The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YUSRI AMIR BAHASA, 2023-10-16 10:08:27

isu bukut eks sejarah tingkatan 4_1

isu bukut eks sejarah tingkatan 4_1

Tarikh: Oktober 2024 ISU BUKU TEKS SEJARAH KSSM TINGKATAN 4, EDISI 2019 YANG DIKEMUKAKAN OLEH GABUNGAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) KEPADA KPM https://www.moe.gov.my/en/corporate/divisions-and-units/ bahagian-sumber-dan-teknologi-pendidikan


A4 Pitch Deck Memaklumkan kepada YBM Isu Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 2 TUJUAN. Dibawa oleh Sekretariat NGO sebanyak tiga kali, iaitu : i. Pada 25 September 2020, YBhg. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam bersama-sama Gabungan NGO Melayu. ii. Pada 16 Februari 2023, dibawa semula oleh Sekretariat Tolak BST4 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Musa Hasan. iii.BSTP menerima semula isu yang sama daripada Pejabat Menteri Pendidikan pada 8 Ogos 2023 oleh pihak Sekretariat Menolak Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.


A4 Pitch Deck 3 LATAR BELAKANG Pada 25 September 2020, satu pembentangan tentang Isu, Dapatan dan Cadangan Penambahbaikan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 oleh Gabungan NGO Gabungan NGO Melayu ini telah mengemukakan tujuh isu Menerima beberapa salinan memorandum dan siaran akhbar daripada Unit Komunikasi Korporat


A4 Pitch Deck 4 TINDAKAN SUSULAN TINDAKAN SUSULAN ADUAN YANG DIBAWA OLEH DATIN PADUKA DATUK DR. RAMLAH ADAM BERSAMA-SAMA GABUNGAN NGO MELAYU Pada 6 hingga 7 Oktober 2020 telah diadakan bengkel kerja yang melibat Panel Pakar Rujuk, JKM DBP, Pensyarah Sejarah UA dan IPG, Wakil NGO dan pegawai-pegawai KPM 23 Jun 2021, Pra Sidang Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah KPM 8 – 9 Disember 2022, BSTP, BPK dan DBP telah melaksanakan semakan dan beberapa bengkel bagi meneliti cadangan daripada (NGO).


A4 Pitch Deck 5 TINDAKAN SUSULAN ISU DIBAWA SEMULA OLEH SEKRETARIAT TOLAK BST4 YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YBHG. TAN SRI MUSA HASAN. BSTP, KPM telah disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 10 Mac 2021. Siasatan itu bersabit dengan Sek. 6 Report: 1636/2021 berhubung dengan isu buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 yang dikatakan mempunyai fakta yang telah dimanipulasikan dan dikatakan terpesong daripada sejarah sebenar negara. BSTP, KPM telah memberikan kerjasama kepada pihak PDRM.


A4 Pitch Deck 6 TINDAKAN SUSULAN TINDAKAN SUSULAN ISU YANG SAMA IAITU PADA 8 OGOS 2023 OLEH PIHAK SEKRETARIAT MENOLAK BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4. Pada 13 hingga 14 September 2023, KPM telah melaksanakan Bengkel Kerja Semakan Bersama-sama Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah KPM sesi 2023-2027 di Bilik Mesyuarat Utama, aras 3, BSTP Cawangan Putrajaya.


A4 Pitch Deck 7 A4 PITCH DECK BSTP, KPM. PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN Berikutan ketiga-tiga aduan tersebut dimaklumkan terdapat tujuh Isu dan maklum balas berkaitan dengan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 yang dikemukakan dari aspek Kurikulum dan Buku Teks KPM


A4 Pitch Deck 8 ISU PERTAMA: PENDEKATAN PENULISAN Pendekatan Penulisan yang dikatakan skop penulisan, penghuraian dan fakta terlalu luas meliputi seluruh dunia dan memberatkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Misalnya, dalam `Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme’, Penulisan dilaksanakan berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah pada tahun 2012. Kandungan menepati keperluan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4, Fakta telah disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah yang dilantik oleh KPM.


A4 Pitch Deck 9 ISU KEDUA: NASIONALISME DAN PENDUDUKAN JEPUN Jawatankuasa Pakar Rujuk menjelaskan persoalan ini bertentangan dengan dapatan ramai ahli Sejarah yang berautoriti di Malaysia. (dibincangakan pada 6-7 Oktober di Putrajaya) Dikatakan Patut ada subtopik “Dasar Politik Jepun kepada Penduduk Tempatan”. Kedatangan Jepun dikatakan bukanlah menggalakkan nasionalisme Tanah Melayu, tetapi telah memperalatkan golongan radikal bagi pentadbirannya.


