The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anuarjem, 2018-12-25 18:02:22

BSTEM REKA CIPTA

Bahan BSTEM RC_17mei

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM) - BSTEM

PENDEKATAN STEM DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

REKA CIPTA

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

Terbitan Februari 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ISBN 978-967-420-197-5

Diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blk E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

KANDUNGAN

Rukun negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Alu-Aluan ix
Pendahuluan xi
Panduan Pelaksanaan BSTEM xiii
CONTOH PDP 1 – PENJIMATAN SUMBER AIR
1.1 Pengenalan Contoh PdP 1 5
1.2 Carta Alir Aktiviti Contoh PdP 1 9
1.3 Perincian Aliran Tugas Murid 10
1.4 Rancangan Contoh PdP 1 11
1.5 Ujian Pra Pembelajaran Contoh PdP 17
1.6 Ujian Pasca Pembelajaran Contoh PdP 1 18
1.7 Borang Tahap Penguasaan Murid ( Diisi oleh guru ) 19
1.8 Borang Penilaian Kendiri Tahap Penguasaan Murid ( Diisi oleh murid) 21
1.9 Pelaksanaan Rintis Contoh PdP 1 23

CONTOH PDP 2 – PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA MAKANAN

2.1 Pengenalan Contoh PdP 2 31

2.2 Carta Alir Aktiviti Contoh PdP 2 35

2.3 Perincian Aliran Tugas Murid 37

2.4 Rancangan Contoh PdP 1 39

2.5 Ujian Pra Pembelajaran Contoh PdP 1 45

2.6 Ujian Pasca Pembelajaran Contoh PdP 1 46

2.7 Borang Tahap Penguasaan Murid ( Diisi oleh guru ) 47

2.8 Borang Penilaian Kendiri Tahap Penguasaan Murid ( Diisi oleh murid) 49

2.9 Pelaksanaan Rintis Contoh PdP 1 51

Rujukan 57

Penghargaan 58



RUKUN NEGARA

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara cara hidup yang demokratik; mencipta satu masyarakat yang
adil di mana kemakmuran Negara akan dinikmati secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita –cita tersebut berdasarkan prinsip-
prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan
sebuah buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di
sekolah. STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi,
Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan
bidang pengajian yang merangkumi pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai murni dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Seiring dengan transformasi kurikulum dalam sistem
pendidikan di Malaysia yang melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi
perhatian dan penekanan. STEM menekankan pembelajarandengan aktiviti hands-on,
berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Contoh aktiviti STEM
dengan ciri-ciri tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di dalam buku ini. Buku ini
mengandungi contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata pelajaran dalam bidang
sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini
adalah bersifat situasi sebenar yang mungkin pernah dialami sendiri oleh murid. Saya
percaya aktiviti yang melibatkan pengalaman murid seperti ini adalah lebih seronok,
menarik minat, meyakinkan dan merangsang daya fikir mereka. Aktiviti seperti ini
diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran bidang STEM di sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan JabatanPendidikan Negeri yang terlibat. Semoga buku
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal insan
yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini
Kementerian Pendidikan berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari.
Pelaksanaan pendidikan STEM bertujuan untuk meningkatkan minat murid di samping
melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan tersebut, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membangunkan bahan sumber PdP yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Buku ini merupakan
lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. BSTEM dikeluarkan dalam beberapa siri mata pelajaran bidang
STEM iaitu BSTEM Biologi, BSTEM Fizik, BSTEM Kimia, BSTEM Matematik
Tambahan, BSTEM Reka Cipta dan BSTEM Sains Komputer.

Buku ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM dalam BSTEM terdiri daripada
aktiviti yang dibangunkan menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan
masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam
serta diperkaya.

Pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan agen perubahan yang menjadi
pemangkin kepada iklim sekolah yang berteraskan Pendidikan Abad ke-21 (PA 21).
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran abad ke-21 dan nilai dapat menghasilkan
murid yang mempunyai profil berdaya tahan, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin
tahu, patriotik, bermaklumat, berprinsip, mahir berkomunikasi serta penyayang dan
prihatin seperti yang dihasratkan.

