The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Institut Kemahiran MARA Bintulu akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu pada 24 OGOS 2024 bertempat di Dewan Perdana Sri Kenyalang IKM Bintulu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m.aizat.iman, 2024-07-01 04:09:30

Surat Jemputan Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu

Institut Kemahiran MARA Bintulu akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu pada 24 OGOS 2024 bertempat di Dewan Perdana Sri Kenyalang IKM Bintulu.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU KM 20, Jalan Bintulu – Sibu 97000 Bintulu, Sarawak Malaysia http://bintulu.ikm.edu.my Tel: +6086-311313 Faks: +6086-316633 Laman Web: www.mara.gov.my IKMBTU : IKMBTU.600-7/1/1( ) Tarikh : 27 Jun 2024 20 Zulhijjah 1445H Graduan, Institut Kemahiran MARA Bintulu, Sarawak Saudara/Saudari, JEMPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-8 2024 INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU Perkara di atas dengan segala hormatnya mohon dirujuk. 2. MARA merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua graduan IKM Bintulu yang telah berjaya menamatkan program pengajian masing-masing dengan jayanya. 3. Sebagai tanda meraikan kejayaan saudara/saudari, pihak MARA akan mengadakan Majlis Konvokesyen IKM Bintulu 2024 yang akan diadakan pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) di Dewan Perdana Sri Kenyalang, Institut Kemahiran MARA Bintulu, Sarawak. 4. Oleh itu, saudara/saudari diminta untuk menyempurnakan dan melengkapkan perkara berikut secara atas talian di pautan https://bit.ly/Kehadiran_Graduan_Konvo_IKMB2024. Graduan boleh mengakses pautan menggunakan kod QR seperti tertera di Lampiran D. Maklumat lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu boleh dirujuk di laman sesawang IKM Bintulu http://bintulu.ikm.edu.my Perkara Sesi Tamat Pengajian Tarikh Mula Pendaftaran Tarikh Tutup / Akhir Pengesahan kehadiran Januari – Jun 2023 Julai – Disember 2023 01 Julai 2024 02 Ogos 2024 5. Para graduan juga dikehendaki membaca dan memahami panduan seperti di dalam Lampiran A (Para Graduan dan Tetamu) supaya tidak berlaku sebarang masalah kelak. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Urusetia Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu di talian 086-311313 (Puan Aisyah Gwynnie Chembat Akin / Encik Muhammad Aizat bin Paiman). “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” MOHD SYUKRI BIN ABDULLAH Pengarah Institut Kemahiran MARA Bintulu, Sarawak. “AMANAH RAKYAT”


Lampiran A Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 Institut Kemahiran MARA Bintulu Panduan Kepada Para Graduan dan Tetamu 1. PENGESAHAN KEHADIRAN Pengesahan kehadiran konvokesyen graduan bermula dari 01 JULAI2024 (ISNIN) HINGGA 02 OGOS 2024 (JUMAAT). Pengesahan kehadiran graduan perlulah melalui pautan https://bit.ly/Kehadiran_Graduan_Konvo_IKMB2024. Graduan juga boleh mengakses pautan menggunakan kod QR seperti tertera di Lampiran D secara atas talian SAHAJA. 2. BAYARAN MAJLIS KONVOKESYEN 2.1 Graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak RM290.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Puluh Sahaja). Pembayaran ini merangkumi: i. Penyewaan jubah konvokesyen ii. Folder dan transkrip iii. Gambar konvokesyen iv. Cenderahati v. Buku program vi. Pas masuk ibu bapa 2.2 Graduan yang menghadiri majlis konvokesyen ini hendaklah menjelaskan bayaran SEBELUM ATAU PADA 02 OGOS 2024 (JUMAAT) jam 4.30 petang. 2.3 Pembayaran konvokesyen secara ATAS TALIAN hendaklah dibuat ke akaun seperti butiran di bawah. No akaun : 1103-0001261-71-9 Nama akaun : AKAUN HASIL IKM BINTULU Bank : BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD 2.4 Slip bank bukti pembayaran konvokesyen yang telah dijelaskan WAJIB di muat naik melalui pautan https://bit.ly/Kehadiran_Graduan_Konvo_IKMB2024. Graduan boleh mengakses pautan menggunakan kod QR seperti tertera di Lampiran D. 2.6 Folder dan transkrip graduan hanya boleh dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen dan segala bayaran konvokesyen dan hutang tertunggak (jika ada) hendaklah dijelaskan. 2.7 Para graduan yang telah menjelaskan bayaran konvokesyen tetapi tidak menghadiri Majlis Konvokesyen tidak akan menerima kembali bayaran tersebut. PERINGATAN PENTING! SEGALA SLIP BAYARAN HENDAKLAH DISIMPAN SEBAGAI BUKTI. KEGAGALAN MENUNJUKKAN SLIP BAYARAN, SEGALA URUSAN TIDAK DILAYAN. YURAN KONVOKESYEN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.


