TOKOH KEMERDEKAAN
Tajuk : Tokoh Kemerdekaan
Nama Murid : Nurnisya Hanani Binti Mohamed
Kelas : 6 Mercury
Nama Guru Sejarah : Pn. Noorazmiza
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
BIODATA TOKOH
PENDIDIKAN TOKOH
KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
OLEH GENERASI SEKARANG
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN
PENDAHULUAN
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan
yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan
negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman .
rBeeklioaducpeamkaerrldaanlgadmalhaumbuhnagl-aenh
awnatladraablaamngnseagdearni. mempunyai
Ringkasnya,
beliau adalah pemimpin yang bergandingan dengan Tunku
Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dalam proses
memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.
BIODATA TOKOH
Nama : Tun Dr Ismail Al-Haj bin Dato' Haji
Abdul Rahman
Tarikh Lahir :
4 November 1915
Tempat Lahir : Johor Bahru
Nama Bapa : Dato' Haji Abdul Rahman
Mohamed Yassin
Nama Ibu : Datin Zaharah Abu Bakar
PENDIDIKAN
Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah
dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru.
Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau
melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936
hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di
Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau mendapat
penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama
lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau
menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik
perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru.
KERJAYA
Dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor tahun 1948
hingga 1954.
Menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955 .
Dilantik sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dalam kabinet pada tahun
1956
Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1956.
Dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang pertama dan pada
masa yang sama sebagai wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di New York.
KERJAYA
Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian buat kali kedua
serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 1960-1967.
Dilantik sebagai Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab
membantu Tun Abdul Razak meredakan ketegangan dalaman ini sebagai
Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara(MAGERAN)
Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1971.
Beliau pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku
Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.
SUMBANGAN
Menjadi salah seorang ahli rombongan ke London pada Februari 1956 bagi
rundingan kemerdekaan Tanah Melayu
Memainkan peranan penting ketika pembentukan Malaysia
Bertangggungjawab menubuhkan ASEAN dan mewujudkan persefahaman
Zon Bebas ASEAN dari segala pengaruh dan campurtangan kuasa tentera
asing dan ideology
Beliau juga dilantik menjadi Penolong Pengarah dalam Majlis Perundingan
Negara. Majlis ini berperanan untuk memberikan nasihat kepada MAGERAN
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum.
Bertitik tolak daripada hakikat tersebut, maka dicipta RUKUNEGARA. Satu
lagi yang diputuskan oleh Majlis Perundingan Negara ialah Dasar Ekonomi
Baru.
SUMBANGAN
Merupakan seorang yang tegas dalam membanteras gejala rasuah
dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada 23 Februari 1970, beliau
telah mengumumkan satu rang undang-undang tambahan bagi Badan
Pencegah Rasuah (BPR) iaitu Ordinan No. 23 Kuasa Perlu Darurat 1970
dikuatkuasakan
Memberikan sokongan yang kuat terhadap Rang Undang-undang
(Pindaan Perkara Sensitif) Perlembagaan di parlimen yang
dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 23
Februari 1971
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
Berprinsip dan setia
Ikhlas
Jujur
Taat
Serius
Pandangan jauh
Tegas
PENUTUP
Tun Dr Ismail seorang pemimpin zaman merdeka yang telah
memainkan peranan yang jelas untuk mengisi kemerdekaan. Beliau
dianggap sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada bangsa
dan negara khususnya dalam memberikan sumbangan pemikiran ke
arah mewujudkan Negara yang Bersatu padu. Khidmat dan baktinya
wajar dikenang dan kekal abadi dalam sejarah.
SUMBER RUJUKAN
Sejarah: Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara (sejarah-
tunsheikh.blogspot.com)
TOKOH NEGARA MALAYSIA: Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman
(penatokoh.blogspot.com)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman