The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota ringkas mengenai topik dalam struktur penggal 2 Pengajian Am

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manisah ahmad, 2020-04-03 03:44:44

NOTA STRUKTUR PENGAJIAN AM PENGGAL 2

Nota ringkas mengenai topik dalam struktur penggal 2 Pengajian Am

Keywords: dasar

NOTA RINGKAS
BAHAGIAN A STRUKTUR

PENGAJIAN AM
(PENGGAL 2)

TOPIK 1

MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

 MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

CIRI/PETUNJUK MALAYSIA NEGARA MAJU***

1. Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
- Kemajuan teknologi dan keupayaan modal membolehkan masyarakat
memanfaatkan sumber alam secara optimum dan memanfaatkan sumber daya
alam sbg tenaga alternatif.

2. Dapat mengatasi masalah kependudukan
- Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi, pendapatan perkapita tinggi, peluang
pekerjaan dan ekonomi terbuka luas.

3. Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat
- Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi & tidak
terlalu bergantung kepada hasil pertanian.

4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
- Kualiti penduduk tinggi, produktiviti masyarakat tinggi akan meningkatan
pendapatan perkapita dan pendapatan Negara.

5. Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan
- Tidak bergantung kpd sumber alam sepenuhnya tetapi dgn pengetahuan dapat
menghasilkan produk daripada sumber alam.

6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
- Tahap kesedaran masyarakat tinggi utnuk memanfaatkan dan memelihara
prasarana.

7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang kesetaraan gender , dan
penghormatan terhadap hak asasi manusia
- Masyarakat memiliki disiplin yg tinggi, menghormati hak asasi manusia
termasuk golongan minority spt OKU dan warga emas.

STPM 1
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


8. Tingkat pendidikan tinggi
- Penduduk memiliki kesedaran tinggi terhadap kepentingan pendidikan dan
teknologi.

9. Tingkat pendapatan penduduk tinggi
- Kemajuan tingkat pendidikan dan penguasaan teknologi menjadikan tingkat
pendapatan penduduk tinggi.

10. Tingkat kesihatan tinggi

- Kesedaran masyarakat ttg kepentingan kesihatan tinggi, pembangunan prasarana
kesihatan berkualiti, angka kematian penduduk rendah, jangka hayat penduduk
tinggi, angkat kematian rendah.

(*hafal 5 sahaja)

PETUNJUK UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA NEGARA MAJU DGN
NEGARA MEMBANGUN

1. Taraf pendidikan
2. Jangka hayat penduduk
3. Kadar pengangguran
4. Kadar celik huruf dalam kalangan masyarakat
5. Kadar kelahiran dan kematian
6. Kadar penduduk miskin

LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

1. Melakukan penghantaran penghematan dan memperketat dan perbelanjaan
Negara

2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
3. Memperkukuh asas dan funda mental ekonomi Negara, serta mencipta bidang-

bidang pertumbuhan baru
4. Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit

terutama dalam bidang pelaburan akan menjadi lebih baik dan cepat
5. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan

prasarana rakyat seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, elektrik dan
penyediaan air bersih

KEPENTINGAN MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA***

1. Mensejahterakan dan membahagiakan rakyat/ Memberikan rakyat kehidupan
selesa

2. Meningkatkan taraf hidup rakyat
3. Meningkatkan jangka hayat rakyat/ Meningkatkan tahap kesihatan rakyat
4. Mewujudkan negara bahagia
5. Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi
6. Meningkatkan tahap pendidikan rakyat
7. Memberikan kehidupan yang aman dan harmoni

STPM 2
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


CARA/USAHA MALAYSIA UNTUK MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU

1. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat
2. Menjadikan industri dan perkhidmatan teras ekonomi Negara
3. Menyediakan kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
4. Meningkatkan taraf pendidikan Negara
5. Meningkatkan tingkat pendapatn rakyat
6. Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
7. Memanfaatkan sumber alam sepenuhnya
8. Mengatasi masalah kependudukan

USAHA KERAJAAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT

1. Meningkatkan kualiti pendidikan
2. Menambah baik taraf kesihatan rakyat
3. Meningkatkan kemudahan prasarana/ infrastruktur yang mencukupi
4. Memastikan keamanan dan keselamatan rakyat terjamin

HALANGAN MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

1. Rapuhnya perpaduan Negara, kesetiaan kepada Negara, keharmonian dan
toleransi warga Malaysia

2. Ketidaksediaan rakyat melakukan transformasi kehidupan sama ada dalam
bidang sosial, politik dan ekonomi

3. Kesukaran rakyat mengubah minda menjadi minda kelas pertama selaras
kemudahan yang disediakan

FAEDAH/ KESAN APABILA NEGARA MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU

1. Imbangan yang adil dalam profesion pekerjaan utama
2. Tahap perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti
3. Sistem pendidikan yang diiktiraf dunia
4. Terbentuknya modal insan kelas pertama
5. Keadilan ekonomi dalam masyarakat
6. Pendapatan perkapita yang tinggi
7. Kepelbagaian peluang ekonomi/ pekerjaan
8. Kadar kemiskinan rendah
9. Ekonomi yang berdaya saing

DASAR YANG BERKAITAN DENGAN TADBIR URUS NEGARA

1. Dasar Pandang ke Timur
2. Dasar Penswastaan
3. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan
4. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
5. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

STPM 3
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 IDEA WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

KONSEP RUKUN NEGARA
 Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi
masyarakat dan Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki
bersama-sama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
1. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu
2. Mewujudkan masyarakat yang adil
3. Membentuk masyarakat yang proaktif
4. Membentuk masyarakat yang liberal

CABARAN MEREALISASIKAN PRINSIP RUKUN NEGARA
1. Memastikan keharmonian negara berkekalan – terdapat pengaruh luar yang sering

cuba mengugat keamana negara
2. Memastikan perpaduan negara terus utuh – Rakyat yang mementingkan diri dan

tidak menjaga sensitiviti orang lain boleh mencetuakna rasa tidak puas hati dalam
kalangan rakyat
3. Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi – merupakan kunci keamanan Malaysia
dan rakyat tidak perlu mempersoalkannya
4. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama- Ajaran sesat,
liberalisasi dan ekstremis agama
5. Melahirkan masyarakat bermoral/ beretika – mewujudkan rasa saling menghormati
dan memahami
6. Mempertahankan kesucian perlembagaan – memberi perlindungan hak asasi setiap
rakyat

OBJEKTIF DAN MATLAMAT/HASRAT NEGARA MELALUI RUKUN
NEGARA***

1. Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran Negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
- Semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan ideologi mempunyai
peluang yang sama untuk menikmati kehidupan.

2. Memelihara cara hidup demokratik
- Rakyat boleh bersuara untuk menyatakan pandangan dengan menggunakan
saluran yang betul.

3. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
- membentuk bangsa yang bersatu padu dan mempunyai semangat kesetiaan
serta patriotik yang tinggi terhadap Negara.

4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak.

STPM 4
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


- Masyarakat bebas mengamalkan tradisi dan budaya masing-masing akhirnya
menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.

5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden
- membentuk bangsa yang celik IT dan mengikuti perkembangan teknologi
semasa.

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 Kepercayaan beragama yg betul menjadikan sesebuah Negara dan bangsa
berdaulat.
 Islam agama rasmi persekutuan, namun agama dan kepercayaan lain boleh
diamalkan dgn tenteram di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
warganegara atas alasan agama dilarang sama sekali.
 Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan sesuatu
bangsa dan Negara.

A. KESAN BERPEGANG KEPADA AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASING-
MASING
1. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan berakhlak tinggi
2. Jenayah semakin berkurangan/keselamatan Negara meningkat
3. Peningkatan jati diri dan keperibadian mulia
4. Perkembangan ekonomi pesat

B. CARA PRINSIP INI MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT
1. Menjadi benteng daripada tingkah laku yang negatif
2. Membantu masyarakat memikirkan bahawa mereka mempunyai amanah yg

besar
3. Memberi kekuatan untuk bersabar dalam melakukan sebarang tindakan
4. Melatih masyarakat supaya sentiasa bersyukur

C. KESAN JIKA PRINSIP INI KURANG DIHAYATI MASYARAKAT
1. Keharmonian hidup rakyat terjejas
2. Meruntuhkan jati diri rakyat
3. Luntur sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat
4. Berleluasanya masalah sosial
5. Kadar jenayah meningkat

D. KEPENTINGAN DALAM MENCEGAH BERLELUASA MASALAH SOSIAL

1. Menjadi benteng penghalang daripada melakukan perkara buruk @ dapat
membezakan perkara baik dan buruk.

2. Mewujudkan rasa bersyukur dengan situasi yang dihadapi
3. Menyatukan masyarakat dalam mengamalkan nilai yang baik
4. Mewujudkan kebergantungan kepada Tuhan ketika berdepan situasi genting
5. Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain @ menyayangi orang lain

STPM 5
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan
dgn YDPA sebagai ketua Negara.
 YDPA, Raja-raja dan Yang dipertua negeri merupakan lambang perpaduan
rakyat.
 Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas YDPA
dan raja yang memerintah negeri yg mereka bermastautin.

