SELAMAT TAHUN BARU 2024 HEPBUZZ EDISI 1/2024
Prof Madya Dr Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) DARI MEJA TIMBALAN NAIB CANSELOR Assalamualaikum, Sejahtera, Salam Kita Selangor Maju Bersama, Salam Malaysia Madani & Salam Budiman. Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 buat semua mahasiswa-mahasiswi Unisel yang Budiman. Moga tahun ini dan mendatang memberi kejayaan berterusan buat semua. Mari kita merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas terbitan sulung Buletin HEP Buzz. Setinggi tahniah dan penghargaan buat teraju bulletin iaitu unit SKPU, Pentadbiran & Inklusif OKU yang diketuai oleh En Meor Mohd Kamil bin Amirrudin dan pasukannya kerana telah menjayakan penulisan Buletin Hep Buzz buat julung-julung kalinya.Setinggi penghargaan juga buat semua unit di bawah pentadbiran HEP iaitu Unit Disiplin, Kerjaya & Keusahawanan dan Bantuan Asas Yuran Unisel, Residensi Pelajar, Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Unit Budiman, Unit Tajaan Pendidikan, Unit Kaunseling dan Latihan HEP serta Unit Non-Residen. Sekalung penghargaan juga buat En Zulfikri Kamil atau lebih dikenali sebagai Ayah Zul di atas sumbangan yang tidak terhingga dan juga merupakan tulang belakang HEP yang banyak memberikan tenaga, kepakaran dan masa bagi menjayakan kegiatan atau aktiviti pelajar di bawah pentadbiran HEP. Semua usaha ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa inspirasi, dokongan dan usaha transformasi tanpa jemu Yang Berbahagia Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman. Beliau telah banyak memacu UNISEL menjadi salah sebuah IPTS terbaik . Transformasi yang dibawa oleh Yang Berbahagia Dato’ Presiden dan Naib Canselor juga banyak membawa perubahan kepada UNISEL terutama melahirkan mahasiswa budiman yang mampu berdaya saing dalam sektor ilmu akademik dan sahsiah setelah menamatkan pengajian di UNISEL. Ini terbukti apabila Unisel terus cemerlang dalam Kebolehpasaran Graduan KPT dengan mencapai 95.7% iaitu antara tertinggi di negara ini. Usaha berterusan Unisel dalam memberi sokongan terbaik bagi semua mahasiswa diteruskan dengan lebih efektif dan inkulisf pada tahun ini. Tahun 2024 juga akan menyaksikan pelbagai pembaharuan termasuk tambahbaik infrastruktur dan perkhidmatan. Pejabat-pejabat baharu KKBJ dan COMNET di Bestari Jaya telah beroperasi sepenuhnya. Bilik Aktiviti Pelajar dan pejabat MPP Shah Alam juga telah siap direnovasi. Dewan Canselor telah lengkap dengan sistem tayangan hebatnya. Terkini, Kafe akan mula diperbaiki dengan total. Paling menarik kita akan mempunyai padang sintetik lengkap dengan lampu limpah di Pusat Sukan. Transformasi insaniah juga tentunya tidak dilupakan apabila pelbagai tambahbaik dasar Mahasiswa Budiman diperkenalkan. Penyaluran semua informasi ini antaranya dibuat menerusi penerbitan Buletin HEP Buzz ini . Semua maklumat dan berita kegiatan pelajar serta aktiviti Unisel akan disalurkan secara menyeluruh dalam Buletin ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden & Dato’ Naib canselor Unisel serta seluruh keluarga besar Unisel yang sentiasa gagah mengangkat Unisel sebagai IPT yang benar-benar Hidup, Terbaik dan Pasti Berjaya. Buat mahasiswa Unisel, marilah sama-sama mengangkat Unisel sebagai pusat pendidikan mahasiswa sebenar, kekal berdisiplin, mematuhi etika dengan baik dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan UNISEL. “Jika lembut jangan sampai disudu orang, Jika keras jangan sampai dilempar orang” (USF) Semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih Barkah dan Sejahtera. Selamat Tahun Baharu 2024. Sekian, Salam Budiman.
Komuniti (HEP). Kami sebagai pada editor dengan bangga mempersembahkan artikel-artikel berkaitan dengan aktiviti program Mahasiswa UNISEL, topik yang releven dalam setiap program berlangsung di dalam Universiti Selangor. Sebagai Ketua Editor, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penulis dan para editor yang telah bekerja keras untuk membuat buletin ini hingga menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada Yg. Bhg Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor HEP kerana mendokong kuat akan penerbitan Buletin HEP BUZZ hingga terbitnya Buletin ini. Juga penghargaan kepada En. Zulfikri bin Mohd Kamil selaku Timbalan Pendaftar HEP yang telah banyak memberi panduan dan nasihat dalam penghasilan Buletin. Penghargaan juga diberikan kepada setiap unit di HEP seperti Pusat Residensi Pelajar, Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan komuniti, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Disiplin, Keusahawanan dan Biasiswa, Unit Tajaan Pendidikan, Unit SKPU, Pentadbiran dan Inkulisif OKU juga serta Non Residen dan Disiplin. Tidak dilupakan juga kepada Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL yang turut menyumbang artikel-artikel untuk buletin. Kami berharap bahawa Buletin ini akan terus menjadi sumber inspirasi dan pengetahuan yang berharga bagi semua pembaca kami. KAMI SIDANG REDAKSI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2024 UNTUK SEMUA. KETUA EDITOR EDITORIAL Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya sidang redaksi Buletin HEP BUZZ dapat menghasilkan edisi pertama pada tahun 2024 sebagai wadah komunikasi dan penyebaran maklumat berkaitan aktiviti di Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) untuk memberikan kandungan yang berkualiti dan releven kepada para pembaca. Edisi terbaru majalah ini adalah hasil kerja keras dan kolaborasi antara mahasiswa UNISEL dan staf-staf di Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan DARI PENA SIDANG EDITORIAL Penaung: Prof Madya Dr Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh Ketua Editor: Meor Mohd Kamil Bin Amiruddin Editor: Gugeneswary Selvan Siti Nur Azilah Bt Saipul Parvnasre BatuMalai Penulis:- Atika Mustakim1. Siti Masnita Bt Md Idros2. Mohd Hakkim Firdaus Bin Hamzah3. Rifha Deannah Binti Rohanan4. Sahrunnizar Bin Reduan5. Siti Nur Azilah Bt Saipul6. MPP: Amely Binti Alias 7. Pentadbiran Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP), Jalan Timur Tambahan, 45500 Bestari Jaya, Selangor. +603-32805041 [email protected] SKPUOKU
ISI KANDUNGAN SEGMEN KENALI HEP SEGMEN PEJABAT TIMABALAN NAIB CANSELOR SEGMEN UNIT KAUNSELING DAN LATIHAN SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU SEGMEN DISIPLIN, KEUSAHAWANAN, BIASISWA SEGMEN BUDIMAN SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL SEGMEN RESIDENSI PELAJAR SEGMEN UNISEL 5-6 8-27 28-32 33-34 35-36 37-38 39-45 46-47 48 49 SEGMEN TAJAAN PENDIDIKAN PELAJAR (UTP) 50 SEGMEN UNIT NON-RESIDEN & DISIPLIN
Beliau mempunyai pengalaman yang luas, memulakan kerjayanya sebagai kerani dan Pegawai di Malaysia Airlines (M.A.S) sebelum bergerak ke jawatan Eksekutif Pendidikan di Yayasan Selangor pada tahun 1998-1999. Beliau merupakan perintis awal dalam penubuhan Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun 1999. Sejak itu beliau telah melalui pelbagai jawatan seperti Penolong Pendaftar Pentadbiran, Akademik, Peperiksaan, Pemasaran & Latihan, Penolong Pendaftar Kanan Latihan di Sumber Manusia, hingga ke jawatan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Kaunselor UNISEL. Zulfikri Bin Mohamed Kamil Zulfikri Bin Mohamed Kamil Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Universiti Selangor (UNISEL) & Ketua Kaunselor UNISEL P.P.T dihormati, lahir pada 12hb Jun 1966 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang (Bimbingan & Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia (U.P.M), di samping menjadi Kaunselor Berdaftar . Pilihan kerjaya beliau sebagai Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) serta peranan sebagai Ketua seorang tokoh yang Kaunselor menandakan minat mendalamnya dalam memajukan pendidikan dan menyumbang kepada masyarakat. Beliau memilih jalur ini untuk terlibat secara langsung dalam memperkasa pelajar dalam aspek pembangunan diri dan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan. 1 HEP BUZZ SEGMEN KENALI HEP 5 P.P.T (Ayah Zul)...
