SLIDESMANIA.COM
BUKU PANDUAN INI MENGANDUNGI TIGA BAHAGIAN UTAMA
IAITU :
KETETAPAN KURIKULUM
KETETAPAN KOKURIKULUM
KETETAPAN HAL EHWAL MURID
Buku panduan ini menjadi rujukan dan garis panduan kepada seluruh
warga sekolah dan pihak-pihak yang berkaitan bagi memastikan
keselarasan dalam sistem pengurusan sekolah.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM
KANDUNGAN HALAMAN
LATAR BELAKANG 1
OBJEKTIF 1
KURIKULUM 1
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 2
3
PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN,
SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, 4
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBD) DAN 5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 6
SISTEM FAIL 7
PAKEJ MATA PELAJARAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8
BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU LAPORAN AMALI DAN 8
PKS 9
BUKU LATIHAN MURID 10
PENTAKSIRAN 11
JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI 11 - 13
PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN 13
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF 14 - 41
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENGURUSAN ICT
LAMPIRAN – LAMPIRAN UNTUK RUJUKAN / LAMPIRAN CONTOH
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM 1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah 'Core Bussiness’ bagi setiap guru dan murid- murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil
kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah Sekolah Sukan Negeri serta
diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan
dan pengurusan kurikulum sekolah ini.
2.0 OBJEKTIF
1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Sabah dan Jemaah Nazir Malaysia.
3.0 KURIKULUM
3.1 Pengenalan
Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.
3.2 Penyataan Ketetapan
1. Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan Arus Perdana Sistem dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
4. Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung
dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik.
1
SLIDESMANIA.COM 4.1 Penyataan Ketetapan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah.
2. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
3. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan di dalam
SKPMg2.
4. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan
dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada
setiausaha Jawatankuasa Kurikulum (SU JKS).
5. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua
mata-mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran berserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
6. Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan
Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah. Sehubungan itu, setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) atau keberhasilan iaitu perlu merangka aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan
disemak dua kali setahun (bulan Jun dan November) untuk melihat ‘outcome’ pencapaian akademik.
4.2 Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut:
Pengerusi : Pengetua
Timb Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Petang
: Penolong Kanan P. Khas
: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : SU Kurikulum
AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
: Semua Ketua Panitia
: Guru Perpustakaan dan Media
: SU Peperiksaan
: SU SPM
: Penyelaras PBD
: SU PT3
: Penyelaras Jadual Waktu
: Kaunselor
: Penyelaras Bestari
: Warden sekolah
2
4.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum
4.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara-perkara yang berikut berdasarkan
format mesyuarat PKPA Bil.2/1991:
a. Perutusan Pengerusi
b. Pengesahan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Perkara-perkara baharu:
i. Pembelajaran dan pengajaran:
• Kaedah PdPc
• SP, DSKP, RPT dan PBD
• Pencerapan
• Semakan buku latihan
ii. Penilaian, Peperiksaan dan Pentaksiran
• Analisis Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman.
• After Action Review (AAR) Peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan dalaman
iii. Headcount
iv. Belanjawan
v. Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum
vi. Dapatan dan Laporan Dialog prestasi
vii. Dasar-dasar KPM cth: NILAM, MBMMBI - wajib dijalankan
4.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam
mesyuarat panitia.
SLIDESMANIA.COM 5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1 Penyataan Ketetapan
1. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/1986.
2. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/200
3. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan
keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan
dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
4. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi
mata pelajaran dalam panitia.
5. Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan
boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
6. Pengurusan panitia secara online menggunakan Google Classroom mestilah menjadi keutamaan.
7. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia
ini mestilah dihadiri oleh GKMP. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU
Kurikulum.
8. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.
3
SLIDESMANIA.COM 9. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa
mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran murid dan program murid.
10. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 orang tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri
mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang
dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.
6.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN, SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN,
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBD) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
6.1 Penyataan Ketetapan
1. DSKP, PBD dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan
pengajaran. DSKP boleh dimuat turun dari laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/
2. Guru mestilah dapat menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP
kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, seterusnya mahir tentang konstruk-konstruk
peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
3. Salinan keempat-empat/ kelima-lima dokumen akan disemak oleh Ketua Panitia.
4. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan
Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBD hendaklah direkodkan di dalam eRPH.
5. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas. Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah
lengkap dan kemas kini sebelum PdPc mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.
6. Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut ketetapan yang berikut:
✓ Tingkatan 1 dan 2 - 30 September
✓ Tingkatan 3 - 31 Julai
✓ Tingkatan 4 - 15 September
✓ Tingkatan 5 - 31 Julai
6.2 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian
Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata
pelajaran masing-masing. Rujuk Lampiran 1 untuk format penulisan RPH.
7.0 SISTEM FAIL
7.1 Penyataan Ketetapan
1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
2. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Kurikulum ( di dalam BBB) dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Setiausaha Kurikulum.
3. Rujuk Lampiran 2 untuk senarai fail panitia.
4
1.Penyataan Ketetapan
1.Menengah rendah:
2.Menengah Atas
Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran elektif Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Tambahan
Bahasa Melayu Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bahasa
Bahasa Inggeris Asas Sains Komputer
Sains @ Reka Bentuk Teknologi Kadazandusun
Matematik Bahasa Cina
Pendidikan Islam Mata Pelajaran elektif Mata Pelajaran
Wajib PVMA
@ Pendidikan Moral Seni Kecantikan
Sejarah STEM (Tulen dan Matematik
Geografi Tambahan) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Fizik
Bahasa Melayu Kimia
Bahasa Inggeris Biologi
Matematik Matematik Tambahan
Pendidikan Islam@
Pendidikan Moral STEM ( Sains Gunaan
& Teknologi)
Sejarah Reka Cipta
Sains Sains Komputer
Sains sukan
Kemanusiaan dan Sastera
Iktisas
Pengajian Perakaunan
Perniagaan
Pendidikan Seni Visual
Geografi
Bahasa
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Cina
SLIDESMANIA.COM
5
SLIDESMANIA.COM 3. Pendidikan Sivik
1. Pendidikan Sivik bertujuan melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik.
Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum,
kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.
2. Pendidikan Sivik hendaklah diajar secara bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan
Islam dan Sejarah seperti mana surat siaran KPM Bil. 7/2019.
3. Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik boleh dimuat turun menerusi pautan laman web
yang disediakan http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif- kpm/pendidikan-sivik
9.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
9.1 Penyataan Ketetapan
1. Pembelajaran dan pengajaran mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu menjelang Tahun 2021
(Dasar MBMMBI).
2. Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT)
3. Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan
penguasaan murid dalam pembelajaran.
4. Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan
teknik-teknik mengingat yang kreatif (i- Think) supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum
beredar ke topik selanjutnya.
5. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT
semasa proses Pembelajaran dan pengajaran.
6. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik (seperti pendekatan masteri, pendekatan penilaian
kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi
meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi
pencapaian peperiksaan awam. Hal Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang
berkualiti.
7. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan
dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab
untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid.
6
SLIDESMANIA.COM 9. Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses keberkesanannya
berdasarkan SKPMg2
10. Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill, language skill, ICT skill &
pedagogy skill’. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan
kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan
11. Guru mata pelajaran, ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian
mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan
untuk mencapai sasaran tersebut. Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan Graf Prestasi Dialog Prestasi mata
pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru.
12. PdPc di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.
13. Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai
sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.
14. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT.
15. Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan program 3K supaya dapat
digunakan secara optimum.
16. Murid boleh menilai PdPc guru untuk membantu sekolah meningkatkan kualiti PdPc sebagaimana yang disarankan
oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13 (Pengurusan Maklum balas Pelanggan).
10. BUKU TEKS, BUKU KERJA, LAPORAN PBD, MODUL PEMBELAJARAN, LAPORAN AMALI DAN PKS
10.1 Penyataan Ketetapan
1. Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.
Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid.
2. Modul Pembelajaran dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi
SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993. (PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK SEKOLAH RENDAH)
3. Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) hendaklah dilaksanakan semasa PdPc Mata Pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia
selaras Surat Siaran Lembaga Peperiksaan 2018 yang sama maksud dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.
4. Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan
pengukuhan PdPc. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan.
5. Guru mata pelajaran hendaklah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi setiap topik pembelajaran dan
dipantau oleh Ketua Panitia. Buku Panduan dan bahan sokongan boleh di muat turun dari laman sesawang
http://bpk.moe.gov.my
7
SLIDESMANIA.COM 11. BUKU LATIHAN MURID
11.1 Penyataan Ketetapan
1. Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.
2. Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia
berdasarkan keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing.
3. Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi. Borang semakan Buku latihan pelajar
boleh menggunakan borang pada Lampiran 5.