A4 Pitch Deck 10 ISU KETIGA: PARTI POLITIK DAN UMNO Dalam penulisan buku teks KSSM Sejarah, fakta berkaitan UMNO tidak diceritakan dalam satu bab khusus tetapi diceritakan mengikut kronologi peristiwa yang berkaitan dengan sejarah UMNO bermula dari penubuhan sehingga kini (rujuk halaman 105-106). Buku teks KSSM Sejarah ditulis sesuai dengan kandungan kurikulum, peruntukan halaman, pedagogi guru dan tahap penguasaan murid. Didapati banyak perkara yang cuba diketepikan dan disembunyikan dalam penghuraian sejarah politik Tanah Melayu, terutama antara tahun 1945 – 1948. `Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita’, adalah bahagian penting dalam sejarah Malaysia, terutama bagi sejarah nasionalisme dan politik orang Melayu, yang diwakili UMNO.. Maklumat Tambahan: Dalam buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 ditulis sebanyak 14 halaman terutama pada halaman 100 hingga 106, 126- 127, 132 hingga 137 yang menerangkan peranan orang Melayu dan UMNO dalam Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Berbanding buku teks KBSM Sejarah Tingkatan 3 hanya menceritakan dalam dua baris ayat sahaja (pada halaman 52) tentang tindakan Sir Harold Mc Michael dan hanya dalam 3 ayat di Tingkatan 5 (pada halaman 98). UMNO telah disebut sebanyak 50 kali di dalam buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 berrbanding hanya 38 kali dalam BT KBSM.


A4 Pitch Deck 11 ISU KEEMPAT: GOLONGAN RADIKAL Penulisan tentang golongan radikal adalah lebih banyak semasa penulisan buku teks KBSM Sejarah melibatkan 11 halaman, (YBhg. Datin Paduka Datuk Ramlah binti Adam sebagai penulis) berbanding hanya 4 halaman dalam buku teks KSSM Sejarah. Penulisan buku teks KBSM Sejarah, tajuk golongan radikal disusun secara tematik di Tingkatan 3 (2 halaman iaitu halaman 53-54) dan KBSM Sejarah Tingkatan 5 (9 halaman di halaman 54-59 dan 105, 106 dan 181). Terdapat penekanan yang salah dalam naratif sejarah Malaysia dalam buku teks ini. Dengan tidak memberikan penekanan kepada peranan UMNO, sebaliknya, hal yang sangat jelas diutarakan oleh Bab 4 buku teks ini ialah menonjolkan peranan golongan radikal dalam episod Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu 1946 – 1948. Bedasarkan Sarjana Prof. Dr. Ahmad Fawzi Abdul Hamid (USM) mejelaskan golongan radikal juga boleh juga dianggap Nasionalis kerana menyumbang ke arah kemerdekaan. (Terlibat dalam perbincangan bersama Pakar Rujuk Sejarah KPM pada 6-7 Oktober di Putrajaya)


A4 Pitch Deck 12 ISU KELIMA: PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) Penulisan buku teks tidak perlu menyentuh hal peribadi yang boleh mencetuskan polemik. Merujuk kepada Panduan Penulisan Buku Teks KPM, perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur negatif, subversif dan sensitif seperti isu perkauman, menyentuh tentang ras, agama dan sebagainya perlu dielakkan serta tidak dibenarkan dalam penulisan buku teks. Bab ini hanyalah membincangkan tentang ancaman komunis kepada rakyat dan negara dan bukannya menunjukan perjuangan komunis ke arah kemerdekaan. Selaras dengan Perkara 4.1.7 dalam Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum: Isu dan Dapatan: Peristiwa Hitam, menetapkan buku teks perlu memaparkan kekejaman komunis yang berlaku kepada murid. Penghuraian sokongan imigran dan parti politik dari Singapura dan Parti Komunis Malaya (PKM) dan usaha Tan Cheng Lock, mendapatkan kerakyatan bagi golongan imigran. . Pengagungan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) dalam Bab 6 adalah sangat menonjol. Walau pun tajuk bab ini ialah `Ancaman Komunis dan Pengistiharan Darurat”,


A4 Pitch Deck 13 ISU KEENAM: PILIHAN RAYA Fakta dalam buku teks KSSM Sejarah adalah dirujuk daripada maklumat pada laman web rasmi SPR dan pihak DBP juga telah merujuk dan mendapatkan pengesahan fakta kepada SPR sebelum mendapat kelulusan melalui rujukan surat S.P.R.100-10/10/2 (16) bertarikh 30 September 2019 untuk mengesahkan fakta yang terdapat pada muka surat 94 hingga 213). Kesilapan fakta yang jelas dalam Bab 8, sub-topik `Proses Pilihan Raya Pertama’. Pilihan Raya Umum pertama ialah PRU 1959, dan jika dikira sehingga hari ini Malaysia baharu mempunyai 14 kali pilihan raya umum. Naratif ini memberi makna dan fakta yang salah kepada para pelajar dan guru-guru.


