerusi penggubalan fasal ini menggambarkan
kejayaan Nabi Muhammad SAW menghapuskan semangat assabiyah dalam kalangan
masyarakat kota Madinah terutamanya kaum Aus dan Khazraj. Misalnya, orang Muhajirin yang
berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang telah dibantu oleh saudara seagama mereka iaitu
orang Ansar. Kesannya, konsep persaudaraan, persamaan taraf serta “amal ma’ruf nahi
mungkar” hendaklah dilaksanakan.

5. Kandungan Perlembagaan Madinah yang terakhir ialah kandungan berkaitan dengan hak
orang bukan islam. Hak orang bukan Islam merujuk kepada kebebasan beragama. Jelas bahawa
kaum Yahudi atau mana-mana golongan yang bukan beragama Islam terjamin keselamatan
mereka selagi taat kepada Piagam Madinah. Mereka bebas mengamalkan agama dan adat
masingmasing selagi tidak mewujudkan masalah kepada pentadbiran kota Madinah khususnya
dan masyarakat Islam Madinah amnya. Menerusi pergaulan mereka, orang bukan Islam dapat
melihat akhlak dan personaliti orang Islam serta ibadah solat yang dilakukan oleh orang Islam
dengan disiplin tertentu. Keadaan ini telah menarik orang buka Islam memeluk agama Islam.
Sebagai contoh, Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Salam. Kedua-duanya pada satu masa
dahulu adalah penentang agama Islam yang kuat tetapi akhirnya telah memeluk Islam. Tegasnya,

fasal ini menggambarkan keadilan agama Islam yang tidak memaksa mana-mana pihak
menganut agama Islam.

KESIMPULANNYA

Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi negara Islam Madinah. . Nabi Muhammad
SAW memberi contoh yang baik menerusi suatu pemerintahan dan pentadbiran yang lengkap
dan teratur agar boleh dijadikan pedoman oleh pemimpin Islam seterusnya. Kepimpinan baginda
begitu menonjol apabila berjaya menyelesaikan masalah masyarakat yang berbilang bangsa di
Madinah.

SOALAN 6: JELASKAN PERANAN PERLEMBAGAAN MADINAH DALAM MEMBAWA
KEUTUHAN POLITIK NEGARA ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Pendahuluan

- Perlembagaan Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah.Ia merujuk kepada satu
perlembagaan bertulis yang lengkap mengenai pentadbiran sebuah Negara.Digubal oleh Rasulullah
S.A.W pada tahun 1 dan 2 Hijrah bersama dengan penduduk Madinah termasuk orang Muhajirin,Ansar
dan orang bukan Islam.

- Mengandungi 47 fasal yang menyentuh semua aspek kehidupan bernegara.Pada tahun 1
Hijrah,Rasulullah menggubal fasal 1 hingga 24 mengenai peranan umat Islam di Madinah.Manakala
selepas Perang Badar 2 Hijrah,Rasulullah telah menggubal fasal 24 hingga 47 yang berkaitan dengan
masyarakat bukan Islam khususnya orang Yahudi.

- Sebelum Perlembagaan Madinah diperkenalkan Nabi Muhammad S.A.W telah mengambil
beberapa langkah seperti mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar,membina masjid dan mengawal
aktiviti penduduk bukan Islam di Madinah.

- Oleh itu, terdapat beberapa peranan Perlembagaan Madinah dalam membawa keutuhan politik
negara Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Isi-isi penting :

1. Rasulullah S.A.W sebagai ketua Negara
 Penerimaan Rasulullah S.A.W sebagai ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan
baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada
 pelbagai bangsa dan agama.
Piagam Madinah meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang negarawan yang
 berwibawa.Ketokohan baginda bukan sahaja terselah dalam aspek akidah tapi juga dalam hal
ehwal dunia.
Sebagai ketua negara,baginda berjaya menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan
mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan di Madinah.

 Jelaslah bahawa peranan Perlembagaan Madinah telah menjadikan Rasulullah sebagai pemimpin
yang berwibawa untuk membimbing masyarakat di Madinah.

2. Pengekalan sistem sosial
 Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di
samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.
 Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah S.A.W adalah
sebagai ketua hakim yang akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan di luar
bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
 Contohnya,orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan
mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah daripada membantu dan berpihak
kepada musuh-musuh yang hendak menjatuhkan Islam.
 Tegaslah bahawa peranan Perlembagaan Madinah membawa kepada pengekalan sistem sosial
masyarakat di Madinah.

3. Menyatukan orang Arab
 Perlembagaan Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku Arab di Madinah
yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
 Perlembagaan Madinah menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan
masyarakat bukan Islam seperti saling hormat-menghormati,tolong-menolong dan sebagainya.
 Contohnya,Perlembagaan Madinah telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj menjadi golongan
Ansar.Ini telah mengatasi konflik politik diantara kedua belah pihak yang bermusuhan selama
kira-kira 40 tahun.
 Melalui Perlembagaan Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang
dahulunya mengamalkan tradisi jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum masing-
masing telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam.
 Hal ini telah membuktikan peranan Perlembagaan Madinah dapat menyatukan orang Arab di
Madinah.

4. Kebebasan menjalankan ekonomi
 Perlembagaan Madinah memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua
penduduk.Peraturan ini dibuat untuk mengelakkan pemboikotan ekonomi oleh orang-orang
 Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum
penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.
 Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat
 pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah.Akhirnya,Madinah telah menjadi pusat
perdagangan penting di Semenanjung Arab.Dengan itu,umat Islam secara beransur-ansur
menguasai ekonomi Madinah dan kawasan persekitarannya.
Contohnya,peraturan yang telah ditetapkan dalam urusan perniagaan ialah amalan riba telah
diharamkan bagi mengelakkan berlakunya penindasan dalam setiap urusan perniagaan yang
dilakukan.
Jelaslah bahawa kebebasan untuk menjalankan ekonomi terjamin dengan adanya peranan
daripada Perlembagaan Madinah.

5. Pengiktirafan orang Yahudi
 Melalui perlembagaan ini orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan
 Islam sebagai satu agama iaitu Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad S.A,.W
 sebagai pesuruh Allah yang sebenar.Sebelum ini,ketiga-tiga perkara ini ditolak oleh orang-orang
Yahudi.
 Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin.Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati perlembagaan akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa
mengira bangsa atau agama.
Contohnya,hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat perlembagaan seperti apa yang
dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy makkah dalam
Perang Badar.Mereka telah dihalau,begitu juga dengan Bani Nadir,mereka dihalau kerana
bekerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani
Quraizah yang mengisytiharkan perang dan bekerjasama dengan Quraisy Makkah dalam Perang
Khandak.
Jelaslah bahawa peranan daripada perlembagaan Madinah telah menyebabkan orang Yahudi
mengiktiraf Islam di Madinah.

Kesimpulan

- Piagam Madinah bersifat perlembagaan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan
kerajaan purba Greek,China dan India . Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di
dunia.Dengan tergubalnya Piagam Madinah ini, lahirlah sebuah negara Islam pertama di dunia dan di
Madinah,yang menjadi induk kepada empayar Islam selepasnya,yang memerintah dunia selama 7
abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada piagam Islam yang baru,terutamanya kepada sebuah
negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

SOALAN 7: BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

kehendak soalan; struktur pemerintahan kerajaan islam madinah

pengenalan

perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah telah membawa
perubahan besar dalam sistem politik dan pemerintahan Kota Madinah yang sebelum ini ditadbir
berdasarkan sistem kabilah tanpa prinsip pemerintahan yang jelas. Sebagai pemimpin tertinggi, Nabi
Muhammad s.a.w. telah membentuk struktur pemerintahan yang mengandungi beberapa kompenan
penting seperti ketua negara, sistem birokrasi , sistem perundangan, pelaksanaan amalan syura dan lain-
lain.

struktur pentadbiran pusat:

 Nabi Muhammad sebagai ketua negara

- nabi muhammad merupakan ketua negara islam, madinah. selain ketua negara islam, nabi juga
menyandang pelbagai jawatan lain seperti ketua pentadbir, ketua ekonomi, ketua panglima perang
dan sebagainya.

