IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
KERJA KURSUS
SEMESTER ____1____
TAHUN ____2022_______
NAMA PELAJAR: AYU NAZIRAH BINTI MAZLAN
ANGKA GILIRAN: P22141450
NOMBOR KAD PENGENALAN: 040626110356
KUMPULAN/UNIT: BM2 PPISMP AMBILAN JUN 2022
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074/ SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH: PUAN RANA BINTI HAMZAH
TARIKH HANTAR: 25 OKTOBER 2022
Pengakuan pelajar menerima
maklum balas daripada pensyarah
NO. Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja Markah Akhir
TUGASAN MARKAH (Selepas
Moderasi)
1 Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
2
3
4
1
Isi Kandungan: Muka Surat
3
Bil. Perkara 3
1.0 Pengenalan 3
2.0 Sejarah Perkembangan Tulisan 3-4
2.1 Tulisan Pallava 4
2.2 Tulisan Kawi 4-5
2.3 Tulisan Jawi 5
2.4 Sistem Ejaan Za’ba 5
2.5 Sistem Ejaan Rumi Kongres 5-6
2.6 Pedoman Rumi Bahasa Melayu 6
3.0 Cabaran Bahasa Melayu 7
4.0 Masa Depan Bahasa Melayu 8-9
5.0 Rumusan
Rujukan
2
1.0 PENGENALAN
Tulisan dan lisan merupakan media penting untuk manusia yang tidak ada cacat cela untuk
berkomunikasi setiap masa. Setiap penulisan perlu melalui beberapa proses untuk menjadi
penulisan yang cemerlang dan padat dengan maklumat yang ingin disampaikan. Pertama,
dalam penulisan terdapat abjad-abjad sebagai unsur utama untuk menghasilkan satu perkataan
dan daripada perkataanlah wujudnya frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa kata sendi. Gabungan frasa membentuk ayat di mana penulisan yang lengkap sudah pun
terhasil. Ia dapat dipertingkat dengan menghasilkan beberapa perenggan untuk menjadi satu
karangan lengkap. Sejak kecil kita sudah didedahkan dengan abjad-abjad rumi dan Jawi untuk
belajar menulis dan membaca mengikut tulisan masing-masing tetapi tahukah anda tulisan
yang kita gunakan mempunyai kisahnya tersendiri bermula dengan tulisan Pallava kepada
tulisan rumi yang sedia ada pada zaman sekarang. Sebagai pengguna bahasa Melayu,
sangatlah digalakkan untuk mendalami ilmu-ilmu di sebalik ejaan dan tulisan bahasa Melayu.
2.0 PERKEMBANGAN EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU
2.1 TULISAN PALLAVA
Tulisan Pallava bertanding dengan tulisan Rencong untuk menjadi tulisan tertua dalam sistem
ejaan bahasa Melayu tetapi tiada bukti yang kukuh untuk menentukan usia tulisan-tulisan ini.
Tulisan Pallava mempunyai pengaruh bahasa Sanskrit dan dikatakan hanya digunakan oleh
golongan bansawan sahaja sekali gus dengan penyebaran agama Hindu di Tanah Melayu.
Tulisan ini mempunyai 46 huruf dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu vokal dan konsonan
yang membawa pengabungan bunyi seperti -au, -ai dan pa. Oleh itu, hanya bunyi yang dapat
dihasilkan. Sistem tulisan ini lebih rumit berbanding tulisan rumi yang digunakan sekarang
malah ia menyukarkan orang Islam selepas itu untuk memahami al-Quran dan hadis dengan
baik. Penggunaan tulisan ini dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit
di Palembang (683M), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684M) dan penemuan Batu
Bersurat Karang Brahi, Hulu Jambi di Indonesia pada tahun 692M (Shamsul Aizuwani Nawi et
al., 2020).
