The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matsyahir, 2023-10-06 20:28:10

KERTAS KERJA JADUAL BERKALA PDP KIT

Jadual Berkala Pdp Kit

1 KERTAS KERJA PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2018 KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH Tajuk : JADUAL BERKALA PDP KIT Kit pembelajaran dan pengajaran menggunakan konsep bermain dan belajar (Play and Learn) Oleh : Syahir Bahiran Bin Hilmi SMJK Poi Lam, Ipoh, Perak Daerah : Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara


2 Sinopsis Inovasi Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan Jadual Berkala Pdp Kit adalah pelajar akan dapat mempelajari tajuk Jadual Berkala. Topik adalah merangkumi Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek sains menengah rendah Tingkatan 1 (KSSM), Sains Tingkatan 4 dan juga Kimia SPM. Kit dibangunkan menggunakan 60 keping kad yang mengandungi maklumat pembelajaran berserta set tapak permainan dengan dadu dan bidak. Rekabentuk asal tapak permainan adalah menggunakan Jadual Berkala sebenar yang mempunyai 118 unsur yang disusun berdasarkan nombor proton. Pembelajaran menggunakan tapak permainan Jadual Berkala ini memudahkan pelajar untuk mengingati nama unsur serta simbol. Pelajar juga dapat mengetahui segala aspek yang perlu difahami bagi sebuah jadual berkala yang mempunyai banyak kegunaannya. Teknik pembelajaran menggunakan kit ini dapat membantu pelajar melalui pembelajaran berkumpulan untuk mempertingkatkan kemahiran membaca Jadual Berkala. Dalam permainan menggunakan kit ini, pelajar boleh bermain secara berkumpulan oleh 5-6 orang pemain. Pelajar memulakan permainan dengan melontarkan dadu dan menggerakkan bidak berdasarkan bilangan yang didapati pada dadu, kad dikeluarkan berdasarkan bidak yang masuk ke kawasan bertanda info. Pelajar mengikuti arahan pada kad sama ada menjawab soalan atau membaca maklumat yang tertera pada kad. Permainan berakhir apabila bidak sampai ke garisan penamat dan pemenang adalah dikira berdasarkan markah yang dikumpulkan dari kad yang diperolehi pelajar.


3 OBJEKTIF INOVASI Mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar bagi memudahkan pelajar/guru mencapai objektif pembelajaran. Menyediakan bahan yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Meningkatkan keseronokan belajar dari cara konvensional kepada teknik baru. Membantu pelajar menguasai pemikiran kreatif dan kritis melalui penggunaan peta pemikiran. Menyemai budaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bersosial. Menggalakkan penglibatan ibubapa dan keluarga dalam proses pembelajaran dan pengajaran. KUMPULAN SASARAN Kit adalah merangkumi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan 1 (KSSM), Sains Tingkatan 4 dan juga Kimia SPM. Bermakna penggunaannya merangkumi seluruh Tingkatan 1 – 3 (KSSM) dan Tingkatan 4 dan 5 Sains SPM serta Tingkatan 4 dan 5 untuk subjek Kimia SPM. Penggunaannya juga amat sesuai terutama untuk pelajar lemah dan sederhana. Bagi pelajar cemerlang, kit ini juga mampu menghilangkan kebosanan belajar dan dapat menghilangkan stress melalui aktiviti berkumpulan dari permainan menggunakan kit ini. Subjek Tingkatan 1 2 3 4 5 Sains KSSM Sains SPM Kimia SPM Sasaran Penggunaan Jadual Berkala Pdp Kit


