The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seri Zulaikha binti Marhalim
2 Sapphire

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9698408, 2022-12-25 09:20:17

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2022

Seri Zulaikha binti Marhalim
2 Sapphire

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAMPUNG DESA
MELAYU MAJIDEE , JOHOR BAHRU , JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:

SERI ZULAIKHA BINTI MARHALIM

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/12/2022

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKASURAT

1. PENGHARGAAN 1
2-3
2. PENDAHULUAN 4-5
3. JADUAL KERJA 6

4. OBJEKTIF KAJIAN 7
5. KAEDAH KAJIAN 8-9

6. DAPATAN KAJIAN 10
11
i.Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi 12-17
Hijau

ii.Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di Kampung Desa Melayu

Majidee , Johor Bahru , Johor.
iii.Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau

iv.Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi
Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian.
v.Mencadangkan 4 langkah-langkah atau

strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

7. RUMUSAN
8. SUMBER RUJUKAN

9. LAMPIRAN

i. Lampiran A (foto)

ii. Lampiran B (borang soal

selidik)

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya , Puan Hanifah binti
Jamaluddin atas segala bimbingan , tunjuk ajar , teguran

dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak
menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi

menyempurnakan tugasan ini.



Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada ibu-bapa saya iaitu Encik Marhalim bin Marji dan

Puan Siti Aminah binti Abd Aziz yang telah memberi
banyak sokongan moral dan dorongan kepada saya serta
sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya
mengumpulkan maklumat-maklumat tentang teknologi

hijau di kawasan kajian yang saya kaji.



Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada
rakan-rakan sekelas saya kerana telah memberi saya

banyak pendapat dan idea

Sekian , Terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Seri Zulaikha binti
Marhalim merupakan pelajar
Tingkatan 2 Sapphire di SMK
Sultan Ismail Johor Bahru.Saya

telah melaksanakan kerja
lapangan ini yang bertajuk

amalan teknologi hijau.



Kawasan kajian saya ialah di
Lorong 13, Jalan B Kampung
Desa Melayu Majidee, Johor

Bahru, Johor kerana ianya
merupakan kawasan tempat

tinggal saya.

Peta 1: Peta Daerah Negeri Johor
Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian

3.0 JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. 05/12/2022 i. Menerima taklimat dan dan tugasan Dilakukan
kerja lapangan Geografi daripada guru didalam
mata pelajaran iaitu Puan Hanifah binti
Jamaluddin kelas.
ii. Berbincang dengan guru bentuk
pelaksanaan yang hendak dilakukan.

2. 13/12/2022 Mula melakukan kerja lapangan - amalan Dibantu
teknologi hijau oleh ahli
keluarga.
i. Menerangkan perancangan dan jadual
kerja mengenai aktiviti yang dilakukan .

ii. Membuat catatan untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan

dengan betul.
iii. Mencari maklumat berkenaan amalan

teknologi hijau dalam akhbar , buku-

buku rujukan Geografi dan buku teks.
iv. Melayari internet untuk

mendapatkan lebih banyak maklumat.

3. 16/12/2022 Meneroka kawasan kajian. Sekitar taman
i. Membuat pemerhatian ke atas perumahan.

kawasan kajian.

ii. Mengambil gambar jenis-jenis

teknologi hijau di kawasan kajian.

4. 17/12/2022 Merekodkan kajian. Berbincang
i. Menyenaraikan maklumat yang bersama

diperolehi semasa membuat ahli
pemerhatian di kawasan kajian. keluarga.

5. 18/12/2022 Menulis penduhuluan dan Membuat secara
penghargaan. individu.

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

6. 19/12/2022 Membuat soal selidik Melayari soalan
i. Merekabentuk soal selidik menggunakan
menggunakan aplikasi "Google Form"
internet.
7. 20/12/2022 Memberikan soalan soal selidik
kepada penduduk kawasan kajian. Kerjasama penduduk
sekeliling.
8. 22/12/2022 Mengumpul dan membuat
penulisan berdasarkan kepada Kemas kini.
semua jawapan daripada soal

selidik.
i. Membuat analisis daripada
data yang diperolehi daripada

"google form" yang telah
diberikan kepada penduduk

kawasan kajian.
ii. Menghasilkan bahan grafik
yang sesuai sama ada graf/carta

berdasarkan data yang
diperolehi.

iii. Menulis hasil kajian yang telah
diperolehi.

iv. Menyemak hasil penulisan.
v. Membuat penambahbaikkan.

9. 26/12/2022 Penghantaran kerja lapangan. Dihantar kepada guru.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
1)Menjelaskan konsep dan definisi

Teknologi Hijau
2)Mengenal pasti 3 jenis dan
contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di Kampung Desa Melayu
Majidee , Johor Bahru , Johor.
3)Menyenaraikan 4 kepentingan

Teknologi Hijau
4)Menghuraikan 4 punca amalan
Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian.
5)Mencadangkan 4 langkah-
langkah atau strategi yang boleh

dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang

sesuai.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat
penting dalam menghasilkan kajian yang lengkap dan
tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan
tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah dan lengkap.
Antara kaedah yang saya gunakan dalam kaedah kajian

saya ialah :

5.1 Pemerhatian
Kaedah pengumpulan data yang paling mudah dan cepat

kerana ianya membantu saya membuat pemerhatian
tentang pentempatan di kawasan kajian saya. Saya telah

melawat kawasan kajian saya untuk mengenalpasti
teknologi hijau yang terdapat di sini.