2.2 TULISAN KAWI
Tulisan Kawi yang juga dikenali sebagai Tulisan Lama Jawa menggunakan huruf Vangki
daripada India yang juga telah dikembangkan daripada tulisan Pallava. Tulisan yang diasas
oleh orang Jawa ini telah digunakan sejak abad ke-8 Masihi dan sering ditulis di atas daun
lontar, kulit kayu dan kepingan logam (Combert-Loir, 2014). Ia hanya mengandungi 47 huruf
yang mengandungi huruf seperti ka, me, ti, sa dan lain-lain yang mirip simbolnya tetapi cara
sebutannya berbeza. Contoh perkataan bagi tulisan ini ialah wulan (bulan), tatkalana (tatkala)
3
dan niwarbuat (dibuat). Tulisan ini sudah tidak digunakan sejak 1400 Masihi dan penduduk
Tanah Melayu mula menggunakan tulisan Jawi akibat pengaruh agama Islam. Tulisan Kawi
telah ditemui pada batu nisan Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas dan pada Batu Bersurat di
Joreng (1179M) serta Batu Bersurat padang Lawas (1213M). Akhir sekali, tulisan Kawi, Pallava
dan juga Rencong digunakan pada era Bahasa Melayu Kuno.
2.3 TULISAN JAWI
Pada abad ke-13, sudah ramai penduduk Tanah Melayu memeluk agama Islam. Oleh itu,
tulisan Jawa dibentuk dengan tujuan supaya ia dapat memudahkan orang Melayu untuk
memahami penterjemahan al-Quran dan ajaran agama dengan lebih baik. Kesudahannya,
abjad dalam tulisan Jawi telah menerima pengaruh daripada abjad Arab dan berlaku
penambahan beberapa huruf yang lain untuk kegunaan orang Melayu iaitu ga, va, nya, ca, pa
dan nga. Keunikan tulisan ini ialah ia bermula dari bahagian kanan ke kiri.
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bukan sahaja mebuktikan
kewujudan tulisan Jawi tetapi ia juga menunjukkan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi pada batu bersurat itu juga telah berlaku proses penghilangan baris dan didapati
istilah-istilah Sanskrit juga banyak ditemui berbanding istilah Arab dan Melayu (Niswa Noralina
Abdullah, 2018). Pada abad ke-19, tulisan Jawi sudah tidak digunakan dan diganti dengan
tulisan rumi kerana pengaruh bahasa Inggeris sangat kuat kerana Tanah Melayu sudah dijajah
oleh orang barat sejak tahun 1511 tetapi pada era ini masih diajarkan kepada murid sekolah
rendah cara membaca dan menulis tulisan Jawi untuk menjaga warisan ini.
2.4 SISTEM EJAAN ZA’BA
Za’ba atau nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau merupakan orang Melayu
pertama yang menyusun sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Za’ba juga merupakan seorang
yang ingin mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa yang layak dan sesuai dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara (Muhamad Hanapi Jamaludin, 2020).
Beliau tidak menggunakan teori dan teknik linguistik secara saintifik dalam sistem ejaan yang
digubalnya. Pada tahun 1918, beliau telah mengumpul senarai perkataan dalam tulisan Jawi.
Selepas enam tahun menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau
memperkenalkan Sistem Ejaan Za’ba atau Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu untuk
mengantikan Ejaan Wilkinson. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah huruf saksi yang
terdiri daripada vokal a, e pepet, e taling, i, o, u dan huruf benar iaitu huruf konsonan. Sistem
ejaan ini telah ditetapkan dengan 40 peraturan yang perlu dipatuhi. Di samping itu, beliau juga
menyumbangkan penulisannya dalam buku karang-mengarang Melayu untuk masyarakat dan
4
sebagai rujukan. Justeru itu, Gelaran Raja Bahasa Melayu Moden telah diberikan kepadanya
(Datuk Wan Muhammad Mahyiddin, 2017).
2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ini telah diperkenalkan oleh Asas’50 Angkatan Sasterawan Negara pada tahun 1956.
Sistem fonologi digunakan untuk proses ejaan perkataan yang melambangkan satu fonem
dengan satu grafem. Perkataan dapat dieja kerana huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u diberi nama
sesuai dengan fonem mereka malah huruf e terbahagi kepada e pepet dan e taling. Perkataan
bagi huruf e pepet seperti emak, besar dan emas manakala contoh e taling ialah elok, tengok
dan leher. Terdapat empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi iaitu ejaan
Malaysia dan Indonesia mestilah seragam, peraturan ejaan hendaklah mengikuti sistem
fonologi. Seterusnya, menggunakan kaedah yang sama supaya pengejaan tetap sekata dan
akhir sekali, kata pinjaman dieja mengikut hukum dan sistem fonologi (Muhammad Arif Ahmad,
1994).
