The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSTEM KIMIA final copy 250417 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anuarjem, 2018-12-25 17:56:55

BSTEM KIMIA

BSTEM KIMIA final copy 250417 (1)

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK(STEM)

BSTEM
KIMIA

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

Terbitan April 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN
ISBN 978-967-420-195-1

Diterbitkan oleh;
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

KANDUNGAN

Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Aluan ix
Pendahuluan 1
Panduan Pelaksanaan BSTEM 2

Contoh PdP 1 – Alat Penapis Asap Motosikal 5
Pengenalan 9
Rancangan PdP 11
Komponen PdP 13
Aktiviti PdP
Lampiran bagi Contoh PdP 1 19
A Ujian Pra 20
B Ujian Pasca 21
C Lembaran kerja murid 24
D Borang rubrik penilaian untuk prototaip dan pembentangan
26
murid 28
E Borang rubrik penilaian rakan sebaya dan kendiri 29
F Exit Card
G Aktiviti Murid mengikut fasa (dapatan rintis) 33
37
Contoh PdP 2 – Crime Scene Investigation 38
Pengenalan 39
Rancangan PdP
Komponen PdP
Aktiviti PdP

Lampiran bagi Contoh PdP 2 44
H Soalan Ujian Pra 46
I Ujian Pasca 48
J Lembaran kerja murid 53
K Borang rubrik penilaian laporan dan pembentangan 55
L Borang rubrik penilaian rakan sebaya dan kendiri 57
M Exit Card 58
N Aktiviti Murid mengikut fasa (dapatan rintis) 59
Rujukan 60
Penghargaan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan
sebuah buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di
sekolah. STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi,
Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan
bidang pengajian yang merangkumi pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai murni dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 dan transformasi kurikulum yang
melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi perhatian dan penekanan.
Pembelajaran STEM diperkukuhkan dengan aktiviti hands-on, berasaskan
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri
tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di dalam buku ini. Buku ini mengandungi
contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata pelajaran dalam bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat
situasi sebenar yang mungkin pernah dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti
yang melibatkan pengalaman murid seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat,
meyakinkan dan merangsang daya fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bidang STEM di sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga buku
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal insan
yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini
Kementerian Pendidikan berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari.
Pelaksanaan pendidikan STEM bertujuan untuk meningkatkan minat murid di samping
melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan tersebut, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membangunkan bahan sumber PdP yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Buku ini merupakan
lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. BSTEM dikeluarkan dalam beberapa siri mata pelajaran bidang
STEM iaitu BSTEM Biologi, BSTEM Fizik, BSTEM Kimia, BSTEM Matematik
Tambahan, BSTEM Reka Cipta dan BSTEM Sains Komputer.

Buku ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM dalam BSTEM terdiri daripada
aktiviti yang dibangunkan menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan
masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam
serta diperkaya.

Pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan agen perubahan yang menjadi
pemangkin kepada iklim sekolah yang berteraskan Pendidikan Abad ke-21 (PA 21).
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran abad ke-21 dan nilai dapat menghasilkan
murid yang mempunyai profil berdaya tahan, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin
tahu, patriotik, bermaklumat, berprinsip, mahir berkomunikasi serta penyayang dan
prihatin seperti yang dihasratkan.

Buku ini diharapkan menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP STEM di
bawah tajuk-tajuk lain dalam kurikulum mata pelajaran ini.

1

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi dua contoh PdP
untuk mata pelajaran Kimia. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan panduan yang
boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain berdasarkan
kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh PdP dalam
bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
6. Lembaran Kerja Murid
7. Borang Pentaksiran

 Rubrik Penilaian Prototaip/ Pembentangan
 Rubrik Penilaian Diri dan Rakan Sebaya
 Exit Card
8. Dapatan Rintis Contoh PdP
9. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian
pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian pasca serta Exit
Card sebagai refleksi PdP.

2

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh
murid:

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti

masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
sebagainya.

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam

bentuk inkuiri

4 Murid mengumpulkan data, menganalisis dan

mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
oleh orang lain

Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan

5 menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu

fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik
atau formula boleh juga diterima.

Murid merekacipta dengan mengulangi proses
7 Munutriudkmmeemnbaemntabnaghkbanaipkropdroukdudke(ngteanrmdaissoukkong dengan

jkuasteifdikaahsi)sdeactaaradasnisteramkaantiklain diberi peluang untuk

berkomunikasi dan memberikan pendapat.

8 Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan

masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM.
Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi
merancang dan mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah
langkah-langkah umum dalam melaksanakan PdP STEM.

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

3

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELUM kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

FASA 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
SEMASA kepada murid melaksanakan tugasan ini.