4 LATAR BELAKANG Rekabentuk kit ini mempunyai beberapa bahagian: a) Pengumpulan bahan kandungan pembelajaran. b) Rekabentuk kad c) Tapak Play and Learn d) Prosedur permainan e) Lembaran Kerja dan Soalan Pengukuhan Penerangan : a) Pengumpulan bahan kandungan pembelajaran. Subtopik yang dirangkum oleh pembelajaran menggunakan kit ini adalah : i) Jadual Berkala ii) Kumpulan dan Kala iii) Unsur logam, separuh logam dan bukan logam. iv) Sifat-sifat fizikal dan kimia unsur. b) Rekabentuk kad Rekabentuk kad adalah mengunakan Microsoft Word. Maklumat dimuatkan berdasarkan subtopik pada kad yang mempunyai jenis dan maklumat yang berbeza. Kad Info - Memberi maklumat pembelajaran. - Terdapat 30 kad Info yang berbeza. - Kad Info mempunyai penerangan dan maklumat mengenai tajuk pembelajaran.


5 Kad Soalan - Pelajar perlu menjawab soalan - Jawapan dirujuk pada Skema Jawapan yang disediakan. - Soalan yang disediakan adalah berkenaan dengan tajuk pembelajaran Jadual Berkala. Skema Jawapan - Berdasarkan nombor soalan pada kad. - Pengadil akan memeriksa jawapan yang diberikan pelajar.


6 c) Lukisan bagi pembinaan tapak Play and Learn Rekabentuk lukisan tapak adalah menggunakan Microsoft Office Publisher dan disimpan dalam format JPEG untuk memudahkan cetakan. Ciri-ciri tapak : - Bersaiz A3 - Boleh dilipat - Tebal dan kalis air d) Prosedur permainan. Rujuk Manual Operasi untuk penerangan prosedur permainan secara lengkap. MANUAL – JADUAL BERKALA 1. Permainan Multipdpkit – Periodic Table( Jadual Berkala) mempunyai bahan seperti berikut : a) 60 keping kad info pelbagai warna b) 1 tapak “Play n Learn” c) 1 buah dadu d) 6 bidak berwarna 2. Penerangan tapak Periodic Table - Tapak mempunyai 118 petak yang mewakili 118 unsur dalam Jadual Berkala - Setiap petak mengandungi simbol dan nama unsur serta disusun berdasarkan nombor proton berserta berat atom relatif. - Maksud simbol pada tapak adalah seperti berikut:


7 3. Permainan ini dimainkan oleh 5 – 6 pelajar dan seorang pengadil. 4. Letakkan semua kad pada kotak INFO pada tapak permainan. 5. Pemain melemparkan dadu dan menggerakkan bidaknya mengikut bilangan pada dadu serta mematuhi arahan seperti yang ditunjukkan oleh simbol. 6. Terdapat beberapa jenis kad, Jenis Kad Arahan Kad Bernombor 1 - 28 - Pelajar perlu menjawab soalan pada kad dengan merujuk kepada tapak. - Pengadil akan menyemak jawapan pelajar berdasarkan skema yang diberi. - Jika betul, pelajar akan menyimpan kad itu. - Jika salah, kad diletakkan semula pada bahagian bawah kad-kad lain pada tapak. Kad - Pelajar perlu membaca Info pada kad dan terus menyimpan kad tanpa perlu menjawab soalan Kad - Pengadil akan mengambil sekeping kad secara rawak dan diletakkan semula pada bahagian bawah kad-kad lain pada tapak. - Kad ini juga perlu diletakkan semula pada tapak. 7. Pemain akan bermain sehingga bidaknya mencapai garisan FINISH. 8. Pemain yang mendapat jumlah markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang. e) Lembaran Kerja dan Soalan Pengukuhan