A4 Pitch Deck 14 ISU KETUJUH: PERSEMBAHAN, ISTILAH DAN ILUSTRASI Buku teks KSSM Sejarah ini telah diteliti, disemak dan diperhalusi oleh beberapa jawatankuasa sebelum diberikan kelulusan oleh KPM. Kawalan Mutu Peringkat Pruf Muka Surat (PMS) dan Naskhah Sedia Kamera (NSK) di peringkat penerbitan DBP melibatkan panel yang terdiri daripada penggubal DSKP, ahli Persatuan Sejarah Malaysia dan pensyarah daripada IPG dan Universiti Awam serta guru mata pelajaran. Dalam tinjuan BSTP dikalangan guru didapati 91.97% bersetuju kandungan dapat dijelmakan dalam bentuk grafik yang menarik. Susun atur, ilustrasi dan penerangan serta gambar yang dikatakan tidak kena dan tidak sesuai untuk disajikan dalam buku teks Sejarah KPM


A4 Pitch Deck 15 MAKLUM BALAS DAN PANDANGAN BERKAITAN DENGAN ISU PANDANGAN YBHG. DATUK DR. KPPM DALAM PERBINCANGAN PADA 21 OKTOBER 2020 (DATUK DR. HABIBAH ABDUL RAHIM) YBhg. Datuk KPPM bersetuju dengan hasil dapatan BSTP, BPK dan Jawatankuasa Bengkel Kerja Penyemakan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 yang telah bersidang pada 6 hingga 7 Oktober 2020 bahawa: i. Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 ini tiada sebarang keraguan seperti tuduhan yang dilemparkan oleh Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu. ii.Buku teks ini masih relevan digunakan di sekolah sebagai sumber rujukan utama untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah. PANDANGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Hasil siasatan Polis - PDRM IPD Shah Alam – 11 November 2021 (ASP/G/16658 Tuan Shahzrin Shah bin Abdul Hanan – nombor aduan Sek.6 report: 1636/2021) Tiada sebarang unsur yang meragukan atau kesilapan pada buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4.


A4 Pitch Deck 16 PANDANGAN BSTP Penulisan adalah berdasarkan KSSM, iaitu DSKP mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 yang telah mendapat pengesahan pemetaan kurikulum Sejarah KSSM yang telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk KPM (Pengerusi Panel Pakar Rujuk YBhg. Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam) pada 6 Mac 2013 yang telah dipengerusikan oleh KPPM. Semua fakta dalam kandungan buku teks Sejarah adalah melalui proses SOP dan pengesahan fakta kandungan yang sangat ketat, BSTP berpandangan bahawa tiada penyelewengan fakta seperti yang telah didakwa oleh YBhg. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam Prof. Dr. Ramlah Pengerusi Pakar Rujuk (2012-2016)


A4 Pitch Deck 17 DSKP ini diteliti, disemak dan dikawal mutu serta mendapat kelulusan di peringkat KPM. PANDANGAN BPK BPK bersetuju dan sepakat dengan ahli Jawatankuasa Penyemakan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4 bahawa tiada sebarang isu yang boleh dikaitkan dengan tuduhan yang dilontarkan oleh Sekretariat Gabungan NGO Tolak BST4. Pemetaan kandungan dan dokumen DSKP telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh dua Panel Pakar Rujuk KPM bagi sesi 2012 hingga 2016 dan Panel Pakar Rujuk KPM bagi sesi 2017 hingga 2022. Prof. Dr. Ramlah Pengerusi Pakar Rujuk (2012-2016) Prof. Dr. Kamaruzaman Pengerusi Pakar Rujuk (2017-2022)


A4 Pitch Deck 18 PANDANGAN PENULIS DAN DBP DBP dan penulis sependapat dengan Jawatankuasa Penyemakan Semula Kurikulum dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 bahawa tiada sebarang isu yang boleh dikaitkan dengan tuduhan yang diutarakan oleh YBhg. Datin Paduka Datuk Ramlah Adam dan Gabungan NGO Melayu. Fakta telah dirujuk agensi berkaitan seperti Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Muzium Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia, SPR dan Persatuan Sejarah Malaysia.