- dalam pentadbiran, nabi dibantu oleh majilis syura yang dianggotai oleh para sahabat.
- tanggungjawab nabi sebagai ketua negara ialah memimpin umat islam, menegakkan keadilan dan

memakmurkan ekonomi.
- walaupun nabu ketua negara, tapi kewujudan ketua-keruak kabilah yang telah lama ada di

madinah tidak dinafikan. hal ini menggambarkan nabi masih kekalkan struktur pemerintahan
sedia ada.
- ketua kabilah ada kuasa namun jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka, maka
perkara itu pelru dirujuk kepada nabi.
- pemerintahan negara islam pada zaman nabi berpaksikan kepada wahyu. al-quran mejadi
sumbver rujukan hukum serta prinsippentadbiran yang berkaitan dengan aspek politik, agama dan
sosial serta ekonomi.
- pemerintahan negara islam juga berasaskan prinsip keadilan, persamaan, dan ketaatan.
- jelaslah bahawa, struktur pemerintahan di madinah memperlihatkan nabi muhammad sebagai
ketua dalam urusan pentadbiran.

 pusat pentadbiran
- kota madinah dipilih sebagai ibu kota kerajaan madinah.
- masjid nabawi dijadikan pusat pentadbiran negara.
- masjid nabawi merupakan institusi kerajaan yang pertama dibina oleh nabi muhammad setelah

tiba di madinah.
- fungsi masjid pelbagai dan ia merangkumi pusat ibadat, pusat pemerintahan, pusat

kemasyarakatan, pusat kegiatan ilmu dan sebagainya.
- di masjid, nabi menjalankan tugas perhubungan awam. nabi menulis surat dan memilih utusan

untuk dihantar kepada pemerintah luar dan ketua kabilah arab.
- masjid juga menjadi tempat nabi menyambut ketibaan wakilkerajaan asing dan juga ketua-ketua

kabilah.
- jelaslah bahawa, pada zaman pemerintahan nabi di madinah, masjid memainkan peranan yang

penting dalam membantu nabi untuk menguruskan pentadbiran iaitu sebagai pusat pentadbiran.
- terbuktilah bahawa, struktur pemerintahan dan pentadbiran nabi juga melibatkan keewujudan

pusat pentadbiran iaitu masjid untuk menjalankan urusan negara.

 penubuhan jabatan kerajaan ( al-diwan)
- jabatan khas telah diwujudkan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan.
- sebagai contoh, jabatran surat-menyurat (diwan al-insha) berperanan dalam penulisan dokumen

politik, wahyu, warkah dan sebagainya.
- terbuktilah bahawa, nabi muhammad telah menjalankan pemerintahan dengan cara menubuhkan

pelbagai jawatan bagi membantu baginda dalam menguruskan urusan pentadbiran negara.

 struktur pentadbiran dan pelantikan pegawai
- kerajaan telah menyusun organisasi pentadbiran yang lengkap dengan jawatan tetap dan

sementara yang akan disandang oleh para sahabat dalam jangka masa yang tertentu.
- peranan mereka terikat dengan strategi negara dan keputusan majlis syura.

- pada peringkat pusat, nabi melantik pembantu kuhalaffah rasulullah, seorang penasihat (mushir),
setiausaha, wakil rasul, pegawai tugasan am dan sebagainya.

- pelantikan pasukan penasihat iaitu mushir seramai 14 orang sahabat yang setia dan sentiasa
mendampingi rasulullah dan sedia melaksanaknan perintah. sebagai contoh, saidina abu bakar as-
siddiq.

- setiausaha (katib), khidmat mereka digunakan untuk menulis perjanjian rasmi dengan puak
yahudi, nasrani dan suku arab. sebagai contoh, katib nabi bernama shuhrabil bin hasanah al-kindi.

- jelaslah bahawa, struktur pentadbiran kerajaan islam di madinah juga diterajui oleh pegawai yang
dilantik oleh nabi muhammad untuk melaksanakan tugas tertentu.

 pentadbiran ketenteraan
- nabi muhammad merupakan ketua panglima perang dan baginda telah mengetuai sebanyak 27 siri

peperangan yang terbesar.
- sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semaasa nabi memerintah dan sebahagian ada juga

yang tidak diketuai oleh nabui muhammad.
- peperangan yang diketuai oleh nabi muhammad disebut ghazwah. sebagai contoh perang badar.
- perang yang tidak diketuai oleh nabi disebut sariyah.
- pelbagai etika, taktik dan strategi peperangan telah diperkenalkan oleh nabi yang mana ia

digunakan mengikut keadaan persekitaran dan juga musuh yang dihadapi.
- pada zaman nabi, terdapat empat musuh utama yang sering memmberi ancaman ekpada kerajaan

islam iaitu rom, parsi, quraisy mekah dan kabilah arab di semenanjung tanah arab.
- terbuktilah bahawa, pentadbiran dalam aspek ketenteraan diwujudkan bagi mempertahankan

kesucian agam islam dan kerajaan islam itu sendiri daripada ancaman musuh.

struktur pentadbiran wilayah

- sistem wazir diperkenalkan. ia dikenali sebagai sistem wali yang ditugaskan memerintah dan
mentadbir wilayah islam.

- wali adalah gelaran yang diebri kepada para gabenor yang dilantik oleh nabi muhammad untuk
mengetuai dan mentadbir wilayah islam.

- sebagai contoh, penaklukan wadi al-qura menyaksikan sitem gabenor pertama diperkenalkan di
bawah pimpinan amr bin said.

- pada peringkat wilayah juga, nabi melantik pentadbir tempatan, naqib, hakim pentadbir pasar dan
sebagainya.

- jelaslah bahawa, struktur pemerintahan nabi juga merangkumi pentadbiran wilayah yang diketuai
oleh pegawai yang telah dilantik oleh nabi.

kesimpulan

- sistem pemerintahan dan pentadbiran negara islam yang diterajui oleh nabi muhammad
merupakan sisitem pemerintahan terbaik di dunia.

- kebijaksanaan pemerintah iaitu nabi muhammad telah menyebabkan kestabilan politik dan
kemakmuran masyarkata dapat dicapai.

SOALAN 8: HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEHINGGA
DIANGGAP SEBAGAI NEGARAWAN.

PENDAHULUAN
- Kepimpinan Nabi Muhammad bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul dan pemimpin
agama.
- Nabi Muhammad mempunyai ciri kepimpinan yang terpuji dan sifat-sifat yang terpuji ini menjadi
asas kepemimpinannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin umat dan negara
Madinah.
- Pegangan dan teras kepada kepimpinannya Nabi Muhammad ialah wahyu iaitu al-Quran.
- Dalam sejarah ketamadunan Islam, kepimpinan Nabi Muhammad menjadi ikon dan ikutan serta
menepati ciri-ciri kepimpinan ideal sepanjang zaman.
- Terdapat pelbagai ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W sehingga dianggap sebagai
negarawan.

