PROFIL HUBUNGI SEKOLAH KENALI SEKOLAH Kod sekolah : BBA1024 Tagline : SKBL THE BEST # BLESS Enrolmen sekolah : - Guru : 36 orang - Murid : 425 orang - Staf : 6 orang 42800 Tg Sepat, Kuala Langat 012-6647363 [email protected] SEJARAH LATAR BELAKANG SEKOLAH 42800 TG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN 03-31481066 SK BATU LAUT ditubuhkan pada Januari 2017 terletak 24 km daripada Banting 5 km daripada Tanjong Sepat 7 km daripada Morib Sejarah dan tradisi SK Batu Laut berkisar tentang 95% pelanggan Sk Batu Laut adalah anak tempatan dan dari kawasan kampung berdekatan iaitu Kampung Batu Laut, Kampung Kundang, Kampung Tanjong Sepat, Kampung Endah dan Kampung Tanjong Layang. Pelanggan SK Batu Laut terdiri daripada 80% ibubapa yang bekerja sendiri sebagai pekebun kecil dan nelayan. 20% adalah lain-lain seperti anak kakitangan awam dan swasta. Bilangan murid dari Tahun 70an sehingga kini kian bertambah dari tahun ke tahun kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan khususnya dalam bidang Ko-kurikulum.seperti Sukan Bola Sepak dan Bola jaring pada tahun 70an manakala sekarang dengan kebitaraan dalam bidang Sepak Takraw yang menjadikan sekolah ini terkenal dan dipercayai oleh masyarakat tempatan. Tambahan pula sekolah pernah menjadi Sekolah Harapan Negara pada tahun 2003. Sekolah ini juga telah melahirkan ramai nama-nama besar dalam bidang masing-masing antaranya YB Tn Hj Borhan bin Aman Shah, Dato’ Hj Satim bin Diman dan Professor Dato Dr Amir Husin Amiruddin. Ciri-ciri unik komuniti yang menjadi pelanggan kami termasuk pelanggan Sekolah Kebangsaan Batu Laut terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun begitu budaya dan tradisi hidup bermasyarakat masih diamalkan oleh penduduk setempat. KEBITARAAN KAPAL LAYAR SEPAK TAKRAW KELESTARIAN ALAM SEKITAR
KOLABORATIF MATA PELAJARAN GARIS MASA GARIS MASA KOLABORATIF PDP-PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Sains - tuan rumah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sekolah Kebangsaan Batu Laut telah menjalankan kolaboratif pdp-pembelajaran berasaskan projek ini setelah selesai mengikuti Bengkel Penataran Modul 6 (KmR) kepada semua SLT dan MLT di semua sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 6 di Daerah Kuala Langat pada 1 November 2022 yang disampaikan oleh Penceramah jemputan iaitu En Mohd Rehan di PPD Kuala Langat. Bengkel ini memberi garis panduan pelaksanaan KmR di sekolah. SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT PENGURUSAN MASA / TEMPOH 5 minggu 4 minggu 4 minggu 3 minggu Sains Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik
4 MATA PELAJARAN MERUNGKAI DSKP MERUNGKAI DSKP 4 MATA PELAJARAN Sains - tuan rumah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT THE BIG IDEA Big Idea : Projek : Teknologi Pengawetan Makanan Ke Arah Kelestarian Alam BLESS Ikan Pekasam YUMMY
PROSES MERUNGKAI DSKP MERUNGKAI DSKP 4 MATA PELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT SOALAN PENCETUS IDEA Topical Essential Questions Overaching Apakah kepentingan pengawetan makanan? Bagaimana kaedah pengawetan boleh menjana ekonomi? Merungkai DSKP Tahun 6 bagi mata pelajaran : Sains : Pengawetan Makanan Bahasa Melayu : Penulisan Karangan Bercerita Bahasa Inggeris : Writing an infographic (How Is It Made?) Matematik : Ukuran dan Sukatan SAINS Standard Kandungan : 8.2 Pengawetan Makanan Standard Pembelajaran : 8.2.1 Memerihalkan tujuan pengwetan makanan 8.2.2 Menghubungkait kaedah pengawetan makanan dengan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan organisma 8.2.3 Menjalankan projek pengawetan sejenis makanan dengan pelbagai kaedah TP 6 : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang peranan teknologi pengawetan makanan dalam pembangunan ekonomi negara. SAINS
