INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 1 ) PERGERAKAN ASAS DAN GIMNASTIK (PJMS3232) DISEDIAKAN OLEH: NAMA AMEER SYAHIR HAFIDZI BIN HASNI ANGKA GILIRAN 2022192340027 NO. KAD PENGENALAN 030716070379 KUMPULAN A2 TAJUK TUGASAN PENULISAN NAMA PENSYARAH MISS TAN YAN IM TARIKH HANTAR 18 SEPTEMBER 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 1 2.0 PELAN LANTAI PERGERAKAN ASAS........................................................................... 1 3.0 KESIMPULAN................................................................................................................. 3 RUJUKAN............................................................................................................................. 4
1 1.0 PENGENALAN Kemahiran pergerakan asas boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu kemahiran lokomotor, kemahiran bukan lokomotor dan kemahiran memanipulasikan alatan. Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini mesti diajarkan kepada murid-murid supaya mereka akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit. 2.0 PELAN LANTAI PERGERAKAN ASAS PETUNJUK Pergerakan lokomotor = L Pergerakan bukan lokomotor = BL Manipulasi alatan = MA
2 Dalam pergerakan pertama, pelajar perlu berjalan (pergerakan lokomotor). Badan perlu berada dalam keadaan lurus dan mata memandang kehadapan. Kelajuan berjalan dalam keadaan sederhana. Pergerakan kedua pula, pelajar melakukan dirian bangau (pergerakan bukan lokomotor). Dalam pergerakan ini, pelajar perlu mendepakan tangan dan satu kaki diangkat. Pelajar perlu melakukan pergerakan ini selama 10 saat. Pergerakan ini menekankan konsep kesedaran tubuh badan di mana pelajar perlu mengimbang badan dalam keadaan yang baik. Seterusnya, pelajar perlu berdiri sambil melambung pundi kacang. (bukan lokomotor manipulasi alatan). Dalam pergerakan ini, kelajuan lambungan dalam keadaan sederhana dan perlu dilambung sebanyak 10 kali. Pergerakan keempat, pelajar perlu melakukan plank (bukan lokomotor). Pelajar melakukan plank selama 15 saat dan perlu melakukannya dengan kedudukan yang betul. Ketika melakukan pergerakan ini, aras badan pelajar dalam keadaan rendah dan ini menunjukkan pelajar menekankan konsep kesedaran ruang. Selanjutnya, pelajar melakukan pergerakan guling hadapan (lokomotor). Pelajar perlu menggulingkan badan dengan kaedah yang betul dan pelajar perlu melakukan empat gulingan. Kelajuan gulingan dalam aras sederhana dan aras badan pelajar adalah rendah. Seterusnya, pelajar berlari sambil melantun bola (lokomotor manipulasi alatan). Dalam pergerakan ini, pelajar perlu melantun bola menggunakan tangan kanan sebanyak lima kali. Dalam pergerakan ini, perhubungan dengan bola mesti dalam keadaan baik supaya bola dapat dilantun dengan baik. Pergerakan ketujuh, pelajar melakukan roda sambil melambung bola. (lokomotor manipulasi alatan). Pelajar perlu melakukan roda sebanyak lima kali. Seterusnya, pelajar perlu melakukan squat dalam pergerakan kelapan (bukan lokomotor). Kaki dibuka seluas bahu dan pelajar turun melakukan squat. Pelajar perlu melakukannya sebanyak 10 kali. Kemudian, pelajar perlu melakukan skipping (lokomotor). Skipping perlu dilakukan sebanyak 10 kali dan perlu menggunakan kaedah yang betul. Dalam pergerakan ini, aras badan pelajar pada tahap yang tinggi. Di samping itu, pergerakan ke-10 pelajar perlu melakukan imbangan skala sambil memutar gelung (bukan lokomotor manipulasi alatan). Pelajar membongkokkan badan dan mengangkat sebelah kaki sambil memutar gelung di tanah. Pelajar perlu melakukan pergerakan ini selama lima saat. Keseimbangan badan pelajar memainkan peranan yang sangat penting dalam gerakan ini. Selanjutnya, pelajar akan melakukan skipping menggunakan gelung (lokomotor manipulasi alatan). Pelajar akan melakukan pergerakan ini sebanyak 10 kali. Perhubungan dengan gelung mesti ditingkatkan supaya pelajar dapat membuat skipping dengan lancar. Pergerakan ke-12 pula, pelajar perlu melakukan grapevine (lokomotor). Pelajar perlu menyilang kaki untuk
3 melakukan pergerakan ini. Pelajar juga perlu melakukan pergerakan ini sebanyak 10 kali. Seterusnya, pelajar pelu melakukan tekan tubi (bukan lokomotor). Pelajar perlu melakukan pergerakan ini dengan kaedah yang betul. Untuk pergerakan ini, pelajar perlu mengulang sebanyak 10 kali. Untuk pergerakan ke-14, pelajar perlu melakukan guling balak (lokomotor). Pelajar perlu meniarap untuk memulakan pergerakan ini. Kemudian pelajar perlu berguling ke sisi. Pelajar perlu membuat gulingan sebanyak lima kali. Akhir sekali, pelajar perlu melakukan lompat bintang (bukan lokomotor). Pelajar mestilah melakukan pergerakan ini dengan kaedah yang tepat. Pelajar akan mengulang pergerakan ini sebanyak 10 kali. 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, tiga komponen penting dalam pergerakan asas ialah pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipuatif alatan. Pergerakan – pergerakan ini juga memetingkan empat konsep utama pergerakan asas iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti dan perhubungan.
4 RUJUKAN Brown, R (2021). Gymnastics: Skills & drills for the level 1, 2 & 3 coach & gymnast. RJC Publishing. Colvin, A. V & Pamela J. W. (2016) Teaching Fundamental motor skills. Human Kinetics. Duncombe, R. (2019). The physical development need of young children. Taylor and Francis Nitami, R. (2019). Pengaruh bermain dalam proses pembelajaran Pendidikan Jasmani terhadap keterampilan lokomotor siswa tunagrahita di slb aditya grahita Kota Bandung (Doctoral dissertation, Universitas Pendidikan Indonesia). Readhead, L. (2017. Coaching youth gymnastics: An essential guide for coaches, parents and teacher paperback. The Crow ood Press. Syaiful Hamzah. (2022). Analisa pergerakan Squat dalam kalangan wanita tidak terlatih. Fitness, Performance and Health Journal, 1(1), 10-17.