12. PENTAKSIRAN
12.1 Penyataan Ketetapan
1. Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam pendidikan.
2. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada
penilaian formatif dan sumatif.
3. Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan
seperti dalam Lampiran 3.
4. ketua Panitia dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji
’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.
5. Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan sekolah (SAPS) dan
Sistem offline ( Googe Document) jika perlu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan
dalam Fail Rekod Mengajar.
6. Pentaksiran Tingkatan 1 hingga 3 hendaklah dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan oleh
KPM
8
13. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
13.1 Penyataan Ketetapan
1. Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum
3. Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam,
Penggubal soalan peperiksaan awam dan Guru Cemerlang)
4. Tiada agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah dilakukan untuk Tingkatan 1 – 3. Hanya di kelas Harmoni dan Amanah
ditempatkan murid mengambil mata pelajatan Asas Sains Komputer.
5. Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil10/2019 bertarikh 7 November 2019
6. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti. Guru yang bercuti mestilah menyediakan bahan Pembelajaran menggunakan Self Access
Material (SAM) yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut.
7. Tugasan dalam SAM hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan
susulan.
8. Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah.
9. Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh setiausaha bilik khas. Satu Salinan jadual yang lengkap
hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah.
10. Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdPc.
11. Berikut adalah jadual waktu pembelajaran di SM Sains Sultan Mahmud.
12. Jadual waktu Sidang Petang di bulan puasa akan dipendekkan 5 minit bagi setiap masa pembelajaran (tertakluk kepada surat
siaran KPM/JPN/PPD).
Jadual PdPc SMKDPM
Waktu Masa Waktu Masa
1 7.00 – 7.30
2 7.30 – 8.00 13 1.00 – 1.30
3 8.00 – 8.30 14 1.30 – 2.00
4 8.30 – 9.00 15 2.00 – 2.30
16 2.30-2.50
5 9.00 – 9.30 17 2.50-3.20
6 9.30 – 10.00 18 3.20-3.50
7 10.00 – 10.30 19 3.50-4.20
8 10.30 – 11.00 20 4.20-5.50
SLIDESMANIA.COM 9 11.00 – 11.30 Nota :
11.30 – 12.00 1. PdPc Sidang pagi bermula pada
11 12.00 – 12.30 jam 7.00 pagi. Masa tamat
12 12.30 – 1.00 bergantung kepada pakej elektif
yang diambil.
2. PdPc Sidang petang bermula
pada jam 1230 ( Hari isnin –
Khamis) dan 1.30 pada hari
Jumaat
9
SLIDESMANIA.COM 15. PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
15.1 Penyataan Ketetapan
Setiap guru akan dicerap dua kali setahun menggunakan instrumen Standard 4 SKPMg2 kecuali guru yang perlu diberi
pencerapan susulan. Aspek yang dicerap adalah:
i. Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (Pdpc).
Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara profesional dan sistematik
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat
pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa
ii. Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan
Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif
pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp
Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
iii. Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai
berdasarkan objektif pelajaran
Guru membimbing murid secara profesional dan terancang
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut
keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh.
iv. Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran
Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang Merangsang murid berkomunikasi dan
berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta
memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara
berterusan Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan
berterusan.
10
SLIDESMANIA.COM v. Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid
Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak
hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara
menyeluruh dan berterusan.
vi. Murid Sebagai Pembelajar Aktif
i. Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua
panitia, GC dan rakan sejawat.
ii. Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan.
iii. Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa ke semasa.
iv. Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul, buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa
dan rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan.
v. Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk
dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan.
16. PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF
16.1 Penyataan Ketetapan
1. Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme bagi
memupuk budaya kerja cemerlang
2. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu menyediakan minit curai
untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-
kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
3. GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya
berkaitan subjek berkenaan.
4. Semua guru hendaklah menghadiri 5 hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam setahun dan mengumpul sekurang-
kurangnya 42 mata kredit.
17. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
Aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran PSS melibatkan aspek-aspek berikut:
1. PENTADBIRAN PSS
1.1 Penubuhan JK PSS
1.2 Penubuhan JK Kerja PSS
1.3 Perlantikan Pembantu Perkeranian
1.4 Penentuan dan pembahagian bidang tugas.
2. BIDANG KUASA DAN SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK
2.1 Menentukan keputusan dan dasar-dasar penting dalam pengurusan PSS.
2.2 Menentukan polisi dan objektif Pusat Sumber Sekolah.
2.3 Meluluskan Program-program media yang dicadangkan oleh Ketua-ketua Bidang/Ketua Panitia dan
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
2.4 Menentukan sumber-sumber kewangan dan cara perbelanjaannya.
2.5 Pengagihan penyelarasan peruntukan pembelian- pembelian bahan.
2.6 Menyediakan garis panduan belanja dan mengurus.
2.7 Merangka strategi pengembangan Pusat Sumber Sekolah / aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
2.8 Mengkaji dan menilai perkhidmatan yang diberikan untuk mengetahui keberkesananya.
11
SLIDESMANIA.COM 3. PENGOPERASIAN
3.1 Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan PSS
3.2 Merancang bajet PSS
3.3 Menentukan Peraturan dan Panduan PSS (untuk guru dan murid)
3.4 Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan
4. RANCANGAN PERKHIDMATAN PSS
4.1 Perkembangan kemudahan fizikal
4.2 Pembinaan koleksi
4.3 Pengelolaan bahan
4.4 Perancangan promosi/seranta
4.5 Perancangan aktiviti
4.6 Rekod penggunaan bahan, alatan dan kemudahan
4.7 Penilaian pengurusan dan penggunaan PSS
4.8 Penghasilan bahan P&P
5. LATIHAN DAN BENGKEL
5.1 Memfail keratan akhbar
5.2 Penyusunan bahan
5.3 Proses teknik bahan
5.4 Mengurus pinjaman di kaunter
5.5 Menjilid
5.6 Fail tegak Mengemas, membersih dan menceria PSS
5.7 Memperbaiki buku
5.8 Mengendali pondok ilmu / Sudut Aktiviti
5.9 Siaran radio sekolah
6. KEMUDAHAN FIZIKAL DAN KECERIAAN
6.1 Susun atur bahan dan alatan
6.2 Pengubahsuaian susun atur ruang dan perabot
6.3 Panduan dan label tunjuk arah
6.4 Pameran peraturan dan panduan
6.5 Poster, carta dan gambar-gambar di tempat yang sesuai.
7. ORIENTASI PSS
7.1 Jenis-jenis perkhidmatan
7.2 Peraturan dan panduan PSS
7.3 Bahan dan penggunaan mengikut keperluan
7.4 Kad ahli dan kegunaan
7.5 Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan mengikut minat dan keperluan pelajar.
8. REKOD-REKOD PSS
8.1 Perlu disimpan dan dikemas kinikanPerolehan bahan
8.2 Pinjaman bahan
8.3 Penggunaan bahan/alatan
8.4 Koleksi bahan
8.5 Bajet
8.6 Akhbar, majalah, pembacaan
12
SLIDESMANIA.COM 9. LAWATAN DAN CERAMAH
9.1 Perpustakaan Awam
9.2 PSS Abad Ke-21
9.3 Pesta buku
9.4 Syarikat-syarikat percetakan buku, akhbar, majalah
10. PROMOSI DAN GALAK GUNA PSS
10.1 Pameran bahan
10.2 Ceramah buku
10.3 Pertandingan
10.4 Pameran poster-poster
10.5 Sesi bercerita, lakonan, nyanyian
10.6 Membuat projek seperti model, carta dll
11. PENYEMAKAN STOK, PENILAIAN DAN LAPORAN TAHUNAN PSS
11.1 Penyemakan Stok
– hilang
– rosak
– tidak sesuai
– tidak diguna langsung
– tidak kemaskini
11.2 Penilaian
– Kajian
– Bidang dan skop
– Kaedah dan data
– Analisis dan laporan
11.3 Laporan tahunan PSS
18. PENGURUSAN ICT SEKOLAH
Aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran ICT melibatkan aspek-aspek berikut:
1. Pengurusan makmal komputer
1.1 Fail pengurusan ICT
1.2 Pengurusan peralatan ICT dan rangkaian makmal komputer
1.3 Fizikal dan kemudahan makmal komputer
1.4 Kebersihan dan kekemasan makmal komputer
1.5 Rekod penggunaan / aktiviti harian ICT
2. Teknikal ICT sekolah
2.1 Pemeriksaan peralatan ICT
2.2 Kestabilan dan kekemasan set rangkaian.
2.3 Penyenggaraan peralatan ICT
2.4 Khidmat bantu
2.5 Aduan STS/ ICT
3. Pembestarian Sekolah
4.1 Sistem pengurusan sekolah
4.2 SSQS
4.3 Aduan SPS / ICT
4. Capaian Internet / unifi TM
4.1 Makmal Komputer
4.2 Aduan Kerosakan ICT / capaian
4.3 Informasi umum daripada KPM/JPN/sekolah
13
SLIDESMANIA.COM SMK DATUK PETER MOJUNTIN
PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tindakan yang
boleh diukur
14
SLIDESMANIA.COM PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SEWAKTU PEPERIKSAAN / UJIAN
Catatan:
• Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan cadangan dari pihak JNJK.
• Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di
peringkat panitia.
• Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia masing-masing.
• Sekiranya ada aktiviti di jalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan :
“PdPc tidak dilaksanakan kerana aktiviti …”
• Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari guru berkenaan cuti sakit /
CRK dan tulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdPc tidak dilaksanakan kerana CUTI SAKIT / CRK”.
• Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan
seperti yang berikut:
“Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji dari hingga
………………………..
PdPc diambil alih oleh ……………………………………………………
(sekiranya ada guru ganti)
• Guru yang mendapat relief perlu melampirkan slip relief dan mencatat aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod
Mengajar.
CARA PENULISAN RPH SEWAKTU ULANGKAJI
15
SLIDESMANIA.COM iv. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU KELAS RELIEF
Sertakan slip relief yang telah dilengkapkan
v. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU PROGRAM SEKOLAH MENGIKUT TAKWIM
vi. CARA PENULISAN RPH BAGI GURU YANG JADUALNYA TIADA PDPC PADA HARI TERTENTU
Menulis aktiviti :
a. Menyediakan bahan PdPc/BBM/lembaran kerja
b. Menyediakan soalan ujian / peperiksaan /latih tubi /modul
c. Memeriksa buku latihan/ nota /tugasan / buku kerja / ujian peperiksaan
d. Menjalani sesi klinikal / pengukuhan /pengayaan
16
17
SLIDESMANIA.COM
18
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
A. JENIS PENTAKSIRAN
1. Bagi kelas tingkatan satu, dua dan empat, jenis pentaksiran yang diadakan adalah:
• Ujian Bilangan 1
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
• Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
2. Bagi kelas tingkatan 3 dan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan adalah:
• Ujian Bilangan 1
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
• Peperiksaan Percubaan Bilangan 1 & 2 SPM / PT3
B. PERANAN KETUA PANITIA
1. Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan untuk sepanjang tahun. Satu Salinan hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
2. Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
3. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru yang tidak menyiapkan soalan mengikut tarikh yang
ditetapkan.
4. Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti bersalin/sakit berpanjangan untuk disemak (atas budi bicara pentadbir
sekolah).
5. Mengagihkan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada penyedia soalan.
6. Memastikan guru penyedia soalan menghantar JSU bersama- sama soalan untuk disemak dan menyimpan JSU tersebut di
dalam fail panitia. Satu Salinan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan.
7. Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan soalan menepati DSKP dan tempoh masa yang betul.
8. Menyerahkan kertas soalan kepada GKMP untuk pengesahan. 9.
10. Menghantar kertas soalan yang telah disemak dan disahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
C. PENYEDIA SOALAN
1. Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah ditetapkan. Sebaik-baiknya, soalan
disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.
2. Soalan mesti ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Arial bersaiz 11 bagi ujian 1 dan 2; Times New Roman
bersaiz 12 bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan SPM; dan Arial bersaiz 12 bagi pentaksiran PT3.
3. Format muka depan bagi ujian bilangan, peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan adalah mengikut format
peperiksaan sebenar PT3 / SPM.
4. Tidak dibenarkan menyediakan soalan dengan menampal kecuali gambar rajah. Sebaik-baiknya, penyedia soalan mengimbas
(scan) gambar rajah yang ingin disertakan dalam soalan.
5. Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar di tingkatan yang sama. Semak soalan yang disediakan
dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.
6. Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak GKMP/PK.
7. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang tepat. Soalan yang disediakan mestilah mengikut standard PT3 dan SPM.
19
8. Di muka belakang soalan, hendaklah disertakan item yang berikut:
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
………………………… ……………………… …………………………
(Guru Penyedia soalan) (Ketua Panitia) (GKMP )
9. Soalan yang dibuat mestilah berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Soalan yang disediakan mestilah pada kadar yang berikut:
50% tahap mudah; 30% tahap sederhana; 20% tahap tinggi
*Tertakluk kepada pindaan semasa.
10. Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan kepada Ketua Panitia/guru mata
pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.
11. Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan menyerahkan kepada guru pemeriksa
sebaik sahaja peperiksaan tamat.
12. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada GKMP untuk semakan dan
cetakan.
13. Uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus adalah betul dan bilangan soalan
mencukupi.
14. Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan bungkusan soalan kepada Setiausaha Peperiksaan
pada hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
15. Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank Soalan, dan 1 salinan kepada
Ketua Panitia.
16. Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk memastikan kertas soalan
mencukupi.
D. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas atau dewan peperiksaan mengikut jadual waktu PdPc masing-masing atau jadual
menjaga peperiksaan.. Guru pengawas hendaklah berada di kelas walaupun waktu peperiksaan masih lambat untuk
dimulakan. Mulakan peperiksaan tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Tuliskan nama mata pelajaran, peruntukan masa dan masa mula serta masa tamat kertas peperiksaan di atas papan putih.
Bacakan Peraturan peperiksaan dan arahan untuk mata pelajaran sebelum peperiksaan dimulakan dan ingatkan murid supaya
menggunakan pensel 2B untuk menanda jawapan objektif.
3. Kutip semua kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum, koakademik dan sebagainya.
SLIDESMANIA.COM
20
SLIDESMANIA.COM 4. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan
dijalankan.
5. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa tempoh peperiksaan, sila maklumkan kepada Penolong Kanan atau
Penolong Kanan Petang atau guru yang membuat relief secepat mungkin.
6. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat kerja-kerja bertulis semasa mengawasi
peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tiada penyelewengan.
7. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada
Setiausaha Peperiksaan dan guru mata pelajaran terlibat.
8. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada Borang pengawasan Peperiksaan.
9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan kelas menjadi bising dan mengganggu
murid- murid yang lain.
10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada guru mata pelajaran/ pemeriksa. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan
kertas jawapan kepada guru pemeriksa.
E. GURU MATA PELAJARAN
1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi markah akan memberi masalah kepada
Setiausaha peperiksaan untuk memproses data dalam SAPS dan seterusnya menyediakan analisis serta mencetak Slip
Pelaporan Murid.
2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.
F. GURU KELAS
1. Menyusun meja murid murid sehari sebelum peperiksaan bermula.
2. Mendapatkan 1 salinan Lembaran Markah dari SU peperiksaan dan meminta semua murid menyemak markah.
3. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata pelajaran membuat pembetulan
secepat mungkin.
4. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh yang ditetapkan untuk ditandatangan
oleh Pengetua.
5. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid- murid mengikut tarikh yang ditetapkan.
G. MURID
1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak hadir sewaktu peperiksaan dijalankan
tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan kecuali ketidakhadiran kerana mewakili sekolah.
2. Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan menyebabkan markah kosong (0) diberi bagi
kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang terlibat mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk matapelajaran tersebut.
4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang ditentukan semasa Mesyuarat Pengurusan
Sekolah.
21
22
SLIDESMANIA.COM
23
SLIDESMANIA.COM
24
SLIDESMANIA.COM
25
SLIDESMANIA.COM
26
SLIDESMANIA.COM
27
SLIDESMANIA.COM
28
SLIDESMANIA.COM
29
SLIDESMANIA.COM
30
SLIDESMANIA.COM
31
SLIDESMANIA.COM
32
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM
KANDUNGAN HALAMAN
DEFINISI 33
JENIS AKTIVITI 33
PERUNTUKAN MASA 34
DASAR UTAMA PELAKSANAAN
DASAR SOKONGAN 34 - 37
37 - 38
INDIKATOR KEBERKESANAN PELAKSANAAN
39 - 41
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. DEFINISI
Warta Kerajaan bertarikh, 28hb Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum
sebagai kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan N0.94,
Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidkan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum
seperti yang berikut:
“Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah.”