PdP 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/
melengkapkan tugasan (dengan soalan-soalan yang telah
disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai produk/ pencapaian murid.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

FASA 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
SELEPAS dilaksanakan.

PdP 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan
serta memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dihasratkan.

4





PENGENALAN

Aktiviti Alat Penapis Motosikal yang merupakan satu aktiviti projek mini dilaksanakan
setelah murid selesai mempelajari topik Asid dan Bes dalam sukatan pelajaran Kimia
Tingkatan 4. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL). Murid didedahkan dengan suatu isu alam sekitar untuk mereka selesaikan
dengan menghasilkan satu produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang Asid
dan Bes dan juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta
untuk kebaikan sejagat. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 6 waktu
bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan
dengan situasi sekolah, murid dan lain-lain faktor.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan,
ruang kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat
menggalakkan murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang
minima. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru disepanjang
aktiviti ini:

SESI 1 (2 Waktu PdP)

Sebelum PdP  Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan
tentang pencemaran udara yang berpunca dari asap
kenderaan dan kilang.
(Kata kunci: Pencemaran udara)

 Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta helaian
penilaian rubrik untuk guru dan murid.

 Menyediakan bahan kimia dan alat radas yang diperlukan
bagi melaksanakan aktiviti ini.

5

Semasa PdP SESI 1 (2 Waktu PdP)
Semasa
PdPSemasa  Mentadbir ujian Pra ke atas murid.
PdP  Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/

Selepas PdP memberikan bahan rangsangan)
 Memberikan senario atau pernyataan masalah.
Sebelum PdP  Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
Semasa PdP
Semasa kepada murid melaksanakan projek ini.
PdPSemasa  Menggalakkan murid mengenal pasti masalah dalam proses
PdP
sumbang saran dan menjana idea untuk menyelesaikan
Selepas PdP masalah dan membimbing murid mendapatkan idea
menghasilkan produk penapis asap motosikal.
 Membekalkan murid dengan kertas A4 untuk lakaran.
 Membuat lakaran prototaip berskala dan berlabel yang boleh
menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
 Mengumpul lakaran prototaip penapis asap motosikal.

 Mengenal pasti bahan keperluan untuk membina produk
bagi sesi PdP yang seterusnya.

 Membuat penilaian lakaran reka bentuk produk yang telah
disediakan oleh murid.

SESI 2 (2 Waktu PdP)

 Menyediakan radas dan peralatan yang diperlukan oleh
murid dalam membina model alat penapis asap motosikal
berdasarkan lakaran berlabel murid.

 Membimbing murid membina prototaip alat penapis asap
motosikal dan menguji sama ada ia boleh menyelesaikan
masalah.

 Memantau murid menguji kebolehan produk termasuk sama
ada:
- berfungsi atau tidak
- berkesan dalam menyelesaikan masalah atau tidak

 Membimbing murid mengumpul data dan menyediakan
laporan pembentangan prototaip alat penapis asap
motosikal dalam bentuk laporan bertulis, persembahan
power point, video atau apa-apa bentuk mengikut kreativiti
masing-masing.

 Mengumpul salinan pelaporan data dan ulasan prototaip
murid.

6

SESI 3 (2 Waktu PdP)

Sebelum PdP  Menyediakan peralatan dan keperluan untuk pembentangan
Sesi 3 produk oleh murid termasuklah seperti kertas sebak,
komputer riba dan projector LCD (Liquid-Crystal Display) jika
Semasa PdP ada pembentangan secara slaid multimedia.
Semasa
PdPSemasa  Menjadi pemudah cara dalam pembentangan laporan dan
PdP prototaip alat penapis asap motosikal.

 Menggalakkan kritikan berhemah dalam kalangan murid dan
memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
saintifik bagi penambahbaikan.

 Mengumpul semua produk murid
 Mentadbir ujian pasca.
 Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik

prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan
borang penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri.
 Mengedarkan Exit card sebagai refleksi kendiri murid.
 Mengarahkan murid menyediakan laporan saintifik yang
perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.

Selepas PdP  Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan
penambahbaikan untuk PdP seterusnya.
Semasa
PdPSemasa  Menyemak laporan murid yang telah diterima. Menyimpan
PdP beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan contoh/
pameran pada Minggu Sains dan Matematik/ Hari
Kokurikulum/ Bengkel Sains.

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Carta 1.