A. CARA MENUNJUKKAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

1. Meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan peribadi
2. Tidak menyebarkan berita palsu/ maklumat yang memburukkan Negara
3. Menyanjung institusi Raja berpelembagaan- YDPA ketua Negara
4. Menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera, jata Negara, lagu

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran @
kemuliaan perlembagaan Negara.
 Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan tertinggi yg melindungi
hak dan keistimewaan mereka sbg warganegara.
 Sumber rujukan bagi segala hal yg berkaitan dgn sistem pemerintahan,
perundangan dan hak sosio ekonomi rakyat.

A. KEPENTINGAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN***
1. Memelihara keamanan negara/ keharmonian/ keselamatan/ kesejahteraan
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa/ penyelewengan kuasa/ mewujudkan
pemerintahan yang adil
3. Perlembagaan menjadi panduan kepada pentadbiran negara
4. Perlembagaan menjadi rujukan kepada semua undang-undang negara
5. Perlembagaan menjadi asas penting menjamin kedaulatan negara
6. Perlembagaan menjamin hak asasi rakyat yang saksama dan adil

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 Setiap rakyat sama taraf disisi undang-undang dan undang-undang menjamin
kebebasan asasi semua warganegara Malaysia terjamin.
 Undang-undang diperlukan untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yg
aman, stabil dan makmur serta menjamin masyarakat bebas bergerak tanpa
sebarang kekacauan.

A. KESAN TIDAK MENGHORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
1. Keselamatan rakyat terancam (rakyat rasa tidak selamat akibat jenayah
meningkat)
2. Imej Negara terjejas
3. Kegiatan jenayah berleluasa

STPM 6
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


B. KEPENTINGAN MENGHORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

1. Menjamin keamanan masyarakat
2. Menjamin kesamarataan/ menghapuskan diskriminasi
3. Meningkatkan imej sistem kehakiman

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
 Membentuk warganegara yg bersopan santun dan bersusila selaras dgn kempen
budi bahasa dan nilai murni yg dijalankan sekarang.
 Sikap bersopan santun dan bersusila membentuk individu dan masyarakat yg
berdisiplin serta bermoral tinggi bagi mewujudkan sebuah masyarakat yg
harmoni.
 Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yg angkuh
atau menyinggung perasaan seseorang @ sesuatu golongan.

A. KEPENTINGAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN

1. Melambangkan keperibadian seseorang
2. Menerapkan nilai murni dan menjaga tutur kata
3. Mengawal diri dari memperkatakan isu sensitif
4. Menghindari dari mengambil tindakan berbentuk provokasi

B. KESAN JIKA PRINSIP INI TIDAK DIPUPUK DALAM DIRI RAKYAT

1. Hilang perasaan malu
2. Meruntuhkan nilai moral
3. Institusi keluarga terjejas
4. Berleluasanya pergaulan bebas
5. Wujud sikap mementingkan diri sendiri
6. Luntur nilai budaya dan adat resam
7. Pelanggaran batas agama berlaku
8. Hilang jati diri dan wawasan

PIHAK YANG BERPERANAN MEMPERKUKUH PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

1. Peranan kerajaan
2. Peranan Media massa
3. Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
4. Peranan Ibu bapa
5. Peranan Sekolah
6. Peranan pihak swasta

STPM 7
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


LANGKAH KERAJAAN MEMPERKUKUH PENGHAYATAN PRINSIP RUKUN
NEGARA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

7. Menubuhkan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah
- Memperkenalkan dan menyemai prinsip rukun negara dalam diri murid
untuk memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam
kehidupan mereka.

8. Menubuhkan sekretariat rukun negara di peringkat universiti
- memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan
mahasiswa terhadap kesedaran mengamalkan prinsip rukun negara dalam
kehidupan seharian.

CARA MEMUPUK KESEDARAN UNTUK MENGHAYATI PRINSIP RUKUN
NEGARA

1. Melalui Kempen Rukun Negara – Kempen Bersama Menghayati Rukun Negara
2. Melalui pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi – Penerapan prinsip rukun

negara dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral
3. Melalui media massa- Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan, artikel

atau program yg memberi kesedaran tentang kepentingan rukun negara
4. Melalui peranan ibu bapa- Bertanggungjawab mendidik dan memastikan anak-anak

memahami dan mematuhi prinsip rukun negara sejak kecil hingga dewasa.

STPM 8
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


TOPIK 2

IDEA, WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

 WAWASAN 2020

LATAR BELAKANG – satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

OBJEKTIF – menjadikan Malaysia negara maju dengan caranya yang tersendiri.

CABARAN MALAYSIA MENCAPAI NEGARA MAJU***

1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu
- Matlamat dikongsi bersama

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
- yakin terhadap diri/ bangga terhadap diri/tidak menyerah kalah/ dihormati oleh
negara lain

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
- mengamalkan persefahaman yang matang/ boleh dicontohi oleh negara lain

4. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur
- bebas mengamalkan adat, budaya dan kepercayaan masing-masing

5. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
- kukuh dalam nilai agama/mempunyai nilai etika yang tinggi

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
- daya perubahan yang tinggi/memandang kehadapan/ penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
- mengutamakan kepentingan masyarakat berbanding diri/ mementingkan sisitem
kekeluargaan yang kukuh

8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
-mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama

9. Mewujudkan masyarakat makmur
- mempunyai ekonomi yang berdaya saing/ berdaya tahan/ dinamik/giat
(*hafal 5 sahaja)

ISU YANG PERLU DIHADAPI MALAYSIA UNTUK MENCAPAI NEGARA
MAJU***

1. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
- Rakyat tidak diidentifikasikan melalui kaum @ keturunan. Rakyat
mempunyai satu pemikiran terhadap satu Negara dan bangsa.

2. Mewujudkan sebuah Negara Perindustrian
- Mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian dan
melahirkan masyarakat pencipta

3. Keadilan Ekonomi dan Sosial

STPM 9
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


- Memastikan setiap golongan masyarakat menerima bantuan dan tidak
tercicir. Konsep kesamarataan.

4. Pengamalan moral dan Etika
- Menekankan nilai-nilai moral dan etika untuk menjamin
kesejahteraan/keharmonian. Pengamalan nilai-nilai murni menjadi faktor
penghalang penyalahgunaan kemahiran dan kekayaan yang dimiliki.

5. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
- Kekuatan dan kemajuan bermula dalam institusi keluarga dan
masyarakat kerana masyarakat adalah asas pembinaan Negara. Keluarga
dan masyarakat mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan
pemimpin.

CIRI YANG PERLU ADA PADA MASYARAKAT MENJELANG TAHUN 2020

1. Masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh
2. Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
3. Masyarakat yang saintifik dan progresif
4. Masyarakat penyayang yang mengamalkan budaya menyayangi
5. Masyarakat yang demokrasi
6. Masyarakat yang bersatu padu
7. Masyarakat yang adil dan saksama
8. Masyarakat yang yakin pada diri sendiri

CIRI EKONOMI MALAYSIA SEBAGAI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
MENJELANG TAHUN 2020

1. Sektor perkhidmtan menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Negara
2. Penggunaan domestik menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Negara
3. Populasi di kawasan Bandar berkembang dan Malaysia sebuah Negara yang

bersifat Bandar
4. Tahap produktiviti tinggi

USAHA KERAJAAN MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN
TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

1. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan R&D
2. Menyediakan infrastruktur prasarana moden
3. Meningkatkan pelaburan tempatan dan asing
4. Membangunkan modal insan cemerlang

FAKTOR YANG DIAMBILKIRA KERAJAAN DALAM MERANCANG
PEMBANGUNAN NEGARA

1. Faktor kewangan
2. Faktor sumber manusia @ tenaga kerja
3. Faktor kestabilan politik

STPM 10
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

 Pelan Rangka Perspektif(OPP)
 Perancangan Jangka Sederhana
 Bajet Tahunan
 DASAR EKONOMI BARU(DEB)
 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN)
 DASAR WAWASAN NEGARA(DWN)
 MODEL BARU EKONOMI(MBE)

MODEL BARU EKONOMI (MBE)

Prinsip utama : -

 Ekonomi Berpendapatan Tinggi
 Kemampuan
 Keterangkuman(inclusive)

4 TONGGAK MBE DALAM TRANSFORMASI NEGARA BAGI MENCAPAI
WAWASAN 2020

1. 1Malaysia :Rakyat Didahulukan Pencapaian Dutamakan
2. Program Transformasi Kerajaan(PTK)
3. Program Transformasi Ekonomi(PTE)
4. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)(2011-2015) dan Rancangan Malaysia

ke-11.

