TEMASYA SUKANEKA TADIKA IBNU SINA 2023 Tempat : DEWAN SERBAGUNA UMS, BATU 10 Tarikh : 22 OKTOBER 2023 | AHAD Tema : SUKAN KAMPUNG
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing 2. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat di dalam aktiviti sukan yang dijalankan. 3. Melahirkan nilai-nilai murni di dalam diri seperti bekerjasama, sikap tidak mudah berputus asa dan bertanggungjawab. 4. Merapatkan silaturahim di kalangan anak-anak, ibu bapa dan fasilitator pembelajaran. Objektif Program
PENASIHAT Puan Shahirla Azmin binti Kadir @ Abd Malik PENGARAH PROGRAM Cikpuan Herma Dewi Binti Jas SETIAUSAHA/BENDAHARI/URUSETIA Cikpuan Rahimah Binti Lunchi @ Mohd Fauzee UNIT MODUL & PENGISIAN Cikpuan Herma Dewi Binti Jas UNIT TEMPAT Cikpuan Siti Nurcahaya Binti Azman UNIT HADIAH & CENDERAHATI Cikpuan Noor Rahmah Binti Juli UNIT PUBLISITI & MULTIMEDIA Cikpuan Rahimah Binti Lunchi @ Mohd Fauzee AJK KHAS Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan ALIH JAWATANKUASA PELAKSANA :
7.00 - 7.45 pagi : - Ketibaan ibu bapa dan pelajar - Pendaftaran ibu bapa & pelajar 7.45 pagi : Majlis rasmi bermula 7.45 - 8.00 pagi : Bacaan doa oleh wakil pelajar 8.00 - 8.15 pagi : Senamrobik 8.15 - 8.30 pagi : Persembahan ‘Magic show’ 8.30 - 8.45 pagi : - Taklimat ringkas sukan - Persiapan stesen sukan oleh para AJK - Sesi cabutan bertuah 8.45 - 9.45 pagi : - Acara sukan berlangsung - Penyerahan medal & cenderahati 10.00 pagi : Acara bersurai TENTATIF SUKANEKA TADIKA IBNU SINA
Panduan atur cara Sukaneka (Rujukan ibu bapa) : Ibu bapa dan pelajar hanya boleh memilih 5 stesen sahaja. Selesai aktiviti sukan di setiap stesen, AJK akan memberikan sticker bintang. Ibu bapa dan pelajar bebas ke stesen mana-mana untuk diselesaikan. Selesai 5 stesen dan mendapatkan 5 sticker bintang, ibubapa boleh terus naik ke atas pentas untuk mendapatkan medal dan cenderahati. Ibu bapa hanya perlu menunjukkan kad stesen yang lengkap dengan 5 bintang kepada AJK bertugas di bahagian hadiah.
Tarik Upih Pinang Senarai acara sukaneka 1. Cabaran ini memerlukan dua orang pemain. 2. Anak-anak akan duduk di atas pelepah kelapa. 3. Seorang penjaga pula akan menarik upih tersebut sehingga ke kon dan membuat pusingan U ke garisan penamat. 4. Masa yang diberikan adalah 40 saat untuk menyelesaikan cabaran ini 5. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 6. Melalui stesen ini, anak-anak dapat merasa permainan kanakkanak pada zaman dahulu. Cara bermain : Boling Cara bermain : 1. Anak-anak perlu berdiri di garisan mula sambil memegang kelapa. 2. Target peserta dan penjaga adalah botol yang dijadikan sebagai tenpin. 3. Anak-anak perlu menggulingkan kelapa sehingga botol-botol dihadapan mereka jatuh. 4. Penjaga boleh memberikan sokongan kepada anak dan membantu sekiranya memerlukan. 5. Masa diberikan adalah 1 minit. 6. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 7. Melalui cabaran ini, anak-anak dapat meningkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan mereka.