A4 Pitch Deck 19 PANDANGAN PANEL PAKAR RUJUK PANDANGAN PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS SEJARAH KPM SESI 2023 HINGGA 2027 YANG BERSIDANG PADA 13 HINGGA 14 SEPTEMBER 2023 DI BSTP, KPM, PUTRAJAYA Setelah meneliti segala hujahan daripada Gabungan NGO Melayu, Jawatankuasa sebulat suara telah membuat keputusan bahawa isu yang dikemukakan adalah tafsiran atau andaian yang tidak berasas. Jawatankuasa sepakat menegaskan bahawa Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4, tiada sebarang keraguan seperti tuduhan yang dilemparkan dan buku teks ini masih relevan digunakan di sekolah sebagai sumber rujukan utama untuk PdP mata pelajaran Sejarah. Penghasilan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 akur dan menepati keperluan DSKP. 01 02


A4 Pitch Deck 20 Panel Pakar Rujuk Sejarah sebulat suara menolak laporan Sekretariat NGO . (Sila rujuk maklum balas pada Lampiran 1). Tiada sebarang isu kesilapan fakta dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dan ia masih relevan digunakan di sekolah. Hanya terdapat satu perbezaan sumber berkaitan isu Sultan Selangor menderma sebanyak $5000 kepada Kongres Melayu sedangkan terdapat pandangan menyatakan hanya $2000 sahaja. (Sila rujuk maklum balas pada Lampiran 1, No.34). DBP akan melaksanakan ralat pada cetakan akan datang, Kod QR buku teks dan buku teks digital. 03 04 PANDANGAN PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS SEJARAH KPM SESI 2023 HINGGA 2027 YANG BERSIDANG PADA 13 HINGGA 14 SEPTEMBER 2023 DI BSTP, KPM, PUTRAJAYA


A4 Pitch Deck 21 CADANGAN DAN SYOR JAWATANKUASA PENYEMAKAN KURIKULUM DAN BUKU TEKS KPM (SEMAKAN BUKU SEJARAH KSSM TINGKATAN 4) OLEH PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS SEJARAH SESI 2023 HINGGA 2027 Ahli mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Ishak Saat yang telah bersidang pada 13 hingga 14 September 2023, berpandangan tuduhan ini cenderung untuk mendatangkan keresahan dan menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia. Tuduhan ini boleh menjejaskan tujuan KSSM Sejarah, iaitu bermatlamat memberikan kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Malah, tuduhan ini juga boleh menjejaskan usaha memupuk identiti diri serta semangat setia negara sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah. Selain itu, tuduhan tersebut boleh membantutkan usaha kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cinta akan negara. KPM perlu mengekalkan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Kenyataan Media KPM pada 24 Februari 2021 dan kenyataan PDRM bahawa tiada sebarang unsur yang meragukan atau kesilapan pada buku teks Sejarah Tingkatan 4. 01 02 03


A4 Pitch Deck 22 CADANGAN DAN SYOR JAWATANKUASA PENYEMAKAN KURIKULUM DAN BUKU TEKS KPM (SEMAKAN BUKU SEJARAH KSSM TINGKATAN 4) OLEH PANEL PAKAR RUJUK KURIKULUM SEJARAH DAN BUKU TEKS SEJARAH SESI 2023 HINGGA 2027 Kebanyakan hujahan yang dibangkitkan oleh Gabungan NGO Melayu adalah melampaui tahap penguasaan dan pemahaman murid Tingkatan 4. Jawatankuasa mencadangkan supaya Penasihat Undang-undang KPM dan juga Penasihat Undang-undang DBP membuat satu kajian bagi mengambil langkah yang sewajarnya ke atas pihak yang berkenaan. Panel Pakar Rujuk berpandangan bahawa laporan ini perlu diserahkan secara rasmi kepada pihak Seketeriat NGO supaya mereka mendapat maklumat yang jelas tentang pandangan KPM. Sekiranya, masih ada lagi sebarang isu yang ditimbulkan maka penjelasan secara bersemuka bersama-sama Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejerah dan Buku Teks Sejarah KPM perlu diadakan bagi memberi penjelasan. 04 05 06


A4 Pitch Deck 23 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CONCLUSION RUMUSAN Kesalahan fakta dan lain-lain dalam Laporan Sekretariat Bantah Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, edisi 2019 adalah hanya berbentuk tafsiran, persepsi dan pandangan pengulas sahaja KPM juga berpegang pada hasil siasatan Polis “Tiada sebarang unsur yang meragukan atau kesilapan pada buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4”. Jawatankuasa sepakat menegaskan bahawa Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4, tiada sebarang keraguan seperti tuduhan yang dilemparkan dan buku teks ini dan masih relevan digunakan di sekolah sebagai sumber rujukan utama untuk PdP mata pelajaran Sejarah.


Click to View FlipBook Version