Buku ini diharapkan menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP STEM di
bawah tajuk-tajuk lain dalam kurikulum mata pelajaran ini.

xi



PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua contoh PdP untuk
mata pelajaran Reka Cipta. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan panduan yang
boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain berdasarkan kurikulum
kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh PdP dalam bahan
sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
6. Lembaran Kerja Murid
7. Borang Pentaksiran

 Rubrik Penilaian Prototaip/ Pembentangan
 Rubrik Penilaian Diri dan Rakan Sebaya
 Exit Card
8. Dapatan Rintis Contoh PdP
9. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian
pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian pasca serta Exit Card
sebagai refleksi PdP.

xiii

Strategi pembelajaran yang digunakan dalam BSTEM adalah Inkuiri,
pembelajaran berasaskan masalah atau pembelajaran berasaskan projek. PdP STEM
boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan dalam Buku
Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam PdP 1.
Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh murid:

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti

masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
sebagainya.

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam

bentuk inkuiri

4 Murid mengumpulkan data, menganalisis dan

mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
oleh orang lain

5 Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan

menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu
fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik

atau formula boleh juga diterima.
7 MMuurrididmmeemrbeeknatacnipgktaandeprnogdaukn dmeengnagnuldaisnogkiopngrodseensgan

ujunsttiufikkamsi ednaatma bdaahnbaraikkapnrodlauink(dtiebremri apseulkuang untuk
kbearekdomahun)sikeacsai dransmisetmembearitkikan pendapat
8 Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan

masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

BSTEM mengandungi 3 Fasa PdP yang membimbing guru melaksanakan PdP
STEM. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi
merancang dan mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah
langkah-langkah umum dalam melaksanakan PdP STEM.

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

xiv

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELUM kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

FASA 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
SEMASA kepada murid melaksanakan tugasan ini.

PdP 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/
melengkapkan tugasan (dengan soalan-soalan yang telah
disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.

10. Mentadbir Ujian Pos.

FASA 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
SELEPAS dilaksanakan.

PdP 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan
serta memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dihasratkan.

xv



PANDUAN GURU

PANDUAN GURU

1



CONTOH PDP 1

CONTOH PdP 1
Penjimatan Sumber Air

(Penjanaan Idea)

3



1.1 PENGENALAN : PENJIMATAN SUMBER AIR

Aktiviti ini dinamakan sebagai “Penjimatan Sumber Air” yang
merupakan satu aktiviti projek mini yang dapat dilaksanakan setelah murid
selesai mempelajari topik Penjanaan Idea di Tingkatan 4. Aktiviti ini dirancang
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) di mana
murid didedahkan dengan suatu isu untuk mereka selesaikan dengan
menghasilkan satu idea dalam menyelesaikan isu tersebut. Di samping dapat
mengaplikasikan pengetahuan dalam reka ciptaan, murid juga dapat
menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk kebaikan
sejagat. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 8 waktu bersemuka
bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan
situasi sekolah, murid dan lain-lain faktor.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab
sebelum ini dan perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu
meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang kerja, tempoh masa,
bahan rangsangan, paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang
menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat menggalakkan
murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang
minima. Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru di sepanjang
aktiviti ini adalah seperti berikut:

Tindakan Catatan
PdP Sesi 1 (2 Waktu) – Pernyataan Masalah

Sebelum PdP

1. Guru perlu membaca dahulu panduan guru dan Persediaan untuk PdP.
kandungan contoh PdP 1 ini untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan serta perincian aktiviti PdP. Guru boleh mencari
gambar-gambar di laman
2. Mencari gambar-gambar yang berkaitan aktiviti contoh sesawang, surat khabar,
PdP 1 sebagai bahan rangsangan kepada sesi induksi majalah dan lain-lain.
set PdP.

3. Memperbanyakkan Kertas Ujian Pra, Kertas Ujian
Pasca, Borang Catatan Individu, Lembaran Kerja Murid,
serta Borang Penilaian Rubrik Tahap Penguasaan
untuk guru dan murid.