7

1. MENGENAL PASTI MASALAH

2. MENGUMPUL MAKLUMAT

SESI 1 3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN
(2 WAKTU
4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK
PdP) TERBAIK

5. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN DAN RADAS TERBAIK

6. i. MEMBINA PROTOTAIP BERDASARKAN LAKARAN TERBAIK

6. ii. MENGUJI KEBERKESANAN PROTOTAIP

SESI 2 TIDAK PROSES
(2 WAKTU PENAMBAH
BERJAYA
PdP) YA BAIKAN

SESI 2 7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK
(2 WAKTU
KOMEN DAN SOAL JAWAB
PdP)

8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran aktiviti pembelajaran murid dalam menghasilkan Alat Penapis Motosikal

8

Rancangan PdP: Alat Penapis Motosikal

Tingkatan: Tingkatan 4
Tajuk:
Hasil Murid: Asid dan Bes
Tempoh (waktu):
Prototaip Alat Penapis Asap Motosikal
Ringkasan Aktiviti:
6 waktu (2 + 2 + 2 waktu)

Senario:

Anda ialah seorang jurutera bahan yang
bertugas di sebuah agensi kerajaan dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan alam
sekitar. Masalah pencemaran udara dan
pembentukan hujan asid yang terhasil melalui
pembebasan asap kilang, telah berjaya
dikurangkan dengan menggunakan alat penapis
asap kilang. Alat penapis asap kilang ini
diwajibkan oleh pihak berkuasa untuk dipasang
pada serombong asap kilang yang akan
meneutralkan gas-gas beracun yang bersifat
asid melalui kaedah aplikasi peneutralan.

Namun, bagaimana pula dengan asap yang
terbebas melalui kenderaan bermotor seperti
lori, bas, kereta dan motor?

Kenderaan bermotor ini telah menyumbang
peratus pencemaran udara yang tinggi dalam
alam sekitar.

Sebagai jurutera bahan, anda dikehendaki
untuk mencipta prototaip alat penapis asap
kenderaan bermotor dan menggunakan konsep
aplikasi peneutralan yang sama seperti alat
penapis asap kilang dengan berfokus kepada
kenderaan motosikal.

9

Apa pengetahuan, kemahiran dan Pengetahuan, kemahiran dan nilai
nilai yang murid perolehi setelah
melalui aktiviti ini?  Mengenal pasti masalah dunia sebenar
 Menghubungkaitkan masalah dengan

konsep asid, bes dan peneutralan yang
dipelajari dalam Kimia
 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran saintifik dalam menyelesaikan
masalah.
 Melahirkan rasa tanggung jawab sosial
dan kemahiran kerjasama kumpulan.

Apa pengalaman baharu murid Pengalaman baru murid
setelah melalui aktiviti ini?
 Membuat prototaip alat penapis asap motor
 Pengetahuan konsep peneutralan asid bes
 Peranan air menunjukkan sifat keasidan dan

kealkalian
 Peranan garam yang bersifat endotermik

sebagai penyerap haba
 Peranan arang yang menyerap bau
 Peranan wul kaca pemegang dan pemisah

bahan
 Nilai mereka cipta dan menghargai alam

sekitar

10

Komponen PdP
Konteks:

/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains: Mengaplikasi konsep peneutralan

Teknologi: Menghasilkan alat Penapis Asap Kenderaan Bermotor, menggunakan
elemen teknologi maklumat untuk membuat pembentangan

Kejuruteraan: Mereka bentuk produk prototaip

Matematik: Mengira bacaan nilai pH sebelum dan selepas proses peneutralan

Bahan Sumber: 1. Tin Susu Tepung 500g (Bahan pengganti yang difikirkan sesuai)

Alat, Bahan 2. Jaring Besi Berlubang
dan Radas
yang 3. Playar / spanar
diperlukan:
(Cadangan) 4. Skru dan nat
5. ‘Cutter’

6. Penimbang elektronik

11

Sumber yang 7. Pembaris
disediakan 8. Wul kaca (Bahan pengganti yang difikirkan sesuai)
oleh guru: 9. Kepingan Aluminium
10. Pita Pelekat / ‘Double Sided tape’
11. Arang
12. Larutan garam beralkali (Contoh/ Bahan pengganti yang difikirkan

sesuai)
13. Alat pengukur nilai pH(Bahan pengganti yang difikirkan sesuai)
14. Lain-lain alat, radas dan bahan mengikut keperluan

○ Blog dan laman web *(pautan video)
○ Surat Khabar
○ Persembahan Powerpoint

12

Aktiviti PdP

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

SESI 1: Murid menduduki Guru memberi - Lampiran A
2 waktu PdP (Ujian Pra)
ujian pra ujian pra.
Guru boleh;
 Mengetahui/ pembelajaran

mengukur
pengetahuan
sedia ada murid
dalam isu ini.