3. TIDAK HADIR MAJLIS KONVOKESYEN 3.1 Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki membuat bayaran bagi perkara seperti berikut: Tidak Hadir (Tuntutan Folder, Transkrip Dan Buku Program Majlis Secara Pengeposan) Tidak Hadir (Tuntutan Folder, Transkrip Dan Buku Program Majlis Secara Fizikal) RM 80.00 RM 60.00 3.2 Bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan TIDAK akan dikembalikan kepada graduan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut. 3.3 Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menjelaskan bayaran secara atas talian SEBELUM 02 OGOS 2024. 3.4 Graduan diminta mengisi Lampiran F untuk tindakan lanjut pihak urusetia. 4. AKU JANJI DISIPLIN MAJLIS KONVOKESYEN Para graduan wajib memaklumkan dengan segera Aku Janji Disiplin Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 (Lampiran E) yang telah lengkap dan ditandatangani dan dibawa sekali semasa hari raptai. 5. PENDAFTARAN Para graduan diwajibkan mendaftar pada ketetapan berikut: Hari Tarikh Masa Tempat Jumaat 23 Ogos 2024 8.00 pagi Lobi Pejabat Pentadbiran, IKM Bintulu Pihak Pengurusan IKM berhak untuk menghalang graduan yang tidak mendaftar pada masa pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima sijil dalam Majlis Konvokesyen. Para graduan juga diingatkan agar berpakaian kemas semasa hari pendaftaran seperti di Lampiran C. 6. RAPTAI MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-8 2024 6.1 Graduan yang akan menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen diwajibkan menghadiri raptai pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti berikut: Hari Tarikh Masa Tempat Jumaat 23 Ogos 2024 9.00 pagi Dewan Perdana Sri Kenyalang, IKM Bintulu PERINGATAN PENTING! PIHAK PENGURUSAN IKM BINTULU BERHAK MENGHALANG GRADUAN YANG TIDAK MENGHADIRI RAPTAI KONVOKESYEN DARIPADA MENERIMA SIJIL DALAM MAJLIS KONVOKESYEN.


6.2 Jadual Pinjaman Dan Pemulangan Jubah Konvokesyen Sesi Tarikh Masa Tempat Pinjaman 23 Ogos 2024 (Jumaat) 10.00 pagi Bilik Kuliah Diploma, IKM Bintulu Pemulangan 24 Ogos 2024 dan 26 Ogos 2024 (Sabtu dan Isnin) Sebelum 1.00 petang Graduan diminta memastikan: • Jubah konvokesyen yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna. • Graduan TIDAK DIBENARKAN meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian jubah konvokesyen yang dipinjam. • Pihak IKM Bintulu akan mengenakan bayaran (denda) terhadap mereka yang lewat memulangkan jubah konvokesyen. Denda akan dikenakan selepas tarikh yang tersebut di atas (RM10 hari pertama selepas tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5 bagi setiap hari berikutnya). • Jika pakaian konvokesyen yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan sijil/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayaran adalah RM200. 6.3 KEBENARAN MEMASUKI DEWAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN KE-8 6.3.1 Setiap graduan dihadkan DUA (2) orang tetamu sahaja untuk duduk di dalam Dewan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. 6.3.2 Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki dewan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. 6.3.3 Para tetamu hendaklah mematuhi arahan penyusunan tempat duduk seperti yang telah ditentukan. 6.3.4 Ibu bapa atau pengiring yang mempunyai pas masuk sahaja dibenarkan memasuki dewan Konvokesyen. 6.3.5 Para tetamu hendaklah menggunakan PAKAIAN FORMAL yang kemas dan TIDAK menjolok mata seperti di Lampiran C.


