The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMO DALAMAN DAN MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PRA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normieyz72, 2021-07-10 13:37:41

MEMO DALAMAN DAN MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PRA 2021

MEMO DALAMAN DAN MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PRA 2021

Keywords: PRASEKOLAH

Tel : 09-7651173 Faks : 09-7641660
Email : [email protected]

MEMO DALAMAN

Ruj. Kami : SKT 600-2/2 ( 7 ) Tarikh : 5 JULAI 2020

Perkara : Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi Persekolahan 2021 Sk Tapang

Kepada : Semua AJK Pemilihan Prasekolah

Daripada : Guru Besar SK Tapang Salinan : PKP

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Julai 2020 (Isnin)
Masa : 12.20 Tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

2. Agenda mesyuarat adalah :-
2.1 Perutusan Pengerusi
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.3 Perkara Berbangkit
2.4 Perkara- perkara yang dibincangkan:
2.4.1 Bilangan dan Senarai Nama Pemohon Permohonan Murid Prasekolah
Sesi 2021
2.4.2 Syarat- syarat Kemasukan Murid Prasekolah
2.4.3 Syarat-syarat Pemilihan Kemasukan
2.5 Hal-hal lain
2.6 Penangguhan Mesyuarat

3. Semua yang terlibat diwajibkan hadir.

Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

___________________________________
(HJ. ABD. RAHAMAN BIN HJ. ABDUL HAMID)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPANG

Tel : 09-7651173 Faks : 09-7641660
Email : [email protected]

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2021

Tarikh : 15. Julai 2020
Hari : RABU
Masa : 12.20 TENGAHARI
Tempat : BILIK GERAKAN
Hadir : 10 Orang

BIL HADIR
1 Tn Hj Abd Rahaman b. Hj Abdul Hamid (GB)
2. Pn Roziha bt. Ibrahim (PKHEM)
3. En Nor Adlisham b. Ab Rahman
4. Pn Normi Azura bt. Ab Rani
5. Pn Siti Mariam bt. Hussein
6. Tn Hj Mohamed b. Daud
7. Pn Nurul Khairiah bt. Kamaruddin
8. Pn Siti Aminah bt. Mokhtar
9. Pn. Noor Aiza Fadhlin Bt Ab Aziz
10. Pn. Rosliza Bt Shafie

BIL TAK HADIR CATATAN
1. En.Abdullah Suhaimi B Ab Rahman
2. En. Aman B Mamat Taklimat di PPD
Kursus Bahasa Inggeris di IPG“”””

AGENDA 2.1: PERUTUSAN PENGERUSI

Guru Besar menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih atas komitmen
semua guru menghadirkan diri untuk sesi mesyuarat pemilihan murid prasekolah
sesi 2021 . Guru Besar melahirkan rasa terima kasih kerana guru-guru prasekolah
dapat menjalankan tugas bagi sesi persekolahan 2019 dengan penuh komited demi
kejayaan dan kemenjadian murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Tapang.

AGENDA 2.2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pn Siti Mariam Bt. Hussein mencadangkan Minit Mesyuarat Pemilihan Murid
Prasekolah Sesi 2021 disahkan dan disokong Pn Nurul Khairiah Bt.Kamaruddin

Tel : 09-7651173 Faks : 09-7641660
Email : [email protected]

AGENDA 2.3: PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 2.4: PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.4.1 Bilangan dan Senarai Nama Pemohon Permohonan Murid Prasekolah
Sesi 2021

a. Pada tahun ini sebanyak 34 borang permohonan telah diterima, 27 borang secara
atas talian dan 7 borang permohonan secara manual.
b. Keutamaan pemilihan perlu diberikan kepada kana-kanak yang berumur 6 tahun.
Sekiranya kanak-kanak berumur 6 tahun tidak mencukupi,pemilihan terhadap kanak-
kanak berumur 5 tahun diambil kira berdasarkan merit yang diberikan oleh KPM
c. Berikut adalah senarai nama murid yang berjaya bagi sesi persekolahan 2021
( Rujuk Lampiran )

2.4.2 Syarat- syarat Kemasukan Murid Prasekolah
a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak berumur 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) dan 5+(lahir
2 Januari hingga 31 Disember) tahun persekolahan semasa.
c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari
2 Januari hingga 15 Januari) tahun persekolahan semasa.
d. Kanak-kanak yang genap umur 6 tahun pada 1 Januari tahun persekolahan
semasa adalah tertakluk kepada pendidikan wajib. Walau bagaimanapun,
kanak-kanak ini layak memohon ke prasekolah sekiranya mendapat kelulusan
penangguhan ke Tahun Satu.
e. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
f. Keutamaan adalah kepada murid berumur 5+.
(Sumber :Garis Panduan Pengurusan Prasekolah Cetakan 2018 Mukasurat 29 dan
30 )

Tel : 09-7651173 Faks : 09-7641660
Email : [email protected]

2.4.3 Syarat-syarat Pemilihan Kemasukan

a. Pemilihan murid menggunakan sistem merit berdasarakn kriteria dan pecahan
wajaran seperti Kohort Umur, Pendapatan perkapita, Kewarganegaraan Ibu bapa/
penjaga dan Jarak dengan sekolah.

.b. Keutamaan adalah diberikan kepada pemohon yang berumur 6 tahun.

c. Pemohon yang berumur 5 tahun akan diambil kira sekiranya kanak-kanak 6 tahun
tidak mencukupi untuk persekolahan sesi 2021.

d.AJK pemilihan telah memilih 34 orang pemohonanan yang terdiri daripada 24
orang kanak-kanak 6 tahun (15 orang lelaki dan 9 orang perempuan). Manakala 10
orang kanak-kanak berumur 5 tahun (3 orang lelaki dan 7 orang perempuan).
Senarai nama murid yang berjaya bagi sesi persekolahan 2021 seperti lampiran.

e. Permohonan masih dibuka kepada kanak-kanak untuk memenuhi kuota seramai
50 orang walaupun tarikh permohonan telah ditutup. Permohonan boleh dimohon
secara atas talian.

Pengerusi memaklumkan bahawa surat tawaran , surat penolakan dan surat calon
simpanan akan diserah kepada calon selewatnya pada bulan Oktober nanti. Dan
surat tersebut akan diedar melalui Jawatankuasa Pemilihan untuk diserah kepada
calon yang memohon

Pengerusi juga memaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama ibu bapa calon
yang layak akan diadakan sejurus selepas surat tawaran diedarkan. Surat tawaran
mestilah diserah semula kepada pihak pengurusan prasekolah untuk direkod. Ibu
bapa yang gagal menyerahkan kembali surat penerimaan tawaran akan dianggap
sebagai MENOLAK tawaran kemasukan ke prasekolah SK Tapang dan peluang
akan dibuka kepada calon simpanan.

AGENDA 2.5 : HAL-HAL LAIN

Tiada perbincangan.

AGENDA 2.6 : UCAPAN PENUTUP

Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan bantuan maklumat yang
diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih murid prasekolah Tahun
2020.

Tel : 09-7651173 Faks : 09-7641660
Email : [email protected]

Penangguhan Minit Mesyuarat
Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah sesi 2021 ditangguhkan pada 1.27 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ………………………………..
Penolong Kanan Hem Guru Besar
(Pn. Roziha Bt Ibrahim) (Tn Hj Abd Rahaman B. Hj Abdul Hamid)


Click to View FlipBook Version