PROSES MERUNGKAI DSKP MERUNGKAI DSKP 4 MATA PELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT SOALAN PENCETUS IDEA Topical Essential Questions Overaching Apakah contoh karangan berformat dan tidak berformat? Mengapa penulisan kreatif sangat penting? Merungkai DSKP Tahun 6 bagi mata pelajaran : Sains : Pengawetan Makanan Bahasa Melayu : Penulisan Karangan Bercerita Bahasa Inggeris : Writing an infographic (How Is It Made?) Matematik : Ukuran dan Sukatan BAHASA MELAYU Standard Kandungan : 3.3 Menghasilkan penulisan Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks TP 6 : Mencatat maklumat, membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat dan cadangan bagi menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat disamping mengedit dan memurnikan hasil penulisan pada tahap-tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan BAHASA MELAYU
PROSES MERUNGKAI DSKP MERUNGKAI DSKP 4 MATA PELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT SOALAN PENCETUS IDEA Topical Essential Questions Overaching What is the process of making a pair of jeans? How to present the process of fermentation of fish creatively? Merungkai DSKP Tahun 6 bagi mata pelajaran : Sains : Pengawetan Makanan Bahasa Melayu : Penulisan Karangan Bercerita Bahasa Inggeris : Writing an infographic (How Is It Made?) Matematik : Ukuran dan Sukatan BAHASA INGGERIS Can display exemplary model of language use and guide others Can communicate basic future plans, events and experiences using suitable statements with a variety of relevant details. Content Standard : 4.2 Communicate basic information intelligibly for a range of purposes in print and digital media Learning Standard : 4.2.2 Describe future plans and events 4.2.3 Narrate factual and imagined events and experiences Performance Level : 6 BAHASA INGGERIS
PROSES MERUNGKAI DSKP MERUNGKAI DSKP 4 MATA PELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT SOALAN PENCETUS IDEA Topical Essential Questions Overaching Apakah keperluan membuat timbangan jisim sesuatu objek? Bagaimana menggunakan kaedah sukatan bagi menyelesaikan masalah bukan rutin? Merungkai DSKP Tahun 6 bagi mata pelajaran : Sains : Pengawetan Makanan Bahasa Melayu : Penulisan Karangan Bercerita Bahasa Inggeris : Writing an infographic (How Is It Made?) Matematik : Ukuran dan Sukatan MATEMATIK MATEMATIK Standard Kandungan : 5.1 Penyelesaian masalah Standard Pembelajaran : 5.1.1 Menyelesaikan masalah harian melibatkan perkaitan antara panjang, jisim dan dan isipadu cecair (iii) jisim dan isipadu cecair TP 6 : Menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan sukatan secara kreatif dan inovatif
PELIBATAN ORGANISASI PELIBATAN ORGANISASI PENGURUSAN ORGANISASI Jawatankuasa TS25 SK Batu Laut Jawatankuasa KmR Rakan Elit - Pensyarah IPG (Dr Yuznaili binti Saleh) Pegawai SISC+ / PPD Jabatan Perikanan PIBG PIBKS Ibubapa En Azman bin Mohamad En Aminudin bin Sarmiran Sekolah Kebangsaan Batu Laut telah membentuk Jawatankuasa TS25 setelah terpilih sebagai Sekolah Transformasi 2025 (TS25) Kohort 6 pada Tahun 2021. Di bawah Jawatankuasa ini diwujudkan pula penyelaras-penyelaras mengikut skop tugasan masing-masing. Salah satunya ialah Penyekaras KmR. Penyelaras KmR inilah bersama pasukannya telah merancang, melaksanakan dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelaksanaan projek ini untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Sebelum pelaksanaan projek ini sekolah dibantu oleh Rakan Elit dari IPG iaitu Dr Yuznaili binti Saleh dan Pegawai PPD serta SISC+. Mereka ini bertanggungjawab memberi bimbingan, ceramah dan bengkel berkaitan projek KmR secara berterusan. Bagi pelaksanaan projek sekolah dibantu oleh Pegawai dari Jabatan Perikanan yang memberi cadangan dan pandangan berkaitan projek ini. Kejayaan projek ini juga dibantu melalui sumbangan dan peruntukan yang disalurkan oleh PIBG dan PIBKS. Ibubapa juga teruja untuk melibatkan diri dalam projek ini dengan menyediakan sebahagian peralatam yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT TS25 SK BATU LAUT