Semasa PdP

1. Mentadbir Ujian Pra. Guru melaksanakan PdP
2. Guru menayangkan gambar-gambar berkaitan kaedah dengan murid
menjalankan aktiviti
penyiraman tanaman hiasan secara berkumpulan dan
3. Guru mencetus minda, membimbing dan membimbing murid

membangunkan kemahiran berfikir murid apabila

5

Tindakan Catatan
menghasilkan
mereka mengenal pasti masalah yang timbul serta pernyataan masalah
kesan kaedah penyiraman tanaman hiasan semasa dengan tepat.
sesi sumbang saran.
4. Murid membuat penyataan masalah berdasarkan sesi Guru memastikan murid
sumbang saran tersebut. mematuhi etika semasa
5. Murid membuat pembentangan penyataan masalah melaksanakan sesi
yang dikenal pasti. sumbang saran dan
6. Guru sebagai fasilitator kepada murid semasa sesi pembentangan hasil
pembentangan dapatan daripada sesi sumbangsaran. kerja murid.
7. Murid menambahbaik penyataan masalah (jika perlu)
sebagai bahan PdP Sesi 2.

PdP Sesi 2 ( 2 Waktu) – Kajian Produk

Sebelum PdP

1. Guru mengenal pasti kaedah dan sumber yang sesuai Guru boleh membawa
bagi murid menjalankan kajian produk berdasarkan murid ke Pusat Sumber
penyataan masalah yang telah disediakan oleh mereka atau Makmal Komputer
di PdP Sesi 1. untuk mendapat
maklumat berdasarkan
Semasa PdP penyataan masalah yang
telah dikenal pasti.

1. Guru membimbing murid dalam melaksanakan kajian Kajian produk perlulah
produk sedia ada/bahan rujukan (subject matter) mengambil kira dari
dengan menggunakan pelbagai media. aspek kefungsian, reka
bentuk dan rupa bentuk
2. Murid mengumpul, mencatatkan serta menganalisis produk.
maklumat kajian produk untuk dibawa ke PdP Sesi 3
seterusnya.

PdP Sesi 3 ( 2 Waktu) – Lakaran Penjanaan Idea

Sebelum PdP

Nota :

1. Guru menyediakan bahan seperti kertas sebak/kertas Kertas sebak juga

lukisan bagi tujuan lakaran penjanaan idea. dikenali sebagai kertas

mahjung.

Semasa PdP

1. Guru menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan Nota:
kritis untuk menghasilkan cadangan produk baharu Idea murid adalah
dengan mensintesiskan idea dan maklumat yang produk yang dihasilkan
diperolehi daripada kajian produk sedia ada/bahan dan dizahirkan dalam
rujukan (subject matter). bentuk lakaran 3 dimensi
berskala bebas untuk
2. Murid menghasilkan lakaran 3 dimensi berskala bebas pentaksiran guru.
daripada penjanaan idea.

PdP Sesi 4 ( 2 Waktu) – Sesi Kritik

Sebelum PdP

1. Guru mengenal pasti prosedur dan media untuk
melaksanakan sesi kritik.

6

Tindakan Catatan

Semasa PdP

1. Murid melaksanakan sesi kritik mengikut tatacara yang
ditetapkan.

2. Guru memainkan peranan sebagai fasiliator semasa
sesi kritik agar dapat membantu murid melaksanakan
penambahbaikan lakaran produk.

3. Murid melaksanakan penambahbaikan lakaran produk
hasil dari sesi kritik. Sekiranya lakaran produk tidak
diterima, murid perlu melaksanakan semula proses di
PdP sesi 3.

4. Guru menilai dokumentasi dan lakaran produk murid
berdasarkan rubrik semasa murid mempamerkan dan
mempersembahkan lakaran produk dimensi berskala
bebas kepada kelas untuk penilaian.

Di akhir PdP

1. Guru memberi ujian pasca pembelajaran. Rujuk Lampiran - Ujian
2. Murid membuat refleksi/ kesimpulan aktiviti contoh pasca pembelajaran.

PdP1.
3. Guru membuat refleksi untuk menambahbaik PdP

seterusnya.

7



1.2 CARTA ALIR AKTIVITI CONTOH PdP 1

PdP Sesi 1

Mula

Ujian Pra

Tayangan gambar oleh guru

Sesi sumbang saran/mengenal pasti masalah

Mengenal pasti situasi, kesan dan akibat

PdP Sesi 2 Kajian produk sedia ada
PdP Sesi 3 Menjana dan mensintesis idea

Memilih lakaran idea terbaik

PdP Sesi 4 Tidak

Sesi kritikan

Ya

Penambahbaikan produk

Ujian pasca pembelajaran

Refleksi

Tamat

9

1.3 PERINCIAN ALIRAN TUGASAN MURID CONTOH PdP 1

Membuat Membuat pemerhatian pada gambar atau situasi yang
tayangan gambar diberikan.