Murid boleh; Murid menonton Guru Peka terhadap Borang catatan
 Membuat dan mencatatkan menayangkan isu dan masalah murid – Kertas
fakta/ *video Youtube dunia sebenar kosong bagi setiap
pemerhatian dan pemerhatian isu tentang murid untuk
mengaitkan atau masalah pencemaran udara mencatat
pengetahuan, yang dipaparkan yang berpunca pemerhatian
kemahiran dan dalam tayangan daripada asap mereka dan
nilai sedia ada video berkenaan. kilang dan permasalahan/ Isu
dengan isu dunia perindustrian. yang diramalkan/
sebenar. dijangkakan,

Guru menyoal
murid (sebagai
pemangkin
perbincangan)
tentang
permasalahan
pencemaran udara
yang ditayangkan.

Murid boleh; Murid Guru memberikan Inkuiri/ projek/ Lampiran C -
 Meneroka dan berbincang dan satu senario penyelesaian LEMBARAN
menyenaraikan berkaitan dengan masalah dalam KERJA MURID
mencari maklumat fakta-fakta yang pernyataan kehidupan (Bahagian A dan
berkaitan mereka sudah masalah. sebenar B)
pencemaran tahu, ingin tahu
udara dari dan akan tahu Guru
kenderaan berkaitan
bermotor dan
usaha-usaha

13

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

mengatasinya pencemaran mengarahkan
 Menyatakan udara, usaha- murid (dalam
usaha dan cara kumpulan)
bahan bersifat mengatasi mengenal pasti
asid dan tindak pencemaran fakta-fakta yang
balas yang udara dalam berkaitan dengan
berlaku menyelesaikan pencemaran
menyebabkan tugasan mereka. udara, usaha-
keasidan pada usaha dan
asap. cadangan-
 Menerangkan cadangan untuk
tindak balas mengatasi
peneutralan dan masalah
aplikasinya dalam pencemaran
situasi yang udara.
diberi.

Murid boleh; Murid Guru memantau Kerja Lampiran C -
merancang dan membimbing berpasukan yang LEMBARAN
 Membuat strategi, bagaimana untuk murid dalam produktif KERJA MURID
merancang dan mendapatkan mencari maklumat, (Bahagian C)
mengagihkan maklumat dan sumber dan bahan
tugasan bagi sumber yang diperlukan.
mendapatkan pembelajaran
maklumat, serta bahan
sumber yang diperlukan
pembelajaran dan (seperti di
bahan yang Bahagian B,
diperlukan. Lampiran C) bagi
mereka alat
penapis asap
kenderaan
bermotor.

14

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

Murid boleh; Murid Guru melontarkan Melibatkan kerja Borang lakaran
mengemukakan soalan-soalan berpasukan murid – Kertas
 Mereka bentuk soalan dan yang dapat dengan kosong bagi
beberapa draf mencetuskan mencungkil penggunaan setiap murid
model alat idea-idea yang pemikiran murid teknologi sesuai untuk melakar
penapis asap kreatif dan dalam mereka dengan bijak dan draf model alat
kenderaan inovatif bentuk model alat berhemah. penapis asap
bermotor. berdasarkan penapis asap kenderaan
maklumat yang kenderaan bermotor.
diperolehi dalam bermotor.
proses mereka
bentuk beberapa
model alat
penapis asap
kenderaan
bermotor yang
mungkin.

Murid boleh; Murid Guru membimbing Mengaplikasi Lampiran C -
 Bekerja serta memperincikan dan pemahaman LEMBARAN
beberapa model membangunkan kandungan KERJA MURID
berkomunikasi yang kemahiran berfikir STEM. (Bahagian D.1)
secara berkesan dicadangkan murid dalam
dalam kumpulan. melalui sumbang mengenal pasti Memberi
 Menerangkan dan saran. Murid masalah sebenar pelbagai
membentangkan melakarkan isu ini dan strategi jawapan/
kaedah beberapa model menyelesaikannya. penyelesaian
penyelesaian bagi tersebut di kreatif & inovatif
mengatasi Lampiran C, Guru sebagai berserta
masalah asid Bahagian D1 (i). fasilitator dan justifikasi
dalam asap menggalakkan
motosikal. Murid membuat murid
keputusan, menyelesaikan
memilih dan masalah dengan
melakarkan tepat, kreatif dan
model yang inovatif.
terbaik (berskala
dan berlabel) di
Lampiran C,

15

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

Bahagian D1 (ii), Guru juga boleh
melalui menilai kumpulan
perbincangan murid sambil
yang melibatkan memantau.
pemikiran kritikal
dan analitikal.

Murid
menjustifikasikan
pemilihan terbaik
mereka dengan
menerangkan
ciri-ciri alat
penapis
motosikal yang
akan dibina
dengan
melengkapkan
jadual di
Lampiran C,
Bahagian D2.