Di peringkat universiti, beliau telah menyumbang secara aktif dalam berbagai jawatan organisasi termasuk sebagai Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Pengarah Sambutan 10 Tahun UNISEL, serta menjadi pengarah untuk acara-acara besar seperti Minggu Tekad Siswa dan Pesta Konvokesyen UNISEL. Beliau juga turut terlibat dalam badan kebajikan dan aktiviti pencegahan jenayah di universiti. Di samping sumbangan kegiatan universiti, En Zulfikri juga mempunyai pencapaian di peringkat negeri dan luar negara. Beliau telah menerima anugerah dan pengiktirafan di peringkat universiti termasuk Anugerah Khidmat Setia UNISEL, dan Anugerah Pingat Pekerti Terpilih dari D.Y.M.M Sultan Beliau mempunyai empat orang anak dan isterinya, Rosamiza bt. Lebai Rahmat, yang dulunya turut bertugas sebagai Penolong Pendaftar di UNISEL, kini menjadi seorang usahawan dalam bidang perniagaan makanan. Pertemuan mereka berdua berlangsung semasa bekerja di MAS (Malaysia Airlines). En Zulfikri Bin Mohamed Kamil bukan hanya seorang pegawai universiti yang cemerlang tetapi juga seorang berminat dalam sumbangan pendidikan dan pengurusan pelajar. Dedikasinya yang berpanjangan dan kesungguhan dalam memajukan pendidikan tinggi membuatkan beliau dihormati oleh pelajar dan rakan sekerja. Selangor. Pengalaman luarnya termasuk membawa delegasi pelajar MPP ke Universiti Curtin di Australia dan pengalaman dalam membawa pelajar Angkatan Pertahanan Awam Unisel ke ekspedisi Gunung Kinabalu, Sabah. Beliau juga merupakan Mantan Major Bersekutu dalam Angkatan Pertahanan Awam Universiti Selangor (UNISEL). 2 HEP BUZZ SEGMEN KENALI HEP 6
Penasihat 1 Prof Madya Dr Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Penasihat 2 Zulfikri Bin Mohamed Kamil Timbalan Pendaftar & Ketua Kaunselor Editor Meor Mohd Kamil Bin Amiruddin Penolong Pendaftar Unit SKPU, Pentadbiran & Inklusif OKU Pereka Grafik 1 Gugeneswary Selvam Pelajar Latihan Industri Penulis Juru Foto Siti Nur Azilah Bt Saipul Permbantu Tadbir & Operasi SIDANG EDITORIAL BULETIN HEP BUZZ 7 Pereka Grafik 2 Parvnasre BatuMalai Pelajar Latihan Industri
Pada 14 September 2023, Unisel dan Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) telah menjalankan perbincangan yang melibatkan wakilwakil dari KVKS, termasuk dua Ketua Jabatan dan lima pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Perbincangan itu bertujuan untuk merangka kerjasama awal antara kedua institusi. Fokus utama termasuk penekanan pada kerjasama strategik dalam program pelajar dan aktiviti komuniti untuk memperkukuhkan peranan dan impak dalam komuniti setempat. Selain itu, perbincangan juga menggariskan kolaborasi dalam bidang sukan untuk meningkatkan pembangunan sukan di peringkat kolej vokasional dan universiti. KVKS juga dipandang sebagai potensi pengumpan kepada program akademik Unisel, dengan sekitar 500 pelajar yang mungkin melanjutkan pengajian mereka dari KVKS ke Unisel. Kerjasama ini memberi peluang kepada kedua institusi untuk saling berkongsi sumber dan pengalaman, memperkukuhkan pengajaran, dan memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar dalam pengembangan akademik dan kemahiran. PERBINCANGAN BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR 3 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 8
Pada 15 September 2023, diadakan lawatan delegasi Kerajaan Victoria Australia ke UNISEL di Bilik Mesyuarat Senat, Shah Alam. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Exco Puan Anfaal Saari serta Pengurus Besar YAWAS, Pn Gan Pei Nei. UNISEL diwakili oleh wakil-wakilnya termasuk TNC PPJK, Pengarah IO, Pengarah COE, dan wakilwakil dari FPSS, bersama dengan wakil-wakil dari UPEN dan YAWAS. Dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara penting telah dibincangkan, antaranya adalah penawaran kursus Micro-credential yang berkaitan dengan latihan penjaga kanak-kanak dan ekonomi jagaan. Selain itu, juga dibincangkan mengenai kursus bersama dengan Deakin University untuk PAKK, pemberian kursus elektif microcredential kepada pelajar PAKK UNISEL oleh institusi pengajian tinggi di Australia, peluang bagi biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) serta kerjasama dengan kerajaan Selangor, cadangan pemberian biasiswa dan felo dari Deakin University kepada pelajar dan staf UNISEL, serta peluang geran penyelidikan secara bersama antara UNISEL dan Deakin University. Ini menandakan usaha aktif dalam memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan untuk manfaat pelajar dan staf UNISEL. LAWATAN DELEGASI KERAJAAN VICTORIA AUSTRALIA KE UNISEL 4 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 9
Pada 15 September 2023, UNISEL FC telah mengadakan diskusi dengan Coach Fauzi Pilus dan pasukannya dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan FAM dan FAS dalam bidang bola sepak. Beberapa aspek kerjasama awal telah dirangka, termasuk pendekatan UNISEL untuk menjadi pemimpin dalam sukan bolasepak pantai dan futsal wanita. UNISEL juga berhasrat untuk menjadi pusat latihan pemain kebangsaan dalam bidang bolasepak pantai yang semakin mendapat perhatian. Selain itu, program pengajian yang ditawarkan oleh UNISEL akan diperkenalkan kepada para ahli sukan, serta cadangan untuk membangunkan gelanggan bolasepak pantai. Selain itu, terdapat rancangan untuk melatih persijilan dan kemahiran di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi UNISEL (SBU) dan turut merancang penglibatan dalam karnival Jelajah Madani di Unisel Depani. Cadangan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum persefahaman lanjutan (MoA) juga diperbincangkan bagi mengetatkan lagi kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat. Ini menunjukkan usaha aktif UNISEL FC dalam menggalakkan dan membangunkan sukan bola sepak, khususnya dalam bidang bolasepak pantai dan futsal wanita di peringkat nasional serta meningkatkan kecemerlangan sukan di kalangan pelajar. UNISEL FC – DISKUSI BERSAMA COACH FAUZI PILUS & TEAM 5 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 10
Pada 20 September 2023, di Dewan Canselor Kampus BJ, diadakan Program Sekolah Rukun Negara (ASAS) yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Program ini turut dihadiri oleh En. Hazli Bin Hamzah, Ketua Penolong Pegarah Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti i-LEAD, serta En. Haslizar Bin Rozally, Penolong Pengarah Kanan Kluster Kenegaraan i-LEAD. Sebanyak 850 orang pelajar dari pelbagai fakulti di Dewan Canselor Kampus BJ turut hadir, sementara pelajar dari Universitas Bina Dharma, Indonesia, juga turut serta dalam program ini. Kegiatan ini merupakan peringkat kedua program tersebut, diusulkan untuk diteruskan bagi meluaskan kesedaran berkaitan tatakelola negara di kalangan mahasiswa. PROGRAM SEKOLAH RUKUN NEGARA (ASAS) 6 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 11