CIRI EKONOMI NEGARA DALAM MBE UNTUK MEMASTIKAN MALAYSIA
TERUS BERDAYA SAING PADA TAHUN 2020

 Meluaskan pasaran
 Meningkatkan dan Memiliki Tadbir Urus yang Baik/ rapi
 Mengutamakan integrasi Serantau
 Memperbanyakkan Keusahawanan dan Berinovatif
 Meningkatkan inovasi
 Ekonomi Berpendapatan Tinggi
 Mapan
 Penyertaan menyeluruh semua gol.rakyat
 Semua rakyat akan dpt menikmati kemakmuran bersama

8 INISIATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK MBE

1. Menyuburkan kembali peranan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan
ekonomi

2. Membangunkan tenaga kerja yg berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kpd pekerja asing

3. Mewujudkan ekonomi domestik yg berdaya saing
4. Memperkukuhkan sektor awam
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yg telus dan mesra pasaran
6. Membina infrastruktur yg berasaskan pengetahuan
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
8. Memastikan pertumbuhan yang mapan

STPM 11
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 Dasar Ekonomi

Dasar Automotif Nasional (NAP)

Objektif

1. Memastikan pembangunan industri automotif terancang
2. Mewujudkan persekitaran pelaburan yg kondusif
3. Meningkatkan daya saing industri pembuat kenderaan berstatus nasional

melalui usahasama startegik.
4. Menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dlm bidang niche yg

mempunyai nilai tambah yg tinggi.
5. Meningkatkan penyertaan bumiputera yg berterusan dlm industri automotif.
6. Meningkatkan standard keselamatan bg menjamin keselamatan pengguna.

Dasar Pertanian Negara

Objektif
 DPN1(1984-1991)

-pertanian berasaskan eksport
-penekanan kepada dasar ekspansionari (mengutamakan tanaman komoditi
spt kelapa sawit dan koko).
 OBJEKTIF DPN2(1992-1997)
-penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan
-tumpuan kpd pembangunan industri asas tani
-pemodenan dan komersialisasi sektor pertanian (pembangunan pertanian utk
menghasilkan produk bermutu tinggi).
 OBJEKTIF DPN3(1998-2010)***
- memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima
-meningkatkan kualiti makanan
-mewujudkan sumber pertumbuhan baharu
PENDEKATAN DALAM DPN3
-perhutani
-berasaskan produk – Pendekatan kpd keperluan dan cita rasa pengguna serta
pasaran khusus di seluruh dunia.

STPM 12
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


CABARAN DASAR PERTANIAN NEGARA KE-3

-menjamin bekalan makanan yg mencukupi, selamat, bermutu tinggi pd harga
berpatutan.
-meningkatkan pelaburan swasta dlm pengeluaran makanan
-mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian
-merubah sektor pertanian kecil @ sector pekebun kecil
-memaksimakan penggunaan sumber yg terhad sedia ada

STRATEGI DPN3 MEMAKSIMAKAN SUMBANGAN SEKTOR PETANIAN

-Peningkatan sekuriti makanan
-Pengukuhan pertalian dengan sektor2 lain
-Memelihara dan menggunakan sumber2 asli secara mampan
-Peningkatan produktiviti dan daya saing sector pertanian

DASAR AGROMAKANAN (2011-2020)

OBJEKTIF
1. Jamin bekalan mencukupi dan selamat dimakan
2. Tingkatkan pendapatan kumpulan sasar
3. Sumbangan kepada pendapatan Negara

TERAS DASAR AGROMAKANAN
-kedayasaingan
-kemampanan

Teras Dasar Kedayasaingan
- Penerokaan pertanian bernilai tinggi
- Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
- Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan
- Pengukuhan R&D dan inovasi
- Pengukuhan rantaian bekalan agromakanan

Teras kemampanan
- Persediaan menghadapi impak perubahan iklim
- Perluasan amalan mesra alam
- Pembangunan sumber manusia berkualiti
- Pemakanan untuk kesihatan
- Pengurusan bahan sampingan/buangan

STPM 13
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 Dasar Jaminan Bekalan makanan (2008-2010)

Objektif

1. Meningkatkan pengeluaran sektor agro makanan
2. Bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
3. Pendapatan pengusaha pertanian setimpal bg menjamin pengeluaran bahan

makanan tidak merosot

Strategi Dasar Jaminan Bekalan Makanan

1. Peningkatan pengeluaran beras
2. Perwujudan stok penimbal beras
3. Pengeluaran dan produktiviti komoditi
4. Pengukuhan pasaran dan pengagihan
5. Program bumi hijau
6. Pengurusan tanah terbiar

 Pelan Induk Perindustrian ketiga (PIP3)

Objektif

PIP1-menyediakan asas sektor perkilangan sebagai penjana pertumbuhan
ekonomi

PIP2-mengukuhkan industri & meningkatkan nilai tambah dan produktivti

PIP3-menangani cabaran baru

LIMA TERAS PIP3

1.Meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan
2. Membangunkan kapasiti dan keupayaan sub sektor utama
3. Memperkukuhkan persekitaran perkhidmatan yg lebih kondusif bg pelaburan
4. Menjadikan Malaysia sbg pusat serantau bgi perkhidmatan terpilih
5.Memperkemaskan sokongan institusi dan penggalakkkan sub sektor yg

dikenalpasti

8 SUB SEKTOR PIP3

1. Perkhidmatan
2. Perniagaan dan profesional
3. Perdagangan, pengedaran
4. Pembinaan
5. Pendudukan dan latihan
6. Perkhidmatan penjagaan kesihatan
7. Perkhidmatan pelancongan
8. Teknologi maklumat dan komunikasi dan logistik

STPM 14
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

- merupakan asas utk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yg
pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa utk mencapai
wawasan 2020

Teras Pembangunan ekonomi dalam Pelan Rangka Perspektif Ketiga
(OPP3)
1. Membina asas tenaga kerja berpengetahuan – penyemakan semula sistem

pendidikan
2. Memperbanyakan inisiatif S&T dan R&D – memperkukuh sistem inovasi

negara
3. Mempercepatkan pembangunan infrastruktur – memudahkan pembangunan

ekonomi berasaskan pengetahuan
4. Menstrukturkan kewangan semula
5. Meningkatkan kandungan pengetahuan dlm sektor pertanian, pembuatan dan

perkhidmatan
6. Menggalakkan sektor swasta
7. Mengolah sektor awam semula – menjadi lebih cekap dlm penggunaan

perolehan dan pengurusan pengetahuan
8. Memupuk penggunaan pengetahuan yg beretika

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT

i) Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih
ii) Mengelakkan pergantungan pada barang-barang dan teknologi asing secara

berterusan.
iii) Mempelbagaikan dan memperkukuh eksport barang-barang Malaysia
iv) Mewujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang kejuruteraan dan

kemahiran.

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA***

CIRI SOGOSHOSHA

1. Mempunyai rangkaian antarabangsa.
2. Mengendalikan barang dagangan yg banyak.
3. Memainkan peranan utama dalam bidang perdagangan luar.

OBJEKTIF DASAR SOGOSHOSHA

1. Menggalakkan eskport tradisional bukan tradisional

2. Menggalakkan eksport bukan tradisional

3. Mengembangkan peluang2 antarabangsa

4. Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baharu

5. Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negeri

STPM 15
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


STRATEGI PELAKSANAAN SOGOSHOSHA MALAYSIA
1. Galakan Kredit – diberi kpd syarikat tempatan yg menghadapi masalah

kewangan utk melaksanakan eksport di luar negeri.
2. Galakan Cukai – galakan eksport dan lain2 pengecualian cukai di bawah AKta

Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais
1976.
3. Lain2 Galakan Serta Khidmat Sokongan – penglibatan pejabat perusahaan

perdagangan Malaysia di luar
negeri.