Melaksanakan Apakah fakta yang boleh diperolehi dalam situasi atau
sumbang saran gambar tersebut?
dan mengenal Buat senarai “perlu tahu” atau isu lain yang berkaitan
pasti masalah dengan punca masalah itu.

Mengenal pasti Mengenal pasti dan membuat penyataan mengenai
situasi, kesan dan situasi, kesan dan akibat daripda masalah yang telah
dikenal pasti.
akibat
Mengumpulkan gambar-gambar produk sedia ada dan
Melaksanakan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk dari
kajian produk aspek reka bentuk dan kefungsian.

Menjana dan Membincangkan ciri-ciri penyelesaian masalah yang
mensintesis idea digunakan dalam reka bentuk model.

Memilih lakaran Menjana idea dalam bentuk lakaran dan
idea terbaik menggabungkan elemen-elemen reka bentuk dan
kefungsian yang diperolehi daripada sesi sumbang
saran.

Memilih hasil lakaran penjanaan idea yang terbaik untuk
dipersembahkan dalam sesi kritik.

Melaksanakan sesi Melaksanakan sesi kritik dengan kawalan dan
kritik penyeliaan yang baik.

Penambahbaikan Murid mencadangkan penambahbaikan produk di dalam
produk bentuk lakaran atau penyataan.

10

1.4 RANCANGAN PdP - CONTOH PdP 1

Tingkatan: 4

Tajuk: Penjimatan Sumber Air

Bidang: Teknologi Hijau

Tempoh (waktu): 8 waktu (2+2+2+2)

Ringkasan Aktiviti: Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan
meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

(Sumber: Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan, Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air). *masukkan tahun

Murid menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran Reka Cipta serta pengetahuan
pelbagai disiplin ilmu untuk menghasilkan alat yang dapat membantu
mengawal penggunaan air semasa proses penyiraman tanaman
hiasan di sekitar rumah.

Komponen PdP
Konteks:
√ Kehidupan Harian
√ Alam Sekitar
√ Masyarakat Tempatan dan Global

11

Kemahiran Abad 21:
√ Kreativiti dan Inovasi
√ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
√ Komunikasi dan Kolaborasi
√ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
√ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
√ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM

Sains: Proses transpirasi, respirasi dan fotosintesis tumbuhan hiasan.

Teknologi: Kaedah penyiraman secara teratur dan konsisten.

Kejuruteraan: Sistem kawalan (mekanikal, elektrik dan elektronik).

Matematik: Kawalan sela masa (timer), bacaan suhu medium tanaman hiasan.

Bahan Sumber: • Kertas sebak, A4 kosong
• Alat Tulis
Alat, Bahan dan • Peralatan dan Perkakasan ICT
Radas yang
diperlukan: • Gambar berkaitan kaedah penyiraman tanaman hiasan
• Gambar produk atau sistem penyiramana sedia ada di
Sumber yang
disediakan oleh pasaran.
guru:

12

Aktiviti PdP Penilaian
Formatif

Objektif
Pembelajaran

Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Kemahiran
Abad Ke-21

Murid Guru mentadbir Kertas Ujian
menduduki ujian ujian pra. Pra
pra.

Sesi 1 PdP
(2 waktu)

1. Mengenal pasti Murid menonton Guru membuat • Meningkat • Komunika si Borang
dan dan tayangan gamar kepekaan catatan
merumuskan mencatatkan yang berkaitan murid kepada • Kolaborasi individu
penyataan fakta/ proses isu dan murid
masalah pemerhatian isu penyiraman masalah dunia • Literasi diedarkan.
secara eksplisit atau masalah tanaman hiasan. sebenar. Teknologi
daripada aktiviti yang timbul Maklumat Penilaian
sumbang saran dalam tayangan dan guru dicatat
berdasarkan foto berkaitan. Komunikasi pada Borang
tayangan Tahap
gambar. • Nilai dan Penguasaan
Etika yang
disediakan.

