IDEAS! YUSRI AMIR BAHASA PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS
1. Idea Besar Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 ialah ia perlu ditulis berdasarkan DSKP dan Perkembangan Psikologi Pembelajaran murid berumur 13 tahun atau 14 tahun. 2. Buku ini perlu mencetuskan minat murid dalam Sejarah dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mendalami mata pelajaran ini. 3. Kandungan ini perlu mencetuskan 3 perkara utama iaitu mencetuskan idea BAMPE, TOTAL dan SELAK 4. Kandungan buku ini dipersembahkan perlu bentuk mudah dan disokong dengan ilustrasi, komik, peta, gambar foto (3D), rajah, jadual dan carta. 5. LPG perlu disediakan dalam buku ini untuk merumus kesuluruhan konsep utama dalam bab tersebut CIRI-CIRI UTAMA BTST1
B A M P E T O T A L S K AL E D g i i tal e-book Multimed i a P ar t k si et nI ar ktif uB ku Teks D ig ital Pintar Buku Teks D gi ital P ni at r DK BAMPE TOTAL SELAK BAGAIMANA, APA, MENGAPA, PERISTIWA TOKOH, TARIKH, LOKASI SEBAB, LANGKAH, KESAN PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT)
CIKGU IRA JUGA AHLI ARKEOLOGI. BELIAU SERING MENGGALAKAN DINA, IKHWAN DAN IS MEMPELAJARI SEJARAH DENGAN CARA YANG MENYERONOKAN PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT) SETIAP BAB DIMULAI DENGAN EKPLORASI BAB DAN SOALAN TEROKA. INI BAGI MENCETUSKAN IDEA DAN MERANGSANG MINAT MURID. SETIAP SP PULA DIMULAI SOALA UTAMA BERKAITAN TOPIK YANG BAKAL DIPELAJARI. SETIAP UNIT AKAN DISOKONG DENGAN SKILL BUILDER (PEMBANGUNAN KEMAHIRAN) SEJARAH. * SOALAN TEROKA = ST * SOALAN UTAMA = SB * SKILL BUILDER = SU
DINA SUKA BELAJAR SEJARAH MENGGUNAKAN LPG, GAMBAR FOTO DAN VISUAL LAIN BAGI MENYEMAT NILAI PATRIOTISME DALAM DIRI UNTUK MEMACU KECEMERLANGAN DALAM KEHIDUPAN LPG UNTUK MERUMUS KESELURUHAN KONSEP UTAMA DALAM BAB TERSEBUT PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT)
Cik Is juga suka bercerita tentang suatu peristiwa sejarah yang sangat hebat dan fakta yang menakjubkan! SKILL BUILDER(SB) & AKSES PENGUJIAN Menjana Kemahiran Sejarah & Menguji pengusaan murid dan pelbagai aras soalan PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT)
IKHWAN RAKAN SEKELAS DINA. IKHWAN MEMINATI MATA PELAJARAN SEJARAH KERANA DIA DAPAT MENGENAL DIRI DAN MEMBINA JATI DIRI SEBAGAI ANAK MALAYSIA APLIKASI NILAI SEJARAH DALAM KEHIDUPAN MERUJUK KEPADA PENEKANAN TENTANG NILAI PATRIOISME DAN MEMBERI CONTOH SALAH SATU NILAI TERSEBUT DIAPLIKASI DAAM KEHIDUPAN HARIAN PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT)
PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS (PPBT) EKSPLORASI BAB MULA….. Fakta Yang menakjubkan Aksus Hibrid Kata Kunci : Google Map F 3D 3D MODEL EKSPLORASI MAYA
Tingkatan 1 Multimedia Praktis Interaktif
TAMADUN AWAL 5 DUNIA BAB EKSPLORASI BAB 1 4 Kenapa Belajar Tajuk ini…. Dimanakah lokasi serta teroka urutan waktu sejarah berkaitan Mesopotamia ? 2. Anda akan memahami sumbangan awal tamadun dunia. MESOPOTAMIA Huang He MULA….. Masyarakat dalam tamadun awal dunia ini membuktikan manusia mampu membina negara-kota dan hidup di bawah sistem berkerajaan yang menjadi asas kepada perkembangan tamadun manusia pada hari ini. 1. Anda akan mengenali empat lokasi pembentukan awal dunia Dimanakah lokasi serta teroka urutan waktu sejarah Huang He? ST : ST : Negara-Kota Ur Pahlawan terakota
