BUKU
SKRAP
DIGITAL
TEMA :NEGARAKU
MALAYSIA
NAMA : NURNISYA HANANI BINTI MOHAMED
KELAS : 6 MERCURY
ALAMAT E-MEL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS) SEREMBAN
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS),
JALAN LINTANG, BANDAR SEREMBAN,70000,
NEGERI SEMBILAN
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
BIODATA TOKOH
PENDIDIKAN TOKOH
KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN
PENDAHULUAN
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan
yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan
negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya,
Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang
berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa
kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Liku, cabaran, perit
jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini
dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi
kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.
BIODATA TOKOH
Nama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir: 8 Februari 1903
Tempat Lahir: Alor Star, Kedah
Nama Bapa: Sultan Abdul Hamid Halimshah
(Sultan Kedah)
Nama Ibu: Nearng atau lebih dikenali
sebagai Makche Menjalara
(Beliau adalah putera ke20 bagi
pasangan diraja tersebut.)
PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor Star dan Sekolah
Inggeris sebelum di hantar ke Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah Debsurin.
Tidak lama kemudian beliau pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di
sekolah Melayu sebelum memasuki Penang Free School. Akhirnya beliau
melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England
dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sejarah.
KERJAYA
Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai
Daerah
Kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah
di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala Nerang dan
Pulau Langkawi.
Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan.
Tunku dilantik menjadi Penyelia Pelajaran dan beliau
menyandang jawatan tersebut hingga British menjajah
Tanah Melayu semula
KERJAYA
Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku Abdul Rahman menyertai
politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran
kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah Melayu. Bersama pemimpin
UMNO, beliau berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.
Dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-
Undang Persekutuan
Menjadi Presiden Session Court.
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Dipertua UMNO yang ke-2,
setelah Dato On Jaafar meletak jawatan.
SUMBANGAN
Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di
antara kaum dan dalam masa yang sama menjaga keutuhan
bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-orang
Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama
rasmi.
Pada tahun 1955, Perikatan (UMNO berkerjasama dengan MCA
dan MIC) melakukan rombongan kali ke dua ke London dan ia
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan berusaha untuk
menamatkan keganasan komunis secara damai.
Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
pengampunan bagi komunis yang menyerah diri dan Rundingan
Baling telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955.
SUMBANGAN
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London
untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai
Kemerdekaan Tanah Melayu. Akhirnya beliau berjaya dan
tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam
bendera Tanah Melayu pun dinaikkan bagi menggantikan
bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium Merdeka,
Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan dan
kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku
Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri yang pertama.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
BERBUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG
BANTU SEMUA ORANG KETIKA DALAM KESUSAHAN
MENANG DALAM KEAMANAN
JADILAH TONGGAK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN
KEPENTINGAN PENDIDIKAN
PENUTUP
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu
proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya
dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi
sebuah negara yang maju pada tahun 2021.Antara faktor utama
kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara
sentiasa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami
dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan
memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini
tidak akan lagi berlaku.
SUMBER RUJUKAN
https://umno-online.my/presiden/tunku/
https://ilabur.com/biodata-tunku-abdul-rahman/
https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-
tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/