2. JENIS-JENIS AKTIVITI
Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No.11 Tambahan No.41 Perundangan P.U(A)196, pihak sekolah
boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
2.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997
2.2 Hobi dan rekreasi
2.3 Sukan dan Permainan
2.4 Badan beruniform
2.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar
33
3. PERUNTUKAN MASA
Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jilid 11, Bil.27, No.5652 telah membuat ketetapan pembahagian masa
untuk kokurikulum seperti yang berikut:
3.1 Sekolah Menengah Aliran Peruntukan Masa
Tingkatan
Peralihan, 1-3 Sastera 180 minit
4 dan 5 Sains 180 minit
6 Teknik 180 minit
Pertanian 100 minit
Perdagangan 140 minit
SRT 180 minit
180 minit
180 minit
3.2 Sekolah Rendah Unit Bilangan Perjumpaan
Bil
18 kali
1 Pasukan Unit Beruniform 12 kali
2 Sukan dan Permainan 12 kali
3 Kelab dan Persatuan
3.3 Peruntukan bilangan waktu perjumpaan setahun Peruntukan Masa
Tahun 60 minit
3 dan 4 120 minit
5 dan 6
SLIDESMANIA.COM 4 DASAR UTAMA PELAKSANAAN
4.1 Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”.
34
SLIDESMANIA.COM Implikasinya:
(a) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib.
[Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)]
(b) Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika
disabitkan boleh dijatuhkan hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya
sekali di bawah Penalti Am.
(Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996)
(c) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang tiada penalti
diperuntukkan dengan nyata, boleh apabila disabitkan, denda tidak melebihi
RM5000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
(d) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal
suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
harian yang tidak melebihi RM500.00 sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain
yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan
itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
4.2 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap pelajar. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab atau satu kegiatan sukan atau permainan.”
(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
35
Implikasinya:
(a) Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang
diminati oleh mereka.
Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab / persatuan sekolah
seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A) 196/98.
(b) Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi
penilaian.
Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 SPI Bil. 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Perkara 2.1
SPI Bil 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Ko-Kurikulum Pelajar
(c) Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya ialah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin
jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh
murid-murid dan ibu bapa mereka.
4.3 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum
di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum
di sekolah.”
(Perkara 5.2 dalam SPI Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
Implikasinya:
SLIDESMANIA.COM (a) Setiap guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik,
terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.
(b) Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu
kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat
awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-
perintah Am Pegawai Awam [Kelakuan dan Tatatertib (Bab D) ]
4.4 “Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam
bilik darjah”
[Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997]
36
SLIDESMANIA.COM Implikasinya:
(a) Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.
(b) Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta nilai-nilai murni yang membantu murid
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara seimbang.
4.5 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai
tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan murid.
Implikasinya:
(a) Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin,
bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan terbuka kepada semua murid.
5. DASAR-DASAR SOKONGAN
5.1 “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerak kerja kokurikulum ini hendaklah
mengalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat, bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah, gerak kerja-gerak kerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”
[Perkara 5.3 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah]
5.2 Kegiatan kokurukulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat.
(Rujuk Subperkara 4.2.1 & Subperkara 5.2 dalam SPI Bil 4/1985-Penubuhan Jawatankuasa Sekolah
sebagai Institusi Masyarakat)
37
SLIDESMANIA.COM 5.3 “Kementerian Pelajaran amat menggalakkan murid bergiat dalam kegiatan pasukan pakaian
seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru dan murid juga
dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari
semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang
berdaftar”
(SPI Bil 24/1998-Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pakaian Seragam Agensi Kerajaan dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan)
5.4 “Kementerian Pelajaran membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan
murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan
ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”
(SPI Bil 12/2000- Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
5.5 “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pelajaran ingin menegaskan
bahawa murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani”.
(SPI Bil 18/2000-Penggalakan aktivit Fotografi di Kalangan Murid Sekolah)
5.6 “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan pelajar-pelajar atau orang
perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan
semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin
yang baik.”
(Subperkara 8.2.4 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
5.7 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-
masing dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh mereka ke peringkat yang lebih tinggi
sehingggalah ke peringkat antarabangsa. Murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan
bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
38
SLIDESMANIA.COM 6. INDIKATOR KEBERKESANAN PELAKSANAAN
6.1 Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum tertera di tempat-tempat yang strategik.
6.2 Tertera slogan tentang kepentingan kokurikulum.
6.3 Sekolah mempunyai perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang pelaksanaan kokurikulum.
6.4 Sekolah mempunyai organisasi pengurusan pelaksanaan kokurikulum.
6.5 Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha menyediakan prasarana dan perkakasan serta peralatan untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum.
6.6 Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha memperoleh bahan-bahan sumber atau rujukan untuk pelaksanaan
kokurikulum.
6.7 Sekolah mempunyai guru yang terlatih atau terbukti berusaha untuk melahirkan guru yang terlatih dalam bidang
kokurikulum.