SESI 2: Murid Guru membimbing Mengaplikasikan
2 waktu PdP menjalankan dan membantu pemahaman
aktiviti membina murid dalam kandungan,
Murid boleh; prototaip alat membina prototaip kemahiran dan
 membina penapis udara sekiranya murid nilai STEM.
yang boleh muat kurang mahir
prototaip alat pada ekzos dalam Mengaplikasi
penapis udara motor. mengendalikan kemahiran
kenderaan alat dan radas. proses mereka
bermotor bentuk.
Guru sentiasa
megawas dan
memastikan
keselamatan
murid.

16

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

Guru menilai
kemahiran
manipulatif murid
semasa membina
prototaip.

SESI 3: Murid menguji Guru menilai Kerja Lampiran D
2 waktu PdP kefungsian dan kemahiran
membuat manipulatif murid berpasukan yang Rubrik Penilaian
Murid boleh; penambahbaikan semasa menguji
 Troubleshoot prototaip prototaip. produktif. untuk prototaip
sehingga
masalah yang berjaya. Mengaplikasi
dihadapi semasa kemahiran
ujian dalam proses mereka
memastikan bentuk
bahawa prototaip
berfungsi dengan Murid
baik. mengumpul data
yang berkaitan
dengan
kefungsian dan
kebolehan
prototaip
menyelesaikan
masalah.

Murid boleh; Mempamerkan Guru Memberi Lampiran C,
 Membentangkan mengarahkan pelbagai Bahagian E
dan murid jawapan/ (murid)
hasil prototaip melengkapkan penyelesaian
dengan yakin membentangkan tugasan seperti kreatif & inovatif Lampiran D
beserta justifikasi dalam Lampiran C, berserta Rubrik Penilaian
dan eviden yang hasil prototaip Bahagian E. justifikasi. untuk
kukuh. pembentangan
tersebut kepada Guru menilai Memberi peluang (guru)
 Menerima teguran prototaip menambah baik
dan kritikan kelas untuk berdasarkan idea atau produk
dengan baik dan rubrik.
berhemah. penilaian.

 Melatih diri untuk Murid dan guru
membina soalan digalakkan
yang baik dan mengutarakan
relevan. soalan, ulasan
dan kritikan
berhemah bagi
penambahbaikan
prototaip.

17

Aktiviti Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

Murid boleh; Murid menduduki Guru memberi Lampiran B
Ujian Pasca
Menilai ujian pasca ujian pasca
pembelajaran
mereka melalui pembelajaran.
perbandingan
sebelum dan
selepas PdP.

Murid boleh; Murid membuat Guru memastikan Lampiran E
penilaian rakan murid Borang Penilaian
Membuat refleksi sebaya dan melengkapkan Rakan Sebaya
diri tentang penilaian kendiri. Borang Penilaian Dan Penilaian
pembelajaran Rakan Sebaya Kendiri
mereka dalamPdP Murid membuat Dan Penilaian
tadi. refleksi dengan Kendiri serta Lampiran F
melengkapkan Exit Card untuk Exit Card
Exit Card. membuat penilaian
dan refleksi PdP

Refleksi Guru Guru membuat
refleksi/
kesimpulan dan
menambah baik
PdP.

18

Lampiran A

UJIAN PRA

[CONTOH PdP 1: ALAT PENAPIS ASAP MOTOSIKAL]

MATA PELAJARAN : KIMIA TARIKH : .........................
TAJUK : ASID DAN BES TING. : ............................
NAMA : ...................................................................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan asid dan bes?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Berikan contoh asid dan bes yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas peneutralan?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Berikan contoh aplikasi tindak balas peneutralan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________
________________________________________________________________

5. Apakah peranan air terhadap asid dan bes?
________________________________________________________________
________________________________________________________________

19

Lampiran B

UJIAN PASCA

[CONTOH PdP 1: ALAT PENAPIS ASAP MOTOSIKAL]

MATA PELAJARAN: KIMIA

TAJUK : ASID DAN BES TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : .............................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan asid dan bes?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Berikan contoh asid dan bes yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas peneutralan?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Berikan contoh aplikasi tindak balas peneutralan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Apakah peranan air terhadap asid dan bes?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

20

Lampiran C

LEMBARAN KERJA MURID
[CONTOH PdP 1: ALAT PENAPIS ASAP MOTOSIKAL]

Tarikh:……………….. Sekolah:………………………. Tingkatan:……………….

Nama ahli Kumpulan:

(1) (3) (5)

(2) (4)

Objektif Pembelajaran:

Murid akan dapat:

 Mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar untuk melalui kehidupan yang
selesa

 Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tajuk asid dan bes bagi mereka
bentuk dan membina sebuah prototaip alat penapis asap motosikal

 Bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan.
 Menerangkan dan membentangkan reka bentuk alat penapis asap motosikal.

