The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinfarzana73, 2021-04-14 12:57:10

NASIONAL

E-MAJALAH

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA

DAN PERADABAN
SESI DISEMBER 2020

E-MAJALAH

NASIONAL

Edisi 1, April 2021

SIDANG REDAKSI
PENASIHAT

PENSYARAH : ENCIK PISOL BIN NASIR

AHLI KUMPULAN :

NAMA : NURIN FARZANA BINTI BUDIMAN
NO MATRIK : 18DDT19F2023
JAWATAN : KETUA EDITOR
JABATAN : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NAMA : NUR HANI FARHANA BINTI MAT TAHIR
NO MATRIK : 18DDT19F2020
JAWATAN : KETUA GRAFIK
JABATAN : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

“Semangat Nasionalisme merupakan prasyarat bagi
menjamin kedaulatan negara .”

ISI KANDUNGAN Muka surat

Perkara / isi kandungan 6
7-10
1.0) Penghargaan 11
2.0) pengenalan 11
3.0) pemantapan kesepaduan Nasional Malaysia 11-13
14
3.1)matlamat perpaduan yang diidamkan 14
3.2)detik perpaduan 15
4.0) tahap kesepaduan 16
4.1)tahap kesepaduan nasional 17-18
4.2)kesepaduan social
4.3)kesepaduan social-defisit sosial 19
5.0) Etos Nasional
6.0) Proses penyatupaduan yang diusahakan 20
6.1)etnik 20-21
6.2)alat penyatupaduan – tawar-
menawar,perundingan dan pengantaraan 22
7.0) Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia 23
7.1)sinopsis 23-24
8.0) Perkembangan sejarah alam Melayu 24
9.0) Peradaban globalisasi 25
9.1)pembangunan, migrasi dan teknologi 25-26
9.2)impak kerencaman social norma sejagat 27
9.3)konsep negara bangsa 28
10.0) Pembentukan negara bangsa 29
11.0) Bentuk negara bangsa 30
11.1)konsep negara 30
11.2)konsep bangsa 31
12.0) kewarganegaraan 32
13.0) neratif negara bangsa Malaysia 32-33
14.0) etos bangsa : etnik,nasionalisme dan bangsa 34-35
14.1)etos simbolisme bangsa Malaysia
15.0) geopolitik negara dan perubahan politik
16.0) kesimpulan

17.0) galeri album 36-38
18.0) penutup 39
19.0) sumber rujukan 40
20.0) disediakan oleh 41

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan
tugasan kerja E-MAJALAH ini dengan berjaya.

Dikesempatan ini kami ingin menghadiahkan ribuan terima kasih
kepada ENCIK PISOL BIN NASIR,selaku PENSYARAH bagi kursus
etika dan peradaban kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan
tugasan penting ini.

Pengenalan

o Kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai
cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti
Malaysia.Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan
peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran
dan praktis kehidupan masing-masing.

o berkongsi persamaan dan mencari titk pertemuan Ketika
terjadi perbezaan.Kesediaan tawar menawar,berunding dan
melakukan mediasi telah membawa keamanan,kestabilan
dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka.

o dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi,iaitu perpaduan yang
diidamkan,kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan
yang diusahakan.

o Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan
matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang
berbilang etnik.Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan
menjadi kesatuan yangutuh.Keadaan yang dimaksudkan

ialah aman,stabil,makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi
diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk deficsit
social yang wujud dalam sesebuah masyarakat.Manakala
penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha
Berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk
menyelesaikan deficit social berwahanakan tapak integrase
berprinsikan tawar-menawar,perundingan dan mediasi.

o Melalui pembentukkan “kesatuan&persekutuan”oleh
pihak penjajah akhirnya terbentuk Malayan Union pada
tahun 1946,walau bagaimanpunianya ditentang dan
dimansuhkan kerana tidak bertetapan dengan ideology dan
cara hidup rakyat Malaysia.Pada tahun 1948,Persekutuan
Tanah Melayu dibentuk iaitu penyatuan semua negeri di
Malaya mencapai kemerdekaan dan seterusnya meluaskan
kesatuaan pada tahun 1963 apabila pengisytiharkan
Persekutuan Malaysia dengan penggabungan,Semenanjung
Malaysia,Sabah dan Sarawak.