DASAR PENSWASTAAN MALAYSIA

Kesan pelaksanaan dasar penswastaan
1. Mengurangkan tanggungan dan beban kewangan kerajaan
2. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara
3. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat penswastaan serta

memenuhi keperluan pelanggan

DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

STRATEGI DASAR

1. Membaiki sistem dan organisasi
- Pembaikan dari segi objektif, strategi, tatacara kerja, sistem maklumat sistem

yg menghapuskan kelemahan organisasi
2. Menggunakan teknologi yang sesuai
- Penekanan terhadap pemindahan teknologi secara berkesan supaya negara

kurang bergantung pada sumber-sumber teknologi dari luar.
3. Menerapkan nilai-nilai baharu
- Penyemaian nilai-nilai dan etika kerja positif seperti dedikasi dalam seluruh

peringkat organisasi.

STPM 16
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


DASAR2 YANG DILAKSANAKAN TERDAHULU

DASAR PANDANG KE TIMUR

OBJEKTIF – Mengkaji dan memilih contoh amalan yg terbaik dari negara timur
spt Jepun dan Korea utk dicontohi supaya prestasi pengurusan dan
pembangunan sektor awam dpt dipertingkatkan.

- Mewujudkan nilai dan etika kerja yg positif

STRATEGI PELAKSANAAN

A) Perubahan struktur

- kad perakam waktu kerja, penggunaan tanda nama, penubuhan pasukan
Meningkat Mutu Kerja (QCC), Konsep pejabat terbuka, perkhidmatan kaunter/
perkhidmatan pembayaran bil setempat, Fail meja dan manual prosedur kerja.

B) Perubahan sikap

- Perkhidmatan cemerlang, Konsep bersih, cekap dan amanah (BCA) &
Kepimpinan melalui teladan.

C) Latihan dan kursus

- Latihan perindustrian dan teknikal, Program pengajian akademik, program
pengajian teknikal,Skim latihan pembangunan usahawan & Program kemajuan
eksekutif.

DASAR PENGURANGAN BEBAN PERBELANJAAN AWAM

OBJEKTIF – mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan

- mengurangkan defisit belanjawan

DASAR BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA

OBJEKTIF – Menghapuskan prasangka bahawa barang-barang buatan tempatan
tidak bermutu dan barangan import lebih bermutu

- Mengurangkan pengaliran wang negara melalui pertukaran wang
asing

- Memberi sokongan kepada pengusaha tempatan supaya dpt
menghasilkan barangan yg lebih bermutu utk dieksport

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

OBJEKTIF – Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan swasta

- Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara

sektor awam dan swasta

STPM 17
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

OBJEKTIF – Memupuk ciri-ciri kepimpinan yg bertanggungjawab dan berkesan
utk dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat.

- Mengubah sikap kakitangan kerajaan
- Mengukuhkan nilai-nilai murni
- Mempertingkatkan etika kerja
- Meninggikan daya pengeluaran negara

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

OBJEKTIF – Mewujudkan jentera pentadbiran awam yg cekap, bersih dan
amanah

- Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan negara
- Melahirkan masyarakat yg bertatatertib dan berdisiplin

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

OBJEKTIF – Membentuk sikap positif spt rajin bekerja, tekun, bersih, cekap,
amanah, dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil.

- Menghapuskan sikap negatif spt tidak bertanggungjawab, rasuah

a) Membentuk sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah,
dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil

b) Menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah, menyeleweng
dan menyalahgunakan kuasa

c) Mewujudkan sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah
d) Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi

 DASAR SOSIAL DAN BUDAYA

DASAR SOSIAL NEGARA

Menangani gejala sosial yang melanda negara pada masa sekarang.

Tujuan: Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial,
ekonomi dan teknologi.

OBJEKTIF/ STRATEGI DASAR SOSIAL NEGARA

1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga, masyarakat dipenuhi.
- keperluan asas, persekitaran fizikal, persekitaran sosial yang mencukupi dan sihat.

2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
- Memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta
kebolehan kendiri secara optimum tanpa membezakan kumpulan etnik, agama,
budaya dll

STPM 18
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


3. Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial.
- Memperkuatkan sistem sokongan sosial iaitu keluarga, komuniti, agama,
pendidikan dan organisasi sosial.

4. Menjana sinergi multisektor.
- Kerjasama dalam kalangan sector awam serta antara sektor awam dengan sektor
swasta perlu ditingkatkan.

DASAR SUKAN NEGARA***

Merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan
dan pembangunan sukan negara.

Sukan Massa (Sukan untuk Semua)

◦Tujuan: untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota
masyarakat.

◦Memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan
kendiri secara .optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap
peringkat kitaran hidup.

Sukan untuk Kecemerlangan

Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Pesekutuan
Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa bagi menentukan pemenang.

Rasional Dasar Sukan Negara

◦Di kaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

Peringkat Individu

 ◦Pembentukan sahsiah,kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan
semangat pertandingan

 ◦Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
 ◦Memanfaatkan masa senggang
 ◦Mengurangkan tekanan hidup
 ◦Interaksi sosial yang bermakna
 ◦Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

Peringkat Masyarakat

 ◦Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat
 ◦Mewujudkan suasana yang kondusif
 ◦Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti◦Mencegah jenayah

remaja dengan memanfaatkan masa lapang.

STPM 19
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Peringkat Negara

 ◦Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
 ◦Meningkatkan maruah bangsa dan negara di peringkat antarabangsa.
 ◦Memupuk persahabatan.

OBJEKTIF/ MATLAMAT DASAR SUKAN NEGARA ***

1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisplin dan bersatu padu melalui penyertaan
sukan di semua peringkat masyarakat.

2. Menyediakan peluang dan kemudahan sukan bagi memenuhi keperluan asasi sosial,
psikologi .dan fisiologi individu melalui sukan.

3. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi memastikan
kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang dalam
kalangan orang awam.

4. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yg tulen di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa serta meningkatkan imej negara.

MANFAAT DASAR SUKAN NEGARA

1. Melahirkan rakyat yang sihat – peningkatan tahap kesihatan melalui penyertaan
yang meluas dalam aktiviti sukan

2. Mewujudkan peluang pekerjaan/kerjaya – Melalui program pembangunan sukan dan
kejurulatihan serta urusniaga dalam bidang sukan.

3. Meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan – Melalui pendedahan daripada
jurulatih dan pakar dalam acara sukan.

4. Mewujudkan perpaduan- Penglibatan semua kaum dalam acara sukan mengeratkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat.

5. Pengisian masa senggang dengan aktiviti yang sihat – sukan dapat memanfaatkan
masa terluang dengan aktiviti berfaedah.

6. Hidup lebih tenang/ bebas stress- Sukan boleh mengurangkan tekanan hidup akibat
tekanan tempat kerja dsb.

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

Diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta
peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan lestari.

OBJEKTIF DASN

*Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.
*Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi
*Cara hidup, pola penggunaan yang lestari.
8 PRINSIP DASN

1. Pengawasan Alam Sekitar

2. Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam

3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar

4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli

5. Membuat Keputusan Bersepadu

20

STPM CIKGU MANIS PROP’S
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


6. Peranan Sektor Swasta
7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

LANGKAH KERAJAAN MENDIDIK MASYARAKAT MENJAYAKAN KEMPEN
CINTAI ALAM SEKITAR

1. Meningkatkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan masyarakat
2. Menyiarkan propaganda/dasar kerajaan melalui media massa
3. Mewajibkan pengasingan sisa pepejal dari rumah
4. Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
5. Mengalakkan penggunaan produk mesra alam
6. Memperkenalkan teknologi hijau

FAEDAH DINIKMATI RAKYAT

1. Meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi kesejahteraan alam sekitar
2. Menikmati alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif
3. Mendapat faedah daripada Program Bandar Lestari
4. Menikmati cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

a) Membentuk sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah, dedikasi,
berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil

b) Menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah, menyeleweng dan
menyalahgunakan kuasa

c) Mewujudkan sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah
d) Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi

RANCANGAN FISIKAL NEGARA (RFN)

*Pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan mengenai arah dan corak

pembangunan, .kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yang strategik (15-20 tahun)

*Merumuskan dasar-dasar stategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fisikal dan

..pemuliharaan .bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

*Diluluskan oleh Majlis Perancangan Fisikal Negara pada 26 April 2005.