CIRI KEPIMPINAN 1 : ADIL DAN SAKSAMA
- Nabi Muhammad telah memperkenalkan system ekonomi Islam yang berpaksikan kepada
kebajikan dan keadilan serta menghapuskan segala bentuk penindasan.
- Nabi Muhammad melaksanakan dan menguatkuasakan segala peraturan dan hukuman tanpa
mengira agama dan nasab.
- Buktinya, keadilan dalam hukuman potong tangan terhadap pencuri walaupun pencuri itu ialah
Fatimah iaitu anak kesayangannya sendiri.
- Nabi Muhammad juga telah membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada tentera
yang terlibat.
- Piagam Madinah yang telah digubal oleh Nabi memberikan keadilan kepada semua warga untuk
menganut dan mengamalkan amalan agama masing-masing.
- Oleh itu, sifat adil dan saksama Nabi dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati penduduk
Madinah terhadap baginda.

CIRI KEPIMPINAN 2 : BERANI
- Dalam menegakkan kalimah Allah, Nabi Muhammad tidak pernah takut kepada pihak musuh
dalam menghadapi pelbagai ancaman walaupun bilangan pihak musuh lebih ramai berbanding
umat Islam.
- Buktinya Nabi memimpin kebanyakan ekpedisi ketenteraan seperti Perang badar, Perang Uhud,
Perang Khandak dan Perang Tabuk.
- Asas kepemimpinan ketenteraan nabi berdasarkan akidah, syariat dan juga ahklak.
- Nabi Muhammad telah menanamkan semangat jihad dalam kalangan tenteranya supaya dapat
mempertahankan kedaulatan Islama dan penyebaran dakwah.
- Oleh itu, Nabi Muhammad mempunyai sifat berani dapat mempertahankan agama Islam dan juga
negara Madinah.

CIRI KEPIMPINAN 3 : BERAKHLAK MULIA
- Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang yang mempunyai akhlak yang mulai dan mengikut
ajaran dalam al-Quran.
- Nabi Muhammad menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, cekal, sabar. Merendah
diri, pemaaf dan sebagainya.
- Sebagai contoh, Nabi Muhammad telah memaafkan dan membebaskan penduduk Makkah
semasa peristiwa Fathul Makkah.

- Penduduk Makkah merupakan musuh, penentang tegar dan pernah melakukan kezaliman
terhadapat umat Islam pada zaman awal Islam tetapi nabi telah memaafkan mereka.

- Ahklak Nabi Muhammad juga terselah apabila baginda tidak menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap tawanan Perang Badar, sebaliknya tawanan perang tersebut perlu mengajar kanak-kanak
Islam membaca dan menulis sebagai syarat menebus diri.

- Oleh itu, sifat akhlak mulia baginda Berjaya melembutkan hati sebahagian musuh dan akhirnya
mereka menganut Islam secara sukarela.

CIRI KEPIMPINAN 4 : TEGAS
- Nabi Muhammad mempunyai sifat yang tegas sebagai ketua negara Islam Madinah.
- Nabi Muhammad mengambil Tindakan yang tegas terhadap kaum Yahudi yang telah
mengkhianati Piagam Madinah.
- Sebagai contoh, Bani Qainuqa’ telah diusir dari Madinah kerana menjatuhkan maruah seorang
Wanita Islam dan memperlekehkan kemenangan tentera Islam tetapi dalam Perang Badar.
- Bani Nhadhir pula telah diusir kerana merancang untuk membunuh nabi dan Bani Quraizah diusir
dari Madinah kerana bersekongkol dengan tentera Musyrikin Makkah dalam Perang Ahzab.
- Oleh itu, sifat tegas Nabi Muhammad telah menyebabkan kaum yahudi telah diusir dari negara
Madinah kerana mengkhianati Piagam Madinah yang telah digubal oleh baginda.

CIRI KEPIMPINAN 5 : BERPANDANGAN JAUH
- Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang berpandang jauh.
- Nabi Muhammad telah menerima syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah termasuk bersetuju dengan
fasal menghantar semula penduduk Makkah yang berhijrah ke Madinah tanpa kebenaran wali
mereka.
- Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah yang berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah
yang merupakan kerjayaan keseluruhan umat Islam.
- Oleh itu, Nabi Muhammad menguruskan segala perkara dengan baik dan sempurna kerana
mempunyai sifat yang berpandangan jauh.

CIRI KEPIMPINAN 6 : MAHIR BERPOLITIK
- Nabi Muhammad amat mahir dalam berpolitik kerana baginda mengasaskan hubungan
diplomatik dengan negara-negara luar.
- Tindakan ini telah berjaya mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam Madinah di samping dapat
menyebarluas dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
- Nabi Muhammad juga menggunakan kaedah diplomasi dengan menghantar perutusan dan warkah
kepada pemimpin-pemimpin luar.
- Sebagai contoh, A’la bin Hadrami telah dihantar oleh Nabi Muhammad sebagai wakil membawa
surat kepada Munzir bin Sawa, Raja Bahrain.
- Raja Munzir berbesar hati menerima utusan itu dan memeluk Islam.
- Oleh itu, Nabi Muhammad telah dianggap sebagai pemimpin politik yang Berjaya.

KESIMPULAN
- Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah menyebabkan baginda dianggap
sebagai negarawan yang berkarismatik dan pemimpin politik yang Berjaya.
- Ciri-ciri kepimpinan nabi telah Berjaya membina masyarakat pelbagai kaum dan agama yang
Bersatu padu menjadikan Madinah sebagai sebuah kerajaan yang kukuh dan disegani
- Kejayaan kepimpinan Nabi Muhammad menyebabkan baginda diiktiraf oleh tokoh negarawan
yang paling berpengaruh dalam sejarah.

SOALAN 13: PERIHALKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID SEWAKTU MENERAJUI
KERAJAAN ABBASIYAH.

PENGENALAN

 Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 149 Hijrah/763 Masihi dan meninggal dunia pada
tahun 809 Masihi di Thus,Khurasan.

 Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat gagah,berani,menyukai hal agama,bijak berpolitik dan
cinta akan ilmu pengetahuan.

 Baginda telah dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 166 Hijrah/782 Masihi dan menjadi khalifah
kerajaan Abbasiyah kelima pada tahun 786-809 Masihi.

 Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan islam kerana Baghdad pada ketika itu menjadi
pusat perdagangan,pusat ilmu serta pusat peradaban Islam yang terulung.

 Oleh itu,pelbagai sumbangan yang telah dilakukan oleh Khalifah Harun al-Rasyid sewaktu menerajui
kerajaan Abbasiyah.

Hubungan diplomatik (bidang politik)

 Beliau menggunakan pengalaman pentabdbiran sejak zaman mudanya dalam kerajaan Abbasiyah untuk
menyusun dan memperkemaskan semula pentadbiran negara.

 Beliau telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa asing,antaranya kerajaan Byzantium,Perancis
dan keluarga al-Barmaki.

 Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti
antaranya Kota Baghdad dengan kerajaan Byzantium.

 Sebagai contoh,hubungan yang baik dengan Kristian-Perancis adalah kerana mereka mempunyai musuh
yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah.

 Malah,kerajaan Perancis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan
untuk kebaikan negara mereka sendiri.

 Manakala keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka.
 Oleh itu,hasil daripada hubungan diplomatik yang dilakukan Harun al-Rasyid berjaya membentuk satu

sistem pentadbiran negara yang cekap dan teratur.