A. Pencarian Fakta
Berdasarkan masalah senario dan video, kenal pasti fakta-fakta yang berkaitan
dengan pencemaran udara, usaha-usaha dan cadangan-cadangan untuk
mengatasi masalah pencemaran udara.

1

2

3
4

5

21

B. PerluTahu/ Isu pembelajaran
Dengan bantuan fakta-fakta yang dikemukakan, apakah isu yang perlu anda
tahu dan isu pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk menyelesaikan
tugas anda?
Bil. Isu yang perlu anda tahu/ isu pembelajaran
1 Cth: Tindak balas peneutralan
2 Cth: Peranan air untuk menunjukkan sifat asid dan alkali

3

4

5

C. Pelan Tindakan

Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti,
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/Sumber

1

2

3

4

5

22

D. Penyelesaian yang dicadangkan

1. Melalui sumbang saran, cadangkan beberapa reka bentuk alat penapis motosikal

yang mungkin dan lakarkan reka bentuk yang terbaik (berskala dan berlabel)

Reka bentuk alat penapis motosikal Reka bentuk yang terbaik

yang mungkin

2. Terangkan ciri-ciri alat penapis motosikal yang direka bentuk berdasarkan kriteria
yang ditetapkan.

Ciri-ciri Penerangan
1
2
3
4
5

E. Pembentangan

1. Membina prototaip alat penapis motosikal berdasarkan reka bentuk anda
menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.

2. Menyediakan pembentangan (menggunakan ICT atau sebaliknya) untuk
menjelaskan pilihan bahan dan bagaimana reka bentuk prototaip anda menepati
sasaran.

23

Lampiran D

Rubrik Penilaian untuk prototaip dan pembentangan

[CONTOH PdP 1: ALAT PENAPIS ASAP MOTOSIKAL]

Tarikh: ........................... Kumpulan:………………….................

Kategori 4 32 1 Skor

Pembinaan Bahan yang Bahan yang Bahan yang Bahan yang
Bahan dipilih amat dipilih tidak
sesuai dan dipilih sesuai dan dipilih kurang sesuai dan
Sikap saintifik diubah suai menjadikan
secara kreatif terdapat sesuai namun produk tidak
untuk berfungsi dengan
menjadikannya percubaan boleh diubah berkesan
lebih berkesan
mengubah suai suai secara Semua ahli
Semua ahli kumpulan tidak
kumpulan dapat secara kreatif kreatif dapat
menunjukkan menunjukkan
pemahaman untuk menjadikan pemahaman yang
yang jelas dan jelas dan tidak
dapat menjadikannya nya lebih dapat
mengaplikasi mengaplikasi
prinsip sains lebih berkesan berkesan prinsip sains
dalam dalam pembinaan
pembinaan Sebahagian Sebahagian ahli projek
projek
besar ahli kumpulan tidak

kumpulan dapat dapat

menunjukkan menunjukkan

pemahaman yang pemahaman

jelas dan dapat yang jelas dan

mengaplikasi tidak dapat

prinsip sains mengaplikasi

dalam pembinaan prinsip sains

projek dalam

pembinaan

projek

Fungsi Fungsi struktur Fungsi struktur Fungsi struktur Fungsi struktur
sangat baik dan kurang baik dan
bertepatan baik tetapi kurang kurang baik dan mempunyai
dengan banyak
kehendak serta menepati mempunyai kelemahan yang
mudah untuk perlu penambah-
dipasang kehendak kelemahan yang baikan.

perlu penambah-

baikan

24

Kategori 4 32 1 Skor

Penggunaan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan
ICT mengaplikasi tidak dapat
kemahiran ICT mengaplikasi mengaplikasi mengaplikasi
secara optimum kemahiran ICT
samada semasa kemahiran ICT kemahiran ICT samada semasa
penyelidikan dan penyelidikan dan
pembentangan yang bersesuaian secara minimum pembentangan
projek
samada semasa samada semasa

penyelidikan dan penyelidikan dan

pembentangan pembentangan

Kerja Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan tidak
Kumpulan berfungsi berfungsi dengan kurang berfungsi berfungsi dengan
dengan sangat baik. Sebahagian dengan baik. baik. Ramai ahli
baik. Semua ahli besar ahli Tidak semua ahli yang tidak
mendengar mendengar, mendengar, memberi
berkongsi berkongsi dan berkongsi dan kerjasama
pengetahuan menyokong menyokong
dan menyokong usaha ahli usaha ahli
usaha ahli kumpulan yang kumpulan yang
kumpulan yang lain. lain.
lain.