IMPAK KESELURUHAN PENGURUSAN ORGANISASI Projek ini telah memberi impak yang sangat besar khususnya kepada murid di mana murid memperolehi pengalaman baharu iaitu melalui sendiri proses sebelum, semasa dan selepas projek ini dilaksanakan. Keterujaan murid dalam melaksanakan projek ini dapat dilihat dengan aktifnya murid berkomunikasi dan berkolaborasi dalam menyiapkan semua tugasan bagi setiap subjek yang terlibat. Mengikut masa yang ditetapkan oleh guru juga menjadikan mereka sangat berdisiplin dan kreatif dengan membahagi-bahagikan tugasan agar hasilnya wow. Ilmu keusahawan juga diterapkan dalam diri murid. Bagi guru pula ini adalah pengalaman baharu berkolaborasi dengan guru mata pelajaran berbeza dan bekerja sebagai satu pasukan merungkai DSKP dan membimbing murid bersama-sama melaksanakan projek mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Sekolah pula dapat berkongsi amalan baik kepada sekolah-sekolah lain melalui Showcase KmR. Ibuabapa juga mendapat pendedahan bahawa penilaian pencapaian murid bukan dilihat melalui pperiksaan semata-semata tetapi dengan wujudnya aktiviit bermanfaat seperti ini di sekolah. Masyarakat pula memberi kepercayaan penuh kepada pihak sekolah dengan menghantar anak mereka ke sekolah ini kerana kepelbagaian pendekatan digunakan dalam PdPC. SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT IMPAK KESELURUHAN Murid Guru Sekolah ibubapa masyarakat - Pengalaman baru - PdP luar bilik darjah - inovasi / kreativiti dan kolaborasi / komunikasi - Keusahawanan - PdP merentas Kurikukum - Pembimbing - Amalan baik - Jaringan dan jalinan - Maklumat pelbagai aktiviti bermanfaat di sekolah - ilmu pengetahuan baharu - Cakna dengan perkembangan terkini dunia pendidikan TS25 SK BATU LAUT
JAMINAN KUALITI PENGURUSAN ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT TS25 SK BATU LAUT JAMINAN KUALITI Pemantauan oleh Rakan Elit dari IPG - Dr Yuznaili binti Saleh Bimbingan daripada Bimbingan daripada Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Mata pelajaran En Azman bin Mohamad Pegawai SISC+ En Aminuddin bin Sarmiran Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan KmR mengikut garis panduan yang ditetapkan melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan oleh personal yang dilantik sebagai Rakan Elit seperti Pensyarah IPG, Pegawai PPD, SLT seperti Guru Besar, Penolong Kanan dan MLT seperti Ketua Panitia mata pelajaran. Penjaminan kualiti dilakukan secara formal atau tidak formal. Bagi pelaksanaan projek KmR ini pemantauan berterusan oleh Pegawai PPD bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti dilaksanakan mengikut garis panduan yang diberikan. Pemantauan oleh Rakan Elit juga dilakukan di mana beliau menerima laporan Penjaminan Kualiti daripada Guru Besar, menganalisis laporan dan mengambil tindakan susulan bagi tujuan penambahbaikan. Seterusnya laporan kepada JPN.
MAKLUMAT ASAS PERANCANGAN PDP SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT 4 MATA PELAJARAN MAKLUMAT ASAS PERANCANGAN PENTAKSIRAN
PERANCANGAN PENTAKSIRAN PERANCANGAN PDP SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT 4 MATA PELAJARAN PERANCANGAN PENTAKSIRAN LISAN - soalan-soalan ditanya kepada murid SAINS TUGASAN : MENGHASILKAN PROJEK " BLESS IKAN PEKASAM YUMMY" KAEDAH PENTAKSIRAN : 1. berkaitan kemahiran yang terdapat di dalam DSKP Contoh : - Apakah tujuan pengawetan makanan - Bagaimana projek ini boleh menjana ekonomi? 2. PEMERHATIAN - guru membuat penilaian bagi setiap proses yang dilakukan oleh murid sebelum, semasa dan selepas projek dilaksanakan dan hasil produk 3. PENULISAN - mengisi senarai semak keperluan pelaksanaan projek EVIDEN : 1. Projek 2. Produk 3. Borang senarai semak 4. Soalan-soalan 5. Penulisan hasil dapatan projek . LISAN PEMERHATIAN PENULISAN KAEDAH PENTAKSIRAN
PERANCANGAN PENTAKSIRAN PERANCANGAN PDP SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT 4 MATA PELAJARAN PERANCANGAN PENTAKSIRAN LISAN - soalan-soalan ditanya kepada murid BAHASA MELAYU TUGASAN : MENGHASILKAN BIG BOOK - PENULISAN KARANGAN BERCERITA KAEDAH PENTAKSIRAN : 1. berkaitan kemahiran yang terdapat di dalam DSKP Contoh : - Apakah perasaan kamu semasa menjalankan projek Pembuatan Ikan Pekasam? - Jenis karangan apakah yang bersesuaian berformat atau tidak berformat? 2. PEMERHATIAN - guru membuat penilaian bagi setiap proses yang dilakukan oleh murid sebelum, semasa dan selepas tugasan dilaksanakan dan hasilnya 3. PENULISAN - menulis karangan bercerita di terjemahkan dalam bentuk Big Book EVIDEN : 1. Tugasan 2. Soalan-soalan 3. Penulisan karangan 4. Big Book LISAN PEMERHATIAN PENULISAN KAEDAH PENTAKSIRAN