*Di jadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan

dan negeri

Fungsi Rancangan Fizikal Negara

*Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi
negara.
*Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi
sektoral.
*Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
*Membentuk polisi perancangan fizikal.

STPM 21
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara
*Pembentukan kerangka spatial negara.
*Peningkatan daya saing ekonomi negara.
*Pemodenan sektor pertanian.
*Pengukuhan pembangunan pelancongan.
*Pengurusan petempatan manusia.
*Pemuliharaan sumber semulajadi dana lam sekitar.
*Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
*Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.

DASAR WANITA NEGARA

◦Membolehkan kaum wanita berkongsi dengan kaum lelaki dalam menerima faedah dan
peluang .pembangunan negara.

◦Membangunkan kaum wanita dengan mengintegrasikan mereka dalam sektor
pembanguann negara .selaras dengan kemampuan dan keperluan untuk meningkatkan
kualiti kehidupan.

Strategi Dasar Wanita Negara
*Mewujudkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan hal- ehwal wanita.
*Pertimbangan dan implikasi tehadap wanita diberi perhatian semasa menggubal dasar
dan tindakan .agensi kerajaan.
*Meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita.
*Meningkatkan bantuan dan penglibatan badan bukan kerajaan dalam persatuan
wanita.
*Mewujudkan dasar kesihatan keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita.
*Mempertingkatkan peranan wanita dalam pekerjaan.

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

IMPLIKASI POSITIF PELAKSANAAN DASAR KEPENDUDUKAN

1. Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi
2. Bekalan tenaga buruh tempatan mencukupi – mengurangkan pergantungan kepada

pekerja asing dalam perindustrian, pembinaan, perladangan dan perkhidmatan.
3. Pasaran tempatan luas – Penduduk atau sumber manusia yang ramai meluaskan

lagi pasaran dan meningkatkan kuasa beli.
4. Mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing
5. Pertahanan negara kuat/kukuh – wujud kestabilan politik kerana kepercayaan

rakyat kepada pemerintah dlm menguruskan pentadbiran negara.
6. Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan
7. Meningkatkan daya pengeluaran negara – pertambahan penduduk menyebabkan

permintaan terhadap barangan meningkat, maka pengeluaran produk barangan
meningkat.

STPM 22
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


IMPLIKASI NEGATIF PELAKSANAAN DASAR KEPENDUDUKAN

1. Kekurangan peluang pekerjaan – pengangguran berlaku
2. Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas terhadap

penduduk.
3. Kepadatan penduduk terutama di kawasan bandar
4. Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan
5. Masalah perumahan

 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 (PPPM)***

OBJEKTIF PELAKSANAAN PPPM

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian(ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun seterusnya sehingga tahun 2025

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi
permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi
perkhidmatan awam.

5 CIRI ASPIRASI UTAMA

1. Akses
2. Kualiti
3. Ekuiti
4. Perpaduan
5. Kecekapan

11 ANJAKAN UTAMA MENTRANSFORMASIKAN SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa

2. Memastikan setiap murid mahir dan fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris

STPM 23
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah

menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sector swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

9 BIDANG UTAMA YANG PERLU DICAPAI***

1. Memartabatkan profesion keguruan
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
5. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
6. Mengukuhkan penglibatah ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai

rakan kongsi dalam pendidikan (Program Sarana Sekolah)
7. Meningkatkan kesediaan murid merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan

pasaran kerja
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan

CIRI YG PERLU DIMILIKI PELAJAR AGAR BERUPAYA BERDAYA SAING DI
PERINGKAT GLOBAL***

1. Berpengetahuan – menguasai kemahiran literasi dan numerasi disamping subjek
teras seperti Sains dan Matematik.

2. Berkemahiran Berfikir- menguasai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian
masalah, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovatif.

3. Berkemahiran memimpin- menguasai kemahiran keusahawanan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi.

4. Beretika dan beragama kerohanian- membentuk individu penyayang yg
menyumbang kpd kesejahteraan negara.

5. Berkemahiran Dwibahasa- menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
6. Beridentiti kebangsaan/nasional

KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1. Pembangunan tenaga manusia
2. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
3. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
4. Permodenan dan reformasi sosial masyarakat
5. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
6. Pembangunan teknologi dan sains
7. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan

masyarakat

STPM 24
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

Perpaduan: satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara.

Peranan: Perpaduan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara.

Tanpa perpaduan: kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak akan
jadi kenyataan.

Membentuk perpaduan kaum: kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan.

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu

Integrasi: mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah

Asimilasi: satu proses kumpulan minoroti diasimilasiakan, perkahwinan campur

 Dasar-dasar Kerajaan dalam Membentuk Perpaduan/Bina negara Malaysia
yang bersatu padu

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan – Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
menggunakan kurikulum yg sama.

2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan – Kebudayaan Melayu dan kaum-kaum lain
diterima sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan

3. Dasar Sukan Negara – sukan merentas kaum dan wilayah, mengintegrasikan
pelbagai etnik kepada satu bangsa bersatu padu

4. Dasar Pembangunan Nasional – menetapkan langkah agar Malaysia mencapai taraf
negara maju dari segi kestabilan sosial, kecemerlangan ekonomi, kestabilan politik
dan kesejahteraan hidup.

5. Dasar Ekonomi Baru – membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat.

6. Dasar Integrasi Nasional – mewujudkan semangat patriotisme dan mengeratkan
silaturahim melalui pelbagai program

 Program Transformasi Ekonomi(PTE)

PTE dipacu oleh sektor swasta, merubah ekonomi Malaysia menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Projek PTE dibangunkan berteras kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),
berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
12 Bidang Ekonomi Utama Negara(NKEA)

1. Minyak,gas dan tenaga 25
2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan CIKGU MANIS PROP’S
4. Pelancongan SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
5. Pekhidmatan perniagaan
6. Elektrik dan elektronik
7. Pemborongan dan peruncitan
8. Pendidikan

STPM
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2)


9. Penjagaan kesihatan
10. Kandungan komunikasi dan infrastruktur
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang

Lima Koridor Pembangunan

1. Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak(SCORE)
2. Iskandar Malaysia WPI
3. Wilayah Ekonomi Koridor Utara(NCER)
4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER)
5. Koridor Pembangunan Sabah(SDC)

BELANJAWAN 2012

Lima fokus utama:

1. Meligat pelaburan
2. Mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi
3. Program Transformasi Luar Bandar( RTP)
4. Memperkejap perkhidmatan awam
5. Meredekan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat

BELANJAWAN 2013

Matlamat:

1. Kesejahteraan rakyat melalui peningkatan taraf hidup rakyat di seluruh negara
2. Rakyat mendapat perkhidmatan terbaik
3. Rakyat mendapat manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan

projek pembangunan
4. Memastikan pertumbuhan ekonomi mapan
5. Mengurangkan defisit fiskal negara melalui perbelnjaan berhemah
6. Fokus utama Bajet 2013
7. Merangsang aktiviti pelaburan
8. Memperkasa pendidikan dan latihan
9. Membudaya inovasi, meningkat produktiviti
10. Konsolidasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
11. Mensejahterakan rakyat

BAJET 2015

USAHA KERAJAAN MEREALISASIKAN HASRAT KE-7 - MENSEJAHTERA
RAKYAT

1. Bantuan persekolahan
2. Memperkukuh rantaian bekalan makanan
3. Pembangunan dan kebajikan nelayan
4. Mempertingkatan sistem pengangkutan awam

STPM 26
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


5. Bantuan khas pekebun kecil dan kelapa sawit
6. Kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat
7. Pemilikan rumah
8. Kemudahan dan infrastruktur luar Bandar
9. Keselamatan dan ketenteraman awam
10. Penambahbaikan perkhidmatan awam
11. Perumahan kepada penjawat awam

BAJET 2016

STRATEGI KERAJAAN MEREALISASIKAN HASRAT KE-7 - MENSEJAHTERA
KEHIDUPAN RAKYAT

1. Memperteguhkan ketahanan ekonomi negara
2. Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
3. Mempersiaga modal insan
4. Memperkasa agenda bumiputera
5. Meringankan kos sara hidup rakyat

 PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

Dirangka berdasarkan gagasan 1Malaysia .Mengariskan secara lebih
terperinci mengenai objektif, keberkesanan dan sel tindakan permulaan dalam
NKRA dan MKRA.Untuk menjayakan program ini,kerajaan dan pekhidmatan
awam perlulah saling bergantung dan melengkapi antara satu sama
lain,terumatanya dalam pelaksanaan program ini.