PEJABAT SUK SHAH ALAM, 5 OKTOBER 2023 - Diskusi Exco Belia, Sukan & Keusahawanan membincangkan perancangan aktiviti untuk manfaat Unisel, alumni dan pelajar. Selain itu, peranan HEP, IESAD dalam membantu Portfolio Exco. Di samping itu, diskusi itu juga turut membincangkan aktiviti pelajar untuk digabungjalinkan dengan DN Kota Anggerik dan Exco. Diskusi tersebut turut dihadiri oleh Puan Rozana binti Zainal Abidin (Ahli LembagaM Pengarah WBS), Prof. Madya Dr. Hairol Anuar bin Hj. Mak Din dan Prof Madya Dr Hamdan bin Dato’ Mohd Sallehm (Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor) serta Dr. Ng Ming Yip (Felo Institut Kajian Piihan Raya dan Pemajuan Demokrasi - IESAD). DISKUSI EXCO BELIA, SUK AN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR 7 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR KOPERASI HIJRAH SHAH ALAM, 18 OKTOBER 2023 - Diketuai oleh Prof Madya Dr Hamdan (TNC PPJK) dan turut dihadiri En Zulfikri Kamil (Timbalan Pendaftar HEP) dan Dr Ng Ming Yip (Pengarah Residensi Pelajar). Penerangan tentang KoHijrah oleh pengurusan KoHijrah diketuai oleh En. Mohammad Syukri bin Ismal (Pengurus Besar). KoHIjrah merupakan antara agensi di bawah Exco Koperasi Negeri Selangor. Justeru itu, terdapat pelbagai manfaat dan kerjasama yang dapat dijalankan bersama KoHijrah antaranya, manfaat bantuan perniagaan kepada alumni Unisel, penawaran produk-produk KoHijrah dengan diskaun tawaran istimewa kepada pelajar dan alumni Unisel, Latihan keusahawanan kepada bakal alumni, peluang kerjaya dalam bidang perniagaan kepada pelajar dan alumni dan peluang kepada pelajar dan alumni memperkenal produk mereka kepada awam menerusi KoHijrah. LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KE KOPERASI HIJRA H SELANGOR (KOHIJRAH) 12
Pada 5 Oktober 2023, sebuah perbincangan yang melibatkan Exco Belia dan Sukan Keusahawanan Negeri Selangor telah diadakan di Pejabat SUK Shah Alam. Perbincangan ini turut dihadiri oleh beberapa individu termasuk Puan Rozana binti Zainal Abidin (Ahli Lembaga Pengarah WBS), Prof. Madya Dr. Hairol Anuar bin Hj. Mak Din, dan Dr. Ng Ming Yip (Felo Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi - IESAD). Dalam sesi ini, terdapat beberapa fokus perbincangan yang meliputi perancangan aktiviti untuk memberi manfaat kepada Unisel, alumni, dan pelajar dalam konteks pembangunan belia dan sukan keusahawanan di Negeri Selangor. Peranan yang dimainkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dalam membantu portfolio Exco di bidang belia dan sukan keusahawanan turut menjadi DISKUSI EXCO BELIA, SUKAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR tumpuan perbincangan. Selain itu, upaya digalakkan untuk menggabungkan aktiviti pelajar dengan Dewan Negeri Kota Anggerik dan Exco, bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serta melibatkan pelajar dalam usaha memajukan agenda belia dan sukan keusahawanan di negeri tersebut. Diskusi ini menunjukkan usaha yang berterusan untuk memajukan bidang belia dan sukan keusahawanan di Negeri Selangor dengan menggandeng pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan seperti Unisel dan mendorong pelibatan aktif pelajar sebagai agen pembangunan dalam komuniti. 8 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 13
Pada 5 Oktober 2023, sebuah perbincangan yang melibatkan Exco Belia dan Sukan Keusahawanan Negeri Selangor telah diadakan di Pejabat SUK Shah Alam. Perbincangan ini turut dihadiri oleh beberapa individu termasuk Puan Rozana binti Zainal Abidin (Ahli Lembaga Pengarah WBS), Prof. Madya Dr. Hairol Anuar bin Hj. Mak Din, dan Dr. Ng Ming Yip (Felo Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi - IESAD). Dalam sesi ini, terdapat beberapa fokus perbincangan yang meliputi perancangan aktiviti untuk memberi manfaat kepada Unisel, alumni, dan pelajar dalam konteks pembangunan belia dan sukan keusahawanan di Negeri Selangor. Peranan yang dimainkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dalam membantu portfolio Exco di bidang belia dan sukan keusahawanan turut menjadi tumpuan perbincangan. Selain itu, upaya digalakkan untuk menggabungkan aktiviti pelajar dengan Dewan Negeri Kota Anggerik dan Exco, bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serta melibatkan pelajar dalam usaha memajukan agenda belia dan sukan keusahawanan di negeri tersebut. Diskusi ini menunjukkan usaha yang berterusan untuk memajukan bidang belia dan sukan keusahawanan di Negeri Selangor dengan menggandeng pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan seperti Unisel dan mendorong pelibatan aktif pelajar sebagai agen pembangunan dalam komuniti. DISKUSI EXCO BELIA, SUKAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR 9 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 14
MODERATOR UNTUK SIDANG MEJA BULAT (RTD) LITERASI PENDIDIKAN KENEGARAAN DAN POLITIK DI SEKOLAH DAN INSITUT PENGAJIAN TINGGI Pada 10 Oktober 2023, telah diadakan sesi Sidang Meja Bulat (RTD) mengenai Literasi Pendidikan Kenegaraan dan Politik di Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi di De Palma Hotel Shah Alam. Sesi ini telah dipandu oleh seorang moderator yang bertanggungjawab untuk menjalankan perbincangan dalam slot bertajuk "Cabaran dan Pelaksanaan Kurikulum Berkaitan Literasi Politik dan Kenegaraan di Sekolah dan IPT". Acara ini turut dihadiri oleh 5 Felo Luar dari Institut Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (IESAD) dan 1 felo dalaman dari IESAD. Tujuan utama dari RTD ini adalah untuk mengendalikan perbincangan mengenai cabaran dan pelaksanaan kurikulum berkaitan literasi politik dan kenegaraan di peringkat pendidikan formal, iaitu di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi. Dalam sesi ini, terdapat ruang untuk meningkatkan penyertaan IESAD dalam perbincangan serta usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai pentingnya literasi politik dan kenegaraan di kalangan pelajar dan rakyat Malaysia. Ini adalah langkah yang strategik dalam memupuk kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu berkaitan politik dan kenegaraan yang menjadi aspek penting dalam pembentukan warganegara yang celik dan berpengetahuan luas. 10 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 15
PERJUMPAAN KHAS BERSAMA STAF HEP LANTIKAN BAHARU Pada 1 November 2023, sebuah perjumpaan khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat BJ yang melibatkan staf Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang merupakan lantikan baru. Perjumpaan ini dihadiri oleh lapan staf baru dari HEP, di mana dua daripadanya merupakan felo KKBJ yang juga merupakan pensyarah baru di fakulti. Sesi ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai arah tujuan HEP serta Unisel secara keseluruhan, dan juga untuk menerangkan hasrat yang ingin diterapkan oleh Ybhg Dato’ Naib Canselor. Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan semasa di Unisel turut diberikan penerangan. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas dan pemahaman yang mendalam kepada staf baru mengenai matlamat dan visi universiti serta membantu mereka memahami landskap keseluruhan Unisel, bersama dengan isu-isu semasa yang mungkin mempengaruhi aktiviti di universiti tersebut. 11 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 16