o Usaha membina kesatuan sentiasa berterusan melalui usaha
mewujudkan tapak intergrasi iaitu satu ruang dan titik
pertemuan antara kelompok stratergik Malaysia

(etnik,agama,parti politik,NGO,masyarakat sivil dan lain-lain)
Antara usaha yang dilakukan seperti menubuhkan
Communities Liaison Committee,penubuhan parti politk
bersifat muafakat,Pilihanraya,Rancangan Pembangunan
Lima tahun,Perlembagaan Persekutuan dan beberapa
symbol dan struktur kesatuan seperti Yang Dipertuan
Agong,bendera,lagu Negaraku,Dasar Kebudayaan
Kebangsaan,Bahasa Kebangsaan dan sekolah Aliran
Kebangsaan.

o usaha ini pernah mencapai kegagalan apabila 13 Mei
1969,kesatuan yang dibina pecah berderai akibat rusuhan
kaum yang berlaku pada tahun tersebut.Dalam RMKE-2
istilah perpaduan diperkenal dan bertujuan memantapkan
lagi kesepaduan di Malaysia.Pada tahun 2018,Indeks
Perpaduan Nasional diasaskan pertama kalinya dalam
sejarah Malaysia sebagai satu usaha membina dan
memantapkan kesepaduan.



PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

 Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup

sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan.

Detik perpaduan
 Saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian
masyarakat. Antarnya, detik-detik pergaulan di pasar,
mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan ,sokongan
dalam sukan dan sebagainya.
I. Sukan bola sepak : semua bangsa tanpa mengira kaum
dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi
menyokong pasukan masing-masing tanpa mengira
bangsa berlainan atau tidak. Budaya ini harus

diterapkan dalam generasi baharu agar ia menjadi alat
perpaduan.

II. Perkahwinan : detik perpaduan yang wujud dikalangan
rakyat Malaysia iatu bertolak ansur kerana sikap saling
memahami antara satu sama lain tanpa mengira agama
dan budaya

III. Makanan : nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa
walaupun ianya makanan kaum Melayu. Begitu juga,
dengan char koay teow yang merupakan makanan

kaum Cina dan juga maruku yang terkenal dikalangan
kaum India .

Tahap kesepaduan yang dicapai

TAHAP KESEPADUAN NASIONAL
Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang social dan kebudayaan
yang berbeza. Penyatuan ini merupakan
penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.

Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil ,
makmur dan sejahtera. Walaubagaimanapun masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah
masyarakat di Negara kita ini.

Dua tunjang utama dalam mewujudkan kesepaduan nasional
sebagai teras kesepaduan nasional Ialah perlembagaan
persekutuan Rukun Negara .

Kesepaduan nasional amat penting Untuk mewujudkan masyarkat
yang Dinamik. Masyarakat yang dinamik Akan mewujudkan
kelompok petani Tradisional kepada petani komersial Industri.

Daripada segi kemajmukan bangsa,akan wujud pelbagai etnik dan
budaya modenti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan.
Mereka berkongsi norma hidup ,persamaan nilai dan kerencaman
social. Hal ini merentasi hubungan horizontal Antara etnik dan
agama sekaligus dapat membina Negara bangsa integrasi yang
maju.

KESEPADUAN SOSIAL

• Kepunyaan-pemecilan : merujuk kepada kewujudan
atau ketidakhadiran nilai-nilai

• Rangkuman-Pengecualian : merujuk kepada tahap
kesaksamaan dan peluang.

• Penyertaan- kepada Ketakterlibatan : berfokus
penyertaan dalam politik.

• Pengiktirafan-penolakan : merujuk kepada
kebimbangan akan perbezaan atau toleransi
masyarakat.

• Setara/setaraf-Tidak setara : merujuk kepada
penyelenggaraan legitimacy dalam politik dan institusi
sosial.

• Kesamaan-Ketidaksamaan : merujuk kepada
persamaan dan peluang yang sama.

KESEPADUAN SOSIAL-DEFISIT SOSIAL

❖ Merupakan teras penting dalam
menjamin semua bangsa dalam
keadaan aman dan harmoni.

❖ Merupakan asas utama kepada
keadaan yang stabil dan masyarakat
tanpa konflik.

❖ Diasaskan oleh kerajaan untuk
menguruskan masyarakat yang
plural berbilang kaum dan agama.