8 ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH BAHAN INOVASI Isu/Masalah Penyelesaian oleh Kit Bioderversiti 1. Kekurangan alat bantu mengajar (ABM) berkesan mengikut kesesuaian murid. Tidak semua ABM yang terdapat di sekolah sesuai untuk semua pelajar. - Kit dapat menyelesaikan masalah ini sebagai Alat Bantu Mengajar yang berkesan kepada semua jenis pelajar. Ianya amat sesuai sekali digunakan oleh pelajar Lemah dan Sederhana untuk meningkatkan minat belajar manakala untuk pelajar cemerlang, ianya mampu menghilangkan tekanan dan kebosanan. 2. Pelajar Lemah dan sederhana kurang berminat belajar cara biasa menyebabkan mereka tidak fokus kepada guru semasa PdP. - Kit dapat meningkatkan minat pelajar dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk interaktif, menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan dan mampu mencapai objektif yang dikehendaki. 3. Pelajar biasanya kurang berminat untuk membuat ulangkaji topiktopik yang dipelajari pada tahuntahun sebelumnya. - Dengan menggunakan Kit ini, proses ulangkaji menjadi lebih mudah. Pelajar melakukan aktiviti permainan dan pada masa yang sama mereka dengan sendirinya telah melakukan ulangkaji topik pembelajaran. 4.Teknik pembelajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar kurang memiliki kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial yang lain. - Kit direkabentuk dapat menggabungkan pelbagai kemahiran yang dikehendaki melalui aktiviti berkumpulan yang berpusatkan pelajar, permainan yang berasaskan strategi dan perancangan ini juga mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam proses penyelesaian masalah. 5. Kebiasaan Alat Bantu Mengajar hanya terdapat di sekolah. Di rumah pelajar hanya mengulangkaji menggunakan buku-buku atau media lain selain dari ABM yang terdapat di sekolah. - Pelajar dapat menggunakan Kit ini untuk pembelajaran di rumah bersama kawan-kawan atau pun ibubapa dan keluarga yang lain. Sekiranya Kit ini dikomersialkan, ibubapa juga boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku atau pasaraya berhampiran. 6. Kebiasaannya, pembelajaran sendiri di rumah adalah berbentuk individu tanpa penglibatan ibubapa atau ahli keluarga. - Menggunakan Kit ini, ibubapa dan ahli keluarga juga dapat bermain bersama-sama sekali gus dapat memantau dan memberi bimbingan kepada anak mereka dalam aktiviti permainan.


9 HURAIAN INOVASI Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Rekabentuk Softcopy - Grafik direkabentuk menggunakan perisian komputer. - Perisian yang digunakan adalah microsoft word dan Microsoft Publisher. Bahan cetakan/hardcopy Kad - Dicetak menggunakan kertas Artcard 260 gsm - Saiz 5.5 x 9.2 - Cetakan High Quality Tapak Permainan i) Bersaiz A3 - Boleh dilipat - Tebal dan kalis air - Cetakan High Quality ii) Saiz A4 - Kertas Artcard 260 gsm - Cetakan High Quality Cara Inovasi digunakan - Setiap kit ada disertakan bersama manual operasi untuk prosedur dan peraturan permainan. - Rujuk Manual Operasi.


10 Kos penghasilan Kos penghasilan menggunakan bahan yang murah. Satu kit mengandungi: - Kad-kad yang dihasilkan dari kertas Artcard - Tapak permainan tebal/nipis - Plastik Case Saiz A4 atau Kotak Kertas - Sticker Kos Kit Tapak Tebal A3 RM8.50 Kos Kad 60 pcs RM8.40 Kotak RM4.00 Dadu dan Bidak RM3.00 Sticker RM1.00 Jumlah : RM24.90 Keberkesanan Inovasi pada pembelajaran dan pengajaran (PdP) - Kit dapat membantu pelajar dalam suasana lebih kondusif dengan belajar secara santai tapi penuh bermaklumat. - Kit dapat memudahkan tugas guru dengan mempertingkatkan kemahiran pelajar melalui pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain - Untuk tujuan komersial, Kit juga boleh disediakan dalam bentuk mini dengan kos yang murah. - Kit ini senang dibawa dan mudah digunakan dengan mengikut manual yang diberikan bersama-sama. - Pelajar dapat menggunakan Kit ini sebagai aktiviti luar bilik darjah bersama-sama dengan kawan-kawan dan keluarga. Hakcipta dan Cap Dagang Kit ini telah didaftarkan untuk Hakcipta dan Cap Dagangan di bawah MYIPO. Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version