PERANCANGAN PENTAKSIRAN PERANCANGAN PDP SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT 4 MATA PELAJARAN PERANCANGAN PENTAKSIRAN LISAN - soalan-soalan ditanya kepada murid BAHASA INGGERIS TUGASAN : MENGHASILKAN BIG BOOK - PENULISAN KARANGAN BERCERITA KAEDAH PENTAKSIRAN : 1. berkaitan kemahiran yang terdapat di dalam DSKP Contoh : - What is the process of making a pair of jeans? - What is the process of feremntation of fish 2. PEMERHATIAN - guru membuat penilaian bagi setiap proses yang dilakukan oleh murid sebelum, semasa dan selepas tugasan dilaksanakan dan hasilnya 3. PENULISAN - membina dan mencipta infografik mengikut kreativiti masing-masing EVIDEN : 1. Tugasan 2. Soalan-soalan 3. Penghasilan infografik 4. Video pembentangan . LISAN PEMERHATIAN PENULISAN KAEDAH PENTAKSIRAN
PERANCANGAN PENTAKSIRAN PERANCANGAN PDP SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT 4 MATA PELAJARAN PERANCANGAN PENTAKSIRAN LISAN - soalan-soalan ditanya kepada murid MATEMATIK TUGASAN : SUKATAN DAN ISIPADU KAEDAH PENTAKSIRAN : 1. berkaitan kemahiran yang terdapat di dalam DSKP 2. PEMERHATIAN - guru membuat penilaian bagi setiap proses yang dilakukan oleh murid sebelum, semasa dan selepas tugasan dilaksanakan dan hasilnya 3. PENULISAN - mencatat timbangan setiap bahan yang digunakan semasa projek pembuatan Ikan Pekasam dijalankan EVIDEN : 1. Tugasan 2. Soalan-soalan 3. Borang catatan sukatan dan timbangan . LISAN PEMERHATIAN PENULISAN KAEDAH PENTAKSIRAN
VISI DAN MISI KPM KERANGKA TS25 TS25 LATAR BELAKANG SEKOLAH 42800 TG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN 03-31481066 SK BATU LAUT Visi KPM Misi KPM Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini. Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, SIPartners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang. Menjelang tahun 2021 pelaksanaan Program TS25 akan diurus tadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PROSEDUR PENYEBARAN TS25 LATAR BELAKANG SEKOLAH 42800 TG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN 03-31481066 SK BATU LAUT Taklimat KmR dan bengkel oleh Penyelaras TS25 sekolah pada 2/5/2023 Kenal pasti 4 subjek terlibat KmR Merungkai DSKP bagi 4 mata pelajaran Bina Idea Utama dan soalan pencetus idea Penetapan tempoh masa pelaksanaan KmR dan tugasan bagi setiap subjek Pelaksanaan KmR mengikut tempoh masa yang ditetapkan Pentaksiran Senarai semak bagi tujuan penambahabaikan, kenal pasti kekuatan dan kelemahan serta membuat refleksi - Sains (tuan rumah) - Matematik - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - kenal pasti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran - kenal pasti pengetahuan dan kemahiran Pada 24 Mei 2021, satu Program Kesedaran TS25 telah berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Program yang menjurus kepada pendedahan awal berkenaan Program TS25 ini telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan Penolong Kanan dan Ketua Panitia. Semua yang terlibat berminat dan teruja untuk menambah pengetahuan mereka berkenaan Program TS25 Kohort 6. Program ini memberi pendedahan awal kepada semua Penolong Kanan (SLT) dan Ketua Panitia (MLT) memahami berkaitan Program TS25. Semua guru, murid dan warga sekolah juga didedahkan dengan Program TS25 secara berperingkat mengikut keperluan bagi menjayakan pelaksanaanya di sekolah. KEFAHAMAN MELALUI REKA BENTUK