ETOS NASIONAL

Maksud etos dalam kamus dewan ialah sifat ciri sesuatu
bangsa,budaya,era dan lain-lain. Ia berasala daripada
perkataan Greek yang membawa makna perkataan atau
karakter. Menurut Mansor etal perkataan etos berasal
daripada perkataan
etika,sikap,keperibadian,watak,karakter serta keyakinan
atas sesuatu perkara.

Menurut pendapat Dr.Mahathir ETOS NASIONAL BANGSA
MALAYSIA ialah :

1)PERKONGSIAN SEJARAH

2)PERKONGSIAN NILAI

4)PERASAAN KEKITAAN BERSAMA

5)PERKONGSIAN MASA DEPAN

6)KESETIAAN

7)KOMITMEN

8)KETERIKATAN EMOSI NEGARA

Menurut Nazri Muslim, terdapat beberapa dimensi utama
yang dapat menjelaskan etos bangsa sesebuah
masyaraka. Etos bangsa terbina apabila masyarakat
berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi
Bersama merangkumi elemen Kerjasama,menghormati
setiap individu,toleransi,disipin diri dan demokrasi.

Di samping itu, etos bangsa juga akan terbina melalui
perkongsian perasaan dan semangat. Perasaan dan

semangat dalam konteks etos bangsa dapat dikategorikan
kepada perasaan kekitaan,semangat patriotism dan
nasionalisme, perasaan sebagai seorang warganegara
Malaysia.

Masyarakat multietnik Malaysia juga membawa suatu
identiti tersendiri. Identity bangsa Malaysia merujuk kepada
beberapa sub-dimensi iaitu bangsa Malaysia, Bahasa
Malaysia,symbol-simbol negara dan beli barang buatan
Malaysia. Sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai
kesedaran tentang etos bangsa tidak akan berupaya untuk
hidup sebagai satu unit kolektif apatah lagi untuk
membentuk sebuah negara bangsa yang ideal.

Etos nasional menjadi pusat kepada agenda pembinaan
negara-bangsa khususnya dalam konteks untuk mencapai
matlamat perpaduan negara dan integrasi nasional. Etos
nasional perlu mempunyai ciri-ciri unik masyarakat
setempat yang mengikat seseorang individu dengan
individu lain dan yang mengikat individu dengan negara.
Ciri-ciri unik etos nasional merangkumi empat dimensi
utama iaitu :

a) Nilai
b)Semangat & Perasaan
c) Kepercayaan
d)identiti

PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN
- terbinanya model integrasi kesepaduan nasional yang
dinamakan sebagai indeks Perpaduan Nasional 2018
(iPNas).
- Menyenaraikan 3 perkara utama sebagai asas dalam
menentukan indeks perpaduan iaitu
perpaduan,kesepaduan dan penyatupaduan.

ETNIK – sesuatu yang berkenaan bangsa manusia
i) Konstruk tahap keetnikan = 3 komponen iaitu,
keetnikan kemodenan dan kestabilan.
ii) Konstruk batas etnik = 4 komponen iaitu material
status,tuntutan social dan Tindakan gentian.
iii) Konstruk hubungan social rentas etnik = mempunyai
3 komponen iaitu hubungan etnik antara
individu,hubungan etnik dalam komuniti dan tahap
keaktifan penyertaan dalam institusi.

ALAT PENYATUPADUAN – TAWAR-MENAWAR, PERUNDINGAN, DAN
PENGANTARAAN
= formula dan usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat
untuk menyelesaikan defisit social berhawanakan tapak integrasi berprinsipkan
tawar-menawar,perundingan dan mediasi.

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

SINOPSIS

Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan
daripada beberapa peradaban besar dunia yang bergaul
dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban
Pribumi Alam Mealayu, kemudiannya diikuti peradaban
Asia , (India, Cina, Timur Tengah), dan sterusnya peradaban
Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘ Peradaban
globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang
kompleks. Pembinaan peradaban yang berindentitikan
Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui
usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh
pembinaan Negara ( State) bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti system
birokrasi negara, Pelan pembangunan Lima Tahun dan
sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui, institusi system politik
kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud
beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana
politik di Malaysia. Usaha membina peradaban
beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu
dikupas dan didebatkan.

