Dirasmikanoleh : EN. AKMAL ZHARIF BIN AHMAD KAMAL ( SETIAUSAHA POLITIK MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA ) TARIKH : 20 MEI 2023 ( SABTU ) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TRANSFORMASI, SK METHODIST Kali Ke-47 SK METHODIST JALAN CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, PERAK
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 1 2 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 2 - 3 3 Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 4-5 4 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 6 5 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 46 7- 13 7 Laporan Penyata Kewangan PIBG Bertarikh Akhir 31 Disember 2022 14 8 Sumbangan Tambahan PIBG Bagi Tahun 2023 15 9 Senarai Gilir Bahas Usul 16-19 10 Senarai Jawatankuasa PIBG Bagi Sesi 2023-2024 20 11 Lampiran Penghargaan 21
— 1 — ___________________________________________________________________________ No. Rujukan : SKMTR/PIBG.100 -13/1/4 (48) Tarikh : 4 MEI 2023 Kepada : ………………… Ibu bapa / Penjaga / Ahli PIBG SK Methodist Tanjong Rambutan Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKMTR KALI KE-47 BAGI SESI 2023/2024 Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut : Tarikh : 20 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Transformasi SKMTR 2. Agenda Mesyuarat : 2.1 : Ucapan Yang Dipertua 2.2 : Ucapan Penasihat 2.3: Taklimat Program Pemulihan 2.4 : Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung sesi 2022/2023 2.5 : Perkara berbangkit (Jika ada) 2.6 : Membentang, menerima laporan dan meluluskan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 2.7 : Perkara berbangkit (Jika ada) 2.8 : Pembahasan sumbangan tambahan 2.9 : Pembentangan dan membahaskan usul bertulis 3.0 : Ucapan penangguhan 3. Sehubungan itu, sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang usul bagi mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini, mohon isikan Borang Usul yang disertakan dan diserah semula kepada guru kelas selewat – selewatnya pada 9 Mei 2023 (Selasa). Perhatian dan kerjasama serta kehadiran Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih. ” MALAYSIA MADANI ‘ ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‘ Yang menjalankan amanah, ( MOHD KHAIR BIN AHMAD GHAZALI ) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
— 2 — JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Tn. Hj. Md. Shahrul Norrizan bin Shahrom Timb. Pengerusi : Pn. Maizon Binti Shaari Naib Pengerusi 1 : Pn. Nur Izura Binti Mohd Saad Naib Pengerusi 2 : En. Jayakhumar Narayanan a/l Suri Narayanan Naib Pengerusi 3 : En. Mior Azhar bin Abd. Halit Setiausaha : YM. Tuan Muhammad Khairan Bin Tuan Ibrahim Penolong Setiausaha : Pn. Nurul Amiza binti Abd. Rahim Bendahari : Pn Lim Chia Hui TUGAS NAMA Penyambut Tetamu / Protokol Hj. Md. Shahrul Norrizan bin Shahrom (K) Pn. Maizon Binti Shaari Pn. Nur Izura binti Mohd Saad En. Jayakhumar Narayanan a/l Suri Narayanan En. Mior Azhar bin Abd. Halit En. Mohd Khair Bin Ahmad Ghazali (YDP PIBG) Pn. Azlin Binti Muhamad Hudri (NYDP PIBG) Pendaftaran Pn. Vijayalaksmi a/p Ramanathan (K) Pn. Lim Chia Hui Pn. Sawina Binti Adenan(AJK PIBG) Buku Program Cik Nur Aziani Ayu binti Ahmad Pengacara Majlis/Salutasi Pn. Norfazida Binti Hussin (K) Pn Nor Faradzila Binti Abdullah Bacaan Doa En. Roslan Bin Mohd Yusoff Cenderahati Perasmi Pn. Malarveli a/p Ramanathan (K) Cik Rajini a/p Arumugan Cik Nur Aziani Ayu binti Ahmad
— 3 — Banner En Mohd Syahril Bin Tajuddin(K) En Farizal Bin Abdullah En.Azmuri bin Ramli PA Sistem / ICT En. Ananthankumar a/l Munusamy (K) En Farizal Bin Abdullah En. Roslan bin Mohd Yusoff En Azmuri Bin Ramli Jamuan VIP / Guru & Ibu Bapa Pn Hamidah Binti Abdul Rahman (K) Puan Nurul Amiza binti Abdul Rahim Puan Faizah binti Baharuddin Pn. Anne Victoria a/p Pakkianathen Pn Fazilah Bt Hj Ramli (AJK PIBG) Pn. Syarifah Nuramalina Binti Syed Idrus(AJK PIBG) Persediaan Tempat Mesyuarat dan Dewan En. Ridzauddin bin Yahaya (K) YM Tn. Muhammad Khairan bin Tn. Ibrahim En Khairul Nizam Bin Hamidun En. Mohd Syahril bin Tajudin En. Ashwin Nair a/l Krishnan (AJK PIBG) En. Mohd Azman Bin Ramli(AJK PIBG) Hiasan Pentas Cik Suganthi a/p Achudan (K) Pn Sharmila Devgun a/p Kulwinder Devgun Puan Faizah binti Baharuddin Pn Anne Victoria a/p Pakkianathen Cik Ghangasri a/p Thinagaran Pn. Ranjeni a/p Mahalingam (AJK PIBG) Pencatat Minit Pn Azura Binti Rameli (K) Puan Nurul Amiza binti Abdul Rahim Fotografi En Khairul Nizam Bin Hamidun (K) En Farizal Bin Abdullah Buku Mesyuarat / Laporan & Dokumentasi YM. Tuan Muhammad Khairan Bin Tuan Ibrahim (K)
— 4 — ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE –47 SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TG. RAMBUTAN 1) Butiran Program Nama Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 47 Tarikh 20 Mei 2023 Hari Sabtu Masa 7.30 pagi Tempat Dewan Transformasi 2) Tentatif Program Masa Aturcara 7.30 Pagi Kehadiran Guru /Ajk Pelaksana 8.00 pagi Kehadiran AJK PIBG Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga 8.30 pagi Ketibaan Perasmi En. Akmal Zharif Ahmad Kamal Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri Malaysia 8.40 pagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Perak Bacaan Doa Ucapan Penasihat (Guru Besar) ( Hj. Md. Shahrul Norrizan bin Shahrom) Ucapan Yang Dipertua PIBG (En.Mohd Khair Bin Ahmad Ghazali) Ucapan Perasmian (En. Akmal Zharif Bin Ahmad Kamal) Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi 10.00 pagi Rehat 10.20 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Penasihat PIBG / Wakil Taklimat Program Pemulihan (MAS) Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 46 (sesi 2022/2023) Perkara Berbangkit (Jika Ada) Membentang, Menerima & Meluluskan Laporan
— 5 — Kewangan Tahunan PIBG Berakhir Pada Tarikh 31 Disember 2022 Perkara Berbangkit (Jika Ada) Membahas Sumbangan Tambahan PIBG Bagi sesi 2023/2024 Pembentangan & Perbahasan Usul Ucapan Penangguhan 11.20 pagi Majlis Bersurai
— 6 — AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 SESI 2023 Agenda Perkara 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2 Ucapan Penasihat PIBG / wakil 3 Taklimat Program Pemulihan 4 Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 46 (2022) 5 Perkara berbangkit (jika ada) 6 Membentang, Menerima & Meluluskan Laporan Kewangan Tahunan PIBG Berakhir Pada Tarikh 31 Disember 2022 7 Perkara berbangkit (jika ada) 8 Pembahasan sumbangan tambahan PIBG Bagi Sesi 2023/2024 9 Pembentangan & Perbahasan Usul 10 Ucapan Penangguhan
— 7 — MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TG RAMBUTAN BAGI TAHUN 2022 Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Transformasi, SK. Methodist Tg. Rambutan Perasmi Encik Mohd Khair Bin Ahmad Ghazali Yang Dipertua PIBG SK Methodist Tg. Rambutan Jumlah Kehadiran Ibu Bapa / Penjaga 55 Guru 28 Jumlah 83 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 En. Mohd Khair bin Ahmad Ghazali, selaku YDP PIBG sesi 2020-2022, mengalu-alukan kedatangan ibu bapa/penjaga dan guru serta mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ibu bapa/penjaga dan guru terhadap Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 46. 1.2 Beliau mengucapkan syukur kerana pihak sekolah dapat merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat secara bersemuka kembali. Beliau juga berasa gembira dengan semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua guru dan ibu bapa/penjaga. 1.3 Beliau juga menyeru dan berharap semua ibu bapa/penjaga dapat berganding bahu dan bekerjasama dengan guru-guru dan pihak sekolah dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang. 2. Ucapan Penasihat PIBG 2.1 Tuan Haji Azman bin Tahir, selaku Guru Besar SK Methodist Tg. Rambutan mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa, para ibu bapa/penjaga dan guru-guru. Beliau melafazkan syukur ke hadrat Illahi kerana segala perancangan dapat dijalankan bagi mesyuarat PIBG kali ke-46 ini secara bersemuka. 2.2 Beliau berharap mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga dan guru-guru dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