Senarai acara sukaneka Anyaman Tikar Cara bermain : 2. Anak-anak dan penjaga akan diberikan daun kelapa sebagai tapak anyaman. 3. Anak-anak dan penjaga perlu bekerjasama menganyam tikar mengikut kreativiti sendiri menggunakan janur yang disediakan. 4. Masa yang diberikan adalah 1 minit 15 saat sahaja. 5. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 6. Melalui cabaran ini, anak-anak dapat meningkatkan kreativiti mereka. Teng-Teng 1. Anak-anak dan penjaga bersedia di garisan mula dan membelakangkan peta teng-teng. 2. Anak-anak perlu membaling pundi kacang dalam keadaan membelakangi peta teng-teng. 3. Anak-anak dikehendaki melompat dengan satu kaki pada petak yang satu (single) sahaja, kecuali jika terdapat petak kembar peserta boleh berdiri atau melompat dua kaki. 4. Peserta tidak boleh memijak petak yang terdapat pundi kacang. 5. Semasa melompat, peserta perlu mengambil pundi kacang tanpa memijak petak yang terdapat pundi kacang tersebut dan boleh meneruskan lompatan pada petak seterusnya. 6. Pserta perlu melompat hingga tiba di petak yang paling besar atau rumah sebagai garisan penamat. 7. Apabila anak-anak sudah tiba di petak yang paling besar, mereka perlu menunggu sebentar di situ dan giliran penjaga pula untuk bermain teng-teng tersebut. 8. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 9. Melalui cabaran ini, motor kasar anak-anak dapat berkembang. Cara bermain :
Senarai acara sukaneka Musang Berjanggut 1. Anak-anak dan penjaga perlu duduk disekitar dulanh tampi yang berisi dengan bahan-bahan masakan seperti bawang, haliah, bunga lawang, kayu manis, beras. 2. Peserta dan ibu bapa perlu mengasingkan bahan-bahan tersebut mengikut jenisnya. 3. Masa diberikan adalah 1 minit sahaja. 4. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 5. Melalui cabaran ini, dapat meningkatkan perkembangan sensori anak-anak. Cara bermain : Imbangan Pundi 1. Cabaran ini perlu diselesaikan dengan bergilir. 2. Anak-anak sebagai pemain yang pertama berdiri pada garisan mula sambil meletakkan pundi kacang di atas kepala. 3. Pemain pertama perlu bergerak melepasi kon dengan pergerakan S sehingga ketempat pemain kedua iaitu penjaga. 4. Pemain kedua bersedia mengambil pundi kacang dan perlu meletakkan diatas kepala. 5. Pemain kedua perlu bergerak seperti pemain pertama hingga ke garisan penamat. 6. Anak-anak dan penjaga perlu mengimbangi kepala dan badan agar pundi kacang yang terdapat di atas kepala tidak terjatuh. 7. Masa diberikan adalah 1 minit 20 saat untuk menyelesaikan cabaran ini. 8. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 9. Melalui cabaran ini, dapat melatih kesabaran dalam diri anak-anak. Cara bermain :
Senarai acara sukaneka 1. Cabaran ini perlu diselesaikan secara bergilir. 2. Anak-anak sebagai pemain pertama berdiri pada garisan mulasambil memegang hulahoop. 3. Pemain pertama perlu bergerak sambil menggulingkan bola menggunakan hulahoop ke tempat pemain kedua iaitu penjaga dengan membuat pusingan U melepasi kon. 4. Pemain kedua bersedia mengambil bola menggunakan hulahoop lalu bergerak membuat pusingan U sehingga ke garisanpenamat. 5. Masa diberikan adalah 1 minit. 6. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 7. Melalui cabaran ini, dapat meningkatkan fokus anak-anak. Mengguling Bola Cara bermain : Mat Bergerak 1. Cabaran ini perlu dilakukan secara berkumpulan. 2. Anak-anak dan penjaga sebagai satu kumpulan perlu bersediadi garisan mula bersama 2 mat. 3. Kumpulan perlu berdiri bersama-sama di atas mat yang pertama, kemudian letakkan mat yang kedua ke lantai. 4. Kumpulan perlu berpindah dari mat pertama ke mat kedua kemudian pindahkan mat pertama ke lantai hadapan. 5. Kumpulan perlu bergerak sehingga tiba di garisan penamat. 6. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 7. Melalui cabaran ini, dapat mendidik sikap kerjasama dalam diri anak-anak. Cara bermain :
Senarai acara sukaneka Terompah Tempurung Cara bermain : 1. Cabaran ini perlu diselesaikan secara bergilir. 2. Anak-anak sebagai pemain petama dan akan memulakan cabaran ini. 3. Pemain pertama perlu berjalan menuju ke tempat pemain kedua iaitu penjaga dengan menggunakan terompah tempurung.4. Setelah tiba, giliran pemain kedua pula berjalan menggunakan terompah tempurung sehingga ke garisan penamat. 5. Masa diberikan 1 minit untuk menyelesaikan cabaran ini. 6. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 7. Melalui cabaran ini, dapat meningkatkan perkembangan keseimbangan fizikal anak-anak pada ruang am. Kraf Cara bermain : 1.Anak-anak boleh memilih di antara 3 aktiviti pada stesen kraf ini. 2. Iaitu, a) Mewarna lukisan menggunakan daun kering. b) Gubahan lukisan kertas menggunakan daun dan pokok kering. c) Kuiz Islamik Kreatif 3. Setelah selesai anak-anak perlu mendapatkan sticker Bintang daripada AJK stesen yang bertugas. 4. Melalui stesen ini, dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak-anak.
Info Tambahan Tuan/puan perlu pastikan anak-anak sudah bersarapan dari rumah atau sebelum datang ke tapak program. Sarapan tidak disediakan. Bahagian luar dewan ada disediakan bazaar jualan makanan. Di stesen Kraf, Persatuan Pendidik Industri Kreatif ada menyediakan jualan kraftangan dan lain-lain. 1. 2. 3. 4.
Sekalung Penghargaan Pengerusi dan seluruh jawatankuasa Temasya Sukaneka Tadika Ibnu Sina 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: 1. Barisan ahli Jawatankuasa sukarelawan Universiti Malaysia Sabah(UMS), Fakulti Pertanian Lestari, 2. Persatuan Pendidik Industri Kreatif Sandakan, Tuan Rizuan bin Johan dan Tim, 3. StudioCreativeCapture,Tuan Ahmad Jimmy dan Tim, 4. Serta ahli silap mata,Mr. Zeyzey.