PETA MINDA

SEJARAH
SOSIAL

NEGARA PERADABAN BANGSA
MAJMUK
BANGSA
NEGARA IDAMAN
BANGSA

PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU

1) Zaman Pra Sejarah 2) Zaman Proto Sejarah
-kewujudan kerajaan
• Zaman Paleolitik purba / kerajaan awal
• Zaman Mesolitik
• Zaman Neolitik • Langkasuka
• Zaman Logam / • Kedah Tua
Gangsa Besi • Gangga Negara
• Chih- tu
• Lo- Yueh
• Tan- tan

3) Zaman pensejarahan 4) Zaman sejarah moden
• Kewujudan kerajaan • Merdeka 1957
Kesultanan Melayu • Perpaduan –
Melaka
• Bermula penyatuan
pembentukan • Ke arah pembinaan
masyarakat
kepelbagaian – negara-bangsa
perdagangan Malaysia
• Kedatangan kuasa
penjajah
-portugis
-belanda
-british

PERADABAN GLOBALISASI

• “era dunia tanpa sempanan” telah memungkinkan

berlaku interaksi dan jaringan perabadan merentasi
benua dan sempadan negara menerusi;

 Pemodenan dalam pelbagai bidang
kehidupan

 Perkembangan teknologi maklumat dan
informasi – internet, komputer, smartphone

 Penggunan media social yang berleluasa –
Facebook, WhatsApp’s, Instargram, Twitter,
Telegram dll.

 Peradaban globalisasi membawa pengaruh
yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-
budaya termasuklah perkembangan bidang
ilmu dan pemikiran

 Perkembangan perabadan global ini turut
menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI

A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL

i. Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
ii. Dari miskin ke kelas menengah
iii.Dari perdesaan ke cosmopolitan

B. Transformasi sosial melahirkan KERENCAMAN SOSIAL
berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN KEPELBAGAIAN

i. Perkongsian nilai sejagat
ii. Persamaan pendapat awam
iii.Batas etnik nipis
iv. Tingkah laku horizontal bukan vertical; hubungan

social rentas etnik dan agama.

IMPAK KERENCAMAN SOSIAL NORMA SEJAGAT

• BUDAYA POLITIK BARU
Kebebasan bersuara, berpersatuan, Akses Maklumat,
Demokrasi, Penglibatan

• NILAI POLITIK
Amanah-integriti, keadilan, Akauntabiliti, Transparensi,
keterangkuman.

• ISU
Rasuah, salah guna kuasa, keterangkuman jentera dan
dasar awam, tadbir urus baik, federalisme.

KONSEP NEGARA BANGSA

• Asasnya, istilah negara-negara merupakan gabungan
dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa.

• Negara terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat ,
kemerdekaan , kedaukatan dan undang-undang.

• Semua elemen ini saling melengkapi serta
mengesahkan tentang system kuasa dan autoriti.

• Negara bangsa adalah hanya satu idea dimana
bangsa sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat
mereka sendiri

• Satu negara hanya mengandungi satu bangsa.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

• Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 ogos
1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan
bukannya sebuah bangsa.

• Apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963,
apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya
bangsa Malaysia

• Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi
kepentingan sendiri sahaja tanpa melibatkan
kepentingan pihak lain.

• Bagi aliran yang berfahaman liberal sosialis, negara-
bangsa adalah satu usaha untuk membentuk
kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna,
manakala bagi fahaman konservatif dan nasionalis
pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau satu
bentuk perpaduan organik.

1. Satu bangsa satu negara (one state one nation)
• Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras
membentuk bangsa dan melahirkan satu
negara.
• Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara
bangsa. Sebagai contoh, bangsa jepun
membentuk negara jepun, bangsa jerman
membentuk negara german.

2. Bangsa tanpa negara ( nation without state)
• Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan
mereka menuntut bangssa mereka untuk
bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
• Misalnya, bangsa melayu patani di selatan
Thailand, mereka mempunyai identity bangsa
tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang
thai.

3. Negara tanpa bangsa ( state without nation)
• Scenario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah
negara yang diperlakui kedaulatannya, tetapi
tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
• Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam
konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah
negara yang terdiri daripada pekbagai jenis
kumpulan etnik yang mengekalkan identity
masing-masing.
• Satu bangsa Malaysia masih belum terbina.