— 8 — 2.3 Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa/penjaga dan berharap agar majlis berjalan dengan lancar berdasarkan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli. 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 45 3.1 YM Tuan Muhammad Khairan bin Tuan Ibrahim, selaku setiausaha PIBG sesi 2020/2022 membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 45. 3.2 Disahkan : Encik Jemezul bin Abdullah 3.3 Disokong : Encik Mohd Faizal bin Ahmad 4. Pembentangan Laporan Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021. 4.1 Puan Lim Chia Hui, Bendahari PIBG sesi 2020-2022, membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. 4.2 Disahkan : Encik Mohd Azman bin Ramli 4.3 Disokong : Puan Sawina binti Adenan 5. Perbahasan Sumbangan PIBG Bagi Tahun 2022 5.1 YDP PIBG menjelaskan bahawa kutipan sumbangan adalah sama seperti tahun lepas dan sumbangan yang diperlukan bertujuan untuk merealisasikan perancangan aktiviti-aktiviti murid-murid SKMTR yang telah dirancang. 5.2 Mesyuarat sebulat suara menyokong dan bersetuju dengan sumbangan tersebut. 5.3 Butiran sumbangan adalah seperti berikut: Bil Jenis Kutipan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 1 PIBG (1 murid/keluarga) RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 2 Program Kecemerlangan RM70 RM50 RM50 RM50 RM50 RM100 3 Komputer RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 JUMLAH RM130 RM110 RM110 RM110 RM110 RM160
— 9 — PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL. Bil Pencadang /Usul Tindakan 1 Pencadang: En. Barathan a/l Muthusamy Usul: Guru tidak menyemak kerja rumah di dalam buku latihan. Pn. Fazilah (wakil Ibu Bapa ) telah menyatakan bahawa kemungkinan murid tidak melengkapkan latihan pada waktu yang ditetapkan dan tidak hantar buku latihan. Manakala, Pn. Izura PK 1 SKMTR juga telah menyatakan bahawa guru-guru sentiasa akan menyemak buku latihan murid-murid. 2 Pencadang: En. Muhammad Zulf Adli Bin Mohd Zobri Usul: Dapat menyediakan tali leher jenis zip untuk memudahkan murid tahun satu memakainya. Guru Besar, En. Azman telah menyatakan bahawa zip cepat rosak dan beliau juga mencadangkan agar murid boleh berjumpa dengan En. Ananthankumar (guru sesi petang) untuk membantu murid jika perlu. 3 Pencadang: En. Muhammad Hafiz Fizwan Bin Abdullah Usul: Mengadakan hari aspresiasi atau penyampaian hadiah bagi pelajar dan mengadakan hari keluarga yang melibatkan pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah. Guru Besar, En. Azman, telah menyatakan bahawa Hari Aspresiasi akan diadakan di sekolah kerana negara kita telah masuk ke fasa endemik dan pelbagai aktiviti akan diadakan disekolah termasuk Hari Aspresiasi bagi menghargai murid- murid yang cemerlang dalam pembelajaran. 4 Pencadang: Pn. Nor Shuhada Binti Mohd Yunus Usul: Pengurangan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM10.00 bagi ibu /bapa / penjaga yang hadir pada mesyuarat Agung PIBG 2022. Guru Besar, En. Azman telah bersetuju dengan cadangan ini . Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat ini akan dikurangkan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM10.00. Cadangan yang baik biasanya akan disokong oleh pihak sekolah.