PTK dilaksanakan dlm 3 fasa,iaitu :

Fasa 1 ( 2010 – 2012 )

***Lebih kepada langkah menentukan perubahan & menyampaikan keberhasilan
dengan cepat.

Fasa 2 ( 2013 – 2015 )

***Dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan rakyat diharap semakin baik

***Ekonomi negara juga akan berkembang sejajar dengan matlamat model baru ekonomi
( MBE )

Fasa 3 ( 2015 – 2020 )

***Matlamat akan tercapai apabila rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran
lebih tinggi,dan juga kualiti perkhidmatan awam juga meningkat.

***Kesannya, rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta akan negara.

STPM 27
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA ( NKRA)

 Merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas
PRU12.

 Diperkenalkan oleh PM, pada 11.7.2009.
 Hala tuju NKRA, perancangan dan perlaksanaan selaras dengan rancangan

Malaysia ke-10.
 Lembaga pemendu NKRA akan diketuai oleh seorang pengerusi yang dilantik oleh

PM.
 Unit penyampai & pengerusan prestasi ( PEMANDU ) NKRA akan diketuai oleh

Ketua Eksekutif juga dilantik oleh PM.
 Setiap NKRA,seorang menteri dilantik sebagai ‘lead minister’/menteri pimpinan

bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.

Teras NKRA

7 Bidang tumpuan NKRA

 Mengurangkan jenayah - Kementerian Dalam Negeri
 Memerangi rasuah – Jabatan Perdana Menteri
 Meluaskan akses kpd pendidikan bermutu & termampu – Kementerian Pelajaran
 Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah – Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
 Memperkasakan prasarana luar bandar dan pendalaman – kementerian

kemajuan luar bandar dan wilayah.
 Menambah baik pengangkutan awam bandar – Kementerian Pengangkutan
 Menangani kos sara hidup

 Megurangkan jenayah - Kementerian Dalam Negeri
 Jenayah jalanan
 Keselamatan awam
 Peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan

 Memerangi rasuah – Jabatan Perdana Menteri
 Kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah
 Kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosuder,& penguatkuasaan yang

berkaitan.
 Kerajaan telahpun menaik taraf badan rasuah telah dinaik taraf menjadi SPRM

dgn bidang kuasa dan perundangan lebih efektif.

 Meluaskan akses kpd pendidikan bermutu & termampu – Kementerian
Pendidikan

 Mengiktiraf & memberi peluang kepada yaag terbaik & terbilang tanpa mengira
apa – apa foktor lain untuk melanjutkan pelajaran.

 Kerajaan mahu memastikan anak – anak bangsa dapat akses kepada pendidikan
& berkemampuan.

 Akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan terbaik.
 Menawarkan “new deal” atau bai’ah baru kpd sekolah - sekolah berasakan

pencapaian sekolah tesebut.

STPM 28
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 Juga menyediakan persekitaran pelajaran & pembelajaran yang kondusif serta
galakan kerjasama antara sektor awam & swasta.

 Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah –
Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat.

 Kerajaan bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar.
 Mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan raktyat,

malah juga tiba pada masa yang tepat.
 Berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita

melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

 Memperkasakan prasarana luar bandar & pendalaman – Kementerian
Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

 Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya, penyediaan bekalan elektrik, bekalan
air, serta perumahan rakyat luar bandar dan pendalaman.

 Kerajaan komited untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada
semua rakyat.

 Kerajaan juga bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik ke
seluruh negara.

 Kerajaan jugga berhasrat menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa
kepad golongan miskin.

 Menambahkan baik pengangkutan awam bandar – Kementerian
Pengangkutan

 Kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam
yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat.

 SPAD diwujudkan untuk menyelaskan usaha kepada keseluruhan sistem
pengangkutan awam.

Pelaksanaan NKRA

 PM akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA & KPI
tersebut.

 KPI akan diletakan kepada setiap 6 jurusan NKRA.
 Setiap NKRA akan dikenalpasti KPInya dengan sasaran khursusnya agar dapat

diukur.
 Berpandukan KPI ini, segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai sasaran

yang ditentukan dalam satu tempoh masa yang dijanjikan.
 Setiap minggu, PM akan berjumpa dengan ‘lead minister’ bagi menilai percapaian

KPI yang ditentukan.
 Anggota jemaah menteri yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak kecuali

daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan unutuk
mencapai KPI masing2, yang akan dinilai oleh PM setiap 6 bulan.
 Bengkel2 diwujudkan adalah bagi merangka,memperincikan & mencari
penyelesaian terhadap isu2 yang dibangkitkan. Ini untuk memastikan supaya
akhirnya rakyat akan memperoleh faedah.

STPM 29
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Tujuan perlaksanaan NKRA

 Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud dalam kalangan
pentadbiran & penjawat awam

 Memaklumkan kepada rakyat akan inisiatif, perancangan, hala tuju
pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan

 Memberi peluang kepada rakyat untuk memantau dan menilai pencapaian
sasaran program yang dirancangkan.

PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT (UTC)

TUJUAN PENUBUHAN PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT (UTC) DALAM
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)

1. Meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik
2. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara/manambah nilai ekonomi negara
3. Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan rasmi
4. Membolehkan penduduk Bandar akses perkhidmatan kerajaan
5. Menyediakan pelbagai pusat perkhidmatan kepada rakyat
6. Menyediakan kemudahan yang menyenangkan dan terkini buat rakyat
7. Memperbaiki perkhidmatan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat

 RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK 10)

10 PREMIS UTAMA BAGI MENTRANSFORMASIKAN NEGARA KE ARAH
NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI

1. Memacu ekonomi domestic dan kepekaan persekitaran luar negara
2. Memanfaatkan dan meluaskan faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen

kekayaan di arena antarbangsa
3. Mentransformasikan negara ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi

pengkhususan
4. Menjayakan pertumbuhan ekonomi diterajui oleh produktiviti dan inovasi
5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modul insan unggul
6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas
7. Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif
8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif
9. Menghargai khazanah alam sekitar
10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing

STPM 30
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


 RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK 11)

TERAS STRATEGI KERAJAAN DLM RMK 11 UNTUK MENJADIKAN
MALAYSIA NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020

1. Meningkatkan kesejahteraan rakyat
2. Meningkatkan modal insan untuk negara maju
3. Menuju kearah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya

tahan
4. Memperkasa pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan kemakmuran
5. Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
6. Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang sama

STPM 31
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


TOPIK 4

MALAYSIA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

Agama Dan Kepercayaan

Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)

 Langkah Mengatasi
 Mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan

kumpulan ini.
 Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan perlu duduk bersama-bersama

mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku anti-kemanusian ini.
 Menubuhkan satu badan kerajaan khusus untuk membimbing kumpulan ini dan

dibei dana yang mencukupi.

 Faktor Timbul sikap kurang sensitiviti Agamawan
 Kejahilan atau tiada pendedahan yang berterusan mengenai amalan dan budaya

beragama oleh penganut yang berlainan
 Kurangnya pendedahan mengenai amalan dan budaya keagamaan
 Kurangnya perbincangan soal etika perhubungan antara negara

EKONOMI

Industri Kecil dan Sederhana (terbahagi 3)

i. Industri Berskala Kecil : Segala tugas dilakukan pemilik dan dibantu oleh anggota
keluarga

ii. Industri Sederhana : Pekerja diantara 50-199 orang
iii. Industri Berskala Besar : Pekerja 200 orang ke atas

Peranan dan Sumbangan IKS

i. Penggenapan kepada industri besar
ii. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
iii. Mempercepat kadar peluang pekerjaan
iv. Pemindahan teknologi
v. Membantu mengurangkan kadar inflasi
vi. Mewujudkan kepakaran tradisional
vii. Meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi negara

Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi

i. Kekurangan modal
ii. Persaingan tenaga kerja
iii. Persaingan pasaran
iv. Kekurangan penggunaan teknologi
v. Hubungan intra-industri
vi. Kehadiran IKS dari negara asing

STPM 32
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Langkah Mengatasi Masalah

i. Mewujudkan konsep rantaian
ii. Membuka pasaran baru untuk pasaran
iii. Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi
iv. Penggunaan teknologi
v. Penawaran insentif
vi. Memberi tumpuan sampingan

