TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN MEDINI “TERAJU UNGGUL” MODUL 2 BAHASA MELAYU NAMA : ............................................................ TAHUN : ............................................................
SET 6 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 4 BAHASA MELAYU 1 jam 15 minit Nama Murid: Kelas: ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada raung jawapan yang telah disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertsa ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: BAHAGIAN Nombor Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 (a, b, c, d) 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
TERHAD 2 011 011 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Kita perlu minum banyak air ketika cuaca ____________ untuk menjaga kesihatan. A cerah B panas C redup D terang Damia membaca notis keselamatan ____________ papan kenyataan kelas. A ke B pada C dari D di Soalan 3 Pilih ayat yang betul. A Kakak melukiskan gambar helang untuk adiknya. B Aminah menghadiahkan ibu sebentuk cincin emas. C Bakri menziarahi neneknya yang sakit di kampung. D Aishah mengirimi sepucuk surat kepada ayahnya. 1 2 3
TERHAD 3 011 011 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Keselamatan murid-murid sangat penting. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak mereka ketika berada di luar pagar sekolah. Tindakan pihak sekolah untuk memudahkan ibu bapa adalah dengan menyediakan pengawal keselamatan. Pergerakkan murid lebih terkawal semasa menunggu ibu bapa menjemput mereka pulang. Sekiranya pihak guru dan ibu bapa sentiasa bekerjasama, keselamatan murid lebih terjamin. Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan pengawal keselamatan? A Pihak sekolah B Murid-murid C Anak-anak D Ibu bapa Pilih penyataan yang benar tentang petikan. A Pengawal keselamatan memudahkan ibu bapa. B Pengawal keselamatan perlu bekerjasama dengan ibu bapa. C Ibu bapa menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga murid-murid. D Ibu bapa bertanggungjawab ketika anak-anak berada di luar pagar sekolah. Berikut tentang penjagaan keselamatan murid-murid kecuali A pihak sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama. B pengawal keselamatan membantu pihak sekolah. C pengawal keselamatan hanya membantu ibu bapa. D pihak sekolah perlu membantu menjaga keselamatan murid. 4 5 6
TERHAD 4 011 011 TERHAD Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Masyarakat Jawa di Malaysia terkenal dengan nasi ambang. Hidangan nasi putih ini biasanya disertakan dengan lauk pauk seperti sambal jawa, ikan masin, serunding dan ayam kicap.
TERHAD 5 011 011 TERHAD Nasi ambang ini kelihatan menarik kerana dihidangkan di dalam dulang yang besar. Kebiasaannya nasi ambang dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa menggunakan tangan. Nasi ambang ini kelihatan menarik kerana A dihidangkan di dalam dulang yang besar. B disertakan dengan ikan masin sahaja. C dimakan di balai raya kampung. D hanya dimakan di negeri Johor. Penyertaan terbuka kepada penduduk Kampung Saujana. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan bergaris di atas ialah A buah. B baris. C batang. D bidang. Perkataan menarik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan A hebat. B pelik. C hairan. D istimewa. Pilih penyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Pertandingan membuat nasi ambang akan diadakan pada 8 Julai 2022. B Masyarakat Kampung Saujana terkenal dengan nasi ambang. C Nasi ambang perlu dimasak beramai-ramai. D Penyertaan adalah secara percuma. 7 8 9 10
TERHAD 6 011 011 TERHAD Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada minggu lepas, Sarah menziarahi neneknya yang sakit. Sarah sangat sedih melihat keadaan neneknya yang tidak bermaya. Sarah menawarkan diri untuk membelikan neneknya ubat. Sarah membeli ubat tersebut di farmasi yang berdekatan. Sarah bersyukur kerana dapat membantu neneknya. Nenek juga memuji sikap Sarah yang baik hati. (a) Keadaan neneknya yang tidak bermaya menyebabkan Sarah berasa ____________ . [1 markah] (b) Apakah yang dilakukan oleh Sarah apabila mengetahui neneknya sakit? [2 markah] (c) Gariskan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Sarah membeli ubat tersebut di farmasi yang berdekatan. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Pada minggu lepas, Sarah menziarahi neneknya yang sakit. Neneknya yang sakit dilawati oleh Sarah pada minggu lepas. Neneknya diziarahi oleh Sarah yang sakit pada minggu lepas. [1 markah] 1
