PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
HOKI
➢ KEMAHIRAN MENOLAK
➢ KEMAHIRAN MEMUKUL
➢ KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA
➢ KEMAHIRAN MENGUIS BOLA
➢ KEMAHIRAN MEREBUT BOLA
➢ KEMAHIRAN MENJAGA GOL
KEMAHIRAN MENOLAK
Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan,
tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk menjaring. Perkara yang
perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya tolakan dari kedua
belah tangan untuk mendapat ketepatan arah dan kederasan bola.
Teknik menolak
• Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di
bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.
• Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki
dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran.
Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat
badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan
serentak semasa menolak bola.
• Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki
berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu
hoki ke arah mana bola bergerak.
KEMAHIRAN MEMUKUL
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada jarak
yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu
dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan
dengan kedudukan bahu dan kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan daya
pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
Teknik memukul
• Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam
dengan longgar. tangan kanan di letakkan di bawah
tangan kiri. satu bentuk “V” dibentukkan dengan ibu jari
dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan
kayu hoki.
• Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran
atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari
kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan
seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan
ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah.
• Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang
satu kayu hoki.
KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA
Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain
lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah
kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan
kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.
i. Menggelecek longgar
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan
bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak
lawan dan memiliki bola sambil bergerak.
i. Menggelecek rapat
Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan
rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi
bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak
KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA
iii. Menggelecek “lndian”
0igunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke
kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat
melepaskan diri daripada pihak lawan.
Teknik Menggelecek
• Bola sentiasa dihadapan pemain
• Tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang kayu
manakala tangan kanan dibahagian tengah kayu
• )emasa menggelecek, permukaan kayu digerakkan oleh
tangan kiri dan dikawal oleh tangan kanan.
KEMAHIRAN MENGUIS
Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan
bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada
pemain pasukan.
Teknik Menguis
• Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di
bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.
• Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh
bola dan menghadap ke atas sedikit.
• Badan- berat badan berada di kaki belakang dan
dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.
KEMAHIRAN MEREBUT (TACKLE)
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan.
Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan
kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat
pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:
a) Merebut secara menghadang (flat tackle)
Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk
menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain
pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan
padang. Kayu diletakkan depan kaki kiri
b) Merebut secara kilas (reverse tackle)
Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah
kiri pemain pertahanan. Tangan rapat dengan padang.
Lonjak dan cuba kait bola.
c) Merebut secara melonjak (jab tackle)
Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang
kayu kuat di tangan kiri. Lonjak dan cuba kait
bola.
KEMAHIRAN MENJAGA GOL
Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :
• Kemahiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol.
• Kemahiran menggunakan kaki dan pad.
• Kemahiran mengguankan tangan dengan glov.
• kemahiran menggunakan badan sebagai bentang.
• Kemahiran mengguanakan kayu hoki.