2 3 MESIR PURBA LEMBAH INDUS Tahukah anda keempat-empat tamadun ini terletak di kawasan lembah sungai yang mempengaruhi perkembangan setiap tamadun tersebut. Interaksi manusia dengan cabaran alam sekitar telah membawa kepada peningkatan cara hidup. Jom kita teroka ….. Dimanakah lokasi serta teroka urutan waktu sejarah Mesir Purba ? Dimanakah lokasi serta teroka urutan waktu sejarah Lembah Indus ? ST : ST : Multimedia Tamadun Awal Dunia rujuk ms ……
5.1 SU: Dimanakah Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia ? Terdapat empat tamadun awal manusia di dunia, iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He (Hwang Ho) Untuk Pengetahuan kawan-kawan Keempatkeempat tamadun ini bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun awal dunia.. Kata Kunci : Sungai Jom Teroka
Kepentingan sungai kepada manusia pada masa itu ialah membekalkan air bagi tanaman, membuat kawasan petempatan dan menjadi alat perhubungan Lokasi keempat-empat tamadun tersebut dapat dilihat melalui peta di sebelah. Praktis Interaktif Tamadun Awal Dunia rujuk m/s: …..
SB: SKILL BUILDER ( PEMBINAAAN KEMAHIRAN) Hai kawan-kawan Mari kita membuat interpretasi sumbangan tamadun awal dunia terhadap masyarakat hari ini.
Perkembagnan Empat Tamadun Awal Dunia Fokus bacaan anda.. 1. Apakah maksud Mesopotamia? 2. Dimanakah lokasi Mesotamia 3. Bila wujud Kerajaan terawal Mesopotamia ? 4. Bagaimana mana Tamadun ini berkembang? 5. Tamadun in memberi kesan kepada wujud bandar. Jelaskan Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. Tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Mereka juga berjaya membina sistem perbandaran. BAMPE TOTAL SELAK Pertanian merupakan bahagian penting dalam budaya di Mesopotamia Tamadun ini telah berkembang dari petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 5,000 SM hingga 700 SM. Pada sekitar tahun 3,500 SM, wilayah Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Terdapat beberapa kerajaan dalam tamadun ini. Antaranya termasuklah Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldea dan Asyria. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3,500 SM dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang runtuh pada tahun 539 SM.
Pada hari ini, kawasan Mesopotamia melibatkan Iraq, Syria, Turki dan Iran termasuk kawasan sempadan Turki-Syria dan sempadan IranIraq. Wow, Lembah Bulan Sabit ! Bagaimanakah Lembah Bulan Sabit menyumbang kepada perkembanga n Tamadun Mesopotamia? Kawan-kawan boleh layari Internet. Di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates, terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung. Kawasan ini dipanggil Bulan Sabit Subur, iaitu terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi. Kawasan ini telah berkembang menjadi sebuah bandar yang besar. Struktur bandar ini dibina daripada tanah liat yang dijadikan bata. Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar. Binaannya berbentuk piramid yang dipanggil zigurat. Bagi tujuan pertahanan, dinding besar dibina mengelilingi setiap bandar. Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara-kota. Gambar di bawah menunjukkan pembentukan sebuah negara-kota dalam Tamadun Mesopotamia, iaitu Negara-Kota Ur. Negara-kota ini berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan. Penduduknya berjumlah 30,000 orang. Terletak di Sungai Euphrates berhampiran Teluk Parsi, Ur menjadi tempat pertemuan pedagang dari jauh seperti India.