— 10 — 5 Pencadang: Pn.Nor Shaizlin Bt Ahmad Shairi Usul: Memastikan pengawal keselamatan sentiasa ada di pintu masuk dan keluar sekolah sepanjang sesi persekolahan demi memastikan keselamatan murid terjaga. Usul: Menyediakan satu buku nota untuk membuat catatan tugasan harian/ kerja sekolah yang perlu diselesaikan setiap hari. Pn. Maizon, PK HEM telah menyatakan bahawa pengawal keselamatan mengikut jadual tugasan dan sentiasa berada di pintu pagar. Guru Besar dan juga PK Petang En. Mior telah meminta ibu bapa (sesi petang ) untuk mengambil anak anak jagaan mereka tepat pada waktunya kerana ada murid yang pulang lewat sehingga pukul 7.00 malam. Walaupun ada nombor telefon dalam whatsapp namun ramai murid tidak tahu nombor ibu bapa mereka. PK 1, Pn Izura telah menyatakan bahawa murid- murid tahap 2 boleh amalkan cara ini tetapi bagi murid-murid tahap 1 agak sukar namun pihak sekolah akan berusaha. Walau bagaimanapun, pemberitahuan kerja sekolah bagi murid-murid tahap 1 dicadangan melalui group whatsapp kelas. Namun peranan dan kerjasama ibu bapa dialu- alukan bagi memastikan kerja rumah anak-anak dapat disiapkan. 6 Pencadang: Pn. Kartini Bt Md Abdullah Usul: Buku sekolah dapat simpan di dalam kelas. Usul: Banyakkan aktiviti untuk murid. Guru Besar, Tn. Hj. Azman menyatakan bahawa buku sekolah terutama Tahun 1 memang diletakkan dalam kelas kerana kelas ini tidak berkongsi dengan murid pagi. Beliau juga menegaskan bahawa hanya buku-buku aktiviti yang disarankan oleh pihak KPM sahaja boleh digunakan oleh murid-murid semasa pembelajaran di sekolah.
— 11 — 7. Perkara-perkara Berbangkit BIL IBU BAPA/PENJAGA PENJELASAN 1. Encik Mohd Azman Bin Ramli Memohon agar pihak sekolah memantau keselamatan murid- murid semasa datang dan balik dari sekolah kerana didapati masih ada ibu bapa/penjaga yang meletakkan kereta mereka di petak kuning. Ini menganggu murid-murid yang keluar masuk kawasan sekolah. Maklum balas daripada Guru Besar, Tuan Haji Azman, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan tetapi didapati ada ibu bapa/penjaga yang berbalah dengan pihak keselamatan. Mereka hanya menjalankan tugas. Petak kuning tersebut telah diadakan bagi mengelakkan ada kereta yang di letakkan di kawasan tersebut. Pihak keselamatan tidak bertanggungjawab di luar kawasan sekolah. Walau bagaimanapun, mereka tetap menjaga keselamatan murid-murid. Jika perkara ini tidak dapat ditangani, pihak sekolah bercadang akan memohon bantuan pihak polis bagi menjaga kawasan tersebut. Puan Azlin Binti Muhammad Hudri, Naib Yang DiPertua PIBG, sebagai pihak ibu bapa/penjaga berharap semua ibu bapa/penjaga perlu ada kesedaran sivik bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. 2. Puan Fazilah binti Hj. Ramli Mencadangkan agar pihak sekolah membuat ‘FB Life’ semasa mesyuarat PIBG dijalankan. PK 1, Pn. Izura menjelaskan bahawa ‘FB Life’ tidak dapat dijalankan kerana mesyuarat perlu dihadiri bagi mengambil kira kehadiran yang mencukupi untuk kelulusan bagi meneruskan mesyuarat. Kemungkinan ibu bapa/penjaga tidak akan hadir ke mesyuarat kerana lebih selesa secara online sahaja. 8. Pembubaran AJK 2020-2022 8.1 YDP membubarkan AJK 2020-2022. 8.2 Pengerusi sementara dilantik ; Encik Mior Azhar bin Abd. Halit
— 12 — 9. Perlantikan AJK 2022-2024 9.1 Penasihat : Tuan Hj Azman bin Tahir 9.2 Yang DiPertua : Encik Mohd Khair bin Ahmad Ghazali Cadangan : Encik Azman bin Ramli Sokong : Encik M. Zulhilmi bin Azmi 9.3 Naib Yang DiPertua : Puan Azlin binti Muhamad Hudri Cadangan : Puan Sharifah Nur Amalina binti Syed Idrus Sokongan : Puan Fazilah binti Hj. Ramli 9.4 Setiausaha : Pemilihan oleh Guru Besar 9.5 Penolong Setiausaha: Pemilihan oleh Guru Besar 9.6 Bendahari : Pemilihan oleh Guru besar 9.7 Penolong Bendahari: Pemilihan oleh Guru Besar 9.8 Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa/penjaga) : 9.8.1 Encik M. Azman bin Ramli Cadang : Encik Mohd Khair bin Ahmad Ghazali Sokong ; Puan Azlin binti Muhamad Hudri 9.8.2 Puan Sawina binti Adenan Cadang : Puan Fazilah binti Hj. Ramli Sokong ; Puan Azlin binti Muhamad Hudri 9.8.3 Puan Fazilah binti Hj. Ramli Cadang : YM Tuan Muhammad Khairan bin Tuan Ibrahim Sokong ; Cik Nur Aziani Ayu binti Ahmad 9.8.4 Encik Aswin Nair a/l Krishnan Cadang : Puan Azlin binti Muhamad Hudri Sokong ; Encik Jemezul bin Abdullah 9.8.5 Puan Ranjeni a/p Mahalingam Cadang : Encik Jemezul bin Abdullah Sokong ; Encik Aswin Nair a/l Krishnan 9.9 Ahli Jawatankuasa (Guru) Pemilihan oleh Guru Besar 9.10 Juru Audit (Guru) Pemilihan oleh Guru Besar