Murid mengenal Guru memberi • Melibatkan • Pemikiran
pasti masalah cetusan minda murid dalam Kritis
yang timbul serta inkuiri dan
serta kesannya membimbing penerokaan • Penyelesaian
semasa proses dan terbuka Masalah
penyiraman membangunkan secara kreati
tanaman hiasan kemahiran • Melibatkan dan inovatif
dalam sesi berfikir murid. murid dalam
sumbangsaran. kerja • Komunikasi
berpasukan
yang produktif • Kolaborasi

. • Literasi
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi

• Nilai dan
Etika

Murid Guru sebagai • Memerlukan • Pemikiran
membentangkan fasilitator murid beri Kritis
dapatan kepada murid pelbagai
daripada sesi semasa sesi jawapan/ • Penyelesaian
sumbangsaran. pembentangan penyelesaian Masalah
dengan secara kreati
justifikasi dan inovatif

13

• Melibatkan • Komunikasi
murid dalam
kerja • Kolaborasi
berpasukan
yang produktif • Literasi
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi

• Nilai dan
Etika

Sesi 2 PdP
(2 waktu)

1. Mengenal Murid Guru memberi
cetusan minda
pasti bahan melaksanakan serta • Melibatkan • Pemikiran
membimbing murid dalam Kritis dan
rujukan atau kajian produk dan membantu kerja Penyelesaian
murid dalam berpasukan Masalah
produk sedia sedia pencarian yang produktif
maklumat. • Komunikasi
ada sebagai ada/sumber • Melibatkan dan
murid dalam Kolaborasi
bahan kajian rujukan (subject inkuiri dan
penerokaan • Literasi
produk dengan matter) dalam terbuka Teknologi
Maklumat
menggunakan kumpulan dan
Komunikasi
kaedah kajian dengan

yang sesuai menggunakan

(rujukan pelbagai media

internet/ dalam

majalah/ surat kumpulan.

khabar/

perpustakaan)

• Nilai dan
Etika

Sesi 3 PdP
(2 waktu)

1. Menjana idea Murid Guru • Melibatkan • Pemikiran
reka bentuk menghasilkan membimbing murid dalam Kritis dan
berdasarkan cadangan dan mengaplikasi Penyelesaian
bahan rujukan produk membangunkan kemahiran Masalah
atau produk penyelesaian kemahiran proses
sedia ada permasalahan berfikir murid. mereka • Literasi
yang telah dengan bentuk Teknologi
dipilih dan mensintesiskan Maklumat
menghasilkan idea dan • Memerlukan dan
lakaran 3 maklumat yang murid beri Komunikasi
dimensi diperolehi pelbagai
berskala daripada kajian jawapan/ • Kemahiran
bebas. produk sedia penyelesaian Hidup dan
ada/sumber dengan Kerjaya
2. Mensintesiskan rujukan (subject justifikasi
idea yang matter) secara • Nilai dan
menjurus individu dalam • Memerlukan Etika
kepada murid

14

penyelesaian bentuk lakaran 3 mengaplikasi
masalah Dimensi pemahaman
berskala bebas. kandungan
3. Menghasilkan STEM
dua lakaran
perkembangan
idea yang
menjurus
kepada
penyelesaian
masalah.

4. Memilih
lakaran idea
yang terbaik
berdasarkan
fungsi untuk
menyelesaikan
masalah.

Sesi 4 PdP
(2 waktu)

1. Membuat Mempamerkan Guru menilai • Memerlukan • Pemikiran
persembahan dan dokumentasi murid beri Kritis dan
lakaran idea persembahkan dan lakaran pelbagai Penyelesaian
terbaik dalam lakaran produk produk murid jawapan/ Masalah
sesi kritik. kepada kelas berdasarkan penyelesaian
untuk penilaian. rubrik. dengan • Komunikasi
2. Membuat justifikasi dan
penambah- Sesi Kritik Kolaborasi
baikan reka dilaksanakan • Memerlukan
bentuk murid • Literasi
berdasarkan mengaplikasi Teknologi
dapatan dari pemahaman Maklumat
sesi kritik kandungan dan
STEM Komunikasi

• Kemahiran
Hidup dan
Kerjaya

• Nilai dan
Etika

15

Murid Guru • Memberi • Pemikiran
melaksanakan menggalakkan
penambah- murid berfikir peluang murid Kritis dan
baikan lakaran secara kreatif.
produk. menambah - Penyelesaian

baik produk Masalah

• Literasi
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi

• Kemahiran
Hidup dan
Kerjaya

• Nilai dan
Etika

Murid Guru memberi PdP STEM Kertas ujian
menduduki ujian ujian pasca yang bermakna pasca
pasca. pembelajaran. kepada guru pembelaja-
dan murid. ran
Murid membuat Guru membuat
refleksi refleksi/
kesimpulan dan
menambahbaik
PdP.