SB: SKILL BUILDER ( PEMBINAAAN KEMAHIRAN) 1. Kumpulkan maklumat tentang kerajaan-Kerajaan yang terdapat dalam Tamadun Mesopotamia. 2. Adakah bandar ini bandar terancang? Berikan pendapat anda. 3. Sekiranya anda diberikan peluang merancang bandar, lakarkan bandar masa depan. Berdasarkan gambar Negara-Kota Ur, jawab soalan di bawah dengan membuat pembentangan secara berkumpulan:
Perkembagnan Empat Tamadun Awal Dunia Tamadun Mesir Purba Tamadun Mesir Purba terletak di lembah Sungai Nil. Mesir dianggap sebagai Hadiah Sungai Nil kerana LOKASI Sungai Nil membekalkan sumber makanan seperti ikan. Sungai Nil membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun dengan membawa lumpur hitamyang subur untuk pertanian Kawasan lembah terbesar di dunia ini menjadi kawasan subur dan berkembang menjadi negara-kota Sungai Nil menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan
Patung Firaun Mentuhotep II. Raja Narmer dalam batu kapur Patung Raja Ramses II di Mesir. Kerajaan Purba Mesir ini bermula dengan petempatan awal iaitu merupakan perkampungan petani pada 5000 SM. Kerajaan Purba mencapai kemuncak pada tahun 2650 SM Kerajaan Pertenganan bermula 2100-1650 SM meluas hingga ke Selatan Sungai Nil Zaman Kerajaan Ramses dikenali sebagai Kerajaan Baru Zaman kejatuhan bermula apabila Ramses II memerintah pada tahun 1279-1213 SM Wujud dua buah kerajaan, iaitu: Kerajaan Utara di hilir Sungai Nil merangkumi Lembah SungaiNil dan mempunyai suhu yang lebih sejuk. Kerajaan Selatan di hulu Sungai Nil merupakan kawasan luasberhadapan dengan padang pasir. Kedua-dua kerajaan ini disatukan pada tahun 3,100 SM oleh Raja Mennes yang menawan kerajaan Utara. Raja Mennes telah membuka bandar Memphis yang menjadi ibu kota kerajaan. Perkembangan dalam bidang ukiran dan kesusasteraan. Ibu kota kerajaan ialah Thebes. Faktor kegemilangan kerajaan ialah kekuatan raja, kestabilan, dan kemakmuran ekonomi. Mengadakan hubungan dagang dengan Nubia. Menggalakkan hubungan dagang menggunakan sungai. Namun, pedagang menghadapi ancaman penjahat. Raja menghantar tentera dan rakyat membina kubu di sepanjang Sungai Nil. Berjaya menguasai kota Nubia. Muncul apabila golongan bangsawan memerintah Mesir. Pemerintah digelar Firaun yang membentuk tentera yang kuat untuk mengalahkan serangan luar. Raja terkenal ialah Ramses yang membina banyak monumen berupa berhala Perkembangan Tamadun Meseir Purba Kerajaan Purba Kerajaan Pertengahan Kerajaan Baru TOKOH TOKOH TOKOH
Tamadun Indus Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Di bahagian barat laut India, terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad. Mereka telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus. Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem. Musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang membawa kemarau. Kedua-dua musim ini menyebabkan tanaman musnah. Banjir pula berlaku di luar jangkaan penduduk. Sungai kadang kala berubah arah aliran. Pusingan musim kering dan hujan pula tidak menentu. Cuaca kering dan keadaan kemarau ini menyebabkan kemusnahan tanaman. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan berlakunya banjir yang memusnahkan kawasan petempatan.