TAWARAN KERJASAMA METROPOLITAN CORRIDOR DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA Pada 8 November 2023, sebuah sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat mengenai tawaran kerjasama antara Metropolitan Corridor dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Metropolitan Corridor merupakan pelaksana Program Tajaan Yayasan Peneraju Bumiputera yang berada di bawah Kementerian Ekonomi. Tawaran ini terbuka kepada pelajar UNISEL mulai dari ambilan November 2022. Program ini termasuk Sijil Tunas Bridge yang bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran kerjaya melalui program selama 2 tahun. Program ini mencakupi sijil dalam English Proficiency Programme (EPP), Digital Literacy Programme (DLP), dan Nurture Development Programme (NDP). Pemberian biasiswa ini adalah PERCUMA, dan setelah menamatkan program, peserta juga akan mendapat pengiktirafan dari Cambridge English Qualification & Certification of Digital Literacy (ICDL). Selain itu, peserta juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM150 setiap bulan selama tempoh 2 tahun program ini dijalankan. 12 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 17
KUNJUNGAN DARIPADA YB TUAN DANIAL AL-RASHID Pada 9 November 2023, sebuah kunjungan yang berprestij telah dijalankan oleh YB Tuan Danial Al-Rashid di Bilik Mesyuarat Eksekutif di Kampus BJ. Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan lantikan YB sebagai Felo IESAD (Institute of Education for Sustainable Development) di Unisel. Selain dari penyerahan lantikan tersebut, YB Danial Al-Rashid juga telah aktif dalam kerjasama dengan HEP (Hal Ehwal Pelajar) Unisel sejak beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seterusnya di Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS). Beliau turut terlibat dalam dua penyelidikan dan meneruskan pengajian Sarjana di Unisel. Diskusi semasa kunjungan itu lebih memfokus kepada potensi kerjasama yang lebih luas terutama di Dewan Negeri Batu Tiga. Penekanan dibuat untuk menjalin hubungan yang lebih kukuh dan kolaboratif di antara Unisel dengan pelbagai pihak, termasuklah badan pemerintahan tempatan dan pihak berkepentingan lain, bagi memastikan pembangunan dan kemajuan yang berterusan dalam konteks pendidikan dan pembangunan mampan. 13 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 18
Pada 13 November 2023, Kursus Induksi Kepimpinan Fasilitator bagi Minggu Tekad Siswa Budiman Semester November 2023 telah diadakan di Dewan Za’aba, Fakulti Pengajian Sains Sosial Kampus BJ di UNISEL. Kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan dan melatih fasilitator-fasilitator baru yang akan terlibat dalam pengendalian Minggu Tekad Siswa Budiman. Tajuk slot yang disampaikan oleh TNC (Timbalan Naib Canselor) mengenai "Budi Daya Mahasiswa Budiman" memberi tumpuan kepada nilai-nilai kepimpinan, tanggungjawab, dan kesetiaan yang diharapkan dari setiap pelajar dalam menyokong proses perkembangan universiti. Seramai 36 orang pelajar telah hadir dan dilantik sebagai fasilitator dalam kursus ini. Selain itu, TNC bagi Pembangunan Pelajar, Penyelia, Jawatankuasa Kemasyarakatan (PPJK) turut mengendalikan sesi 'Training of Trainers' (ToT) bagi mengukuhkan proses latihan, memastikan fasilitator-fasilitator baru ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, dan arahan yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap dalam Minggu Tekad Siswa Budiman. KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN FASILITATOR MINGGU TEKAD SISWA BUDIMAN SEMESTER NOVEMBER 2023 14 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 19
SESI SEMBANG BUDIMAN TNC HEP BAGI PROGRAM MINGGU TEKAD SISWA BUDIMAN SEMESTER NOVEMBER 2023 (FOUNDATION / UNDERGRADUATE PROGRAMMES) Pada 17 November 2023, sesi Sembang Budiman TNC HEP telah diadakan di Dewan Canselor BJ dalam rangka Program Minggu Tekad Siswa Budiman bagi semester November 2023 untuk program Foundation dan Undergraduate di UNISEL. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan UNISEL kepada pelajar baru serta untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kelebihan yang ada di universiti tersebut. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk memberikan informasi lanjut berkaitan sokongan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UNISEL kepada pelajar, termasuk bantuan akademik, kemudahan kejuruteraan, khidmat sokongan pelajar, dan banyak lagi. Ruang juga diberikan kepada pelajar baru untuk berkongsi pengalaman mereka tentang UNISEL kepada rakan-rakan mereka yang berminat untuk menyertai universiti tersebut. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pandangan serta kelebihan universiti dalam suasana santai dan bersantai, membolehkan proses pengenalan dan pertukaran maklumat berjalan secara lebih mesra dan interaktif di antara pelajar baru. 15 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 20
BENGKEL PEMURNIAN TESIS CALON-CALON SARJANA SAINS POLITIK Pada 25 hingga 26 November 2023, Bengkel Pemurnian Tesis untuk calon Sarjana Sains Politik telah diadakan di CGS Shah Alam. Bengkel ini melibatkan enam calon Sarjana Sains Politik dan sepuluh calon Sarjana Pendidikan. Empat orang penceramah yang turut terlibat dalam bengkel ini ialah PM Dr. Hamdan, Dr. Ng Ming Yip, Tn. Syed Lamsah, dan Dr. Haniff. Fokus utama bengkel ini adalah untuk membantu calon dalam menyempurnakan penulisan tesis mereka dengan kadar yang sewajarnya. Terdapat tumpuan yang diberikan pada upaya memastikan bahawa calon-calon ini mendapatkan bimbingan dan sokongan yang mencukupi dalam menyiapkan tesis mereka, dengan memberi tumpuan pada konsep "GOT" (Graduate On Time). Hal ini penting bagi memastikan bahawa calon dapat menyiapkan tesis mereka dalam jangka masa yang telah ditetapkan serta mendapatkan bimbingan yang berkualiti bagi menghasilkan tesis yang berkualiti juga. 16 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 21
Pada 1 Disember 2023, wakil-wakil dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KYTS) telah mengadakan lawatan ke Bilik Mesyuarat Senat di BJ. Lawatan ini melibatkan Tuan Haji Samin Haji Ongki, CEO Kolej Teknologi Yayasan Sabah, bersama En. Nooramin Ismail, seorang Dekan Akademik yang juga merupakan alumni UNISEL. Perbincangan yang berlangsung merangkumi beberapa aspek penting. Pertama, terdapat cadangan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KYTS dan Unisel, bertujuan mempererat kerjasama di pelbagai bidang. LAWATAN DAN KUNJUNGAN DARIPADA KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN SABAH Selain itu, KYTS juga berhasrat untuk menjadi institusi penghantar pelajar ke program Institut Sains Mara (ISM) sebelum mereka meneruskan pengajian di Unisel, menjadikan KYTS sebagai laluan yang membantu proses kemasukan pelajar ke Unisel. Selain itu, perbincangan juga merangkumi rancangan untuk melaksanakan program komuniti bersama-sama antara Unisel dan KYTS serta bantuan yang diberikan oleh KYTS kepada pelajar Sabah untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di Unisel. 17 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 22