Memperkasakan pasukan tentera Islam.

 Beliau begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.
 Malah,beliau telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah agar menjadi sebuah pasukan yang

berdisiplin dan dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan dalam negara dengan pelbagai
rintangan dan dugaan.
 Beliau sendiri telah menjadi panglima tertinggi angkatan tentera beberapa kali dan mengetuai pasukan
tenteranya dalam peperangan.

 Sebagai contoh,ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan maharaja Nicephoras 1.Akhirnya peperangan
ini berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam.

 Jelaslah,hasil daripada sikap dan layanan baik Harun al-Rasyid,pasukan tentera Abbasiyah telah menjadi
satu pasukan yang kuat,berdedikasi dan berdisiplin.Malah,pasukan tentera ini amat ditajuti dan dihormati
oleh pihak musuh.

Perkembangan ekonomi.

 Pertumbuhan ekonomi pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid.
 Malah,beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat.
 Terdapat banyak kota seperti Baghdad,Basrah,Masyul,Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang

terkenal.
 Harun ar-Rasyid menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta membekalkan biji benih secara

percuma kepada para petani.
 Kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian.
 Terdapat banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat perdagangan.
 Sebagai contoh,banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan contonya jalan dari Iraq ke utara

mengikut pesisir Laut merah menuju ke laut Mediterranean,Tunisia dan Maghribi.
 Jelaslah,sumbangan Harun ar-Rasyid dalam perkembangan ekonomi ini menjadkan perbendaharan kerajaan

Abbasiyah semakin makmur serta teguh dan stabil.

Perkembangan dalam kegiatan intelketual dan keilmuan.

 Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah yang mencintai ilmu pengetahuan membolehkan
bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat.

 Harun al-Rasyid telah mendirikan banyak kuttab,sekolah rendah dan menengah,kolej serta masjid sebagai
pusat perkembangan ilmu.

 Buku buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab.Bandar bandar Islam seperti Madinah,Kufah
dan Kaherah dijadikan pusat keilmuan.

 Sebagai contoh,ramai ilmuan dalam pelbagai bidang muncul pada zaman harun al-Rasyid seperti Jabir ibn
hayyan,Imam Malik,Imam as-yafie.

 Jelaslah,sumbangan beliau dalam bidang intelektual telah menjadikan golongan sarjana mendapat
kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi dari khalifah.

Penubuhan Baitul Hikmah.

 Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan telah mendorong beliau untuk menubuhkan insittusi
itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan.

 Baitul Hikmah in juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-
buku,pengumpulan buku,perpustakaan,pusat akademik dan balai penterjemahan.

 Sebagai contoh,menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi,perubatan,falsafah,sejarah dan geografi.
 Ia juga merupakan lambang pendidkan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran

Perpustakaan Iskandariah.

 Jelaslah,kerana tanggungjawab beliau yang gigih beliau telah menubuhkan Baitul Hikmah iaitu sumbangan
beliau dalam memperkembangkan ilmu pengetahun.

KESIMPULAN

 Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah pimpinan Khalifah Harun al-rasyid dan
diteruskan oleh puteranya,al-Makmun.

 Pada zamannya,kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemasan tamadun Islam.Masyarakat Islam hidup
makmur,ekonomi berkembang pesat terutamanya dalam bidang perdagangan dan pertanian.

 Harun al-rasyid berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran,pusat perdagangan dan pusat
intelektual terkenal di dunia.

SOALAN 14: PERLANTIKAN AURANGZEB SEBAGAI PEMERINTAH MOGHUL TELAH
MENGUBAH PEMERINTAHAN DAN MENGEMBALIKAN MARUAH AGAMA DAN UMAT
ISLAM DI INDIA PADA ABAD KE-16. BINCANGKAN.

Pengenalan Merupakan pemerintah yang menaiki takhta selepas menyingkirkan ayahandanya, Shah Jehan yang
dianggap hanyut dengan kemewahan dunia pada tahun 1658 Masihi.Aurangzeb merupakan
pemerintah yang dianggap bertanggungjawab mengembalikan maruah agama dam umat Islam
berikutan tindakannya yang merombak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah
sebelumnya.

1. Al-Quran dan al-  Bagi memastikan agama Islam kembalik berdaulat di India, dan menjadi tunjang
Sunnah menjadi kepada pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mohgul,kedua-dua sumber wahyu
asas pentadbiran dijadikan asas perundangan negara.

 Golongan ulama kini memaibkan peranan penting dalam pemerintahan dengan
bertindak sebagai penasihat kepada Aurangzeb dan mula mengetepikan golongan
bukan Islam daripada memegang jawatan utama dalam kerajaan.

 Para ulama yang bertindak sebagai penasihat telah berjaya menyusun undang-undang
Islam yang dikenali sebagai Fatwa Alamgiri.

2. Dasar agama  Aurangzeb telah bertindak menghapuskan dan mengharamkan sama sekali agama dan
illahi yang diasaskan oleh Akhbar.
Aurangzeb
 Larangan pembinaan kuil-kuil baharu termasuk meruntuhkan kuil yang sedia ada,
sebaliknya membina lebih banyak rumak ibadat bagi orang-orang Islam termaksulah
institusi pendidikan.

3. Dasar ekonomi  Memastikan syiar Islam berkembang di India dengan menghantar golongan pendakwah
4. Dasar ketenteraan menyebabkan agama Islam.

 Tokoh ini juga menggalakkan aktiviti pertanian dan perdagangan dengan melaksanakan
dasar buka pintu terhadap pedagang-pedagang asing termasuk pedagang-pedagang barat.

 Aurangzeb menghidupkan semula pembayaran jizyah, setelah dihapuskan oleh Akhbar 100
tahun lalu,sebagai simbol kekuasaan dan perlindungan orang Islam terhadap golongan
bukan Islam dan menghapuskan 80 jenis cukai yang diperkenalkan zaman Shah Jehan.

 Aurangzeb memastikan segala perbelanjaan negara dilakukan secara berhemah dan tidak
membazir.

 Tokoh ini berjaya mengalahkan pemimpin-pemimpin fanatik Hindu dari suku kaum
Mahratas, Jats dan Satnam dan pemimpin golongan Sikh yang cuba bangkit menentang
pemerintahnya.

 Tokoh ini berjaya melaksanakan dasar perluasan wilayah dan hasilnya berjaya menguasai
14 buah wilayah di utara India, 6 buah wilayah di Deccan, dan sebuah wilayah di Kabul.

Kesimpulan  Dasar- dasar yang dilaksanakan oleh Aurangzeb telah berjaya meletakkan Islam di tempat
tertinggi sekaligus menghapuskan dasar pemerintah sebelumnya yang jelas mengabaikan
agama Islam kerana terlalu mengejar kemewahan dunia serta terlalu menjaga hati golongan
bukan Islam demi kepentingan politik.

SOALAN 15: JELASKAN PENGERTIAN JIHAD DALAM KONTEKS PEPERANGAN
DAN ETIKA YANG DILAKSANAKAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pendahuluan

Jihad menjadi kefardhuaan dan perintah yang berkekalan sehingga hari kiamat. Munculnya
konsep pertahanan dalam Islam yang bertujuan untuk melindungi kesucian agama Islam daripada
musuh-musuh Islam. Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan dan perdamaian. Oleh
itu, Islam tidak menggalakan peperangan tanpa sebab munasabah. Namun, jika agama Islam,
negara dan maruah diri diancam maka Allah mewajibkan peperangan seperti mengangkat senjata
untuk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak musuh. Walau bagaimanapun, ketika
menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam dikehendaki mematuhi etika peperangan
yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas peperaangan.