Refleksi:

Nota: Pelaksanaan kerja pembinaan dan pengujian produk boleh dilaksanakan semasa di Tingkatan 5.

16

1.5 UJIAN PRA PEMBELAJARAN CONTOH PdP 1

1. Apakah kepentingan air kepada tumbuhan?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesinambungan hidup. Nyatakan sumber – sumber air
yang diperolehi oleh tumbuhan.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
3. Apakah kesan kepada tumbuhan sekiranya kurang menerima air?

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Apakah kaedah penyiraman tanaman hiasan yang kamu tahu? Nyatakan.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

17

1.6 UJIAN PASCA PEMBELAJARAN CONTOH PdP 1

1. Bagaimanakah idea yang dihasilkan dijangka dapat menyelesaikan masalah penyiraman tanaman hiasan
di rumah?
_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

2. Nyatakan kelemahan produk sedia ada dan nyatakan kekuatan lakaran produk yang dihasilkan.
i. Kelemahan produk sedia ada:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
ii. Kekuatan lakaran produk yang dihasilkan:

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

3. Senaraikan kemahiran yang anda diperolehi daripada aktiviti yang telah dilaksanakan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4. Adakah aktiviti yang dilakukan dapat membantu pemahaman pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik yang berkaitan? Terangkan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5. Cadangkan penambahbaikan lakaran idea yang anda hasilkan untuk kegunaan pada masa depan.
______________________________________________________________________________________

18

1.7 BORANG TAHAP PENGUASAAN MURID (Diisi oleh guru)

Standard Tahap Penguasaan Skor
Kandungan
1 2 34 5 6
Penyataan
Masalah Menyatakan Menerangkan Menghuraikan Merumuskan Merumuskan Merumuskan
penyataan pernyataan pernyataan pernyataan pernyataan pernyataan
masalah masalah masalah yang masalah. masalah jelas masalah
daripada yang dikenal dikenal pasti dan secara
gambar pasti daripada berintegriti. eksplisit jelas
yang daripada gambar yang dan
ditayang gambar yang ditayang guru. berintegriti.
guru. ditayang
guru.

Kajian Menyenarai- Menerangkan Mengklasifika- Menganalisis Memberi Mempersem
Produk kan bahan aspek sikan fungsi dan justifikasi bahkan hasil
rujukan atau kefungsian kekuatan dan rupa bentuk/ terhadap analisis dalam
Penjanaan produk dua bahan kelemahan kaedah/ pemilihan bentuk
Idea sedia ada rujukan atau fungsi serta prinsip/teori bahan komunikasi
yang telah produk sedia rupa bentuk/ untuk setiap rujukan/ berkesan.
dikenal ada yang kaedah/ bahan produk sedia
pasti. telah dikenal prinsip/teori rujukan atau ada dari segi
pasti. dua bahan produk sedia fungsi dan
rujukan atau ada yang rupa bentuk/
produk sedia dipilih. kaedah/
ada yang prinsip/ teori
dikenal pasti. berdasarkan
hasil dapatan
kajian
dengan jelas
dan tepat.

Menyatakan Menerangkan Menghasilkan Menganalisis Mensintesis Menghasilkan
fungsi dan fungsi dan lakaran kekuatan dan idea dalam lakaran
kaedah/ kaedah/ penjanaan kelemahan bentuk terperinci
prinsip/ teori prinsip/ teori idea lakaran lakaran daripada satu
bahan bahan berdasarkan penjanaan secara lakaran reka
rujukan rujukan yang fungsi dan idea reka kreatif, kritis bentuk yang
yang telah telah dipilih kaedah/prinsip bentuk akhir dan inovatif telah dipilih
dipilih dalam dalam bentuk /teori bahan berdasarkan berdasarkan dengan
bentuk lakaran. rujukan yang fungsi dan analisis idea mengaplikasi-
lakaran. dipilih. kaedah/ yang telah kan prinsip
prinsip/teori dibuat. reka bentuk
yang dipilih. yang bersifat
lestari.