LATIHAN VISI BUDIMAN 3.0 Pada tarikh 1 hingga 3 Disember 2023, di Hotel D'Palma Kuala Selangor, telah diadakan Latihan Visi Budiman 3.0 yang merupakan program modul khusus kali ketiga, disokong melalui dana Cakna MBI. Program ini melibatkan fasilitator dari kalangan staf Unisel dan dihadiri oleh sejumlah 24 pelajar dari kedua-dua kampus UNISEL. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pimpinan baru, terutama menjelang tahun 2024. Dengan penyediaan modul khusus ini, diharapkan para peserta, yang merupakan pelajar dari kedua-dua kampus UNISEL, dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang kepimpinan. Dengan bantuan fasilitator yang terdiri daripada staf UNISEL yang berpengalaman, program ini ditujukan untuk menghasilkan individu-individu yang dilengkapi dengan kemahiran serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan kepimpinan yang progresif dan efektif di masa depan. 18 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 23
Pada 5 Disember 2023, di Kolej Kediaman UNISEL, telah diadakan satu perbincangan awal dengan pihak Kohijrah Selangor. Perbincangan tersebut bertujuan untuk merangka cadangan-cadangan bagi menubuhkan badan keusahawanan di UNISEL, yang diharapkan dapat memberi bantuan kepada pelajar universiti, terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori B40, untuk memperoleh sumber pendapatan tambahan atau wang saku. 19 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR PERBINCANGAN AWAL BERSAMA PIHAK KOHIJRAH SELANGOR Dalam perbincangan tersebut, beberapa cadangan telah diajukan pada peringkat awal. Antara cadangan yang telah diperbincangkan termasuklah pembukaan Mini Market, perkhidmatan Barista, Kedai Alat Tulis, serta penubuhan Pusat Membaik-pulih Telefon dan Komputer Riba. Tambahan pula, satu cadangan juga dibuat untuk menggunakan Pusat Aktiviti Pelajar sebagai tempat di mana pelajar boleh memperoleh makanan selepas waktu malam, khususnya selepas jam 11.30 malam, untuk memenuhi keperluan mereka di kawasan asrama. 24
Pada 9 Disember 2023, Majlis Perasmian Grand Ihtifal & Graduasi 2023 Al-Kauthar Edu Qids telah diadakan di Iris Hall, IDCC Shah Alam, Selangor. Majlis yang berprestij ini turut dihadiri oleh ibu bapa serta keluarga dari Al Kauthar Edu Qids dari seluruh Lembah Klang. Majlis Grand Ihtifal & Graduasi ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh Al-Kauthar Edu Qids, bertujuan untuk meraikan kejayaan anak-anak dan memaparkan bakat mereka melalui persembahan yang dianjurkan. Acara ini menjadi satu platform yang penting untuk mengiktiraf pencapaian serta bakat yang dimiliki oleh para pelajar, turut menyemarakkan semangat pencapaian dalam pendidikan. Selain dari itu, acara ini juga merupakan satu usaha untuk merapatkan hubungan antara UNISEL dengan industri serta alumni. Hal ini penting bagi menggalakkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan dunia industri, sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran daripada alumni UNISEL untuk memberi manfaat kepada para pelajar. Ini turut membuka peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan serta peluang kerjaya yang lebih luas dan beragam. PERASMIAN MAJLIS GRAND IHTIFAL & GRADUATION 2023 AL-KAUTHAR EDU QIDS 20 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 25
LIVE IKIM FM (ANALISIS MEMBANGUN OKU MADANI) LIVE ASTRO AWANI (SETAHUN PMX: LAPORAN PENCAPAIAN KERAJAAN PERPADUAN MAJLIS SYARAHAN PERDANA OLEH YB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL 21 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 26
ANALISIS BELANJAWAN SELANGOR 2024 KUNJUNG HORMAT YB PN ANFAAL SAARI, EXCO PEMBANGUNAN WANITA & KEBAJIKAN MASYARAKAT KE UNISEL 22 HEP BUZZ SEGMEN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR 27
DEWAN JAUHAR NCDRC, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - 19 DISEMBER 2023. Program Pemerkasaan Remaja Orang Asli Gombak telah dilaksanakan bagi meningkatkan mutu pendidikan anak-anak orang Asli Gombak. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi membina jati diri dan membuka minda mereka tentang kepentingan pendidikan terhadap generasi yang sedang membangun dengan kepesatan teknologi maklumat masa kini. Di samping itu, pihak UNISEL juga telah diundang bagi menyampaikan taklimat JOM MASUK UNIVERSITI kepada anak-anak orang Asli Gombak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Meor Mohd Kamil bin Amirrudin selaku wakil daripada pihak UNISEL. PROGRAM PEMERKASAAN REMAJA ORANG ASLI GOMBAK 23 HEP BUZZ SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU 28
QUAY HALL @ LEVEL 2, QUAYSIDE MALL, TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR, 14 OKTOBER 2023 - PELAJAR-PELAJAR UNISEL TELAH DIJEMPUT OLEH DPIM SELANGOR BAGI BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 26 YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH YAB DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI, DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR. OLEH ITU, SERAMAI 29 ORANG PELAJAR DAN DIIRINGI OLEH 3 ORANG STAF HEP KAMPUS BESTARI JAYA TELAH MENGHADIRI MESYUARAT TERSEBUT. MESYUARAT TERSEBUT TELAH MEMBINCANGKAN TENTANG INTEGRITI PENGURUSAN INSTITUSI UMMAH, PENGURUSAN & PEMBANGUNAN ASET, GERAN INKUBATOR USAHAWAN MADANI DAN SEBAGAINYA. PROGRAM WACANA EKONOMI UMMAH 1.0 24 HEP BUZZ SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU 29
UNISEL, 7 DESEMBER 2023 - Kunjungan ke klinik panel Unisel yang bertempat di Fakukti Pendidikan Sains Sosial oleh En Meor Mohd Kamil (Penolong Pendaftar Unit SKPU). Lawatan tersebut disambut baik oleh Tuan Ahmad Huzaifi Tuan Zaidi yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik Selcare (FESS). Kunjungan tersebut bertujuan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan seperti menyelaras waktu operasi klinik, cadangan mendapatkan pembantu klinik, keperluan membuka tintet hitam pada pintu kaca hadapan. Agar pelajar tahu klinik masih beroperasi, & pemasangan banting (penyakit berjangkit / covid) serta memaparkan no telefon klinik Selcare di hadapan kaunter. LAWATAN KLINIK PANEL 25 HEP BUZZ SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU 30
MINGGU TEKAD SISWA 26 HEP BUZZ SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU 31 Unisel, 14 November 2023 - Taklimat awal fasilitator mtsb intake 2023 telah disampaikan oleh En Meor Mohd Kamil selaku timbalan pengarah minggu tekad siswa. Unisel, 18 November 2023 - Taklimat skim kesihatan pelajar Unisel di Dewan Canselor oleh penolong pendaftar unit pentadbiran, skpu & inklusif oku oleh En Meor Mohd Kamil.
