The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONVENSYEN BERLANGSUNG DI BERJAYA HOTEL, P. PINANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafikah saidin, 2019-09-13 12:33:25

KONVENSYEN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI KE 10

KONVENSYEN BERLANGSUNG DI BERJAYA HOTEL, P. PINANG

Keywords: KONVENSYEN,PENYELIDIKAN,PENDIDIKAN

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan
Kali ke-10

13 September 2019 (Jumaat)

PENDAFTARAN

Bermula seawal jam 1

tengahari, para urusetia dan

peserta Konvensyen

Penyelidikan Pendidikan ke

10 telah mula mendaftarkan

diri di Tingkat 2, Hotel

Berjaya, Pulau Pinang.

Biarpun ada yang masih letih kerana jarak perjalanan
yang agak jauh, kesemua peserta kelihatan ceria dan
bersemangat untuk membentang hasil kajian mereka di
konvensyen yang berprestij ini. Jumlah peserta pada
konvensyen kali ini adalah seramai 67 orang peserta.

Taklimat Bersama Peserta

Satu taklimat bersama peserta Konvensyen
Penyelidikan Pendidikan ke 10 telah diadakan pada
pukul 5.30 petang, bertempat di Bilik Berjaya 3.
Taklimat ini telah diberikan oleh Timbalan Pengarah
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang iaitu Puan Latiza Bt
A. Latif.

Selain daripada mengalu-

alukan kedatangan para

peserta, taklimat ini juga

bertujuan untuk memberitahu

dengan lebih lanjut tentang

perjalanan majlis dan jadual

program sepanjang

konvensyen ini berlangsung.

Pembentangan Lisan Sesi 1

Pada pukul 8.30 malam, telah berlangsung Pembentangan Lisan sesi 1.
Pembentangan berjalan serentak di dalam empat bilik pembentangan iaitu Bilik
Berjaya 2, Bilik Berjaya 3, Cardamom dan Coriander.

Bagi pembentangan sesi ini, 16 orang pembentang telah membentangkan kertas
kajian masing-masing. Sambutan yang diberikan oleh para peserta lain adalah
sangat memberangsangkan. Ini dapat dilihat apabila setiap bilik pembentangan
dipenuhi oleh para peserta lain yang datang memberikan sokongan.


Click to View FlipBook Version