SYARAT- SYARAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH
a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak berumur 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) dan 5+(lahir
2 Januari hingga 31 Disember) tahun persekolahan semasa.
c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari
2 Januari hingga 15 Januari) tahun persekolahan semasa.
d. Kanak-kanak yang genap umur 6 tahun pada 1 Januari tahun persekolahan
semasa adalah tertakluk kepada pendidikan wajib. Walau bagaimanapun,
kanak-kanak ini layak memohon ke prasekolah sekiranya mendapat kelulusan
penangguhan ke Tahun Satu.
e. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
f. Keutamaan adalah kepada murid berumur 5+.
( Sumber :Garis Panduan Pengurusan Prasekolah Cetakan 2018 Mukasurat 29
dan 30 )
SYARAT-SYARAT PEMILIHAN KEMASUKAN
a. Pemilihan murid menggunakan sistem merit berdasarakn kriteria dan pecahan
wajaran seperti Kohort Umur, Pendapatan perkapita, Kewarganegaraan Ibu bapa/
penjaga dan Jarak dengan sekolah.
.b. Keutamaan adalah diberikan kepada pemohon yang berumur 6 tahun.
c. Pemohon yang berumur 5 tahun akan diambil kira sekiranya kanak-kanak 6 tahun
tidak mencukupi untuk persekolahan sesi 2022.
d. Permohonan masih dibuka kepada kanak-kanak untuk memenuhi kuota seramai
50 orang walaupun tarikh permohonan telah ditutup. Permohonan boleh dimohon
secara manual.