SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA JADI KAIN
Maksud: Usaha gigh yang berterusan akhirnya akan membawa kejayaan
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
Maksud: Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu pekerjaan itu
di pertengahan jalan sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL
LENGAN
Maksud: Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan
bersungguh-sungguh sehingga berjaya
BIDAN TERJUN
Maksud: Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana
desakan keadaan
TANGKAI JERING
Maksud: Sangat kedekut
BERDIRI SAMA TINGGI, DUDUK SAMA RENDAH
Maksud: Sama taraf atau darjat
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA
Maksud: Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha
SEPERTI EMBUN DI HUJUNG RUMPUT
Maksud: Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan
BAU-BAU BACANG
Maksud: Persaudaraan jauh
SEPERTI ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL
Maksud: Menerima sesuatu pada masa yang tepat