1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 1 SESI 2023/2024 Tarikh : 4 APRIL 2023 / SELASA Masa : 1.35 tengah hari Tempat : Makmal ICT Hadir: 1. Pn. Rozidah binti Mohd Sarip (Guru Besar) 2. En. Azman bin Salleh 3. Pn. Nur Yusrina binti Mohd Roodzi 4. Pn. Nur Azliyana binti Azih Tidak Hadir: 1. En. Azamy bin Latif (Bertukar Sekolah ke SK Sri Kulim) 2. En. Mohd Alif Amin bin Samad (Cuti Sakit)
2 I. Alu-aluan Pengerusi 1. En Azman bin Salleh (Ketua Panitia) mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Panitia Sejarah Bil. 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024. 2. Puan Rozidah binti Mohd Sarip (Guru Besar) mengingatkan supaya surat panggilan diminitkan seminggu sebelum mesyuarat diadakan dan minit mesyuarat serta maklum balas disediakan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat dijalankan. Tindakan : Nur Yusrina binti Mohd Roodzi 3. Guru Besar memaklumkan tentang isu beg berat. Guru besar mengucapkan tahniah kepada Panitia Sejarah kerana solusi yang diambil oleh panitia Sejarah terhadap isu ini iaitu dengan menggunakan sebuah buku tulis panjang serta buku Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) sebagai pelarasan evidens PBD. Guru Besar turut mengingatkan bahawa bukan semua murid mesti mendapat TP6 ketika menjawab instrument yang disediakan di dalam buku tersebut. Makluman : Semua Guru 4. Guru Besar memaklumkan bahawa format penulisan RPH tidak ditetapkan tetapi elemen yang wajib ada dalam RPH ialah objektif, aktiviti dan refleksi. Guru Besar mengingatkan agar guru-guru menulis refleksi dengan tulisan tangan. Hal ini bermaksdu refleksi ditulis selepas PdPc dilaksanakan dan RPH disediakan sebelum PdPc berlaku. Makluman : Semua Guru 5. Guru Besar mengingatkan Panitia Sejarah supaya melaksanakan tiga program utama yang dapat meningkatkan kemenjadian murid. Senarai nama pemenang untuk mana-mana pertandingan perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk pengisian markah PAJSK. Kekuatan kami, pencapaian kami merupakan salah satu aspek yang penting dalam SK@S. Kekuatan kami dinilai dari aspek apa yang ada di sekolah termasuk kemudahan yang ada
3 termasuklah tenaga pengajar. Pencapaian kami pula ialah pencapaian sekolah dari setiap bidang yang ada (akademik, ko-akademik) yang menjuruskan kepada kemenjadian murid dan pencapaian guru. Makluman : Semua Guru 6. Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) hendaklah dihabiskan dalam tempoh 36 minggu. Makluman : Semua Guru 7. Elemen PAK21 hendaklah diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP). Makluman : Semua Guru 8. Pembudayaan PLC dalam panitia Sejarah akan dilaksanakan pada tahun ini. Antara aktiviti PLC yang akan dilaksanakan ialah Teacher Sharing Session(TSS), Lessons Study dan Learning Walk. Setiap aktiviti PLC perlu dihabiskan mengikut kitarannya. Makluman : Semua Guru 9. Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru Sejarah boleh membuat rakaman pengajaran Sejarah di Pusat Kegiatan Guru(PKG) Sungai Ular. Terdapat sebuah studio rakaman yang sedang dinaiktaraf untuk kegunaan semua guru. Makluman : Semua Guru 10.Guru-guru perlu membuat analisis pencapaian murid selepas pelaporan PBD Fasa 1 dan menyediakan intervensi bagi murid yang terlibat. Makluman : Semua Guru 11.Guru-guru diingatkan untuk sentiasa menyemak kerja murid setiap kali tugasan mahupun latihan yang diberikan. Makluman : Semua Guru
4 II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 12.Puan Nur Yusrina selaku setiausaha Panitia Sejarah membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Kali Ke-3 sesi 2022/2023 dan memohon semua guru untuk membuat semakan dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat berkenaan diterima dan disahkan serta disokong. Minit mesyuarat diterima sebulat suara tanpa bantahan. III. Perkara Berbangkit 13.En Azman bin Salleh mencadangkan Program Pembugaran Google Classroom dilaksanakan pada bukan Jun 2023/2024. Tindakan: Encik Azman bin Salleh VI. Pengurusan Panitia. 14.Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Dokumen Standard Kurikulum &Pentaksiran (DSKP) 14.1 En Azman bin Salleh mengingatkan guru-guru supaya menyediakan RPT mengikut tempoh sesi pembelajaran. Makluman : Semua Guru 14.2 Guru-guru harus memastikan tiga elemen wajib ini ada dalam RPH iaitu objektif, aktiviti dan refleksi. Hal ini selaras dengan kehendak YB Fadlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Makluman : Semua Guru 14.3 RPH hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis kepada para pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Makluman : Semua Guru