ISI;

Konsep Jihad

 Perkataan jihad berasal dari perkataan ‘jahada’ bermaksud menggunakan segala tenaga
dan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.

 Dalam segi syarak, jihad bererti berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai
sesuatu matlamat yang disasarkan dalam menegakkan agama Allah SWT.

 Jihad juga bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan
sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.

 Dalam erti kata luas, jihad boleh dimaksudkan sebagai berjuang dalam peperangan,
berjuang dalam menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran
dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah.

 Contohnya, tindakan Rasullah SAW melawan musuh dalam perang Badar tahun 624M,
perang Uhud 625M dan perang Khandak 627M.

 Kesannya, jihad amat bermakna kepada umat Islam dalam memastikan kesejahteraan
kepada Islam serta mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.

ETIKA PEPERANGAN;

ISI 2: Memerangi musuh seandainya orang Islam diperangi terlebih dahulu.

 Islam hanya membenarkan umahnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi
terlebih dahulu.

 Etika ini dapat dilihat dalam perang Badar, iaitu peperangan yang pertama antara umat
Islam Madinah dengan orang musyrikin Mekah.

 Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh kawasan
perkhemahan tentera Islam.

 Selepas itu, barulah berlaku peperangan secara terbuka dan menyeluruh antara tentera
musyrikin Mekah dengan tentera Islam Madinah.

 Oleh itu, jelaslah tentera Islam tidak memulakan peperangan tetapi tidak akan berdiam
diri sekiranya diserang oleh pihak musuh.

ISI 3: Mentaati arahan pemimpin atau ketua.

 Etika ini merupakan etika yang terpenting semasa peperangan sedang berlaku. Hal ini
kerana, ia berhubung kait dengan disiplin yang diterapkan dalam kalangan tentera Islam.

 Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan peperangan melainkan
dengan izin ketua.

 Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud berpunca daripada tentera Islam
yang tidak akur dengan arahan pemimpin.

 Tentera pemanah telah meninggalkan posisi mereka di Bukit Uhud untuk mengambil
harta benda dan makanan yang ditinggalkan oleh pihak musuh. Pihak musuh mengambil
kesempatan dan melakukan serangan balas.

 Kegagalan mematuhi arahan pemimpin dan mementingkan tujuan lain semasa
peperangan telah mengakibatkan pihak musuh beroleh kemenangan. - Terbuktilah
bahawa, mentaati arahan pemimpin atau ketua merupakan etika peperangan penting yang
diterapkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

ISI 4: Tidak boleh memerangi golongan yang lemah.

 Dalam ekspidisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yang tidak
memiliki kekuatan dan daya usaha.

 kanak-kanak, golongan wanita, orang tua, orang cacat atau lumpuh serta paderi atau
pendeta.

 Golongan ini juga tidak dikenakan jizyah kerana mereka dianggap tidak membahayakan
negara Islam.

 Namun begitu, jika golongan ini memainkan peranan penting sebagai penggerak atau
pencetus peperangan, tentera Islam boleh mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai
tindak balas.

 Jelaslah etika ini membuktikan bahawa Islam bukanlah bersifat kejam dan mementingkan
kebajikan walaupun terhadap musuh. Hal ini juga menunjukkan bahawa Islam
mempunyai nilai moral yang tinggi.

Kesimpulan

Terbuktilah etika peperangangan yang dilaksanakan oleh Islam membawa kejayaan yang besar
kepada umat Islam. Ia bukan sahaja memberikan kesan yang positif kepada tentera-tentera Islam,
malah menjadi saluran untuk penyebaran dakwah Islam. Etika peperangan yang dianjurkan oleh
Islam telah menaikkan imej Islam di mata masyarakat bukan Islam. Selain itu, etika perang yang
diamalkan oleh tentera Islam juga telah menarik minat ramai musuh untuk menerima agama
Islam.

SOALAN 18: HURAIKAN KESAN PERJANJIAN- PERJANJIAN YANG DIMETERAI
ANTARA KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DENGAN KUASA- KUASA BARAT
PADA ABAD KE 18 MASIHI.

Pendahuluan:

kerajaan turki uthmaniyah mula merosot dan menempuh era kelemahan apabila pemerintahnya
banyak menandatangani perjanjian apabila kalah dalam peperangan yang berlaku. kemerosotan
kerajaan turki uthmaniyah jelas berlaku selepas era pemerintahan sultan Muhammad al fateh
antara abad ke 17 hingga abad ke 18 masihi. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan
kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang
timbul. perjanjian yang dimenterai telah memberi kesan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah.

Isi-isi:

ISI 1: Hilang wilayah di Hungray dan kawasan laut hitam

 Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada
serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang
dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II.

 peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710).
 Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan

kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

ISI 2: Kehilangan Timsuar,Belgrade,Serbia dan Romania

 Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya
mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui
Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade,
sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai
Dalmatia.

 Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan
Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah
termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

 -Turki Uthmaniyah tidak berupaya lagi mendirikan benteng pertahanan di sekitar rantau
 Balkan bagi menhyekat serangan kuasa Eropah ke atas wilayah penguasaan
 Uthmaniyah. Perubahan dasar pemerintahan yang mesra rakyat dilakukan oleh
 kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum,
 mengurangkan cukai dan meningkatkan prasarana awam.

ISI 3: Kehilangan wilayah Crimea

 Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan
Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia.

 -Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 menyaksikan
kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh
di Crimea.

 -Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara
Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini
terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia.

 -Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan
Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan
Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

ISI 4: Kebenaran Rusia untuk campurtangan dalam pemerintahan dan keagamaan
terhadap wilayah jajahan:

 -Perjanjian Kucuk Kainarji/Perjanjian Catherina 1774 ialah perjanjian damai antara
 kerajaan Turki Uthmaniyah dan Rusia yang mengakhiri Perang Rusia-Uthmaniyah
 sejak 1768 sehingga 1774.
 Perjanjian ini berlaku pada zaman khalifah Abdul Hamid 1 dan Maharani Catherina II, ia

juga merupakan pengakuan kepada kekalahan empayar Uthmaniyah dalam siri
peperangan dengan Rusia.
 -Hal ini memberikan kebenaran kepada Rusia untuk campurtangan dalam pemerintahan
dan keagamaan di wilayah yang menjadi rebutan kedua-dua kuasa berkenaan.

kesimpulan

Kesimpulannya, kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah
membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan
dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan
permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah
menyebabkan baginda digulingkan.

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

BIL NAMA SOALAN PERBINCANGAN
1. NURUL NAJWA BINTI AZMIN HURAIKAN CIRI- CIRI SISTEM EKONOMI YANG
2. MUHAMAD NUR IMAN BIN MOHD DIPERKENALKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH.
HURAIKAN FAKTOR- FAKTOR PERKEMBANGAN EKONOMI
PANDI PADA ZAMAN KEKUASAAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA
3. NURUL ANISSAH BINTI NORDIN ABAD KE- 11 MASIHI DAN ABAD KE- 12 MASIHI.
HURAIKAN LIMA DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH
4. MUHAMMAD FAAID BIN RAZALI KERAJAAN MELAKA BAGI MEMASTIKAN PERANANNYA
5. NUR IZZATI BINTI MOHD FADZLI SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABABANGSA PADA
ABAD KE- 15 MASIHI
6. MUHAMMAD HAIQAL BIN NILAIKAN PERANAN INSTITUSI BAITULMAL PADA ZAMAN
MOHAMADIANA BANI ABBAISYAH.
HURAIKAN CUKAI- CUKAI YANG DILAKSANAKAN PADA
ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH ANTARA ABAD KE-9 MASIHI
HINGGA ABAD KE- 11 MASIHI.
HURAIKAN INSTITUSI- INSTITUSI PENDIDIKAN ZAMAN BANI
UMAIYAH PADA ABAD KE- 7 DAN ABAD KE- 8 MASIHI.

