MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM TOPIK 1 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA NUR AMIRAH (R01SPK22F014) NUR ANIS (R01SPK22F018) NURUL ALEEYA NABILA (R01SPK22F011)
❑ Akidah dari segi bahasa merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab ( دَ ( َعق َyang bermakna ikatan kemas atau simpulan mati. ❑ Dari segi istilah akidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana. PENGERTIAN AKIDAH
KEPENTINGAN AKIDAH 01 ➢ Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpa aqidah tidak akan tertegaknya Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak boleh mengakibatkan runtuhnya pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya untuk memberikan penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidahnya dan sejahteraan kehidupannya ➢ Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain 02
➢ Tanpa aqidah, kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan hati tidak dapat dikecapi melainkan dengan menyembah Allah swt yang Esa.Sebagai kewajipan bagi setiap umat IslamAqidah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan menyebabkan ia adalah sesuatu yang pertama kali diwajibkan kepada manusia.Sabda Rasulullah saw:"Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
KESIMPULAN Kesimpulannya akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadis. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri. konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, " melentur buluh biarlah dari rebungnya. "
SEKIAN TERIMA KASIH TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERI TUMPUAN , BUKAN SEPERTI DIA YANG HADIR HANYA BILA MEMERLUKAN PERHATIAN