The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZURA BT ZAIMARDZUKI Moe, 2021-08-19 04:25:29

PRIHATIN SENTIASA TAHUN 6

PRIHATIN SENTIASA TAHUN 6

BAHASA MELAYU TAHUN 6
TEMA : 4: KESELAMATAN DIUTAMAKAN
TAJUK: PRIHATIN SENTIASA (KATA TUGAS)
KEMAHIRAN:
S.P : 5.1Memahami dan menggunakan golongan kata
dengan betul mengikut konteks.
S.K : 5.1.7Memahami dan menggunakan pelbagai kata
tugas mengikut konteks dengan betul.
OBJEKTIF : Menggunakan 6 kata tugas untuk
melengkapkan perenggan berdasarkan bahan grafik
yang diberikan

1.Baca petikan ini.
2.Baca juga penerangan
tentang kata tugas
3.Tulis ayat yang lengkap

berpandukan kata tugas
dan gambar supaya
menjadi satu perenggan
yang bermakna.

4.Tulis semula ayat yang
telah dilengkapkan itu
supaya menjadi satu
karangan cerita
5.Siapkan tugasan dalam
BM2
6.Rujuk buku teks M/S
58

KATA TUGAS

SENARAI KATA TUGAS DAN CONTOHNYA

Bina ayat berpandukan kata tugas ini

1. Pada- kata sendi nama 7. Ya- kata pembenar

2. Ialah- kata pemeri 8. Wah- kata seru

3. Dari-sendi nama 9. Jangan- kata perintah

4. Ke- sendi nama 10. Amat- kata penguat

5. Cermat-adjektif 11. Amboi- kata seru

6. Cekap-adjektif 12. Lah- kata penegas

Tulis ayat yang lengkap berpandukan kata tugas dan
gambar supaya menjadi satu perenggan yang bermakna

CONTOH AYAT KATA TUGAS

1. Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah
2. Aslinda menari sambil menyanyi.
3. Makanan yang dijual di kedai itu sangat mahal
4. Wah, cantiknya baju kamu!
5. Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
6. Ya, dialah yang baik hati itu.
7. Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
8. Jangan buang sampah di sini.
9. Dia meletakkan beg itu di atas tangga.
10.Saya mendapat dua buah buku cerita.
11. Pekerja itu telah pulang.
12 Kami pernah ke utara Malaysia.

CONTOH KARANGAN SALIN KARANGAN INI

Pada pukul 7.00 pagi ,kami telah berkumpul di sekolah. Kami hendak pergi mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.
Bas yang akan kami naiki ialah bas persiaran. Sebelum memulakan perjalanan pemandu memeriksa semula bunga tayar
bas itu.Setelah semua peserta rombongan itu naik .

Bas pun mula bergerak. Kami duduk dengan sopan di dalam bas. Seterusnya kami pun memulakan perjalanan. Kami
bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi menuju ke Kuala Lumpur. Pemandu bas memandu bas dengan cekap . Dia juga
ialah seorang pemandu yang cermat.
Di dalam bas kami berbual-bual sambil melihat pemandangan sepanjang perjalanan itu. Perjalanan kami ke Kuala Lumpur
mengambil masa lebih kurang 2.00jam. Tidak lama kemudian kami pun sampai ke Kuala Lumpur. Tempat yang kami hendak
lawati ialah Zoo Negara.

“Wah, besarnya Zoo Negara!” kata rakan yang duduk di sebelah saya. “Ya,itulah Zoo Negara ,jawab rakan saya yang
duduk di belakang kami. Saya berasa sangat teruja hendak melihat binatang-binatang di Zoo Negara. Terdapat pelbagai
jenis binatang di Zoo Negara.Terdapat harimau ,gajah,zirafah,monyet,ikan,pelbagai jenis burung, kuda , tapir dan
sebagainya.Sebelum masuk Cikgu Shafiq membeli tiket untuk kami semua.

Kami melihat banyak binatang di Zoo Negara. Cikgu Shafiq berpesan jangan memberi makanan kepada haiwan
tersebut. Terdapat juga papan tanda memberi peringatan kepada orang ramai berbunyi”Dilarang memberikan makanan
kepada haiwan. “Perbuatan ini amat bahaya kepada diri sendiri,”kata Cikgu Shafiq lagi. Kami patuh dan mendengar nasihat
yang diberikan oleh Cikgu Shafiq

“Itulah merak,”kata Cikgu Shafiq kepada kami sambil menunjukkan seekor merak tidak jauh dari kandang zirafah.
“ Amboi ,cantik sungguh burung merak apabila dia melebarkan sayapnya,” kata Mastura.

NILAI Menghargai
MURNI DAN keselamatan diri
PENGAJARAN
dan orang lain
NYA
Mematuhi
peraturan yang

ditetapkan


Click to View FlipBook Version