7. NUR ISTIFAIYAH BINTI KASIR BINCANGKAN PERANAN MASJID SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN
DI MESIR PADA ABAD KE-8 MASIHI
8. MUHAMMAD SHAH ZAHIN BIN TERANGKAN EMPAT PERINGKAT PENDIDIKAN YANG
KHALID TERDAPAT DI ACHEH PADA ABAD KE- 16 MASIHI.

9. NUR HANANI BINTI ABD RAZAK SEJAUHMANAKAH DASAR PEMERINTAHAN KERAJAAN ACHEH
10. AHMAD SHAHRIL BIN MOSMIN MENYUMBANG KEPADA KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN ISLAM PADA ABAD KE- 16 MASIHI
HURAIKAN FAKTOR- FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA

11. NUR ARIE NADIRA BINTI JELANI PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI ANDALUSIA PADA ABAD
KE- 11 HINGGA ABAD KE- 13 MASIHI.
12. AMIRA KHAIRINA BINTI ESMADI PERKEMBANGAN INTELEKTUAL PADA ZAMAN KERAJAAN
13. NUR ANIS BINTI MOHD ARIS ABBASIYAH ANTARA ABAD KE- 11 HINGGA ABAD KE- 13
BERPUNCA DARIPADA SUMBANGAN ILMUWAN YANG
14. NEHAA SRI MENGUASAI PELBAGAI DISIPLIN ILMU. BINCANGKAN.
15. NORAINI ALIAH BINTI MOHD ALI NILAIKAN IDEA- IDEA MATEMATIK YANG DISUMBANGKAN
OLEH AL KHWARIZMI.
16. NORAFIQAH BINTI MOHD NOOR IMAM AL- GHAZALI MERUPAKAN TOKOH INTELEKTUAL
17. NOR IZAZI BINTI SAZALI TERBILANG DALAM KETAMADUNAN ISLAM. BINCANGKAN
18. LILY NAZATUL NABILAH BINTI DUA SUMBANGANNYA DALAM BIDANG AGAMA DAN DUA
BIDANG BUKAN AGAMA
MOHD SALLEH NILAIKAN SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM BIDANG
PENSEJARAHAN DAN EKONOMI.
PELAYARAN AL- MASUDI TELAH MENINGGALKAN BANYAK
CATATAN BERHARGA DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN
PELAYARAN. BINCANGKAN.
BINCANGKAN SUMBANGAN IBN BATTUTAH HASIL DARIPADA
AKTIVITI PELAYARANNYA
PENEROKAAN IBN MAJID TELAH MENGHASILKAN PELBAGAI
CATATAN DAN PENINGKATAN ILMU TEKNOLOGI PELAYARAN.
BINCANGKAN.
HURAIKAN CIRI- CIRI SENI BINA YANG TERDAPAT PADA
ZAMAN KERAJAAN NASRIYYAH DI GRADANA PADA ABAD KE-
13 MASIHI.

SOALAN 1: HURAIKAN CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI YANG DIPERKENALKAN
OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

PENDAHULUAN

 Menurut pandangan Islam, ekonomi merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia selaras dengan tuntutan syariat Islam , sama ada di peringkat perolehan,
penggunaan atau pengurusan sumber untuk diri, masyarakat dan negara dari segi rohani
dan jasmani.

 Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, sumber wahyu merupakan asas kepada
penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam
khasnya dan umat manusia amnya.

 Rasulullah S.A.W telah memperkenalkan contoh dan adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal, mengharamkan
perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram, berkelakuan baik semasa berurus
niaga, menjauhkan diri daripada amalan riba dan menjalankan urusniaga dengan jujur dan
amanah.

 Contoh dan adab ini merupakan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk memantapkan
ekonomi Islam khususnya di Madinah.

ISI

1) Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah SWT
 Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan,
perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.
 Dalam konteks ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain
dasar tersebut.
 Maka, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab
dan tidak mengetepikan aspek-aspek kebajikan masyarakat.
 Selain kegiatan ekonomi yang dijalankan di Madinah semasa zaman Nabi
Muhammad S.A.W, sumber kewangan Islam juga didapati daripada derma,
rampasan tunai dan harta benda, rampasan hartanah, jizyah dan sadaqat.
 Orang Islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung
bersama.
 Sebagai contoh, dalam Perang Khandak, Sa’ad bin Ubadah, Jabir bin Abdullah
dan lain-lain mendermakan makanan dan kurma kepada tentera Islam.
 Jelaslah bahawa ciri ekonomi yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad adalah
bertujuan untuk beribadah kepada Allah SWT.

2) Ekonomi berasaskan al-Quran dan hadis
 Asas kepada ekonomi Islam ketika itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah
SWT melalui Jibrail A.S kepada Nabi Muhammad SAW.
 Segala aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Islam seperti pertanian,
perniagaan, perdagangan dan perusahaan hendaklah tidak bercanggah dengan al-
Quran dan Sunnah.
 Konsep-konsep asas seperti Rububiyyah, Tazkiyah, Ubudiyah dan Uluhiyyah
menjadi pegangan masyarakat Madinah ketika menjalankan semua kegiatan
ekonomi mereka.
 Sebagai contoh, konsep tazkiyah ( kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan
proses pembentukan akhlak dan sahsiah. Para rasul yang diutus adalah untuk
memurnikan dan mensucikan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan
Allah S.W.T, manusia dan alam.
 Konsep-konsep ekonomi Islam ini secara tidak langsung akan menyuburkan
ekonomi Madinah ketika itu.
 Tambahan pula, Nabi Muhammad S.A.W juga menjadikan al-Quran dan hadis
sebagai rujukan utama dalam melaksanakan dasar ekonomi di Madinah.

 Maka dengan ini, terbuktilah bahawa ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W adalah berasaskan al-Quran dan Sunnah.

3) Matlamat jangka panjang diutamakan
 Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan
kepada masyarakat.
 Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan nilai dan
tahap hidup masyarakat.
 Perkhidmatan pelacuran, perjudian dan seumpamanya tidak ada sama sekali
dalam senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa kerosakan dan
kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
 Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka panjang dalam
aktiviti ekonomi adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
 Ekonomi Islam menerapkan nilai saling tolong-menolong antara satu sama lain
iaitu mereka amat menekankan perkongsian rezeki antara golongan kaya dan
golongan miskin.
 Buktinya, golongan Ansar telah banyak berkorban dan membantu golongan
Muhajirin dari segi sosioekonomi iaitu harta benda, tenaga dan persaudaraan
sewaktu golongan Muhajirin berpindah ke Madinah bersama-sama Nabi
Muhammad S.A.W dengan penuh keikhlasan.
 Seterusnya, perniagaan dan aktiviti ekonomi juga adalah untuk mendapat
keuntungan material, pahala dan ganjaran Allah S.W.T daripada aktiviti yang
dilakukan.
 Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa peniaga yang amanah berada di
bawah naungan Arash pada hari pengadilan.
 Hadis menjelaskan bahawa peniaga-peniaga yang menjalankan urusan perniagaan
dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke
dalam golongan yang diberi keistimewaan.
 Semakin banyak pahala yang diperolehi daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi
usaha yang dilaksanakan.
 Dalam konteks ini, aktiviti ekonomi juga mengutamakan golongan yang lemah.
 Misalnya, Abdul Rahman bin Auf memulakan perniagaannya dengan bantuan
golongan Ansar dan akhirnya beliau menjadi seorang peniaga yang berjaya dan
merupakan individu yang terkaya di Madinah.
 Abdul Rahman bin Auf memiliki sifat peribadi seperti taat kepada perintah Allah
S.W.T, pintar dalam perniagaan, kuat berusaha serta zuhud dan dermawan. Sifat
peribadi seperti inilah yang mendorong beliau menjadi seorang jutawan.
 Oleh itu, jelaslah bahawa matlamat jangka panjang amatlah diutamakan dalam
sistem ekonomi Islam dan hal ini merupakan cirinya.