6.8 Sekolah mempunyai jadual aktiviti kokurikulum tahunan (JAKTI). Jadual disebarkan kepada guru, murid dan ibu bapa.
6.9 Setiap guru menerima tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam bidang kokurikulum secara bertulis.
6.10 Tugas dan tanggungjawab ini mestilah jelas, spesifik, adil dan kuantitatif serta ada unsur-unsur yang menguji
kepatuhan, kesungguhan dan kebertanggungjawaban juga yang mencabar profesionalisme guru.
6.11 Sekolah menubuhkan badan beruniform, persatuan / kelab dan kelab sukan dan permainan yang sepadan dengan
jumlah enrolmen dan kepelbagaian murid.
6.12 Sekolah menubuhkan “Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah” seperti yang dimaksudkan oleh SPI Bil 1/1985 dan
“Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat” seperti yang dimaksudkan oleh SPI Bil 4/1985.
39
6.13 Fail-fail penubuhan dan pengurusan setiap entiti kokurikulum yang ditubuhkan aktif dan kemas kini.
6.14 Setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum, seperti yang ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod
penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum yang disertai itu.
6.15 Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan atas kehadiran, perjawatan, penglibatan dan pencapaian mereka
dalam bidang kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.16 Sekolah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data mengenai pencapaian sekolah dan murid dalam bidang
kokurikulum pada setiap tahun.
6.17 Sekolah menyediakan insentif atau skema galakan ataupun anugerah kepada murid yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum serta kepada guru atau individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada aktiviti kokurikulum
sekolah.
6.18 Sekolah berjaya merealisasikan konsep “Sekolah Berwatak”.
6.19 Wujud peningkatan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum berdasarkan kaedah penilaian “Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan”(STKP).
6.20 Terdapat sepasukan murid atau individu murid yang mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat nasional dan
antarabangsa.
6.21 Sekolah meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan.
6.22 Kadar kemenjadian murid meningkat, iaitu:
6.22.1 Kes disiplin berkurangan
SLIDESMANIA.COM 6.22.2 Kehadiran ke sekolah meningkat
6.22.3 Murid jadi cergas dan ceria
6.22.4 Kualiti dan kuantiti murid dari aspek budi pekerti dan budi bahasa meningkat
6.22.5 Kes pergaduhan berasaskan perbezaan etnik, sosioekonomi dan gender berkurangan
40
SLIDESMANIA.COM 6.23 Prestasi akademik murid meningkat.
6.24 Wujud kerjasama yang erat dan produktif antara pihak sekolah dengan masyarakat,
pemimpin tempatan, pihak berkuasa tempatan, jabatan kerajaan, agensi kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.
6.25 Murid, guru, ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain menyayangi sekolah.
6.26 Guru dan murid berpandangan dan bersikap positif terhadap aktiviti kokurikulum.
6.27 Sokongan dan sambutan ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum yang dianjurkan
seperti pertandingan, perkhemahan dan aktiviti gotong royong semakin memberangsangkan.
41
SLIDESMANIA.COM
KANDUNGAN HALAMAN
DASAR PENGURUSAN KELAS 42 - 45
KETETAPAN PENGURUSAN DISIPLIN 46 – 50
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
• Semua butiran murid dalam APDM hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama
persekolahan.
• Kemaskini APDM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi untuk sesi pagi dan
2.00 petang untuk sesi petang.
• Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
• Murid yang datang selepas dua jam masih dikira hadir ke sekolah.
• Laporan perlu dihantar kepada PKHEM pada setiap hujung bulan
2. Fail Peribadi Murid (Fail Biru Muda)
• Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini.
• Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru tingkatan ditulis pada helaian
pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
• Semua maklumat peribadi murid seperti salinan sijil lahir, kad pengenalan, keputusan
Peperiksaan Dalaman dan lain-lain hendaklah disimpan di dalam fail ini.
• Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan hendaklah disimpan di Bilik
Kesihatan.
• Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid menamatkan persekolahannya atau
bertukar sekolah.
• Semua fail perlu disimpan di dalam kotak berlabel di Bilik BBM.
3. Fail Kelas Guru Tingkatan
• Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa / penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid hendaklah disimpan di dalam fail ini.
• Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang
dikeluarkan juga hendaklah disimpan di dalam fail ini.
• Fail kelas hendaklah disemak pada setiap akhir bulan oleh Penyelaras Tingkatan dengan
menggunakan dokumen penyemakan fail kelas.
42