5.2 Soal Selidik

Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul
maklumat dengan mengedarkan link "google form" kepada

penduduk kawasan kajian. Saya terlebih dahulu
menyediakan borang yang mengandungi maklumat yang

diperlukan untuk kajian ini.



5.3 Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya
membuat rujukan daripada laman web , buku , majalah ,
keratan akhbar . Kaedah ini adalah kaedah yang paling

sesuai bagi orang yang baru seperti saya dalam
menjalankan kerja lapangan ini

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1. Konsep dan definisi teknologi hijau.
6.1.1 Wikipedia

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah
penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber
dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif
kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan

manusia.
6.1.2 Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk , peralatan
dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam

sekitar serta dumber semula jadi.

6.2.Menjelaskan pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau
yang terdapat di Kampung Desa Melayu Majidee, Johor

Bahru, Johor
1.Menyediakan tong sampah kitar semula
:Memudahkan pengasingan sampah yang masih boleh
digunakan daripada dilupuskan dalam masa tempoh yang

lama
2.Menanam pokok-pokok di sekeliling rumah
:Dapat menghirup udara yang lebih baik dan segar.

3.Mengadakan konsep tuai hujan
:Dapat menjimatkan penggunaan air dan boleh

menggunakannya sebagai air basuh kereta.

6.3.Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
1.Dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar.

2.Dapat mengurangkan pengeluaran karbon.
3.Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan

manusia.
4.Dapat menjimatkan penggunaan sumber asli negara.

6.4.Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian.

1.Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat dan
industri.

2.Mengaanggap ianya menggunakan kos yang tinggi.
3.Perubahan iklim.

4.Bimbang keselamatan tenaga.

6.5.Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang
boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi

Hijau yang sesuai

1.Menguruskan sumber air secara lebih berhemah
dengan cara memastikan pili air ditutup dengan rapat

selepas digunakan.
2.Penggunaan tenaga yang lebih cekap contohnya
penggunaan cahaya siang semulajadi untuk menyinari
ruang dalam pejabat bagi menggantikan cahaya lampu.
3.Menguruskan dan melupuskan sisa pepejal dengan
lebih teratur iaitu dengan mengamalkan Program 3R

iaitu Reduce, Reuse & Recycle.
4.Mengutamakan produk dan perkhidmatan hijau
seperti mengurangkan penggunaan produk yang
mengandungi bahan kimia atau bertoksik di dalam

aktiviti pembersihan atau pencucian pejabat.

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini,
saya mendapati beberapa sumber yang berakaitan dengan

teknologi hijau di kawasan Lorong 13 , Jalan B , Kampung Desa
Melayu Majidee , Johor Bahru , Johor. Antaranya tong sampah
kitar semula,tanam-tanaman dan konsep tuai hujan.Kajian ini

juga membantu saya memahami dengan lebih mendalam
tentang kepentingan amalan teknologi hijau. Antaranya ialah

dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar,
dapat mengurangkan pengeluaran karbon,

meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.
dapat menjimatkan penggunaan sumber asli negara.Langkah-
langkah meningkatkan penggunaan amalan teknologi hijau ialah
menguruskan sumber air secara lebih berhemah dengan cara
memastikan pili air ditutup dengan rapat selepas digunakan,
penggunaan tenaga yang lebih cekap contohnya penggunaan
cahaya siang semulajadi untuk menyinari ruang dalam pejabat

bagi menggantikan cahaya lampu, menguruskan dan
melupuskan sisa pepejal dengan lebih teratur iaitu dengan
mengamalkan Program 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle dan

mengutamakan produk dan perkhidmatan hijau seperti
mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi bahan

kimia atau bertoksik di dalam aktiviti pembersihan atau
pencucian pejabat.

Dengan ini, saya berharap punca amalan
teknologi hijau tidak diterapkan dalam

kehidupan seharian dapat dielakkan oleh
penduduk Lorong 13 Jalan B Kampung Desa

Melayu Majidee Johor Bahru Johor agar
kediaman sentiasa dapat dijaga bersama.

8.0 RUJUKAN

8.1 Internet
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Teknologi_
hijau#:~:text=Teknologi%20hijau%20atau%
20teknologi%20alam,untuk%20spesies%2

0bangsa%20keturunan%20manusia.

8.2 Buku Teks
-Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah
(2003). Geografi Tingkatan 2 Kuala

Lumpur : Pencetakan Saufi

9.0 LAMPIRAN Lampiran A

Gambar contoh teknologi hijau di
Kampung Desa Melayu Majidee

FOTO 2
(tumbuh-
tumbuhan hijau)

FOTO 1
(tong sampah
kitar semula)

FOTO 3
(tuai air hujan)

Lampiran B
BORANG SOAL SELIDIK

(GOOGLE FORM)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfjm08bw1
7m0WCT3LIvXZFFIDpa6bSqOsudIiZw12kwmdx_GA/view

form?usp=pp_url

JAWAPAN RESPONDEN




Click to View FlipBook Version