4) Pengagihan kekayaan secara sama rata
 Dalam amalan ekonomi , Islam amat menekankan perkongsian kekayaan.
 Umpamanya, sekiranya seseorang itu dilimpahkan dengan kekayaan, maka dia
diwajibkan berkongsi kekayaannya dengan orang lain.
 Harta kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti ekonomi tidak boleh
disalahgunakan hingga mendatangkan mudarat kepada orang lain.
 Pembahagian ekonomi adalah adil dan saksama dalam kalangan masyarakat
Madinah iaitu melalui kewajipan berzakat dan menggalakkan bersedekah.
 Hal ini dapat dilihat melalui beberapa warkah yang ditandatangani oleh Nabi
Muhammad S.A.W yang menunjukkan bahawa terdapat penentuan perintah
membayar zakat ternakan bagi orang Islam.
 Misalnya, Bahilah dan mereka yang tinggal di Bishah diwajibkan membayar fariz
(lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah musinnah (unta tua)
sebanyak lima ekor sekumpulan. Penduduk Dumah dan Kalb pula dikehendaki
membayar zakat yang sama ke atas ternakan selain ushr atau separuh daripada
hasil pertanian mereka.
 Amalan zakat dan sedekah ini mampu membebaskan umat Islam yang terhimpit
dalam kemiskinan dan meningkatkan ekonomi secara amnya.
 Tebuktilah bahawa pengagihan kekayaan secara sama rata merupakan ciri
ekonomi yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W

5) Mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang berunsur penindasan
 Perkara ini dapat dilihat melalui nas-nas di dalam al-Quran yang mengharamkan
amalan riba.
 Amalan ini dilihat akan mendatangkan kemudaratan kepada segelintir masyarakat
dan akan memundurkan ekonomi masyarakat tersebut.
 Sebagai contoh, ekonomi pada zaman jahiliyah, keluarga yang kaya adalah sangat
kaya manakala yang miskin pula hidup merempat sehingga terpaksa menjual anak
perempuan untuk pelacuran. Perbuatan ini adalah amat tidak digalakkan dalam
Islam.
 Kerajaan Islam Madinah turut mengharamkan rasuah dan penipuan yang
menjurus kepada penindasan.
 Tindakan terhadap amalan ekonomi Islam sebegini telah menghapuskan kegiatan
haram yang pernah dijalankan di Madinah sebelum kedatangan Islam.
 Situasi ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Islam lebih adil dan tidak
menindas kerana peluang ekonomi diberi sama rata kepada semua dan hal ini
merupakan ciri-ciri ekonomi yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di
Madinah.

6) Menghapuskan monopoli kaum Yahudi

 Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah, masyarakat Yahudi
di Madinah berjumlah 4 400 orang.

 Kaum Yahudi merupakan orang yang pintar, mempunyai kebun yang luas dan
subur, rumah batu yang besar dan mempunyai benteng atau kubu.

 Ekonomi Madinah adalah dimonopoli oleh golongan Yahudi dan
 Golongan Yahudi seringkali melakukan penindasan kepada masyarakat tempatan

lain di Madinah.
 Hal ini amat membimbangkan penduduk di Madinah kerana kaum Yahudi ini

mengamalkan riba dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang usahawan,
petani dan peniaga.
 Mereka juga mahir dalam perusahaan pertukangan.
 Misalnya, orang Yahudi (Bani Qunaiqa’) pandai bertukang emas dan menjalankan
aktiviti perniagaan dan memberi pinjaman dengan riba yang tinggi dan
membebankan masyarakat lain di kota Madinah.
 Amalan riba merupakan amalan yang diharamkan dalam ekonomi Islam dan hal
ini mendorong kerajaan Islam Madinah berusaha untuk menghapuskan amalan ini
dan akhirnya menghapuskan monopoli golongan Yahudi.

KESIMPULAN

 Ternyatalah bahawa terdapat beberapa ciri dalam sistem ekonomi yang telah
diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah.

 Sistem ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia
yang beriman dan beramanah.

 Sikap bertanggungjawab dan sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan
pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam.

 Islam sememangnya memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi.
Terdapat aktiviti ekonomi yang diharuskan dan diharamkan yang bertujuan untuk
mendisiplinkan diri dan melahirkan seorang muslim yang bertakwa kepada Allah SWT.

SOALAN 3: HURAIKAN LIMA DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN MELAKA
BAGI MEMASTIKAN PERANANNYA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA
PADA ABAD KE- 15 MASIHI.

Pendahuluan

 Pada kurun ke-15 Melaka telah muncul sebagai emporium perdagangan yang terkenal.
 Menurut sejarah Melayu, Melaka digelar sebagai"Malakat"oleh orang Arab iaitu perhimpunan para

pedagang.

 Ini bermakna pedagang-pedagang seluruh dunia menjalankan aktviti perdagangan di pelabuhan
Melaka yang berlainan bangsa dan keturunan.

 Kemuncak kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa berlaku setelah raja Melaka Islam iaitu seaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah

 Terdapat beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan melaka bagi memastikan peranannya
sebagai pusat perdagangan antaranbabangsa pada abad ke- 15 masihi

Isi- isi

 Mengadakan hubungan diplomatik / persahabatan
 Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh.
 Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam.
 Suasana yang aman dan damai yang wujud menjadikan aktiviti perdagangan berjalan dengan
lancar.
 China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya untuk membolehkan wujud
perkembangan perdagangan dua hala.

 Menubuhkan pusat pelabuhan yang cekap
 Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan pusat
pelabuhan yang cekap.
 Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda
dan Kiwi.
 Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hukum
dan sistem percukaian.
 Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan, perkapalan dan pelayaran

 Mengenakan cukai yang berpatutan
 Sistem cukai yang teratur, berpatutan dan adil diperkenalkan oleh kerajaan Melaka.
 Pada umumnya, terdapat dua jenis bayaran atau cukai bagi urusan import atau membawa
masuk barang dagangan.
 Bayaran pertama ialah bersifat rasmi yang tertakluk kepada penetapan kadar yang telah
dibuat, yang turut juga dinamakan sebagai custom duties manakala bayaran yang kedua ialah
berbentuk bayaran tidak rasmi atau hadiah yang harus diberikan kepada Raja,
Bendahara,Temenggung dan Syahbandar yang mewakili bangsa nakhoda berkenaan.
 Selain daripada itu, di Melaka import bagi bahan-bahan makanan mendapat keistimewaan
iaitu bebas daripada cukai.
 Bayaran bagi bahan-bahan makanan ini kebiasaannya termasuk ke dalam lingkungan hadiah
sahaja.
 Saudagar- saudagar yang dimestikan untuk mematuhi peraturan ini ialah kapal-kapal yang
membawa bahan-bahan makanan tidak kira sama ada dari bahagian timur dan selatan Melaka,
Gugusan Kepulauan Melayu, pantai barat Tanah Melayu dan sebagainya
 Dasar cukai terhadap bahan import seperti ini berkait rapat dengan keadaan Melaka yang
kurang sesuai untuk pertanian.