FORUM HEP BESTARI Facebook live Skpuoku, 27 Disember - Forum hep bestari yang bertajuk kesedaran terhadap anak istimewa telah diadakan pada hari rabu pada jam 3:00 hingga 4:00 petang. forum tersebut telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh selaku timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) buat kali pertama bagi unit Skpuoku. selain itu, forum ini juga turut dimoderator oleh En Meor Mohd Kamil selaku penolong pendaftar unit Skpuoku Unisel. DI SAMPING ITU, En Zulfikri bin Mohd Kamil Timbalan Pendaftar/ Ketua Kaunselor, Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti, Universiti Selangor DAN Nik Zaiton binti Mat Integrasi, Guru Pendidikan Khas Integrasi SMK Bandar Mas Kota Tinggi, Johor Bahru merupakan panel jemputan yang akan membahaskan tentang isu kesedaran terhadap anak istimewa. 27 HEP BUZZ SEGMEN PENTADBIRAN DAN INKLUSIF OKU 32
Sebuah lawatan sambil belajar telah diadakan pada 19 Oktober 2023, yang melibatkan Pembimbing Rakan Sebaya dari Sekolah Islam Hira’ Klang ke Universiti Selangor (UNISEL). Program ini dikoordinasikan oleh Unit Kaunseling & Latihan (UKL), yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan aspek logistik seperti penyediaan tempat, perjalanan program, dan penyusunan keseluruhan program. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberikan peserta pendedahan kepada suasana pembelajaran di peringkat universiti serta menerapkan kemahiran bimbingan yang relevan. Sebanyak 40 Pembimbing Rakan Sebaya dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Islam Hira’ Klang turut serta dalam lawatan ini. Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. En. Zulfikri bin Mohamed Kamil, Timbalan Pendaftar & Ketua Kaunselor HEP, telah memberikan ucapan alu-aluan bagi memberi penerangan awal tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program. UKL, dengan bantuan dari 5 orang fasilitator UNISEL, telah menjalankan slot bertajuk 'Siapa Diri Saya dan Komunikasi Berkesan' selama 2 jam dalam program tersebut. Selain itu, beberapa orang staf dari Unit Kaunseling & Latihan turut membantu dalam menjayakan program ini. 28 HEP BUZZ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH ISLAM HIRA’ KLANG KE UNISEL SEGMEN UNIT KAUNSELING DAN LATIHAN 33
Slot berkenaan, berlangsung selama 1 jam 30 minit, dimanfaatkan sepenuhnya dengan latihan dalam kumpulan (LDK) yang bertujuan untuk menyedarkan pelajar mengenai asas-asas kesihatan mental dan etika yang penting bagi seorang fasilitator. Tujuan program ini adalah untuk membekalkan pengetahuan asas kepada para peserta dalam mempersiapkan diri sebagai fasilitator yang cekap dan bertanggungjawab, terutamanya dalam menyokong aktiviti MTSB yang akan datang. Pada tarikh 13 November 2023, Unit Kaunseling & Latihan (UKL) telah menerima jemputan untuk menyertai dan memberikan sumbangan dalam Kursus Induksi Kepimpinan Fasilitator bagi Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) sesi November 2023. UKL telah dipilih untuk mengisi slot bertajuk Etika dan Kesihatan Mental dalam program tersebut. 29 HEP BUZZ SEGMEN UNIT KAUNSELING DAN LATIHAN KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN FASILITATOR MTSB NOVEMBER 2023 34
Dalam usaha untuk mewujudkan inisiatif keusahawanan dan kebajikan masyarakat setempat, Unit Kerjaya dan Keusahawanan bersama-sama dengan beberapa entiti lain telah mengadakan perbincangan strategik pada 23 Disember 2023. Perbincangan ini turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Program (HEP) Unit Keusahawanan, Timbalan Pengarah Residen, En. Mokhtar, dan Pihak Kohijrah Selangor, Ustaz Syed Othman, bertujuan untuk merangka dan menggerakkan Program Jualan Ehsan yang bakal diadakan pada tarikh yang sama. PROGRAM JUALAN EHSAN DI PERKARANGAN MASJID NURUL IMAN (KAMPUNG IJOK) Program Jualan Ehsan ini merupakan hasil kerjasama bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Universiti Selangor (Unisel), Masjid Nurul Iman, serta Lajnah Kebajikan. Ia akan berlangsung di perkarangan Masjid Nurul Iman, Kampung Ijok, pada tarikh yang telah ditetapkan, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. 30 HEP BUZZ SEGMEN DISIPLIN, KEUSAHAWAN , BIASISWA 35
Pada bulan Januari 2024, Unit Kerjaya dan Keusahawanan merancang perbincangan kedua bersama pihak RedOne yang lebih mendalam dan terperinci. Perbualan ini akan memfokuskan aspek-aspek terperinci mengenai faedah kerjaya dan keusahawanan yang akan diperoleh oleh pelajar sekiranya mereka menyertai program yang diusulkan, iaitu RASA (RedOne Apprentice Sales Advisors). Perbincangan kali ke-2 ini menjadi platform yang penting untuk memberi penerangan lebih terperinci kepada pelajar tentang peluang yang ada dalam bidang kerjaya yang dicadangkan. Hal ini juga akan membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam mengenai prospek kerjaya dan potensi keusahawanan yang boleh diperoleh melalui penyertaan dalam program RASA yang diusulkan. 31 HEP BUZZ SEGMEN DISIPLIN, KEUSAHAWAN , BIASISWA PERBENTANGAN REDONE KALI KE-2 KEPADA HEP 36
Pada tarikh 13 hingga 15 Disember 2023, Residensi Pelajar turut serta dalam Program Kor Sispa Unisel dan Sekolah Menengah Al-Amin Sg. Buloh yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Pusat Sukan, Budaya dan Penghijauan serta Kolej Kediaman. Perkhemahan ini berlangsung di Kompleks Sukan UNISEL Kampus Bestari Jaya dengan tujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan berkongsi pengalaman antara pelajar dari kedua-dua institusi. Program ini menyaksikan perasmian yang disempurnakan oleh Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan, Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, yang memberi semangat kepada peserta untuk mengambil peluang sepenuhnya dari aktiviti yang telah dirancang. Perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari dua malam yang penuh dengan pelbagai kegiatan bertujuan memperkukuhkan kebolehan interpersonal, pengetahuan, dan kemahiran pelajar dari kedua-dua institusi. 32 HEP BUZZ SEGMEN BUDIMAN PROGRAM PERKHEMAHAN SEKOLAH MENENGAH TROPICANA AL AMIN 37
Pada tarikh 12 hingga 14 Disember 2023, Residensi Pelajar telah mengadakan Program Bicara Budiman di Dewan Naib Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya dengan kerjasama Majlis Pewakilan Kolej (MPK) Unisel, Pusat Islam Unisel, dan Felo Residen. Program ini bertujuan untuk menyentuh isu-isu yang relevan dalam kalangan mahasiswa. Dalam program yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam selama tiga hari tersebut, pelbagai tajuk yang penting telah dipilih untuk dibincangkan oleh panelpanel jemputan yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Setiap hari program ini menawarkan tajuk yang berbeza. Pada 12 Disember 2023, fokus perbincangan adalah mengenai Residensi Pelajar dan Kembali Kepada Fitrah. Sementara itu, pada 13 Disember 2023, isu Stress dan Kemurungan Bukan Gurauan menjadi tumpuan utama. Terakhir, pada 14 Disember 2023, program mengetengahkan topik mengenai Kerana Dirimu Begitu Berharga. 33 HEP BUZZ SEGMEN BUDIMAN PROGRAM BICARA BUDIMAN 38
34 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL Sesi townhall mencipta platform terbuka bagi mahasiswa untuk bertanya, berkongsi pandangan, dan mendengar pandangan PDRM mengenai isu-isu keselamatan. Pihak PDRM memberikan penerangan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan, prosedur pencegahan jenayah, dan peranan aktif mahasiswa dalam menjaga keamanan kampus Seiring dengan tema MEPUK, program ini menitikberatkan pada pembentukan persekitaran kolej dan universiti yang selamat dan memberangsangkan. Penglibatan mahasiswa dalam sesi dialog ini memperlihatkan komitmen mereka terhadap keselamatan bersama. Dengan berakhirnya program, kita merakamkan kejayaan usaha bersama dalam mencipta persekitaran akademik yang aman dan positif. Program Townhall Mahasiswa Budiman bukan hanya suatu acara, tetapi satu peringkat yang memperkukuhkan integrasi antara mahasiswa dan PDRM, membuka lembaran baru dalam menjaga keamanan kampus dan mengejar keunggulan universiti 3.0. 39