TERHAD 7 011 011 TERHAD Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ravi makan di kantin sekolah pada waktu rehat. Dia ternampak seekor kucing terjatuh ke dalam longkang. Apakah yang akan Ravi lakukan ? [5 markah] 2
TERHAD 8 011 011 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang murid yang cemerlang. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjadi murid yang cemerlang. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
TERHAD 9 011 011 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI DI PASAR RAYA
TERHAD 10 011 011 TERHAD
TERHAD 11 011 011 TERHAD [20 markah]
SET 7 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 4 BAHASA MELAYU 1 jam 15 minit Nama Murid: Kelas: ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada raung jawapan yang telah disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertsa ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: BAHAGIAN Nombor Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 (a, b, c, d) 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
TERHAD 2 011 011 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Suasana di stadium ____________ dengan sorakan penyokong apabila gol dijaringkan. A riuh B kecoh C heboh D cemas Akif dan Amsyar masih berada ____________ pusat sumber untuk membaca buku cerita. A di B ke C pada D dari Soalan 3 Pilih ayat yang betul. A Peserta rumah merah berasa kecewa kerana mendapat tempat tiga sahaja. B Semua murid-murid berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. C Beberapa orang pekerja menggantungkan Jalur Gemilang di luar kedai. D Para-para penonton bertepuk tangan selepas persembahan itu tamat. 1 2 3
TERHAD 3 011 011 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Songkok merupakan topi tradisional bagi kaum Melayu yang dihasilkan daripada kain kapas dan baldu. Songkok juga dipakai oleh kaum Cina, India dan masyarakat Asli. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju Melayu semasa menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan dan sambutan hari raya. Kebanyakan songkok berwarna hitam membuatkan si pemakai kelihatan segak dan bergaya. Reka bentuk asal songkok telah diubah suai mengikut peredaran masa dengan meletakkan corak songket atau batik di bahagian tepi songkok. Terdapat juga songkok yang dikenakan kerongsang sebagai perhiasan. Songkok merupakan topi tradisional bagi kaum apa? A Cina B Asli C India D Melayu Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Songkok mesti dipakai semasa menghadiri majlis tertentu. B Songkok menjadi pakaian rasmi majlis perkahwinan. C Songkok merupakan pelengkap baju Melayu. D Songkok dipakai oleh kaum Melayu sahaja. Berikut ialah hiasan yang terdapat pada songkok berdasarkan petikan kecuali A kerongsang. B songket. C batik. D baldu. 4 5 6
TERHAD 4 011 011 TERHAD Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Pada minggu lepas, Amirul telah pergi ke dusun buah-buahan datuknya. Amirul sangat teruja melihat pelbagai jenis buah yang terdapat di dusun datuknya seperti buah manggis dan rambutan. Semua pokok itu berbuah lebat. Amirul membantu datuknya memetik buah-buahan tersebut untuk dijual di pasar tani. Amirul berasa gembira apabila melihat ramai pengunjung yang hadir ke
TERHAD 5 011 011 TERHAD pasar tani dan membeli buah-buahan yang dijualnya itu. Tujuan utama Ekspo Pertanian dan Penternakan 2022 diadakan adalah untuk A menjual produk pertanian sahaja. B mempromosi gerai buah-buahan. C memberi hadiah kepada pengunjung yang hadir. D mempromosi dan menjual hasil pertanian dan penternakan. Semua pokok itu berbuah lebat. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A batang. B kaki. C buah. D pucuk. Perkataan pengunjung dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A pelayan. B peserta. C pemain. D pelawat. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Pengunjung hanya melihat pameran buah-buahan. B Jualan makanan dan minuman adalah berasaskan buah-buahan. C Datuk Amirul mempunyai dusun buah-buahan dan ladang ternakan. D Amirul membiarkan datuknya memetik buah-buahan untuk dijual di pasar tani. 7 8 9 10
