KPD3016
Pengajaran, Teknologi dan
Penaksiran 1
Big Book
NAMA: WAN NOOR SYAMIMI BINTI WAN ZAMANI NOR
NO. MATRIK: D20202096663
FAKULTI: FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA
PROGRAM: AT19 - ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER: SEMESTER 4
NAMA PENSYARAH: DR. JAMILAH BINTI MOHD BASIR
Pengenalan
Nombor merupakan asas penting dalam mata pelajaran
matematik kerana nombor digunakan dalam operasi asas
matematik dan juga dalam topik matematik yang lain. Kanak-
kanak tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika
dia tidak menguasai kemahiran menulis nombor, mengira dan
menulis nilai sesuatu nombor.
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda
kanak-kanak supaya mampu berfikir secara logik dan sistematik
dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara semula jadi menggalakkan pembelajaran
bermakna dan mencabar pemikiran. Oleh itu, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa matematik mempunyai keindahannya yang
tersendiri kerana matematik memerlukan pembuktian yang kukuh,
penguasaan simbol yang cekap dan tepat, serta hubungan antara
struktur matematik yang berkaitan.
VISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui
aktiviti mengalihkan butang menggunakan kemahiran motor halus
kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.
MISI
Melahirkan kanak-kanak yang berketrampilan, berakhlak mulia dan
berkeyakinan diri untuk menuntut ilmu demi masa depan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa mengira agama atau kaum.
Bahan-bahan Big Book
1. Kotak 2. Pembalut 3. gam
hadiah
4. double 5. salotape 6. hiasan
tape
7. velcro 8. butang 9. gunting
tape
10. pisau 11. kertas 12. plastik
warna laminate
13. Batang 14. hot
aiskrim glue gun
Kelebihan Big Book
Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
Bina keyakinan pada kanak-kanak untuk menyatakan
objek sama ada banyak atau tidak sama banyak.
Memudahkan kanak-kanak untuk membandingkan
objek sama ada banyak atau tidak sama banyak
dalam kehidupan sebenar.
Menggunakan bahan semulajadi.
Menggunakan pendekatan belajar sambil bermain.
Tiada kesan sampingan malah bagus untuk kanak-
kanak yang berumur 5 tahun.
Big Book yang menarik dan kreatif boleh menarik
minat kanak-kanak untuk belajar.
Manual Big Book
1. Terdapat 2 kad imbasan iaitu sama banyak dan tidak
sama banyak.
2. Big book terdapat 4 halaman yang mempunyai gambar
objek yang berlainan dan 1 halaman terdapat 2 bahagian
yang mempunyai bilangan objek sama ada sama banyak atau
tidak sama banyak.
3. Setiap objek terdapat butang penuh di bahagian atas.
4. Kanak-kanak perlu menggunakan kemahiran motor halus
iaitu jari untuk mengalihkan butang pada setiap halaman big
book.
5. Kanak-kanak perlu mengalihkan semua butang di bahagian
atas dan meletakkan butang tersebut ke bahagian bawah
untuk menentukan sama ada objek sama banyak atau tidak
sama banyak.
6. Kanak-kanak perlu mengangkat kad imbasan “sama
banyak” atau “tidak sama banyak” daripada hasil aktiviti yang
telah mereka lakukan.
Gambar Big Book
Kesimpulan
Pembelajaran matematik merupakan pembelajaran yang
sangat menarik minat kanak-kanak sekiranya ia diajar dengan
kaedah dan teknik yang berkesan oleh guru. Mempelajari
matematik bukan sekadar mempelajari konsep berkaitan tetapi
juga merentasi alam kehidupan individu itu sendiri. Sifat kehidupan
ini memerlukan matematik untuk mencari penyelesaian kepada
sesuatu masalah. Sebagai contoh, matematik digunakan untuk
mengukur keluasan bumi, mengukur isipadu air lautan, mengukur
jarak dari satu tempat ke tempat lain, menyatakan sama ada objek
sama banyak atau tidak sama banyak, melibatkan penggunaan
wang, dan pelbagai lagi.
Ini menunjukkan betapa perlunya perancangan pengajaran
matematik jangka masa panjang. Oleh itu, konsep matematik boleh
diserapkan ke dalam mata pelajaran lain supaya kanak-kanak
dapat mempelajarinya secara tidak langsung. Guru juga harus
memastikan istilah dan bahasa matematik jelas dan mudah
difahami oleh kanak-kanak, kerana ini memudahkan pengajaran
matematik.