SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)
PENGAJIAN JARAK JAUH
PACE, UUM
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI
TUGASAN INDIVIDU
TIGA (3) KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. NAN ZAKIAH BINTI MEGAT IBRAHIM
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HIDAYAH BINTI IBRAHIM
NO.MATRIK:
283530
TARIKH HANTAR :
17 DISEMBER 2021
1
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
3
1. PENGENALAN 4-5
1.1 Maksud Teori Komunikasi 6
7
2. TIGA (3) KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI DALAM
KEHIDUPAN
2.1 Meningkatkan Pengetahuan dalam kehidupan seharian
2.2 Menjelaskan maklumat secara terperinci
2.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
3.
KESIMPULAN
4. RUJUKAN
2
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
1. PENGENALAN
1.1 MAKSUD TEORI KOMUNIKASI
Teori komunikasi ialah penyataan untuk menerangkan,menjelas,menilai dan membuat
ramalan terhadap komunikasi.Gabungan konsep antara teori iaitu penyataan dengan
komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk
penyelidikan.Menurut pakar dalam bidang komunikasi,mereka berpendapat bahawa:
Cragan dan Shield,(1998) teori komunikas ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep
yang membantu dan memberi secara keseluruhan atau sebahagian,keterangan,penjelasan dan
mempunyai perkaitan antaranya yang mebolehkan seseorang memahami,menjelas dan
menilai fenomena serta ramalan.
Broman (1989) satu perkataan atau istilah yang merupakan pendokong kepada semua
perbncangan yang berkaitan dengan proses komunikasi.
Menurut Littlejohn (1996) satu teori atau sekumpulan “collective wisdom’yang didapati
daripada keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi.
Teori komunikasi banyak membantu kita dalam menilai,menyusun meramal dan bertindak
dengan lebih cekap.Petikan daripada Narimah,2004,setiap hari semua kita sentiasa tertakluk
kepada fungsi dan peranan komunikasi sama ada secara
interpersonal,kumpulan,keorganisasian atau secara massa.Dalam menyelesaikan
masalah,sebenarnya manusia igin mengetahui,mencari dan boleh menerangkan sesuatu
kebenaran.Untuk mencari kebenaran sesuatu teori,persoalan,masalah hendaklah
menggunakan kaedah saintifik yang merupakan asas untuk kebenaran tersebut.Proses
pembuktian kebenaran ini di panggil penyelidikan.Pada asasnya penyelidikan adalah cara
berfikir bagi mengkaji fenomena secara terperinci,cara kaedah yang sesuai,interprestasi hasil
dapatan untuk dikaitkan dengan dapatan hasilan atau teori penyelidikan telah diertikan oleh
beberapa pakar bagi tujuan pembentukan teori antaranya adalah seprti berikut:
Penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melaui kaedah saintifik dengan cara formal
dan sistematik.Kerlinger (1973).
Syed arabi (1993) mentakrifkan penyeliikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya
memebolehkan penambahan ilmu pengetahuan.
Salkind (1994) satu proses penemuan baru.
3
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
2. TIGA (3) KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN
Teori komunikasi adalah penting dalam kehidupan harian kerana ianya akan menjadi
asas pembentukan sosial diantara individu.Menurut Gerbner 1967,komunikasi boleh di
tafsirkan sebagai interaksi sosial menerusi mesej.Selain itu teori komunikasi juga
memberi seribu kegunaan kepada si pengguna.Setiap manusia yang hidup akan
menjalankan proses komunikasi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Terdapat pelbagai jenis fungsi teori komunikasi,antaranya ialah meningkatkan
pengetahuan dalam kehidupan harian,menjelaskan maklumat secara terperinci dan
menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
2.1 Meningkatkan pengetahuan dalam kehidupan seharian
Laswell (1949) Menyatakan manusia dapat mengetahui peluang yang ada untuk
dimanfaatkan,dipelihara dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang akan
mengancam persekitarannya.Dalam kehidupan komunikasi juga merupakan suatu
asas yang penting bagi meningkatkan pengetahuan indivdu dan kelompok
masyarakat yang tinggal dalam komuniti persekitarannya.Melalui komunikasi
manusia dapat mengetahui sesuatu kejadian atau peristiwa yang telah dan akan
berlaku,sesuatu pengetahuan atau berita itu disebarkan dengan mudah melalui
komunikasi.Malah melalui komunikasi manusia dapat mengembangkan pengetahuan
dan mendalami sesuatu ilmu yang dipelajarinya berdasarkan pengalamnnya ataupun
bedasarkan maklumat atau informasi yang mereka terima daripada lingkungan
persekitarannya.