Binaan Bangunan Mohenjo-Daro ( Model 3D)KEJATUHAN TAMADUN INDUS 3D Terdapat dua buah bandar terancang terkenal yang dibina dalam tamadun ini, iaitu Mohenjo-Daro dan bandar Harappa. Pada masa ini, jurutera telah mencipta system paip dan pembentungan yang canggih. Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan. Ahli sejarah berusaha mencari sebab kemerosotan tamadun ini. Pada tahun 1970-an, ahli sejarah menemukan punca kemerosotan ini. Imej satelit menunjukkan terdapat pergerakan plat bumi yang menyebabkan berlakunya gempa bumi dan banjir. Selain itu, serangan orang Aryan mempercepat keruntuhan kerajaan Tamadun Indus. Perancangan bandar Harappa membuktikan penduduknya telah mencapai tahap tamadun yang tinggi. Kotanya dikelilingi oleh dinding bata yang tebal sepanjang 4.8 kilometer. Dinding ini dibina bagi mengelakkan banjir. Di dalam kota dibina benteng bagi melindungi keluarga diraja. Jalan raya dibina selebar 30 kaki. Dinding memisahkan daerah perumahan antara satu sama lain. Rumah pula pelbagai saiz, ada yang dibina setinggi tiga tingkat. akta Yang menakjubkan
TAMADUN HUANG HE Tamadun Huang He terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan Pasifik. Sungai Huang He atau dikenali juga sebagai Sungai Kuning terletak di kawasan utara negara China, manakala Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning. Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur. Seperti tamadun awal yang lain, sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Huang He. Masyarakat awal China telah membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan berburu di sepanjang Sungai Huang He. Penduduk di kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan keseluruhan kampung. Hal ini ditambah pula dengan kedudukan geografi tamadun ini yang terpencil, menyebabkan penduduk awal tamadun ini hanya dapat menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang dengan orang luar.
PERKEMBANGAN TAMADUN HUANG HE Tamadun Huang He telah bermula kira-kira 4,000 SM. Terdapat tiga kerajaan awal, iaitu Xia 2,205 – 1,766 SM, Shang 1,766 – 1,050 SM dan Zhou 1,050 – 256 SM. Perkembangan petempatan kerajaan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar Huang He, antaranya termasuklah Anyang. Bandar ini merupakan pusat Kerajaan Dinasti Shang. Semasa Dinasti Zhou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze. Antara aktiviti utama tamadun ini selain pertanian termasuklah membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran. Kemajuan aktiviti pertanian dalam tamadun ini telah membawa kepada penghasilan ciptaan daripada kayu dan logam yang digunakan sebagai peralatan pertanian. Tulang oracle ialah tulang haiwan, biasanya tulang bahu lembu atau bahagian bawah tempurung penyu, digunakan untuk ritual ramalan di China purba. Bertarikh pada dinasti Shang (c. 1600 – 1050 SM), ia mengandungi bentuk tulisan Cina yang paling awal dan masih wujud. barangan tertua yang disimpan di Perpustakaan British. 3D
AKSES HIBRID Multimedia Tamadun Awal Dunia Praktis Interaktif Tamadun Awal Dunia Akses Pemetaan Google (Google Map) Akses Bacaan Tambahan Tamadun Awal Dunia Buku Tamadun Awal Dunia Akses Latihan
IMBAS KEMBALI
AKSES PENTAKSIRAN
AKSES PENTAKSIRAN
APLIKASI NILAI SEJARAH DALAM KEHIDUPAN Kita patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha Masyarakat Tamadun Awal Dunia. Tanpa peralatan canggih mereka masih mampu mencipta pelbagai peralatan. Kegigihan, semangat berusaha dan daya kreativiti masyarakat Tamadun yang hebat itu perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan asing. Sejarah membuktikan bahawa keupayaan manusia berfikir sangat mempengaruhi kehidupan. Semangat inovasi dalam diri sangat perlu untuk memajukan diri dan membantu memajukan negara. Murid kini telah didedahkan dengan kemahiran mencipta denganm memasuki persatuan robotik di sekolah. Betul IKhwan, melalui aktiviti yang dijalankan oleh persatuanini semangat inovasi ditanamdalam jiwa pelajar denganharapan dapat memajukan diridan negara dengan ciptaanmereka pada masa depan. NILAI PATRITISME