19

Standard Tahap Penguasaan Skor
Kandungan
1 2 34 56

Pendokumen- Menerangkan Menterjemah- Menyediakan Menyediakan Menghasilkan Membuat
tasian dan kepentingan kan proses dokumentasi hasil
Persembahan pendokumen- penghasilan berdasarkan dokumentasi dokumentasi persembahan
reka cipta projek reka berdasarkan
tasian dalam dalam bentuk ciptaan. projek reka projek reka projek reka
proses reka dokumentasi. ciptaan
cipta. dengan ciptaan ciptaan
sistematik.
sebenar menggunakan

dengan teknologi

sistematik maklumat dan

mengikut komunikasi.

format yang

betul dengan

menggunakan

teknologi

maklumat dan

komunikasi.

20

1.8 BORANG TAHAP PENGUASAAN MURID (Diisi oleh murid)

Standard Tahap Penguasaan Skor
Kandungan
1 2 34 5 6
Penyataan
Masalah Menyatakan Menerangkan Menghuraikan Merumuskan Merumuskan Merumuskan
penyataan pernyataan pernyataan pernyataan pernyataan pernyataan
masalah masalah masalah yang masalah. masalah jelas masalah
daripada yang dikenal dikenal pasti dan secara
gambar pasti daripada berintegriti. eksplisit jelas
yang daripada gambar yang dan
ditayang gambar yang ditayang guru. berintegriti.
guru. ditayang
guru.

Kajian Menyenarai- Menerangkan Mengklasifika- Menganalisis Memberi Mempersem
Produk kan bahan aspek sikan fungsi dan justifikasi bahkan hasil
rujukan atau kefungsian kekuatan dan rupa bentuk/ terhadap analisis dalam
Penjanaan produk dua bahan kelemahan kaedah/ pemilihan bentuk
Idea sedia ada rujukan atau fungsi serta prinsip/teori bahan komunikasi
yang telah produk sedia rupa bentuk/ untuk setiap rujukan/ berkesan.
dikenal ada yang kaedah/ bahan produk sedia
pasti. telah dikenal prinsip/teori rujukan atau ada dari segi
pasti. dua bahan produk sedia fungsi dan
rujukan atau ada yang rupa bentuk/
produk sedia dipilih. kaedah/
ada yang prinsip/ teori
dikenal pasti. berdasarkan
hasil dapatan
kajian
dengan jelas
dan tepat.

Menyatakan Menerangkan Menghasilkan Menganalisis Mensintesis Menghasilkan
fungsi dan fungsi dan lakaran kekuatan dan idea dalam lakaran
kaedah/ kaedah/ penjanaan kelemahan bentuk terperinci
prinsip/ teori prinsip/ teori idea lakaran lakaran daripada satu
bahan bahan berdasarkan penjanaan secara lakaran reka
rujukan rujukan yang fungsi dan idea reka kreatif, kritis bentuk yang
yang telah telah dipilih kaedah/prinsip bentuk akhir dan inovatif telah dipilih
dipilih dalam dalam bentuk /teori bahan berdasarkan berdasarkan dengan
bentuk lakaran. rujukan yang fungsi dan analisis idea mengaplikasi-
lakaran. dipilih. kaedah/ yang telah kan prinsip
prinsip/teori dibuat. reka bentuk
yang dipilih. yang bersifat
lestari.

21

Standard Tahap Penguasaan Skor
Kandungan
1 2 34 56

Pendokumen- Menerangkan Menterjemah- Menyediakan Menyediakan Menghasilkan Membuat
tasian dan kepentingan kan proses dokumentasi hasil
Persembahan pendokumen- penghasilan berdasarkan dokumentasi dokumentasi persembahan
reka cipta projek reka berdasarkan
tasian dalam dalam bentuk ciptaan. projek reka projek reka projek reka
proses reka dokumentasi. ciptaan
cipta. dengan ciptaan ciptaan
sistematik.
sebenar menggunakan

dengan teknologi

sistematik maklumat dan

mengikut komunikasi.

format yang

betul dengan

menggunakan

teknologi

maklumat dan

komunikasi.

22

RINTIS CONTOH PDP 1

PELAKSANAAN RINTIS
CONTOH PdP 1

Penjimatan Sumber Air
(Penjanaan Idea)

23



1.9 PELAKSANAAN RINTIS CONTOH PdP 1
PdP Sesi 1 (2 Waktu):
a) Ujian Pra

b) Tayangan gambar-gambar dan kaedah penyiraman tanaman hiasan.