TERHAD 6 011 011 TERHAD Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada cuti sekolah yang lalu, Encik Amirul membawa anak-anaknya ke dusun. Di dusun itu terdapat pelbagai jenis buah seperti buah durian, cempedak dan rambutan. Nurul dan Lutfi teruja melihat buah-buahan yang masak ranum di situ. Berkat kesungguhan Encik Amirul bermandi peluh akhirnya membuahkan hasil. Beliau berjaya mengusahakan kebun yang sekangkang kera itu. Beliau tersenyum puas sambil menikmati kelazatan buah-buahan di situ bersama keluarganya. (a) Nurul dan Lutfi dibawa oleh ayahnya untuk merasai pengalaman di ____________ . [1 markah] (b) Apakah hasil yang diperoleh Encik Amirul setelah bermandi peluh? [2 markah] (c) Gariskan satu kata nama khas dalam ayat yang diberikan. Nurul dan Lutfi sangat teruja melihat buah-buahan yang masak ranum. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Encik Amirul membawa anak-anaknya ke dusun buah-buahan. Anak-anaknya dibawa oleh Encik Amirul ke dusun buahbuahan. Encik Amirul dan anak-anaknya dibawa ke dusun buahbuahan. [1 markah] 1
TERHAD 7 011 011 TERHAD Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarakan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Adam dan keluarganya pergi berkelah. Kawasan perkelahan itu sangat bersih. Apakah tindakan kamu untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih? [5 markah] 2
TERHAD 8 011 011 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan penjagaan kesihatan. Tuliskan pendapat kamu tentang langkah-langkah menjaga kesihatan diri. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
TERHAD 9 011 011 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI BERSAMA-SAMA KELUARGA
TERHAD 10 011 011 TERHAD
TERHAD 11 011 011 TERHAD [20 markah]
SET 8 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 4 BAHASA MELAYU 1 jam 15 minit Nama Murid: Kelas: ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada raung jawapan yang telah disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertsa ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: BAHAGIAN Nombor Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 (a, b, c, d) 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
TERHAD 2 011 011 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Keluarga Pak Busu telah mendiami rumah itu ____________ beberapa tahun yang lalu. A antara B dalam C untuk D sejak Hanan sangat ____________ kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita. A kagum B keliru C celaru D gembira Soalan 3 Pilih ayat yang betul. A Pak Samad sedang mengorek baja di ladang getah. B Faiz membajak benih sayur-sayuran di tapak semaian. C Hisham sedang menyembur racun serangga di kebun. D Pak Man menjerat ikan peliharannya di belakang rumah. 1 2 3
TERHAD 3 011 011 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amin seorang murid yang sangat rajin. Setiap kali cuti sekolah, dia akan membantu Pak Mat menjual ikan di pasar. Pak Mat yang pemurah akan memberi upah kepadanya. Dia akan menyimpan wang tersebut. Wang itu hanya digunakan untuk membeli keperluan sekolah. Dengan cara ini, dia dapat mengurangkan beban ayah dan ibunya. Amin juga tidak boros berbelanja. Dia sentiasa mengingati pesanan guru kelas tentang pentingnya berjimat cermat. Siapakah yang memberi upah kepada Amin? A Ibu B Ayah C Guru D Pak Mat Pilih penyataan yang benar tentang petikan. A Ibu mengurangkan beban Amin. B Ayah menjual ikan di pasar. C Amin membeli keperluan sekolah. D Guru berjimat cermat. Berikut merupakan sikap baik Amin kecuali A seorang yang pemurah. B membantu Pak Mat. C tidak boros berbelanja. D ingat pesanan guru. 4 5 6
TERHAD 4 011 011 TERHAD Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Rozita sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba, Rozita terhidu sesuatu yang enak lalu dia segera ke dapur. Dia melihat ibunya sedang leka membuat kuih tepung pelita untuk minum petang. Rozita segera membantu ibunya membuat kuih dan membancuh air teh. Inilah kali pertama dia belajar membuat kuih tradisional.