BENTUK NEGARA BANGSA

• Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal
yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa
mereka.

• Namun begitu, dengan penghijrahan, perkembangan
kapitalisme dan penjajahan,geo-politik negara telah
mengalami perubahan melalui perjanjian dan
penaklukan semenjak abad ke-16.

• Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk
negara bangsa dapat dikenal pasti, iaitu negara
bangsa tamu dan negara bangs settler (Wimmer dan
Feinstein 2010).

• Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United
kingdom, Perancis, China, India, Thailand, Indonesia,
Myammar, Sri lanka, Brunei, Filipina, Malaysia dan
sebagainya, wilayah diduduki oleh kumpulan etnik asal

• Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti
Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand,
Singapura dan sebagainya, komuniti migran
menduduki negara itu telah meminggirkan, meletak di
tanah-tanah rezab dan ada yang menghapuskan
anak-anak watan asalnya.

KONSEP NEGARA
 Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang

mendiami Kawasan tertentu dan adanya

kerajaan yang memerintah.
 Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang

merdeka dan berdaulat, mentadbir urus ke atas

satu wilayah yang diperakui oleh negara-negara

lain.
 Rakyat setiap negara diikat dengan tanah air,

perlembangaan dan kerakyatan.
 Elemen penting negara adalah penduduk atau

rakyat memandangkan rakyatlkah yang

mencorakkan negara.
 Rakyat juga akan membentuk bangsa bagi

sesebuah negara.

WILAYAH KERAJAAN
(sempadan)

PENDUDUK KEDAULATAN

(rakyat atau
populasi)

ELEMEN
NEGARA

KONSEP BANGSA

o Bangs merujuk pada sekumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan .(Mahayuddin 1998)

o Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang
diikat dalam satu unit kesedaran kolektif
bersepadu berteraskan kongsian etnik, budaya
dan sejarah.

o Seringkali katan bangsa dikaitkan dengan
pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya,
agama dan wilayah (Ozkrimili 2017).

o Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen
yang membentuk bangsa ialah perasaan
kebersamaan atau ‘belonging together’.

o Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa bangsa
adalah sekumpulan besar manusia yang
mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan
Bersama dalam sesebuah negara.

KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan adalah perihal warganegara,
kerakyatan sesebuah negara.
Kewarganegaraan bermaksud kerakyatan, rupa
bangsa, bangsa seseorang (Zainal Abidin 2003).
Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf
berdasarkan undang-undang negara berkenaan dan
membentuksebuah komuniti politik.
Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang
warganegara mendapat perlindungan, hak-hak
istimewa dan pelbagai lagi.

NARATIF NEGARA BANGSA MALAYSIA
 Sebuah negara etno berpasakkan ank watan dalam

masyarakat kepelbagaian diintegrasikan di plantar
pelembagaan dan tersulam sivik dalam
pembangunan dengan keadilan, keterangkuman dan
demokrasi dalam membina negara bangs Malaysia.

ETOS BANGSA: ETNIK, NASIONALISME DAN
BANGSA

 Perkatan etos ini telah digunakan sejak zaman Greek

lagi, iaitu berasal dari perkataan etika, sikap,
keperibadian, watak, karakter serta keyakinan atas
sesuatu perkara yang boleh dikatakan satu konsep
yang umum tanpa definisi yang formal.
 The Oxford English Dictionary (2000) – etos sebagai “…
the characteristic spirit, prevalent tone of
sentiment, of a people, or community…” (2000:137).
 Mansor et al., “…etos bermaksud pandangan hidup
yang khas suatu golongan sosial yang didasarkan
kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak
dalam masyarakat…” (2006: 291).
 Etzioni (2009: 336), - istilah etos bangsa merujuk kepada
nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa
depan (atau takdir) sesebuah bangsa.
 Oren (2009: 2), etos bangsa adalah “…a particular
configuration of central societal beliefs, attitudes and
values, that are enduring and shared by most members
of society and that focus on the society’s present and
future…”.

Etos Simbolisme Bangsa Malaysia

 Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan
etos bangsa dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya
adalah sulit dan hanya dapat dipantau bentuk dan
intensitinya di negara itu.

 Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam
jangka pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa,
pakaian,makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu
nisan, kerabat diraja, pahlawan, buku sekolah dan
keselamatan negara, dan sebagainya sebagai asas
bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept 2017).