INDUSTRI KRAF TANGAN

Masalah yang dihadapi

 Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja
 Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur
 Masalah perbandanan kemajuan kraftangan Malaysia (PKKM)

Langkah Mengatasi Masalah Industri Kraf Tangan

 Menubuhkan perbadanan kemajuan kraf tangan kerajaan
 Meluaskan pasaran dan program latihan
 Menggiatkan penyelidikan dan pembangunan
 Memberi bantuan kewangan atau modal
 Mengubah sikap atau mentransformasikan pengusaha

INDUSTRI MAKANAN

Tiga faktor mendorong permintaan

i. Perubahan pendapatan boleh guna
ii. Perubahan permintaan
iii. Liberalisasi perdagangan dunia

Langkah Menjadikan Malaysia Sebagai Pusat Pengeluaran Makanan

i. Menambah baik sumber manusia dan teknologi
ii. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
iii. Mengeluarkan dan megeksport produk yang mempunyai nilai yang tinggi serta

produk khusus
iv. Mengamalkan standard kualiti

Untuk Mencapai Sasaran, Tujuh Teras Strategik telah dikenal pasti

1. Memastikan bekalan bahan mentah
2. Memperluas dan mempelbagai aktiviti memproses makanan serta mempromosi

pertumbuhan bidang sasaran
3. Meningkatkan rangkaian sektoral dan khidmat sokongan
4. Meningkatkan R&D
5. Memperkukuhkan daya saing
6. Mengkuhkan sokongan institusi dan sistem penyampain
7. Mengukuhkan pembangunan manusia

STPM 33
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


INDUSTRI MAKANAN HALAL

Merangkumi

o Makanan
o Produk bukan makanan seperti farmaseutikal dan kosmetik
o Serta perkhidmatan, termasuk logistik, pelancongan dan pemasaran

Teras Strategik hub halal

o Untuk meningkatkan kesedaran mengenai Malaysia sebagai pusat produk dan
perkhidmatan halal

o Menguruskan persaingan
o Menggunakan kelebihan dalam pelaburan keluar untuk mendapat akses kepada

bahan mentah
o Meningkatkan R&D

PRASARANA

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM - satu perkhidmatan yang boleh dikongsi antara
pengguna dan menawarkan perkhidmatan berjadual tetap

CABARAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

1. Pengguna tidak yakin dengan perkhidmatan yang disediakan.
2. Belaku kelewatan dan pembatalan perjalanan yang tidak konsisten.
3. Tidak mempunyai jadual atau jadual yang ada telah luput tarikh kuat kuasa.
4. Kekerapan perjalanan bas yang terlalu lama dan laluan yang tidak menyeluruh
5. ke kawasan komersial atau kediaman.
6. Tahap keselamatan penumpang kurang diberi keutamaan berpunca daripada
7. sikap pemandu yang memandu laju.
8. Kurang kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU).
9. Bilangan penumpang dalam setiap perjalanan terlalu ramai dan kurang tempat
10. duduk.

PENYELESAIAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

o penambahbaikan sistem pengangkutan awam terutama di bandar utama
o merancang dasar dan mengawal selia, mengenal pasti kelemahan sistem

pengangkutan awam
o kebolehpercayaan rakyat terhadap ketepatan masa

TENAGA

SUMBER TENAGA ELEKTRIK – minyak, gas, arang batu

 KESAN TENAGA ELEKTRIK
1. mengurangkan sumber-sumber spt minyak, gas, arang batu dan lain-lain.
2. menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan
3. kesan ‘global warming’ dan hujan asid
4. memusnahkan organisma akuatik.

STPM 34
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


KEGUNAAN TENAGA NUKLEAR

 Bidang perubatan
 Bidang pertanian
 Sektor perindustrian
 Tenaga alternatif yang baik

KEBURUKAN TENAGA NUKLEAR

 Mengancam kesihatan manusia
 Kesan somatic
 Kesan genetik
 Keselamatan dunia terancam

MASALAH BEKALAN AIR NEGARA

 tiada program pengawalan kebocoran secara aktif.
 pelaksanaan sistem bekalan air tidak bersistematik.
 peruntukan penyelenggaraan kecil.
 kurang pekerja atau kakitangan mahir dan cekap.

PUNCA KRISIS AIR

1. kemarau panjang fenomena el nino.
2. Kemusnahan tadahan air hujan akibat aktiviti pembalakan yang tidak terancang.
3. Aktiviti pembangunan fizikal dan infrastruktur
4. Penggunaan paip lama daripada cast iron dan simen asbestos
5. pemasangan sistem perpaipan yang kurang lengkap.
6. sisa buangan domestik dan kilang.
7. Kelemahan dalam kaedah perawatan air di Loji Rawatan Air (LRA)

PENYELESAIAN MASALAH BEKALAN AIR

1. Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
2. Mempertingkatkan Sistem Pembekalan Air dengan memberi tumpuan khas
3. Meningkatkan kualiti dan sistem bekalan air yang terjamin
4. Melaksanakan projek utama seperti Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri

dari Pahang ke Selangor
5. Meningkatkan liputan menyeluruh bekalan air ke semua kawasan luar bandar di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
6. Meningkatkan penggunaan logistik yang sesuai digunakan dalam jangka masa

tertentu.
7. Mencari sumber air alternatif dengan meneroka air bawah tanah.
8. Memantapkan penguatkuasaan dan pemulihan rangkaian pengagihan
9. Mengekalkan kawasan tadahan dan sumber bekalan air bersih dan berkualiti

kepada penduduk.

STPM 35
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


SOSIAL DAN BUDAYA

Peranan Pendidik Teknik & Vokasional

-memastikan keperluan tenaga kerja Negara dapat dipenuhi

 Cabaran dalan pendidikan teknik & vokasional :

-Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.

-Memperkasakan pendidikan & vokasional.

-Menghadapi arus perubahan semasa.

 Langkah untuk memantapkan pendidikan teknik & vokasional :

-Memantapkan peranan pendidik.

-Menstrukturkan kurikulum pendidikan teknik & vokasional.

-Sistem penilaian yang berkesan.

Pendidikan bertaraf dunia

1. Cabaran kearah pendidikan bertaraf dunia

-penghijrahan pensyarah

-dominasi jantina dalam profesion perguruan

- peperiksaan mengikut keupayaan

2. Langkah menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia

-mengkorporat universiti
-mereformasi pelbagai aspek pendidikan
-mengubah sistem pendidikan
-menggreadkan universiti
-melonggarkan sistem pendidikan
- mengatasi masalah penghijrahan pensyarah
-memperbaiki sistem peperiksaan

Masalah Remaja 2. Cara mengatasi masalah sosial

1. Punca masalah remaja -peranan ibu bapa
-pendekatan akademik dan kokurikulum
-faktor keluarga -meperkasakan penguatkuasaan undang2
-pengaruh persekitaran -peranan guru kaunseling
-pengaruh media massa - mewujudkan sistem perundangan di sekolah
-pengaruh di sekolah

STPM 36
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Ekologi

Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semula
jadi atau bukan semula jadi ke dalam persekitaran, sehingga merosakkan
sebahagian atau keseluruhan ekosistem.

Jenis-jenis pencemaran

Pencemaran Air

 ◦ Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
 Kilang-kilang membuang sisa toksik organik dan tak organik ke dalam parit dan

seterusnya ke dalam sungai.
 Bahan buangan seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa asid menyebabkan

keracunan kepada hidupan sungai dan laut.
 Pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan racun makhluk perosak ke

dalam sungai dan tasik.

Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada kepekatan
yang dapat menganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Pencemaran udara
mungkin boleh memberi kesan kepada kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia
ataupun harta benda.

Pencemaran Tanah

Tumpahan minyak dan sisa kimia menyebabkan tanah menjadi tidak sesuai untuk
tumbuhan hidup atau ianya terjejas di kawasan tersebut. Contohnya tumpahan minyak
di kawasan padang, menyebabkan rumput tidak boleh hidup.

Hakisan tanah akibat pengondolan bukit.

Pencemaran Bunyi

 Bunyi bising kenderaan 24 jam seperti di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur dan di
lebuh raya-lebuh raya.

 Bunyi bising dari kilang dan kuari.

Pencemaran Sinaran

 Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak penglihatan
rendah dan fotosintesis kurang berkesan.

