Faktor
yang
Mempengar
uhi Corak
Perbelanja
an
Pengguna
Faktor yang
Mempengaruhi
Corak
Perbelanjaan
Pengguna
Pendapatan
• KUMPULAN BERPENDAPATAN
SEDERHANA DAN TINGGI
Perbelanjaantertumpu kepada
perbelanjaan untuk pengangkutan,
pelancongan serta hotel dan
restoran.
• KUMPULAN PENDAPATAN RENDAH
Perbelanjaan untuk
perumahan,elektrik,air,makanan
dan minuman
Harga
• Perubahan harga barang dan
perkhidmatan akan mempengaruhi
corak perbelanjaan pengguna.
• Harga barang akan meningkat apabila
permintaan melebihi penawaran dan
sebaliknya harga barang akan
menurun apabila penawaran melebihi
permintaan.
• Misalnya, bayaran sewa bilik hotel
akan meningkat semasa musim cuti
sekolah.
• Harga ikan pula meningkat pada
musim tengkujuh kerana kekurangan
bekalan ikan.
Harga
• Terdapat juga faktor
luaran seperti perubahan
kadar pertukaran Ringgit
Malaysia, perubahan
harga minyak, dan dasar
percukaian seperti cukai
barang dan perkhidmatan
(GST) yang
diperkenalkan oleh
kerajaan pada bulan
April, 2015 juga memberi
kesan kepada perubahan
harga barang.
Harga
• Corak perbelanjaan
pengguna tidak banyak
berubah sekiranya harga
barang makanan dan
minuman meningkat
atau menurun.
• Hal ini demikian kerana
barang tersebut
merupakan perbelanjaan
untuk keperluan asasi
seseorang individu.
Harga
• Sebaliknya, peningkatan harga
akan menjejaskan kemampuan
pengguna untuk membeli
barang kehendak seperti
alatan elektrik.
• Peningkatan harga pakej
pelancongan yang disebabkan
oleh penurunan nilai Ringgit
Malaysia akan menyebabkan
pengguna beralih kepada pakej
pelancongan domestik ataupun
menangguhkan hasrat untuk
melancong ke luar negara.
Barang pengganti
• Barang pengganti ialah dua
barang yang mempunyai
fungsi penggunaan yang
sama misalnya sayur sawi
dan bayam.
• Seorang suri rumah boleh
membeli sawi atau bayam
untuk makanan tengah hari.
• Peningkatan harga sawi
akan menyebabkan
permintaan untuk bayam
meningkat atau sebaliknya
Barang pengganti
• Terdapat juga barang pengganti akan
mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna.
• Kebiasaannya, barangan seperti minuman
ringan dan barangan elektronik mempunyai
pengganti yang banyak berbanding dengan
barang keperluan asasi seperti gula dan garam.
• Peningkatan harga minuman ringan tertentu
menyebabkan pengguna membeli jenama yang
lain.
• Namun, pengguna terpaksa meneruskan
pembelian barangan keperluan seperti gula,
garam, minyak petrol, dan ubat walaupun
barangan ini mengalami peningkatan harga.
• Ini disebabkan barangan ini tidak mempunyai
pengganti yang hampir.
Pengiklanan dan
Pemasaran
• Pemasaran merupakan aktiviti
menyalurkan barang dan
perkhidmatan kepada pengguna
akhir.
• Pemasaran barang dilakukan
melalui pelbagai saluran seperti
pemborong, peruncit atau melalui
pemasaran langsung.
• Kaedah pemasaran barang yang
digunakan oleh pengeluar akan
mempengaruhi corak
perbelanjaan pengguna.
• Pengguna gemar membeli barang
yang mudah diperoleh dan
bermutu serta dijual dengan harga
yang berpatutan.
Pengiklanan dan Pemasaran
• Kini, pemasaran tidak
langsung semakin popular
disebabkan liputan Internet
yang meluas serta pengguna
Internet yang semakin
ramai.
• Ini telah mendorong
pertumbuhan aktiviti e-
dagang iaitu penjualan
barang di atas talian
menggunakan media sosial
seperti facebook, laman
web pengeluar, dan ejen
seperti amazon.com dan e-
bay.
Pengiklanan dan
Pemasaran
Pengiklanan dan Pemasaran
• Pengiklanan merupakan satu bentuk
komunikasi untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu produk.
• Pengiklanan mempunyai sifat pujukan
yang dilakukan melalui pelbagai
media massa bercetak atau
elektronik.
• Disebabkan pengiklanan mempunyai
unsur pujukan, corak perbelanjaan
pengguna dipengaruhi oleh
pengiklanan.
• Pengiklanan menyampaikan maklumat
tentang produk baharu di pasaran dan
ini memberi kesan kepada
perbelanjaan pengguna.
Cita Rasa dan
Segmen Pasaran
• Cita rasa pengguna
sangat mempengaruhi
corak perbelanjaan
pengguna.
• Oleh itu, pengguna akan
berusaha untuk
membelanjakan
pendapatan untuk
membeli barang atau
perkhidmatan yang dapat
memenuhi cita rasanya
agar mencapai kepuasan
maksimum.
Cita Rasa dan
Segmen Pasaran
• Cita rasa pengguna berbeza
mengikut kaum, umur, jantina,
saiz pendapatan, dan juga
lokasi.
• Masyarakat Melayu dan India
suka makanan pedas
berbanding masyarakat Cina.
• Pakaian yang digemari oleh
golongan remaja berbeza
dengan golongan dewasa.
• Perubahan cita rasa pengguna
yang mementingkan kesihatan
menyebabkan permintaan
untuk produk yang
menjejaskan kesihatan
merosot.
Cita Rasa dan
Segmen Pasaran
• Segmen pasaran
bermaksud
membahagikan pasaran
kepada subunit yang
kecil berdasarkan
kumpulan pengguna
tertentu.
• Misalnya, sebuah
syarikat yang
mengeluarkan bijirin
sarapan mungkin
menghasilkan produk
untuk golongan
pengguna tertentu
seperti berikut
Kaedah
Pembayaran
untuk
Pembelian
Barang
Kaedah Pembayaran
untuk Pembelian
Barang
• Bayaran Secara Tunai
• Bayaran Secara Kredit
Bayaran
Secara Tunai
• Bayaran tunai bermaksud
pelanggan membayar
dengan wang tunai
sebaik sahaja menerima
barang atau
perkhidmatan.
Bayaran Secara Tunai
Bayaran Secara
Kredit
• Bayaran secara kredit bermaksud
bayaran yang ditangguh untuk
suatu Bayaran secara kredit
bermaksud bayaran yang ditangguh
untuk suatu barang sebelum
menjelaskan harga penuh.
• Pengguna mungkin diminta bayar
sejumlah wang sebagai
pendahuluan dan bakinya boleh
dibayar secara ansuran.
• Harga belian untuk bayaran kredit
lebih tinggi kerana penjual akan
mengenakan faedah ke atas baki
yang belum dijelaskan.
Bayaran Secara Kredit