The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mimieyzamani, 2024-06-26 10:50:47

JOM KITA SURIH!

Produk FYP

JOM KITA SURIH! DISEDIAKAN OLEH: WAN NOOR SYAMIMI


Matlamat penggunaan set Jom Kita Surih! ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis kanak-kanak berumur 5 tahun, agar mereka dapat memperoleh kemahiran asas menulis dengan jelas dan betul serta melatih mereka untuk memegang pensil dengan cara betul terutamanya dalam memahami Konsep Asas Penulisan. Tambahan, kanak-kanak pada peringkat awal lagi perlu tahu cara menulis dengan betul dan penulisan juga satu cara untuk mereka menyampaikan idea dan maklumat menggunakan huruf, nombor, atau gambar. Oleh yang demikian, pada peringkat awal lagi mereka perlu memahami cara menggunakan alatan menulis seperti pensil, marker, dan krayon dengan betul. Justeru itu, penghasilan modul ini yang utama adalah untuk menjadikan proses pembelajaran menulis pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan sambil membantu mereka memperoleh kemahiran memegang alatan menulis dengan betul dan meningkatkan kemahiran asas menulis mereka. Set Jom Kita Surih! merupakan kemahiran menulis untuk kanak-kanak berumur 5 tahun telah direka bentuk dengan teliti bagi memastikan ia bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Jom Kita Surih! ini bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas menulis melalui pelbagai aktiviti bercorak. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan-mata serta mengenal pasti corak asas yang digunakan dalam penulisan. Jom Kita Surih! dihasilkan dalam bentuk aktiviti yang bercorak, abjad dan nombor bagi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menulis mereka dan melatih mereka cara menggunakan alatan menulis dengan cara yang betul dan menyeronokkan serta berkesan. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang membina aspek kemahiran menulis yang berbeza, daripada menjejak pola kepada menulis huruf dan nombor. Jom Kita Surih! ini berdasarkan KSPK yang memfokuskan kepada standard kandungan BM 3.1 iaitu menguasai kemahiran menulis, manakala standard pembelajaran ialah BM 3.1.1 memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis bagi mengatasi masalah kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak dengan menggunakan set Jom Kita Surih!.


Manual Penggunaan Langkah 1: Kanak-kanak perlu membuka halaman pertama Jom Kita Surih!. Langkah 2: Kanak-kanak perlu mengambil marker dan alat pemegang yang telah disediakan sekali dengan set modul Jom Kita Surih! ini. Langkah 3: Seterusnya, kanak-kanak perlu menyurih mengikut titik-titik yang terdapat dalam modul. (Jika mereka membuat kesilapan, mereka boleh memadamkannya menggunakan pemadam). Aktiviti menyurih ini disediakan dari peringkat mudah ke susah. Langkah 4: Setelah selesai, kanak-kanak perlu membuka halaman seterusnya untuk melakukan aktiviti menyurih bentuk yang lain. Langkah 5: Kanak-kanak perlu menunjukkan hasil penulisan yang telah dibuat kepada guru untuk disemak bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai dan bertepatan dengan standard pembelajaran yang difokuskan.


Arahan: Sambung titik putus-putus garisan lurus di bawah dari lebah ke bunga.


Arahan: Sambung titik putus-putus di bawah mengikut pasangan bunga yang sama.


. . . . . . Arahan: Sambung titik putus-putus mengikut garisan laluan yang betul bermula dari titik hadapan kereta sehingga ke titik warna yang sama.


Arahan: Sambung titik putus-putus dari monyet kepada pisang.


Arahan: Sambung titik putus-putus dari ikan lumba-lumba ke perahu layar.


Arahan: Sambung titik putus-putus dengan marker daripada bulatan merah ke bulatan biru.


Arahan: Sambung titik putus-putus supaya dinasour sampai ke telurnya.


Arahan: Sambung titik putus-putus dari ikan untuk sampai ke kolam.


Arahan: Sambung titik putus-putus mengikut anak panah supaya menjadi sekuntum bunga.


Arahan: Tulis abjad dengan menyambung titik putus-putus abjad dalam objek di bawah.


Arahan: Tulis nombor dengan menyambung titik putus-putus nombor dalam haiwan di bawah.


Click to View FlipBook Version