2.6 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah hasil sepakat antara Malaysia dan Indonesia
yang dilaksanakan pada tahun 1972. Pedoman bagi sistem ini adalah dengan penggunaan
abjad, huruf vokal (a, e, i, o, u), diftong (ai, au, oi) seperti pantai, boikot dan harimau dan
seterusnya ialah konsonan gabungan (gh, kh, ny, ng, sy) seperti nyamuk, khas, angsa serta
syarat dan juga huruf konsonan iaitu huruf selain huruf vokal. Ia juga meliputi huruf besar,
condong dan tebal. Penulisannya berunsurkan serapan yang melibatkan tanda baca seperti
noktah, tanda koma, tanda koma bertitik, tanda ellipsis, tanda titik bertidih,tanda sempang,
tanda pisah tanda tanya, tanda seru, kurung, kurung siku, petik, petik tunggal, ulang, pengyikat
dan garis miring. Di samping itu, ia juga menitikberatkan penulisan kata dasar, turunan, bentuk
gandaan, gabungan kata, kata ganti, kata depan, kata si dan sang, partikel serta angka sebagai
lambang bilangan.
3.0 CABARAN
Mutakhir ini, bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian seperti tulisan di papan di
jalan raya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Tamsilnya, papan tanda ‘Merbahaya Selekoh
di Hadapan’. Perkataan ‘Merbahaya’ itu sendiri salah kerana imbuhan mer- tidak wujud tetapi ia
sering digunakan oleh orang ramai termasuklah murid-murid di sekolah. Ini menunjukkan
bahasa Melayu akan tercemar dengan lebih teruk sekiranya tidak diubah. Hal ini terjadi tidak
bukan tidak bukan kerana murid tidak mendalami dengan lebih mendalam malah pengetahuan
terhadap sistem bahasa juga kurang (Halida Jawan dan Zamri Mahamod, 2021). Murid juga
terpengaruh dengan bahasa harian mereka yang tidak mementingkan struktur ayat yang betul
5
dan sudah terbiasa menggunakan bahasa ibunda mereka. Hal ini perlu dibendung supaya
mereka tidak mengaplikasikannya dalam penulisan apabila mereka meningkat dewasa. Oleh
itu, para guru wajib menggunakan teknik-teknik yang efisien supaya murid-murid dapat
meningkatkan tahap pembinaan ayat dengan struktur dan penggunaan tatabahasa yang betul.
Pada masa yang sama, guru juga perlu memahami isi kandungan yang akan diajarnya
kepada para murid. Hal ini dapat mengelakkan para murid melakukan kesalahan dalam
kemahiran berbahasa pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, ada sebahagian
guru yang mengajar mata pelajaran bahasa tetapi ia luar daripada bidang asal mereka
menyebabkan mereka bergantung kepada buku teks semata-mata dan tidak mempunyai teknik
untuk mengajar murid-murid mengenai bahasa. Justeru itu, mereka perlu merujuk kepada
mereka yang pakar apabila berlaku kekeliruan untuk tidak melakukan sebarang kesalahan
ketika mengajar. Akhir sekali, guru-guru bahasa juga sudah dilatih sebaik yang mungkin tetapi
jika tidak kemungkinan besar ia akan menimbulkan kekeliruan para murid.
4.0 MASA DEPAN
Bahasa Melayu masih perlu diajar kepada para murid dari sekarang hingga pada masa yang
akan datang untuk memastikan bahasa Melayu tidak disalah guna dan sentiasa diingati.
Bahasa Melayu mungkin tidak akan digunakan dengan baik kerana penggunaan bahasa rojak
dalam kalangan remaja semakin berleluasa. Walau bagaimanapun, bahasa rojak juga penting
untuk melatih murid untuk fasih dalam bahasa Inggeris tetapi sekiranya menjadi satu
kebiasaan, ia mungkin akan merosakkan keindahan bahasa Melayu dan juga Inggeris.