Jumlah skor

25

Lampiran E

Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri

[CONTOH PdP 1: ALAT PENAPIS ASAP MOTOSIKAL]

Tarikh: .................... Nama: ........................................ Kumpulan: ..........................

Skor SKOR ( isikan
4 32 nama ahli
kumpulan)

1
Diri
Kategori …..............

Rakan 1
……………

Rakan 2
……………

Rakan 3
……………

Sumbangan Mengambil Mengambil Kadang-kadang Kurang
bahagian bahagian mengambil mengambil
dengan sangat dengan aktif bahagian dan bahagian dan
aktif dan kerap dan memberi memberi idea jarang memberi
memberi idea idea berguna dalam aktiviti idea kerjasama
berguna dalam dalam aktiviti kumpulan. dalam aktiviti
aktiviti kumpulan. Memberi kerja- kumpulan
kumpulan. Sering sama dalam
Mempunyai memberi aktiviti yang
daya usaha kerjasama dan dijalankan
yang tinggi dan komitmen yang
Penyelesaian berjaya tinggi Bertindak Bertindak
Masalah menampilkan secara kurang secara tidak
ciri-ciri Bertindak aktif dan berjaya aktif dan tidak
kepimpinan secara kurang menyelesaikan berusaha untuk
Bertindak aktif namun sedikit masalah menyelesaikan
secara aktif dan berjaya dalam kumpulan masalah dalam
berjaya menyelesaikan kumpulan
menyelesaikan masalah dalam
banyak kumpulan
permasalahan
dalam
kumpulan

26

Skor SKOR ( isikan
4 32 nama ahli
kumpulan)

1
Diri
Kategori …..............

Rakan 1
……………

Rakan 2
……………

Rakan 3
……………

Sikap Bersikap positif Bersikap positif Bersikap positif Bersikap
terhadap projek terhadap projek terhadap projek kurang positif
yang yang dilaksana- yang dilaksana- terhadap projek
dilaksanakan kan namun kan namun yang
dan sentiasa kurang jarang memberi dilaksanakan.
mendorong mendorong dorongan
rakan dalam rakan dalam kepada rakan
kumpulan kumpulan dalam kumpulan

Bekerja dengan orang Tumpuan terhadap Memberi Memberi Kurang memberi Tidak memberi
tumpuan tumpuan penuh
sepenuhnya terhadap tumpuan tumpuan penuh
terhadap tugasan namun
tugasan tugasan dan kurang terhadap terhadap
kerap menyelesaikan
melakukan tugasan secara tugasan dan tugasan dan
tugasan secara kendiri
kendiri kerap sangat
Sentiasa Memberi
bekerjasama, kerjasama, bergantung bergantung
mendengar memberi
pandangan dan pandangan kepada ahli kepada ahli
menjaga tetapi kurang
keharmonian menjaga kumpulan yang kumpulan yang
ahli-ahli dalam keharmoni-an
kumpulan dalam lain lain
kumpulan
Kurang bekerja Memberikan

sama dan kerjasama yang

kurang menjaga sangat

keharmonian minimum

lain dalam kumpulan

Jumlah skor

27

Lampiran F

EXIT CARD

NAMA :

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.

NAMA : SOALAN 2
SOALAN 1
Satu perkara yang saya masih tidak
Dua perkara yang saya pelajari hari ini. jelas.

NAMA : SOALAN 2
SOALAN 1
Satu perkara yang saya masih tidak
Dua perkara yang saya pelajari hari ini. jelas.

28

Lampiran G

AKTIVITI MURID MENGIKUT FASA CONTOH PdP 1
(DAPATAN RINTIS CONTOH PDP)

Fasa 1: Pernyataan senario dan penyelesaian masalah
Fasa 2: Lakaran Berlabel dan pembentangan penyelesaian masalah

Fasa 3: Pembinaan prototaip

Fasa: Pengujian prototaip

Fasa 5: Pembentangan dan penambahbaikan

29

30

MUATAN HABA TENTU

CONTOH PdP 2:

GARAM

31

32

PENGENALAN

Aktiviti “Crime Scene Investigation” merupakan satu aktiviti dilaksanakan setelah murid
selesai mempelajari topik Garam dalam sukatan pelajaran Kimia Tingkatan 4. Aktiviti ini
menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL). Murid
didedahkan dengan suatu isu berunsur penyiasatan untuk mereka selesaikan dengan
menguji jenis bahan kimia yang tidak diketahui. Aktiviti ini memberi peluang kepada
murid menyelesaikan kes jenayah yang diberikan dengan mengaplikasikan
pengetahuan dalam topik analisis kualitatif garam secara mendalam. Cadangan masa
melaksanakan aktiviti ini adalah 4 masa bersemuka bergantung kepada kreativiti guru.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan dalam makmal kimia sekolah yang lengkap dengan
bahan dan radas yang disenaraikan dalam rancangan PdP. Guru juga boleh
menggunakan kreativiti dan kesesuaian mengikut kekangan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang kerja,
tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang
menjayakan aktiviti ini. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh
guru di sepanjang aktiviti ini:

Sebelum PdP SESI 1 (2 Waktu PdP)
 menyediakan bahan ransangan seperti keratan surat khabar,
Semasa
PdPSemasa majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan.
PdP
( pautan video tentang tugas sebagai CSI sebagai set induksi:
http://youtu.be/2W3N6ZBKSqk)

 memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta helaian
penilaian rubrik untuk guru dan murid.

 menyediakan bahan kimia, alat radas dan media pencarian
maklumat yang diperlukan bagi menjalankan ujikaji.

33

Semasa PdP  mentadbir ujian Pra ke atas murid.
Semasa  mencetus minda murid dengan set induksi. (menayangkan
PdPSemasa
PdP video tentang tugas CSI dan sedutan daripada drama yang
menunjukkan tentang penyiasatan. Kata kunci: CSI)
Selepas PdP  memberikan senario atau pernyataan masalah.

 mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
kepada murid melaksanakan penyiasatan.

 menjadi fasilitator menggalakkan murid mengenal pasti
masalah dalam proses sumbang saran dan menjana idea
untuk menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
menggalakkan murid sendiri mencari maklumat berkaitan
dari pelbagai sumber (Internet, surat khabar dsb)

 membimbing murid dalam perbincangan cadangan
penyiasatan/penyelesaian masalah termasuklah langkah-
langkah ujian analisis kation keatas cecair yang terlibat.
Murid membuat laporan penyiasatan/ penyelesaian
masalah. Murid perlu menghasilkan rajah aliran proses ujian
analisis kation.

 memantau murid menjalankan penyiasatan/penyelesaian
masalah mengikut kreativiti masing-masing.

 mengumpul laporan penyiasatan/ penyelesaian masalah.

Sebelum PdP SESI 2 (2 Waktu PdP)

Semasa PdP  menyediakan media/ bahan peralatan untuk murid membuat
Semasa persembahan laporan penyiasatan/penyelesaian masalah.
PdPSemasa
PdP  menjadi pemudah cara semasa murid membuat
pembentangan mengikut kumpulan masing-masing.

 memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
saintifik dalam kreativiti murid penyelesaikan kes tersebut
semasa sesi kritikan dan ulasan.

 mengumpul semua laporan penyiasatan.
 mentadbir ujian pasca.
 membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik

pembentangan manakala murid pula mengisikan borang
penilaian rakan sebaya dan kendiri.
 mengedarkan ‘Exit card’ (Sticky Note) di Parking Lot.
 meminta murid menyediakan laporan saintifik yang perlu
dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.

34

Selepas PdP  membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk PdP
Semasa seterusnya.

 menyemak laporan murid dan menyimpan hasil kerja murid.

PdPSemasa

SmeePpnaddnPajlaanmg proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
agar PdP tersebut bermakna. Projek ini sesuai juga sebagai aktiviti dalam

Minggu/ Karnival Sains sekolah dalam bentuk Explorace. Aliran kerja dalam Carta 2

dapat menerangkan dengan ringkas proses PdP yang berlaku dalam aktiviti ini.

Sesi PdP 1: Waktu 1 dan 2
MULA

UJIAN PRA
(10 minit)

TAYANGAN VIDEO
(Set Induksi)

Perbincangan dalam kumpulan dan definisi masalah
Mencadangkan penyelesaian masalah dengan menyediakan aliran kerja

berdasarkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada

Menjalankan ujian pengesahan untuk menentukan kation
dalam larutan yang diberikan

Perbincangan kumpulan tentang keputusan ujian dan
pencarian maklumat dari pelbagai sumber

Menjalankan kajian dan menyiapkan laporan

Membuat kajian kes dan penyediaan laporan lengkap penyelesaian
masalah di luar bilik darjah dan persediaan pembentangan
35

Waktu PdP 2 = Waktu 3 dan 4
Perbincangan dalam kumpulan pra pembentangan
Pembentangan laporan mengikut kumpulan dengan
persembahan multimedia atau lain-lain ikut kreativiti murid
Penilaian rakan sebaya dan kendiri serta penilaian guru

Ujian pasca
Exit card
TAMAT

Carta 2:Aliran Kerja Aktiviti “Crime Scene Investigation”

36


Click to View FlipBook Version