7. TATACARA BERPAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN Ke-8 2024 IKM BINTULU 7.1 Graduan Lelaki WAJIB: • Kemeja lengan panjang, tanpa corak dan tidak berwarna warni. • Seluar ‘slack’ panjang berwarna gelap/hitam. • Bertali leher seperti di Lampiran B. • Berstokin dan menggunakan kasut kulit atau PVC berwarna hitam/gelap. • Jika graduan mempunyai misai atau janggut hendaklah disikat atau dipotong rapi. • Berambut mengikut spesifikasi seperti berikut: • Tidak melebihi kolar baju; • Tidak mencecah bahu; • Menampakkan kedua belah telinga; • Disikat rapi; • Tidak berwarna. • Graduan lelaki TIDAK DIBENARKAN: • Memakai baju tee, seluar jeans, denim; • Memakai kasut sukan; • Memakai kopiah, ketayab dan berjubah; • Memakai aksesori seperti memakai subang, bertindik atau berantai. 7.2 Graduan perempuan WAJIB • Baju kurung yang tidak menampakkan susuk badan; • Kasut tutup bertumit berwarna hitam/gelap dan berstokin; • Bagi beragama Islam wajib bertudung yang bersesuaian dengan majlis dan dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna ‘hood’; • Bagi bukan Islam rambut graduan hendaklah disikat atau diikat rapi; • Dibenarkan memakai aksesori yang dikhaskan untuk wanita tetapi mestilah bersesuaian dengan majlis. Graduan wanita TIDAK DIBENARKAN • Memakai baju tee, seluar jean, denim; • Memakai kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka dibelakang tidak dibenarkan.


Tatacara berpakaian bagi graduan lelaki dan perempuan seperti di Lampiran B 8. Hal-hal lain 8.1 Mohon kerjasama semua graduan untuk menghebahkan majlis konvokesyen ini kepada rakan-rakan yang terlibat bagi memastikan majlis istiadat konvokesyen berjalan dengan lancar. 8.2 Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi: Urusetia Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 IKM Bintulu 8.2.1 Kewangan : Pn. Hasmila binti. Maliki (Tel: 019-866 8058) Pn. Joana Ngilo (Tel: 013-806 5491) Pendaftaran : Pn. Aisyah Gwynnie Chembat Akin (Tel: 013-803 6883) En. Muhammad Aizat bin Paiman (Tel: 017-277 9247) Penginapan : Pn. Maria binti Seruji (Tel: 013-800 1163) En. Mohd. Rushdi bin Abd Aziz (Tel: 013-355 6630) Persijilan : En. Mohammad Sukri bin Saini (Tel: 014-687 9387) Cik Marthinna Manyi anak Martin (Tel: 011-1262 7714) PERINGATAN PENTING! PENYERTAAN GRADUAN DI MAJLIS KONVOKESYEN INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TATACARA BERPAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN. PIHAK JAWATANKUASA KONVOKESYEN IKM BINTULU MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.


Lampiran B TATACARA BERPAKAIAN GRADUAN LELAKI DAN GRADUAN PEREMPUAN GAMBAR 1


Lampiran C TATACARA BERPAKAIAN TETAMU LELAKI DAN TETAMU PEREMPUAN GAMBAR 2


Lampiran D KOD QR BORANG MAKLUM BALAS PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN


Lampiran E AKU JANJI DISIPLIN MAJLIS KONVOKESYEN Saya: ………………………………………………………………………………. No.K.P: .................................................................................................................................. Program: .…………………………………………………………………………….. Dengan ini mengesahkan bahawa, saya telah memahami dengan jelas tatacara berpakaian semasa Majlis Konvokesyen Ke-8 2024 Institut Kemahiran MARA Bintulu, Sarawak. Jika saya tidak mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan saya bersedia menerima apa juga keputusan oleh Pihak Jawatankuasa Konvokesyen Institut Kemahiran MARA Bintulu. Saya juga tidak akan membuat sebarang bantahan jika saya tidak dibenarkan menyertai majlis penerimaan sijil nanti. Sekian Terima Kasih, Tandatangan : Nama : Tarikh :


Lampiran F BORANG SURAT KUASA PENGAMBILAN FOLDER ATAU MEMOHON DIPOS Pengarah Institut Kemahiran MARA Bintulu KM20, Jalan Bintulu-Sibu 97000 Bintulu, Sarawak (u.p.: Urusetia Majlis Konvokesyen) Tarikh: Tuan/Puan, Surat Kuasa Pengambilan Skrol / Memohon Diposkan (potong yang tidak berkenaan) Saya (Nama Pelajar).......................................................................................................................................... No.Kad.Pengenalan:....................................................................No.Tel:.......................................................... Program:......................................................... Dengan ini memberi kuasa kepada (Nama Wakil)......................................................................................... No. Kad Pengenalan (Wakil)..........................................................untuk mengambil skrol bagi pihak diri saya. Saya akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada skrol tersebut. Bersama ini disertakan salinan Kad Pengenalan saya dan wakil serta slip pembayaran (sebagai bukti). Sekian, terima kasih. Yang benar, (Tandatangan Pelajar) Alamat pos: ........................................................................................ .......................................................................................... ..........................................................................................


Click to View FlipBook Version