— 13 —
— 14 — Laporan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2022
— 15 — SUMBANGAN TAMBAHAN PIBG SESI 2023/2024 BIL. JENIS KUTIPAN TAHUN 1 TAHUN2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 PIBG (1 Murid / Sekeluarga) RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 2 Program Kecemerlangan RM70 RM50 RM50 RM50 RM50 RM100 3 Program Transformasi RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 RM30 JUMLAH RM130 RM110 RM110 RM110 RM110 RM160
— 16 — SENARAI GILIR BAHAS USUL MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE- 47 SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TANJONG RAMBUTAN BAGI SESI 2023/2024 No. Gilir Nama Pembawa Usul Usul 1. Tasvinder Kaur a/p Harban Singh Talvinderjeet Singh a/l Amrit Singh 6 inovatif Usul 1 Perbaiki tandas pelajar di sekolah. Keadaan tandas murid tidak elok, perlu sediakan tandas duduk. Tidak mempunyai sabun untuk mencuci tangan selepas menggunakannya. Sekolah merupakan tempat pelajar meluangkan banyak masa, mereka perlu tandas yang elok untuk kegunaan. Ibu bapa juga boleh menyumbang ikut kemampuan masing- masing supaya pelajar selesa di sekolah. 2. Muhammad Hafiz Fizwan Bin Abdullah Muhammad Hadif Rizwan 3 Progresif Usul 1 Mencadangkan supaya dilaksanakan gotong royong perdana yg melibatkan guru, ibu bapa dan pelajar untuk menceriakan sekolah dan bilik darjah. 3. Sarina Binti Ngah ibrahim Muhammad Faiz Naufal 4 Progresif Usul 1 Waktu pulang sekolah tidak diberitahu dengan tepat. Murid kelas tasmik kadang-kadang pulang sebelum pukul 2 sedangkan dalam jadual murid pulang pada pukul 2.20 petang.
— 17 — 4. Azmil Bin Ishak Muhammad Adam Darwisy Bin Azmil 2inovatif Usul 1 Waktu persekolahan - mohon pihak pengurusan sekolah menetapkan waktu persekolahan dengan tepat. Ini kerana ada segelintir ibu bapa yg menghantar sekolah bagi sesi pagi dan petang. Dan untuk makluman pihak pengurusan sekolah ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak dari jauh (ibu bapa yang berkerja di pekan ipoh). Oleh yang demikian pengurusan masa yang tepat dan makluman awal dapat disalurkan lebih awal supaya urusan ambil dan hantar anak-anak ke sekolah dapat dijalankan dengan sempurna. Tahniah diucapkan pada pengurusan sekolah dan pegawal keselamatan sekolah memantau dan mengenalpasti waris/ibubapa/penjaga proses ketika mengambil dan menghantar anak sekolah. Kekalkan amalan ini untuk kebaikan dan juga keselamatan bersama. 5. Azmil Bin Ishak Muhammad Afiq Haikal Bin Azmil 5 Progresif Usul 1 Sekiranya pihak pengurusan sekolah tidak keberatan. Cadangan kelas tambahan mengikut subjek-subjek murid yang mungkin lemah. Ataupun pendekatan lain yang boleh memantapkan lagi pembelajaran murid-murid Usul 2 Kawasan petak kuning pintu masuk sekolah - adalah dimaklumkan dari Jabatan Pengangkutan Jalan dalam undang-undang jalan raya tidak dibenarkan meletak kan kenderaan didalam petak kuning. Tetapi segelintir ibubapa masih meletakkan kenderaan (kereta) dikawasan tersebut yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas bahkan membahayakan keselamatan murid- murid yang melintas. Faham dengan situasi sekolah tiada kuasa diluar kawasan sekolah. Cuma cadangan mohon maklumkan pada ibubapa melalui pelbagai media contohnya grup wassap, perjumpaan bersama ibubapa, facebook rasmi sekolah dan mungkin juga melalui surat diagihkan kepada murid-murid. Ini kerana mungkin juga ada segelintir ibubapa yang tidak tahu. Ataupun mungkin buat tak tahu.