TERHAD 5 011 011 TERHAD Antara aktiviti yang disediakan dalam kelas masakan ialah A pertandingan uji rasa. B cabutan kotak misteri. C memasak kuih segera. D kelas menghias makanan. Rozita sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A ikat. B gulung. C naskhah. D bungkus. Perkataan segera dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A ligat. B cepat. C lincah. D tangkas. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Ibu sedang leka membuat kuih bulan. B Kelas masakan diadakan selama dua hari. C Peserta memasak nasi ayam di ruang tamu. D Rozita menyertai kelas masakan di balai raya. 7 8 9 10
TERHAD 6 011 011 TERHAD Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada waktu rehat, Anis terlihat rakannya Zahra telah menangis. Anis bertanya kepada Zahra sebab dia menangis. Zahra memberitahu Anis yang duit belanja sekolahnya RM 3.00 hilang semasa kelas Pendidikan Jasmani. Anis yang juga merupakan Ketua Kelas 4 Amanah telah membawa Zahra berjumpa dengan Cikgu Azim. Cikgu Azim telah menghulurkan duit RM 5.00 kepada Zahra untuk berbelanja di kantin. "Terima kasih cikgu," kata Zahra. (a) Zahra kehilangan duit sebanyak ____________. [1 markah] (b) Apakah bantuan yang telah diberikan oleh Cikgu Azim kepada Zahra? [2 markah] (c) Gariskan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Anis yang merupakan Ketua Kelas 4 Amanah telah membawa Zahra berjumpa Cikgu Azim. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. "Terima kasih cikgu," kata Zahra. Cikgu mengucapkan terima kasih kepada Zahra. Zahra mengucapkan terima kasih kepada cikgu. [1 markah] 1
TERHAD 7 011 011 TERHAD Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Banyak Jalur Gemilang dikibarkan di sekolah kamu sempena Bulan Kemerdekaan. Sehelai Jalur Gemilang terjatuh ke tanah kerana ditiup angin. Apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] 2
TERHAD 8 011 011 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan kelakuan seseorang anak yang baik. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara anak membantu ibu bapa di rumah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
TERHAD 9 011 011 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. SAMBUTAN HARI LAHIR
TERHAD 10 011 011 TERHAD
TERHAD 11 011 011 TERHAD [20 markah]
SET 9 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 4 BAHASA MELAYU 1 jam 15 minit Nama Murid: Kelas: ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada raung jawapan yang telah disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertsa ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: BAHAGIAN Nombor Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 (a, b, c, d) 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
TERHAD 2 011 011 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Sayur-sayuran di ladang itu hidup subur kerana disiram ____________ Pak Samad setiap hari. A dengan B akan C pada D oleh Makanan yang ____________ itu dipuji oleh tetamu. A sedap B kelat C tawar D pahit Soalan 3 Pilih ayat yang betul. A Tabung yang diperbuat daripada tanah liat itu sungguh cantik. B Pakaian rekaan Cik Aida boleh dibeli secara di dalam talian. C Perusahaan kuih milik Puan Zainon tular ke media sosial. D Buluh untuk membuat wau perlu dijemur atau kering. 1 2 3
