The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS STKK, 2023-05-25 21:52:46

Pameran Bertema Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Pameran Bertema Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Pameran Bertema Pesta Kaamatan & Hari Gawai Pameran Bertema Pesta Kaamatan & Hari Gawai 1 PSSSTKK2023


PESTA KAAMATAN


Pesta Kaamatan atau nama l “ ainnya Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati semangat padi. Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.


Tarian Sumazau Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan


Unduk Ngadau Kaamatan Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan "tunduk tadau" atau “runduk tadau” , yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang. Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


Makanan dan Minuman Kinomol Air Tapai yang diperbuat dari beras Noonsom Jeruk buah Mambangan Nasi Linopot Nasi yang dibungkus dengan daun Ambuyat Hidangan yang diambil dari bahagian batang sagu sawit.


Pakaian Tradisi Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias rendakuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.


Ritual Keagamaan Mamayayat/Mogkodim Pouli Bambarayon (Permulaan panggilan pulang untuk Bambarayon) Magahau (Magavau), Mongondut/Mongombos (Humabot) om Modsoluhut do Bambarayon (Misi mencari dan menyelamat) Mamabas (Meredakan) Momodsu (Pembersihan atau penyucian) Monoguli (Pemulihan) Monumad (Memberi makan) Moginakan Kopiobpinaian om Karayahan doid Kinoingan (Hari raya perjumpaan dan kesyukuran kepada Tuhan) Obolian Odu Miada Gumarang berkongsi bahawa Kaamatan mempunyai tujuh upacara iaitu:


HARI GAWAI


Hari Gawai, atau Festival “ Gawai Dayak, adalah festival penting masyarakat Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh, Kenyah, Iban, Murut, Kayan, dan Kelabit. Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.


Asal Usul Hari Gawai Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar. Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan


Sambutan Hari Gawai Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.


Kumang Gawai Kumang Gawai merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta akan memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban, Ngepan Iban. Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta gagal dalam pertandingan tersebut..


Makanan dan Minuman Nasi Merah Diperbuat dari bears yang berbeza berbanding beras biasa. Umai Ikan mentah yang dibersihkan dan diperap dengan limau, cili dan bawang merah Ayam Pansoh Ayam yang dimasak dalam buluh. Ikan Tempoyak Ikan yang dimasak dengan tempoyak.


Pakaian Tradisional - Perempuan Pakaian tradisonal wanita Iban, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.


Pakaian Tradisional - Lelaki Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Ritual Keagamaan Sajian akan dipersembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di atas kepala semua yang hadir. Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu ke dalam pingan tembikar atau bakul kulit buluh. Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas dan separuh lagi diminum oleh mereka sendiri. Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang kenamaan kayangan dan roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian akan dilakukan. Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula. Untuk memulakan upacara


Sumber Rujukan https://www.pnonline.net/post/apa-itu-taadau-kaamatan https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekit_Kumang https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakatdayak/ https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-dayakdi-sarawak/ https://tvstv.my/2021/05/31/makanan-tradisi-hari-gawai/ https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html


Sumber Gambar https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/348 http://evygurlz.blogspot.com/2011/07/tarian-sumazau-merupakan-sejenis-tarian.html https://www.thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masasilam/ https://www.facebook.com/ropuhanditanakwagu/photos/a.324512944594903/324513181261546/? type=3&is_lookaside=1 https://www.reddit.com/r/MalaysianFood/comments/mohqii/nonsoom_bambangan_pickled_wil d_mango_an_ethnic/ https://www.mysabah.com/wordpress/linopot-of-sabah/


Adaptasi daripada Pmeran Bertema PSS SMK Pengiran Omar


Click to View FlipBook Version