4
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
2.2 Menjelaskan maklumat secara terperinci
komunikasi di dalam kehidupan juga amat penting bagi menjelaskan sesuatu perkra
yang perlu disampaikan kepada seseorang dengan cara yang baik dan maksud yang
jelas yang boleh memberikan sesuatu impak positif diantara pihak yang terlibat,Teori
komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu membri
secara terperinci atau sebahagian daripada sesuatu maklumat,keterangan,penjelasan
dan mempunyai persamaan diantaranya yang membolehkan seseorng memahami dan
menilai fenomena serta ramalan.(Cragan and Shield 1998).Apabila sesuatu maklumat
disampaikan dengan terperinci dan nyata,perbalahan antara pihak yang terlibat dalam
komunikasi tersebut dapat dielakkan.
2.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
komunikasi juga bukan hanya dikenali sebagai penyampaian maklumat dan idea
antara manusia tetapi ia amat penting di dalam proses menghasilkan,membentuk dan
mengekalkan perhubungan dan nilai-nilai murni,budaya sasaran dan juga bagi
mencapai sesuatu matlamat (Clegg,2005) dan komunikasi juga amat penting didalam
setiap aspek kehidupan.Memetik kenyataan daripada Lagley(2006) tanpa
komunikasi”seluruh aspek kehidupan kita akan runtuh”,disini dapat kita tafsirkan
bahawa komunikasi itu amat penting bagi megekalkan keharmonian kesejahteraan
sesuati kehidupan bermasyarakat kerana seluruh aspek kehidupan manusia sejak
zaman dahulu lagi sehingga pada hari ini ,komunikasi merupakan suatu medium
penting yang dapat memberikan kestabilan pada sesebuah institusi
kemasyarakatan,organisasi dan juga dapat memacu perkembangan ekonomi sesebuah
negara itu sendiri.Dalam kehidupan seharian kita manusia secara langsung atau tidak
terlibat dalam aktiviti komunikasi yang boleh mempengaruhi orang lain dalam
masyarakat,sebagai contoh seorng guru menggunakan medium komunikasi bagi
menyampaikan maklumat kepada anka murid dan pelajarnya,ini jelas menunjukkan
bahawa komunikasi mampu mempengaruhi pemikiran dan juga tingkah laku
seseorang.
5
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
KESIMPULAN
Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa teori komunikasi adalah sangat penting dan menjadi
titik tengah di dalam kehidupan seharian manusia.Ia bukan sahaja di perlukan dalam kita
menjalani kehidupan seharian,tetapi ia juga amat penting dalam segala aktiviti profesional
dan kemasyrakatan.Teori komunikasi juga merupakan satu penyataan yang boleh
menerangkan ,menjelaskan sesuatu perkara,fenomena atau kejadian komunikasi.Oleh itu,teori
komunikasi amat penting terhadap individu untuk membina hubungan interpersonal dengan
individu yang lain disamping dapat menjadikan keluarga sesebuah institusi kekeluargaan
yang bahagia dan persefahaman antara satu sama lain.Dengan komunikasi jugalah kita boleh
menukar fikiran orang lain.Selain itu juga,teori komunikasi juga penting bagi mewujudkan
organisasi yang mantap serta dapat memperolehi maklumat dengan tepat.Pendidikan
akademik juga memerlukan teori komunikasi yang berkesan bagi memudahkan penyampaian
ilmu yang betul di antara guru dan para pelajar di sekolah.
Setiap ruang dan aspek kehidupan kita di pengaruhi oleh teori komunikasi yang baik
mahupun komunikas dengan cara yang kurang baik,ia jelas mencakupi segala aspek
kehidupan harian.Dengan demikian komunikasi tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan
umat manusia dan masyrakat .Ia amat diperlukan untuk mengatur aktiviti seharian dan
pergaulan antara manusia.
6
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022
RUJUKAN
References
(n.d.). Retrieved from https://pdfcoffee.com/4-kepentingan-komunikasi-kepada-masyarakat-pdf-
free.html
aziz, f. (2015, april 26). kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian. Retrieved from
http://fatinazizi940916.blogspot.com/2015/04/kepentingan-pengenalan.html
bakar, a. (2010, januari 22). maksud komunikasi,teori dan teori komunikasi. Retrieved from
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/maksud-komunikasi-teori-dan-teori.html
HASNAH, S. N. (2018, DISEMBER 31). KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT.
Retrieved from
https://teorikomunikasikumpulan10.wordpress.com/2018/12/31/kepentingan-teori-
komunikasi-kepada-masyarakat/
said, m. j. (2018, march). kepentingan teori kepada masyarakat. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/324054891_Kepentingan_Teori_Komunikasi_Ke
pada_Masyarakat
7