Persidangan Kepimpinan Pelajar Kebangsaan “The National Students’ Leadership Conference” (NaSLeC) 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Tinggi Malaysia (HEYA), bersama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan Universiti Antarabangsa INTI (INTI) dari 1 Disember hingga 3 Disember 2023 adalah sebuah platform yang dirancang untuk menyuarakan keperluan reformasi dalam pendidikan tinggi dan politik belia bagi menangani isu-isu seperti kebolehpasaran graduan, peningkatan kos kehidupan, dan kesaksamaan dalam pendidikan. Seramai empat wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar dan seorang wakil dari Kelab Sukarelawan Darul Ehsan dari UNISEL turut serta dalam program ini. Bersama dengan 108 pelajar dari 21 institusi pengajian tinggi lain, wakil-wakil NaSLeC 2023 telah menyuarakan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang relevan. PERSIDANGAN KEPIMPINAN PELAJAR KEBANGSAAN “ THE NATIONAL STUDENTS’ LEADERSHIP CONFERENCE” (NASLEC) Tuntutan-tuntutan yang dikemukakan termasuk penyelarasan semula silibus akademik universiti agar selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berubah, pengenalan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam program universiti, serta peningkatan maklumat penerimaan pelajar untuk mengurangkan ketidakseimbangan pendidikan. Tambahan pula, mereka menggesa pengguguran subsidi secara menyeluruh dengan pengenalan subsidi yang diarahkan secara saintifik dan pengagihan wang tunai bulanan serta baucar kepada golongan yang memerlukan. Pengisytiharan ini merupakan hasil perbincangan kolektif dan mewakili pandangan pemimpin muda dari institusi pendidikan tinggi di Malaysia. 35 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL 40
Pada 6 November 2023, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menganjurkan Majlis Perasmian Tekad Pendidikan & Penyerahan E-Baucar Buku kepada Mahasiswa Negeri Selangor Tahun 2023 di Persada Canselori, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Majlis ini turut disertai oleh lima orang wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2023/2024 UNISEL bersama dengan wakil MPP daripada institusi pendidikan tinggi lain untuk menyemarakkan acara tersebut. Inisiatif penyerahan e-Baucar Buku oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar, terutamanya dalam urusan pembelian buku akademik dan kegunaan pendidikan. EBaucar buku mahasiswa Kita Selangor, yang dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari, memberikan manfaat kepada 1,000 mahasiswa dari Selangor yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), menerima e-Baucar buku bernilai RM 200. Pemberian ini diperuntukkan dengan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM 200,000. MAJLIS PERASMIAN TEKAD PENDIDIKAN & PENYERAHAN E-BAUCAR BUKU 36 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL 41
37 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL MAJLIS PERASMIAN TEKAD PENDIDIKAN & PENYERAHAN E-BAUCAR BUKU Pesta Buku Selangor telah wujud sejak tahun 2006. Dari tahun 2006 hingga 2010, pesta buku ini diadakan setiap tahun di Kompleks PKNS Shah Alam. Pada tahun 2011, pesta buku telah dialihkan ke tempat baharu dan sejak itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam setiap tahun. Pada 2022, Selangor International Book Fair (SIBF) buat pertama kali tahun lepas di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Seramai 80 orang Mahasiswa/i daripada Universiti Selangor cawangan Bestari Jaya dan Shah Alam hadiri ke Selangor International Book Fair 2023 (SIBF) bagi memeriahkan Majlis Perasmian pada hari pertama iaitu bersamaan 1 Disember 2023. Pada program yang berlangsung selama sepuluh hari bermula pada 1 Disember hingga 10 Disember 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam ini menghimpunkan lebih 225 pempamer dan 300 gerai untuk memasarkan buku pelbagai bidang. Bukan hanya sekadar memasarkan buku malahan Selangor International Book Fair 2023 (SIBF) padat dengan pengisian menarik dan aktiviti ilmiah antaranya Hati dan MInda Sasterawan & Karyawan; Selangor International Fellowship Programme; Persembahan Caklempong, Kesalahan yang Biasa Dilakukan Dalam Solat Bersama Ustazah Fatimah Syarha, Terapi Diri Melalui Lukisan, Majlis Pelancaran Buku Kembara Seni Jogja, Hadapi Depresi Cara Islam, Pertandingan Tarian Kesenian dan Kebudayaan (Peringkat Akhir Negeri Selangor 2023), Kelas Membuat Sushi Jawa Bersama Kak Junita, Parents & Child Psychology Bersama Open University Malaysia (OUM), Perkongsian Undang-Undang Kekeluargaan Bersama Prof. Nur Ezan (UiTM), Interactive Activities For Special Needs with Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, Bedah Buku Bersama IKIM, Sesi Temu dan Mesra Bersama Ustazah Asma’ Harun, serta Rekreasi & Cabaran Minda Kanak-Kanak Autism Bersama Dr. Kamaruzzaman selain Trak Makanan. 42
Pada 29 November 2023, Dewan Canselor Universiti Selangor (UNISEL) menjadi saksi kepada satu inisiatif yang menggembirakan, di mana mahasiswa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersatu dalam Program Townhall Mahasiswa Budiman. Acara ini diadakan sempena Minggu Kempen Kesedaran Persatuan Kolej Kediaman dan Universiti 3.0 (MEPUK), yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang. Perasmian program ini diberikan oleh Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor, OCPD Superintendan Ramli Kasa, yang dengan penuh semangat menyampaikan ucapan membuka acara. Beliau menekankan pentingnya kerjasama antara mahasiswa dan pihak polis dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman di kampus. Program Townhall Mahasiswa Budiman bertujuan untuk membangun jembatan komunikasi antara mahasiswa dan PDRM, serta memberi fokus kepada kesedaran berkaitan keselamatan di kampus. PROGRAM TOWHALL MAHASISWA BUDIMAN BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) SEMPENA MINGGU KEMPEN KESEDARAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN DAN UNIVERSITI 3.0 ( MEPUK ) 38 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL 43
Kematian adalah satu kepastian dan kemestian tidak kira di mana seseorang itu berada atau dalam apa jua keadaan sekalipun. Dua minggu yg lalu kita dikejutkan dengan pemergian saudara Arif Danial Bin Samsudin ke Rahmatullah pada pagi 4 Disember 2023 pada pukul 9.50 pagi yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau adalah pelajar Diploma Pendidikan Pengajian Islam dan Exco Kebajikan, Kaunseling & Kerohanian dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Sidang 2023/2024 serta ahli aktif dalam kelab dan persatuan di UNISEL. Perkhabaran mengenai pemergian beliau amatlah dirasai bagi sahabatsahabat dan orang yang rapat dengan beliau. Beliau meninggal di tempat kejadian dan jenazah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk proses lebih lanjut. Sahabat-sahabat beliau setia menunggu ARWAH ARIF DANIAL BIN SAMSUDIN 39 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orangorang yang beriman. di Hospital Tanjung Karang dari tibanya jenazah hingga naik ke dalam van jenazah. Sahabat beliau turut menunaikan solat jenazah ke atas beliau di Hospital Tanjung Karang untuk buat kali terakhir. Beliau yang dilahirkan di Sungai Petani, Kedah maka jenazah beliau turut dikebumikan di sana. Waris yang hadir untuk menuntut jenazah beliau ialah ibunya sendiri yang datang dari Kedah. 44