 Pencemaran radioaktif seperti letupan kilang radioaktif.
 Pembinaan bangunan yang tinggi menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke

tanah, pokok tidak boleh berfotosintesis.

STPM 37
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Pencemaran Haba

Pencemaran haba merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh peningkatan suhu
terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran terma akan mengubah suhu air
dan udara yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik.

Punca Pencemaran

Kenderaan dan jana kuasa

o Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan jana kuasa yang tidak sempurna
menghasilkan gas karbon monoksida dan plumbum.

o Industri perkilangan
o Pencemaran akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam

sungai dan tasik.
o Contohnya pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik

dan sebagainya.

Industri pertanian

Pencemaran akibat aktiviti pertanian, sama ada yang disebabkan oleh hasil buangan
cecair atau pepejal, seperti aliran air yang bercampur dengan racun makhluk perosak,
baja dan sisa makanan, najis haiwan dan sisa makanan atau hakisan serta debu daripada
pembajakan.

Punca Pencemaran

o Kenderaan dan jana kuasa
o Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan jana kuasa yang tidak sempurna

menghasilkan gas karbon monoksida dan plumbum.
o Industri perkilangan
o Pencemaran akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam

sungai dan tasik.
o Contohnya pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik

dan sebagainya.

Industri perkapalan

o Tumpuhan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna.
o Pembakaran terbuka
o Pembakaran terbuka untuk aktiviti pertanian dan pembangunan.
o Pembakaran terbuka membakar sampah sarap.

Kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau adalah kesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang
cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan
tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara terutamanya oleh karbon
dioksida.

Karbon dioksida di atmosfera bertindak sebagai kaca di dalam rumah hijau. Kaca
menukarkan jarak gelombang cahaya yang memasuki rumah kaca menjadi semakin

STPM 38
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


memanjang dan membebaskan haba dalam rumah kaca dan memerangkap haba
tersebut.

Kesan Pencemaran

Masalah kesihatan

Pembakaran bahan api tak sempurna pada kenderaan menghasilkan gas karbon
monoksida (CO) mengganggu proses respirasi.

Pembakaran hutan mengakibatkan jerebu mendatangkan penyakit “cronik bronchitis”

Masalah alam sekitar

Jerebu mengakibatkan sinaran matahari terjejas mengurangkan kecekapan fotosintesis
sehingga menjejaskan pengeluaran hasil pertanian jerebu menyebabkan indeks
pencemaran udara tinggi sehingga menyukarkan penglihatan lalu menyebabkan
kemalangan jalan raya.

Kesan rumah hijau dan perubahan cuaca dan aras laut

o Aras laut meningkat, banyak kawasan akan tenggelam.
o Perubahan cuaca jadi tidak menentu.

Kesan pencemaran kepada kesihatan manusia

Alergi

Terutamanya kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap debu, bulu-bulu halus, bahan
kimia terutamanya jenis sintetik lalu menyebabkan kesan alergi seperti bersin, mata
gatal dan hidung berair.

Beguk

Iodin dalam makanan boleh menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid di leher.

Cacat

Racun makhluk perosak, pengganggu endokrin, logam berat, pencemar organik, dan lain-
lain boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pembiakan manusia lalu menyebabkan
kecacatan fizikal dan neurologi pada kanak-kanak baru lahir atau setelah meningkat
dewasa.

Penyakit jantung

Gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, minum alkohol boleh menyebabkan
penyakit jantung

Kelemahan sistem Imunisasi

Kelemahan sistem ini menyebabkan badan mudah mendapat penyakit. Biasanya
disebabkan oleh pencemar organik kekal, pengganggu endokrin dan lain-lain.

STPM 39
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Keracunan Plumbum

Keracunan ini ditunjukkan oleh tanda dan simptom seperti sakit kepala, kekejangan
otot, sawan, kesukaran belajar dan juga boleh menyebabkan kematian. Biasanya
terdapat dalam cat, alat tulis, air yang tercemar oleh sisa industri.

Kerosakan Sistem saraf

Boleh berlaku akibat terdedah kepada kimia seperti racun makhluk perosak, logam
berat, pelarut organik.

Tumbuhan beracun

Terdapat pelbagai tumbuhan beracun di Malaysia yang mampu memberi kesan kepada
kesihatan manusia. Ada antara tumbuhan ini dijadikan hiasan laman dan di dalam
rumah.

Pemanasan Global.

Maksud: peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global yang
disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi.

Punca- punca pemanasan global

1. Penebangan hutan secara tidak terkawal
2. Pencemaran industri
3. Pembakaran bahan api fosil secara berleluasa telah meningkatkan suhu bumi.
4. Penipisan lapisan ozon oleh bahan CFC

Kesan pemanasan global
1. Peningkatan suhu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air

laut.hal ini boleh menyebabkan berlaku banjir besar dan menyebabkan kawasan
kepulauan kecil akan tenggelam.
2. Peningkatan aras air laut mampu menghasilkan gelombang yg mengancam pantai
dan pemusnahan zon penampan paya bakau yang menyebabkan kemusnahan
habitat asli hidupan akuatik.
3. Boleh menyumbang kepada masalah kesihatan dan kematian kerana tekanan cuaca
panas.
4. Menggiatkan kesan el-nino
5. Kehilangan khazanah bumi dan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat
menikmati keindahan semula jadi bumi.
6. Pemanasan global boleh menjejaskan sektor pertanian.

Biodiversiti

Biodiversiti bermaksud keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari
daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan
sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk dalam kelompok spesis dan
antara spesis dan ekosistemnya.

Masalah dan cabaran biodiversiti

STPM 40
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


1. Kegiatan pembangunan dan eksploitasi ekonomi oleh manusia telah mengubah dan
sekaligus menghapuskan habitat keseimbangan biodiversiti.

2. Kerakusan penerokaan hutan khasnya Hutan Hujan khatulistiwa dan Hutan Tropika
dengan tujuan mengaut keuntungan juga menjejaskan biodiversiti.

3. Penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan
sebagainya untuk tujuan pembangunan bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti
dunia.

4. Perubahan iklim dunia dan faktor semula jadi seperti bencana alam juga merupakan
cabaran bagi pengekalan biodiversiti dunia.cth spt tanah runtuh, banjir, kemarau.

5. Sikap pengguna yang menggunakan sumber biologi secara tidak lestari atau tidak
mesra alam spt pembalakan, menjadi agenda kepupusan kepelbagaian biodiversiti.

Langkah untuk memelihara biodiversiti

1. mengadakan bengkel mengenai pengurusan biodiversiti untuk memberikan
maklumat dan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan
biodiversiti.

2. menggalakkan dan memperbanyakan penubuhan pusat penyelidikan dan
pembangunan (R&D).cth Taman Teknologi Malaysia sedang giat menjalankan kajian
terhadap potensi-potensi yangboleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara.

3. mengetatkan kawalan dan melakukan pemantauan yang telus.pembalakan dan
pemburuan haram perlu dikawal seketatnya.

Kepentingan biodiversiti.

1. Mengekalkan kitaran hidrologi kerana hiupan semula jadi berfungsi sebagai
penyerap.

2. Mengawal banjir dan kejadian bencana alam lain.
3. Menyederhanakan suhu.
4. Menghasilkan oksigen untuk respirasi dan pernafasan.
5. Menyumbang kepada bidang perubatan dan ekonomi.

Masalah Memajukan Tenaga Alternatif

1. Tahap teknologi yang rendah
2. Modal besar
3. Kekurangan Buruh Mahir
4. Saiz Pasaran Yang Kecil

TEKNOLOGI HIJAU 41
TEKNOLOGI LASER
Sumbangan Teknologi Laser CIKGU MANIS PROP’S
1. Perubatan SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
2. Hiburan

STPM
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2)


3. Bidang perniagaan
4. Keselamatan
5. Percetakan
6. Informasi dan teknologi maklumat

INTEGRASI DAN PERPADUAN

Punca Halangan

1. Sikap masyarakat
2. Budaya yang berbeza
3. Pemisahan fizikal
4. Kefahaman yang rendah

Langkah Memantapkan Perpaduan

1. Melalui pendidikan
2. Melalui kerjasama politik
3. Dasar ekonomyang adil
4. Dasar sosial dan budaya yang berkesan

STPM 42
PENGAJIAN AM (PENGGAL 2) CIKGU MANIS PROP’S

SMK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU


Click to View FlipBook Version