The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil 2 2023 - Latest

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR YUSRINA BINTI MOHD ROODZI KPM-Guru, 2023-11-18 19:39:58

Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil 2 2023

Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil 2 2023 - Latest

1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 2 SESI 2023/2024 Tarikh : 23 JULAI 2023 / AHAD Masa : 1.35 tengah hari Tempat : Makmal ICT Hadir: 1. Pn. Rozidah binti Mohd Sarip (Guru Besar) 2. En. Mohd Alif Amin bin Samad 3. Pn. Nur Yusrina binti Mohd Roodzi 4. Pn. Nur Azliyana binti Azih Tidak Hadir: 1. En. Azman bin Salleh (Rasmi)


2 I. Alu-aluan Pengerusi 1. Puan Rozidah binti Mohd Sarip (Guru Besar) mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Sejarah Bil. 2 bagi sesi persekolahan 2023/2024. 2. Guru Besar mengingatkan Panitia Sejarah supaya melaksanakan tiga program utama yang dapat meningkatkan kemenjadian murid. Senarai nama pemenang untuk mana-mana pertandingan perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk pengisian markah PAJSK. Makluman : Semua Guru 3. Elemen PAK21 hendaklah diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP). Makluman : Semua Guru 4. Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru Sejarah boleh membuat rakaman pengajaran Sejarah di Pusat Kegiatan Guru(PKG) Sungai Ular. Terdapat sebuah studio rakaman yang sedang dinaiktaraf untuk kegunaan semua guru. Makluman : Semua Guru 5. Guru-guru perlu membuat analisis pencapaian murid selepas pelaporan PBD Fasa 1 dan menyediakan intervensi bagi murid yang terlibat. Makluman : Semua Guru 6. Guru-guru diingatkan untuk sentiasa menyemak kerja murid setiap kali tugasan mahupun latihan yang diberikan. Makluman : Semua Guru


3 II. PENEGSAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 7. Puan Nur Yusrina selaku setiausaha Panitia Sejarah membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil. 1 sesi 2022/2023 dan memohon semua guru untuk membuat semakan dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat berkenaan diterima dan disahkan serta disokong. Minit mesyuarat diterima sebulat suara tanpa bantahan. III. PERKARA BERBANGKIT 8. En Alif Amin bin Samad mencadangkan tempat lawatan Sejarah Tahun 4 ditukar lokasinya ke Pulau Pinang. Tindakan: Encik Alif Amin bin Samad VI. PENGURUSAN PANITIA 9. Pentaksiaran Sumatif 1 9.1 Senarai penggubal soalan Pentaksiran Sumatif 1 sesi 2023/2024 Tahun Nama penggubal soalan 4 ALIF AMIN BIN SAMAD 5 NUR YUSRINA BINTI MOHD ROODZI 6 NUR AZLIYANA BINTI AZIH Makluman : Semua Guru 10.Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) 10.1 Pelaporan Pentaksiran Bilik darjah (PBD) Fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Ogos. Makluman : Semua Guru


4 11.Program Pembangunan Profesionalisme Sejarah 11.1 Puan Nur Yusrina mencadangkan program Pengenalan Canva untuk semua guru Sejarah. Tindakan : Puan Nur Yusrina 12. Program Peningkatan Murid 12.1 Program Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 peringkat SK Sungai Ular dicadangkan seperti berikut: Program Tarikh Pelaksanaan Penyelaras Pertandingan melukis poster ”Kami Anak Malaysia” 2 Ogos 2023 Puan Kasturi Bahai a/p Letchumanan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan -Kibaran Jalur Gemilang 6 Ogos 2023 Encik Azman bin Salleh Pertandingan nyanyian Lagu Patriotik tahap 1 Ogos – September 2023 Puan Wan Noryatini binti Mahmood Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Tahap 2 Ogos – September 2023 Puan Zawati binti Hasan Pameran Makanan Tradisional September 2023 Puan Muazzah binti Mustaffa Bakri Kuiz Kemerdekaan Ogos-September 2023 Puan Nhung Nhut a/p Chuang Folio Merdeka Ogos-September 2023 Puan Nor Zahiran binti Mohd Zuki Busana Merdeka Ogos-September 2023 Pn Salmah bimti Sapar 3 Minit Info Merdeka Tik Tok Ogos-September 2023 Puan Rozilawati binti Rawi Kembara Merdeka 13 September 2023 Encik Mohd Afif bin Ahmad Fadzil Penutupan Bulan Kebangsaan 17 September 2023 Puan Idza Zalina binti Ismail Tindakan : Encik Azman bin Salleh


5 12.2 Lawatan Jejak Sejarah akan dijalankan seperti berikut: Tahun Jumlah Peserta Tempat Penyelaras Tahun 4 80 orang Pulau Pinang Encik Alif Amin Tahun 5 80 orang Kuala Kangsar/Pasir Salak Puan Nur Azliyana Tahun 6 80 orang Kuala Terengganu Encik Azman Tindakan : Encik Azman bin Salleh 12.3 Cadangan aktiviti Minggu Sejarah adalah seperti berikut Program Tarikh Pelaksanaan Penyelaras Cakna Jalur Gemilang -Kibar bendera Malaysia dengan betul - edaran brosur 17 September 2023 Puan Nur Azliyana binti Azih Pembugaran Rukun Negara -Pemurnian lafaz ikrar Rukun Negara - edaran brosur 19 Sepetember 2023 Encik Alif Amin bin Samad Kenali Malaysia - Kenali bendera negeri-negeri di Malaysia - Kenali peta Malaysia - Edaran buku bendera negeri dan wilayah 17-21 September 2023 Puan Nur Yusrina binti Mohd Roodzi Kuiz Sejarah 17-21 September 2023 Encik Azman bin Salleh 12.4 Guru Besar meminta setiap aktiviti mesti ada impak, mesti difahami murid dan perlu adanya tugasan kepada murid-murid untuk menilai impak tersebut. Makluman : Semua Guru


6 12.5 Guru Besar meminta kertas kerja dan borang lawatan disediakan awal. Makluman : Semua Penyelaras 13.Perbelanjaan PCG Panitia 13.1 Ketua Panitia memaklumkan jumlah PCG Panitia Sejarah sehingga 23 Julai 2023 berjumlah RM3095.22. Sebarang cadangan program yang memerlukan penggunaan wang boleh dimaklumkan kepada Ketua Panitia. Makluman : Semua Guru VI. Hal-Hal Lain. 14.Semua ahli panitia Sejarah terlibat dengan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sungai Ular 2023. Makluman : Semua Guru 15.Puan Nur Azliyana menguruskan gimik pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sungai Ular 2023. Tindakan : Puan Nur Azliyana VII. Ucapan Penangguhan 16. Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli panitia yang meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat panitia Sejarah kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Disediakan oleh, (NUR YUSRINA BINTI MOHD ROODZI) Setiausaha Panitia Sejarah Disemak oleh, (AZMAN BIN SALLEH) Ketua Panitia Sejarah


7 SK Sungai Ular SK Sungai Ular


Click to View FlipBook Version