 Justeru, sudah semestinya kerajaan Melaka meletakkan dasar yang mudah dan istimewa bagi
bahan-bahan makanan dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan untuk penduduk
tempatan

 Jaminan keselamatan dan kestabilan politik
 Unsur-unsur dan jaminan keselamatan gudang-gudang, gedung-gedung, kediaman pedagang
dan lain-lain kemudahan yang disediakan terjamin daripada api, kerosakan dan kecurian
adalah perlu.
 Jaminan keselamatan kerajaan Melaka terhadap gedung yang disediakan pada awal abad ke-
15 dapat dilihat daripada keterangan Ma Huan dan Fei Hsin.
 Ma Huandan Fei Hsin menyebut bahawa para saudagar China telah mendapati bahawa
Melaka telah membina gedung yang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu-pintu
yang berkunci.
 Gedung ini dikawal oleh penjaga yang bersedia untuk menyembunyikan loceng sekiranya
terjadi sesuatu kekecohan dan kecemasan
 Angkatan laut Melaka di bawah panglima laut Laksamana Hang Tuah serta Orang laut atau
Orang Selatnya sentiasa meronda di laut dan memberikan perlindungan kepada kapal-kapal
pedagang yang datang ke Melaka.

 Undang-Undang Kanun Melaka
 Kerajaan Melaka telah menggubal Undang-Undang Laut Melaka untuk melicinkan urusan
perdagangan di Melaka.
 Dengan adanya sistem perundangan yang berkesan, aktiviti perdagangandi Melaka dapat
dijalankan dengan lancar dan adil.
 Ini dapat memberi keyakinan kepada pedagang untuk berdagang di Melaka.
 Undang-Undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal.
 Perkara-perkara penting yang ditegaskan Undang-Undang Laut Melaka ialah peraturan dan
tata tertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukam jenayah yang berlaku di kapal dan
larangan serta tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapa

Kesimpulan

 Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke-15.
 Perkembangan ini disebabkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan melaka bagi memastikan

peranannya sebagai pusat perdagangan antaranbabangsa.
 Kedudukan Melaka di Selat Melaka bersesuaian dengan laluan kapal-kapal untuk berdagang
 Melaka menjadi pelabuhan entrepot atau telah mencapai kemuncak kegemilangan semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Shah iaitu sewaktu Islam mula berkembang di Alam Melayu

SOALAN 10: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-11 HINGGA
ABAD KE-13 MASIHI.

Pendahuluan

Ilmu berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘ilm’ yang bermaksud tahu. Daripada perkataan
tersebut terbit pula perkataan ‘alim’ yang bermakna berilmu dan ‘ulama’ yang bererti orang yang
berilmu. Islam meletakkan para sarjana dan cendekiawan di tahap yang tinggi. Misalnya dalam
surah Al-Mujadalah , ayat 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Allah meninggikan
kedudukan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang-orang berilmu mendapat
beberapa darjat”. Allah SWT mengakui bahawa orang yang tidak berilmu tidak sama dengan
orang yang tidak berilmu. Dalam Surah Al-Zumar, ayat 9, bermaksud “adakah sama orang yang
berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran hanyalah orang-orang yang berakal”.

Isi-isi:

Isi 1: Datangnya ilmuan dunia

 kehadiran tokoh-tokoh ilmuan atas jemputan dari segenap pelusuk dunia untuk mengajar
di sekolah dan institusi pengajian tinggi yang dibina.

 tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal adalah seperti Ibn Tufayl dan Ibn Rushd (ahli falsafah
Islam), Ibn Arabi dan Ibn Sab’in (ahli tasawuf) dan sebagainya.

 selain itu, kemasukan aliran sufi, ahli kalam, falsafah dan saintis Islam ke Andalusia.
 kesannya telah melahirkan ramai ilmuan tempatan yang mengajar ilmu di Andalusia.

Isi 2: Pembinaan sekolah-sekolah agama dan institusi pengajian tinggi

 Amir atau khalifah telah mendirikan sekolah-sekolah agama dan institusi pengajian tinggi
seperti di Cardova, Sevile, Malaga, dan Granada untuk kemudahan rakyat jelata
mendalami ilmu.

 kesannya, berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang
termasuk sains dan teknologi.

 malahan, dapat menarik minat para pelajar di kawasan Eropah untuk datang dan belajar
di universiti yang didirikan.

 di samping itu, menghantar pelajar-pelajar ke Timur bagi mempelajari pelbagai bidang
ilmu pengetahuan.

Isi 3: Kelahiran kitab-kitab yang menyebabkan perkembangan ilmu

 usaha penulisan rancak dilakukan pada zaman kerajaan Muwahhidun.
 buktinya, di Andalusia terdapat lebih 400 000 hingga 600 000 judul buku di Perpustakaan

al-Hakam melebihi perpustakaan Eropah yang lain.

 antara karya yang terkenal ialah Hayy Ibn Yaqazan yang dikarang oleh Ibn Tufayl,
Tahafut al Tahafut oleh Ibn Rushd , dan Dalalah al-Ha’irin oleh Ibn Maimun yang
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing ( Inggeris dan Sepanyol) dan sebagainya.

 terdapat perpustakaan persendirian yang didirikan oleh golongan bangsawan dan
sasterawan.

 perpustakaan persendirian yang terkenal pada awal abad ke-11, ialah Perpustakaan
persendirian Ibn Futais di Cordova dan Perpustakaan Yusof Ibn Ismail, salah seorang
menteri Granada.

dalam masa yang sama terdapat usaha

Isi 4: Usaha penterjemahan yang dilakukan oleh ilmuan

 Usaha penterjemah ke dalam bahasa Latin begitu rancak dilakukan.
 aktiviti penterjemahan ini bertujuan supaya ilmu Islam dibaca dan disebarkan dalam

kalangan orang Islam dan bukan Islam.
 proses penterjemahan dilakukan oleh para sarjana Eropah yang berhijrah ke Andalus

menerusi pengajian-pengajian di universiti seperti di Universiti Cordova.
 Penterjemah Eropah di Andalusia ialah Hugh of Santala yang juga ahli kimia dan

astronomi selain Jirarid Al-Karimuni atau dikenali sebagai Ath-Tolitoli.

Isi 5: Pusat kelimuan yang termasyhur

 pasar Cordova terkenal dengan aktiviti penjualan buku.
 penjual dan pembeli datang dari pelbagai tempat di Andalusia.
 Ibnu Rushd pernah menulis “sekiranya berlaku kematian seorang terpelajar di Seville,

buku-bukunya dihantar ke Cordova untuk dijual”.
 masyarakat Andalusia sama ada orang Islam atau orang bukan Islam sangat berminat

dengan Ilmu pengetahuan.
 para pelajar sanggup mengembara ke dalam negeri atau luar negara untuk mendalami

pelbagai ilmu pengetahuan.

Kesimpulan:


Click to View FlipBook Version