GEOPOLITIK NEGARA DAN PERUBAHAN POLITIK

 Pelbagai perpekstif tentang negara bangsa
 i. Sebelum merdeka kita bicara tentang negara

bangsa
 Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah

Islamiah (PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina
kerakyatan British dan juga Malaya; India balik India
dan juga Malaya
 ii. Lepas merdeka kita banyak bicara isu-isu tentang
pembangunan negara, Etnik Cina Pendidikan Cina,
kerakyatan, ekonomi
 iii. Pasca DEB
 Perbahasan dari PAP, DAP dan MCA kesamarataan
dan pasaran

 DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam. BN &

UMNO Pertumbuhan ekonomi diagihkan.
 iv. 1990- Tun M dan GERAKAN Bangsa Malaysia,

DSNajib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS Daulah

Malaysia
 PH 2018 Malaysian Malaysia. Kesamarataan,

kebebasan, hak asasi, multikultarialisme

KESIMPULAN

• Peradaban majmuk – gabungan atau campuran
pelbagai bentuk peradaban yang menyerap masuk ke
dalam peradaban Melayu

• Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan
kedaulatan

• Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan
ketatanegaran, komuniti politik

• Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran
kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya.

• Negara bangsa idaman - Malay-led plural society
• Etos nasional - ciri-ciri unik masyarakat setempat yang

mengikat individu

• Pra Penjajah - Peradaban majmuk

• Penjajahan - Masyarakat Majmuk

• Pasca Kolonial

i. Masyarakat majmuk

ii. Tahun 2000 ke atas Masyakat
Kepelbagaian: Kerencaman sosial,

Batas etnik nipis, hubungan horizontal
buka berdasar dimensi etnik & agama

• Peradaban Acuan Malaysia

i. Pribumi Melayu + peradaban Asia,
timur Tenah & Barat

ii. Melayu, Sabah, Sarawak dan Islam

iii. Etnik-etnik lain

iv. Peradaban kacukan global

• Etnik bangsa yang dipengaruhi oleh berbeza
pengaruh tamadun dan tertanam dengan
kewarganegaraan etika melalui demokratik,
pemerintahan yang baik, social keadilan dan
pembangunan inklusif yang diamalkan

GALERI ALBUM





PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah
kurniaNya kami berjaya menyiapkan e-majalah ini pada
masa yang ditetapkan. kami telah mendapat banyak
manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari sepanjang
proses menyiapkan e-majalah bagi subjek MPU21032 ETIKA
DAN PERADABAN ini.

Harapan kami ialah supaya para pembaca e-majalah ini
akan tetap menjaga perpaduan dan sensitiviti bangsa dan
kaum di Malaysia ini , seperti yang sedia maklum Malaysia
merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
agama. Kami berharap dengan adanya e-majalah ini
pembaca dapat memahami dan mempelajari informasi
baharu berkaitan perpaduan di negara ini.

Kami juga ingin mencadangkan agar para pembaca
memahami dan mendalami isi-isi yang sarat dengan ilmu
yang telah kami sediakan dalam e-majalah ini. Hal ini
kerana, mendalami dan mempelajari ilmu berkaitan
negara dan nasional dapat menimbulkan perasaan
patriotism dalam diri masing-masing.

Sumber rujukan
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

2. https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia/

3. https://sites.google.com/view/mpu-21032-
etikaperadabanptss/topik-4-topik-6

4. https://www.youtube.com/watch?v=PbV3B2eV47s&ab
_channel=NajihahAbdulMutalib

5. https://www.youtube.com/watch?v=-
YqPFSKihLk&ab_channel=AizenNasa%27sPort

6. https://naiqhayat.blogspot.com/

DISEDIAKAN OLEH

AHLI PERTAMA

NAMA : NURIN FARZANA BINTI BUDIMAN

NO MATRIK : 18DDT19F2023

KELAS : DDT3B

PROGRAM : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

AHLI KEDUA

NAMA : NUR HANI FARHANA BINTI MAT TAHIR

NO MATRIK : 18DDT19F2020

KELAS : DDT3B

PROGRAM : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Click to View FlipBook Version
Previous Book
000000_EB_SIAPA_AKU_80
Next Book
4.14.21 Rental Catalog 2.0