25

c) Sesi Sumbang Saran Mengenal Pasti Masalah
26

PdP Sesi 2 (2 Waktu):
d) Kajian Produk Sedia Ada

PdP Sesi 3 (2 Waktu)
e) Menjana dan Mensintesis Idea dalam Bentuk Lakaran
f) Memilih Lakaran Idea Terbaik

27

PdP Sesi 4 (2 Waktu)
g) Penambahbaikan Lakaran Produk
h) Ujian Pasca

28

CONTOH PDP 2

CONTOH PdP 2
Pengurusan Dan Pelupusan Sisa

Makanan
(Model Separa Berfungsi/

Prototaip)

29



2.1 PENGENALAN CONTOH PdP 2: PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA MAKANAN.

Aktiviti ini bertema sebagai “Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Makanan” yang
merupakan satu aktiviti mini projek yang dapat dilaksanakan setelah murid selesai
mempelajari proses Reka Cipta. Aktiviti ini dirancang menggunakan pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah (PBL) di mana murid didedahkan dengan suatu isu
untuk mereka selesaikan dengan menghasilkan satu idea dalam menyelesaikan isu
tersebut. Di samping dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam reka ciptaan, murid
juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk
kebaikan sejagat. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 8 waktu bersemuka
bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan situasi
sekolah, murid dan lain-lain faktor.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini
dan perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan
lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan,
peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang
diperlukan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat
menggalakkan murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang
minima. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru di
sepanjang aktiviti ini:

Tindakan Catatan
PdP Sesi 1 ( 2 Waktu) – Tayangan Video

Sebelum PdP

1. Guru perlu membaca dahulu panduan ini untuk Guru boleh
mendapatkan gambaran keseluruhan perincian aktiviti menggunakan contoh
dalam panduan ini. pautan rakaman video
yang disediakan di
2. Mencari rakaman video yang bersesuaian berkaitan bahagian rujukan.
sebagai bahan rangsangan kepada pembelajaran.

3. Mencetak borang Ujian Pra, borang catatan individu,
lembaran kerja murid, serta helaian penilaian tahap
penguasaan untuk guru dan murid.

4. Mentadbir Ujian pra ke atas murid.

Semasa PdP .
Guru boleh melakukan
1. Guru menayangkan video berkaitan proses pelupusan aktiviti secara
sisa makanan. berkumpulan dan
membantu murid
2. Guru memberi cetusan minda serta membimbing dalam menghasilkan
membangunkan kemahiran berfikir murid dalam
mengenal pasti isu, kesan dan akibat daripada sisa

31

makanan yang dibuang di rumah melalui sesi sumbang pernyataan masalah
saran. dengan tepat.
3. Murid membentangkan kesan dan akibat pembuangan
sisa makanan di rumah dan mengenal pasti isu yang
berkaitan.
4. Isu yang telah dikenal pasti akan di bawa ke PdP akan
datang.

PdP Sesi 2 ( 2 Waktu)- Kajian Produk dan Penjanaan Idea

Sebelum PdP .

1. Guru memastikan kaedah atau sumber yang sesuai Guru boleh membawa
bagi murid menjalankan kajian produk terhadap isu murid ke Pusat Sumber
yang telah dikenal pasti. atau Makmal Komputer
untuk pencarian
maklumat.

Semasa PdP

1. Guru memberi cetusan minda serta membimbing dan
membantu murid dalam pencarian maklumat ketika
murid melaksanakan kajian projek dengan memberi
fokus kepada kaedah untuk menghilangkan bau sisa
makanan, menapis air yang dikeluarkan dari sisa
makanan dan melupuskan sisa makanan.

2. Guru membimbing dan menggalakkan kemahiran
berfikir murid ketika membuat rujukan cadangan produk
(subject matter) bagi penyelesaian permasalahan
dengan menjana dan mensintesis idea dalam bentuk
lakaran projek secara individu.

3. Murid membuat rujukan cadangan produk (subject
matter) bagi penyelesaian permasalahan dengan
menjana dan mensintesis idea dalam bentuk lakaran
projek secara individu.

4. Hasil PdP akan dibawa ke PdP yang seterusnya.

Tindakan Catatan
PdP Sesi 3 ( 2 Waktu) – Gallery Walk

Sebelum PdP Nota :
Kertas sebak juga
1. Menyediakan bahan seperti kertas sebak, pelekat dan dikenali sebagai kertas
bahan-bahan lain yang berkaitan bagi tujuan mahjung.
penyediaan pameran “Gallery Walk”.

32


Click to View FlipBook Version