VISI DAN MISI SKBL FOKUS SKBL DI BAWAH PROGRAM TS25 SK BATU LAUT SEBAGAI SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25) LATAR BELAKANG SEKOLAH 42800 TG SEPAT, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN 03-31481066 SK BATU LAUT 2021 Sekolah Kebangsaan Batu Laut telah terpilih sebagai sekolah di bawah Program Sekolah 2025 (TS25) Kohort 6. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Visi Sekolah Misi Sekolah SK Batu Laut mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, kognitif, efektif, konatif dan sosial menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan negara. Melestarikan satu sistem pendidikan yang berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan, organisasi, kurikulum, hal ehawal murid, kokurikulum, sukan serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi aspirasi negara. Kualiti guru Kemenjadian murid
01 Perancangan FASA PELAKSANAAN KMR Taklimat pada 2 Mei 2023 dan bengkel pada 11 Mei 2023 Kenal pasti 4 subjek yang terlibat Merungkai DSKP bagi 4 subjek Bina Idea Utama Bina Soalan Pencetus Idea Penetapan tempoh masa pelaksanaan
02 Pentaksiran Menentukan tugasan bagi setiap subjek Memastikan setiap tugasan ada eviden, proses, produk bagi pengetahuan dan kemahiran 6C Menyediakan rubrik atau kriteria untuk menilai pencapaian murid FASA PELAKSANAAN KMR
03 Pedagogi Bina Pelan pembelajaran (w.h.e.r.e.t.o.) Perancangan dan pelaksanaan PdP-PBL Melaksanakan projek Showcase FASA PELAKSANAAN KMR
ISI KANDUNGAN SINOPSIS Tajuk/Tema Projek, Tujuan, Penyataan Masalah, Proses Pelaksanaan, Tempoh/masa, sasaran, kaedah bimbingan / pemantauan, kaedah penilaian, dapatan keseluruhansignifikan dan perancangan masa depan 01 Latar Belakang Sekolah Profil 02 Prosedur Merungkai DSKP The Big Idea 03 Soalan Pencetus Idea Perancangan PDP Maklumat Asas Perancangan Pentaksiran Langkah Pengajaran 04 Garis Masa Kolaboratif Mata Pelajaran 05 Pengurusan Masa / Tempoh 06 Pengurusan Organisasi Pelibatan Organisasi Impak Keseluruhan Jaminan Kualiti
Sinopsis Sabrinah Sharrif Teknologi Pengawetan Makanan ke arah Kelestarian Alam merupakan ‘big idea’ yang dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Maka terhasil projek BLESS Ikan Pekasam YUMMY. Tujuan ia dilaksanakan adalah untuk memastikan murid dapat menghasilkan projek yang dirancang, melalui sendiri setiap proses yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas projek dilaksanakan. Murid di ajar mencari maklumat, berfikir secara kreatif, kritis dan berkolaborasi dalam menyelesaikan setiap permasalahan serta membudayakan amalan terbaik di sekolah disamping memupuk minat murid dalam bidang keusahawanan. Sekolah telah memulakan projek penternakan ikan air tawar seperti patin, tilapia dan keli pada awalnya dan hasil daripada projek ini dijual segar manakala lambakan hasil ikan telah mencetuskan idea untuk membuat ikan pekasam dari awal hingga akhir oleh murid sendiri. Projek KmR ini mencetuskan fenomena baru di mana ianya merentas kurikulum melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Tempoh masa yang diambil adalah selama 5 minggu untuk memastikan keseluruhan projek berjaya dilaksanakan. Projek ini melibatkan 72 orang murid Tahun 6. Guru menerangkan secara umum berkaitan projek dan menyediakan senarai semak apa yang murid perlu lakukan secara berkumpulan. Kaedah pentaksiran oleh guru ialah secara lisan dengan bertanyakan beberapa soalan kepada murid bagi setiap proses yang dilaksanakan, pemerhatian dan akhirnya murid menterjemahkan pengalaman mereka dengan menulis karangan bercerita di dalam ‘big book’ serta mempersembahkannya dalam bentuk infografik dan video. Projek ini wajar diteruskan pada masa akan datang untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baharu buat mereka. Pada masa akan datang pihak sekolah bercadang menghasilkan fillet dan bebola ikan tilapia yang melibatkan bukan sahaja murid Tahap 2 tetapi juga murid Tahap 1 dengan mengaspirasikan kemenjadian murid sebagai tonggak projek ini.
Pemantauan dan Bimbingan Rakan Eli t Jabatan Per ikanan SLT dan MLT Pementoran
Unit 6 : How Is It Made? The proces s of fermentation of fi sh Infographic WRITING
PROJEK SAINS MENGHASILKAN BLESS IKAN PEKASAN YUMMY
Penulisan Karangan Bercerita di dalam 'BIG BOOK' berdasarkan pengalaman menghasilkan BLESS Ikan Pekasam YUMMY
Matematik Menyukat dan mencatat berat bahan yang diguna utnuk membuat pekasam menggunakan penimbang