Tambahan pula, dengan teknologi yang ada semakin banyaklah yang menggunakan bahasa
rojak malah dorongan ibu bapa supaya anak-anak mereka menguasai dua bahasa sekali gus
sejak kecil juga menjadi salah satu faktor (Lailetaty A Rahman, 2019). Situasi ini tidak menjadi
satu masalah jika seseorang itu dapat membezakan masa yang sesuai untuk menggunakan
Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
Pada masa yang sama, bahasa Melayu mempunyai masa depan yang cerah apabila
para guru mendedahkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti puisi kepada murid-murid. Hal ini
lebih mudah dilakukan sekiranya akar umbinya iaitu guru mempunyai minat dan perasaan cinta
terhadapa bahasa (Siti Fatimah Mohamed Anwar, 2019). Selain itu, karya-karya Sasterawan
Negara sudah banyak di perpustakaan untuk dijadikan rujukan guru, pelajar dan masyarakat
malah buku audio juga dilancarkan khusus untuk mereka yang mempunyai masalah
penglihatan (Madiawati Mamat@Mustafa et al., 2021). Oleh itu, mereka juga dapat menikmati
karya-karya seni sasterawan dan mengetahui penggunaan bahasa yang betul dengan menteliti
bahan bacaan tersebut.
6
5.0 RUMUSAN
Penulisan di tanah air kita, Malaysia perlulah diketuai dengan bahasa Melayu dalam urusan
apa-apa sahaja terutamanya urusan rasmi kerana bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan dan juga bahasa rasmi negara. Justeru itu, sangatlah tidak berpatutan sekiranya
bahasa Inggeris diutamakan dan penggunaan bahasa Melayu tidak tepat sama sekali walaupun
diucapkan oleh ketua sesuatu organisasi. Justeru itu, generasi sekarang perlulah mengambil
pengajaran daripada isu-isu ini dengan niat belajar untuk menjaga bahasa Melayu bukannya
semata-mata untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia menyebabkan ilmu
yang dipelajari sejak kecil akan menjadi sia-sia jika tidak dipraktikkan. Jika bukan kita, siapakah
gerangan yang akan menjaga khazanah bangsa ini daripada pupus? Bahasa Melayu yang
sudah ada tidak ada kelemahan tetapi jika isu ini berlanjutan, tidak hairanlah jika berlaku
perubahan yang besar seperti tulisan Kawi kepada Jawi dan Jawi kepada rumi.
7
RUJUKAN
Chambert-Loir, H. (2014). Tulisan Melayu/Indonesia: Aksara Dalam Perkembangan Budaya.
Iskandar Zulkarnain, Dewa Mendu, Muhammad Bakir Dan Kawan-Kawan: Lima Belas
Karangan Tentang Sastra Indonesia Lama, 185-206.
Datuk Wan Muhammad Muhyiddin. (14 Mei 2017). Zaaba Pencetus Kebangkitan Melayu. Berita
Harian. Bahan diakses pada 14 Mei 2017, daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/05/282333/zaaba-pencetus-kebangkitan-
melayu
Jawan, H., & Mahamod, Z. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam
meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Jurnal
Dunia Pendidikan, 3(1), 67-77.
Lailetaty A Rahman. (24 April 2019). Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa. Berita Harian. Bahan
diakses pada 24 April 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/556670/bahasa-rojak-
hilangkan-jiwa-bangsa
Madiawati Mamat@Mustafa, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Nurhamizah Hashim dan
Nur Asyirah Hazari. (2021). Buku Audio Sastera sebagai Alternatif Pembacaan Karya
Sastera dalam Era Digital. Jurnal Pengajian Melayu, 32(1), 15-28
Muhamad Hanapi Jamaludin. (7 Julai 2020). Angkat martabat bahasa Melayu, bukan 'didodoi'
untuk ditidurkan. Berita Harian. Bahan diakses pada 7 Julai 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/07/708159/angkat-martabat-
bahasa-melayu-bukan-didodoi-untuk-ditidurkan
Muhammad Arif Ahmad. (1994). Ejaan rumi bahasa Melayu.
Niswa Noralina Abdullah. (12 Mei 2018). Batu Bersurat Terengganu asas peradaban Melayu
Islam. Berita Harian. Bahan diakses pada 12 Mei 2018, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/05/424558/batu-bersurat-
terengganu-asas-peradaban-melayu-islam
Siti Fatimah Mohamed Anwar. (8 Ogos 2019). Usaha martabat sastera sia-sia tanpa generasi
muda. Berita Harian. Bahan diakses pada 8 Ogos 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/08/594188/usaha-martabat-sastera-
sia-sia-tanpa-generasi-muda
8
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusoff. 2020. Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn. Bhd.
9