Pada tanggal 25 November 2023, MPP Unisel dengan bangga menyelenggarakan "Diwali Cultural Night" di Naib Dewan Canselor. Malam penuh warna ini menjadi wadah bagi mahasiswa dan mahasiswi Unisel untuk merayakan kekayaan budaya dan kebersamaan. Diwali, juga dikenal sebagai Festival Lampu, adalah perayaan Hindu yang menyinari kehidupan dengan cahaya dan warna. Kami merayakan keragaman budaya di Unisel dengan menyajikan malam . . Program ini, yang berlangsung dari pukul 8 hingga 10 malam, memberikan panggung untuk tarian spektakuler, harmoni musik yang memukau, dan hidangan lezat yang merayakan cita rasa Diwali. Meskipun kita telah melewati momen tersebut, kita dapat merasakan jejak kebahagiaan yang tertinggal di sepanjang kampus. Momentum malam itu ditingkatkan dengan kehadiran yang mulia dari Encik Mokthar Dahari bin Dawe, Timbalan Pengarah Residensi Pelajar, yang merasmikan acara ini. Sentuhan beliau memberikan kilau ekstra pada perayaan ini, dan kami mengucapkan terima kasih atas dukungan yang diberikan.Sebagai mahasiswa dan mahasiswi Unisel, kita berbagi kenangan manis dan momen kebersamaan yang diinspirasi oleh semangat Diwali. Teruslah merayakan keanekaragaman dan menjaga semangat keterbukaan di kampus kita. 40 HEP BUZZ SEGMEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL MULTICULTURAL NIGHT 2023 45
MAJLIS ANUGERAH DEKAN TAHUN 2023 BAGI SEMESTER APRIL 2022 ( 12234 ) DAN SEMESTER NOVEMBER 2022 ( 32234 ) FAKULTI KOMUNIKASI , SENI VISUAL DAN PENGKOMPUTERAN Pada 5 Disember 2023, Dewan Canselor Universiti Selangor (UNISEL) dipenuhi dengan kegembiraan dan kebanggaan sempena Majlis Anugerah Dekan bagi Semester April 2022 (12234) dan Semester November 2022 (32234). Acara ini telah berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang, memperkenalkan momen-momen yang penuh bermakna dan membakar semangat kecemerlangan pelajar Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran. Majlis bermula dengan penuh semangat melalui pembukaan yang meriah, diiringi dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Selangor" yang membangkitkan semangat patriotik. Perasmian dimulakan dengan ucapan pertama oleh Dekan Fakulti, yang menggariskan pencapaian cemerlang para pelajar. Setelah itu, Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, memberikan ucapan perasmian yang memotivasikan para pelajar. Salah satu acara paling dinantikan adalah penyerahan Anugerah Dekan mengikut jabatan. Jabatan Komunikasi menjadi perintis dalam menerima pengiktirafan cemerlang, diikuti oleh Jabatan Seni Visual yang menampilkan kreativiti tanpa batas. Sesi terakhir adalah penghormatan kepada Jabatan Pengkomputeran yang menunjukkan kecekapan dalam bidang teknologi. Selepas momen penting ini, penonton dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan persembahan menarik oleh bakat-bakat tersembunyi dalam kalangan pelajar. Suasana penuh cergas dan meriah menandakan kebahagiaan mereka yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. 41 HEP BUZZ SEGMEN UNISEL 46
42 HEP BUZZ SEGMEN UNISEL Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato' Mohd Salleh, dengan penuh emosi, menyampaikan ucapan penutup yang penuh inspirasi. Beliau memberi penekanan kepada nilai kegigihan dan daya usaha, sekaligus mengingatkan graduan tentang tanggungjawab mereka sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Sesi terakhir majlis adalah fotografi, di mana pelajar berpeluang merakam kenangan indah bersama rakan sekelas dan pensyarah. Makanan lazat turut disajikan sebagai penutup yang manis bagi satu acara yang penuh kejayaan. Majlis Anugerah Dekan UNISEL 2023 menjadi sebuah kenangan yang dikenang oleh semua yang hadir. Ia tidak hanya mencerminkan kecemerlangan akademik, tetapi juga semangat kebersamaan dan semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan. Selamat kepada semua graduan yang berjaya mencipta sejarah dalam Majlis Anugerah Dekan ini. 47
Pada 4 Februari 2023, Kolej Kediaman Unisel Kampus Bestari Jaya menjadi saksi kepada Program Gotong-Royong Keceriaan & Landskap Kolej Kediaman yang telah berjaya diadakan. Lebih daripada 100 orang yang terdiri daripada Staf Kolej, Felo Residen, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kor SISPA Unisel, Persatuan Mahasiswa Sabah (PERSIS) dan penghuni kolej budiman yang lain telah turut serta dalam program ini. Program ini bertujuan untuk menanamkan sifat positif dalam diri pelajar serta mendorong kerjasama dalam aktiviti berpasukan. Selain itu, ia juga memberi penekanan kepada kebersihan dan pemeliharaan kawasan Kolej Kediaman. Program bermula dengan majlis perasmian yang disampaikan oleh Dr. Ng Ming Yip, Pengarah Residensi Pelajar Unisel. Setelah itu, aktiviti gotong-royong dijalankan yang melibatkan pengumpulan perabot rosak, penyemaian baja bagi bunga-bunga di sekitar kawasan, dan membersihkan persekitaran kolej. 43 HEP BUZZ SEGMEN RESIDENSI PELAJAR PROGRAM GOTONG-ROYONG KECERIAAN & LANDSKAP KOLEJ KEDIAMAN Partisipasi yang besar dari pelbagai pihak telah menambah kejayaan program ini. Ia telah menunjukkan semangat kesukarelawan yang tinggi serta kesedaran kolektif dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan kolej. Usaha bersama ini merupakan contoh yang baik dalam mewujudkan keharmonian serta semangat kebersamaan di kalangan pelajar dan staf kolej. Semoga usaha ini dapat diteruskan untuk mewujudkan persekitaran kolej yang bersih, ceria, dan menyenangkan bagi semua yang terlibat. 48
Pada 17 November 2023, Unit Penginapan Luar Kampus (UPLK) telah mengadakan sesi taklimat semasa Minggu Tekad Siswa (MTS) bagi pelajar baru yang memasuki kampus pada bulan November 2023. Tujuan utama sesi taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan kepada 193 pelajar baru dari Kampus Shah Alam mengenai perkhidmatan dan fungsi Unit Penginapan Luar Kampus (UPLK). Sesi taklimat juga bertujuan untuk memastikan pemahaman yang jelas mengenai pergerakan pelajar dari Kampus Bestari Jaya ke Kampus Shah Alam selepas berakhirnya Minggu Tekad Siswa. Pada 19 November 2023, pergerakan pulang pelajar ke Kampus Shah Alam telah dilaksanakan dengan lancar. Untuk memudahkan pergerakan, 3 bas, 1 lori, 1 van, dan 1 kereta telah disediakan. 44 HEP BUZZ SEGMEN UNIT NON-RESIDEN DAN DISIPLIN SESI TAKLIMAT UNIT PENGINAPAN LUAR KAMPUS DAN PERGERAKAN PULANG KE SHAH ALAM BAGI PELAJAR BAHARU KEMASUKAN NOVEMBER 2023 KAMPUS SHAH ALAM Sebanyak 111 pelajar telah dihantar ke destinasi masing-masing di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam, seperti di Hostel Unistar, Unit MAIS, Pusat Komersial, dan tempat kediaman lain yang telah ditetapkan. Ini memastikan pelajar baru tersebut dapat tiba dengan selamat di destinasi mereka termasuk rumah sewa atau unit penginapan yang telah disediakan, memudahkan proses adaptasi mereka di peringkat awal pengajian di Kampus Shah Alam. 49
PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) TAKLIMAT TAJAAN PENDIDIKAN PELAJAR UNIVERSITI SELANGOR 44 HEP BUZZ SEGMEN TAJAAN PENDIDIKAN PELAJAR (UTP) 50 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengeluarkan memo yang memaklumkan tentang serahan dokumen perjanjian pinjaman bagi Semester November 2023. Tarikh penting bagi serahan dokumen perjanjian pinjaman bagi Kelompok 1 adalah pada 18 dan 19 Disember 2023. Selain itu, permohonan pinjaman bagi Semester November 2023 akan dibuka pada tarikh berikut: Kelompok 1: 1 hingga 30 November 2023, dan Kelompok 2: 1 hingga 31 Disember 2023. Memo ini memaklumkan kepada semua pelajar yang berkelayakan dan memerlukan bantuan kewangan untuk menumpukan perhatian kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan penyempurnaan proses pinjaman PTPTN. Semua pelajar diharap untuk mengikut jadual dan prosedur yang telah ditetapkan untuk memudahkan proses pinjaman pendidikan. Taklimat mengenai tajaan pendidikan telah disampaikan kepada pelajar baharu Universiti Selangor pada Minggu Tekad Siswa Budiman untuk Semester November 2023 pada tarikh 17 November 2023, iaitu pada hari Jumaat. Taklimat ini bertujuan memberikan maklumat yang relevan kepada pelajar baharu mengenai pelbagai jenis tajaan pendidikan yang boleh mereka peroleh, memberikan gambaran keseluruhan mengenai peluang kewangan yang tersedia untuk membiayai pendidikan mereka.