— 18 — 6. Nurulhuda Binti Noh Nurazzahra Binti Muhammad Ikram 2 Inovatif Usul 1 Waktu rehat dipanjangkan kepada 30 minit berbanding waktu rehat sekarang (20 minit). Justifikasi, murid tidak sempat untuk beratur beli makanan, makan, dan ke tandas semasa waktu rehat kerana sesi rehat adalah serentak. Usul 2 Pemakluman berkenaan waktu cuti seperti cuti Good Friday serta sebarang aktiviti dapat dibuat lebih awal. Justifikasi, Pemakluman awal supaya ibu bapa dapat merancang cuti dan aturan di transit kerana anak-anak tidak bersekolah pada hari tersebut. 7. Nor Shaizlin binti Ahmad Shairi Mohamad Aryan Firas 3 inovatif Usul 1 Memastikan pengawal keselamatan yang bertugas sentiasa ada di bahagian pintu masuk & keluar. Ini adalah kerana ada ketika ,hanya pengawas sahaja yang ditugaskan untuk menjaga pintu. Usul 2 Apabila sukan tahunan/aktiviti lain dijalankan,mohon guru senaraikan pelajar yang terlibat sahaja yang perlu hadir. Ini kerana pada tahun 2022 anak dan penjaga hadir tanpa sebarang aktiviti. 8. Wan Suhaimi Bin Wan Ariffin Wan Nor Syazwani 2 Inovatif Usul 1 Aktiviti Tuisyen (Kelas Tambahan) Usul 2 Aktiviti luar (Beriadah) 9. Nur asmara bt Ahmad Fawizi Alaam Aishah Dayana 4 ino Usul 1 Pastikan tandas pelajar sentiasa bersih dan disediakan sabun (Handsoap) Usul 2 Awalkan waktu balik pelajar petang ke 5.50 pm.
— 19 — 10. Siti Azra Binti Koya Asrab Jailani Ahmad Razin Bin Mohamed Zubair 3 Progresif Usul 1 Memasang CCTV di kawasan pagar pintu masuk sekolah. 11. Muhd Adzhar bin Mat Hasan Nuraishah Solehah Binti Mohd Adzhar 1 Inovatif Usul 1 Ibu bapa ingin tahu kelemahan / sukatan daam setiap pelajaran anak-anak yang perlu ditekankan belajar di rumah atau lain-lain tindakan ibu bapa untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh anak-anak. Contoh: menghantar anak tuisyen dalam mata pelajaran tertentu. 12. Annis Suraya Binti Mohamad Aisyah Humaira Binti Md Faisol 1 Inovatif Usul 1 Dimansuhkan waktu pembelajaran pada hari Khamis yang dimulai pada jam 12.00 tengah hari kepada 1.20 petang seperti biasa.
— 20 — SENARAI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2023-2024 PENASIHAT Tn. Hj. Md. Shahrul Norrizan bin Shahrom YANG DIPERTUA En. Mohd Khair bin Ahmad Ghazali NAIB YANG DIPERTUA Pn. Azlin binti Muhamad Hudri SETIAUSAHA YM. Tuan Muhammad Khairan Bin Tuan ibrahim PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Nurul Amiza binti Abd. Rahim BENDAHARI Pn Lim Chia Hui PENOLONG BENDAHARI Cik Suganthi a/p Achudan AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) Pn.Sawina Binti Adenan Pn. Ranjeni a/p Mahalingam Pn. Fazilah Bt Hj. Ramli En. Ashwin Nair a/l Krishnan En. Mohd Azman Bin Ramli AHLI JAWATANKUASA (GURU) Pn Nor Faradzila binti Abdullah En Ridzauddin bin Yahya Pn. Faizah Binti Baharuddin En. Azmuri Bin Ramli En. Mohd Syahril Bin Tajudin JURU AUDIT (GURU) Cik Nur Aziani Ayu bt. Ahmad JURU AUDIT (IBU BAPA) Pn. Syarifah Nuramalina Binti Syed Idrus
— 21 — PENGHARGAAN Terima Kasih AHLI JAWATANKUASA INDUK Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sesi 2023-2024 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 Bagi Sesi 2023/2024 SEMUA GURU DAN STAF IBU BAPA DAN PENJAGA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 47 BAGI SESI 2023/2024