TERHAD 3 011 011 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Salman menyambut hari lahirnya yang kesepuluh tahun di dalam kelas. Ibunya telah menyediakan beraneka makanan dan minuman. Cikgu Suraya menghias kelas dengan belon yang berwarna-warni. Mereka bersama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi ketika Salman memotong kek. Anita memberikannya pensel warna manakala Wan Chai menghadiahkan tabung. Dia juga mendapat banyak hadiah lain seperti botol air, coklat, kek cawan dan alat tulis. Siapakah yang menyambut hari lahir yang kesepuluh tahun? A Cikgu Suraya B Wan Chai C Salman D Anita Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Ibu menghias kelas dengan botol berwarna-warni. B Sambutan hari lahir telah diadakan di dalam kelas. C Cikgu Suraya menyediakan makanan dan minuman. D Lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan selepas memotong kek. Berikut ialah hadiah yang diberikan semasa sambutan hari lahir kecuali A belon warna-warni dan kek cawan. B botol air dan tabung. C coklat dan kek cawan. D pensel warna dan alat tulis. 4 5 6
TERHAD 4 011 011 TERHAD Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Cikgu Shida telah membawa murid-muridnya melawat ke Perpustakaan Negara. Lawatan ini bertujuan memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid. Terdapat pelbagai informasi yang berguna di dalam perpustakaan tersebut. Murid-murid Cikgu Shida diminta ke bahagian kanak-kanak. Di situ ada pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, buku dan majalah. Di sudut lain pula, ada beberapa buah komputer riba untuk memudahkan pengunjung melayari Internet.
TERHAD 5 011 011 TERHAD Tujuan program NILAM diadakan di sekolah adalah untuk A menambahkan bilangan buku. B membeli bahan bacaan yang baharu. C meningkatkan jumlah murid ke sekolah. D menyemai tabiat membaca dalam kalangan murid. Pelbagai bahan bacaan yang disediakan di situ seperti akhbar, buku dan majalah. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah A biji. B buah. C butir. D bentuk. Perkataan tabiat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A sikap. B fikiran. C tindakan. D pandangan. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Pelancaran program NILAM diadakan di pusat sumber. B Murid-murid Cikgu Shida pergi ke Perpustakaan Negara. C Hanya murid-murid Tahap 2 yang layak menyertai program NILAM. D Semua murid sekolah mengikut Cikgu Shida ke Perpustakaan Negara. 7 8 9 10
TERHAD 6 011 011 TERHAD Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. “Aduh, sakitnya gigi saya, mak!” Syamil mengerang kesakitan. Sakit gigi yang dialaminya sejak semalam semakin serius. "Itulah, mak dah pesan, elakkan makanan manis. Gosok gigi dengan ubat gigi berflorida. Tapi kamu degil,” marah Puan Salina. “Mak, tolonglah bawa saya berjumpa doktor gigi,” rayu Syamil. Puan Salina pun membawa Syamil ke klinik gigi. Doktor gigi menasihati Syamil agar menjaga kesihatan gigi dan menjalani pemeriksaan gigi secara berkala. (a) Puan Salina memarahi Syamil kerana bersikap ____________. [1 markah] (b) Mengapakah Syamil sakit gigi? [2 markah] (c) Gariskan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Puan Salina membawa Syamil ke klinik gigi. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Doktor menasihati Syamil agar menjaga kesihatan gigi dan menjalani pemeriksaan gigi secara berkala. Syamil dinasihati oleh doktor agar menjaga kesihatan gigi dan menjalani pemeriksaan gigi secara berkala. Syamil menjaga kesihatan gigi doktor dan menjalani pemeriksaan gigi secara berkala setelah dinasihati. [1 markah] 1
TERHAD 7 011 011 TERHAD Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pada waktu rehat, kamu dan rakan-rakan sedang makan di kantin. Kamu melihat seorang murid meninggalkan sisa makanan di atas meja. Sebagai seorang murid, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] 2
TERHAD 8 011 011 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang makanan kegemaran masyarakat di Malaysia. Tuliskan pendapat kamu tentang makanan kegemaran masyarakat di Malaysia. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
TERHAD 9 011 011 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. GOTONG-ROYONG
TERHAD 10 011 011 TERHAD
TERHAD 11 011 011 TERHAD [20 markah]