5 14.4 Guru-guru juga perlu memasukkan DSKP, RPT dan Rekod Perkembangan Murid (RPM) ke dalam fail RPH masing-masing setiap kali dihantar untuk semakan pentadbir. Makluman : Semua Guru 15.Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) & Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) 15.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa analisis PBD Akhir Tahun bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut. Ketua panitia berharap agar semua murid mendapat TP4 dan ke atas. SUBJEK : SEJARAH TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % MTM % BMTM TAHUN 4 2 33 76 59 0 0 100 0 TAHUN 5 24 60 60 22 4 0 97.65 2.35 TAHUN 6 5 61 75 7 0 0 100 100 Analisa PBD Pertengahan Tahun 2022 bagi mata pelajaran Sejarah
6 PBD Sejarah Tahun 4 PBD Sejarah Tahun 5 PBD Sejarah Tahun 6 Makluman : Semua Guru KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 0 4 15 10 0 0 0 TP 2 14 21 0 0 0 0 TF 0 10 25 5 0 0 0 TM 0 3 9 28 0 0 0 TA 0 2 6 16 0 0 0 KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 5 19 4 0 0 0 0 TP 12 20 6 0 0 0 0 TF 3 7 27 3 0 0 0 TM 4 14 15 5 0 0 0 TA 0 0 8 14 4 0 15.38 KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 5 21 4 0 0 0 0 TP 0 20 12 0 0 0 0 TF 0 17 18 0 0 0 0 TM 0 3 29 0 0 0 0 TA 0 0 12 7 0 0 0
7 15.2 Ketua panitia memaklumkan bahawa analisa Ujian Akhir Sesi AKademik bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut. Ketua panitia berharap agar semua murid mendapat TP4 dan ke atas. SUBJEK : SEJARAH TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % MTM % BMTM TAHUN 4 5 24 41 52 37 11 72.1 27.9 TAHUN 5 13 33 63 44 16 0 90.97 9.03 TAHUN 6 4 51 42 45 6 0 95.95 4.05 Analisa Ujian Akhir Sesi Akademik sesi 2022/2023 bagi mata pelajaran Sejarah UASA Sejarah Tahun 4 KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 3 6 10 9 1 0 3.45 TP 1 11 13 9 3 0 0.08 TF 1 4 9 19 7 0 17.5 TM 0 2 8 12 17 1 45.0 TA 0 1 1 3 9 10 79.2
8 UASA Sejarah Tahun 5 KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 1 7 12 10 0 0 0 TP 0 21 11 0 0 0 0 TF 0 7 19 9 0 0 0 TM 0 4 19 4 0 0 0 TA 0 3 7 8 1 0 5.26 UASA Sejarah Tahun 6 Makluman : Semua Guru 16.Program Pembangunan Profesionalisme Sejarah 16.1 En Azman mencadangkan program Pembugaran Google Classroom diadakan pada bulan Jun. Tindakan : Encik Azman bin Salleh KELAS/GRED TP6 TP5 TP4 TP3 TP2 TP1 % BMTM TT 4 9 11 3 1 0 3.57 TP 8 11 14 4 1 0 2.63 TF 1 8 16 15 0 0 0 TM 0 5 19 14 0 0 00 TA 0 0 3 8 14 0 53.8
9 17. Program Peningkatan Murid 17.1 Program peningkatan murid dicadangkan seperti berikut: Program Bulan Penyelaras Lawatan Tahun 4 Hari Persekolahan Encik Alif Amin Lawatan Tahun 5 Cuti persekolahan Puan Nur Azliyana Lawatan Tahun 6 Cuti persekolahan Encik Azman Minggu Sejarah Ogos Encik Azman Sambutan Bulan Merdeka Ogos-September Encik Azman Kenali Malaysia April Puan Nur Yusrina Tindakan : Encik Azman bin Salleh 17.2 Guru Besar mencadangkan Lawatan Jejak Sejarah dijalankan seperti berikut: Tahun Jumlah Peserta Tempat Penyelaras Tahun 4 80 orang Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah. Encik Aif Amin Tahun 5 80 orang Kuala Kangsar/Pasir Salak Puan Nur Azliyana Tahun 6 80 orang Kuala Terengganu Encik Azman Tindakan : Encik Azman bin Salleh 17.3 Guru Besar meminta setiap aktiviti mesti ada impak, mesti difahami murid dan perlu adanya tugasan kepada murid-murid untuk menilai impak tersebut. Makluman : Semua Guru 17.4 Guru Besar meminta kertas kerja dan borang lawatan disediakan awal. Makluman : Semua Penyelaras
10 18.Perbelanjaan PCG Panitia 18.1 Ketua Panitia memaklumkan jumlah PCG Panitia Sejarah sehingga 11 Januari 2023 berjumlah RM3095.22. Sebarang cadangan program yang memerlukan penggunaan wang boleh dimaklumkan kepada Ketua Panitia. Makluman : Semua Guru VI. Hal-Hal Lain. 19.Guru besar memaklumkan bahawa SK Sungai Ular terlebih bilangan guru. Jumlah semasa iailah seramai 72 orang guru. Jumlah yang sepatutnya ialah seramai 71 orang. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Kulim Bandar Baharu akan menarik seorang guru untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Semua guru perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Makluman : Semua Guru 20.Guru Besar mencadangkan agar Carta Peta Kenali Malaysia diserahkan kepada semua guru kelas tahap 2 untuk diletakkan di dalam kelas masingmasing untuk kegunaan semua murid tahap 2. Tindakan : En Azman bin Salleh VII. Ucapan Penangguhan 21. Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panitia yang meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat panitia Sejarah kali pertama ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Disediakan oleh, (NUR YUSRINA BINTI MOHD ROODZI) Setiausaha Panitia Sejarah SK Sungai Ular Disemak oleh, (AZMAN BIN SALLEH) Ketua Panitia Sejarah SK Sungai Ular